1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KAMPUS TAWAU, KM 36, JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO 27, 91009, TAWAU, SABAH. TUGASAN PENULISAN (EDUP2093) PEDAGOGI NAMA SISWA PENDIDIK : MUHAMMAD ALIF BIN TALIB NO. ANGKA GILIRAN : 2020052420017 NO KAD PENGENALAN : 970509105065 KUMPULAN/UNIT : KELAS P1 PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN KOD DAN NAMA KURSUS : EDUP2093 PEDAGOGI NAMA PENSYARAH : DR JAMILAH AHMAD TARIKH HANTAR : 5 DISEMBER 2022
2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama : MUHAMMAD ALIF BIN TALIB Angka Giliran Pelajar : 2020052420017 Kod : EDUP2093 Nama Kursus: PEDAGOGI Pensyarah : DR JAMILAH AHMAD Tarikh Hantar : 5 Disember 2022 Tarikh Diterima : Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Pemeriksa Moderator (jika berkaitan) Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh: Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah. Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar : ALIF Tarikh : 5 DISEMBER 2022 Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: ALIF Tarikh 5/12/2022 (Muhammad Alif bin Talib)
3 MATAPELAJARAN Pendidikan Islam MINGGU 26 KELAS 2 Arif MASA 4.35-5.35 TARIKH 26/9/2022 HARI Isnin BIDANG Bidang Feqah TAJUK Solat Sunat Menampung Kefardhuan STANDARD KANDUNGAN 4.13 Merumuskan kefahaman tentang solat sunat rawatib serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah. STANDARD PEMBELAJARAN 4.13.1 Menyatakan pengertian solat sunat rawatib. 4.13.2 Menjelaskan kaifiat menunaikan solat sunat rawatib. 4.13.3 Menjelaskan hikmah solat sunat. THE BIG IDEA Solat Sunat Menjemput Rahmat Allah SOALAN PENCETUS IDEA (EQ) 1. Apakah pengertian solat solat sunat rawatib? 2. Bagaimanakah kaifiat menunaikan solat sunat rawatib? 3. Apakah hikmah melaksanakan solat sunat? OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1. Menyatakan pengertian solat rawatib. 2. Menjelaskan kaifiat menunaikan solat rawatib. 3. Menjelaskan hikmah solat sunat. KRITERIA KEJAYAAN 1. Menjelaskan keseluruhan definisi solat sunat rawatib. 2. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga kaifiat solat sunat rawatib. 3. Menerangkan sekurang-kurangnya tiga hikmah solat sunat.
4 AKTIVITI 1. Menonton video 2. Aktiviti “Jigsaw” dijalankan 3. Penghasilan Peta i-Think 4. Sesi soal jawab guru dan murid PENDEKATAN Deduktif: Pendekatan umum kepada spesifik ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK) Kreativiti: Murid menunjukkan kreativiti yang menghasilkan peta I-think yang lebih mudah, jelas dan difahami berkenaan solat sunat rawatib. Nilai murni: Murid diterapkan nilai murni pada aspek kerohanian dengan mengetahui hikmah pelaksanaan solat sunat.
