Pameran Bertema Puasa di Bulan Ramadan Dibawakan oleh : Uniit PSS Ibnu Rusyd
Definisi Puasa Ramadan Puasa Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan
HUKUM PUASA RAMADAN WAJIB
Syarat Wajib Puasa Berakal / Waras Mampu / Tidak Uzur Baligh / Cukup Umur Syarat Sah Puasa Orang Islam Suci daripada haid dan nifas Berakal (tidak sah bagi orang gila atau kanakkanak belum mumayiz Dalam waktu yang dibolehkan puasa
Waktu Berniat Lafaz Niat Puasa bermula dari terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardu maghrib hinggalah sebelum terbit fajar sidik (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Perkara yang membatalkan puasa Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit, seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi. Muntah dengan sengaja Bersetubuh di siang hari Mengeluarkan air mani dengan sengaja Keluar darah haid atau nifas Hilang akal (seperti gila) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau penyegar mulut dan sebagain
Hikmah Berpuasa Berusaha Merubah Diri Menjadi Lebih Baik Baik Bagi Kesihatan Jasmani Meningkatkan Ketaqwaan Pada Allah SWT Latihan Untuk Mengawal Hawa Nafsu Ikut Merasakan Penderitaan Orang yang Tidak Mampu
https://ms.wikipedia.org/wiki/Puasa_(Islam) https://www.irujukan.my/niat-puasa-ramadhan/ https://www.merdeka.com/jatim/5-hikmah-puasaramadhan-bagi-umat-islam-yang-perlu-andaketahui-kln.html SUMBER RUJUKAN
#pssibnurusyd #SATURAsehatisejiwacemerlang