SGDU 6043
LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT
PORTFOLIO
TAJUK:
PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT
&
PENGURUSAN RISIKO
PENSYARAH:
DR KHALIZA SAIDIN
DISEDIAKAN OLEH:
ANUAR BIN ABDULLAH
(828544)
KANDUNGAN
BAHAGIAN A
1.0 PENGENALAN
2.0 DEFINISI / KONSEP SEKOLAH SELAMAT
3.0 CIRI-CIRI SEKOLAH SELAMAT
4.0 DEFINISI / KONSEP PENGURUSAN RISIKO
5.0 CIRI-CIRI PENGURUSAN RISIKO
BAHAGAIAN B
6.0 SENARAI RISIKO
7.0 LOKASI SEKOLAH / ORGANISASI
8.0 RISIKO YANG ADA DI SEKOLAH
9.0 RUMUSAN
10.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Pengurusan Sekolah Selamat dan Pengurusan Risiko merupakan dua
elemen penting untuk memastikan sesebuah sekolah sentiasa berada
dalam keadaan kondusif dan aman kepada semua warga sekolah.
Media massa sering mendedahkan berita kejadian berkait dengan
keadaan keselamatan di sekolah seperti syiling dewan dan kelas
runtuh, tiang gol menimpa pelajar, murid terjatuh dalam lubang
kumbahan, tersepit dalam besi longkang dan sebagainya. Menurut
pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep “Sekolah Selamat”
bukan sekadar merujuk kepada masalah disiplin pelajar semata-mata
tetapi perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan
kemudahan sekolah.
Iklim pendidikan yang rencam memerlukan satu kaedah, strategi dan
program kesedaran berkaitan pengurusan sekolah selamat dan
pengurusan risiko di sekolah untuk mempertingkatkan keselamatan
dan kecemerlangan pelajar dan guru. Semua pihak termasuk ibu bapa
dan komuniti setempat bertanggungjawab memainkan peranan masing-
masing untuk mewujudkan dan melaksanakan polisi sekolah selamat.
Selain daripada itu, sekolah juga berhadapan dengan risiko yang
tidak dijangka seperti bencana alam, isu kesihatan dan lain-lain.
Sebagai contoh isu bencana alam seperti risiko banjir di sekolah
sering dihadapi kebanyakan sekolah di negeri-negeri Pantai Timur
seperti Negeri Kelantan. Selain sekolah sendiri yang mengalami
banjir, terdapat juga sekolah yang dijadikan sebagai Pusat
Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir yang
melibatkan masyarakat setempat. Manakala risiko isu kesihatan
seperti musibah yang kita sedang hadapi kini ancaman kesihatan
global iaitu Pandemik Covid-19. Isu kesihatan global ini telah
membantutkan banyak perancangan asal untuk kemajuan dan
kecemerlangan sekolah. Kesan risiko ini menyebabkan segala
perancangan perlu dinilai semula oleh pihak sekolah selaras
dengan prosedur dan arahan daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa.
2.0 DEFINISI DAN KONSEP SEKOLAH SELAMAT
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program
Sekolah Selamat pada tahun 2002 menerusi Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 4/2002 yang bertujuan untuk mewujudkan
persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa
selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari
mana-mana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam.
Aspirasi Sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di
mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan
dihargai oleh semua pihak, di samping amalan menjaga
keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.
Sekolah selamat merujuk kepada persekitaran sekolah yang
aman, tenteram dan tenang dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif untuk memenuhi aspirasi
pendidikan kebangsaan yang mengangkat visi dan misi
mencapai keseimbangan jati diri pelajar dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Menurut Stephens (1996) dalam mendefinisikan sekolah selamat
ialah tempat pelajar-pelajar dan guru-guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan selesa tanpa rasa takut
dan bimbang akan keselamatan diri masing-masing. Young,
(1999) berpandangan sekolah yang selamat akan mewujudkan
suasana dan persekitaran yang ramah mesra, saling memberikan
sokongan dan galakan serta wujudnya garis panduan yang jelas
dan adil secara berterusan.