5 LANGKAH AKTIVITI PDPC CATATAN Set Induksi 4.35-4.40 (5 Minit) 1. Guru menayangkan ilustrasi video penerangan tentang solat sunat rawatib pada skrin layar selama 3 minit. 2. Guru memberikan peneguhan positif kepada murid sebelum memulakan fasa pembelajaran seterusnya. Soalan: - Apakah yang kamu faham tentang ilustrasi video yang ditayangkan sebentar tadi? - Adakah kamu pernah dengar tentang solat sunat rawatib sebelum ini? - Siapakah di antara kamu yang selalu melakukan solat sunat rawatib sama ada di rumah, sekolah atau masjid? 3. Murid menjelaskan perkaitan video dengan topik pembelajaran setelah diberikan penerangan ringkas dan kata kunci yang penting dalam topik oleh guru selama 2 minit. KPPB Model reka bentuk pembelajaran – Pemanfaatan Digital Huraian Penggunaan teknologi digital dalam bilik darjah untuk memacu dan memberikan nilai tambah dalam pembelajaran dan pengajaran. Kemahiran penerangan menggunakan ilustrasi memberikan kefahaman yang mudah, jelas dan tepat kepada murid. Aplikasi Murid melakukan proses berfikir dan menstruktur input berdasarkan ilustrasi video lalu mampu memberikan respon positif perkaitan video dan topik pembelajaran Kaedah • Soal jawab • Perbincangan Strategi • Berpusatkan bahan • Berpusatkan guru PAK-21 • Bersifat ingin tahu
6 Bahan Bantu Mengajar (BBM) ➢ LCD ➢ Projektor ➢ Laptop
7 Langkah 1 4.40- 4.55 (15 Minit) 1. Murid mendengar pengertian solat sunat rawatib, kaifiat melaksanakan solat sunat rawatib dan hikmah solat sunat oleh guru. 2. Murid diminta supaya menyalin kata kunci yang penting semasa penerangan tentang solat sunat rawatib diberikan oleh guru. 3. Aktiviti “Jigsaw” dijalankan. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberikan nombor 1 – 3. Kemudian setiap ahli mengikut nombor akan dikumpulkan untuk membincangkan subtopik yang diberikan. KPPB Model kerangka Rigor (Relationship and relevance) Huraian Memfokuskan hubungan antara guru dengan murid, murid dengan murid dengan wujudnya pemerolehan iaitu mengingat semula secara ringkas dan pemahaman asas tentang pengetahuan itu sendiri. Aplikasi Guru memberikan penerangan terlebih dahulu kepada murid sebelum murid melakukan aktiviti dalam berkumpulan Kaedah • Perbincangan Strategi • Berpusatkan guru • Berpusatkan murid PAK-21 • Bersifat ingin tahu • Pemikir
8 LANGKAH AKTIVITI PDPC CATATAN Langkah 2 4.55-5.15 (20 Minit) 1. Setiap kumpulan diberikan satu sub-topik: Kumpulan nombor 1 – Setiap ahli membincangkan tentang pengertian solat sunat rawatib. Kumpulan nombor 2 – Setiap ahli membincangkan tentang kaifiat melakukan solat sunat rawatib. Kumpulan nombor 3 – Setiap ahli membincangkan tentang hikmah solat sunat. 2. Guru menunjukkan contoh ilustrasi peta IThink pada skrin layar. 3. Murid diberikan sebatang pen marker dan sehelai kertas mahjung bagi setiap kumpulan. 4. Murid diarahkan untuk membina peta I-think berdasarkan perbincangan sub-topik dengan menggunakan kata kunci yang tepat dan lebih mudah difahami serta diingati. KPPB Model Kompetensi Global 6C (Pemikiran Kritis – Critical Thinking) dan Kreativiti Huraian Kemahiran berfikir murid lebih mendalam bagi membina ilmu secara kolaboratif dan membina kreativiti melalui pemanfaatan digital Aplikasi Murid mengenal pasti maklumat dan membuat perkaitan dengan menterjemahkan idea menggunakan peta i-Think secara kreatif Kaedah • Perbincangan Strategi • Berpusatkan bahan • Berpusatkan murid PAK-21 • Mahir berkomunikasi • Kerja berpasukan • Pemikir Bahan Bantu Mengajar (BBM) ➢ Kertas Mahjung ➢ Pen Marker ➢ Pita Pelekat ➢ LCD ➢ Projektor
9 Langkah 3 5.15-5.25 (5 Minit) 1. Ahli kumpulan balik semula ke kumpulan masing - masing dan menerangkan kepada ahli kumpulan tentang hasil perbincangan mereka. 2. Guru melakukan soal jawab tentang apa yang telah dibincangkan di dalam kumpulan bersama wakil setiap kumpulan. 3. Murid diberikan lembaran kerja kepada setiap murid sebagai pentaksiran KPPB Model Reka Bentuk Persekitaran Pembelajaran – Iklim dan budaya pembelajaran Huraian Persekitaran pembelajaran yang interaktif di mana murid terlibat aktif dan bermakna dengan guru Aplikasi Murid membuat kesimpulan ringkas tentang keseluruhan topik berdasarkan penghasilan peta i-Think yang kreatif kepada guru Kaedah • Perbincangan • Soal jawab Strategi • Berpusatkan guru • Berpusatkan murid PAK-21 • Mahir berkomunikasi • Kerja berpasukan • Pemikir
