SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER LANAS
17700 AYER LANAS, JELI, KELANTAN
BUKU PERATURAN
SEKOLAH
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
SEKAPUR SIREH
Buku Peraturan sekolah diterbitkan sebagai rujukan kepada guru-guru, para pelajar,
ibu bapa atau penjaga tentang segala peraturan sekolah yang sewajarnya dipatuhi dan
dikuatkuasakan sepanjang masa
Buku ini wajib dibaca dan difahami supaya dapat dijadikan panduan dalam kehidupan
sebagai seorang pelajar di SMK Ayer Lanas. Matlamat sekolah adalah untuk melahirkan
warga pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, berdisiplin, bertanggungjawab dan
berketrampilan dalam mencapai kesejahteraan diri menepati kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Prinsip Rukun Negara.
Disiplin merupakan teras dalam pembentukan jati diri seseorang insan. Disiplin amat
penting dalam semua aspek kehidupan seorang pelajar merangkumi kurikulum dan
kokurikulum. Dalam usaha menjana kecemerlangan, disiplin menjadi pemangkin utama.
Tanpa disiplin, segala apa yang dicita-citakan tidak dapat diterjemahkan menjadi realiti tetapi
akan hanya menjadi impian semata-mata.
Para pelajar mesti memupuk nilai dan sikap positif supaya jati diri yang ampuh dapat
dibina. Pelajar yang berdisiplin berpotensi besar meraih kecemerlangan dalam kehidupan
yang seterusnya menyumbang kepada kegemilangan sekolah, masyarakat, agama dan
Negara.
Peraturan yang terkandung dalam buku ini merupakan ketetapan pihak sekolah yang
sebahagian besarnya berdasarkan peraturan yang diwartakan oleh Unit Hal Ehwal Murid,
Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Kelantan dalam Buku Pengurusan
Disiplin.
Semoga buku ini mampu membantu meningkatkan kefahaman dan pelaksanaan
peraturan dalam kalangan warga sekolah. Mudah-mudahan pada masa yang sama menjadi
wadah membentuk keperibadian mulia dalam kalangan generasi pelajar yang merupakan
pelapis masa depan Negara.
Sekian.
Pengetua,
SMK Ayer Lanas
1
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Tujuan peraturan sekolah ini ditetapkan adalah untuk :
1.1.1 Mewujudkan suasana tenteram, ceria dan harmoni supaya proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) dan aktiviti-aktiviti lain di sekolah dapat dijalankan dengan teratur
tanpa gangguan
1.1.2 Menyemai dan mendidik para pelajar agar mematuhi undang-undang bermula dengan
peraturan-peraturan sekolah seterusnya undang-undang negara serta larangan-larangan
masyarakat dan agama.
1.1.3 Melahirkan kesedaran dan kepekaan individu terhadap tanggungjawab kepada diri sendiri,
sekolah, keluarga, agama, masyarakat dan negara.
1.1.4 Memperkukuh dan memperkasa warga sekolah yang bersatu padu, bertingkahlaku baik dan
berfikiran jauh ke hadapan
1.2 Peraturan ini dikuatkuasakan ke atas semua pelajar SMK Ayer Lanas berkuatkuasa mulai sekolah
dibuka sehingga tamat sesi persekolahan setiap tahun dan digazetkan sebagai Peraturan Sekolah
Menengah Kebangsaan Ayer Lanas
1.3 Semua pelajar wajib memiliki dan membawa buku peraturan ini pada setiap masa. Pelajar yang
kehilangan buku peraturan ini dikehendaki membeli semula di Koperasi Sekolah.
1.4 Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan yang terkandung dalam buku ini akan
dikenakan tindakan disiplin.
1.5 Segala peraturan dalam buku ini boleh ditambah baik, dipinda dan ditambah atau peraturan baru
boleh dimasukkan ke dalamnya dari semasa ke semasa.
2.0 PENGUATKUASA
2.1 Semua Guru dan Pengawas sekolah diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan sekolah.
3.0 KUASA MENGHUKUM
3.1 Pengetua, semua Penolong Kanan dan para Guru yang diberi kuasa oleh Pengetua
4.0 PERATURAN AM
4.1 Semua pelajar wajib mematuhi setiap peraturan sekolah yang terkandung di dalam buku peraturan ini
dan juga peraturan terkini yang dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa.
4.2 Semua pelajar juga wajib mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan,
Jabatan Pendidikan dan mana-mana pihak berwajib yang ada hubungan dengan sekolah.
4.3 Semua pelajar dikehendaki pada setiap masa menghormati guru-guru, kakitangan sekolah,
pengawas, hormati-menghormati sesama sendiri dan tetamu luar yang datang ke sekolah atas
urusan rasmi.
2
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
4.4 Semua pelajar sewajarnya mempraktik dan mengamalkan nilai-nilai akhlak yang baik, bersopan
santun dan berbudi bahasa sepanjang masa.
4.5 Setiap pelajar dikehendaki pada setiap masa dan tempat mengamalkan prinsip-prinsip Rukun
Negara.
4.6 Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan secara yang dapat dianggap sebagai ingkar arahan sekolah,
guru-guru, pengawas dan mana-mana pihak yang diberi kuasa berbuat demikian oleh pengetua.
4.7 Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan atau dianggap sebagai:
4.7.1 mencemarkan nama baik sekolah.
4.7.2 mencemarkan nama baik mana-mana individu
4.7.3 melakukan perbuatan vandalisme atau merosakkan harta benda sekolah atau harta benda
perseorangan.
4.7.4 mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah.
4.7.5 menimbulkan kegelisahan, fitnah, pergaduhan, persengketaan dalam kalangan pelajar dan
kakitangan sekolah.
4.7.6 melakukan perbuatan menghina mana-mana pihak.