Manakala menurut laman web National Center on Safe
Supportive Learning Environments berpengkalan di Amerika
Syarikat bahawa Sekolah Selamat ditakrifkan sebagai sekolah
dan aktiviti berkaitan sekolah yang mana pelajar selamat
daripada keganasan, buli, gangguan dan penggunaan bahan
terlarang. Ia juga merujuk kepada perlindungan pelajar daripada
keganasan, pendedahan kepada senjata dan ancaman, kecurian,
buli, dan penjualan atau penggunaan bahan haram di kawasan
sekolah. Sekolah yang selamat dari segi emosi dan fizikal akan
meningkatkan prestasi akademik pelajar.
School Guide for State of California dalam artikelnya "The Safe
School Challenge" mentakrifkan sekolah yang selamat sebagai
tempat yang aman di mana pelajar- pelajar dan guru bebas untuk
belajar dan mengajar tanpa sebarang ancaman fizikal dan
psikologikal.
The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996)
pula menjelaskan sekolah selamat mempunyai beberapa elemen
penting seperti berikut:
i) iklim pembelajaran yang selamat dan tingkah laku pelajar yang
sihat
ii) focus akademik yang kukuh
iii) sentiasa menyokong pelajar mencapai tahap pencapaian yang
tinggi
iv) mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar
v) penglibatan ibu bapa dan komuniti kea rah yang lebih bermakna.
Seterusnya Shamsiah, Shahrulbanun dan Azaiah, (2005)
berpendapat bahawa sekolah yang selamat ialah sekolah yang
sentiasa berusaha memastikan semua warganya selamat daripada
segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi dan
psikologikal yang dapat mengganggu keberkesanan proses
pendidikan di sekolah.
Kementerian Pendididkan Malaysia menerusi Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 6/2000 menerangkan sekolah yang selamat ialah
“Sekolah yang sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden
yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa,
penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan
diri dalam kegiatan gangster”.
Kesimpulannya kejayaan pelaksanaan program sekolah selamat
memerlukan komitmen semua pihak untuk menjayakannya di
sesebuah sekolah termasuk pelajar, guru-guru, kakitangan sekolah,
ibu bapa, komuniti setempat dan pihak yang berurusan dengan
sekolah.
3.0 CIRI-CIRI SEKOLAH SELAMAT
Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang berlangsung di
dalamnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebuah sekolah
mempunyai komponen warganya terdiri daripada pihak pentadbir,
barisan guru-guru, kakitangan sokongan dan murid-murid. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, sekolah ialah tempat untuk belajar dan
mengajar, tempat untuk menerima dan memberi pengajaran. Selamat
pula ialah terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas
daripada bahaya. Sekolah selamat adalah gabungan kalimah yang
membentuk satu tema yang mempunyai ciri-ciri tertentu untuk
membentuk perihal sesebuah sekolah yang dikatakan selamat. Antara
ciri-ciri sekolah selamat mempunyai peraturan seperti berikut:
1) Mempunyai pengawal keselamatan
2) Sekolah dikelilingi pagar
3) Dilengkapi dengan CCTV
4) Mempunyai pemantau / guru bertugas
5) Dilengkapi dengan peralatan kecemasan seperti pemadam api dan
pili bomba
6) Ada pelan kecemasan
7) Persekitaran yang tidak mengalami sebarang gangguan
8) Tingkahlaku pelajarnya dapat dijangkakan dengan jelas
9) Dasar disiplin adalah konsisten dan ditadbirkan dengan adil
10) Pelajar mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap sekolah
11) Tingkah laku yang positif mendapat sokongan dan pengiktirafan
pihak sekolah
12) Prosedur-prosedur tentang keselamatan sekolah adalah proaktif.
3.1 Mempunyai pengawal keselamatan
Pengawal keselamatan yang mencukupi dan menjalankan tugas
dengan cekap dan berkesan adalah ciri utama dalam mewujudkan
sekolah selamat. Ancaman dan pencerobohan daripada pihak luar dan
anasir yang tidak baik dapat di kekang pada permulaan jalan masuk ke
sesebuah sekolah. Dengan adanya pengawal keselamatan maka para
pengunjung dan pihak luar yang berurusan dengan pihak sekolah
dapat dikenalpasti dan direkodkan kemasukan mereka untuk rujukan
jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Di samping itu,
mereka juga menjaga segala aset kerajaan yang ada di sekolah
sepanjang masa tujuh hari seminggu dan dua puluh empat jam setiap
hari.
