PENDIDIKAN KESIHATAN
UNIT 3 :
PENYAKIT
“SAKIT JANTUNG”
NAMA : IRISSA NAAILA BT MOHD ROSMAN
KELAS : 4 USIM
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BELAH
TAHUN : 2021
1
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA
SURAT
1 PENGHARGAAN
2 PENDAHULUAN 3
3 OBJEKTIF KAJIAN 4
4 TAJUK TUGASAN 5
5 KESIMPULAN 6-12
6 RUJUKAN 13
13
2
PENGHARGAAN
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,
ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KE ATAS ILAHI DENGAN LIMPAHAN
RAHMAT YANG DIANUGERAHKAN KE ATAS SAYA DAPAT MENYIAPKAN
FOLIO INI DENGAN JAYANYA.
SEKALUNG PENGHARGAAN UNTUK, EN.SHARWIN SELAKU GURU
PEMBIMBING KERANA TELAH BANYAK MEMBERI BIMBINGAN DAN
TUNJUK AJAR KEPADA SAYA.
SETERUSNYA, TERIMA KASIH JUGA KEPADA IBU BAPA SAYA
KERANA MEMBERI SOKONGAN DAN DORONGAN KEPADA SAYA
SEPANJANG FOLIO INI DISIAPKAN.
AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH RAKAN - RAKAN DAN PIHAK – PIHAK
YANG TELAH MEMBANTU SAYA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK
LANGSUNG DALAM MENYIAPKAN FOLIO INI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
3
3
PENDAHULUAN
Penyakit jantung adalah keadaan
yang mempengaruhi fungsi jantung.
Jantung adalah organ berotot
kompleks yang mengepam darah ke
seluruh sel badan. Penting untuk
menjaga jantung supaya sihat.
44
OBJEKTIF KAJIAN
1. Kajian ini dilakukan dengan secara amnya
untuk mengenal pasti penyakit. Ia juga
membantu saya untuk mengkaji, mencari,
mengumpul, merekod dan menganalisis
maklumat tentang penyakit.
2. Kajian ini dapat menambah pengetahuan
saya tentang penyakit ini.
3. Kajian ini juga dapat menjadikan
kesedaran di kalangan masyarakat
tentang menjaga keselamatan diri
daripada penyakit berbahaya.
55
TAJUK TUGASAN
PENYAKIT TIDAK
BERJANGKIT IAITU
PENYAKIT JANTUNG
66
PUNCA PENYAKIT JANTUNG
Faktor risiko ini menyumbang kepada terjadinya pengumpulan lemak yang membentuk plak
(atherosclerosis) yang menyempitkan saluran darah dan menghalang darah dari mengalir
dengan baik. Antara faktor risiko ialah:
1.Usia
Lelaki berusia 45 tahun keatas dan wanita berusia 55 tahun ke atas lebih berisiko
mengalami serangan jantung.
2. Jantina
Lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi menghadapi sakit jantung berbanding kaum
wanita.
3. Tabiat merokok
Mereka yang merokok mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding daripada mereka
yang tidak merokok ini termasuk perokok pasif. Ini disebabkan asap rokok meningkatkan
radikal bebas yang akan memudahkan pembentukan atherosclerosis pada saluran darah.
7
7
. Tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi buat jangka masa yang lama boleh merosakkan saluran darah di
jantung. Tekanan darah tinggi yang terjadi dengan keadaan lain seperti obesity, kolesterol
tinggi dan kencing manis meningkatkan risiko anda dengan lebih tinggi.
5. Kolesterol tinggi
Jumlah kolesterol jahat iaitu low density lipoprotein dan kandungan triglyceride yang tinggi
menyebabkan saluran darah mudah menjadi tersumbat. Kedua dua jenis kolesterol jahat
ini sering dikaitkan dengan gaya pemakanan tidak sihat. Namun begitu, terdapat juga
kolesterol baik iaitu high density lipoprotein dikaitkan dengan aktiviti senaman yang akan
mengurangkan risiko.
6. Berat badan berlebihan
Obesiti dikaitkan dengan kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.
Pengurangan berat badan sebanyak 10% boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
88
7. Kencing manis
Kencing manis adalah disebabkan kegagalan badan menghasilkan jumlah insulin yang
cukup bagi mengawal kandungan gula dalam darah menyebabkan kandungan gula
menjadi tinggi dan merosakkan saluran darah, seterusnya meningkatkan risiko serangan
jantung.
8. Sejarah sakit jantung dalam keluarga
Risiko mengalami masalah ini bertambah sekiranya terdapat ahli keluarga seperti adik beradik,
ibubapa ataupun datuk dan nenek yang mengalami serangan jantung.
9. Kurang melakukan aktiviti fizikal
Gaya hidup yang tidak aktif menyumbang kepada terjadinya kolesterol tinggi dan obesiti. Mereka
yang kerap bersenam mempunyai jantung yang lebih sihat.