4.7.7 melakukan perbuatan membuli secara fizikal dan mengugut mana-mana individu.
4.7.8 Berkelakuan tidak senonoh atau melakukan perbuatan yang tidak sewajarnya
dilakukan oleh seorang pelajar.
4.8 Setiap pelajar dikehendaki belajar bersungguh-sungguh sesuai dengan VISI dan MISI sekolah.
4.9 Setiap pelajar wajib menyertai semua kegiatan yang diarahkan oleh pengetua sama ada bercorak
akademik atau kokurikulum.
4.10 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran semasa persekolahan.
4.11 Pelajar dilarang melakukan perkara yang boleh membahayakan diri sendiri.
4.12 Semua pelajar wajib berada ditempat yang ditentukan mengikut masa yang ditetapkan.
4.13 Sebarang langkah atau tindakan yang hendak diambil oleh pelajar perlulah mengikut tatacara yang
betul dan wajar supaya tindakan itu mendapat hasil yang baik dan memuaskan hati semua pihak.
4.14 Pelajar tidak boleh bertindak di luar kuasa dan kemampuannya. Masalah-masalah di luar bidang
kuasa pelajar hendaklah dibawa ke pengetahuan Guru Tingkatan, Guru Bertugas Mingguan, Guru
Disiplin, Kaunselor Sekolah, Guru Penolong Kanan dan Pengetua.
4.15 Pelajar tidak boleh membuat laporan atau aduan mengenai kejadian yang berlaku di sekolah terus
kepada pihak polis atau akhbar melainkan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan di
sekolah.
3
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
4.16 Pelajar tidak digalakkan menulis surat atau membuat aduan ke Jabatan Pendidikan atau
Kementerian Pendidikan tanpa kebenaran atau melalui pengetua sekolah.
4.17 Dalam usaha menyelesaikan masalah, segala pandangan dan cadangan yang hendak disampaikan
hendaklah membina dan bertujuan untuk kebaikan dan kepentingan ramai.
5.0 KEHADIRAN KE SEKOLAH
5.1 Pelajar wajib datang ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Keagalan hadir ke sekolah tanpa
sebab merupakan satu kesalahan.
5.2 Waktu persekolahan bermula pada pukul 7.40 pagi. Pelajar dikehendaki berada dalam kelas sebelum
pukul 7.30 pagi. Pelajar yang datang selepas jam 7.30 pagi dikategorikan sebagai lewat dan boleh
dikenakan tindakan disiplin
5.3 Waktu persekolahan tamat mengikut ketetapan berikut :
WAKTU BALIK
HARI Semua kelas Tiing 1,2,3,4,5 Kelas 1 DLP, 2 DLP, 3 DLP
Ahad Isnin Selasa
(kecuali 1,2,3 DLP & 4, 5 TR) Kelas 4 TR, 5 TR
2.10 ptg
Rabu , Khamis 1.40 ptg
Ahad Isnin Selasa, Rabu 2.40 ptg
Khamis 2.10 ptg
5.4 Pelajar wajib memberitahu ibu bapa/ penjaga supaya mengambil balik dalam kadar segera apabila
tamat sesi pembelajaran dan pemudahcaraan atau aktiviti kokurikulum pada hari berkenaan.
Kelewatan ibu bapa/ penjaga mengambil balik pelajar selepas 20 minit berlalu adalah menjadi
tanggungjawab ibubapa/ penjaga pelajar. Pelajar yang menggunakan kenderaan awam perlu
merancang masa yang sesuai untuk datang dan balik sekolah supaya tidak timbul sebarang
masalah.
5.5 Setiap pelajar wajib hadir dan menepati masa bagi:
5.5.1 Setiap hari persekolahan
5.5.2 Aktiviti kokurikulum
5.5.3 Upacara rasmi sekolah
5.5.4 Kelas bimbingan/ tambahan/ tuisyen
5.6 Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru tingkatan atau Guru Mata Pelajaran bagi
mengesan ketidakhadiran dan ponteng sekolah
5.7 Keberadaan murid dalam kelas dicatat juga pada setiap waktu pdpc oleh guru mata pelajaran dalam
buku kawalan kelas bagi mengesan pelajar yang ponteng kelas
5.8 Pelajar yang tidak hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak Sekolah melalui
surat ibubapa/ penjaga atau surat doktor/ pegawai kesihatan. Pelajar dianggap ponteng jika gagal
membuat demikian
4
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
5.9 Guru kelas akan menghubungi/ memaklumkan secara bertulis kepada ibu/ bapa/ penjaga sekiranya
pelajar tidak hadir. Sekiranya pihak sekolah tidak menerima keterangan bertulis, tindakan berikut
akan diambil :
Bil HARI TIDAK HADIR/ HARI TIDAK HADIR/ PONTENG TINDAKAN
PONTENG BERTURUT-TURUT BUKAN BERTURUT-TURUT
1 3 hari berturut-turut Pada hari ke 10 Surat Amaran 1
(Pada hari ke 3)
2 7 hari 10 hari Surat Amaran 2
selepas Amaran Pertama selepas Amaran Pertama
3 7 hari 20 hari Amaran Terakhir
selepas Amaran Kedua selepas Amaran Kedua
4 14 hari 20 hari BUANG
selepas Amaran Terakhir selepas Amaran Terakhir SEKOLAH
31 HARI 60 HARI
5.10 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan kecuali mendapat
kebenaran daripada Pengetua, Penolong Kanan atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh
Pengetua
5.11 Bagi pelajar yang menyertai aktiviti di luar sekolah, ibu bapa/ penjaga mesti
menandatangani surat kebenaran mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah,
Jabatan Pendidikan Daerah, JPN, KPM mahupun pihak swasta.