10 LANGKAH AKTIVITI PDPC CATATAN Penutup 5.25-5.35 (10 Minit) 1. Guru membuat ulasan dan kesimpulan bagi keseluruhan topik pembelajaran. 2. Guru bercerita serba sedikit asal usul ibadah sunat yang banyak diajarkan dan dimulakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. 3. Murid diminta untuk berselawat ke atas Nabi S.A.W 4. Guru memberikan kata-kata penutup yang berkaitan dengan topik pembelajaran bersumberkan kata-kata ilmuwan islam kepada murid-murid. “Amalan fardhu melepaskan diri daripada kermurkaan Allah, manakala amalan sunat menarik rahmat dan kasih saying Allah” KPPB Model 3E (Meningkatkan – Enhancement) Huraian Guru membimbing murid dengan memberikan input dan nilai tambahan luar daripada buku teks. Strategi • Berpusatkan guru Kaedah • Bercerita PAK-21 • Bersifat ingin tahu • Bermaklumat Refleksi 18 Orang daripada 22 orang murid dapat mencapai tahap penghayatan dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan iaitu murid dapat menerangkan pengertian, tatacara dan hikmah melakukan solat sunat rawatib. 4 Orang murid belum dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dan diberikan bimbingan khusus oleh guru.
11 Refleksi Kurikulum Pendidikan Islam merupakan antara subjek yang menjadi pemangkin bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru mestilah menerapkan dasar Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna yang meletakkan penekanan kepada empat elemen reka bentuk dalam pembelajaran bermakna yang juga melibatkan kompetensi 6C murid di dalam rancangan pengajaran harian sebelum berlakunya proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana menurut Ellyza Karim (2019), pelaksanaan amalan pedagogi yang terbaharu, berkualiti dan bersesuaian dapat mewujudkan hasil pembelajaran yang bermakna kepada murid. Maka dapat dilihat invovasi pedagogi ini mempunyai signifikannya yang tersendiri melalui wujudnya konsep KPPB yang menghendaki murid supaya membina pengetahuan baru dan mengimplimentasikan di dunia realiti dengan bantuan alat digital serta kemahiran menggunakannya. Sebagai contoh, wujudnya penerapan KPPB semasa proses induksi menggunakan model reka bentuk pembelajaran dengan pemanfaatan sepenuhnya alatan digital di dalam bilik darjah seperti penggunaan bahan bantu mengajar iaitu skrin layar, projektor dan komputer riba akan mampu menghidupkan suasana pembelajaran yang bermakna. Hal ini kerana induksi merupakan suatu proses untuk menarik minat dan mengekalkan perhatian murid maka ianya memerlukan usaha guru yang kreatif sebelum beralih kepada aktiviti pengembangan serta mampu mengelakkan kebosanan bagi murid. Salah satu kemahiran pengajaran adalah kemahiran penerangan dengan menggunakan contoh atau ilustrasi yang ringkas, tepat dan jelas serta mudah difahami oleh murid. Oleh yang demikian, video ilustrasi tentang solat sunat rawatib sedikit sebanyak membantu guru bagi memberikan kefahaman kepada murid dan dapat mengoptimumkan penggunaan masa. Hasil daripada set induksi yang berkesan adalah dengan wujudnya respon positif daripada murid melalui tayangan video ilustrasi tersebut. Seterusnya, model kerangka Rigor diterapkan pada peringkat perkembangan idea dengan melihat hubungan interaktif antara guru dengan murid dan murid dengan murid pada langkah satu. Pada awalnya guru akan menerangkan tentang topik berkenaan dan murid diminta untuk menyalin kata kunci yang memudahkan bagi murid untuk memahami dan mengingati isi penting kandungan pembelajaran. Selari dengan pendapat Joanne McEachen (2018) yang mengatakan perhubungan antara guru dan murid akan menjadi lebih rapat apabila penyelesaian masalah dilaksanakan secara bersama-sama.
