BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA
NAMA PROGRAM / DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
PROGRAM NAME
SESI 1 /2020 (SEMESTER 3)
SESI &SEMESTER /
SESSION & SEMESTER DBG 3323 OFFICE ADMINISTRATION 2
KOD & NAMA KURSUS / 2. OFFICE INVENTORY MANAGEMENT
CODE & NAME OF 2.1 IDENTIFY OFFICE INVENTORY MANAGEMENT REQUIREMENTS
COURSE 2.2 PLAN OFFICE INVENTORY MANAGEMENT
2.3 PERFORM INVENTORY MANAGEMENT
NO. KOMPETENSI /
NO. COMPETANCY
NO. KOD KSKV / CODE KP(2/3) Muka / Page : 1 Dr pd/of : 13
NUM. KSKV
TAJUK : K2: PLAN OFFICE INVENTORY MANAGEMENT
TUJUAN :
Diakhir pembelajaran tajuk ini , pelatih dapat mengenalpasti kepentingan merancang
pengurusan inventori, mengenalpasti objektif pengurusan inventori, mengenalpasti kos-kos
yang terlibat dalam pengurusan inventori, kepentingan menyimpan inventori, mengenalpasti
kaedah merekod inventori, menentukan paras inventori yang bersesuaian disimpan dalam
sesebuah organisasi.
1
1.0 KEPENTINGAN MERANCANG PENGURUSAN INVENTORI
a) Kawalan Inventori secara sistematik
b) Pengurusan yang cekap dan menjimatkan masa
c) Memudahkan pengguna untuk mengenal pasti peralatan dengan efiesyen.
2.0 OBJEKTIF PENGURUSAN INVENTORI
a) Kenal pasti jumlah bahan @ barangan yang ada di dalam organisasi bagi
membuat perancangan
b) Mengenal pasti model-model yang digunakan bagi menguruskan Inventori
c) Menentukan keperluan barangan bagi kegunaan dan simpanan (stok) semasa
d) Menentukan keperluan bagi mengatasi permintaan yang tidak ketentuan
3.0 KOMPONEN INVENTORI
- Inventori boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
ü Bahan mentah
ü Barangan siap
- Inventori khusus adalah untuk memelihara barangan siap yang telah tersedia untuk
di edarkan dan dipasarkan.
4.0 KOS YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN INVENTORI
4.1 Kos Relevan
v Kos yang menentukan keputusan sama ada menyimpan inventori atau tidak
dikenali sebagai kos relevan
v Pengurusan inventori yang cekap dapat memastikan bekalan sentiasa mencukupi
iaitu menentukan permintaan dalam satu tempoh dengan mengetahui jumlah
sebenar diperlukan serta meramalkan jumlah keluaran pada masa tertentu
v Kos Apabila Inventori Meningkat:
- Kos adalah nilai atau kos sesuatu bahan yang dibayar kepada penjual atau kos
keluaran.
- Oleh itu kos seunit tidak berubah mengikut jumlah pesanan, jumlah kosnya adalah
tidak relevan.
- Apabila kos berubah tidak mengikut jumlah pesanan, maka jumlah kosnya tidak
relevan.
- Apabila kos berubah mengikut jumlah pesanan, maka jumlah kos adalah relevan
dan perlu diambil kira dalam keputusan inventori
2
4.2 Kos Melepas
v Sesebuah firma perlu membuat Penilaian tentang kadar pulangan pelaburan.
Pelaburan dalam inventori sama dengan pelaburan dalam aset tetap seperti mesin,
bangunan dan sebagainya.
v Apabila Dana terhad, maka pelaburan yg dibuat perlu memaksimumkan kadar
pulangan tinggi.
v Pelaburan yang mendatangkan pulangan tetapi ditinggalkan untuk mengambil
pelaburan lain dikenali sebagai Kos Melepas.
4.3 Kos Ruang Menyimpan
v Kos ini berkait rapat dengan tempat atau ruang untuk menyimpan barang.
v Apabila bangunan dibina, maka terdapat kos yang terlibat iaitu kos pembinaan dan
penyelenggaraan.
Kos penyelenggaraan yang terlibat ialah elektrik,air dan keselamatan.
