The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Green Modern General Newsletter

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD TAUFIQ BIN HASSAN BASRI, 2020-07-13 02:14:44

E-BULETIN BUMI HIJAU

Green Modern General Newsletter

BUMI HIJAU

E-BULETIN RASMI BUMI HIJAU

EDISI MAJLIS PELANCARAN
JUN 2020 E-BULETIN BUMI HIJAU

LENSA HIJAU ARTIKEL UTAMA
KEPENTINGAN HUTAN
"SANSEVIERIA TRIFASCIATA" KEPADA ALAM SEKITAR
TUMBUHAN VIRAL DAN BANYAK
ARTIKEL
LAGI INFO MENARIK APA ITU PEMANASAN GLOBAL?

#STAYSAFESTAYATHOME TEKNOLOGI HIJAU BAIK UNTUK
#SAYANGIBUMIKITA ALAM

JUN 2020| KENAIKAN PARAS AIR LAUT

SIDANG PENGARANG E-BULETIN RASMI
BUMI HIJAU

PENASIHAT KETUA PENGARANG
DR. ROHIZAH BT HALIM
Organisasi Bumi Hijau NUR SHAHIRAH BINTI AZLAN AZRI

Ketua Pengarang
NUR SHAHIRAH BINTI AZLAN AZRI

Pengarang Berita Kanan
SYAFFI IKMAL DANIAL BIN SHAHROL AZLAN

Ketua Penyunting
MUHAMMAD IMANURRASHID BIN ABDUL RAZAK

Pengarang Grafik
MOHD TAUFIQ BIN HASSAN BASRI

Sidang pengarang e-buletin Rasmi Bumi Hijau merakamkan PENGARANG BERITA KANAN
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
barisan pengurusan organisasi Bumi Hijau dan semua ahli SYAFFI IKMAL DANIAL BIN SHAHROL AZLAN
organisasi yang menjayakan penerbitan e-buletin pertama
edisi jun 2020.

Bagi sebarang makluman dan pertanyaan, sila hubungi: KETUA PENYUNTING

Sidang pengarang e-buletin Rasmi Bumi Hijau MUHAMMAD IMANURRASHID BIN ABDUL RAZAK
bangunan Bumi Hijau
kompleks A PENGARANG GRAFIK
bandar raya putrajaya
62590 wilayah persekutuan putrajaya MOHD TAUFIQ BIN HASSAN BASRI
Malaysia.

Tel: +601-5566 2533
Fax: +601-5566 2335
E-mel: [email protected]

Facebook : BuletinBumiHijau

Instagram : @bumi_hijaubuletin

Twitter : @BBumiHijauofficial

JUN 2020|01

PENASIHAT
DR. ROHIZAH BT HALIM
Organisasi Bumi Hijau

Ketua Pengarang
NUR SHAHIRAH BINTI AZLAN AZRI

Pengarang Berita Kanan BISMILLAHIRRAMANIRRAHIM
SYAFFI IKMAL DANIAL BIN SHAHROL Assalamualaikum wb.t, dan Salam Sejahtera,
 
AZLAN Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan
tahniah kepada ahli jawatankuasa sidang pengarang Bumi Hijau kerana
Ketua Penyunting berjaya mengorak langkah dalam melancarkan e-Buletin edisi pertama
MUHAMMAD IMANURRASHID BIN bagi tahun 2020. Umum mengetahui, walaupun kelab Bumi Hijau sudah
lama bertapak namun kelab kami ingin untuk mengedarkan lebih banyak
ABDUL RAZAK informasi khususnya kepada ahli organisasi Bumi Hijau dan pihak awam
ini sendiri serta kepada orang ramai tentang betapa pentingnya untuk
Pengarang Grafik kita menjaga alam sekitar. Oleh itu, melalui keluaran e-Buletin yang
MOHD TAUFIQ BIN HASSAN BASRI pertama ini pihak sidang pengarang telah menerbitkan pelbagai artikel
serta fakta yang menarik berkaitan alam sekitar secara umum agar
Diterbitan oleh: dapat menarik minat ahli organisasi dan kelab ini untuk terus membaca
Organisasi Bumi Hijau menerusi e-Buletin ini.
bangunan Bumi Hijau
kompleks A,bandar raya putrajaya Alam sekitar sesungguhnya merupakan suatu nilai yang amat berharga
62590 wilayah persekutuan dari kurnian Tuhan untuk kita sama-sama pelihara bagi menjamin
putrajaya Malaysia. ketahanan semulajadi untuk generasi akan datang. Namun begitu, sikap
kurang cakna terhadap alam sekitar oleh segelintir pihak yang tidak
BUMI HIJAU OFFICIAL WEBSITE bertanggungjawab telah mengakibatkan banyak kesan buruk terhadap
www.bumihijaurasmi.my alam sekitar ini. Oleh itu, kami di pihak Bumi Hijau akan terus
memberikan yang terbaik menerusi informasi-informasi terkini serta
JUN 2020|02 program yang telah atau bakal kami jalankan bagi memelihara alam
sekitar di negara ini.

