Integrity - Competence, Efficiency, Excellence (I-COMPEX) Bhgn. A : Pentadbiran | A 1 |
Integrity - Competence, Efficiency, Excellence (I-COMPEX) Bhgn. A : Pentadbiran | A 2 | PENTADBIRAN: DISKRIPSI GURU BERTUGAS MINGGUAN ARUS PERDANA 1. Semua guru bertugas mingguan mesti berada di sekolah pada jam 6.50 pagi untuk menjalankan tugas. 2. Seorang guru bertugas di setiap pintu pagar pada waktu pagi (6.50 – 7.30 pagi) 3. Seorang guru bertugas di kantin pada setiap waktu rehat untuk mengawal disiplin murid dan pematuhan SOP semasa pembelian di kantin. 4. Waktu Rehat 1 : 9.30 – 10.00 pagi (Tingkatan 1, 2 dan 3) 5. Waktu Rehat 2 : 10.30 – 11.00 pagi (Tingkatan 4 dan 5) 6. Seorang guru bertugas sebagai pemantauan disiplin dan pematuhan SOP murid semasa makan di kelas pada waktu rehat 7. Waktu Rehat 1 : Blok H, Blok F dan Blok A 8. Waktu Rehat 2 : Blok B dan Blok C 9. Waktu balik : - Seorang guru bertugas di pintu pagar pada setiap sesi waktu balik murid-murid yang akan disusunkan oleh Ketua Guru Bertugas. 10. Guru bertugas perlu memastikan murid tidak tunggu di luar pagar dan minta murid duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu waris/ bas + pastikan murid masih memakai pelitup muka. 11. Murid hanya dibenarkan keluar dari pintu masuk sekolah apabila waris/bas sampai dan pastikan kererta waris tidak menghalang pintu masuk. 12. Ketua guru bertugas mingguan bertanggungjawab menyusun jadual bertugas waktu balik seperti jadual di bawah. DISKRIPSI GURU BERTUGAS MINGGUAN TINGKATAN 6 1. GURU 1 = KETUA GURU BERTUGAS MINGGUAN 2. Semua guru bertugas mingguan mesti berada di Dataran Pre U Lanai dan Tepi Dewan Pra U pada jam 6.45 pagi untuk menjalankan tugas sehingga 7.40 pagi. 3. Guru 1 dan Guru 2 bertugas menguruskan hal-hal kecemasan pelajar dan menjaga Pintu B sewaktu pelajar tamat persekolahan. Bertugas 10 minit lebih awal sebelum tamat waktu persekolahan dan bertugas dalam setengah jam. Contoh, hari Isnin bertugas dari 2.30-3.00pm. 4. Guru Disiplin B1 bertugas mengawal keadaan disiplin pelajar di Pintu B awal pagi (7.10-7.40 am) dan sewaktu rehat (10.10-10.30am) di aras-aras blok tingkatan 6. 5. Guru Disiplin B2 bertugas mengawal keadaan disiplin pelajar di blok T6 awal pagi (7.10-7.40am) dan sewaktu rehat (10.10-10.30am) di aras 2 blok tingkatan 6. 6. Ketua guru bertugas mingguan bertanggungjawab menyusun jadual bertugas seperti jadual di bawah, menulis laporan harian dan simpan dalam fail di pejabat sekolah. ▪ GB = Guru Bertugas Mingguan
Integrity - Competence, Efficiency, Excellence (I-COMPEX) Bhgn. A : Pentadbiran | A 3 | ▪ GD = Guru Disiplin ▪ Waktu Bertugas = 20 minit / sehingga murid-murid tiada kelihatan di pintu pagar sekolah. ▪ Ketua Guru Bertugas juga perlu menulis laporan harian dan simpan dalam fail di pejabat sekolah. JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN T6 Hari Waktu Pagi Waktu Rehat Waktu Balik Pintu B Isnin Dataran Pre-U Lanai: GB 1 Tepi Dewan Pra U : GB 2 Pintu B : GD B1 Aras-aras Blok T6 : GD B2 Aras 1 : GD B1 Aras 2 : GD B2 GB 1 GB 2 Prosedur kerja Tindakan 1.0 Hari Bertugas ✓ Bertugas mengikut jadual bertugas mingguan. ✓ Bertugas mulai hari Isnin hingga Jumaat kecuali pada hari cuti sekolah atau cuti umum. ✓ Ketua guru bertugas hendaklah memastikan guru yang bertugas menjalankan tugas dan menyiapkan laporan. ✓ Ketua guru bertugas hendaklah mengedarkan senarai kehadiran guru untuk ditandatangani semasa perhimpunan rasmi. 2.0 Lokasi Bertugas ✓ Guru bernombor 1 (ketua) bertanggungjawab memastikan guru bertugas mingguan menjalankan tugas masing-masing. ✓ Guru bernombor 1 hendaklah menulis laporan bertugas setiap hari. ✓ Guru bernombor 2 ,3 dan 4 akan menjalankan tugas pengawasan keadaan disiplin pelajar semasa waktu rehat yang dijadualkan oleh ketua guru bertugas mingguan. ✓ Guru bertugas mingguan juga perlu menjalankan pemantauan blok seperti dijadualkan oleh ketua guru bertugas mingguan ✓ Guru bertugas mingguan turut dipertanggungjawabkan mengendalikan perhimpunan pagi seperti yang dijadualkan oleh ketua guru bertugas mingguan. 3.0 Tempoh Bertugas ✓ Waktu bertugas hari Sabtu: 7.10 pagi hingga tamat aktiviti. (jika ada aktiviti anjuran sekolah yang melibatkan pelajar) Semua guru bertugas Ketua guru bertugas Ketua guru bertugas mengagihkan tugas Semua guru bertugas HARI PERSEKOLAHAN 1.0 Sebelum Perhimpunan ✓ Pastikan pelajar berbaris dengan lurus mengikut tingkatan. ✓ Pastikan kerusi cukup dan teratur untuk barisan pentadbir sebelum perhimpunan. ✓ Tentukan alat siar raya dan bendera siap untuk digunakan sebelum perhimpunan. 2.0 Semasa Perhimpunan Semua guru bertugas
