The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini mengandungi senarai tugas ahlijawatankuasa Kelab Sukan dan Rekreasi Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norkhalilie, 2021-03-03 05:36:36

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KERJA KELAB SUKAN DAN REKREASI KOLEJ MARA SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Buku ini mengandungi senarai tugas ahlijawatankuasa Kelab Sukan dan Rekreasi Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan.

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KERJA KSRS

Pengerusi

 Mempengerusikan semua mesyuarat, melihat segala kerja-kerja Kelab amnya, dan
memanggil mesyuarat bila-bila dirasakan perlu menerusi Setiausaha. Pengerusi
hendaklah menandatangani Minit Mesyuarat dan catatan keputusan setelah diluluskan.

 Menandatangani sebarang surat- surat yang melibatkan urusan Kelab dengan semua ahli
Kelab dan pihak luar.

 Menandatangani / meluluskan permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang
Kelab bersama Bendahari dan Setiausaha.

 Meluluskan peratutan-peraturan baru yang difikirkan perlu bersama ahli-ahli
Jawatankuasa kelab untuk kepentingan ahli dan Kelab sebelum Mesyuarat Agung.

 Merancang dasar-dasar, peraturan, aktiviti-aktiviti Kelab dan lain-lain hal yang
berhubung dengan kemajuan Kelab.

 Meneruskan usaha-usaha dan tanggungjawab Pengerusi Jawatan- kuasa lama yang telah
diluluskan dalam Mesyuarat Agong.

 Melantik ahli Kelab untuk mengisi kekosongan jawatan atas sebab perletakan jawatan
atau pertukaran tempat bertugas mengikut syarat-syarat kelayakan yang telah
ditetapkan oleh peraturan Kelab.

Timbalan Pengerusi

 Menjalankan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Pengerusi apabila ia tiada.
 Membantu dan mempengerusikan semua Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Mesyuarat

Agung serta bertanggungjawab dalam kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat
semasa ketiadaan Pengerusi.
 Merancang dasar-dasar, peraturan, aktiviti- aktiviti dan lain-lain hal yang berhubung
dengan kemajuan Kelab.
 Menandatangani sebarang surat-surat yang melibatkan urusan dengan pihak luar.
 Menghadiri semua Mesyuarat Ahli Jawatan- kuasa Kelab dan Mesyuarat Agung untuk
memberi pendapat dan cadangan.

Setiausaha

 Menyimpan dengan betul segala buku-buku yang tertentu, daftar-daftar dan lain-lain
dokumen berkaitan bagi pihak Kelab;

 Memanggil dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat
Agung;

 Menyediakan Minit Mesyuarat;
 Menandatangani bagi pihak Kelab dan menjalankan urusan surat menyurat.
 Menyediakan penyata tahunan untuk Mesyuarat Agung.
 Menjalankan kerja-kerja lain seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Kerja.
 Menyimpan Buku Daftar Ahli Kelab.
 Menjalankan kerja-kerja pentadbiran Kelab.
 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
 Menyimpan semua minit-minit mesyuarat, rekod-rekod dan borang-borang Kelab.

 Menandatangani notis panggilan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat
Agung serta hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan minit mesyuarat.

 Menandatangani kelulusan permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab
bersama-sama Pengerusi dan Bendahari Kelab.

 Merancang dasar-dasar, peraturan dan aktiviti Kelab dan lain-lain hal yang berhubung
dengan kemajuan Kelab.

 Menyediakan kertas kerja untuk dibawa ke Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan
Mesyuarat Agung.

 Menyambung semua tugas-tugas setiausaha dan Jawatankuasa berhubung dengan hal-
ehwal rekod dan minit-minit mesyuarat yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung.

 Menandatangani semua surat pekeliling kepada semua ahli Kelab semasa ketiadaan
Pengerusi Kelab.

Penolong Setiausaha

 Penolong Setiausaha akan membantu Setiausaha dalam urusan pentadbiran Kelab ini dan
bersama setiausaha dalam mesyuarat Kelab.

 Membantu Setiausaha menyediakan kertas kerja unutk mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Kelab dan Mesyuarat Agung.

 Membantu Setiausaha dalam semua urusan surat-menyurat.
 Menandatangani surat panggilan mesyuarat mencatat minit dan hadir dalam semua

Mesyuarat.
 Merancang dasar-dasar, peraturan dan aktiviti Kelab dan lain-lain hal yang berhubung

dengan Kemajuan Kelab.
 Membantu Setiausaha dalam kerja-kerja pentadbiran Kelab.

Bendahari

 Menyimpan dengan betul segala buku kira-kira, menerima dan membelanjakan wang
Kelab mengikut arahan Jawatankuasa Kerja;

 Menulis resit-resit, baucer-baucer serta menandatanganinya;
 Menyediakan penyata kira-kira kewangan untuk mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan

Mesyuarat Agung.
 Menyimpan wang Kelab termasuk “wang runcit” dengan had RM200.00.
 Menyimpan wang Kelab ke dalam Akaun Bank seperti diarahkan oleh Jawatankuasa Kerja
 Menyimpan dan memperbaharui semua rekod kewangan Kelab.
 Menyedia Penyata Kewangan pada setiap hujung tahun untuk dibawa ke dalam

Mesyuarat Agung.
 Memungut dan menyimpan semua hasil pendapatan Kelab.
 Menandatangani / menghantar notis peringatan kepada ahli-ahli Kelab berhubung

dengan urusan kewangan Kelab.
 Hadir dalam semua Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyhuarat Agung serta

mengambil Tindakan berhubung dengan hal-hal kewangan.
 Menyambung tugas-tugas Bendahari Kelab dalam Jawatankuasa lama berhubungan

dengan hal-hal kewangan yang telah diluluskan dalam mesyuarat Agung.
 Menandatangani kelulusan permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab

bersama Pengerusi dan Setiausaha.

