The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini mengandungi senarai tugas jawatankuasa Kelab Sukan dan Rekreasi Staf Kolej MARA Seremban.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norkhalilie, 2021-03-03 06:48:47

Tugas-tugas Jawatankuasa Kelab Sukan dan Rekreasi Staf Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan

Buku ini mengandungi senarai tugas jawatankuasa Kelab Sukan dan Rekreasi Staf Kolej MARA Seremban.

TUGAS-TUGAS
JAWATANKUASA KELAB
SUKAN DAN REKREASI
KOLEJ MARA SEREMBAN

KSRS

Pengerusi

• Mempengerusikan semua mesyuarat, melihat segala kerja-kerja Kelab amnya, dan memanggil
mesyuarat bila-bila dirasakan perlu menerusi Setiausaha. Pengerusi hendaklah menandatangani
Minit Mesyuarat dan catatan keputusan setelah diluluskan.

• Menandatangani sebarang surat- surat yang melibatkan urusan kelab dengan semua ahli Kelab
dan pihak luar.

• Menandatangani / meluluskan permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab
bersama Bendahari dan Setiausaha.

• Meluluskan peratutan-peraturan baru yang difikirkan perlu bersama ahli-ahli Jawatankuasa
kelab untuk kepentingan ahli dan Kelab sebelum Mesyuarat Agung.

• Merancang dasar-dasar, peraturan, aktiviti-aktiviti kelab dan lain-lain hal yang berhubung
dengan kemajuan kelab.

• Meneruskan usaha-usaha dan tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa lama yang telah diluluskan
dalam Mesyuarat Agong.

• Melantik ahli Kelab untuk mengisi kekosongan jawatan atas sebab perletakan jawatan atau
pertukaran tempat bertugas mengikut syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh
peraturan kelab.

• Pengerusi tidak boleh sewenang-wenangnya meluluskan permohonan pinjaman peribadi tanpa
kelulusan 2/3 daripada ahli jawatankuasa.

Timbalan Pengerusi

• Menjalankan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Pengerusi apabila dia tiada.
• Membantu dan mempengerusikan semua Mesyuarat Ahli Jawatankuasa, Kelab Mesyuarat Agung

serta bertanggungjawab dalam kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat semasa ketiadaan
Pengerusi.
• Merancang dasar-dasar, peraturan, aktiviti- aktiviti dan lain-lain hal yang berhubung dengan
kemajuan Kelab.
• Menandatangani sebarang surat-surat yang melibatkan urusan dengan pihak luar.
• Menghadiri semua Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung untuk memberi
pendapat dan cadangan.
• Membantu, melaksanakan dan memantau tugas-tugas biro yang telah dilantik.

Setiausaha

• Menyimpan dengan betul segala dokumen berkaitan bagi pihak kelab

• Memanggil dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat
Agung

• Menyediakan Minit Mesyuarat
• Menandatangani bagi pihak Kelab dan menjalankan urusan surat menyurat.

• Menyediakan penyata tahunan untuk Mesyuarat Agung.
• Menjalankan kerja-kerja lain seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Kerja.

• Menyimpan Buku Daftar Ahli Kelab.
• Menjalankan kerja-kerja pentadbiran kelab

• Menguruskan hal-hal surat menyurat
• Menyimpan semua minit-minit mesyuarat, rekod-rekod dan borang-borang Kelab.

Setiausaha

• Menandatangani notis panggilan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung
serta hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan minit mesyuarat.

• Menandatangani kelulusan permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab
bersama-sama Pengerusi dan Bendahari Kelab.

• Merancang dasar-dasar, peraturan dan aktiviti Kelab dan lain-lain hal yang berhubung dengan
kemajuan Kelab.

• Menyediakan kertas kerja untuk dibawa ke Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat
Agung.

• Menyambung semua tugas-tugas setiausaha dan Jawatankuasa sebelum ini berhubung dengan
hal- ehwal rekod dan minit-minit mesyuarat yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung.

• Menandatangani semua surat pekeliling dan notis kepada semua ahli Kelab semasa ketiadaan
Pengerusi Kelab.

Setiausaha

• Menyimpan dengan betul segala dokumen berkaitan bagi pihak kelab

• Memanggil dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kelab dan

Mesyuarat Agung
• Menyediakan Minit Mesyuarat
• Menandatangani bagi pihak Kelab dan menjalankan urusan surat menyurat.

