The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amalibrhm835, 2022-07-11 21:28:27

Buku Pengurusan SK Lepong Emplas

Buku Pengurusan SK Lepong Emplas

BUKU

PENGURUSAN

2022/2023

SEKOLAH KEBANGSAAN LEPONG EMPLAS

d/a PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIMUNJAN 94800
SIMUNJAN
SARAWAK

Kata-kata Aluan Guru Besar/Pengetua 1

2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Teras Perkhidmatan Cemerlang 3

4 Visi dan Misi KPM

Maklumat Sekolah 5

6 Sasaran Akademik 2022 dan Ikrar Guru

Panduan Am untuk Staf Sekolah 7

8 Akuan Penerimaan Maklumat dan Arahan

Senarai Jawatankuasa Sekolah 9

10 Jawatankuasa-Jawatankuasa Sekolah 2022

Ketua-Ketua Panitia Mata Pelajaran 11

12 Bidang Tugas Kurikulum

Guru Kelas 13

14 Takwim Sekolah Tahun 2022

ENCIK ROSLI BIN JOBIT
GURU BESAR
SK LEPONG EMPLAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, Buku Pengurusan
Sekolah bagi tahun 2022/2023 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat
memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan baik dan berkesan.

Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan
sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah yang meningkat naik di negeri Sarawak. Tahniah
dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang
memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah.

Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, seluruh warga
sekolah perlu berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk
memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan ini.
Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni
yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua.

Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih
kita agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita
bersama.

Sekian, Wassalam.

( ROSLI BIN JOBIT )
Guru Besar

FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.

TERAS
PERKHIDMATAN

CEMERLANG
BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN
BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB

BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI
SENDIRI

BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBBAH DAN
KEMESRAAN

BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT
DAN PEMBANGUNAN NEGARA BERPEGANG TEGUH

KEPADA AJARAN AGAMA

VISI

“Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara

Sejahtera”

MISI

“Melestarikan Sistem
Pendidikan yang Berkualiti

Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara”

Bahawasanya Negara kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakat.

Memelihara cara hidup demokratif.
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana

kemakmuran negara akan dapat dinikmati
secara adil dan saksama.

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-
tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak.

Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan

atas prinsip-prinsip berikut :

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

MAKLUMAT
SEKOLAH

PERKARA KETERANGAN
TAHUN TUBUH SEKOLAH 1971
JENIS SEKOLAH SEKOLAH HARIAN (SKM)
BIL.BILIK DARJAH 4
BIL.KELAS PERDANA 6
BIL. KELAS PRASEKOLAH 1
JUMLAH MURID KESELURUHAN 25
BILANGAN GURU 9
BILANGAN AKP 1
JUMLAH PELAJAR ASRAMA TIADA
KATEGORI SEKOLAH SKM B
KELUASAN TAPAK 1.8 HEKTAR
SUMBER ELEKTRIK SESCO
SUMBER AIR JKR
MODE PENGANGKUTAN JALAN BERTURAP

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK NEGARA

SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN

POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI
NEGARA.

Bahawasanya kami,
murid-murid

Sekolah Kebangsaan Lepong Emplas
berikrar dan berjanji

akan mematuhi disiplin
dan semua peraturan

yang ditetapkan
oleh pihak sekolah.

Kami berjanji
akan hadir ke sekolah
datang awal ke sekolah
tidak akan ponteng sekolah

dan berjanji
akan belajar bersungguh-sungguh

untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang
dalam bidang kurikulum
sahsiah dan kokurikulum

Kami dengan ikhlas bersedia untuk :

• Memberikan perkhidmatan pendidikan
dan bimbingan yang seberapa sempurna
kepada semua murid dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum untuk
kecemerlangan mereka.

• Memberikan perkhidmatan yang mesra
kepada ibubapa/penjaga murid untuk
menangani masalah yang berkaitan
dengan murid-murid.

• Bekerjasama dengan masyarakat setempat
untuk kemajuan sekolah.