4.4 Kos-kos lain
v Kos yang terdapat seperti pengambilan kerani dan alat pengendalian bahan yang
diperlukan semasa jumlah inventori meningkat
i. Kos Insurans
v Barangan atau bahan yang disimpan sebagai inventori perlu diinsuranskan.
v Semakin meningkat jumlah inventori, semakin banyaklah kos/ premium perlindungan
insurans yang perlu di bayar.
ii. Kos Susut Nilai dan Kerosakan
v Bahan atau barangan yang disimpan sebagai inventori terdedah kepada kerosakan
dan oleh yang demikian nilainya akan susut.
v Sesetengah bahan atau barangan tidak boleh disimpan lama mengikut kaedah dan
peraturan yang tertentu. Contohnya ubat-ubatan dan makanan dalam tin.
v Kos Susut Nilai terjadi apabila bahan yang hendak dijual tidak sebagaimana asal dan
dijual dengan harga yang murah.
5.0 KOS APABILA INVENTORI BERKURANGAN
5.1 Kos Memesan dan Membeli
v Kos ini berkait dengan jumlah pesanan yang dibuat oleh organisasi untuk mendapat
bahan tertentu.
v Di antara Kos Memesan adalah kos perkhidmatan pos, telefon, teleks, faks, gaji
(upah) kakitangan yang mengendalikan pesanan serta kos-kos lain yang terlibat
3
5.2 Kos Kehabisan Stok
v Mengurangkan jumlah inventori boleh mengakibatkan kehabisan stok apabila
permintaan meningkat.
v Kos –kos yang terlibat apabila kehabisan stok ialah jualan dan hubungan dengan
pelanggan seterusnya melibatkan keuntungan firma.
v Organisasi perlu mendapatkan bekalan dengan cepat bagi memenuhi permintaan
pelanggan iaitu sama ada:
.
I. Memproses sendiri - melibatkan kos pemberhentian kerja atau memproses
barangan yang diminta dengan segera
II. Membeli daripada pengedar lain.- melibatkan kos memesan dan
mengendalikan bahan.
6.0 KEPENTINGAN MENYIMPAN INVENTORI
a) Inventori amat diperlukan oleh sesebuah organisasi. Ini disebabkan oleh
tempoh yang panjang dihantar di antara masa memesan dan masa
menerima.
b) Kadar keluaran barang dapat ditentukan kerana proses akan berjalan secara
berterusan.
c) Dapat melindungi organisasi daripada kehabisan stok daripada ramalan yang
kurang tepat.
d) Keperluan stok bagi sesuatu organisasi bergantung kepada keperluan dan
kepenggunaan. Organisasi mempunyai dasar berbeza-beza:
i. Stok banyak- dasar inventori banyak bagi tidak mengalami
kehabisan stok
ii. Stok sikit – dasar inventori yang paling minimum.
e) Bahagian Pemasaran memerlukan dasar ini kerana menjimatkan kos
pembelian dan penyimpanan.
f) Organisasi yang mempunyai Inventori berlebihan menyebabkan berlaku
pembaziran dari segi kewangan.
g) Terdapat sesetengah organisasi mempunyai Dasar Kepenggunaan kapasiti
yang maksimum. Oleh itu inventori yang banyak diperlukan oleh Bahagian
pemasaran.
h) Kos Susut Nilai terjadi apabila bahan yang hendak dijual tidak sebagaimana
asal dan dijual dengan harga yang murah. Nilai ataupun kos ini dipanggil
harga belian bahan.
i) Harga belian bahan meliputi kos pengangkutan, pemeriksaan dan
sebagainya.
4
7.0 MEREKOD INVENTORI
Sistem yang biasa digunakan untuk merekod inventori ialah menggunakan buku
ataupun kad .
Buku stok ialah buku khas yang mengandungi halaman-halaman beruangan untuk
merekodkan stok yang masuk dan keluar serta baki stok.Halaman yang berasingan
akan digunakan bagi setiap jenis stok.
Sistem rekod stok yang kedua pula melibatkan pengguna kad stok , iaitu kad-kad
yang berukuran khas ( biasanya 10 cm x 23 cm ). Di bawah sistem ini , sekeping kad
akan digunakan untuk sejenis atau satu jenama barang sahaja . Kebaikan yang
diperolehi daripada penggunaan kad stok ialah kad-kad ini boleh diletakkan atau
digantungkan pada tempat-tempat stok yang berkenaan tersimpan.Selain
itu,urusan merekod perubahan stok boleh dilakukan dengan serta-merta pada
ketika stok tersebut diterima atau dikeluarkan.