• Menyediakan penyata tahunan untuk Mesyuarat Agung.
• Menjalankan kerja-kerja lain seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Kerja.

• Menyimpan Buku Daftar Ahli Kelab.
• Menjalankan kerja-kerja pentadbiran kelab

• Menguruskan hal-hal surat menyurat
• Menyimpan semua minit-minit mesyuarat, rekod-rekod dan borang-borang Kelab.

Penolong Setiausaha

• Penolong Setiausaha akan membantu Setiausaha dalam urusan pentadbiran Kelab ini dan

bersama setiausaha dalam mesyuarat Kelab.
• Membantu Setiausaha menyediakan kertas kerja untuk mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan

Mesyuarat Agung.
• Membantu Setiausaha dalam semua urusan surat-menyurat.
• Menandatangani surat panggilan mesyuarat mencatat minit dan hadir dalam semua mesyuarat.
• Merancang dasar-dasar, peraturan dan aktiviti kelab dan lain-lain hal yang berhubung dengan

kemajuan kelab.
• Membantu Setiausaha dalam kerja-kerja pentadbiran Kelab.

Bendahari

• Menyimpan dengan betul segala buku kira-kira, menerima dan membelanjakan wang Kelab
mengikut arahan Jawatankuasa Kerja.

• Menulis resit-resit, baucer-baucer serta menandatanganinya.
• Menyediakan penyata kira-kira kewangan untuk mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Mesyuarat

Agung.
• Menyimpan wang Kelab termasuk “wang runcit” dengan had RM500.00.

• Menyimpan wang Kelab ke dalam Akaun Bank seperti diarahkan oleh Jawatankuasa Kerja
• Menyimpan dan mengemaskini semua rekod kewangan Kelab.

• Menyedia Penyata Kewangan pada setiap hujung tahun untuk dibawa ke dalam Mesyuarat
Agung.

• Memungut dan menyimpan semua hasil pendapatan kelab.
• Menandatangani / menghantar notis peringatan kepada ahli-ahli kelab berhubung dengan

urusan kewangan kelab.

• Hadir dalam semua Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Agung serta mengambil
tindakan berhubung dengan hal-hal kewangan.

• Menyambung tugas-tugas Bendahari Kelab dalam Jawatankuasa lama berhubungan dengan hal-
hal kewangan yang telah diluluskan dalam mesyuarat Agung.

• Menandatangani kelulusan permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab
bersama Pengerusi dan Setiausaha.

Penolong Bendahari

• Penolong Bendahari akan membantu Bendahari dalam urusan pentadbiran kewangan Kelab dan
menggantikan Bendahari apabila dia tidak hadir.

• Membantu urusan memungut dan menyimpan hasil pendapatan kelab semasa ketiadaan
Bendahari Kelab atau sebaliknya.

• Membantu menyediakan penyata kewangan dan rekod kewangan kelab.
• Menandatangani / menghantar notis kepada ahli-ahli kelab berhubung dengan urusan kewangan

kelab.
• Hadir dalam semua Mesyuarat Jawatankuasa Induk untuk membantu memberi cadangan dan

pendapat.

BIRO DALAM KSRS

Biro Aktiviti Biro
dan Sukan Keusahawanan

dan Hasil

Biro Kebajikan Biro Teknikal
dan dan Siaraya

Kerohanian

Tugas-Tugas Umum Setiap Biro

• Mempengerusikan Mesyuarat Biro serta bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan mesyuarat biro.

• Menandatangani semua surat-surat yang melibatkan urusan biro dengan ahli- ahli
kelab.

• Menyediakan laporan lengkap aktiviti biro-biro kelab sepanjang tahun untuk dibawa
ke dalam mesyuarat agung.

• Menyediakan dan menandatangani borang permohonan peruntukan kewangan
aktiviti Biro Kelab.

• Merancang dan melaksanakan program Jawatankuasa yang telah diluluskan dalam
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung.

• Hadir dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab serta mengambil tindakan-
tindakan yang ditetapkan di dalam mesyuarat tersebut.

• Bersama-sama melaksanakan tugasan/projek yang telah ditetapkan

• Menyedia laporan aktiviti biro.