• Menerima dan melayani segala cadangan
dan teguran daripada ibubapa/penjaga
untuk kebaikan sekolah ini.

• Menyempurnakan segala arahan daripada
Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah.



SASARAN AKADEMIK
DAN

IKRAR GURU

TAHAP 1
MENINGKATKAN PENGUASAAN (3M)

(KEMAHIRAN ASAS)
MENGURANGKAN BUTA HURUF

TAHAP 2
MENINGKATKAN PENCAPAIAN KUALITI &

MENGURANGKAN D/E

PBD
BERUSAHA UNTUK MENGHASILKAN SEMUA

MURID TAHAP TIGA KE ATAS

Catatan
Dijangka pada akhir pertengahan tahun
persekolahan, kelemahan pelajar sudah dapat
dikenalpasti oleh guru-guru darjah/mata pelajaran
serta menyediakan pelan tindakan susulan yang
harus diambil sebelum pelajar ini melangkah

masuk ke Tahap 2 dan ke Tahun 6.



MEMAHAMI DAN MENGHAYATI:
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
FALSAFAH, MATLAMAT & OBJEKTIF SEKOLAH

MEMELIHARA DAN MEMPERTINGKATKAN IMEJ SEKOLAH, JABATAN &
KEMENTERIAN PELAJARAN SETIAP MASA.

MEMENTINGKAN MUTU DAN KESAN PENDIDIKAN.
MENENTUKAN OBJEKTIF ( SETIAP TUGAS ).

MENGAMALKAN KERJA SECARA BERMESYUARAT DAN
BERPASUKAN.

SENTIASA BEKERJA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH.
MENGAMALKAN SIKAP JUJUR, IKHLAS AMANAH SERTAADIL.

MENGAMALKAN PERKHIDMATAN PENYAYANG.
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.

SENTIASA MEMIMPIN DAN MENILAI DIRI SENDIRI.
BERUSAHA MEMPERTINGKATKAN ILMU DAN KEMAHIRAN.

KERJA KITAADALAH IBADAH.

PANDUAN AM
STAF SEKOLAH

PANDUAN AM

1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam
Perintah Am Kerajaan

2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan.

3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.

5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.

6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.

7. Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah
ketika berada di sekolah.

8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan
tugas.

KEDATANGAN

1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.

2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan
menandatangani Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah.

3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan
dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin
supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.

4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.

5. Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan
pelbagai program akademik di luar masa yang ditetapkan.

KELUAR WAKTU MENGAJAR

1. Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar
kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Jabatan Pelajaran
Negeri/Gabungan/Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong
Kanan.

2. Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru. Dapatkan
kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar.

3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui
Penolong Kanan.

CUTI

1. Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/(30)
bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan
cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada
jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

2. Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

3. Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan cuti
tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari.

4. Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran
Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan
dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.

PEMAKAIAN GURU

1. Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki),Baju Batik pada hari
Khamis dan Baju Kebangsaan pada hari Jumaat (Guru Islam) sesuai dengan profesion keguruan
dan masyarakat timur seperti di dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995.

2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.

4. Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

SENARAI TUGAS GURU

1. Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai
panduan untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Seterusnya menyediakan khidmat Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan
Negara tercapai.

PERHUBUNGAN SESAMA GURU

1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat
sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan
kekitaan.

2. Guru TIDAK dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman, pendapat,
kepercayaan kepada guru, pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.

3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

BILIK GURU

1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA guru. Ini
termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru
hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

3. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab memastikan
suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh
berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.

2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru
Panitia, Penolong Kanan, atau Guru Besar.

TUGAS-TUGAS

1. Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas-tugas
khas dan penglibatan dalam pelbagai AJK sekolah. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas
tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri mesyuarat,
pergi ke pejabat pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru
yang diamanahkan / ditugaskan TIDAK boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa
kebenaran dan pengetahuan Guru Besar.

BUKU REKOD MENGAJAR

1. Semua guru akan diberi sebuah Fail Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan
fail tersebut. Semua RPH yang telah di print hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas,
lengkap dan dimasukkan ke dalam fail yang diberikan.