Akhir kata, sekali lagi saya selaku ketua pengarang mengucapkan
tahniah kepada semua pihak yang telibat bagi menjayakan penerbitan
e-Buletin ini. Saya berharap agar sidang pengarang Bumi Hijau akan
terus komited dalam memastikan penerbitan ini sentiasa konsisten bagi
setiap bulan agar ahli kelab Bumi Hijau serta orang ramai mendapat
manfaat daripada segala informasi yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Shera

Nur Shahirah binti Azlan Azri
Ketua Pengarang
e-Buletin kelab Bumi Hijau

BUMI HIJAU

E-BULETIN RASMI BUMI HIJAU

MAJLIS PELANCARAN
BULETIN BUMI HIJAU

OLEH MOHD TAUFIQ BIN HASSAN BASRI Cik Sarah Katrina memberikan ucapan perasmian
E-buletin Bumi Hijau
E-buletin Bumi Hijau merupakan sebuah saluran
untuk menyebarkan informasi berkenaan alam sekitar
serta, program-program yang akan dijalankan oleh
organisasi bumi hijau. Buletin ini mementingkan
kepentingan menjaga alam sekitar. Umumnya,
mengetahui keadaan alam sekitar kini yang kian
merosot akibat daripada kurangnya kesedaran dalam
kalangan masyarakat untuk menjaga alam sekitar
yang banyak mengakibatkan kejadian yang tidak
diingini berlaku seperti kualiti udara yang kurang
baik, pemanasan global serta banjir kilat yang boleh
membahayakan nyawa serta mengurangkan kualiti
kehidupan dalam masyarakat.

Oleh itu, kami pihak media dan publisiti di dalam Sesi bergambar dan forum alam sekitar bersama
organisasi ini telah berkesempatan untuk menemu ahli organisasi dan Kementerian Tenaga dan Sumber
bual peneraju kepada organisasi Bumi Hijau iaitu Cik
Sarah Katrina untuk bertanyakan tentang objektif Asli membincang tentang kelestarian sumber
penubuhan E-buletin ini. Dalam temu ramah ini, semulajadi.
Sarah Katrina mengatakan bahawa pentingnya kita
memupuk kesedaran dalam menjaga alam sekitar
supaya generasi akan datang dapat hidup dengan
lebih selesa , “Saya merasakan sudah tiba masanya
belia untuk menitik beratkan soal kepentingan
menjaga alam sekitar, kita perlu memupuk kesedaran
ini melalui belia dan remaja kerana mereka lebih
berfikiran terbuka dan peka dalam keadaan
sekeliling. Oleh itu, melalui E-buletin ini kita dapat
mengadakan pelbagai program yang bermanfaat
seperti mengadakan kolabrasi bersama agensi Trash
Hero untuk bersama menjayakan aktiviti pemuliharan
sungai dan pantai serta beberapa lagi program yang
bukan sahaja terdiri daripada ahli organisasi ini
tetapi juga sukarelawan yang ingin membantu untuk
bersama menjayakan memelihara alam sekitar ini
terangnya dalam satu pelancaran program
memelihara alam sekitar bersama agensi bukan
kerjaaan di Putrajaya baru-baru ini. Kami di pihak E-
buletin akan sentiasa memaparkan laporan dan info
terkini berkenaan aktiviti yang dilancarkan dam
dilaksanakan oleh organisasi Bumi Hijau.

JUN 2020|03

ARTIKEL UTAMA

KEPENTINGAN HUTAN Hutan amat penting dalam mengekalkan
KEPADA ALAM SEKITAR keseimbangan ekosistem di muka bumi. Oleh itu,
semua pihak perlu memainkan peranan yang
OLEH SYAFFI IKMAL DANIAL BIN SHAHROL AZLAN penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan
hutan di seluruh dunia. Peranan semua pihak amat
Hutan adalah sebahagian daripada ekosistem global penting dalam mewujudkan keharmonian antara
manusia dengan alam semula jadi.
yang memberi manfaat kepada semua makhluk di seluruh
dunia. Ekosistem hutan terdiri daripada air, hutan, tanah,
flora dan fauna. Hutan telah meliputi keluasan muka bumi
sebanyak 50%. Walau bagaimanapun, hutan kini menjadi
mangsa kerakusan manusia yang ingin mengejar kekayaan
pada arus kemodenan ini. Keadaan ini jika dibiarkan akan
memberi kesan yang besar kepada alam sekitar lalu
memberi kesan kepada seluruh kehidupan di muka bumi
ini. Oleh itu, artikel ini membincangkan tentang betapa
pentingnya hutan kepada alam sekitar.