7.2 KAEDAH MEREKOD INVENTORI
a) Kaedah First In First Out (FIFO)
b) Kaedah Last In First Out (LIFO)
c) Kaedah Stok Purata .
Kaedah First In First Out ( FIFO )
FIFO bermaksud masuk dahulu keluar dahulu. Cara ini mengandaikan inventori
yang yang dibeli dahulu , dikeluarkan dahulu . Oleh itu , inventori yang tertinggal
akan terdiri daripada inventori yang dibeli kemudian . Sesuai digunakan untuk
merekod barangan siap dan bahan mentah.
Kaedah pengiraan FIFO boleh menggunakan system inventori berkala dan juga
system inventori berterusan.Mencatat dan mengira inventori mengikut kaedah FIFO .
Contoh :
Katakan barangan dibeli pada 1 Ogos,1 Pengiraan
september dan 1 Oktober sebanyak 30 unit Sistem inventori berkala :
setiap kali dengan kos seunit adalah RM 0.50 ,
RM 0.60 dan RM 0.70 mengikut tertib.Pada 31 30 unit @ RM 0.70 = RM 21.00
Disember,inventori akhir adalah 40 unit. 10 unit @RM 0.60 = RM 6.00
Mengikut cara FIFO dapatkan nilai inventori 40 unit RM 27.00
berkala dan sistem inventori berterusan .
Sistem Inventori Berteru
5
Sistem Inventori Berterusan
Item :________________ Pembekal Utama:____________
Paras Inventori: Min:______ Maks:________
No. Model:___________
Lokasi:______________
Belian Jualan Baki
Tarikh Unit Kos Jumlah Unit Kos Jumlah Unit Kos Jumlah
1 Ogos (RM) (RM) seunit (RM)
1 Sept. seunit seunit 15.00
1 Okt. (RM) (RM) 0.50 33.00
0.50
31 Dis. 30 0.50 15.00 30 0.60 54.00
0.50 27.00
30 0.60 18.00 30 0.60
0.70
30 0.60
0.70
30 0.70 21.00 30
30
30
30 0.50 15.00 10
20 0.60 12.00 30
Jumlah 54.00 27.00
Kaedah Last In First Out ( LIFO )
LIFO bermaksud masuk kemudian keluar dahulu.Ianya adalah berlawanan dengan cara
FIFO kerana cara ini mengandaikan barangan yang dibeli dahulu , dikeluarkan
kemudian.Inventori yang tertinggal terdiri daripada barangan yang dibeli dahulu.
Mencatat dan mengira inventori mengikut LIFO
Contoh ;
Katakan barangan dibeli pada 1 Ogos,1 September dan 1
Oktober sebanyak 30 unit setiap kali dengan kos RM
0.50,RM 0.60 dan RM 0.70 seunit mengikut tertib.Pada 31
Disember , terdapat 40 unit inventori.Mengikut cara LIFO,
kosnya adalah:
30 unit @ RM 0.50 = RM 15.00
10 unit @ RM 0.60 = RM 6.00
40 unit
RM 21.00
6
Sistem Inventori Berterusan
Item :________________ Pembekal Utama:____________
Paras Inventori: Min:______ Maks:________
No. Model:___________
Lokasi:______________
Belian Jualan Baki
Tarikh Unit Kos Jumlah Unit Kos Jumlah Unit Kos Jumlah
1 Ogos (RM) (RM) seunit (RM)
1 Sept. seunit seunit 15.00
1 Okt. (RM) (RM) 0.50 33.00
0.50
31 Dis. 30 0.50 15.00 30 0.60 54.00
0.50 21.00
30 0.60 18.00 30 0.60
0.70
30 0.50
0.60
30 0.70 21.00 30
30
30
20 0.60 12.00 30
30 0.70 21.00 10
Jumlah 54.00 33.00
7.3 MENENTUKAN PARAS INVENTORI
Inventori perlu dikawal supaya tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah parasnya. Hal
ini kerana paras inventori akan mempengaruhi kos pengendalian dan tingkat
perkhidmatan sesebuah perniagaan.Setiap peniaga mesti menentukan paras maksimum
dan paras minimum inventori untuk perniagaannya pada setiap masa.
Paras maksimum stok ditentukan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti yang
berikut:
(a) Ketahanan barang dalam simpanan.
(b) Ruang stor.
(c) Kecenderungan harga sesuatu barang untuk berubah.
(d) Jumlah modal yang ada dan yang perlu diikatkan pada stok.