2. Fail Rekod Mengajar ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari ISNIN (jam 08.00 pagi) untuk
disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan.

3. Jika seseorang guru bercuti atau berkursus fail tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong
Kanan

4. Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar hendaklah disediakan dengan lengkap untuk
tempoh setahun/sepenggal/seminggu dan harian sebelum dihantar kepada Guru Besar untuk
penyemakan.

JADUAL WAKTU

1. Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas
sendiri.

2. Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan.

KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak
hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.

2. Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan
alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber atau perpustakaan.

JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

1. Setiap guru kelas diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru kelas bertanggungjawab
memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan tercetak di bahagian dalam kulit
hadapan.

2. Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada
SETIAP hari oleh guru kelas pada waktu PERTAMA. Sekiranya guru darjah tidak hadir,
Guru Pembantu kelas bertanggungjawab menandanya.

3. Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu,
ibu bapa atau penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.

4. Analisis pada jadual kedatangan mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak
oleh Penolong Kanan HEM.

KEBERSIHAN

1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, Jadual giliran bertugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan
dengan rapi dan disimpan dengan selamat.

2. Guru Kanan/Guru Sumber dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas seperti
bilik kaunseling, bengkel serta makmal bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.

3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab SEMUA guru, staf dan pelajar.

SURAT-MENYURAT

1. Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak
berkenaan.

2. Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru
berkenaan hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap surat-surat tersebut.

KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih
dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual
kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.

KEGIATAN KOKURIKULUM

1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan cekap dan teratur seperti yang telah dirancangkan.

PERHIMPUNAN SEKOLAH

1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.
Setiap guru akan diberi giliran untuk menjadi Pengacara Majlis Perhimpunan Harian atau
Pehimpunan Rasmi.

2. Guru yang bertugas hendaklah membuat persediaan awal sebelum perhimpunan diadakan pada
setiap minggu.

3. Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku, Lagu Sekolah
dan Bacaan Ikrar Rukun Negara.

MESYUARAT GURU

1. Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru, kedatangan semua guru
ke mesyuarat adalah diwajibkan.

2. Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan atau Ketua Panitia.

TANDA NAMA

1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah
atau di luar sekolah.

BUKU STOK/INVENTORI

1. Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-alat dan
inventori yang dibekal atau diberikan untuk kegunaan P&P.

2. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.

3. Guru hendaklah bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali
dengan segera serta berkeadaan baik.

4. Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta.

5. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan.

ARAHAN DAN PEKELILING

1. Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah DIBACA
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

2. Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di
dalam fail khas.

3. Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPG/PPDK hendaklah dibaca difahami
dan ditandatangani.

TELEFON/FAKS

1. Penggunaan telefon / faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan buku penggunaan
telefon disediakan untuk mencatat nombor panggilan telefon dan tujuan telefon.

PIBG DAN MAJLIS SEKOLAH

1. Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah.

2. Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan perlu
dibayar oleh guru.

3. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

LARANGAN MEROKOK

1. Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’.

2. Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi arahan tersebut pada setiap
masa semasa berada di kawasan sekolah.

GURU PENGGANTI (SIT-IN)

1. Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus atau sebab-sebab lain yang tidak
dapat dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan diatur oleh Penolong Kanan 1/JK
Jadual Waktu.

2. Guru yang tidak mengajar (non teaching period) akan diminta untuk melaksanakan tugas
sebagai guru pengganti.

3. Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing murid-murid di dalam kelas
tersebut.

MENGHUKUM / MENDENDA MURID

1. Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati apabila menghukum atau
mendenda murid supaya tidak bertentangan dengan etika profesion perguruan.

2. Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan atau
memukul dengan benda keras, menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit cuping
telinga, melontar dengan penggosok, mencubit sehingga lebam, biru atau berdarah, berdiri
di bawah panas matahari, berlari keliling padang dan perbuatan lain yang boleh
menjejaskan kesihatan mental dan fizikal murid adalah DILARANG.

