SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA RENTANG
HALA TUJU PROGRAM TS25
TAJUK : PERKAITAN HALA TUJU PROGRAM TS25 & HALA TUJU KPM
VISI DAN MISI KPM
Visi KPM
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangun Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
HASRAT AKHIR PPPM
HALA TUJU KPM
FOKUS DAN GERAK KERJA KPM
LATAR BELAKANG PROGRAM TS25
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri
pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi
(PST) KPM, manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil.14/2017 bertarikh 27 April 2017
telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25).
Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan
amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Program TS25 bermula pada bulan Jun 2015 dengan kohort 1 sebanyak 99 buah
sekolah. Seterusnya pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort
2 dan tahun 2018 sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah
keseluruhan yang terlibat adalah 600 buah sekolah. Pada tahun 2019 pula sebanyak
500 buah sekolah telah dilibatkan dalam program ini.
Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational
Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada 232 personel
dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-
pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pada tahun 2017 hingga 2019, terdapat
penambahan Rakan ELIT dalam kalangan Pensyarah IAB, Pensyarah IPG, SIPartners+
dan SISC+ berjumlah 1886 orang.
Menjelang tahun 2021 pelaksanaan Program TS25 akan diurus tadbir
sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-
Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
MATLAMAT PROGRAM TS25
Matlamat Program TS25 adalah untuk:
2.1. Kepimpinan;
Memantapkan kepimpinan sekolah.
2.2. Kualiti pengajaran dan pembelajaran;
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran
dan pembelajaran (PdP).
2.3. Pelibatan Komuniti;
Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi
kejayaan murid.
OBJEKTIF PROGRAM TS25
Objektif utama Program TS25 adalah untuk:
3.1. Mengaplikasi konsep dan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP);
3.2. Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif
dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan
pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),
pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong Kanan (GPK), School
Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist
Coaches Plus (SISC+); dan
3.3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan
menyediakan suasana bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik
PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan
mengutamakan kemenjadian murid.
KONSEP PROGRAM TS25
Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah
melahirkan modal insan unggul melalui:
a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan;
b. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna;
c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan;
d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi; dan
e. Komitmen komuniti yang padu.
Elemen Kemenjadian Murid:
Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran
berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan
kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi murid
dalam PPPM 2013-2025.
Elemen Sekolah Berkualiti :
Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal
murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja
yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta
sokongan PIBG dan komuniti.