Integrity - Competence, Efficiency, Excellence (I-COMPEX) Bhgn. A : Pentadbiran | A 4 | ✓ Merujuk dan berkongsi Nilai Teras Sivik serta menulis laporan perhimpunan. ✓ Memastikan semua guru menandatangani kehadiran Perhimpunan. (Kompilasi bersama Borang Laporan Perhimpunan - diletak di Bilik PKP) 3.0 Selepas Perhimpunan ✓ Membantu pengawas mengawasi pergerakan pelajar balik ke kelas mengikut arah yang telah ditetapkan. 4.0 Sepanjang Waktu Persekolahan ✓ Mengawasi pergerakan pelajar sepanjang waktu persekolahan supaya mematuhi peraturan sekolah. ✓ Jika berlaku pergaduhan atau suasana tegang antara pelajar, pastikan guru mengambil tindakan yang sesuai. ✓ Laporkan kepada guru disiplin/PK HEM dengan segera. 5.0 Mengurus Pelajar yang Sakit atau Cedera ✓ Pertimbangkan rawatan kecemasan. ✓ Laporkan kepada guru disiplin/PKHEM ✓ Hubungi ibu bapa atau waris. ✓ Jika serius uruskan penghantaran ke hospital. ✓ Jika tidak serius pelajar tersebut boleh ditempatkan di bilik rawatan. ✓ Minta waris datang untuk mengambil pelajar yang ingin pulang awal. (PERINGATAN: JANGAN SEKALI-KALI MEMBERI UBAT MAKAN KEPADA PELAJAR WALAU PANADOL SEKALIPUN) 6.0 Kebersihan ✓ Bertugas memastikan bilik darjah dan tandas sentiasa bersih. ✓ Membuat laporan segera jika berlaku kerosakan. ✓ Membuat laporan kebersihan kantin semasa dan selepas rehat. 7.0 Laporan Harian Guru Bertugas ✓ Ketua guru bertugas diminta menulis laporan harian setiap hari bertugas. ✓ Gunakan borang laporan yang disediakan untuk menulis laporan. ✓ Dapatkan borang laporan di bilik PK Pentadbiran dan kembalikan borang laporan tersebut setelah menulisnya. 8.0 Lain-lain ✓ Jika ada masalah, sila rujuk kepada PKHEM. ✓ Pastikan Rukun Negara dibaca pada minggu pertama setiap bulan pada hari Isnin (perhimpunan rasmi). ✓ Pastikan Ikrar Sekolah dibaca pada setiap hari Isnin (perhimpunan rasmi). ✓ Pastikan semua pelajar memakai pakaian unit beruniform pada hari Rabu. ✓ Guru hendaklah memakai baju bekerja berserta kot pada hari Isnin (semasa Perhimpunan Rasmi). ✓ Guru hendaklah memakai pakaian unit beruniform pada hari Rabu. Ketua guru bertugas Semua guru bertugas Semua guru bertugas Semua guru bertugas Ketua guru bertugas Ketua guru bertugas Semua guru bertugas Semua guru
Integrity - Competence, Efficiency, Excellence (I-COMPEX) Bhgn. A : Pentadbiran | A 5 | ‘STANDARD OPERATING PROCEDURE’ PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH (SETIAP HARI ISNIN) MASA BUTIRAN TINDAKAN SEBELUM a. Tempat perhimpunan dibersihkan dan tersedia sebelum majlis bermula b. Kerusi dan tempat duduk disediakan c. Sistem siar raya & lagu-lagu disediakan d. Bendera-bendera tersedia e. Pengawas – penaik bendera dikenal pasti f. Pelajar sudah berhimpun di tapak perhimpunan sebelum majlis bermula g. Pengacara majlis dikenal pasti h. Pengumunan-pengumuman & ucapan-ucapan dikenal pasti i. Pemimpin bacaan doa dikenal pasti j. Pemimpin bacaan `School Statement’ dikenal pasti k. Kelengkapan lain seperti hadiah dan dulang hadiah perlu tersedia l. Atur cara Perhimpunan tersedia GuruBertugas Guru Bertugas Guru Siar raya GuruBertugas Guru Bertugas & Guru Pengawas Guru Disiplin & semua pengawas Guru Bertugas Guru Bertugas & Pengacara Majlis Guru Bertugas, Guru Pend.Islam & Pengacara Majlis Guru Bertugas, Guru Pengawas & Pengacara Majlis Guru Berkenaan Guru Berkenaan SEMASA a. Pelajar sudah berkumpul ikut kelas dan bersedia b. Perhimpunan berjalan ikut atur cara c. Lagu dimainkan, nyanyian & bendera dinaikkan d. Pemeriksaan disiplin pelajar e. Pelajar bersurai secara tertib * Guru Bertugas perlu duduk bersama dengan barisan pentadbir. Ketua Guru Displin, Guru disiplin & pengawas Pengacara Majlis & Guru Bertugas Guru Siar raya & Guru Bertugas Ketua Guru Disiplin, Guru Disiplin & pengawas Ketua Guru Disiplin, Guru Disiplin & pengawas Semua guru bertugas mingguan semasa SELEPAS a. Peralatan siar raya disimpan b. Kerusi & tempat duduk dikemaskan c. Pavilion pastikan bersih d. Tapak perhimpunan dibersihkan Guru Siar raya Guru Bertugas Guru Bertugas Guru Bertugas