3. Guru harus mengelak, perbuatan memaki hamun, mengejek, memperkecil keupayaan dan
kebolehan murid semasa proses P&P dijalankan.

PROGRAM PENINGKATAN PENDIDIKAN GURU

1. Semua guru digalakkan untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu demi kelangsungan
pendidikan berkualiti. Namun demikian peranan sebagai pembentuk insan dan penjana ilmu
di sekolah WAJIB diutamakan.

2. Segala tugasan, aktiviti dan mentelaah nota-nota yang berkaitan TIDAK DIGALAKKAN bagi
Program Peningkatan Pendidikan Guru berlangsung di sekolah atau di dalam kelas semasa
proses P&P.

HAL-HAL LAIN

1. Semua guru digalakkan untuk membantu melaksana segala aktiviti dan projek pengurusan
sekolah dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama.

2. Sentiasa memberi khidmat professional yang bermutu terhadap objektif dan matlamat
pendidikan.

Sumber Rujukan:

Buku Panduan Tugas Staf Sekolah Rendah.

AKUAN PENERIMAAN
MAKLUMAT DAN
ARAHAN

AKUAN PENERIMAAN MAKLUMAT DAN ARAHAN

Saya *guru /Pen Kanan / Guru Besar Sekolah Kebangsaan

mengaku bahawa saya telah menerima maklumat dan Arahan tentang

pentadbiran dan pengurusan sekolah daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan

pada dan memahami segala maklumat

yang disampaikan dan dinyatakan di dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah serta akan

mematuhi segala arahan yang diberikan.

Saya juga berjanji akan berusaha dengn sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab saya dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial
serta sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Tandatangan : …………………………………………..
Jawatan : …………………………………………..
Tarikh : …………………………………………...

Disahkan oleh : ……………………………………….
(Tandatangan)

Nama Dengan HURUF BESAR : ………………………………………….

Jawatan : ………………………………………….

Tarikh : ………………………………………….

Cop Sekolah

STAF SK LEPONG EMPLAS

BIL NAMA JAWATAN

1 ROSLI BIN JOBIT GURU BESAR (HR01)

2 KHATIJAH BINTI MOSA PK PENTADBIRAN (HR02)

3 ABANG FITRI BANTILAN BIN ABANG LATIF PK HEM (HR03)

4 SAIRIE BIN RAJAIE PK KOKURIKULUM (HR04)

5 MARY ANAK BISU GURU (HR12)

6 AHMAD AIRIY BIN ABDULLAH GURU (HR10)

7 MUHD NURHAFIZI BIN TALANG GURU (HR17)

8 NUR AMALINA BINTI IBRAHIM GURU (HR12)

9 SH. NURHIDAYAH BINTI MASHOR GURU (HR11)

10 ZULINA BT MOHAMAD ALI PT (HR24)

11 WATI BINTI BOJET PPM (HR27)

JAWATANKUASA
SEKOLAH

TAHUN 2022

JAWATANKUASA BENCANA
PENGERUSI ROSLI BIN JOBIT (HR01)
SETIAUSAHA ABANG FITRI BANTILAN (HR03)
AHLI SAIRI BIN RAJAIE (HR04)

AHMAD AIRIY (HR10)
MOHD NURHAFIZI BIN TALANG (HR17)
MARY ANAK BISU (HR12)

JAWATANKUASA BANTUAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR
PENGERUSI ROSLI BIN JOBIT (HR01)
SETIAUSAHA ABANG FITRI BANTILAN (HR03)
AHLI MARY ANAK BISU (HR12)

MOHD NURHAFIZI BIN TALANG (HR17)
NUR AMALINA BINTI IBRAHIM (HR12)

JAWATANKUASA PENGURUSAN PUSAT
SUMBER/PERPUSTAKAAN
PENGERUSI ROSLI BIN JOBIT (HR01)
SETIAUSAHA MOHD NURHAFIZI BIN TALANG (HR17)
PENYELARAS MARY ANAK BISU (HR12)
AHLI SH NURHIDAYAH (HR11)