3.2 Sekolah dikelilingi pagar
Pagar sekolah yang baik menjadi faktor asas kepada keselamatan
sekolah daripada pencerobohan dan sebagainya. Ia juga berfungsi
untuk menghalang pelajar daripada keluar daripada kawasan sekolah
semasa sesi persekolahan berlangsung. Walaupun terdapat isu pelajar
ponteng kelas dengan melompat pagar ke luar sekolah, namun dengan
adanya pagar sekolah yang elok dan baik tidak membuka ruang
kepada mereka untuk keluar sesuka hati ke kawasan luar yang
mengundang gejala yang buruk seperti merokok dan sebagainya.
3.3 Dilengkapi dengan CCTV
Masa kini CCTV menjadi perkara penting yang banyak membantu tugas
kawalan keselamatan terutama tempat-tempat strategik di kawasan
sekolah seperti pejabat sekolah, makmal komputer, bilik guru dan
asrama pelajar. Dengan adanya CCTV akan dapat membantu pihak
berkuasa polis menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan
seperti jenayah mencuri dan pencerobohan.
3.4 Mempunyai pemantau / guru bertugas
Jadual guru bertugas mingguan dirangka untuk tempoh sepanjang
tahun secara bergilir-gilir untuk memberi tanggungjwab kepada guru
memastikan semua operasi harian sekolah dapat berjalan dengan
lancar. Tambahan pula masa kini setiap sekolah terikat dengan
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat untuk memastikan
kawalan dan pergerakan pelajar mematuhi garis panduan yang
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
3.5 Dilengkapi dengan peralatan kecemasan seperti pemadam api dan
pili bomba
Alat pemadam api (Fire Extinguisher) dan pili bomba hendaklah
sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna. Jadual
penyelenggaraan alatan tersebut mestilah dipatuhi oleh pengurus
sekolah supaya aspek keselamatan terus terpelihara. Sikap prihatin
oleh semua warga sekolah terutama pelajar amatlah dituntut supaya
tidak berlaku vandalisme terhadap alatan tersebut.
3.6 Ada pelan kecemasan
Setiap sekolah perlu menyediakan pelan kecemasan yang lengkap dan
dipamerkan di tempat yang strategik dan mudah dilihat oleh semua
warga sekolah. Informasi berkaitan tempat berkumpul dan jalan untuk
menuju ke tempat tersebut apabila berlaku sesuatu kecemasan
mestilah jelas dan mudah diikuti.
3.7 Persekitaran yang tidak mengalami sebarang gangguan
Persekitaran yang tenang dan tiada sebarang gangguan seperti
pembinaan, kerja-kerja ubahsuai, penyelenggaraan dan lain-lain. Selain
itu, gangguan berbentuk bunyi bising juga akan mengganggu
ketenteraman warga sekolah.
3.8 Tingkahlaku pelajarnya dapat dijangkakan dengan jelas
Tingkahlaku pelajar yang baik akan mewujudkan suasana yang aman
dan tenteram. Manakala tingkahlaku pelajar yang agresif dan nakal akan
mewujudkan suasana yang sebaliknya. Pentadbir hendaklah peka
dengan setiap perubahan tingkahlaku pelajarnya yang agresif agar dapat
menghalang sesuatu yang buruk berlaku.
3.9 Dasar disiplin adalah konsisten dan ditadbirkan dengan adil
Dasar disiplin yang tegas dan jelas mestilah sentiasa dipatuhi oleh
pentadbir sekolah supaya keadilan dapat ditegakkan. Ini akan
memberikan keyakinan dan semangat tinggi kepada pelajar dalam
mematuhi peraturan dan disiplin sekolah sepanjang masa.
3.10 Pelajar mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap sekolah
Pemupukan sifat dan sikap sayang terhadap sekolah oleh semua pelajar
akan mengelakkan gejala vandalisme dan kemusnahan harta benda
berlaku. Pelajar akan terus memelihara keindahan dan keceriaan
kawasan sekolah kerana mempunyai sifat kepunyaan terhadap sekolah.