(e) Risiko perubahan citarasa pengguna dan barang menjadi lapuk.
(f) Pengaruh musim ke atas penawaran.
(g) Kos langsung penstoran seperti belanja insurans, elektrik, sewa dan faedah atas
modal.
Pada umumnya, paras maksimum yang lebih tinggi akan dikekalkan sekiranya stok
berkenaan tahan disimpan lama, harga dan permintaan terhadapnya stabil, pengeluarannya
mengikut musim dan ruang stor yang tersedia adalah cukup luas. Jika keadaan sebaliknya
terjadi, paras tersebut akan cenderung berada pada tingkat yang lebih rendah. Peniaga
tidak seharusnya memegang stok lebih daripada paras maksimumnya. Jika paras ini
dilampaui, perniagaan itu akan memerlukan ruang stor yang lebih luas, menanggung kos
penstoran (contohnya bayaran elektrik, sewa dan insurans) yang lebih tinggi dan
menghadapi masalah ketunaian serta risiko stok lapuk.
7
Sebaliknya, jika stok yang dipegang oleh peniaga adalah dibawah paras minimum,
perniagaan itu tidak akan dapat memenuhi permintaan semua pelanggan, peluang untuk
memperolehi untung yang lebih besar mungkin terlepas, kesetiaan pelanggan-pelanggan
boleh terjejas dan pesaing-pesaing akan berpeluang untuk mengukuhkan kedudukan
mereka. Dalam jangka panjang, setiap peniaga mesti menetapkan paras minimum yang
sesuai bagi perniagaannya. Paras ini ditentukan dengan mengambil kira faktor-faktor yang
berikut:
(a) Pergerakan atau kadar pusing ganti stok; lebih cepat stok itu bergerak (iaitu tinggi
kadar permintaannya), lebih tinggi paras minimumnya dan sebaliknya.
(b)Tempoh yang diperlukan untuk memesan serta menerima stok; lebih lama masa yang
diambil, lebih tinggi paras minimum tersebut.
Untuk memastikan paras stok tidak turun dibawah paras minimum, peniaga perlu
menentukan masa yang sesuai untuk memesan barang-barang atau inventori. Pesanan itu
hendaklah dibuat apabila stok yang ada telah menurun sehingga ke tahap yang tertentu.
Tahap ini dipanggil paras pesanan semula stok.
7.4 MENAMBAH INVENTORI
Dari semasa ke semasa, stok perlu ditambah kerana melalui jualan, stok yang ada
semakin berkurangan. Hal ini penting untuk memastikan paras stok tidak turun sehingga
dibawah paras minimum. Ada tiga perkara yang mesti ditentukan oleh peniaga sebelum
sebarang tindakan untuk menambah stok boleh diambil:
(a) Apakah stok perlu ditambah?
(b) Bilakah tambahan itu patut dilakukan?
(c) Berapa banyakkah tambahan yang diperlukan itu?
Untuk menentukan stok yang perlu ditambah bukanlah sukar.Peniaga boleh melihat
baki inventori dalam stor dan yang terdapat di atas rak.Cara lain ialah dengan melihat baki
terakhir setiap jenis stok yang tercatat pada kad stok masing-masing.
Hampir semua jenis stok memerlukan masa untuk ditambah,kadang-kadang di antara
tarikh pesanan dengan tarikh penerimaan stok melibatkan beberapa hari atau
minggu.Kelewatan ini adalah disebakan oleh faktor jarak yang biasanya memisahkan
pembeli daripada pembekal dan urusan menyediakan barang-barang untuk
penyerahan.Bagi memastikan perniagaan tidak kehabisan stok ataupun memiliki stok yang
berlebihan,pihak peniaga hendaklah memesan stok tambahan pada masa yang
sesuai.Masa tersebut dikatakan sampai apabila baki stok yang ada dalam perniagaan telah
turun ke paras yang dipanggil paras pesanan semula stok.
Ada tiga faktor yang mempengaruhi paras ini dan seterusnya masa untuk memesan
semula stok.
(a) Tempoh menunggu , iaitu tempoh di antara tarikh pesanan dengan tarikh
penerimaan barang-barang.Lebih lama masa yang diambil lebih tinggi paras
pesanan semula stok.Kedaan ini bermakna peniaga perlu lebih kerap membuat
pesanan kerana paras tersebut cepat dicapai.Sebaliknya , lebih pendek masa
8
menunggu,lebih rendah paras pesanan semula stok dan semakin kurang bilangan
pesanan yang perlu dibuat.