Hutan memberi keseimbangan kepada ekosistem alam.
Hal ini demikian, kerana hutan berperanan mengurangkan
suhu bumi dan mengurangkan risiko terdedah kepada
sinaran ultraungu kepada kulit manusia dan haiwan.
Sinaran ini merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan kanser kulit menular. Kerakusan manusia
menebang semua hutan untuk tujuan pembangunan akan
menyebabkan pelbagai bencana alam seperti kemarau,
hakisan tanah, banjir dan sebagainya yang membawa
kepada kehilangan nyawa dan harta. Oleh itu, hutan perlu
dipelihara agar keseimbangan ekosistem alam dapat
dikekalkan.

Selain itu, hutan berperanan sebagai kawasan tadahan
hujan secara semula jadi. Hal ini demikian kerana akar-
akar tumbuh-tumbuhan di dalam hutan berperanan
menyerap air hujan yang turun dalam jumlah yang besar.
Air hujan yang diserap oleh akar-akar pokok-pokok di
hutan dapat mengelakkan hakisan tanah seperti tanah
runtuh terutamanya di kawasan bukit. Hutan juga
membekalkan air kepada manusia yang tinggal
berhampiran dengan kawasan tadahan air dan haiwan-
haiwan yang berhabitat di sekitarnya. Sumber air amat
penting kepada seluruh kehidupan di muka bumi ini.

Di samping itu, hutan juga merupakan habitat kepada Hutan Hujan Amazon adalah hutan terbesar di
kehidupan flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis dunia. Selain itu ianya juga dikenali kerana
hidupan-hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan yang ukurannya, Amazon juga merupakan salah satu
berharga di dalam hutan seperti harimau, ular, rusa, hutan terpenting kepada bumi terutamanya kepada
bunga rafflesia, pokok ru, pokok gaharu dan sebagainya. era pemanasan global ini. Hutan Amazon juga
Kerakusan manusia meneroka hutan-hutan di seluruh merupakan habitat kepada pelbagai jenis tumbuhan
negara menyebabkan spesies-spesies ini terancam dengan dan haiwan yang menakjubkan. Spesies hidupan
kepupusan. Hal ini menyebabkan generasi akan datang liar yang luar biasa termasuk Capybara, tikus
tidak dapat menikmati keindahan alam ini untuk tatapan terbesar di dunia, dan Lumba-lumba Sungai
dan pembelajaran mereka. Oleh itu, flora dan fauna ini Amazon yang diancam kepupusan daripada
perlu dipelihara agar keseimbangan ekosistem hutan pembalakan secara haram.
dapat dikekalkan.

JUN 2020|04

E-BULETIN BUMI HIJAU

APA ITU PEMANASAN

GLOBAL?

OLEH NUR SHAHIRAH BINTI AZLAN AZRI

Dunia pada hari ini amat merasai akan peningkatan
suhu . perkara ini dialami oleh semua negara,
terutamanya negara yang mempunyai iklim panas dan
lembab dapat merasai akan perubahan cuaca yang
semakin panas. Peningkatan suhu ini disebabkan oleh
pemanasan global iaitu fenomena pemerangkapan gas
yang dikenali sebagai gas rumah hijau membabitkan
kumpulan gas (karbon dioksida (CO2), karbon
monoksida (CO), kloroflorokarbon (CFC), metana,
nitrogen oksida) menghalang dan memerangkap haba
bumi daripada terbebas keluar ke angkasa.

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kesan pemanasan global yang menyebabkan
peningkatan cuaca ini antaranya ialah menerusi pencairan ais di kutub danmemusnahkan habitat
kegiatan perindustrian yang membebaskan gas rumah semulajadi beruang kutub, penguin dan haiwan
hijau secara berlebihan. Selain itu, penggunaan yang lain bergantung pada ekosistem ini.
pendingin hawa dari kebanyakkan rumah juga turut
menyumbang kepada masalah ini yang mana cuaca
akan terperangkap di sekitar bumi dan tidak dapat
dibebaskan ke luar lapisan bumi.