SAIRI BIN RAJAIE (HR04)
SEMUA GURU KELAS (PR01)

JAWATANKUASA KECERIAAN BILIK GURU
PENGERUSI MOHD NURHAFIZI BIN TALANG (HR17)
SETIAUSAHA SAIRI BIN RAJAIE (HR04)
BENDAHARI ZULINA MOHD ALI (HR24)
AHLI SEMUA GURU & AKP

JAWATANKUASA DISIPLIN SEKOLAH

PENGERUSI ROSLI BIN JOBIT (HR01)

SETIAUSAHA ABANG FITRI BANTILAN (HR03)

GURU DISIPLIN AHMAD AIRIY BIN ABDULLAH (HR10)
MOHD NURHAFIZI BIN TALANG (HR17)

KAUNSELING KHATIJAH BINTI MOSA (HR02)

AHLI SEMUA GURU & AKP

JAWATANKUASA PEPERIKSAAN SEKOLAH

PENGERUSI ROSLI BIN JOBIT (HR01)

TIMB.PENGERUSI KHATIJAH BINTI MOSA (HR02)

SETIAUSAHA PEPERIKSAAN AHMAD AIRIY ABDULLAH (HR10)

AHLI SEMUA KETUA PANITIA (PR08)

KETUA-KETUA
PANITIA

BIL MATA PELAJARAN KETUA PANITIA

1. BAHASA MELAYU ABANG FITRI BANTILAN

2. BAHASA INGGERIS MARY ANAK BISU

3. MATEMATIK AHMAD AIRIY BIN ABDULLAH

4. SAINS NUR AMALINA BINTI IBRAHIM

5. PENDIDIKAN AGAMA ISLAM MUHD NURHAFIZI BIN TALANG

6. PENDIDIKAN SENI VISUAL KHATIJAH BINTI MOSA

7. PENDIDIKAN MUZIK NUR AMALINA BINTI IBRAHIM

9. PENDIDIKAN JASMANI AHMAD AIRIY BIN ABDULLAH

10. PENDIDIKAN KESIHATAN AHMAD AIRIY BIN ABDULLAH

11. SEJARAH MARY ANAK BISU

12. REKA BENTUK & TEKNOLOGI MUHD NURHAFIZI BIN TALANG

13. PENDIDIKAN MORAL SAIRI BIN RAJAIE
14. BAHASA IBAN

BIDANG TUGAS
KURIKULUM

1. Membantu GB/PK1 menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran dan
mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun

2. Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks atau buku kerja
tambahan untuk diguna oleh murid-murid berdasarkan kesesuaian dan kehendak sukatan
pelajaran.

3. Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan permarkahan bagi semua jenis penilaian,
ujian dan peperiksaan serta membantu menubuhkan bank-bank soalan bagi semua
tahap.

4. Mengkaji dan menganalisis keputusan-keputusan penilaian khususnya PKBS dan UPSR
serta memberi rumusan cara-cara mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.

5. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dalam usaha ke arah memajukan murid yang
lemah.

6. Menyelenggarakan fail-fail panitia yang berkenaan dengan semua minit mesyuarat,
laporan, suran-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

7. Mengkaji dan menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
Jabatan atau Kementerian Pendidikan.

8. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

JAWATAN SENARAI TUGAS GURU
JAWATAN
JAWATAN GURU MATA PELAJARAN (HR12)
JAWATAN GURU KELAS (PR01)
GURU BERTUGAS MINGGUAN (PR02)
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (HR22 & HR23)

JAWATAN SENARAI TUGAS GURU

GURU MATA PELAJARAN (HR12)

1. Memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata
pelajaran yang berkenaan.

2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar
serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan

kemahiran yang harus dicapai di akhir penggal persekolahan.
3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar pada masa

yang ditetapkan.
4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh

setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang
disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan
semula secepat mungkin. Menyerahkan/menunjukkan buku latihan murid kepada Guru Besar wakilnya pada
masa yang dikehendaki.
6. Menjalankan Ujian Progresif dan Penggal kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian
dalam Buku Rekod Mengajar.