(b) Kadar jualan atau kuantiti barang-barang yang dijual dalam setiap tempoh yang
tertentu ( misalnya,mingguan dan buanan ).Paras pesanan emula stok berhubung
secara langsung dengan kadar ini.
(c) Paras minimum stok yang perlu dikekalkan .
Secara sistematik , paras pesanan semula stok boleh ditentukan dengan
menggunakan formula yang berikut :
P.S.S = J x T + Min di mana P.S.S. = Paras pesanan semula stok
J = Kadar jualan
T = Tempoh menunggu
Min = Paras minimum stok
Contoh yang berikut ini akan menjelaskan formula di atas.Seorang peruncit di kawasan
pedalaman mendapati bahawa jualan purata gula di kedainya ialah 20 kilogram
sehari.Setiap kali dia memesan barang-barang daripada pembekal di bandar,pembekal itu
mengambil masa seminggu untuk menyerahkan barang-barang tersebut kepadanya.Melalui
pengalaman,peniaga ini juga mendapati bahawa pada sebarang masa dia perlu menyimpan
stok sekurang-kurangnya140 kilogram gula bagi memenuhi permintaan luar jangkaan para
pelanggannya.Daripada maklumat-maklumat yang diberikan ini , paras pesanan semula stok
gula dapat ditentukan mengikut formula yang diberikan, iaitu
P.S.S. = J x T + Min
= (20 x 7 ) + 140
= 280 kilogram
Jawapan yang diperolehi menunjukkan bahawa pihak peniaga hendaklah segera memesan
gula daripada pembekal setiap kali baki stoknya telah turun ke paras 280 kilogram. Contoh
yang telah dihuraikan ,dapat ditunjukkan seperti graf di bawah.
9
GRAF PARAS PESANAN SEMULA INVENTORI/STOK
y
420 -------------------------------------------------------------------------- Paras maksimum stok
-
(Kilogram) 280 M M1 M2 Paras pesanan semula
stok
Y1 = 140 ---------------------------------------------------------------------------Paras minimum stok
0 10 17 (Hari) x
Tempoh menungggu.
Berdasarkan rajah di atas , paras maksimum stok gula yang boleh dipegang oleh
perniagaan itu ialah sebanyak 420 kilogram dan paras minimum yang mesti dikekalkan ialah
140 kilogram.Titik-titik M,M1, dan M2 menunjukkan bila peniaga patut memesan semula gula
daripada pembekal .Tempoh menunggu bagi setiap pesanan ialah 7 hari.Jika diandaikan
perniagaan itu bermula dengan stok maksimum,stok tersebut akan berkurangan setiap hari
akibat jualan.Pengurangan ini digambarkan oleh garisan penuh ( iaitu garisan yang
mengukur baki stok )Yang menurun dari kiri ke kanan. Selepas 10 hari berniaga garisan
yang mengukur baki stok itu telah berada pada titik M.Pada titik ini baki gula yang ada dalam
perniagaan ialah 280 koligram.Pada paras ini peniaga hendaklah memesan stok
tambahan.Oleh sebab pesanan itu mengambil masa 7 hari untuk dipenuhi oleh
pembekal,stok yang baru hanya akan sampai pada hari yang ke 17. Pada hari tersebut,baki
stok yang asal telah berkurangan sehingga 140 kilogram sahaja.Keadaan ini digambarkan
oleh garisan pengukur stok bertemu dengan garisan putus-putus yang menunjukkan paras
minimum stok.Apabila stok yang baru telah diterima,baki stok gula dalam perniagaan akan
bertambah.Tambahan ini ditunjukkan oleh garisan menegak pada tarikh baki stok berkenaan
diterima.Proses yang telah dihuraikan akan berulang pada hari-hari seterusnya dan kedaan
garisan stok akan sentiasa turun naik seperti gelombang.