Oleh itu, ia akan memberi kesan seperti perubahan
iklim yang tidak menentu seperti hujan lebat dan panas
di dalam masa yang sama. Seterusnya terdapat
peningkatan paras laut dimana sebagai contohnya di
Laut Atlantik yang mana ais di kutub itu semakin
mencair dan ia sekaligus akan meningkatkan paras air
laut. Akhir sekali, ia akan memberi kesan kepada
peningkatan suhu yang mana cuaca semakin panas
akan dirasai oleh negara yang tersedia panas.

Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah perlu
dijalankan seperti mengurangkan kebergantungan
dalam menaiki kenderaan sendiri dengan menaiki
kenderaan awam. Selain itu, digalakkan untuk
menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan hijau
yang lain di sekitar laman rumah bagi meningkat suhu
semulajadi di kawasan kediaman. Penggunaan bahan
terbuang juga digalakkan dalam menghasilkan sesuatu
bahan kreatif seperti menggunakan tin dalam
mengasilkan pasu untuk tanaman landskap. Melalui
aktiviti ini ia akan dapat meningkatkan kembali suhu
semulajadi supaya alam yang baik dan sihat dapat
dinikmati oleh generasi akan datang.

JUN 2020|05

E-BULETIN BUMI HIJAU

TEKNOLOGI HIJAU BAIK Teknologi hijau dapat membantu memulihara dan
meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar.
UNTUK ALAM Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan
menjejaskan kualiti hidup rakyat jika dibiarkan
OLEH MUHAMMAD IMANURRASHID BIN ABDUL RAZAK berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi
hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah
Teknologi hijau adalah penggunaan sains alam sekitar minimum. Ia dapat meningkatkan dan melindungi
untuk memulihara sumber semula jadi dan mengawal kesan ekosistem dan kepelbagaian hidup, meningkatkan
negatif aktiviti manusia. Objektif teknologi hijau adalah kualiti udara dan air, mengurangkan pembuangan
untuk memulihara dan meminimumkan kesan kerosakan atau bahan tercemar dan melindungi sumber semula jadi.
kemusnahan alam sekitar. Teknologi hijau menggunakan
teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding Antara bangunan hijau di Malaysia ialah Pusat
dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan Tenaga Malaysia (PTM), iaitu bangunan hijau
teknologi hijau, kita menggunakan sumber sumber secara berkonsepkan bangunan tenaga rendah dan mesra
minimum. alam, selain dilengkapi sistem building integrated
photovoltaic (BIPV) yang mesra alam kerana tidak
Umumnya, teknologi hijau memfokuskan kepada empat mencemar selain mengurangkan penggunaan tenaga
kebaikan. Dari aspek tenaga, teknologi hijau diharapkan daripada sumber bahan api fosil. Kesimpulannya,
dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan kita bertanggungjawab memastikan generasi akan
mempromosikan kecekapan tenaga negara. Teknologi hijau datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti
merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hibrid kehidupan yang kita peroleh sekarang atau kualiti
dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi. lebih baik dari sekarang.
Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana ia boleh menjana
tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat
dan mesra pengguna. Ini dapat dibuktikan melalui
pengalaman dan amalan di negara maju yang telah
membangunkan industri ini sejak sekian lama.

KENAIKAN PARAS AIR
LAUT

OLEH MOHD TAUFIQ BIN HASSAN BASRI

Kenaikan paras air laut adalah salah satu kesan
daripada pemanasan global. Salah satu penyebab
utama ialah pencairan ais di kutub dimana glasier
mencair akibat daripada peningkatan suhu dimana
sebelum pemanasan global berlaku, pencairan ais
glasier merupakan fenomena semula jadi dimana pada
musim panas glasier akan mencair dan pada musim
sejuk terdapatnya salji untuk mengimbangi pencairan
glasier tersebut. Namun, baru-baru ini, peningkatan
suhu terus meningkat disebabakan oleh pemanasan
global yang menyebabkan pencairan ais pada musim
panas menjadi lebih tinggi daripada jumlah salji pada
musim sejuk untuk mengimbangi pencairan glasier.

Pencairan ais di kutub menjadikan permukaan air Republik Kiribati adalah sebuah negara
laut naik dengan cepat. Kenaikan paras air yang kecil kepualauan yang terletak di tengah lautan Pasifik
dapat memberi kesan buruk kepada kepada masyarakt yang terjejas teruk dengan peningkatan paras air laut.
yang duduk di pesisir pantai untuk berpindah ke Mengalami kerusakan infrastuktur dan risiko
Kawasan yang lebih tinggi dan jauh dari Kawasan ditengalami air dimana terdapat bebarapa pulau
pesisir panatai. Selain itu, peningkatan paras air laut tealh ditenggalami dan telah hilang daripada peta.
menyebabkan hakisan dan kerosakkan kepada habitat
flora dan fauna dipinggir pantai ianya juga
menyebablan pencemaran tanah akuifer dan tanah
pertanian dengan garam.