3.11 Tingkah laku yang positif mendapat sokongan dan pengiktirafan
pihak sekolah
Pelajar yang melakukan amalan baik perlu diberikan pengiktirafan seperti
direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan dikurniakan sijil
penghargaan oleh pihak sekolah. Galakan berterusan untuk melakukan
amalan baik sentiasa diwar-warkan agar pelajar mencapai status sahsiah
terpuji.
3.12 Prosedur-prosedur tentang keselamatan sekolah adalah proaktif.
Prosedur berkaitan keselamatan hendaklah dipamerkan kepada pelajar
untuk panduan dan rujukan supaya aspek keselamatan sentiasa
terpelihara seperti peraturan padang permainan, bilik makmal sains,
pusat sumber, makmal komputer dan lain-lain.
SSEEKKOOLLAAHH
SSEELLAAMMAATT
4.0 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN RISIKO
Pada masa ini seluruh dunia digemparkan dengan wabak
penyakit Pandemik Covid-19. Darurat kesihatan ini melanda
seluruh dunia tidak terkecuali negara Malaysia. Kesan kepada
ancaman penyakit ini menyebabkan seluruh negara menutup
sempadan negara masing-masing. Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara sebagai
usaha mengekang daripada merebaknya penyakit tersebut.
Semua aktiviti masyarakat dihentikan termasuk sektor
pendidikan kecuali perkhidmatan keperluan (essential
services). Semua sekolah ditutup dan pengajaran dalam talian
iaitu pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR)
diperkenalkan. Konsep Bekerja Dari Rumah (BDR)
diperluaskan kepada semua sektor sebagai usaha kerajaan
untuk memutuskan rantaian Covid-19. Ia adalah perkara yang
langsung tidak dijangka telah berlaku kepada seluruh dunia
dan meragut kebebasan seluruh masyarakat dalam semua
aktiviti termasuk aktiviti sosial. Hikmah daripada peristiwa ini
telah membuka mata semua pihak agar sentiasa bersedia
dengan sebarang kemungkinan dan pengurusan risiko yang
cekap dan berkesan supaya impaknya dapat diminimakan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, risiko ditakrifkan
sebagai kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian.
Manakala menurut Hillson (2016) risiko adalah ketidakpastian
yang jika berlaku akan memberi kesan terhadap pencapaian
objektif. Seterusnya kesan risiko tersebut akan membentuk
ancaman jika terjadi kesan negatif dan sebagai peluang bila
berlaku kesan posotif.
Risiko adalah punca utama ketidakpastian dalam organisasi
yang mengakibatkan berlaku kerosakan, kecederaan,
kerugian dalam perancangan awal. KPM telah melancarkan
visi dan misi untuk pencapaian indeks kualiti perkhidmatan
iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara
Sejahtera”. Visi ini dapat dicapai jika sekiranya risiko dapat
diuruskan dengan cekap secara bersepadu melalui aktiviti
mengenal pasti, menganalisis, menilai dan merawat risiko.
Justeru pihak KPM mesti memastikan asas kepada matlamat
guru mengajar dan murid belajar direalisasikan agar misi dan
visi tercapai.
Hitesh. B. (2019) berpendapat bahawa pengurusan risiko ialah
satu proses mengenalpasti, menganalisis dan menilai apa-apa
risiko yang boleh memberi ancaman atau kerugian kepada
sesebuah organisasi. Ini bermaksud pengurusan risiko akan
menganalisis setiap apa yang berlaku untuk menilai keadaan
samada memberi kesan dari sudut negatif atau positif.
Kesimpulannya aspek pengurusan risiko amat penting dalam
sesebuah organisasi sebagai persediaan awal terhadap apa-
apa jangkaan dan kemungkinan. Barisan pentadbir dapat
membuat jangkaan dengan suasana yang ada dan seterusnya
dapat mengambil langka-langkah sepatutnya untuk mengatasi
sesuatu masalah.
5.0 CIRI-CIRI PENGURUSAN RISIKO
Pengurusan risiko bertujuan untuk meminimakan impak apabila berlaku
sesuatu yang tidak diingini. Antara ciri-ciri pengurusan risiko ialah:
1) Mengenalpasti ketidakpastian yang perlu diurus.
