DISEDIAKAN OLEH ENGKU SYAHRIAL KAHPI BIN ENGKU HALIN PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN LAPORAN SETENGAH TAHUN HEP (JAN - JUN 2022) UNIT SUKAN UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS RAUB
'KICK START' 01 JOM SIHAT Tarikh. : 23 Mac 2022 Masa.. : 8.00 Pagi hingga 1.00 Petang Tempat : Sekitar UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub Unit Sukan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dengan kerjasama Unit Kesihatan dan Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Raub telah menganjurkan Program 'Kick Start' Jom Sihat yang mensasarkan kepada kakitangan UiTM Kampus Raub setelah lama negara menghadapi tempoh pandemik covid-19. Antara acara yang diadakan ialah senamrobik, brisk walk, fun ride, taklimat kesihatan, Explorace dan 3 on 3 street scoccer. Program ini berjaya menarik lebih kurang 100 orang peserta dalam kalangan kakitangan dan berjaya mencapai matlamat nombor 3 SDG iaitu Good-Health and Wellbeing serta memberi impak kepada objektif kualiti nombor 7 HEP UiTM Cawangan Pahang iaitu memastikan sekurang-kurangnya menganjurkan 3 aktiviti sukan dan rekreasi kepada pelajar dan staf dalam tempoh setahun.
UiTM PENANG E-SPORTS TOURNAMENT02 Tarikh. : 8 hingga 10 April 2022 Masa.. : 8.00 Pagi hingga 7.00 Petang Tempat : Online UiTM Pahang telah menghantar atlet ke Kejohanan UiTM Penang E-Sports yang diadakan secara atas talian bagi permainan PUBG Mobile dan Mobile Legends. Kejohanan ini diadakan secara terbuka seluruh Malaysia bagi komuniti e-sukan untuk menyertai. Seramai 11 orang atlet UiTM Pahang memikul tanggungjawab menyertai kejohanan ini iaitu 5 orang bagi permainan PUBG Mobile dan 6 orang bagi permainan Mobile Legends. Penyertaan ke kejohanan ini telah memberi impak dalam PI 33 HEP iaitu penglibatan pelajar dalam industri e-sukan. Bagi permainan PUBG Mobile UiTM Pahang berjaya menduduki tempat keempat secara keseluruhan manakala bagi permainan Mobile Legends sekadar menamatkan cabaran di peringkat kumpulan.
Unit Sukan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) dan Kelab Aerobik Kampus Raub telah menganjurkan Let's Dance 2Fit yang mensasarkan mahasiswa dan staf UiTM Kampus Raub untuk menyertai program ini untuk memupuk gaya hidup yang sihat kepada warga kampus. Program ini telah dirasmikan oleh Penolong Rektor UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub iaitu Dr Jazimin bin Zakaria dan telah disertai seramai 194 orang peserta dalam kalangan warga kampus. Program ini juga mencapai matlamat nombor 3 SDG iaitu Good-Health and Wellbeing serta memberi impak kepada objektif kualiti nombor 7 HEP UiTM Cawangan Pahang iaitu memastikan sekurangkurangnya menganjurkan 3 aktiviti sukan dan rekreasi kepada pelajar dan staf dalam tempoh setahun. LET'S DANCE 03 2FIT Tarikh. : 18 Mei 2022 Masa.. : 8.00 Malam hingga 10.30 Malam Tempat : Dewan Titiwangsa, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub
CYBERTECH: AIM HIGH! (VALORANT)04 Tarikh. : 30 Mei hingga 1 Jun 2022 Masa.. : 8.00 Pagi hingga 7.30 Petang Tempat : Online Unit Sukan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) dan Kelab Mara Youth Technology Computer Club (MYTECC) UiTM Kampus Raub telah menganjurkan kejohanan e-sukan Cybertech: Aim High! bagi permainan Valorant yang menggunakan PC dalam kalangan mahasiswa UiTM Cawangan Pahang. Kejohanan ini telah menarik minat seramai 96 orang mahasiswa UiTM Cawangan Pahang untuk menyertai secara atas talian. Kejohanan ini juga merupakan platform untuk mencungkil bakat baru bagi permainan Valorant untuk diketengahkan mewakili universiti di masa akan datang.
UiTM PAHANG E-SPORTS CHALLENGE (UPEC) 2.0 05 Tarikh. : 3 hingga 5 Jun 2022 Masa.. : 8.00 Pagi hingga 6.00 Petang Tempat : Online Unit Sukan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Kampus Raub telah menganjurkan kejohanan e-sukan UiTM Pahang E-Sports Challenge (UPEC) 2.0 yang menggunakan smart phone dalam kalangan mahasiswa UiTM Cawangan Pahang bagi permainan PUBG Mobile dan Mobile Legends. Kejohanan ini telah menarik minat seramai 256 orang mahasiswa UiTM Cawangan Pahang untuk menyertai secara atas talian. Kejohanan ini juga merupakan platform untuk mencungkil bakat baru bagi pemilihan atlet ke KARISMA Virtual Edition 2022 dan mewakili universiti ke kejohanan akan datang.
