1
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
KELAB SUKAN & REKREASI KOLEJ MARA SEREMBAN
NAMA
Nama Badan ini adalah “KELAB SUKAN & REKREASI KOLEJ MARA SEREMBAN” atau
singkatannya KSRKMS.
PEJABAT
Badan ini adalah beroperasi di Kolej MARA Seremban atau lebih dirujuk sebagai ‘KMS’ seperti alamat:
KOLEJ MARA SEREMBAN
Jalan Aminuddin Baki
70100 Seremban
Negeri Sembilan.
TUJUAN
Tujuan Kelab Sukan & Rekreasi Kolej MARA Seremban adalah :
Mengerat dan merapatkan hubungan silaturrahim semua staf dan pensyarah di Kolej MARA Seremban.
Meningkatkan kerjasama dan tolong menolong di kalangan ahli-ahli berkenaan dengan perkara-perkara
yang mendatangkan kebajikan serta tidak bertentangan dengan peraturan MARA dan Agama Islam.
Menjadi saluran ahli untuk menyuarakan sebarang pandangan dan pendapat kepada pihak pengurusan
atasan.
KEAHLIAN
Semua staf dan pensyarah yang bertugas di Kolej MARA Seremban meliputi staf dan pensyarah tetap,
kontrak, sambilan dan sebagainya adalah dengan sendirinya menjadi ahli Kelab ini.
Penaung kelab ini hendaklah dianggap sebagai bukan ahli kelab dan sebarang kutipan daripada Penaung dikira
sebagai sumbangan untuk kelab ini.
.
2
YURAN
Tiada yuran kemasukan dikenakan kepada ahli baru.
Setiap ahli hanya perlu membayar yuran bulanan, seperti kadar berikut :
Kumpulan Pengurusan & Profesional : RM10.00
RM 7.00
Kumpulan Sokongan I & II :
Yuran Bulanan hendaklah dijelaskan pada tiap-tiap awal bulan, sebelum setiap 7 haribulan bulan yang
berkenaan.Segala yuran yang telah dibayar adalah menjadi hak milik Kelab ini.
Segala kutipan yuran adalah diuruskan oleh Bendahari Kelab dan resit rasmi akan dikeluarkan dalam
tempoh seminggu dari tarikh bayaran. Membayar yuran kelab adalah tanggungjawab ahli kelab dan
bukan tanggungan Bendahari Kelab ini.
Sebarang pengurangan jumlah bayaran atau diskaun bayaran hendaklah diputuskan dalam mesyuarat
AJK
Sekiranya seseorang ahli enggan membayar yuran kelab yang ditetapkan:
• Yuran yang tidak dibayar akan dikira sebagai yuran tertunggak dan
• tidak akan dibenarkan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan serta
• tidak dapat menikmati kemudahan yang diberi oleh Kelab ini sehingga yuran tertunggak dijelaskan
sepenuhnya.
Sebarang perubahan pada kadar bayaran akan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab.
PENAUNG
Pengarah KMS secara automatic dilantik sebagai Penasihat atau Penaung Kelab ini.
PENASIHAT
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Siswa dilantik menjadi penasihat kelab ini.
3
JAWATANKUASA KERJA
Kelab ini adalah ditadbirkan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja yang mengandungi jawatan-jawatan
seperti di bawah ini, yang dipilih secara undi dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan (Setiap 2 Tahun) :
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
Penolong Bendahari
8 orang Ahli Jawatankuasa
2 orang Pemeriksa Kira-kira
Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa di dalam Kelab ini hendaklah merupakan staf dan
pensyarah MARA yang berkhidmat di Kolej MARA Seremban sahaja.
Ahli yang dilantik menjadi AJK Kelab hendaklah diberi kuasa mentadbir kelab ini mengiktu peruntukan
perbekalan kuasa yang terdapat dalam Buku Undang-undang Kelab KSR KMS.
PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA
Perlantikan Ahli Jawatankuasa dibuat di dalam Mesyuarat Agung dengan cara undi oleh ahli-ahli yang
layak. Undian akan dibuat secara sulit oleh semua ahli yang layak sebelum Mesyuarat Agung Kelab
bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Kerja.
JAWATANKUASA KERJA
Jawatankuasa Kerja hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 bulan sekali atau pada bila-bila
masa jika di dapati perlu selepas memberitahu secara bertulis kepada ahli-ahlinya oleh Setiausaha
dalam tempoh 5 hari sebelum tarikh mesyuarat.
KORUM MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja boleh dijalankan jika dihadiri oleh sekurang-kurangnya separuh dari
jumlah ahli jawatankuasa.
Jika dalam sebarang mesyuarat didapati tidak cukup korumnya, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan
kepada satu masa lain dan perkara-perkara yang patut dibawa dalam mesyuarat asal itu perlu dibawa
semula dalam mesyuarat tersebut tanpa mengendahkan samada cukup korum atau tidak.
4
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA
Semua perkara-perkara yang dibincang dan dipersetujui di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja
hendaklah ditulis dan disimpan oleh Setiausaha dalam sebuah buku/fail.
Setiausaha hendaklah kemudiannya menyediakan Minit Mesyuarat untuk edaran semua Jawatankuasa
Kerja sebelum mesyuarat yang akan datang.
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi
Mempengerusikan semua mesyuarat, melihat segala kerja-kerja Kelab amnya, dan memanggil
mesyuarat bila-bila dirasakan perlu menerusi Setiausaha. Pengerusi hendaklah menandatangani Minit
Mesyuarat dan catatan keputusan setelah diluluskan.
Timbalan Pengerusi
Menjalankan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Pengerusi apabila ia tiada. Membantu Pengerusi
memantau perjalanan Kelab.
Setiausaha
Menyimpan dengan betul segala buku-buku yang tertentu, daftar-daftar dan lain-lain dokumen berkaitan
bagi pihak Kelab;
Memanggil dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Mesyuarat Agung;
Menyediakan Minit Mesyuarat;
Menandatangani bagi pihak Kelab dan menjalankan urusan surat menyurat;
Menyediakan penyata tahunan untuk Mesyuarat Agung;
Menjalankan kerja-kerja lain seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Kerja;
Menyimpan Buku Daftar Ahli Kelab.
Bendahari
Menyimpan dengan betul segala buku kira-kira, menerima dan membelanjakan wang Kelab mengikut
arahan Jawatankuasa Kerja;
Menulis resit-resit, baucer-baucer serta menandatanganinya;
Menyediakan penyata kira-kira kewangan untuk mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Mesyuarat Agung;
Menyimpan wang Kelab termasuk “wang runcit” dengan had RM500.00;
Menyimpan wang Kelab ke dalam Akaun Bank seperti diarahkan oleh Jawatankuasa Kerja.
5
Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha akan membantu Setiausaha dalam urusan pentadbiran Kelab ini dan
menggantikan setiausaha apabila ia tidak hadir.
Penolong Bendahari
Penolong Bendahari akan membantu Bendahari dalam urusan pentadbiran kewangan Kelab ini dan
menggantikan Bendahari apabila ia tidak hadir.
PENARIKAN DIRI AHLI JAWATANKUASA
AJK yang dilantik hanya dibenarkan menarik diri atas alasan yang kukuh serta munasabah ;
dan mendapat persetujuan dari Pengerusi serta Penaung Kelab.
AJK tersebut berhak mencalonkan pengganti beliau di dalam mesyuarat AJK Kelab dengan persetujuan
Pengerusi dan Penaung Kelab.
KUASA DAN TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KERJA.