2) Pemantauan yang berterusan
3) Penilaian tahap risiko yang berlaku
4) Langkah pencegahan yang terbaik
Menurut Nik Sasliza Nik Saberi. (2020) dalam pengurusan risiko perlu
ada teori pengurusan risiko yang dapat dijadikan panduan untuk pihak
pentadbir organisasi mengurus risiko. Antara teori pengurusan risiko
ialah teori pengurusan saintifik Winslow Taylor. Menurut Winslow
Taylor terdapat lima prinsip pengurusan saintifik yang berkaitan
dengan pengurusan risiko:
1) Penentuan pergerakan
2) Pengkhususan kerja
3) Perancangan dan penjadualan yang rapi
4) Pemilihan dan pengambilan kakitangan yang rapi
5) Insentif upah
Berdasarkan lima prinsip berikut, tiga prinsip telah dikenalpasti paling
berkesan dalam pengurusan risiko sperti berikut:
a) Penentuan pergerakan.
Guru perlu membina matlamat sesuatu aktiviti Bersama pelajar
dilaksanakan. Apabila ada matlamat yang jelas maka pengurusanya
akan lebih teratur. Sebagai contoh jika membawa pelajar memasuki
pertandingan di luar kawasan sekolah, maka semua prosedur perlu
dipatuhi seperti kebenaran ibu bapa pelajar, jadual pergerakan,
kelulusan daripada pihak atasan dan sebaginya. Jika semua angkah
perlu telah diambil maka risiko yang aan datang jika berlaku dapat
diminimakan impak buruknya terhadap guru.
b) Pengkhususan kerja
Menjelaskan aturan kerja yang perlu diikuti oleh guru dalam
melaksanakan sesuatu aktiviti dengan skop kerja sebelum, semasa
dan selepas sesuati aktiviti dilaksanakn. Guru perlu melantik AJK
kerja untuk menyelaraskan tugasan supaya semua pihak memainkan
peranan untuk keselamatan dan menghindari sebarang risiko
mendatang. Sebagai contoh jika kita ingin mengadakan aktiviti
perkhemahan bersama pelajar maka aturan kerja berkaitan mestilah
diikuti dengan teliti samada sebelum perkhemahan berlangsung,
semasa aktiviti berjalan dan selepas selesai semua program
tersebut. Aktiviti ini amat berisiko terutama jika diadakan di dalam
hutan atau di tepi sungai. Semua aspek keselamatan dan jangkaan
risiko mestilah dibuat dengan teliti dan seterusnya Langkah-langkah
menegah sebarang risiko berlaku diambil cakna oleh semua
jawatankuasa yang dilantik.
c) Perancangan dan penjadualan yang rapi
Prinsip ini memerlukan guru merangka jadual penyusunan gerak
kerja dalam merancang proses penglibatan gur dalam aktiviti di luar
sekolah tersebut. Perangcangan melibatkan pengangkutan,
kewangan, makan minum dan sebagainya. Perancangan dan
pelaksanaan yang teliti amat penting supaya dapat mengelakkan
sebarang perkara yang boleh dipersalahkan terhadap guru jika
berlaku sesuatu yang tidak diingini.
6.0 SENARAI RISIKO DI SEKOLAH
Sekolah merupakan tempat yang selamat untuk belajar dan
melakukan aktiviti berkaitan pembelajaran. Walau
bagaimanapun sejak akhir-akhir ini media sering memaparkan
laporan terdapat kes kemalangan yang berlaku di sekolah
melibatkan risiko kecederaan dan maut seperti pelajar maut
ditimpa tiang gol, jatuh dalam lubang kumbahan, tersepit dalam
besi longkang dan sebagainya. Pada pemerhatian di premis
sekolah saya, terdapat beberapa faktor yang boleh mengundang
risiko bahaya kepada pelajar khususnya dan warga sekolah
amnya. Antara risiko-risiko tersebut ialah:
6.1 Kejadian banjir melanda kawasan yang rendah seperti
kawasan asrama
6.2 Pagar sekolah yang rendah membuka ruang pelajar lompat
pagar
6.3 Tiada padang sekolah untuk pelajar mengadakan aktiviti
sukan dan pendidikan jasmani.