Dokumen Perancangan dan Pengurusan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 Integrity – Competence, Efficiency, Excellence (i-compex) Bhgn. C : HEM| C 6 | UNIT HAL EHWAL MURID: 1. KPI Jawatankuasa Unit Bimbingan & Kaunseling 1. Melaksanakan proses kaunseling individu sekurang-kurangnya 150 orang murid setahun. 2. Melaksana dan mentadbir ujian psikometrik kepada semua murid yang berkaitan. 3. Merancang dan mengurus program di bawah unit HEM dan kaunseling supaya berjalan dengan lancar. 2. KPI Jawatankuasa Asrama 1. Mengurus dan melaksanakan 3 program yang disarankan oleh unit HEM JPN dengan jayanya. 2. Mengelola dan memastikan murid asrama mematuhi peraturan dan disiplin dengan baik. 3. Memantau dan mengenal pasti kesalahan dan mengambil tindakan mengikut SOP yang ditetapkan. 4. Kebitaraan asrama. 3. KPI Jawatankuasa Keselamatan, Kebersihan Dan Keceriaan 1. Mengenal pasti dan melaksanakan program keceriaan kelas, bangunan sekolah dengan baik. 2. Meningkatkan tahap kebersihan, mengadakan gotong- royong dan mengindahkan persekitaran sekolah. 3. Merancang dan melaksanakan kawad kebakaran 2 kali setahun. 4. Memastikan dan memantau kawasan sekolah sentiasa dalam keadaan selamat. 4. KPI Jawatankuasa Disiplin & Pengawas 1. Mengambil tindakan salah laku disiplin mengikut SOP dengan mematuhi pekeliling yangditetapkan dan peraturan sekolah. 2. Merekod kes mengikut ketetapan yang ditentukan ke dalam sistem SSDM dengan lengkapdengan merujuk kepada PKHEM terlebih dahulu. 3. Memastikan pelajar bermasalah disiplin dirujuk kepada kaunselor untuk tindakan selanjutnya. 4. Aplikasi rasmi yang digunakan, APDM, SSDM, Demerit Dalaman, Buku Pemantauan dan Kaunseling. 5. Disiplin Akademik diuruskan oleh penyelaras tingkatan bersama AJKnya. 5. KPI Jawatankuasa Kantin 1. Memastikan pengusaha kantin sekolah sentiasa mematuhi garis panduan pengendalian yang ditetapkan oleh JPN dan KKM. 2. Menyediakan laporan harian dan bulanan mengikut masa yang ditetapkan. 3. Mengadakan mesyuarat berkala dan bila-bila diperlukan terutama jika ada aduan. 6. KPI Jawatankuasa Biasiswa 1. Memastikan murid memohon, memenuhi syarat dan melengkapkan data yang diperlukan mengikut ketetapan serta pekeliling yang diterima. 2. Menyimpan rekod pemegang biasiswa dengan lengkap. 3. Menyemak prestasi, mengeluarkan surat amaran dan mengadakan program motivasi kepada pemegang biasiswa.
Dokumen Perancangan dan Pengurusan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 Integrity – Competence, Efficiency, Excellence (i-compex) Bhgn. C : HEM| C 7 | 7. KPI Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks 1. Memastikan murid membalut, mencatat nama pada ruang yang disediakan. 2. Mengambil tindakan kepada murid yang merosakkan buku dari segi fizikal dan meninggalkan buku di merata-rata tempat. 3. Memastikan murid yang menghilangkan buku teks membayar ganti rugi sebagai tindakan. 8. KPI Jawatankuasa Kebajikan Murid 1. Memastikan semua murid yang layak mendapat bantuan mendapatkannya. 2. Mengurus kebajikan murid dan memberi sumbangan yang sewajarnya. 9. KPI Jawatankuasa Kesihatan 1. Memastikan semua murid mendapat perkhidmatan kesihatan mengikut ketetapan pihak KKM. 2. Mengurus perkhidmatan dengan lancar tanpa ada aduan daripada luar. 10. KPI Jawatankuasa Pendaftaran Murid 1. Merancang dan melaksanakan proses penempatan pelajar dengan lancar. 2. Memastikan maklumat murid baru lengkap di dalam buku pendaftaran murid. 11. KPI Jawatankuasa Data dan Maklumat Murid 1. Memastikan dan memantau semua data yang diperlukan oleh pihak KPM, JPN dan PPD lengkap mengikut ketetapan. 2. Memastikan data sentiasa dikemas kini dan disemak secara berkala. 12. KPI Jawatankuasa Perhimpunan dan Pengacaraan 1. Mengurus dan mengendalikan perhimpunan mengikut SOP yang ditetapkan. 2. Memastikan perjalanan perhimpunan dalam keadaan tenang dan terkawal. 13. KPI Jawatankuasa Ketua Tingkatan (BOCM) 1. Melantik dan memberi tauliah kepada ketua dan penolong ketua tingkatan. 2. Merancang dan membentuk jawatankuasa ketua-ketua dan penolong ketua tingkatan. 3. Membantu penyampaian maklumat dan arahan segera terus kepada murid/ pelajar. 4. Pembantu dalam laporan maklumat kehadiran terus kepada guru kelas (APDM). 14. KPI Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah 1. Merancang dan melaksanakan program mengikut jadual yang telah ditetapkan. 2. Memastikan program mencapai kumpulan sasaran yang ditetapkan.