MALAYSIA SPORTS LEAGUE DAERAH RAUB 06 Tarikh. : 28 hingga 29 Mei 2022 & 4 hingga 5 Jun 2022 Masa.. : 8.00 Pagi hingga 7.30 Petang Tempat : Kompleks Rakan Muda Raub & Dewan Bola Keranjang Sungai Lui, Raub UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dijemput untuk menghantar pasukan bagi Malaysia Sports League Daerah Raub 2022 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi acara Bola Keranjang Lelaki dan Bola Jaring. UiTM Kampus Raub telah menghantar 2 pasukan bagi setiap acara yang disertai. Seramai 29 orang atlet Kampus Raub membawa cabaran bagi MSL ini dan pasukan UiTM Raub A berjaya mendapat tempat kedua bagi acara Bola Jaring seterusnya melayakkan pasukan UiTM Raub A mewakili Daerah Raub ke MSL Peringkat Negeri Pahang.
Unit Sukan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Kampus Raub telah menganjurkan Sukan Antara Program (SUPRO) UiTM Kampus Raub yang telah diadakan secara dua fasa. Kejohanan ini merupakan platform scouting talent untuk mencungkil bakat baru mahasiswa dalam bidang sukan bagi mewakili universiti di masa akan datang. Kejohanan ini disertai 5 program yang ada di Kampus Raub iaitu CS111, CS110, BA111, BA119 dan AM 110 dan disrasmikan oleh YBhg Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan, Rektor UiTM Cawangan Pahang. Seramai 460 orang pelajar menyertai sebagai atlet dan 35 orang pelajar sebagai urusetia. Sebanyak 10 acara dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita iaitu sukan Bola Sepak 9 Sebelah, Bola Jaring, Bola Tampar (L&W), Bola Keranjang 3 On 3 (L&W), Sepak Takraw, Badminton, Ping Pong dan Frisbee. Kejohanan ini memberi impak kepada matlamat nombor 3 SDG iaitu Good-Health and Wellbeing dan objektif kualiti HEP nombor 7 UiTM Cawangan Pahang iaitu memastikan sekurang-kurangnya menganjurkan 3 aktiviti sukan dan rekreasi kepada pelajar dan staf dalam tempoh setahun. SUKAN ANTARA 07 PROGRAM UiTM RAUB Tarikh. : 10 hingga 12 Jun 2022 & 18 hingga 19 Jun 2022 Masa.. : 7.30 Pagi hingga 7.30 Petang Tempat : Gelanggang Sukan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub
Unit Sukan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) dan Kelab Aerobik Kampus Raub telah menganjurkan 'Ladies Night' UiTM Raub yang mensasarkan mahasiswa dan staf wanita UiTM Kampus Raub untuk menyertai program ini untuk memupuk gaya hidup yang sihat kepada warga kampus. Seramai 210 orang peserta wanita dalam kalangan warga kampus. Program ini juga mencapai matlamat nombor 3 SDG iaitu Good-Health and Wellbeing serta memberi impak kepada objektif kualiti nombor 7 HEP UiTM Cawangan Pahang iaitu memastikan sekurang-kurangnya menganjurkan 3 aktiviti sukan dan rekreasi kepada pelajar dan staf dalam tempoh setahun. 'LADIES NIGHT' UiTM RAUB 08 Tarikh. : 22 Jun 2022 Masa.. : 8.00 Malam hingga 10.30 Malam Tempat : Dewan Titiwangsa, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub
PROGRAM CERGAS DAN JASMANI PEJABAT 09 BENDAHARI UiTM RAUB Tarikh.. : 28 Jun 2022 Masa... : 8.30 Pagi hingga 10.00 Pagi Tempat. : UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub Unit Sukan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah dijemput menjadi ‘Instructor Aerobik’ dan ‘Talk Sport Massage’ Dalam Program Cergas Dan Jasmani Pejabat Bendahari UiTM Kampus Raub. Program ini mampu menjadikan sesebuah kampus sebagai kampus yang sihat dan menjadikan warga kerja lebih sihat dan semangat untuk mejalankan tugas harian. Seramai 6 orang staf Pejabat Bendahari yang terlibat dalam program ini. Selain itu program ini juga mencapai matlamat nombor 3 SDG iaitu Good-Health and Wellbeing serta memberi impak kepada objektif kualiti nombor 7 HEP UiTM Cawangan Pahang iaitu memastikan sekurang-kurangnya menganjurkan 3 aktiviti sukan dan rekreasi kepada pelajar dan staf dalam tempoh setahun.
Unit Sukan UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan latihan pusat atlet KARISMA Virtual Edition 2022 yang dikumpulkan di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub. Latihan pusat ini bertujuan memberi keselesaan kepada atlet untuk mengujilari line wifi di Kampus Raub dan membuat persediaan bersama pasukan sebelum kejohanan bermula. Program bual bicara ‘Semarak Semangat Sang Juara’ disampaikan oleh Dr. Jazimin bin Zakaria, Penolong Rektor UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub yang diadakan di Dewan Kuliah 200 UiTM Kampus Raub juga turut diselitkan dalam sesi latihan pusat. Seramai 69 orang Atlet dan 6 orang urusetia dalam kalangan pelajar UiTM Cawangan Pahang yang terlibat dan menyertai kejohanan ini dimana ianya memberi impak kepada PI 33 HEP iaitu penglibatan pelajar dalam industri e-sukan. Latihan pusat ini juga memberi impak kepada atlet apabila UiTM Cawangan Pahang diumumkan sebagai juara keseluruhan KARISMA Virtual Edition 2022. LATIHAN PUSAT KARISMA VIRTUAL EDITION 202210 Tarikh.. : 29 hingga 30 Jun 2022 Masa... : 8.00 Pagi hingga 6.00 Petang Tempat. : UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub