0
KATA-KATA ALUAN GURU BESAR
Bismillahirrahmanir rahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera,
Tuan-tuan, puan-puan dan warga pendidik SK Seri Nasib Baik yang dikasihi sekalian,
Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
izinNya kita dapat bersama-sama untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab pada
tahun 2020 ini. Semoga tahun ini kita dapat meningkatkan lagi sumbangan sama ada
dari segi idea mahupun segala kemampuan yang dimiliki bagi meningkatkan lagi
kecemerlangan dan menghasilkan sebuah sekolah berkualiti dan kemenjadian murid
dari segi jasmani dan rohani dengan lebih cemerlang lagi.
Bermula 2018, kini masuk tahun ke-3 saya memimpin SK Seri Nasib Baik
(SKSNB), banyak perkara telah saya pelajari tentang pengurusan modal insan yang
perlu dilakukan dengan teliti. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ribuan terima kasih kepada Yang DiPertua PIBG serta ahli jawatankuasa yang
telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.
.Peranan dan tanggunjawab PIBG amat penting terutama dalam bidang
akademik dan kokurikulum murid-murid. Saya yakin dan percaya bahawa kemajuan
sesebuah sekolah adalah terletak di atas kekuatan dan peranan PIBG. Justeru,
sokongan padu PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap program sekolah.
Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan yang positif dan
faedah yang besar kepada masa depan murid-murid
Marilah kita sama-sama mendidik, membimbing dan memimpin anak-anak
dengan langkah yang sentiasa seiring dalam mengejar arus perkembangan dunia
pendidikan. Justeru,semua guru, ibu bapa, PIBG, komuniti dan murid-murid perlu
bergerak sederap untuk melakar impian mencipta kecemerlangan dalam bidang
akademik, kokurikulum, sukan, permainan dan pembentukan sahsiah.
Akhir kata, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah
s.w.t hendaknya. Pihak PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing
demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SK Seri Nasib
Baik terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah,
seterusnya mencipta kegemilangan SK Seri Nasib Baik. Mudah-mudahan segala
usaha kita diberkati Allah, inshaAllah.. Aamiin.
Sekian, terima kasih.
..................................…
MOHD AZHAR BIN HJ AYUN
GURU BESAR SK SERI NASIB BAIK
1
KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan segala nikmat, hidayah dan
petunjuk yang diberi. Di kesempatan ini izinkan saya mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang hadir dengan satu
matlamat bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Nasib Baik yang Ke-47.
Hubungan baik dan kesefahaman yang terjalin haruslah dipertahankan dan
menjadi lebih erat serta akrab kerana ini akan memberi peluang kepada ahli-ahli PIBG
mengetahui perkembangan dan keperluan asas sekolah.
Setelah sedekad memimpin persatuan ini, saya melihat bahawa kejayaan dan
kecemerlangan yang dikecapi di sekolah ini adalah atas usaha gigih, istiqomah dan
tanpa merasa jemu serta berputus asa murid-murid, guru-guru dan ibu bapa.
Justeru itu, saya menyeru ibu bapa agar sentiasa memberi sokongan moral dan
material kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang berwibawa dan
berkeyakinan dengan sahsiah terpuji serta cemerlang dalam akademik dan
kokurikulum.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga pendidik, kakitangan sokongan dan
semua yang terlibat di SKSNB dalam melaksanakan tugas, amanah dan
tanggungjawab yang diberikan. Juga jutaan terima kasih kepada barisan AJK PIBG
yang memberi sokongan dan kerjasama yang penuh sepanjang saya memimpin
persatuan ini.
Marilah sama-sama kita berdoa dan bertawakkal semoga semuanya senantiasa
dalam lindungan dan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Semoga kejayaan demi
kejayaan akan menjadi milik kita.
Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah. Assalamualaikum WBT
2
AJK PIBG SK SERI NASIB BAIK
PENGGAL 2018 - 2020
PENASIHAT
Encik Mohd Azahar bin Ayun
YANG DiPERTUA
Encik Khairul Azhar bin Abu Samah
NAIB YANG DiPERTUA
Puan Rafiah binti Sibli
SETIAUSAHA
Puan Hajah Intan Sarah binti Ahmad
BENDAHARI
Cik Siti Maliati binti Kasim
AJK (Ibubapa)
Encik Anuar bin Abd Kadir
Encik Zailan Kamal Arifin bin Abbas
Encik Saiful Akhyari bin Sarip
Puan Inasohada binti Sapri
Puan Zakiah binti Saleh
AJK (Guru)
Puan Nor Lelinza binti Abd Rasid
Encik Nik Baharudin bin Kamdani
Puan Supiah binti Parmin
Encik Kamalruzaman bin Atan
Encik Razinurhisyam bin Muhamad
Pemeriksa Kira-kira 1
Pn Emiliaton binti Ahmad
Pemeriksa Kira-Kira 2
Puan Siti Zaharah binti Ali
3
SURAT PANGGILAN MESYUARAT
Ruj. Kami : JBA0040/100/7(1)
Tarikh: 12 Oktober 2020
Kepada
Ibubapa / penjaga murid
SK Seri Nasib Baik
Tuan,
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI 47 / 2020
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
ketentuan berikut :
Tarikh : 25.10.2020 (Ahad)
Masa : 2.15 petang
Kaedah : dalam talian (WHATSAPP)
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
3.1. Ucapan Pengerusi
3.2. Pembentangan minit mesyuarat Agung Tahunan kali ke 46 / 2019
3.3. Pembentangan penyata kewangan berakhir 31.12.2019
3.4. Bahas usul (jika ada)
3.5. Hal-hal lain
3.6. Pembubaran & pengumuman Jawatankuasa 2020-2022
3.7. Ucapan penangguhan
Komitmen daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah,
4
AGENDA MESYUARAT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK SERI NASIB BAIK
KALI KE-47, 2020
1. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-46,
2019
2. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada
31 Disember 2019
3. Membahaskan usul
4. Hal-hal lain
5. Pembubaran & pengumuman Jawatankuasa 2020-2022
6. Ucapan penangguhan
*************************************************************************************************
USUL
Usul 1
Pencadang: Zailan Kamal Arifin b. Abbas
Usul: Dapat buat jadual utk ibu bapa secara berkumpulan, menjaga
taman herba di sekolah.
Usul 2
Pencadang: Razinurhisyam bin Muhamad
Usul: Saya mengusulkan agar kita jaga kita dan anak-anak kita serta
keluarga SK Seri Nasib Baik
Usul 3
Pencadang: Mohd Azahar Hj.Ayun
Usul: Mendesak pihak PPD atau komuniti berhampiran supaya
menggantikan jambatan baharu sekolah segera
Usul 4
Pencadang: Mohd Azahar Hj.Ayun
Usul: Membudayakan dan mengamalkan pembacaan Al-quran
terjemahan oleh murid dan semua ahli keluarga sebagai inovasi
baharu bagi warga SKSNB
5
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI NASIB BAIK
KALI KE-46
Tarikh : 17 Mac 2019 ( Ahad )
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka, SK Seri Nasib Baik
Pengerusi : En Khairul Azhar bin Abu Samah
Kehadiran : 30 orang
1. En. Khairul Azhar bin Abu Samah - Yang DiPertua PIBG
2. Pn. Rafiah binti Sibli - Naib Yang DiPertua PIBG
3. En. Mohd Azahar b Hj Ayun - Penasihat PIBG (Guru Besar)
4. Pn. Hajah Intan Sarah binti Ahmad - Setiausaha
5. Cik Siti Maliati binti Kasim - Bendahari
6. Pn. Emiliaton bt Ahmad - Pemeriksa Kira-Kira 1
7. Pn. Siti Zaharah bt Mohd Ali - Pemeriksa Kira-kira 2
8. Pn. Zakiah bt Salleh - AJK Ibubapa
9. Pn. Inasuhada binti Sapri - AJK Ibubapa
10. En Anuar bin Abd Kadir - AJK Ibubapa
11. En Zailan Kamal Arifin bin Abas - AJK Ibubapa
12. En Shaiful Akhyari bin Sarip - AJK Ibubapa
13. Pn Nor Lelinza binti Abd Rasid
14. Pn Khalizah bt Basiran
15. Pn Norita binti Ahmad
16. En Razinurhisyam b Muhamad
17. Pn Salina bt Safari
18. En Kamalruzaman b Atan
19. Pn Salwa bt Safari
20. Pn Norharyani bt Mat Karim
21. Pn Hadijah bt Anuar
22. Pn Supiah bt Parmin
23. Pn Norminaliza bt Alias
24. Pn Asparizah bt Rahman
25. En Abd Hair b Bidin
26. Pn Aziyan bt A Aziz
27. Pn Faridah bt Md Zin
28. En Zakaria b Muhamad
29. Pn Siti Norhamizah bt Moh Hamim
30. En Mohamad Azar b Aziz (Penghulu Mukim 7 Tg Sembrong)
1 UCAPAN PENASIHAT PIBG (EN MOHD AZAHAR B HJ AYUN – GURU BESAR)
1.1 Guru Besar melahirkan rasa syukur kerana aktiviti pemuafakatan antara
ibubapa dan guru serta komuniti masih diteruskan.
1.2 Beliau mengajak semua agar sama berusaha dan memikirkan langkah
untuk menambah enrolmen murid.
1.3 Beliau menyatakan SK Seri Nasib Baik punyai sejarah pencapaian yang
cantik. Justeru sangat berterima kasih kepada semua komuniti, YDP PIBG dan
barisan AJK yang komited.
1.4 PIBG tidak boleh dipisahkan dengan sekolah. Oleh yang demikian, PIBG
diharapkan dapat melapangkan masa untuk melancarkan program sekolah kerana
6
penglibatan ibubapa sangat penting bagi mengelakkan anak berkeliaran di
samping menerapkan disiplin pada anak-anak.
1.5 Beliau berasa bangga dengan tahap kelulusan UPSR 2018 yang sangat
berkualiti.
1.6 Guru Besar mengulas tayangan video pencapaian sekolah yang
memberangsangkan. Beliau berharap komitmen bertambah erat, kehadiran juga
bertambah ramai.
2 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (EN. KHAIRUL AZHAR BIN ABU SAMAH)
2.1 Yang DiPertua PIBG memanjatkan kesyukuran kerana diberi kesihatan
yang baik untuk menjalankan Mesyuarat Agung PIBG kali ini.
2.2 Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua. Kehadiran VIP
juga memberi semangat kepada AJK dan ibubapa.
2.3 Ahli PIBG tidak ramai namun beliau berharap sekolah kekal beroperasi,
tidak ditutup. Beliau turut berpuashati dengan suasana pembelajaran dan aktiviti
kokurikulum. Beliau berbangga dengan prestasi akademik sekolah yang baik iaitu
100% lulus sejak 2015.
2.4 Beliau mengucapkan terima kasih kepada tetamu khas yang sudi hadir
dan memberi sumbangan kepada sekolah. Sumbangan sebanyak RM5000 telah
diterima pada 2018 dan PIBG memohon sumbangan pada 2019 untuk tujuan
lawatan ke Nashrul Quran dan pejabat wakil rakyat di Putrajaya.
3 UCAPAN PERASMIAN (EN ADZLAN BIN HJ RAJU)
- wakil rasmi YB Datuk Dr Shahruddin b Md Salleh
3.1 En Adzlan menyampaikan salam takzim daripada YB Datuk Dr
Shahruddin.
3.2 Beliau menyatakan adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk hadir
Mesyuarat Agung PIBG.
3.3 Beliau memaklumkan bahawa di peringkat Parlimen, pendidikan sangat
diambil berat. Peruntukan yang besar dikhususkan untuk pendidikan.
3.4 Beliau mengucapkan tahniah kepada Guru Besar yang proaktif dan YDP
pula ada tokoh menjadi pemimpin.
3.5 Beliau menyatakan anak-anak SK Seri Nasib Baik menunjukkan kualiti.
Ini mencerminkan ibubapa mengambilberat pemakanan anak.
3.6 Beliau berharap sumbangan yang disalurkan dapat memberi semangat
untuk meneruskan aktiviti. Sumbangan bernilai RM5000 akan diberi yang mana
sebahagian dalam bentuk tunai dan sebahagian dalam bentuk peralatan kepada
PIBG. PIBG juga dipelawa untuk mengajukan surat memohon sumbangan untuk
program sekolah.