6.0 PERATURAN PEMOHONAN BALIK AWAL / KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH
SEMASA SESI PERSEKOLAHAN
6.1 Setiap pelajar yang ingin balik awal / keluar dari kawasan sekolah atas sebab peribadi atau
sakit MESTILAH :
6.1.1 Merujuk kepada Guru Bertugas Mingguan
6.1.2 Mengisi DUA salinan Borang Kebenaran Keluar yang boleh didapati di pejabat
6.1.3 Memastikan borang berkenaan ditandatangani oleh pelajar dan guru kelas (boleh diganti oleh
guru bertugas mingguan) dan seterusnya mendapat kebenaran/ tandatangan daripada
mana-mana Penolong Kanan atau Pengetua
6.1.4 SATU salinan borang diserah kepada pejabat untuk disimpan dalam fail dan SATU salinan
lagi dibawa oleh pelajar untuk diserah kepada pengawal keselamatan di pintu pagar.
6.1.5 Pelajar MESTI diambil oleh ibu bapa / penjaga . Pelajar tidak dibenarkan balik @ keluar
sendiri dari kawasan sekolah.
6.2 Ibu bapa/ penjaga TIDAK DIBENARKAN membawa balik anak mereka tanpa kebenaran pihak
sekolah
6.3 Pihak sekolah TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB terhadap apa-apa kemalangan yang
menimpa pelajar yang keluar tanpa kebenaran sebaliknya tindakan disiplin akan diambil terhadap
pelajar berkenaan.
5
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
6.4 Ibu bapa yang hendak menemui anak mereka harus ke pejabat sekolah untuk mendapat kebenaran
daripada pengetua/ penolong kanan. Pelajar berkenaan akan dipanggil untuk menemui ibu bapa
mereka di pejabat sekolah. Ibu bapa tidak dibenar pergi ke kantin, kelas atau tempat-tempat lain
tanpa kebenaran pengetua/ penolong kanan.
6.5 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar tanpa
memberi sebarang sebab.
7.0 PERATURAN WAKTU REHAT DAN PERATURAN DI KANTIN
7.1 Pelajar hanya boleh berada di kantin mengikut waktu rehat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
dan dilarang sama sekali membeli pada masa pembelajaran dan pemudahcaraan.
7.2 Masa rehat yang ditetapkan ialah :
KELAS PPKI TING 1,2,3 TING 4,5,6
9.40 - 10.10 10.10 – 10.40 11.10 – 11.40
7.3 Pelajar hanya dibenarkan makan/ minum atau membeli di kantin pada waktu berikut :
1. Sebelum pdpc bermula
2. Pada waktu rehat yang ditetapkan
3. Selepas tamat waktu persekolahan
7.4 Pelajar mesti beratur semasa membeli makanan/ minuman serta tidak bising atau berebut-rebut.
7.5 Pelajar hendaklah makan dan minum dalam keadaan tertib semasa berada di kantin.
7.6 Pelajar dilarang makan dalam kelas
7.7 Pelajar dilarang meninggalkan sisa makanan dan pembalut makanan di atas meja makan sebaliknya
bertanggungjawab membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan.
7.8 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur dan tempat menjual makanan di kantin.
7.9 Pelajar dilarang menjual sebarang bentuk makanan atau minuman dalam kawasan sekolah
7.10 Pelajar tidak dibenarkan berada dalam kelas semasa waktu rehat
8.0 PERATURAN PERHIMPUNAN
8.1 Perhimpunan Rasmi mingguan diadakan pada setiap hari Ahad dari jam 7.40-8.40 pagi
8.2 Semua pelajar wajib menghadiri Perhimpunan Rasmi Mingguan dan mesti berada di tapak
perhimpunan atau dalam dewan 10 minit sebelum perhimpunan bermula. Ponteng perhimpunan
termasuk dalam senarai salahlaku disiplin.
8.3 Semua murid WAJIB menggunakan pakaian seragam sekolah, seragam Pengawas @ MPP
semasa perhimpunan rasmi mingguan kecuali pada perhimpunan yang diwartakan sebagai
6
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
Perhimpunan bulanan kokurikulum, semua pelajar perlu memakai pakaian seragam Unit Beruniform
masing-masing.
8.4 Adab semasa perhimpunan rasmi
8.4.1 Berbaris lurus mengikut barisan kelas masing-masing
8.4.2 Senyap dan memberi perhatian terhadap setiap acara perhimpunan dan ucapan guru
8.4.3 Menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibacakan
8.4.4 Melafazkan ikrar dengan penuh semangat dalam keadaan bersedia .
(berdiri tegak, sambil memandang ke hadapan, tangan kiri di sisi, tangan kanan diangkat
bersebelahan dengan telinga kanan dan telapak tangan menghala ke hadapan)
8.4.5 Menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu Sekolah dengan penuh semangat
dalam keadaan berdiri tegak dan kedua-dua tangan di sisi serta kepala tegak memandang ke
hadapan.
8.4.6 Selepas selesai perhimpunan, pelajar perlu bergerak ke kelas mengikut barisan masing-
masing dalam keadaan yang teratur.
9.0 PERATURAN PAKAIAN SERAGAM, RAMBUT DAN TATARIAS DIRI
9.1 Setiap pelajar mestilah memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap pada setiap hari
persekolahan termasuk menghadiri majlis rasmi atau menduduki peperiksaan awam.
9.2 PAKAIAN SERAGAM LELAKI PAKAIAN SERAGAM PEREMPUAN
1. Baju 1. Baju
Baju kemeja putih berlengan pendek atau Baju kurung potongan tradisional dengan
panjang leher teluk belanga
Baju kemeja sentiasa dimasukkan @ tuck in Labuh lengan mestilah mencecah
dan dibutangkan dengan kemas kecuali di pergelangan tangan dan digalakkan hujung
bahagian kolar lengan bercekak.