7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.
8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan

mesyuarat Panitia.
9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian

Pelajaran / Jabatan Pelajaran.
10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/Bilik Khas/Bilik PPSMI/Bilik KH serta mengawasi penggunaan

peralatan.
11. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh

Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar
mata pelajaran yang sama.
12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan
bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

13. Melaporkan kepada Ketua Panitia tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-

alat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan
mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
16. Membantu menguruskan Bank Soalan.
17. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
18. Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

JAWATAN SENARAI TUGAS GURU

GURU KELAS (PR01)

Pengurusan dan Organisasi Kelas

Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. AJK Kebersihan dan AJK
Keceriaan, memastikan AJK Kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai,
mengelap tingkap, mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir
dan bunga (jika perlu) untuk kelas.

Menentukan perkara-perkara berikut DISEDIAKAN:-
I. Jadual Waktu Kelas
II. Jadual Tugas Harian
III. Perabot seperti kerusi, meja, almari dan papan hitam diinventorikan
IV. Moto Kelas atau Cogan Kata Kelas
V. Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
VI. Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu baik dan selamat digunakan.
VII. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik
VIII. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

Jadual Kedatangan dan Buku Kerja Rumah

1. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar
kedatangan pelajar di pejabat.

2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis.
3. Memastikan Buku Kerja Rumah dilengkapi setiap kali memberi kerja rumah.
4. Buku diambil dan dihantar di tempat yang ditetapkan.
5. Menjamin keselamatan buku-buku tersebut.

Laporan Pelajaran, Sijil berhenti, Sijil Penghargaan dan Kad 001

1. Memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Kemajuan dan Kad Ujian Progresif.
2. Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik dan kokurikulum dalam kad kemajuan pelajar bagi setiap

penggal.
3. Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa mengikut tarikh yang ditetapkan.
4. Mengemaskini kad 001 dari Penyelaras / Penolong Kanan HEM.
5. Menyedia dan mengisi:
6. “Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan ,dikemaskini dan disimpan.
7. Sijil Berhenti dan sijil penghargaan dikeluarkan kepada para pelajar yang mewakili sekolah dalam pelbagai aktiviti

dan kegiatan.

Masalah Pembelajaran, Kesihatan dan Disiplin Pelajar

1. Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.
2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah
3. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
4. Melaporkan kepada Guru Bimbingan & Kaunseling jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar.
5. Melaporkan kepada Guru Bertugas jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.
6. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah yang SERIUS.
7. Melaporkan kes ponteng, pergaduhan atau kemalangan mengikut prosedur dengan;
8. Mendapatkan dan mengisi borang “Laporan Kes & Salah Laku Murid” yang dapat diperoleh dari pejabat.
9. Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa

Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan Skim Baucar Tuisyen (SBT)

1. Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut
dibalut dan ditulis nama pelajar.

2. Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
3. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak

memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT.
4. Mengenalpasti palajar yang layak mengikuti Skim Baucar Tuisyen serta menyimpan rekod pencapaian mereka.

Kutipan Bayaran Tambahan Sekolah dan Sumbangan

1. Mengutip bayaran tambahan sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar semua bayaran
tambahan sekaligus.

2. Mengutip sumbangan tahunan PIBG.
3. Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.
4. Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
5. Menyerahkan wang kutipan sumbangan PIBG kepada Bendahari PIBG.

Pendaftaran Pelajar Baru

1. Menerima kemasukan pelajar baru dari PKHEM/Penyelaras Kelas.
2. Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar

baru dari buku kemasukan pelajar daripada Penolong Kanan HEM.
3. Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dan sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar

ini mendapat buku teks.
4. Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Penolong Kanan HEM.
5. Menentukan kad kemajuan pelajar dan kad 001 dari sekolah asal disertakan.
6. Menentukan rumah sukan pelajar baru daripada Penolong Kanan KK.
7. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