6.4 Ancaman binatang berbisa seperti ular, lipan, kala jengking.
6.5 Pintu masuk utama sekolah adalah tepi jalanraya utama
yang sibuk
6.6 Penularan kes Covid-19 di asrama dan sekolah
6.7 Tingkap cermin dalam kelas yang pecah dan lompong
6.8 Longkang yang dalam tidak bertutup
6.9 Dinding pagar sekolah hampir roboh
6.10 Lopak air bertakung di pintu pagar kedua
6.11 Lubang tanah mendap
RISIKO
Banjir di kawasan
rendah
Pagar rendah;
pelajar lompat
Binatang berbisa;
lipan,ular,kala jengking
Dinding pagar
retak
RISIKO
Pagar Utama tepi
jalan besar yang sibuk
Lopak air bertakung
depan pagar kedua
Perabut rosak/besi karat
yang tidak tersusun
Lubang tanah
mendap
7.0 LOKASI SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER LANAS
KM 40 JALAN JELI TANAH MERAH
17700 AYER LANAS, JELI
KELANTAN DARUL NAIM
KOD SEKOLAH : DEA9001
NO. TELEFON : 09-9468234
NO. FAX : 09-9468754
8.0 LAPORAN RISIKO DI SEKOLAH
8.1 KEJADIAN BANJIR DI SEKOLAH
Kejadian banjir besar yang berlaku di kawasan Ayer Lanas pada 18
Disember 2019 telah menenggelamkan sebahagian besar Asrama dan
Surau SMK Ayer Lanas. Kedudukan surau dan asrama sekolah yang
berada di kawasan yang rendah telah ditenggelami air banjir daripada
tiga batang sungai yang mengelilingi kawasan sekolah. Pada kejadian
tersebut, kawasan sekitar sekolah dipenuhi air banjir yang menyebabkan
masyarakat sekitar terkepung. Sekolah ini telah dijadikan sebagai Pusat
Pemindahan Sementara (PPS) kepada mangsa banjir.
Kesan daripada banjir, banyak peralatan komputer yang berada di tingkat
bawah asrama yang menempatkan pejabat asrama dan bilik fail musnah.
Perabut, loker dan katil pelajar di asrama tingkat bawah juga musnah
dalam kejadian banjir ini. Begitu juga dengan surau sekolah yang
tenggelam semua ruang solat dan rak kitab al-Quran banyak yang
musnah. Dianggarkan banjir yang berlaku pada masa itu sangat tinggi
lebih daripada enam kaki. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan
kerana semua pelajar asrama telah pulang ke rumah bercuti panjang.
Kejadian banjir adalah risiko yang perlu difikirkan oleh pihak sekolah
supaya impaknya dapat diminimakan. Kemusnahan peralatan komputer,
fail-fail, buku-buku, kitab al-Quran, perabot asrama dan sebagainya
memberi peringatan kepada pihak sekolah untuk memikirkan kaedah
tempat penyimpanan yang betul. Kesan daripada peristiwa ini, pihak
sekolah telah memindahkan bilik pejabat asrama yang ada peralatan
penting seperti set komputer, fail-fail dan lain-lain ke tempat yang tinggi.
Satu laporan lengkap telah dibuat kepada pihak Pejabat Pendidikan
Daerah Jeli (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN)
berkaitan kejadian banjir dan anggaran kerugian yang ditanggung.
Terdapat beberapa pegawai dari PPD dan JPN telah hadir untuk membuat
penilaian kerugian peralatan yang rosak dan musnah.
Adalah dicadangkan pada masa akan datang bagi mengelakkan berulang
kejadian air banjir melimpah ke kawasan asrama ialah dengan membina
benteng konkrit di tepi kawasan asrama yang berhampiran dengan anak
sungai. Ini dapat mengelakkan kesan tenggelam yang dalam supaya
kerugian yang ditanggung dapat diminimakan.
KEJADIAN BANJIR 18.12.2019
8.2 PINTU PAGAR UTAMA BERHAMPIRAN LEBUHRAYA BESAR
Kedudukan pintu pagar utama sekolah ini adalah ditepi lebuhraya
utama Jalan Jeli Tanah Merah. Setiap awal pagi jalan ini sangat sibuk
dengan semua jenis kenderaan samada kenderaan ringan atau berat.
Pintu masuk sekolah adalah berkedudukan di tepi selekoh lebuhraya
yang mana kenderaan sering di pandu dengan laju di kawasan ini.