Lencana dan tanda nama dipasang pada Tidak dibenarkan melipat lengan baju
sebelah kiri bahagian atas dada baju. Labuh baju di bawah paras lutut.
Saiz baju mestilah longgar dan sesuai Baju mestilah longgar.
dengan saiz badan Mesti dipakai bersama ‘singlet’ putih di
Pelajar hanya digalakkan memakai singlet sebelah dalam pakaian.
putih dan tidak dibenarkan memakai 2. Kain sarung
sebarang kemeja T di dalam baju sekolah. Berwarna biru dan mestilah berlipat di tepi
sekurang-kurangnya 4 lipatan.
2. Seluar
Seluar panjang warna hijau ’olive green’. 3. Tudung Kepala
Lebar seluar hendaklah lebih kurang 17.5 Tudung berwarna putih sahaja tanpa ada
cm-20 cm dan tidak boleh diubahsuai dalam sulaman, lace dan sebagainya.
pelbagai fesyen. Tepi tudung mestilah dijahit lipat sahaja.
Hujung seluar tidak berlipat keluar dan labuh Semua pelajar sangat digalakkan memakai
seluar hingga ke buku lali. tudung labuh.
Seluar bentuk jeans tidak dibenarkan sama Hanya anak tudung warna putih untuk hari
sekali. persekolahan.
Tali pinggang lebarnya hendaklah 3 cm, Anak tudung warna hitam hanya dibolehkan
warna hijau tua atau hitam. untuk aktiviti kokurikulum sebelah petang.
Kain tudung warna hitam tanpa lace atau
3. Stokin dan kasut sulaman hanya dibenarkan semasa waktu
Stokin hendaklah berwarna putih atau hitam kokurikulum sebelah petang atau semasa
sahaja dan tidak berbelang.
Stokin hendaklah 8 cm (3 inci) dari atas buku pertandingan wakil sekolah (jenis permainan
lali. / sukan sahaja).
7
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
Kasut kanvas / getah putih atau hitam sahaja Lencana dan tanda nama dipasang pada
tanpa corak. tudung sebelah kiri bahagian atas dada
Kasut kanvas/getah yang bertali dan 4. Stokin dan kasut
berpelekat sahaja. Stokin hendaklah berwarna putih atau hitam
4. Beg sahaja dan tidak berbelang.
Beg hendaklah bersih bersesuaian dengan Stokin hendaklah 8 cm (3 inci) dari atas buku
budaya pelajar sekolah tanpa contengan lali.
atau hiasan yang keterlaluan. Kasut kanvas / getah putih atau hitam sahaja
Beg dengan logo atau gambar yang tidak
senonoh tidak dibenarkan. tanpa corak.
Kasut kanvas/getah yang bertali dan
RAMBUT
1. Rambut mestilah kemas, pendek dan berpelekat sahaja.
5. Beg
mengikut ketetapan berikut:- Beg hendaklah bersih bersesuaian dengan
Depan : Tidak menutup garisan tengah dahi.
Belakang : Tidak melepasi bawah cuping budaya pelajar sekolah tanpa contengan
atau hiasan yang keterlaluan.
dua telinga dan tidak mencecah kolar baju. Beg dengan logo atau gambar yang tidak
Sebelah/ sisi : Tidak menyentuh telinga dan senonoh tidak dibenarkan.
’sideburns’ tidak melepasi garis tengah TATARIAS DIRI (LELAKI & PEREMPUAN)
hidung Alat-alat solek atau ’make-up’ dilarang sama
Atas : Tidak melebihi 6 cm panjang.
2. Pelajar lelaki dilarang menyimpan misai, sekali dan boleh dirampas tanpa
jambang dan janggut. dipulangkan.
3. Pelajar dilarang memotong rambut mengikut Pelajar dilarang memakai barang–barang
fesyen atau trend semasa seperti ’skincut’, kemas seperti gelang, rantai , loket, subang
punk, ekor, mohican, berjalur dan berfesyen, cincin dan sebarang hiasan
sebagainya. Barang kemas akan dirampas dan jika emas
4. Pelajar dilarang membotakkan kepala kecuali hanya ibu bapa/ penjaga yang boleh
atas sebab-sebab kesihatan atas nasihat menuntut semula barangan tersebut.
doktor. Inai kuku (kuku diwarna) tidak dibenarkan.
5. Pelajar dilarang memakai atau membawa Pelajar dilarang membuat tatu di tubuh
topi, kopiah, serban atau sebarang penutup badan mereka. Sebarang bentuk TATU atau
kepala. Hanya songkok hitam yang diizinkan corak lukisan yang dibuat pada kulit tidak
dengan ketinggian tidak melebihi 3½ sahaja. dibenarkan sama sekali.
9.3 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI
9.3.1 Semua pelajar wajib memakai pakaian PJ berlogo sekolah yang boleh dibeli dari Koperasi
sahaja semasa aktiviti PJ. Baju T jenis lain tidak dibenarkan sama sekali
9.3.2 Hanya pakaian PJ yang lengkap sahaja boleh dipakai sepanjang hari sekiranya pada hari
berkenaan ada waktu Pendidikan Jasmani (luar kelas) slot PJ. Untuk slot PK murid boleh
memakai pakaian seragam sekolah sahaja.
9.4 PAKAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM
9.4.1 Semua pelajar wajib memakai sama ada pakaian Khas Kokurikulum atau baju kemeja T yang
dikhaskan untuk persatuan atau kelab masing-masing atau pakaian khas untuk Unit
Beruniform.
9.4.2 Pelajar perempuan Muslim hanya dibenarkan memakai tudung putih atau hitam dan dilarang
memakai tudung berwarna-warni atau tudung yang bersulam.