• Setiap biro akan berganding bersama seperti berikut:

• Biro

Peranan

Pengerusi Biro Aktiviti dan Sukan

Timbalan Pengerusi Teknikal dan Siaraya

Bendahari dan Penolong Bendahari Keusahawanan dan Hasil

Setiausaha dan Penolong Setiausaha Kebajikan dan Kerohanian

Biro Aktiviti & Sukan

• Merancang dan melaksanakan aktiviti dan program sukan yang sesuai seperti
pertandingan, latihan, bengkel dan lain-lain untuk manfaat ahli kelab.

• Merancang dan melaksana aktiviti dan program riadah yang santai dan sesuai
seperti senaman, lawatan, jelajah dan lain-lain untuk ahli kelab.

• Merancang sebarang aktiviti luar yang menarik untuk ahli kelab.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan untuk menyokong pelaksanaan

aktiviti dan program biro-biro lain.

Biro Teknikal dan Siaraya

• Menyediakan carta organisasi bergambar kelab untuk makluman semua ahli kelab.

• Merancang dan membuat hebahan serta promosi aktiviti dan program kelab melalui emel, media sosial,
surat-menyurat dan kemas kini maklumat kelab di papan kenyataan kelab yang akan disediakan.

• Merancang dan menyediakan brosur/ pamphlet/ poster aktiviti dan program kelab.
• Mengambil gambar, merakam video dan semua jenis bahan digital yang berkaitan dengan aktiviti dan

program kelab.
• Mengumpul dan menyimpan gambar, video, bahan secara bercetak dan digital yang berkaitan dengan aktiviti

dan program kelab.
• Menyedia laporan aktiviti kelab.
• Merancang dan menyediakan buletin/ majalah kelab (berkala seperti setiap 3 bulan) untuk edaran digital

dan cetakan.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti dan program biro-biro

lain.

Biro Kebajikan dan Kerohanian

• Merancang dan melaksana aktiviti kerohanian seperti ceramah agama, usrah dan
seumpamanya yang dapat membimbing akidah, jati diri, dan budaya kerja ahli
KSRS.

• Merancang dan melaksana aktiviti kebajikan seperti lawatan, ziarah dan
menyantuni ahli KSRS.

• Peka dan cakna terhadap ahli KSRS yang ditimpa bencana/musibah seperti hal
kematian, kemalangan, bencana alam dan lain-lain. Kenal pasti jika mereka
memerlukan sumbangan atau bantuan segera. Menghantar ucapan takziah dan
simpati.

• Peka dan cakna terhadap ahli KSRS yang menerima berita baik seperti kelahiran,
perkahwinan, anugerah, hadiah, ulang tahun kelahiran dan lain-lain. Menghantar
ucapan tahniah dan penghargaan.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan untuk menyokong pelaksanaan
aktiviti dan program biro-biro lain.

Biro Keusahawanan & Hasil

• Mencari sumber kewangan tetap dan berterusan bersama-sama dengan Bendahari.
• Mengurus kewangan dan dana dengan sistematik bersama-sama dengan Bendahari.
• Meningkatkan hasil kewangan KSRS melalui aktiviti pelaburan dan bekerjasama dengan institusi

kewangan setempat seperti usaha sama dan lain-lain.
• Mengadakan aktiviti keusahawanan seperti mengadakan ekspo dan pameran, jualan dan

sebagainya.
• Melaksanakan pelan pembangunan kewangan terancang kelab mengikut keperluan semasa.
• Menggerakkan aktiviti kewangan melalui aktiviti ekonomi berdasarkan potensi dan sumber yang

dikenalpasti.

Biro Keusahawanan dan Hasil

• Mengenalpasti sumber-sumber sedia ada yang berpotensi untuk menjana
pendapatan kepada KSRS mengikut keutamaan dan menyediakan kertas cadangan
serta laporan pelaksanaan

• Bersama Bendahari untuk merancang, mengurus, melaksana, mengawal dan
memantau aktiviti pengurusan sumber kewangan (hasil dan perbelanjaan).

• Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan untuk menyokong pelaksanaan
aktiviti dan program biro-biro lain.

Terima Kasih Daun Keladi…

Penaung : Pengarah Kolej MARA Seremban
Penasihat : Timbalan Pengarah Hal Ehwal Siswa
Ahli Jawatankuasa Utama : Pengerusi

Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
Penolong Bendahari
Biro Keusahawanan dan Hasil
Biro Teknikal dan Siaraya
Biro Kebajikan dan Kerohanian
Biro Aktiviti dan Sukan


Click to View FlipBook Version