Terdapat ibu bapa pelajar yang menghantar anak mereka
menggunakan pintu pagar utama ini. Keadaaan ini mengundang
bahaya yang sangat tinggi kepada pelajar kerana pintu pagar utama
ini juga adalah pintu masuk kenderaan guru-guru yang hadir ke
sekolah setiap hari. Arahan pihak sekolah adalah semua pelajar
masuk ke kawasan sekolah menggunakan pintu pagar kedua yang
berada di bahagian belakang sekolah. Ini adalah kaedah yang
ditetapkan pihak sekolah untuk mengelakkan berlaku kesesakan di
pintu pagar utama sekolah.
Berdasarkan perbualan dengan pengawal keselamatan sekolah,
kejadian kemalangan amat jarang berlaku di kawasan ini melibatkan
pelajar kerana majoriti ibu bapa dan pelajar mematuhi arahan pihak
sekolah supaya menggunakan pintu pagar kedua di belakang sekolah
untuk masuk ke kawasan sekolah. Namun terdapat juga kemalangan
melibatkan orang awam yang membuat pusingan u di hadapan
sekolah atau membelok ke kanan jalan dari pagar utama sekolah.
Pada pandangan saya, untuk mengatasi masalah ini pihak sekolah
perlu membuat perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)
agar dapat mengambil langkah perlu dan segera seperti membuat
garisan belang (zebra) dan meletakkan papan tanda had laju di
hadapan sekolah supaya kenderaan yang lalu dapat memperlahankan
kenderaan mereka apabila melalui hadapan sekolah. Tindakan ini
sangat perlu untuk mengelakkan berlakunya risiko kemalangan yang
berat sehingga melibatkan nyawa. Walaupun belum berlaku
kemalangan maut di hadapan sekolah namun langkah berhati-hati
amat penting dalam pengurusan risiko dan menjamin keselamatan
warga sekolah seluruhnya.
PINTU UTAMA SEKOLAH
BERHAMPIRAN LEBUHRAYA
9.0 RUMUSAN
Pengurusan sekolah selamat dan pengurusan risiko
adalah dua elemen penting yang akan mewujudkan
sebuah sekolah yang kondusif dan berkesan dalam
memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk
merealisasikan sekolah selamat, pelbagai usaha
perlu dilaksanakan secara bersepadu bukan sahaja
oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi
seluruh warga sekolah termasuk guru, ibu bapa,
pelajar, PIBG, pihak berkuasa KPM dan ahli komuniti
termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.
Seterusnya pengurusan risiko yang cekap dan
berkesan akan menyokong pelaksanaan visi dan
misi KPM. Pencapaian visi dan misi ini amat penting
untuk menghasilkan pelajar yang terdidik dan
bersahsiah tinggi supaya dapat menjadi pemimpin
pelapis yang akan mewarisi kepimpinan negara pada
masa akan datang. Oleh itu pentingnya sekolah
selamat dan mengurus risiko dengan baik dapat
meningkatkan pembangunan kapasiti warga
pendidikan.
RUJUKAN
Hillson, D. (2016). The risk management handbook: A practical
guide to managing the multiple dimensions of risk, Kogan Page:
London
Hitesh, B. (2019). What is risk management? Importance of
risk management, available at
https://www.marketing91.com/what-is-risk-manegement/
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 6/2000
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 4/2002
Md.Rahaimi Rashid, Marzita Abu Bakar, Wan Zaliha Othman
& Mahathir Fansuri Azizan. (2020). Kepentingan kemahiran
pengurusan risiko dalam kalangan pemimpin Pendidikan
dan implikasinya kepada pembangunan kapasiti yang
berkesan.
Marina Awang & Norhazwani Suyanto. (2017). Pendekatan
keselamatan dan kesejahteraan pelajar untuk sekolah-
sekolah di Malaysia. Management Research Journal. Vol. 7.
No. 1, 139-153.
National Education Association. (1996). Safe School Manual.
NEA: United States.
Nik Sasliza Nik Saberi & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2020).
Amalan pengurusan risiko: pelibatan dalam Pendidikan luar.
Prosiding seminar nasional FIP. 267-280
Shamsiah Mohd Amin, Shahrulbanun A.Ghani & Azaiah
Ab.Latib. (2005). Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat.
Seminar Pendidikan Fakulti Pendidikan UTM. [15 0kt 2005].