3.7 Beliau berharap SK Seri Nasib Baik dapat mengekalkan kelulusan 100%.
3.8 Beliau menggalakkan ibubapa berkempen untuk menghantar anak ke SK
Seri Nasib Baik. Ibubapa juga digalakkan menjamu makanan kepada anak-anak
SK Seri Nasib Baik secara bergilir untuk menunjukkan nilai kasih sayang dan bina
akhlak mulia. Beliau menasihatkan ibubapa agar mengurangkan keinginan anak
sebaliknya mengutamakan keperluan dan tidak memandang material supaya satu
hari nanti menjadi pemimpin yang sayangi rakyat.
4 MEMBENTANG & MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE – 45
4.1 Pn Hajah Intan Sarah selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 45.
7
4.2 Pn Zakiah bt Salleh mencadangkan agar minit mesyuarat agung tersebut
diterima dan disahkan. Cadangan tersebut disokong oleh En Zailan.
5 MEMBENTANG & MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR
PADA 31 DISEMBER 2018
5.1 Cik Siti Maliati bt Kasim selaku Bendahari membentangkan Penyata
Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2018.
5.2 Pn Inasuhada bt Sapri mencadangkan agar penyata kewangan tersebut
diterima dan disahkan. Pengesahan tersebut disokong oleh Pn Zakiah bt Salleh.
6 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada
7 PEMBENTANGAN USUL
7.1 Usul 1 ( Cik Siti Maliati bt Kasim )
# Menutup, memindah dan mengaktifkan akaun simpanan Bank Rakyat murid
Cikgu Siti Maliati mencadangkan ibubapa menutup akaun simpanan anak di Bank
Rakyat cawangan Yong Peng kemudian membuka akaun baharu serta
mengaktifkan akaun simpanan anak di Bank Rakyat cawangan Parit Raja. Ini
kerana alamat penyimpan berdekatan dengan cawangan Parit Raja dan
memudahkan urusan simpanan kelak.
Cadangan disokong sebulat suara.
7.2 Usul 2 ( Cik Siti Maliati bt Kasim )
# Menutup akaun semasa PIBG dan memindahkan ke akaun baharu
Cikgu Siti Maliati mencadangkan akaun semasa PIBG di CIMB cawangan Bukit
Pasir ditutup dan membuka akaun baharu di Bank Rakyat cawangan Parit Raja.
Dengan inisiatif ini, urusan bendahari akan lebih mudah dan menjimatkan masa
serta layak mendapat insentif dari pihak Bank Rakyat.
Cadangan disokong sebulat suara.
7.3 Usul 3 ( En Khairul Azhar b Abu Samah )
# Menaikkan yuran tahunan PIBG kepada RM50
En Khairul Azhar selaku YDP PIBG mencadangkan yuran tahunan PIBG dinaikkan
dari RM20 kepada RM50.
Cik Siti Maliati memaklumkan situasi sebelum ini di mana yuran tahunan RM20
ditambah dengan dana RM3/sebulan x 12 bulan menjadi jumlah RM56 setahun.
Cik Siti Maliati menjelaskan jika setuju yuran tahunan RM50 dan yuran bulanan
RM36, jumlah bayaran menjadi RM86.
Pn Hadijah bt Anuar mencadangkan yuran tahunan PIBG digenapkan kepada
RM80 dan YDP PIBG memberi kelonggaran yuran boleh dijelaskan dengan 4 kali
bayaran dalam tempoh setahun.
Cadangan disokong sebulat suara.
8
8 HAL-HAL LAIN
8.1 Cikgu Siti Maliati bt Kasim (GPK Pentadbiran)
Cikgu Siti Maliati memohon kerjasama ibubapa memastikan anak membawa buku
mengikut jadual waktu dan peralatan ke sekolah mesti cukup.
Beliau memaklumkan buku rekod kawalan kelas dianggap laporan disiplin anak
dan ibubapa boleh dipanggil sekiranya keadaan memerlukan.