Kuasa dan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja adalah seperti berikut;
Mengesahkan keahlian staf dan pensyarah yang baru melapor diri/bertugas di Kolej MARA Seremban
dan penamatan keahlian staf dan pensyarah yang bertukar/berhenti/bersara dari bertugas di Kolej MARA
Seremban;
Mengetuai/membantu biro-biro bagi bidang-bidang tugas tertentu yang telah ditubuhkan berdasarkan
kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kelab;
Mengisi tempat mana-mana ahli jawatankuasa Kerja yang kosong dan sekiranya tiada calon dengan
perkenan Pengerusi melantik ahli Jawatankuasa baru di kalangan ahli-ahli biasa;
Menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika dikehendaki kerana sesuatu perkara yang khas;
Menyediakan Penyata-penyata serta laporan-laporan tahunan berkaitan mengikut keperluan;
Menjalankan segala kerja-kerja berkaitan Kelab ini, secara amnya.
6
UNIT KECIL/BIRO KELAB
Unit kecil akan dikenali sebagai Biro Kelab terbahagi kepada:
1) Biro Kebajikan dan Kerohanian
2) Biro Keusahawanan dan Hasil
3) Biro Teknikal dan Siaraya
4) Biro Aktiviti dan Sukan
MESYUARAT AGUNG
Mesyuarat Agung hendaklah diadakan sekurang-kurangnya DUA (2) tahun sekali / dwi-tahunan, tidak
lewat daripada akhir bulan Ogos. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-
kurangnya 14 hari sebelum diadakan mesyuarat satu agenda (acara mesyuarat) termasuk salinan-
salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan, cadangan-cadangan beserta dengan penyata
kewangan Kelab bagi tahun yang lalu yang telah diaudit.
Salinan surat ini hendaklah senang diperolehi oleh ahli-ahli dari alamat berdaftar atau tempat
berlangsungnya mesyuarat Kelab ini.
KORUM MESYUARAT AGUNG
Korum untuk mesyuarat Agung hendaklah tidak kurang daripada satu pertiga (1/3) bilangan ahli-ahli
mana-mana yang terkurang.
Sekiranya korum bagi sesuatu mesyuarat Agung tidak mencukupi, mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan kepada satu masa yang lain, selepas dari tiga minggu asal Mesyuarat Agung dan perkara-
perkara yang hendak dibincangkan patut dibawa semula dalam mesyuarat itu dengan tidak
mengendahkan samada cukup korum atau tidak. Jika korum masih tidak mencukupi, maka berkuasa
ahli-ahli yang hadir untuk menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang
Kelab dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli-ahli.
Mesyuarat Agung akan dipengerusikan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi (Pengerusi tidak
hadir) atau jika kedua-duanya tidak hadir, ahli lain yang dipilih mesyuarat
Perkara-perkara untuk Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut;
1) Membentang dan menerima Penyata/Laporan Tahunan.
2) Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan.
3) Memilih Ahli Jawatankuasa tetap.
4) Memilih dua (2) orang Pemeriksa Kira-kira
5) Melantik Pemegang Amanah jika dikehendakki.
6) Menimbangkan lain-lain perkara yang diberitahu secara bertulis kepada Setiausaha 7 hari sebelum
tarikh mesyuarat.
7
KUASA DAN TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KERJA.
Kuasa dan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja adalah seperti berikut;
Mengesahkan keahlian staf dan pensyarah yang baru melapor diri/bertugas di Kolej MARA Seremban
dan penamatan keahlian staf dan pensyarah yang bertukar/berhenti/bersara dari bertugas di Kolej MARA
Seremban
Mengetuai/membantu biro-biro bagi bidang-bidang tugas tertentu yang telah ditubuhkan berdasarkan
kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kelab;
Mengisi tempat mana-mana ahli jawatankuasa Kerja yang kosong dan sekiranya tiada calon dengan
perkenan Pengerusi melantik ahli Jawatankuasa baru di kalangan ahli-ahli biasa;
Menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika dikehendaki kerana sesuatu perkara yang khas;
Menyediakan Penyata-penyata serta laporan-laporan tahunan berkaitan mengikut keperluan;
Menjalankan segala kerja-kerja berkaitan Kelab ini, secara amnya.