8
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
9.5 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH
9.5.1 Pengawas sekolah Lelaki berbaju kemeja lengan panjang berwarna Biru , berseluar panjang
hitam, bertali leher hitam dan berkasut kulit hitam
9.5.2 Pengawas Sekolah Perempuan berbaju kurung biru, kain sarung hitam , bertudung biru gelap
dan berkasut hitam
9.5.3 Pengawas Sekolah wajib beruniform lengkap sepanjang masa di sekolah kecuali waktu
Pendidikan Jasmani atau aktiviti kokurikulum.
9.5.4 Pengawas Sekolah yang tidak memakai uniform pengawas yang lengkap boleh dianggap
tidak menghormati pakaian tersebut di samping melanggar peraturan.
10.0 KESIHATAN PELAJAR
10.1 Pelajar yang sakit dan perlu berjumpa doktor atau mendapatkan rawatan di klinik hendaklah terlebih
dahulu berjumpa dengan guru bertugas mingguan.
10.2 Guru bertugas mingguan akan menghubungi ibubapa/ penjaga dan mendapatkan surat rawatan
daripada staf di pejabat
10.3 Pelajar yang sakit dan memerlukan rawatan segera boleh dihantar ke klinik/ hospital oleh guru
bertugas mingguan jika mendapat kebenaran ibu bapa/ penjaga atau ibu bapa/ penjaga tidak dapat
dihubungi.
10.4 Pelajar sakit yang tidak serius dan memerlukan rehat boleh ditempatkan di bilik sakit
10.5 Pelajar yang betul-betul sakit dinasihatkan tidak hadir ke sekolah terutamanya bagi penyakit yang
berjangkit seperti sakit mata. Serahkan sijil cuti sakit daripada doktor atau surat daripada ibu bapa/
penjaga kepada guru kelas apabila hadir ke sekolah semula.
10.6 Ibu bapa hendaklah menelefon dan memaklumkan ketidakhadiran anak atas sebab kesihatan
kepada pihak sekolah atau guru kelas
9
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
11.0 PERATURAN DALAM KELAS
11.1 Semua pelajar perlu berada dalam kelas , bilik khas atau tempat yang ditetapkan sepanjang proses
pdpc. Pelajar yang tidak berada dalam kelas tanpa kebenaran guru dikira ponteng kelas.
11.2 Pelajar mesti masuk ke kelas tepat pada masanya pada waktu pertama pdpc, semasa pertukaran
dari bilik khas ke kelas dan sebaliknya
11.3 Sebelum masuk ke kelas, pelajar mesti mengetuk pintu terlebih dahulu dan meminta kebenaran
daripada guru mata pelajaran untuk masuk
11.4 Pelajar hendaklah menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran dan mengikut arahan
guru
11.5 Pelajar tidak dibenarkan membuat bising, keluar kelas, berdiri di luar kelas,bergaduh atau bergurau
berlebihan semasa ketiadaan guru atau waktu pertukaran antara mata pelajaran.
11.6 Sewaktu ketiadaan guru, Ketua Kelas dan Penolong bertanggungjawab menjaga ketenteraman
kelas dan dikehendaki menyemak jadual relief serta mencari guru yang berkenaan
11.7 Hanya seorang pelajar pelajar (lelaki atau perempuan) sahaja dibenar keluar ke tandas pada satu
masa dan mestilah meminta kebenaran guru kelas pada masa itu dengan membawa Pas Keluar
Kelas.
11.8 Pelajar tidak dibenar berkeliaran di sekitar sekolah tanpa tujuan.
11.9 Pelajar mesti menjaga harta benda sekolah sebaik-baiknya . Pelajar dikehendaki membayar ganti
rugi sekiranya didapati dengan sengaja menconteng, merosak atau melakukan sebarang tindakan
vandalisme.
11.10 Setiap kelas mesti menyediakan jadual bertugas membersihkan kelas dan dipamerkan untuk
rujukan dari masa ke masa
11.11 Suis lampu dan kipas perlu dipadamkan apabila kelas tidak digunakan.
11.12 Buku teks tidak boleh ditinggalkan di dalam almari atau dalam meja pelajar. Buku teks/ buku
rujukan/ buku kerja/ buku latihan akan dirampas oleh guru disiplin/ pengawas sekiranya buku itu
tidak dibawa balik oleh pelajar selepas tamat persekolahan. Dendaan sebanyak RM1.00 bagi setiap
naskah bagi buku yang dituntut oleh pelajar.
11.13 Ketua Kelas dan Penolong perlu melapor dengan segera kepada guru kelas sekiranya terdapat
sebarang kerosakan dalam kelas seperti cermin tingkap pecah, dawai elektrik terdedah, soket
terbakar, kerusi meja patah dan sebagainya.
11.14 Ketua Kelas dan Penolong perlu memastikan tidak terdapat sebarang peralatan yang berbahaya di
dalam kelas (cth: kayu, batu, batang besi, benda-benda tajam dan sebagainya) dan perlu membuat
laporan segera kepada guru kelas jika mendapati ada barang-barang yang dinyatakan berkenaan.
11.15 Ketua Kelas dan Penolong dikehendaki memastikan buku Kawalan Kelas ditandatangani oleh guru
mata pelajaran sebelum meninggalkan kelas.
10
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
11.16 Pembersihan kelas mestilah dilakukan setiap hari sebelum kelas bermula dan juga selepas rehat.
Pelajar bertanggungjawab memastikan kebersihan dan keceriaan kelas seperti berikut :
11.16.1 Meja dan kerusi disusun dengan kemas. Pastikan jumlah meja dan kerusi mencukupi
jumlah pelajar dalam kelas
11.16.2 Lantai disapu sekurang-kurangnya sekali sehari iaitu pada awal waktu persekolahan.
Sekiranya ada keperluan, maka perlu disapu untuk kesekian kalinya.