Cikgu Razinurhisyam selaku guru koperasi sekolah disarankan menjual pensel 2B.
8.2 Cikgu Emiliaton bt Ahmad
Cikgu Emiliaton menggalakkan ibubapa mempraktikkan MBMMBI di rumah
dengan cara membiasakan dengan ‘simple instructions’ dan memberi keyakinan
kepada anak untuk bertutur menggunakan bahasa Inggeris.
9 UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 En Mohd Azahar b Hj Ayun (Guru Besar)
Beliau mengingatkan peranan ibubapa agar sentiasa memberi fokus, kerjasama
dan terus perihatin. Ibubapa perlu melihat beg sekolah anak dan menyemak buku
anak serta mengawal pergerakan anak. Ibubapa perlu tekankan disiplin kepada
anak mereka.
9.2 En Khairul Azhar b Abu Samah (YDP PIBG)
Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK yang membuat persiapan
Mesyuarat Agung PIBG kali ini dan berterima kasih kepada ibubapa yang
melapangkan masa hadir bermesyuarat. Beliau juga berterima kasih kepada
sukarelawan.
Beliau mahukan setiap kejayaan itu adalah atas usaha semua dan berharap
momentum kejayaan dikekalkan.
Mesyuarat Agung ditangguhkan pada jam 12.25 tengahari.
9
PENYATA
KEWANGAN
PIBG SKSNB
BERAKHIR
31 DISEMBER 2020
10
1
1
AKTIVITI PIBG 2019 - 2020
BIL AKTIVITI PESERTA TARIKH
1 PROGRAM BUBUR LAMBUK & Ibu bapa, guru 23.5.2019
KHATAM AL-QURAN dan murid
HARI TERBUKA / SAMBUTAN HARI Guru, ibu bapa 3.7.2019
2 RAYA AIDILFITRI / PROGRAM dan murid
SILANG BUDAYA
3 LDP ALUMNI BERSAMA BANK Semua ahli 10.10.2019
RAKYAT PIBG
4 KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN Guru, ibu bapa 7.11.2019
dan murid
5 HARI ANUGERAH KEMENJADIAN & Guru, ibu bapa 20.11.2019
KECEMERLANGAN MURID dan murid 22.1.2019
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & Guru, ibu bapa
6 MAJLIS PERPISAHAN CIKGU & murid
KAMALRUZAMAN
12
ANUGERAH KEPADA SEKOLAH
( 2015 - 2019 )
TAHUN SENARAI ANUGERAH
2015 UPSR
1. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI
SEKOLAH KEBANGSAAN GRED PURATA
SEKOLAH TERBAIK
(CALON 1 - 25 ORANG)
2. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI
SEKOLAH MENCAPAI LULUS 100%
3. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI
SEKOLAH CEMERLANG MENCAPAI ETR
2016 UPSR
1. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI
SEKOLAH KEBANGSAAN GRED PURATA
SEKOLAH TERBAIK
(CALON 1 – 24 ORANG)
2017 NEW DEAL
2018
1. PENERIMA ANUGERAH TAWARAN BAHARU
PENGETUA DAN GURU BESAR TAHUN 2015
UPSR
1. ANUGERAH KELULUSAN 100% SK
UPSR
1. ANUGERAH KELULUSAN 100% SK
2. ANUGERAH GPS TERBAIK (1.94)
3. SK TERBAIK DAERAH
2019 1. AUDIT KEWANGAN SEKOLAH CEMERLANG