Dokumen Perancangan dan Pengurusan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 Integrity – Competence, Efficiency, Excellence (i-compex) Bhgn. C : HEM| C 8 | DISKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN PERTAMA DAN GURU TINGKATAN KEDUA Tugas Guru Tingkatan Pertama Tugas Guru Tingkatan Kedua • Menanda kehadiran di dalam buku rekod kehadiran dan menyemak sistem APDM kehadiran secara dalam talian. • Memastikan ketua / penolong ketua tingkatan / AJK mencatat kehadiran murid di dalam buku kehadiran (hijau). Memastikan buku pemantauan kelas dilengkapkan oleh ketua kelas dan ditandatangani oleh guru subjek. • Melengkapkan maklumat murid di dalam borang Excel yang dibekalkan oleh penyelaras tingkatan. • Membuat rumusan (Laporan Analisis Kehadiran) setiap hujung bulan dengan lengkap. • Melengkapkan maklumat murid dalam sistem pengurusan sekolah dan APDM • Melengkapkan buku laporan akademik dan fail peribadi yang disimpan di bilik kaunseling. • Melengkapkan data kokurikulum murid. (PAJSK) • Memastikan semua 12 perkara yang mesti ada di dalam kelas lengkap • Membuat pengurusan kelas pada setiap Isnin jika tiada perhimpunan rasmi sekolah • Menjalankan tugas guru tingkatan pertama jika ketiadaannya. • Mengambil dan merekodkan kedatangan murid ketika ketiadaan guru tingkatan pertama. • Menerima dan memberi maklum balas kepada waris yang datang ke sekolah ketika ketiadaan guru tingkatan pertama. • Membantu mengadakan perbincangan bersama guru tingkatan pertama dengan waris pada Hari Jaya Murid. • Menyemak dan memastikan surat amaran dihantar oleh guru tingkatan pertama dan merekodkan dalam borang senarai semak surat amaran ketidakhadiran sekolah ( jika terlibat). • Membantu mempertingkatkan keceriaan kelas, kebersihan dan disiplin murid. • Mengedar dan memastikan murid melengkapkan maklumat dalam borang yang disediakan untuk simpanan pihak sekolah. • Melengkapkan data dalam buku pendaftaran (buku besar) • Melengkapkan data NILAM . • Memastikan program 5 minit dilaksanakan oleh murid mengikut ketetapan • Membuat pengurusan kelas pada setiap pagi Jumaat jika tiada perhimpunan atau tiada sebarang program yang dilaksanakan. DESKRIPSI TUGAS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID UNIT HAL EHWAL MURID (HEM) 1. Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Murid sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali setahun. 2. Membincangkan program yang akan dilaksanakan. 3. Menjalankan tugas-tugas rutin unit masing-masing. 4. Merancang dan melaksanakan pelan strategik. 5. Menyediakan agenda bertindak untuk pembangunan sahsiah dan pembinaan insan murid. 6. Membantu dalam mencari jalan penyelesaian masalah dan disiplin murid di sekolah. 7. Menyelaras tugasan ke atas semua unit di bawah bidang kuasa Hal Ehwal Murid di sekolah. 1.0 JAWATANKUASA DISIPLIN 1.1 Merancang dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepenuhnya. 1.2 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin murid dan laporan peribadi. 1.3 Menyelaras dan memastikan pelaksanaan sistem merit dan demerit. 1.4 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
Dokumen Perancangan dan Pengurusan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 Integrity – Competence, Efficiency, Excellence (i-compex) Bhgn. C : HEM| C 9 | 1.5 Mengambil tindakan terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku. 1.6 Merekodkan segala kesalahan / hukuman / denda yang dikenakan ke atas murid dan merekodkannya dalam sistem SSDM. 1.7 Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan Lembaga Pengawas Sekolah dan merujuknya kepada Pengetua jika perlu. 1.8 Mengesan kesalahan besar yang membawa kepada penggantungan /dibuang sekolah. 1.9 Sentiasa berhubung rapat dengan Jawatankuasa Kaunseling / Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling untuk menyelesaikan masalah-masalah murid dan juga membantu menyelesaikan kes-kes murid bermasalah. 1.10 Sentiasa berusaha menanam semangat mematuhi arahan-arahan sekolah dalam kalangan murid. 1.11 Bekerjasama dengan Guru-Guru Bertugas Harian dan Unit Pengawas Sekolah menguruskan kawalan murid pada majlis perhimpunan rasmi sekolah atau majlis-majlis lain yang dianjurkan pihak sekolah. 1.12 Menyampaikan makluman dan perkembangan disiplin dari semasa ke semasa di perhimpunan rasmi sekolah. 1.13 Bertanggungjawab menyediakan laporan tahunan Unit Lembaga Disiplin Sekolah. 1.14 Menyedia dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Pulau Pinang / Pejabat Pendidikan Daerah. 1.15 Merancang dan melaksanakan program meningkatkan kesedaran penghayatan disiplin. 1.16 Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga dalam menangani masalah disiplin di sekolah. 1.17 Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cinta akan sekolah. 1.18 Menghubungi polis melalui Pengetua bagi sesuatu kes serius. 1.19 Menjalankan rondaan di dalam kawasan sekolah untuk mengesan murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah pada hari persekolahan, waktu perhimpunan dan hari upacara rasmi sekolah. 1.20 Memberi maklumat kepada Pengetua/ PK HEM berhubung kes-kes yang serius seperti penyalahgunaan dadah, gambar lucah, majalah lucah, peras ugut, black metal, kumpulan haram, bohsia, bohjan, LGBT dan sebagainya. 1.21 Bekerjasama dengan Lembaga Pengawas Sekolah untuk mengurus kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah. 1.22 Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu seperti hari terakhir peperiksaan awam, hari sukan tahunan sekolah, hari keluarga dan majlis-majlis rasmi sekolah. 2.0 JAWATANKUASA PENGAWAS 2.1 Menjadi guru penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah. 2.2 Melantik pengawas melalui ujian atau temu duga. 2.3 Menyedia dan menerapkan bidang tugas serta jadual tugas pengawas. 2.4 Membentuk jawatankuasa pengawas. 2.5 Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah. 2.6 Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas. 2.7 Menyediakan sijil penghargaan kepada pengawas. 2.8 Mengadakan perjumpaan dengan pengawas seminggu sekali / dua kali untuk menyelaras dan mengatasi masalah yang dihadapi pengawas. 2.9 Memberi motivasi kepada pengawas untuk meningkatkan disiplin sekolah. 2.10 Membantu pengurusan murid mematuhi peraturan dan disiplin sekolah sepanjang masa.
Dokumen Perancangan dan Pengurusan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 Integrity – Competence, Efficiency, Excellence (i-compex) Bhgn. C : HEM| C 10 | 3.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN KETUA TINGKATAN (BOCM) 3.1 Membantu memilih dan mentauliahkan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan. 3.2 Memantau tugas-tugas yang dijalankan oleh ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan. 3.3 Menasihat dan membimbing ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan. 3.4 Menjalankan kursus dan aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan ketua tingkatan dan penolong tingkatan. 3.5 Mengadakan anugerah kepada ketua dan penolong ketua kelas yang cemerlang. 3.6 Mengadakan dan mengurus jamuan akhir tahun bersama guru-guru tingkatan. 3.7 Memastikan ketua tingkatan memakai vest sepanjang masa, menjaga dan memulangkannya semula pada penghujung tahun. 4.0 JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK) 4.1 Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling meliputi semua aspek bimbingan dan kaunseling seperti Bimbingan Murid, Bimbingan Kerjaya, Bimbingan Sosial, Bimbingan Sahsiah, Bimbingan Psikologi, Bimbingan Pencegahan Dadah/AIDS. 4.2 Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan. 4.3 Mengelolakan program orientasi dan program kebajikan. 4.4 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling serta laporan yang diperlukan. 4.5 Mengadakan runding cara dengan murid yang menghadapi masalah peribadi dan merekodkan butir-butir runding cara secara rahsia. 4.6 Penerapan budaya sekolah bagi murid baru tingkatan satu dan tingkatan empat. 4.7 Penerangan bagi sukatan dan pemilihan mata pelajaran murid di peringkat sekolah (KBSM). 4.8 Pemilihan mata pelajaran murid dan elektif di peringkat menengah atas. 4.9 Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran murid dan kerjaya. 4.10 Mengelola dan mengurus bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) secara berkesan. 4.11 Membentuk Pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). 4.12 Menyedia dan memaklumkan jadual tugas, temu janji dan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling. 4.13 Menyelaras hubungan dengan jabatan/agensi luar untuk mendapatkan khidmat nasihat. 4.14 Menjalankan soal selidik untuk mendapatkan maklum balas mengenai budaya sekolah (sampling). 4.15 Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah murid. 4.16 program khas bagi kumpulan murid yang bermasalah (risiko tinggi). 4.17 Mengadakan program khas pencegahan dadah/AIDS. 4.18 Mengadakan kursus perkembangan staf untuk melatih guru-guru dalam bimbingan dan kaunseling. 4.19 Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan Pengetua dari semasa ke semasa. 5.0 JAWATANKUASA PERHIMPUNAN DAN PENGACARAAN 5.1 Memastikan perjalanan perhimpunan berjalan lancar. 5.2 Menentukan susun atur perhimpunan kemas dan teratur. 5.3 Memastikan murid bertugas menepati masa dan mengikut protokol tepat yang ditetapkan. 5.4 Memastikan sistem pembesar suara berfungsi dan mempunyai pilihan alternatif. 5.5 Mengedar senarai kehadiran guru ke tapak perhimpunan.