JUN 2020|06

E-BULETIN BUMI HIJAU

BERITA SEMASA

JUN 2020

COVID-19: Kes positif PKPP: Jangan salah guna Hasil ladang Duriotourism
seluruh dunia kini 8.27 kebebasan Kuala Kangsar dijual
juta secara dalam talian

Kes chikungunya meningkat di Pulau Skim Rondaan Sukarela pastikan zon hijau,
Pinang kuning kekal selamat dari COVID-19

EPL: Manchester City benam Arsenal 3-0 Sabah benarkan solat berjemaah, aktiviti
masjid, surau mengikut ketetapan mulai
Jumaat ini

LENSA HIJAU

FAKTA-FAKTA MENARIK penemuan Spesies baru pemakan
madu baru di Pulau Alor, Nusa
"Sansevieria trifasciata"  atau dikenali Tenggara Timur indonesia, spesies
sebagai lidah jin menjadi kegilaan ramai burung ini dikenali sebagai helang
selepas dikatakan mampu menyerap madu dan nama saintifik diberi
pencemaran udara dan menghasilkan dalam bahsasa Latin iaitu Myzomela
oksigen dengan baik. tetapi tumbuhan ini prawiradilagae
dapat ,menjejaskan kesihatan kanak-
kanak dan haiwan peliharan kerana
mengandungi saponin yang boleh
menyebabkan muntah, cirit-birit dan
ruam.

Spesis serangga terpanjang di dunia
yang telah ditemui di hutan belantara
Sabah. Serangga yang dinamakan Chan
Megastick (Phobaeticus chani) adalah
sejenis serangga ranting yang berukuran
567mm/56cm (22.3 inc

Menurut Jabatan Alam Sekitar

Malaysia, antara punca utama

pencemaran udara di negara kita

datang dari asap kenderaan. Kulit telur juga boleh dijadikan
baja terhadap pokok anda. Taburkan
Penggunaan kenderaan yang kulit telur di sekitar pokok dan pokok
anda akanmembesar secara sihat
sangat tinggi dalam Malaysia tanpa menggunakan baja kimia yang
boleh membahayakan alam sekitar/
menyumbangkan sehingga 53.18%

kepada punca pencemaran

berbanding yang lain

JUN 2020|07

E-BULETIN BUMI HIJAU

SUDUT KREATIF HIJAU

SAJAK: SENJA, KEINDAHAN YANG PERTANDINGAN MEREKA POSTER
TIDAK TERGANTI: SYAZA SHIFA DIGITAL  SEMPENAN HARI BUMI 2020

PEMENANG HADIAH UTAMA SAJAK TARIKH UMUM PEMENANG 5 JUN
BERTEMAKAN ALAM SEKITAR 2020

Siang mulai berganti APA TUNGGU LAGI HANTAR
KARYA ANDA SEBELUM TARIH
Warna langit pun berubah menjadi TUTUP PENGHANTARAN 1 JUN
jingga
2020
Burung-burung silih berganti
terbang di tengah warna jingga BANYAK HADIAH MENARIK UNTUK
yang kian melebur di langit sana DIMENANGI

Siapa saja yang melihatnya, akan #STAYSAFESTAYATHOME
takjub dibuatnya #SAYANGIBUMIKITA

Waktu terus berlari

Warna jingga pun terkikis secara
perlahan

Gelap mulai membayangi senja

Meski begitu, keindahan senja tidak
akan ada yang menggantikan

Meski gelap semakin pekat.

KALENDER BULAN JUN 2020

Program yang telah berjaya dijalankan pada bulan TARIKH PENTING PADA BULAN JULAI 2020
Mei lalu 'Clean Up Beach' bersama agensi Trash Hero 12JULAI - DEBAT ALAM SEKITAR
15 JULAI- PHOTOGRAPHY BERTEMAKAN ALAM SEKITAR
JUN 2020|08 18 JULAI - PERSIDANGAN TENTANG ISU ALAM SEKITAR
20JULAI - AKTIVITI PEMBERSIHAN PANTAI DAN DI TANJUNG DAWAI
28 JULAI - MAJLIS MAKAN MALAM AHLI ORGANISASI BUMI HIJAU

E-BULETIN BUMI HIJAU

SUDUT IKLAN DAN INTERAKTIF

JUN 2020

SITUASI SEMASA PANDEMIK COVID-19 DI MALAYSIA

JUN 2020|09


Click to View FlipBook Version