13
SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH
BIL NAMA JAWATAN GRED
DG34
1 EN MOHD AZAHAR BIN HJ AYUN GURU BESAR DG41
DG44
2 CIK SITI MALIATI BT KASIM GPK PENTADBIRAN DG32
(LD) DG44
3 PN NOR LELINZA BT ABD RASID GPK HEM
(LD)
4 EN RAZINURHISYAM BIN MUHAMAD GPK KOKU
(LD)
5 PN SUPIAH BT PARMIN GPAI
6 PN EMILIATON BT AHMAD GAB DG44
7 PN INTAN SARAH BT AHMAD GPRA DG44
8 EN NIK BAHARUDIN BIN KAMDANI GAB DG32
1 * PN AZIYAN BINTI A AZIZ PT N19
2 * PN JURIAH BINTI MOHD SADIKIN PPM N19
1 EN MOH HAMIM BIN AHMAD
2 PN RAFEAH BINTI ABD RAHIM PENGAWAL
1 PN FARIDAH BINTI MD ZIN KESELAMATAN
2 EN ZAKARIA BIN MUHAMAD
PENGAWAL
KESELAMATAN
KAKITANGAN
KEBERSIHAN
KAKITANGAN
KEBERSIHAN
*AKP
14
SENARAI NAMA MURID
BIL NAMA KELAS
1 HANI NUR SHAFIZA BINTI SHAIFUL AKHYARI 2 BESTARI
2 UMMI MARYAM SUFYAH BINTI MOHD HAIROL RIZUAN 2 BESTARI
3 MUHAMMAD HAIRUL MAHDI BIN MOHD HAIRUL RIZUAN 3 CEMERLANG
4 NUR RAUDAH BINTI ZAILAN KAMAL ARIFIN 3 CEMERLANG
5 NUR SYAFIKAH SYAZWANI BINTI MOHAMAD HASRUL 3 CEMERLANG
6 YULIANA BINTI MOHAMAD NOOR 3 CEMERLANG
7 AHMAD RASHDAN BIN AHMAD SAMSUDIN 4 DEDIKASI
8 MOHAMAD AMIRUL ASHRAF BIN RAJA ZAID 4 DEDIKASI
9 DAMIAN HAIKAL BIN ABDULLAH 5 EFEKTIF
10 HAFIZ IZZUDDIN BIN SHAIFUL AKHYARI 5 EFEKTIF
11 MUHAMMAD FITRI SHAH BIN MOHAMMAD HASRUL 5 EFEKTIF
12 MUHAMMAD DANIEL ASHRAF BIN SRIPUDIN 6 FLEKSIBEL
13 NOR AQILAH QISTINA BINTI AHMAD SAMSUDIN 6 FLEKSIBEL
14 NURUL NAYLI NAQILA BINTI ABD RASHED 6 FLEKSIBEL
15 UMMI FATIMAH BINTI IBRAHIM SERI LANANG 6 FLEKSIBEL
16 UMMI FATIMAH AZZAHRAH BINTI MOHD HAIROL RIZUAN
17 MUHAMMAD NUR RAHMAN BIN ABD MAJID PRASEKOLAH
18 HARDY RIZQIN BIN SHAARI (6 tahun)
19 HARIZ RIZQIN BIN SHAARI
PRASEKOLAH
(5 tahun)
PRASEKOLAH
(5 tahun)
PRASEKOLAH
(5 tahun)
15
SENARAI NAMA IBU BAPA / PENJAGA
BIL NAMA
1 EN SRIPUDIN BIN HASHIM
2 PN SALINA BINTI SAFARI
3 EN AHMAD SAMSUDIN BIN HASHIM
4 PN NORITA BINTI AHMAD
5 EN ABD RASHED BIN MASRAN
6 PN RAFIAH BINTI SIBLI
7 EN IBRAHIM SERI LANANG BIN ABDUL RAHMAN
8 PN HADIJAH BINTI ANUAR
9 EN SHAIFUL AKHYARI BIN SARIP
10 PN KHALIZAH BINTI BASIRAN
11 EN MISZAIDI BIN SAREVAN
12 PN NORHARYANTI BINTI MD KARIM
13 EN MOHAMMAD HASROL BIN MURIBIN
14 PN SALWA BINTI SAFARI
15 PN INASOHADA BINTI SAPRI
16 EN MOHD HAIROL RIZUAN BIN RAMLI
17 EN RAMLI BIN PATAH
18 EN ZAILAN KAMAL ARIFIN BIN ABAS
19 PN ASPARIZAH BINTI ABD RAHMAN
20 EN MOHAMAD NOOR BIN HAMZAH
21 PN MILDAH BINTI NOKMAN
SENARAI NAMA SUKARELAWAN
BIL NAMA
1 EN KHAIRUL AZHAR BIN ABU SAMAH
2 PN SITI ZAHARAH BINTI ALI
3 PN ZAKIAH BINTI SALEH
16