Penolong Bendahari

 Penolong Bendahari akan membantu Bendahari dalam urusan pentadbiran kewangan
Kelab dan menggantikan Bendahari apabila ia tidak hadir.

 Membantu urusan memungut dan menyimpan hasil pendapatan Kelab semasa ketiadaan
Benadahari Kelab atau sebaliknya.

 Membantu menyediakan penyata kewangan dan rekod kewangan Kelab.
 Menandatangani / menghantar notis kepada ahli-ahli Kelab berhubung dengan urusan

kewangan Kelab.
 Hadir dalam semua Mesyuarat Jawatankuasa Induk untuk membantu memberi cadangan

dan pendapat.

Biro Aktiviti & Sukan
Biro Teknikal & Siaraya
Biro Kebajikan & Kerohanian
Biro Keusahawanan & Hasil

Tugas-Tugas Umum Setiap Biro

 Mempengerusikan Mesyuarat Biro serta bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan mesyuarat Biro.

 Menandatangani semua surat-surat yang melibatkan urusan Biro dengan ahli- ahli Kelab.
 Menyediakan laporan lengkap aktiviti Biro-Biro Kelab sepanjang tahun untuk dibawa ke

dalam mesyuarat Agung.
 denyediakan dan menandatangani borang permohonan peruntukan kewangan aktiviti

Biro Kelab.
 Merancang dan melaksanakan program Jawatankuasa yang telah diluluskan dalam

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung.
 Hadir dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab serta mengambil tindakan-tindakan

yang ditetapkan di dalam mesyuarat tersebut.
 Bersama-sama melaksanakan tugasan/projek yang telah ditetapkan
 Setiap biro akan berganding bersama seperti berikut:

Pengerusi - Biro Aktiviti & Sukan
Timbalan Pengerusi - Biro Teknikal & Siaraya
Setiausaha & Penolong Setiausaha - Biro Kebajikan & Kerohanian
Bendahari & Penolong Bendahari - Biro Keusahawanan & Hasil

Biro Aktiviti & Sukan

 Merancang dan melaksana aktiviti dan program sukan yang sesuai seperti pertandingan,
latihan, bengkel, dan lain-lain untuk manfaat ahli KSRS.

 Merancang dan melaksana aktiviti dan program riadah yang santai dan sesuai seperti
senaman, lawatan, jelajah, dan lain-lain untuk ahli KSRS.

 Merancang sebarang aktiviti luar yang menarik untuk ahli KSRS

 Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti dan
program biro-biro lain.

Biro Teknikal & Siaraya

 Menyediakan carta organisasi bergambar Kelab untuk makluman semua ahli KSRS
 Merancang dan membuat hebahan serta promosi aktiviti dan program kelab melalui

emel, media sosial, surat menyurat dan kemas kini maklumat kelab di papan kenyataan
kelab yang akan disediakan.
 Merancang dan menyediakan brosur/ pamphlet/ poster aktiviti dan program kelab.
 Menghubungi pihak penaja dan jemputan pihak luar jika berkaitan dan diperlukan.
 Mengambil gambar, merakam video dan semua jenis bahan digital yang berkaitan
dengan aktiviti dan program kelab.
 Mengumpul dan menyimpan gambar, video, bahan secara bercetak dan digital yang
berkaitan dengan aktiviti dan program kelab.
 Menyedia laporan aktiviti kelab.
 Merancang dan menyediakan buletin/ majalah kelab (berkala seperti setiap 3 bulan)
untuk edaran digital dan cetakan.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti dan
program biro-biro lain.

Biro Kebajikan & Kerohanian

 Merancang dan melaksana aktiviti kerohanian seperti ceramah agama, usrah dan
seumpamanya yang dapat membimbing akidah, jati diri, dan budaya kerja ahli KSRS.

 Merancang dan melaksana aktiviti kebajikan seperti lawatan, ziarah, dan santuni ahli
KSRS.

 Peka dan cakna terhadap ahli KSRS yang tidak bernasib baik seperti hal kematian,
kemalangan, bencana alam dan lain-lain. Kenal pasti jika mereka memerlukan
sumbangan atau bantuan segera. Menghantar ucapan takziah dan simpati.

 Peka dan cakna terhadap ahli KSRS yang menerima berita baik seperti kelahiran,
perkahwinan, anugerah, hadiah, ulang tahun kelahiran, dan lain-lain. Menghantar
ucapan tahniah dan penghargaan.

 Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti dan
program biro-biro lain.

Biro Keusahawanan & Hasil

 Mencari sumber kewangan tetap dan berterusan bersama dengan Bendahari.
 Mengurus kewangan dan dana dengan sistematik bersama dengan Bendahari.
 Meningkatkan hasil kewangan KSRS melalui aktiviti pelaburan dan kerjasama dengan

institusi kewangan setempat seperti usahasama dan lain-lain.
 Mengadakan aktiviti keusahwanan seperti mengadakan ekspo dan pameran, jualan dan

sebagainya.
 Melaksanakan pelan pembangunan kewangan terancang organisasi mengikut keperluan

semasa.
 Menggerakkan aktiviti kewangan melalui aktiviti ekonomi berdasarkan potensi dan

sumber yang dikenalpasti.

 Mengenalpasti sumber-sumber sedia ada yang berpotensi untuk menjana pendapatan
kepada KSRS mengikut keutamaan dan menyediakan kertas cadangan serta laporan
pelaksanaan

 Bersama Bendahari untuk merancang, mengurus, melaksana, mengawal dan memantau
aktiviti pengurusan sumber kewangan (hasil dan perbelanjaan).

 Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti dan
program biro-biro lain.


Click to View FlipBook Version