UNIT KECIL/BIRO KELAB
Unit kecil akan dikenali sebagai Biro Kelab terbahagi kepada:
1) Biro Kebajikan dan Kerohanian
2) Biro Keusahawanan dan Hasil
3) Biro Teknikal dan Siaraya
4) Biro Aktiviti dan Sukan
MESYUARAT AGUNG
Mesyuarat Agung hendaklah diadakan sekurang-kurangnya DUA (2) tahun sekali / dwi-tahunan, tidak
lewat daripada akhir bulan Ogos. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-
kurangnya 14 hari sebelum diadakan mesyuarat satu agenda (acara mesyuarat) termasuk salinan-
salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan, cadangan-cadangan beserta dengan penyata
kewangan Kelab bagi tahun yang lalu yang telah diaudit.
Salinan surat ini hendaklah senang diperolehi oleh ahli-ahli dari alamat berdaftar atau tempat
berlangsungnya mesyuarat Kelab ini.
KORUM MESYUARAT AGUNG
Korum untuk mesyuarat Agung hendaklah tidak kurang daripada satu pertiga (1/3) bilangan ahli-ahli
mana-mana yang terkurang
Sekiranya korum bagi sesuatu mesyuarat Agung tidak mencukupi, mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan kepada satu masa yang lain, selepas dari tiga minggu asal Mesyuarat Agung dan perkara-
perkara yang hendak dibincangkan patut dibawa semula dalam mesyuarat itu dengan tidak
8
mengendahkan samada cukup korum atau tidak. Jika korum masih tidak mencukupi, maka berkuasa
ahli-ahli yang hadir untuk menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang
Kelab dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli-ahli.
Mesyuarat Agung akan dipengerusikan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi (Pengerusi tidak hadir)
atau jika kedua-duanya tidak hadir, ahli lain yang dipilih mesyuarat.
Perkara-perkara untuk Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut;
1) Membentang dan menerima Penyata/Laporan Tahunan.
2) Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan.
3) Memilih Ahli Jawatankuasa tetap.
4) Memilih dua (2) orang Pemeriksa Kira-kira
5) Melantik Pemegang Amanah jika dikehendakki.
6) Menimbangkan lain-lain perkara yang diberitahu secara bertulis kepada Setiausaha 7 hari sebelum
tarikh mesyuarat.
KEWANGAN
Semua wang diterima oleh Kelab ini hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun Kelab ini di sebuah bank
yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja.
Segala wang dan harta kelab ini adalah menjadi tanggungan Jawatankuasa Kerja Kelab ini.
Bendahari diberi kuasa mengeluarkan “wang runcit” Kelab ini tetapi segala perbelanjaan yang lebih dari
RM500.00 hendaklah mendapatkan kebenaran Jawatankuasa Kerja Kelab kecuali bayaran Bantuan
Kebajikan di bawah Undang-undang dimuka surat 10 & 11.
Tahun kewangan Kelab ini bermula pada 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember, tiap-tiap tahun.
Segala cek yang dikeluarkan oleh Kelab ini hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi (Timbalan
Pengerusi jika Pengerusi tiada) dan Bendahari
PENGGUNAAN WANG
Wang Kelab ini bolehlah digunakan di atas salah satu atau sebahagian atau kesemua perkara-perkara
di bawah;
Pembayaran Perbelanjaan Pentadbiran Kelab termasuk perbelanjaan runcit.
Pembayaran bantuan dan sumbangan kepada ahli seperti dalam Undang-undang dimuka surat 10 &11
dan lain-lain pembayaran berkaitan yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kerja.
Pembayaran bagi mengeluarkan majalah, jurnal, artikel serta perbelanjaan mencetak dan
mengedarkannya.
9
Pembayaran kerana menguruskan ceramah yang berkaitan dengan Agama Islam dan yang lain-lain
yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa kerja.