11.16.3 Cermin tingkap dilap setiap hari. Setiap pelajar bertanggungjawab untuk membersihkan
tingkap yang ditetapkan oleh guru kelas.
11.16.4 Papan tulis hendaklah dibersihkan terutama selepas tamat waktu pembelajaran.
11.16.5 Papan kenyataan kelas mesti dihias dengan informasi yang berfaedah. Bahan wajib
ialah Jadual Tugas Harian, Jadual waktu kelas, Carta Organisasi kelas dan pelan laluan
kecemasan.
11.16.6 Pelan kedudukan pelajar perlu ditampal di atas meja guru.
11.16.7 Setiap kelas mesti menjaga penyapu, bakul sampah, penyodok sampah dan pemadam
papan tulis dengan cermat. Sekiranya hilang, laporkan kepada guru kelas
12.0 PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL SAINS, MAKMAL KOMPUTER, BENGKEL
RBT, BILIK SENI , PUSAT SUMBER , SURAU DAN BILIK-BILIK KHAS YANG LAIN
12.1 Pelajar hendaklah bergerak dalam barisan semasa pergi ke bilik-bilik khas dan kembali semula ke
kelas.
12.2 Para pelajar tidak dibenarkan
12.2.1 Masuk ke bilik-bilik khas tanpa izin atau semasa ketiadaan guru
12.2.2 Membawa masuk beg sekolah kecuali buku tulis, buku teks dan dan lain-lain keperluan
pdpc
12.2.3 Makan dan minum
12.2.4 Membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh
12.3 Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik-bilik khas
12.4 Sebelum meninggalkan bilik-bilik khas, pelajar perlu memastikan kerusi disusun kemas, lampu,
kipas dan alat pendingin hawa ditutup.
12.5 Sekiranya terdapat sebarang kerosakan di bilik-bilik khas, maklumkan segera kepada penyelaras
bilik berkenaan untuk tindakan seterusnya
11
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
13.0 PERATURAN PENGGUNAAN TANDAS
13.1 Pelajar wajib membawa Pas Kebenaran Keluar untuk ke tandas ketika sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan berlangsung.
13.2 Hanya seorang pelajar dibenarkan ke tandas pada satu-satu masa
13.3 Pelajar yang keluar ke tandas perlu mencatat nama beserta waktu keluar dan kembali semula
dalam buku Kawalan kelas
13.4 Pelajar tidak dibenar membuang masa dalam tandas dengan berkumpul, membuat bising, makan,
minum atau bermain-main.
13.5 Setelah menggunakan tandas, sila pastikan:
1. Paip ditutup dengan ketat
2. Lampu tandas dipadamkan
3. Tangki curah ditarik.
13.6 Jika berlaku kerosakan, laporkan segera kepada guru bertugas atau pengetua.
13.7 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua pelajar. Peliharalah kebersihan tandas.
13.8 Dilarang membuang sampah atau sebarang benda ke dalam lubang tandas hingga menyebabkan
lubang tandas tersumbat atau rosak.
13.9 Pelajar perempuan dilarang membuang tuala wanita ke dalam lubang tandas.
13.10 Dilarang menconteng atau merosakkan alatan tandas.
13.11 Pelajar dilarang menggunakan tandas guru. Gunakan tandas yang ditetapkan
13.12 Kerosakan tandas yang diakibatkan oleh tingkahlaku vandalisme oleh pelajar adalah
tanggungjawab pelajar sendiri dan perlu dibaiki atau membayar ganti rugi.
14.0 PERATURAN PEPERIKSAAN
14.1 Semasa peperiksaan meja pelajar hendaklah dipusingkan kedudukannya dan laci meja mesti berada
di depan . Jarakkan kedudukan meja pelajar sebelum peperiksaan bermula.
14.2 Semua fail, buku dan beg pelajar diletakkan di belakang atau hadapan bilik darjah. Ruang sudut
mata pelajaran di dalam kelas hendaklah ditutup atau semua carta ditanggalkan.
14.3 Meniru semasa peperiksaan merupakan kesalahan serius. Tindakan tegas akan diambil. Markah
sifar akan diberikan kepada pelajar yang meniru, cuba meniru serta pelajar yang memberi peluang
meniru kepada pelajar lain.
14.4 Jika guru yang mengawas lewat sampai, menjadi tanggungjawab ketua tingkatan dan penolong
untuk mencari guru berkenaan.
12
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
14.5 Pelajar tidak dibenarkan meminjam alat-alat tulis daripada pelajar lain semasa peperiksaan sedang
dijalankan.
14.6 Pelajar wajib menduduki ujian/ peperiksaan yang ditetapkan oleh guru, sekolah dan Kementerian
Pendidikan.
14.7 Pelajar mesti berada di dalam kelas sepanjang masa ujian/ peperiksaan.
14.8 Pelajar yang tidak hadir atas sebab-sebab di luar kawalannya, boleh menduduki semula
kertas-kertas yang terlibat
15.0 PERATURAN PEMINJAMAN BUKU TEKS
15.1 Semua buku teks yang dipinjam mesti dibalut menggunakan pembalut lutsinar dengan kemas.
Pembalut buku yang telah koyak mesti dibalut semula. Penggunaan “Stapler” adalah tidak
dibenarkan dan pelajar mesti membalut buku teks menggunakan “Sellotape”.
15.2 Semua buku teks yang dipinjam mesti ditulis nama, tingkatan dan tahun meminjam di ruang khas
dalam buku teks.
15.3 Pelajar tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas , dalam almari, bawah meja , di kantin atau
tempat awam yang lain dan sebagainya. Sekiranya berlaku sedemikian, buku tersebut akan
dirampas.