Dokumen Perancangan dan Pengurusan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 Integrity – Competence, Efficiency, Excellence (i-compex) Bhgn. C : HEM| C 11 | 5.6 Memastikan tempat perhimpunan kemas, bersih dan disusun mengikut ketetapan yang tertentu. 6.0 JAWATANKUASA BIASISWA & KEBAJIKAN 6.1 Mengenal pasti bilangan murid yang memerlukan bantuan dan mengurus kebajikan mereka. 6.2 Mengenal pasti bilangan murid yang memiliki kad OKU. 6.3 Mengurus hal ehwal derma dari luar. 6.4 Mengurus dan mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan KWAPM, derma dan bantuan. 6.5 Menetapkan jumlah bantuan kewangan yang patut diberi untuk setiap kes. 6.6 Membentuk dan mengurus tabung kebajikan murid. 6.7 Merekodkan nama penderma dan memastikan hanya murid yang sepatutnya menerima bantuan diberi bantuan. 6.8 Memberitahu pihak sekolah tentang masalah lain yang dihadapi murid dan berusaha menyelesaikannya. 6.9 Mengambil berat tentang kebajikan murid dari aspek kemiskinan, murid dan kesihatan. 6.10 Membantu / menyelesaikan masalah murid. 6.11 Menghubungi ibu bapa / penjaga untuk membincangkan masalah murid. 6.12 Menyelaras tugas-tugas memproses permohonan biasiswa dan bantuan. 6.13 Mengemukakan tuntutan kepada pihak berkenaan. 6.14 Menyelia urusan pembayaran kepada murid-murid. 6.15 Menguruskan pertukaran biasiswa murid yang berpindah dan masuk sekolah. 6.16 Mengemas kini rekod-rekod biasiswa dan bantuan. 7.0 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 7.1 Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku teks. 7.2 Mengurus kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal Bilik BOSS. 7.3 Mematuhi pekeliling SPBT. 7.4 Mengisi borang maklumat / permohonan SPBT seperti BPBTR 130/110/170 dengan betul. 7.5 Mengedar dan mengumpul borang SPBT 1/ 1A dan SPBT G. 7.6 Mewujudkan buku daftar pengedar Borang SPBT 1/ 1A. 7.7 Mengemas kini fail SPBT. 7.8 Menerima bekalan buku teks daripada pengedar /penerbit dan menandatangani akuan serahan / invois. 7.9 Menjalankan pemeriksaan fizikal buku teks SPBT. 7.10 Mengisi borang permohonan pelupusan buku teks. 7.11 Menjadi ahli Lembaga Pemeriksaan dan Pelupusan Buku Teks Sekolah. 7.12 Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM sebarang masalah berkaitan SPBT untuk tindakan selanjutnya. 7.13 Pastikan buku-buku yang diterima berada dalam keadaan baik. 7.14 Memungut semula buku teks pada hujung tahun. 7.15 Membuat semakan ke atas buku-buku yang dipulangkan murid. 7.16 Pastikan murid mengganti semula buku-buku yang rosak atau hilang. 7.17 Mengedarkan buku-buku teks kepada murid. 7.18 Membuat pemantauan secara bulanan untuk memastikan buku teks dibawa pulang dan tidak ditinggalkan di dalam kelas.
Dokumen Perancangan dan Pengurusan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 Integrity – Competence, Efficiency, Excellence (i-compex) Bhgn. C : HEM| C 12 | 8.0 JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH 8.1 Membantu pihak sekolah mewujudkan suasana di dalam dan di luar kawasan kantin agar berada dalam keadaan bersih dan kemas. 8.2 Membantu pihak sekolah membuat pemantauan terhadap kualiti makanan / minuman dan kadar harga jualan. 8.3 Memeriksa dapur dan peralatan penyediaan makanan / minuman mematuhi peraturan tender. 8.4 Menyelaras penyeliaan yang berkaitan kantin dari aspek kualiti makanan, kebersihan, harga dan sebagainya. 8.5 Mengadakan mesyuarat dan berbincang dengan pengusaha kantin untuk menyelesaikan masalah berbangkit. 8.6 Sentiasa memberi taklimat kepada Pengetua tentang keadaan sebenar di kantin sekolah. 8.7 Menerima aduan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. 9.0 JAWATANKUASA KESIHATAN MURID 9.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid di Bilik Sakit Sekolah. 9.2 Memastikan keadaan kebersihan di sekitar bangunan dan kawasan sekolah terjamin. 9.3 Memastikan keadaan kebersihan diri murid terkawal. 9.4 Menyelia dan menentukan keadaan Bilik Sakit Sekolah dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 9.5 Menyediakan kemudahan untuk murid-murid yang sakit bagi mendapat rawatan. 9.6 Menghubungi ibu bapa / penjaga murid-murid yang sakit tenat untuk dimaklumkan keadaan anak / jagaan mereka dan tindakan yang perlu diambil. 9.7 Mengurus dan menyelaras semua lawatan dan pemeriksaan kesihatan oleh pihak berkuasa kesihatan dari semasa ke semasa. 9.8 Menghubungi pihak berkuasa kesihatan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di sekolah sekiranya perlu dari semasa ke semasa. 9.9 Menyelaras kerja-kerja penyimpanan rekod sakit murid. 9.10 Mengurus kad-kad murid sekolah seperti :- • Menyusun kad rawatan pergigian (jika ada) • Mengeluar dan mendapatkan kad-kad tersebut untuk murid-murid yang berpindah atau masuk ke sekolah. • Memastikan butir-butir dalam kad tersebut dikemas kini. • Menyediakan surat kebenaran waris untuk rawatan / suntikan tertentu. • Menyimpan dan menguruskan buku rekod kesihatan murid dengan baik. 10. 0 JAWATANKUASA ASRAMA SEKOLAH 10.1 Menentukan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan asrama tercapai. 10.2 Mengadakan mesyuarat merancang aktiviti /program sepanjang tahun pada tarikh yang telah ditetapkan dan mengatur pembahagian tugas. 10.3 Memastikan penghuni asrama menghadiri Kelas Tambahan / Kelas Pengajaran Al-Quran / Kelas Persediaan (Prep) / Majlis Bacaan Yasin / Tazkirah. 10.4 Memastikan pengurusan asrama berjalan dengan baik dari segi makanan, kebersihan dan senarai aktiviti tahunan. 10.5 Merancang aktiviti kegiatan asrama. 10.6 Memastikan peraturan asrama dipatuhi.