Murid Keluar / Berpindah

1. Menentukan borang SPBT, Kad Kemajuan Pelajar dan Kad 001 dihantar ke pejabat.
2. Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar Tahun Enam.
3. Menentukan kelulusan untuk bertukar dan pindah pusat peperiksaan telah diterima.
4. Menentukan buku teks lengkap untuk dibawa ke sekolah baru
5. Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

Pendaftaran Sukan, Permainan dan lain-lain

1. Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.
2. Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut

persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kelab / Persatuan.
3. Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

JAWATAN SENARAI TUGAS GURU

GURU BERTUGAS HARIAN (PR02)

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 20 minit sebelum persekolahan bermula dan
pulang sekurang-kurangnya 20 minit setelah sekolah berakhir.

2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/tingkap telah
ditutup setelah tamat persekolahan.

3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama
dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasahab; jika perlu.

4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.

5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.

6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ke rumah.

7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon.

8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.

9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.

11. Mencatatkan kegiatan-kegaiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-
aktiviti lain yang dijalankan pada “PAPAN AKTIVITI”.

12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu persekolahan ke
dalam Buku Laporan Bertugas seperti:-
A) kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit
B) lawatan-lawatan/pelawat dimaklumkan kepada Guru Besar
C) Ucapan/pengumuman-pengumuman dalam buku perkhimpunan
D) Laporan kes ditulis di dalam buku / borang khas yang disediakan oleh sekolah.

1. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada
Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

2. Perhimpunan Harian / Perhimpunan Rasmi : PENYELARAS PERHIMPUNAN)
A) Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan.
B) Memastikan bendera-bendera, pembesar suara telah disediakan.
C) Memastikan pelajar telah beratur dengan senyap dan memberi perhatian.
D) Skrip Doa, Ikrar dan Keset (CD) Lagu Kebangsaan/Kebesaran Negeri disediakan.
E) Petugas Perhimpunan (MC) dimaklumkan.

15. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

JAWATAN SENARAI TUGAS GURU

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (HR22 & HR23)

1. Meneliti, mengkaji dan mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
berasaskan kepada perdekatan Perkembangan, Pencegahan, Pemulihan dan krisis dalam bidang akademik,
kerjaya, psikososial & kesejahteraan mental, keibubapaan dan masalah murid.

2. Merancang melaksana dan menyediakan rancangan tahunan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.

4. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat serta resos Bimbingan dan Kaunseling dalam bidang
akademik, kerjaya, psikososial & kesejahteraan mental, keibubapaan dan kemahiran mengatasi masalah
kepada murid melalui sebarang media yang sesuai bertujuan untuk meningkatkan potensi murid secara
optimum.

5. Memberi perkhidmatan bimbingan/kaunseling individu secara professional dan beretika.

6. Memberi perkhidmatan bimbingan/kaunseling kelompok secara professional dan beretika.

7. Memberi khidmat bimbingan/kaunseling krisis kepada murid dan individu-individu yang berkaitan dengan kes.

8. Merancang, menyedia dan mengurus pendidikan perkembangan kerjaya.

9. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti bimbingan murid termasuk program
pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok, alkohol, bimbingan/kaunseling HIV/AIDS dan disiplin murid.

10. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan,
berhubung bidang-bidang di bawah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

11. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan
bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan
perkembangan murid.

12. Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Program Sekolah
Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa Tambahan
dan Jawatankuasa Penepatan (Kemasukan) murid di sekolah.

13. Menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah dan mengemaskini
system fail, rekod dan dokumentasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

GURU KELAS

BIL NAMA GURU KELAS KELAS
1 MUHD NURHAFIZI BIN TALANG TAHUN 1
2 NUR AMALINA BINTI IBRAHIM TAHUN 2&3
3 MARY ANAK BISU TAHUN 4&5
4 AHMAD AIRIY BIN ABDULLAH TAHUN 6

UNIT
HAL EHWAL MURID

BIDANG TUGAS

Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan di
sekolah.

Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bukan pelajar.

Merancang, mengawal selia dan mengemaskini dan inventori pelajar

Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua
pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan Kelompok dan tunjuk ajar
(instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

Merancang, melaksana, mengawal selia perkhidmatan bimbingan / kaunseling individu
secara professional dan beretika.