15.4 Pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan muka surat buku teks
15.5 Pelajar juga tidak dibenarkan mengoyak barcode buku
15.6 Pelajar perlu memulangkan buku teks pada akhir tahun pada masa yang ditetapkan
15.7 Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan nombor dalam borang penerimaan
yang diisi semasa peminjaman buku pada awal tahun
15.8 Pelajar yang kehilangan buku teks perlu membuat gantian, dan gantian tersebut boleh dibuat dalam
2 cara, iaitu
15.8.1 Membeli buku baru yang sama dengan buku yang dihilangkan sebagai gentian
15.8.2 Membayar wang tunai mengikut harga buku teks tersebut kepada Guru Penyelaras
Tingkatan Buku Teks.
15.9 Pelajar yang gagal mengembalikan buku teks atau tidak membuat gantian terhadap kehilangan buku
teks wajib menyelesaikan penggantian buku teks tersebut untuk membolehkan pinjaman buku
teks pada tahun seterusnya. Bagi murid tingkatan 5, penggantian mesti diselesaikan sebelum diberi
Sijil SPM dan Sijil Berhenti Sekolah. Kegagalan dalam menyelesaikan penggantian ini akan
menyebabkan sijil-sijil ditahan
13
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
16.0 PERATURAN ASRAMA
16.1 Setiap pelajar yang tinggal di asrama adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan asrama yang
telah ditetapkan. (rujuk buku peraturan asrama)
16.2 Mana-mana penghuni asrama yang melanggar peraturan, melakukan sebarang bentuk salah laku
akan dikenakan tindakan disiplin
17.0 PERATURAN PENGGUNAAN BASIKAL, MOTOSIKAL DAN KERETA
17.1 Basikal dan motosikal mesti diletakkan di tempat parkir khas yang disediakan dalam keadaan
tersusun
17.2 Basikal dan motosikal serta topi keledar mestilah dikunci untuk mengelakkan berlaku perkara yang
tidak diingini
17.3 Enjin motosikal perlu dimatikan sebelum memasuki pintu pagar sekolah dan motosikal hendaklah
disorong ke tempat parkir
17.4 Kereta murid perlu diparkir di luar pintu pagar sekolah
18.0 PERATURAN PENJAGAAN HARTA BENDA SEKOLAH
18.1 Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kemudahan yang disediakan di sekolah.
18.2 Gunakan harta benda sekolah dengan cermat lagi berhemat serta pastikan sentiasa dalam keadaan
yang baik dan selamat digunakan
18.3 Bahan perabot seperti meja dan kerusi mesti diangkat dan bukan diseret/ ditarik bagi mengelakkan
kerosakan.
18.4 Berjimat cermat dan elakkan sebarang pembaziran dalam penggunaan air, elektrik dan lain-lain.
18.5 Sebarang kerosakan perlu dilaporkan segera kepada guru kelas, guru bertugas, penolong kanan
atau pengetua.
18.6 Pelajar yang terbabit dengan kesalahan merosakkan atau menyalahgunakan harta benda sekolah
akan dikenakan tindakan disiplin di samping membayar gantirugi.
14
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
19.0 TATATERTIB YANG DILARANG
19.1 Pelajar dilarang membawa benda atau bahan berikut ke sekolah :
19.1.1 Bahan komik/ majalah hiburan.
19.1.2 Bahan-bahan lucah seperti majalah/ novel/ vcd gambar/ foto.
19.1.3 Bahan-bahan yang mengandungi unsur subversif.
19.1.4 Barang berharga seperti kamera dan barang kemas.
19.1.5 Telefon bimbit, laptop dan sebarang alat pemain video/ games/ peralatan elektronik yang
menyalahi peraturan dan tanpa kebenaran pihak sekolah.
19.1.6 Barang perhiasan seperti topi/ rantai / lencana / logo kalung/ gelang dan sebagainya.
19.1.7 Bahan makanan seperti chewing gum dan kuaci.
19.1.8 Dadah, rokok, vape, pod, minuman yang memabukkan atau sebarang yang berkaitan
dengannya.
19.1.9 Benda tajam atau alatan berbahaya seperti segala jenis pisau, buku lima, gunting, spinner
dan sebagainya .