Dokumen Perancangan dan Pengurusan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 Integrity – Competence, Efficiency, Excellence (i-compex) Bhgn. C : HEM| C 13 | 10.7 Meningkatkan hubungan jawatankuasa asrama dengan ibu bapa / penjaga murid. 10.8 Menyediakan laporan dan dokumentasi semua aktiviti yang dilaksanakan untuk tujuan pertandingan ASAT. 11.0 JAWATANKUASA KEBERSIHAN & KECERIAAN SEKOLAH 11.1 Berbincang dengan Pengetua tentang konsep keceriaan yang hendak dilaksanakan. 11.2 Menyediakan anggaran perbelanjaan keceriaan sekolah. 11.3 Bertanggungjawab mengendalikan Program Gotong Royong Sekolah. 11.4 Merancang dan menyelaras program Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas. 11.5 Mengurus penyampaian hadiah dan pengeluaran sijil-sijil yang berkenaan. 11.6 Merancang dan menyelaras program SEKOLAH HIJAU. 11.7 Merancang dan menyelaras program Sekolah Lestari dengan bantuan murid Pendidikan Moral. (Kerja Amal Pendidikan Moral) 11.8 Merancang dan menyelaras program Kitar Semula Sekolah. 11.9 Melaksanakan kegiatan Kempen Alam Sekitar. 11.10 Merancang dan melaksanakan program meningkatkan kesedaran dan penghayatan alam sekitar. 11.11 Merancang dan menyelia rekaan dan corak taman ilmu supaya indah dan ceria. 11.12 Menyediakan pasu-pasu bunga dan pokok-pokok bunga / hiasan yang sesuai. 11.13 Merancang dan menyelaras projek melukis mural. 11.14 Memastikan mural sentiasa dalam keadaan yang baik dan indah. 11.15 Memastikan keadaan kebersihan di sekitar bangunan dan kawasan sekolah terjamin. 11.16 Sentiasa memberi taklimat kepada Pengetua tentang keadaan keceriaan di sekolah. 12.0 JAWATANKUASA PENDAFTARAN TINGKATAN 1 DAN PERTUKARAN MURID 12.1 Menyelia perjalanan urusan pendaftaran murid Tingkatan 1dan pertukaran sekolah. 12.2 Bekerjasama dengan guru tingkatan semasa proses pendaftaran murid-murid baru dijalankan. 12.3 Menyediakan borang-borang dan maklumat berkaitan untuk dikepilkan bersama surat tawaran. 12.4 Memastikan Laporan Kemajuan Murid, buku Daftar Kemasukan dan Rekod Kesihatan Murid, Laporan Disiplin Murid (jika perlu), Rekod Kokurikulum sentiasa dikemas kini dan terkawal. 12.5 Menyediakan dan mengedar fail-fail yang lengkap kepada guru-guru tingkatan yang terlibat dalam proses pendaftaran murid baru. 12.6 Menyemak dan mempastikan data-data peribadi murid yang baru mendaftar dengan lengkap oleh guru tingkatan berkenaan. 12.7 Memastikan murid-murid baru didaftar dan mempunyai nombor pendaftaran dan butiran mengenai diri murid diisi dengan lengkap dalam buku daftar kemasukan. 12.8 Semua pertukaran keluar sekolah ini diuruskan oleh PK HEM dan Pengetua sekolah sahaja. Penyediaan dokumen Jadual Ketiga disediakan oleh Pembantu tadbir sekolah. . 13. 0 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SAHSIAH 13.1 Melaksanakan program-program bersama guru bertugas yang ditetapkan untuk peningkatan sahsiah murid seperti yang tercatat di dalam program ceramah motivasi / bacaan Yasin. 13.2 Merancang program-program luar dari ketetapan yang diberikan bersama ajk yang dilantik untuk meningkatkan sahsiah, motivasi, kemahiran asas dan sebagainya yang bersesuaian dengan murid yang menjadi sasaran.