10. Penggunaan Bahan Terlarang
Penggunaan bahan terlarang seperti dadah (kokain) boleh menyebabkan saluran darah menjadi
kecut dan ini menyebabkan aliran darah ke jantung berkurangan. Akhirnya, serangan jantung
berlaku.
99
KESAN PENYAKIT JANTUNG
Penyakit jantung mengakibatkan kematian sebahagian sel-sel jantung,
aktiviti elektrik jantung dan fungsi jantung sebagai pam turut terjejas. Hal ini
menyebabkan pelbagai jenis komplikasi yang selalunya boleh
diklasifikasikan kepada komplikasi jangka masa pendek dan
komplikasi jangka masa panjang. Berikut ialah komplikasi serangan
jantung wajib berjaga-jaga.
Komplikasi jangka pendek
• Kesan sakit jantung yang paling awal ialah ritma detak jantung yang
tidak teratur. Denyutan jantung mungkin menjadi tidak teratur, terlalu
laju atau terlalu lambat.
• Para pesakit biasanya mengalami simptom seperti:
o keletihan
o pening kepala
o sensasi denyutan yang luar biasa
10 10
Komplikasi jangka panjang
• Komplikasi serangan jantung dalam jangka masa panjang
termasuklah gangguan ritma detak jantung yang berlarutan. Jenis
gangguan irama jantung yang paling biasa berlaku ialah atrial
fibrillation.
• Ketika masalah ini berlaku, pengaliran darah di dalam jantung menjadi
kurang lancar dan pembentukan bekuan darah senang berlaku.
• Oleh sebab itu, para pesakit berisiko menghidap strok apabila bekuan
darah tersebut tertanggal dan sampai ke otak mengikut aliran darah.
• Diagnosis biasanya dibuat dengan ujian ECG yang menganalisa ritma
jantung. Pesakit atrial fibrillation biasanya akan diberi ubat cair darah
seperti warfarin.
• Kegagalan jantung juga boleh berlaku selepas serangan jantung.
Pesakit-pesakit akan mengalami simptom seperti:
o Keletihan
o Sesak nafas yang menjadi lebih teruk dengan aktiviti fizikal
o Bengkak kedua-dua belah kaki
o Sensasi denyutan jantung yang luar biasa
11
11
CARA PENCEGAHAN PENYAKIT JANTUNG
1. Jangan Merokok
Merokok dalam bentuk apapun adalah salah satu faktor risiko paling signifikan untuk meningkatkan
penyakit jantung. Bahan kimia dan bahan berbahaya lain dalam tembakau/rokok dapat merosak
jantung dan salur darah anda, menyebabkan penyempitan arteri akibat pengumpulan plak
(aterosklerosis). Aterosklerosis inilah yang pada akhirnya dapat menyebabkan serangan jantung.
2. Aktiviti cergas Selama 30 Minit Setiap Hari
Beraktiviti cergas setiap hari dalam sela waktu yang disarankan adalah sangat penting kerana dapat
mengurangi risiko penyakit jantung. Tambahan pula anda menjalani gaya hidup sihat, seperti menjaga
berat badan, memakan makanan yang sihat sahaja, meningkatkan peluang terhindar dari risiko
penyakit jantung.
1212
3. Mengamalkan Makanan Sihat untuk Jantung
Memilih dan mengamalkan makanan yang sihat untuk jantung adalah salah satu cara mencegah
penyakit jantung. Elakkan makanan terlalu banyak garam dan gula. Elakkan juga makan makanan yang
mengandungi lemak tepu seperti keju, kek, mayonis, makanan diproses dan makanan nergoreng.
Banyakkan makan buah – buahan, sayur – sayuran dan bijirin bagi membantu melindungi jantung.
4. Tidur Cukup dan Berkualiti
Kurang tidur sangat membahayakan kesihatan anda dan menjadi salah satu penyebab penyakit
jantung. Orang yang tidak cukup tidur memiliki risiko obesiti lebih tinggi, tekanan darah tinggi, serangan
jantung, diabetes dan depresi. Tidur secukupnya dan penuh nyenyak supaya dapat menjaga kesihatan
jantung untuk berfungsi.
6. Mengawal Stress
Stress tau tekanan boleh terjadi dari pelbagai punca, dapat mengawal stress, dapat mencegah penyakit
jantung mendekati anda. Cara alternatif yang terbaik untuk mengawal stress dengan melakukan aktiviti
yang digemari supaya dapat melindungi jantung dan kekal sihat.
1133
KESIMPULAN
Jika kita tidak menjaga kesihatan,
kita akan mendapat penyakit yang
berbahaya seperti penyakit
jantung. “Sayangilah jantung Kita”.
1414
RUJUKAN
1) https://rootofscience.com
2) https://doctoroncall.com.my
3) https://www.docdoc.com
115 5