19.1.10 Sebarang bahan yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia.
20.0 KAWASAN LARANGAN
20.1 Kawasan berikut dilarang bagi para pelajar tanpa sebarang tujuan
20.1.1 Bilik Pejabat pentadbiran dan bilik guru kecuali ada urusan.
20.1.2 Bilik mesyuarat dan bilik khas kecuali ada kebenaran.
20.1.3 Bilik sakit kecuali ada kebenaran.
20.1.4 Bilik stor sekolah
20.1.5 Kawasan kediaman guru dan warden.
20.1.6 Bilik-bilik khas kecuali bersama guru
15
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
SALAH LAKU RINGAN
KOD JENIS KESALAHAN TINDAKAN / HUKUMAN
R01 Menyimpan misai, janggut atau jambang
R02 Berkuku panjang atau berambut panjang TINDAKAN
R03 Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan larangan 1. Hubungi ibu bapa / penjaga
R04 Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik 2. Kaunseling
darjah atau sekolah tanpa kebenaran 3. Mendokumentasi
R05 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
R06 Berada di kantin tanpa kebenaran pada waktu pembelajaran dan HUKUMAN
pemudahcaraan
1. Amaran satu
Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan
R07 2. Amaran dua
sekolah tanpa kebenaran
R08 Menggunakan harta benda sekolah tanpa kebenaran 3. Amaran akhir
4. Aktiviti gotong royong /
Memasuki tanpa kebenaran dan tidak mematuhi arahan serta
R09 kerja amal
kenyataan bertulis makmal/ bengkel dan lain-lain bilik khas
R10 Memakai barangan kemas atau perhiasan atau alat solek KUASA PELAKSANA
R11 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran 1. Pengetua
R12 Makan atau minum di bilik darjah 2. Guru yang diberi kuasa
R13 Melakukan pembaziran air dan elektrik
R14 Tidak memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap oleh pengetua
R15 Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran
R16 Lewat ke sekolah
R17 Lewat bergerak ke tempat-tempat yang diarahkan
Bising dalam bilik darjah dan semua acara rasmi sekolah
R18
sehingga mengganggu ketenteraman bilik darjah / sekolah
R19 Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah
Berjalan-jalan tanpa kebenaran/ berkeliaran dalam kawasan
R20
sekolah sewaktu pembelajaran dan pemudahcaraan
R21 Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan
R22 Memasuki kawasan larangan
R23 Mengganggu guru
16
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
R24 Lewat masuk kelas
R25 Mengotorkan kelas
R26 Tidak duduk setempat
R27 Kekemasan diri
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam
R28
kategori ini oleh jawatankuasa disiplin
SALAH LAKU SEDERHANA
KOD JENIS KESALAHAN TINDAKAN / HUKUMAN
S01 Menyalahgunakan / menggunakan peralatan/ sumber bekalan
elektrik sekolah tanpa kebenaran TINDAKAN
S02 Keluar dari sekolah tanpa kebenaran 1. Hubungi ibu bapa / penjaga
S03 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah 2. Kaunseling
S04 Tidak menghormati lagu-lagu/ bendera/ jata sekolah, negeri dan 3. Mendokumentasi
kebangsaan
Fesyen rambut keterlaluan seperti punk, skin head atau
S05 HUKUMAN
berwarna
S06 Mencukur atau mencabut bulu kening bagi pelajar perempuan 5. Amaran
S07 Menconteng pada harta benda sekolah atau orang lain 6. Amaran keras
7. Ganti rugi
Memakai barang kemas/ perhiasan diri keterlaluan/ menindik
S08 telinga (lelaki)/ lidah/ hidung/ bawah bibir dan memakai subang 8. Rotan 1-3 kali
lebih daripada satu di bawah cuping telinga 9. Gantung sekolah
S09 Melukis tatu (tatoo), memakai inai pada anggota badan
S10 Memawa masuk orang lain ke dalam kawasan sekolah tanpa KUASA PELAKSANA
kebenaran
3. Pengetua
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam
S11 4. Guru yang diberi kuasa
kategori ini oleh jawatankuasa disiplin
oleh pengetua
S12 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali
S13 Membawa barangan larangan yang diwartakan oleh pengetua
17
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
SALAH LAKU BERAT
KOD JENIS KESALAHAN TINDAKAN / HUKUMAN
Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau bersubahat TINDAKAN
B01
1. Hubungi ibu bapa /
dalam kegiatan dadah berbahaya penjaga
Membawa, menyimpan, menghis
B02
ap atau mengedar bahan tembakau
Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar bahan 2. Hubungi agensi berkaitan /
B03 polis
tembakau
B04 Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan 3. Laporan kepada PPD/
B05 Mengancam, menyerang, memukul dan mencederakan JPN
B06 Biadap dan tingkahlaku tidak sopan 4. Kaunseling
5. Mendokumentasi
Memeras ugut dan mengugut yang membawa kepada ketakutan
B07
/ harta benda
Membawa/ menyimpan / menggunakan senjata api, senjata HUKUMAN
B08 1. Amaran keras
berbahaya, bahan letupan atau alat berbahaya
B09 Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain 2. Dirotan 1-3 kali
Mencuri, merompak, samun, memecah masuk dan menceroboh 3. Membayar ganti rugi
B10 4. Digantung persekolahan
kawasan larangan tidak melebihi 14 hari
5. Dibuang sekolah
Menhanjur, melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam 6. Mahkamah
B11
KUASA PELAKSANA
pertaruhan 5. Pengetua
Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan
B12 rencana, majalah atau pita rakaman dan multi media yang
dilarang
Membabitkan diri dalam kumpulan haram atau kongsi gelap /
B13
gengsterisme
Merogol, meliwat, merangsangkan dan mencabul kehormatan / 6. Guru yang diberi kuasa
B14 oleh pengetua
gangguan seksual
B15 Melakukan zina dan hubungan luar tabii
Melacur/ menjadi bohsia/ bohjan/ gigolo/ lesbian dan kecelaruan
B16
gender
Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak
B17
bermoral/ bercumbuan
B18 Menulis atau mengeluarkan kenyataan media dan perbuatan
18
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
yang mencemarkan nama sekolah
B19 Merosakkan harta benda sekolah
B20 Menulis perkataan atau melukis gambar lucah
Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram
B21
atau merusuh
B22 Menyalahgunakan alat permainan atau bahan-bahan multimedia
Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang
B23
bertentangan dengan nilai rakyat Malaysia
Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama
B24 31 hari atau berkala selama 60 hari dalam satu tahun sesi
persekolahan
Mengganggu / menjejaskan kuasa pengetua atau guru yang
B25
menjalankan tugas
Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan
B26
bahan lucah
Mengeluarkan kata-kata lucah, kesat dan melakukan perbuatan
B27
lucah
B28 Melakukan hubungan yang mencurigakan
B29 Tidak amanah, menipu dan meniru ketika ujian / peperiksaan
Melibatkan diri dalam ajaran sesat/ parti-parti politik dan
B30 menyebarkan fahaman serta mengedr risalah atau lambang-
lambang
B31 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam
kategori ini oleh jawatankuasa disiplin
B32 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana melebihi 3 kali
19
SMK AYER LANAS [Buku Peraturan Sekolah]
LAMPIRAN RUJUKAN
20