Pembayaran bagi menguruskan acara-acara sukan dan rekreasi kepada ahli serta aktiviti lain yang
difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kerja
BANTUAN KEBAJIKAN/SUMBANGAN
Bantuan atau sumbangan yang akan diberikan kepada ahli atau tanggungannya adalah tertakluk kepada
kedudukan kewangan semasa dan diberi dalam bentuk wang tunai. Bantuan atau sumbangan tersebut
adalah seperti berikut;
Kematian ahli, isteri atau suami RM 100.00
Kematian anak ahli, anak tiri atau anak angkat berumur kurang dari 21 tahun RM100.00
dan berusia lebih 21 tahun tetapi masih di bawah tanggungan ahli.
RM100.00
Kematian ibu atau bapa ahli yang tinggal bersama-sama ahli dan di bawah
tanggungan ahli. RM100.00
Sumbangan hadiah bagi majlis perkahwinan kali pertama di Kolej MARA RM 50.00
Seremban Maksimum
RM100.00
Sumbangan hadiah bagi kelahiran anak di Kolej MARA Seremban RM 100.00
RM 200
Sumbangan hadiah bagi ahli yang bertukar atau bersara atau tamat RM50/anak
perkhidmatan di Kolej MARA Seremban. RM100/ahli
Sumbangan bagi ahli atau suami/isteri atau anak-anak yang sakit dan
dimasukkan ke wad selama 3 hari atau lebih berturut-turut.
Sumbangan kepada program sukan/khidmat masyarakat oleh ahli KSRS KMS
Sumbangan untuk anak-anak ahli yang mendaftar masuk Tahun 1 persekolahan
Menunaikan haji (khas untuk ahli sahaja).
Setiap permohonan bantuan hendaklah menggunakan Borang Khas yang disediakan dan perlu
menyertakan dokumen sokongan yang diperlukan oleh Bendahari/Jawatankuasa Kerja.
10
LAIN-LAIN BELANJA
Perbelanjaan yang difikirkan perlu untuk kepentingan, faedah dan kebajikan ahli dengan kelulusan
Jawatankuasa kerja Kelab ini, seperti berikut
PEPERIKSAAN SYARAT SUMBANGAN
UPSR KELULUSAN Maksimum RM50.00
Maksimum RM80.00 – RM100.00
SPM/SPVM 1 A = RM10
1 A = RM10
Sumbangan juga boleh dipertimbangkan kepada ahli-ahli yang ditimpa bencana atau musibah seperti
banjir, kebakaran, kemalangan dan sebagainya. Jumlah sumbangan dan jenis musibah yang layak
adalah tertakluk kepada kelulusan dan persetujuan Jawatankuasa Kerja.
HAK-HAK AHLI
Ahli-ahli Kelab ini adalah berhak untuk mendapat kemudahan/bantuan/sumbangan mengikut syarat-
syarat yang ditetapkan di muka surat 10 & 11 serta mendapat kelulusan Jawatankuasa Kerja.
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Dua (2) orang Pemeriksa Kira-kira yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dari ahli-ahli yang
bukan dari Jawatankuasa Kerja hendaklah memeriksa semua buku dan penyata kewangan Kelab ini
dengan betul sekurang-kurangnya 4 bulan sekali atau pun pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh
Pengerusi dan member laporannya kepada Jawatankuasa Kerja. Pemeriksa Kira-kira hendaklah
mengesahkan terlebih dahulu Penyata.
PERKARA AM
Buku Undang-undang Kelab ini hendaklah dikongsi dengan setiap ahli kelab melalui sebarang cara yang
munasabah.
Ia boleh dikongsi secara salinan digital atau menggunakan pautan internet bagi membolehkan setiap ahli
mendapat akses kepada buku ini.
Badan ini tidak boleh mengadakan apa-apa pergabungan atau perhubungan di luar Malaysia.
Disediakan oleh:
JAWATANKUASA KELAB SUKAN DAN REKREASI STAF
SESI 2021/2023
KOLEJ MARA SEREMBAN.
11
LAMPIRAN
12
13