Merancang, melaksana mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar

Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti selepas
peperiksaan UPSR.

Merancang, melaksana, mengawal selia, menilai program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alcohol.

Merancang, menyelia dan mendedahkan pelajar kepada peluang pendidikan selepas
UPSR.

Merancang, melaksana, mengawal selia, menilai program program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi serta rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan Pencegahan
Dadah.

Merancang, melaksana mengawal selia, menilai program dan aktiviti konferens dengan
ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang
terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

Membuat penilaian aktiviti, modul, instrument, pendekatan dan sebagainya secara
menyeluruh bagai meningkatkan mutu dan profesionalima perkhidmatan Bimbingan di
sekolah.

Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan
di sekolah.

Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman
dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Mengenal pasti dan merujuk pelajar, guru kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan
perkhidmatan kanuseling krisis.

Menjadi personel perhubungan / serata sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan

Menjadi ahli Jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah

Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah.

Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentor sekolah.

Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium,
motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan
Wajib Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa Tambahan,
Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.

Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

UNIT
KOKURIKULUM

BIDANG TUGAS

Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran dan Guru Penolong Kanan HEM.

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan Kokurikulum
termasuk sidang petang.

Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti Kokurikulum di sekolah.

Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
termasuk sidang petang.

1. SENARAI TUGAS Sukan Dan Permainan
1. Kokurikulum
1. Merancang Takwim kegiatan sukan dan
1.
permainan
2.
2. Mengurus pemilihan peserta untuk

pertandingan.
3. Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
4. Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan

dan permainan di dalam dan di luar sekolah.

Pakaian Seragam

1. Merancang Takwim kegiatan pakaian
seragam.

2. Mengurus pemilihan peserta untuk
kegiatan pakaian seragam.

3. Menyelia kegiatan pakaian seragam.
4. Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di

dalam dan di luar sekolah.

3. Persatuan dan Kelab

1. Merancang kegiatan persatuan kelab.
2. Mengurus pemilihan peserta untuk

kegiatan persatuan dan kelab.
3. Menyelia kegiatan persatuan dan kelab.
4. Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab

di dalam dan di luar sekolah.

1. Pentadbiran

1. Menyusun/menyelaras kegiatan Kokurikulum.
2. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan Kokurikulum.

3. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam
kegiatan Kokurikulum telah diambil.

4. Mambantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal
Kokurikulum.

5. Bertanggungjawab mengenal lawatan-lawatan anjuran pihak
sekolah.

6. Menyelaras hari-hari perayaan dan ucapan sekolah.
7. Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam

kelab/persatuan pasukan pakaian seragam dan sebagainya.

8. Menentukan penglibatan semua murid di dalam kegiatan
Kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian.

9. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan
Kokurikulum.

10. Memastikan rekod dan data Kokurikulum diselenggarakan.
11. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam

bidang berhubung dengan Kokurikulum.
12. Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi

dalam kegiatan Kokurikulum dan mengadakan latihan untuk
mereka.

2. TUGAS-TUGAS LAIN

1. Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang
diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

2. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang
diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2022

Tarikh Hari JANUARI 2022

01 Sabtu Perancangan Aktiviti / Peristiwa
02 Ahad Sesi Persekolahan Bermula
03 Isnin MESYUARAT STAFF BIL 1/2022
04 Selasa
05 Rabu DIALOG PRESTASI BIL 1/2022
06 Khamis
07 Jumaat Cuti Perayaan TBC oleh KPM
08 Sabtu
09 Ahad
10 Isnin
11 Selasa
12 Rabu
13 Khamis
14 Jumaat
15 Sabtu
16 Ahad
17 Isnin
18 Selasa
19 Rabu
20 Khamis
21 Jumaat
22 Sabtu
23 Ahad
24 Isnin
25 Selasa
26 Rabu
27 Khamis
28 Jumaat
29 Sabtu
30 Ahad
31 Isnin


Click to View FlipBook Version