Dokumen Perancangan dan Pengurusan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 Integrity – Competence, Efficiency, Excellence (i-compex) Bhgn. C : HEM| C 14 | 13.3 Membantu melaksanakan program-program yang dirancang oleh pentadbiran sekolah dalam meningkatkan keperibadian murid, menangani kes gejala sosial dan sebagainya. 13.4 Memberi nasihat kepada murid yang memerlukan bimbingan jika diperlukan atau menghubungi kaunselor untuk bantuan. 13.5 Menyediakan dokumentasi yang lengkap dan kemas dan menyerahkannya kepada SU HEM dan PSS sekolah. 14.0 JAWATANKUASA APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) • DATA APDM MURID 14.1 Mengurus kemasukan dan penempatan murid baru dalam sistem dalam talian oleh guru tingkatan. 14.2 Memastikan butiran murid dilengkapkan dalam sistem APDM oleh guru berkenaan. 14.3 Mengurus dan mengemas kini data yang diperlukan oleh KPM dan JPN 14.4 Menyelaras urusan pengeluaran sijil-sijil peperiksaan, surat akuan, sijil-sijil murid dan sijil berhenti sekolah. 14.5 Guru kelas dimohon mengemas kini maklumat murid pada 15 Januari setiap tahun untuk digunakan sebagai rujukan bantuan-bantuan dari KPM dan pihak kerajaan. • SEMAKAN APDM 14.6 Menyemak kedatangan harian murid berdasarkan laporan Ketua Tingkatan menggunakan borang yang disediakan. 14.7 Memastikan semua guru tingkatan menanda kehadiran dalam APDM sebelum 12.00 tengah hari pada setiap hari. 14.8 Memastikan semua guru tingkatan melaporkan kehadiran dalam Grup Kehadiran (Telegram) sebelum 12.00 tengah hari pada setiap hari. 14.9 Menyemak Laporan Kehadiran Bulanan APDM pada 02 hari bulan setiap bulan bagi tahun 2023/2024. 15.0 JAWATANKUASA KESELAMATAN MURID 15.1 Bersama-sama dengan Pengetua merancang dan melaksanakan latihan mencegah kebakaran dan latihan-latihan lain. 15.2 Sediakan peti pertolongan cemas. 15.3 Mempunyai kemahiran asas memberi rawatan kepada murid pengsan, pitam, terseliuh, patah tangan / kaki, luka dan cedera ringan. 15.4 Lapor kepada polis jika ada gangguan daripada pihak luar. Hubungi pegawai perhubungan polis yang dilantik oleh PDRM. 15.5 Pastikan tidak ada murid lain menceroboh masuk ke dalam kawasan sekolah. 15.6 Siasat hubungan murid lelaki dan perempuan yang terlalu intim di dalam kawasan sekolah. 15.7 Siasat hubungan murid perempuan dengan lelaki luar yang selalu menemani murid perempuan itu ke sekolah untuk latihan atau sebagainya. 15.8 Memantau sistem kawalan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan supaya keselamatan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. 15.9 Memastikan keselamatan sekolah dalam keadaan yang terbaik serta membuat pelaporan dalam sistem penarafan keselamatan sekolah (SPKS) tiga kali setahun.
Dokumen Perancangan dan Pengurusan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 Integrity – Competence, Efficiency, Excellence (i-compex) Bhgn. C : HEM| C 15 | 16.0 PROGRAM LIMA MINIT KEBERSIHAN DESKRIPSI TUGAS 1. Memantau dan memastikan semua kelas melaksanakan program setiap hari. 2. Mengenal pasti kelas yang tidak melaksanakan dan mengambil tindakan sewajarnya. 3. Memberi peringatan kepada semua ketua kelas dan guru subjek secara berkala 1. PENDAHULUAN Kebersihan merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Aspek ini selalu diabaikan oleh kebanyakan murid. Kebersihan di dalam kelas amat penting untuk memastikan kelas bersih, ceria dan kondusif untuk belajar. 2. RASIONAL Kebersihan boleh dilakukan secepat mungkin untuk melatih diri murid menjaga kebersihan di dalam kelas. Dengan masa lima minit diperuntukkan pada waktu terakhir persekolahan, akan memberikan suasana yang nyaman dan kesediaan untuk belajar keesokan hari. 3. OBJEKTIF • Melatih murid menjaga kebersihan kelas. • Mewujudkan suasana kelas yang selesa untuk pembelajaran • Menanam minat belajar dan mengutamakan suasana kondusif kepada diri dan persekitaran . 4. PERANAN MURID • Mengutamakan kebersihan walaupun di mana berada. • Prihatin terhadap kebersihan persekitaran diri. • Sentiasa memperingati diri dan rakan serta guru untuk melaksanakan tanggungjawab ini. 5. PERANAN GURU • Melatih murid mengutamakan kebersihan diri dan kelas. • Memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan. • Melaksanakan program lima minit kebersihan setiap kali waktu terakhir bersama murid-murid mereka. 6. TATACARA PROGRAM • Poster peringatan program ditampalkan pada setiap kelas iaitu hadapan dan belakang kelas. • Guru dan murid melaksanakan program setiap hari selama lima minit. • Waktu terakhir persekolahan, guru dan murid membersih dengan memastikan meja dan lantai dalam keadaan bersih. • Sampah yang dikumpulkan di dalam tong sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan di luar kelas. • Meja dan kerusi disusun dengan tertib dan kemas sebelum semua guru dan murid beredar untuk meninggalkan sekolah. 8. PELAPORAN • Guru bertugas mingguan – laporan kebersihan • Ketua-ketua Blok – laporan keceriaan