Setelah mengetahui bila stok patut ditambah,peniaga pula perlu menentukan kuantiti
yang harus dipesan.Peniaga tidak boleh memesan mengikut sesuka hati kerana tindakan
demikian akan meningkatkan kos perniagaan.Misalnya,jika kuantiti yang dipesan itu terlalu
besar,bukan sahaja ruang stor yang lebih luas akan diperlukan untuk menyimpan stok tetapi
barang-barang tersebut akan mengambil masa yang lama untuk habis dijual.Hal tersebut
akan menyebabkan belanja penstoran meningkat dan berbagai-bagai risiko (seperti
kehilangan atau kerosakan stok dan perubahan citaraasa pengguna) terpaksa
10
ditanggung.Selain itu, modal kerja akan menjadi beku kerana terikat pada
stok.Sebaliknya,jika kuantiti yang dipesan adalah terlalu kecil,peniaga terpaksa membuat
pesanan yang lebih kerap dan menghadapi risiko kehabisan stok.Belanja pemesanan akan
bertambah dan nama baik perniagaan mungkin terjejas.
Untuk mengurangkan kos dan juga risiko,setiap peniaga mestilah memesan stoknya
dalam kuantiti yang paling menjimatkan.Kuantiti tersebut dipanggil kuantiti pesanan
ekonomi .Kuantiti ini dipengaruhi oleh faktor-faktor separti kadar pusing ganti
stok,kos,modal,ruang stok,tawaran diskaun,kaedah bayaran dan lain-lain lagi.Secara
matematik,kuantiti pesanan ekonomi boleh dirumuskan dalam bentuk persamaan seperti
yang berikut:
EOQ = √(!!!") dimana EOQ = Kuantiti pesanan ekonomi.
D = Permintaan pengguna dalam setahun
S =Kos atau perbelanjaan yang
ditanggung ntuk membuat pesanan
seperti belanja stem, kertas dan upah
Kos ini biasanya tetap tanpa mengira
kuantiti yang dipesan.
H =Kos atau perbelanjaan menyimpan
setiap unit tok dalam stor seperti sewa
stor,premium insurans,kos elektrik dan
kos modal yang terikat pada stok.
Contoh :
Sebuah perniagaan runcit runcit telah mencatatkan jadual purata gula sebanyak
12 250 kilogram setahun.Harga yang dibayar oleh peruncit kepada pembekal gula ialah
RM1 sekg.Untuk memesan gula daripada pembekal itu,peruncit terpaksa menanggung
belanja setem, kertas ,sampul surat dan upah kerani kerana menyediakan borang
pesanan.Di samping itu,peruncit berkenaan akan menanggung kos penstoran kerana stok
yang tidak dijual dengan serta-merta terpaksa disimpan di dalam stor.Antara kos penstoran
yang dimaksudkan ialah sewa stor,belanja elektrik,kos insurans dan upah buruh.Jika
diandaikan kos menyimpan setiap kilogram gula di dalam stor ialah 20% daripada harga
belian gula,kira kuantiti pesanan ekonomi.
Berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan di atas :
D = 12 250, S = RM1 , H = 20 sen
Kuantiti pesanan ekonomi atau EOQ ialah :
EOQ = √(!!!")
= √(! ! !""#$ ! !)
!.!
= 122500
= 350 kilogram
Dalam contoh di atas , peruncit yang berkenaan akan dapat menjimatkan kos yang
berkaitan dengan pemegangan stok gula sekiranya dia memesan sebanyak 350 kilogram
setiap kali.Sebarang pesanan untuk kuantiti yang lebih besar ataupun kurang daripada 350
kilogram akan menyebabkan peruncit menanggung kos yang lebih besar.
11
Latihan.
1. Berikut adalah belian dan jualan Perniagaan Sang Suria pada bulan November 2019.
Belian 1 November 700 unit @ RM 7
11 November 500 unit @ RM 8
21 November 400 unit @ RM7.50
29 November 600 unit @ RM8.50
Jualan 5 November 300 unit
15 November 700 unit
19 November 100 unit
25 November 50 unit
30 November 100 unit
a) Kira inventori menggunakan kaedah :
i. First in first out (FIFO )
ii. Last in first out (LIFO )
2. Syarikat Maju Edar Sdn. Bhd. ingin menentukan kuantiti pesanan ekonomi untuk
perniagaan menjual barang elektrik. Kuantiti pesanan bagi lampu hiasan ialah 300 unit.
Harga seunit lampu hiasan yang diperoleh daripada pembekal ialah RM50.00 dan kos
pemegangan ditetapkan pada kadar 20% daripada nilai item tersebut.. Mengikut
perkiraan, kos bagi setiap pesanan ialah Rm65.00
Kira nilai EOQ bagi lampu hiasan yang dijual oleh Syarikat Maju Edar Sdn. Bhd.
12