12 Langkah kedua merupakan klimaks kepada proses pembelajaran dan pengajaran di mana strategi berpusatkan murid dan bahan diaplikasikan melalui pelaksanaan aktiviti pembelajaran abad ke-21 iaitu “Jigsaw”. Model yang diimplementasikan ialah model kompetensi global (6c) kemahiran pemikiran kritis dan kreativiti yang memperlihat usaha murid membina pengetahuan baru secara kolaboratif dengan mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan bagi menghasilkan peta i-Think yang kreatif berisi maklumat pembelajaran dengan jelas, mudah difahami dan tepat di atas kertas mahjung yang telah disediakan dengan bimbingan contoh peta i-Think yang ditayang pada skrin layar. Kamaruddin Hj. Husin menyatakan bahawa melalui pendekatan induktif, murid-murid akan mampu membina konsep setelah guru memberikan contoh terlebih dahulu. Aktiviti “Jigsaw” dilakukan kerana pada awalnya murid berada di dalam kumpulan masing-masing dan berkemungkinan terdapat murid yang hanya melihat rakannya membuat kerja sebelum dipecahkan mengikut nombor 1, 2 dan 3 supaya setiap murid mempunyai peranan tersendiri dan dapat memahami setiap sub topik yang dibincangkan. Model reka bentuk persekitaran pembelajaran pula dapat dilihat pada langkah tiga iaitu berlakunya hubungan interaktif antara murid dan guru melalui kaedah soal jawab dan perbincangan wakil daripada setiap kumpulan. Iklim dan budaya pembelajaran yang positif amat penting bagi meningkat penglibatan semua murid dalam aktiviti dan menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran berlaku secara dua hala agar dapat menghasilkan suatu pembelajaran itu bermakna. Di samping itu, menurut Zarina Abdul Rashid (2016) model ini juga membantu murid menyelesaikan soalan yang mempunyai unsur KBAT yang memerlukan kemahiran kognitif yang tinggi melalui pembelajaran bermakna. Pada peringkat penutup, guru menggunakan model 3E Meningkatkan (Enhancement) dengan memberikan input tambahan di luar daripada buku teks sebagai nilai tambah kepada murid. Perkara ini penting kerana pembelajaran murid-murid tidak hanya bergantung kepada maklumat yang terdapat di dalam buku teks sahaja selaras dengan enam aspirasi murid yang mahu melahirkan murid yang berpengetahuan luas.
13 Kekuatan Pada set induksi, guru berjaya menarik perhatian murid dengan sepenuhnya. Penglibatan murid pada peringkat pengembangan idea berlaku secara interaktif dan menyeronokkan kerana berpusatkan bahan dan murid serta bahan bantu mengajar yang mencukupi. Proses pembelajaran dan pengajaran tidak terlalu membebankan melalui penyampaian isi kandungan topik yang tepat, jelas dan mudah difahami serta majoriti murid berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Kelemahan Masih terdapat beberapa murid yang kurang aktif semasa aktiviti di dalam kumpulan dijalankan dan menunjukkan reaksi yang kurang berminat terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Pada langkah kedua terdapat murid yang lambat menyiapkan tugasan yang diberikan dan berlaku anjakan masa daripada masa yang telah ditetapkan. Cadangan penambahbaikan Guru boleh merancang aktiviti lain yang lebih berkesan dari segi penggunaan masa, bahan bantu mengajar dan kemahiran penerangan yang menggunakan ilustrasi yang mampu mengoptimumkan penglibatan murid secara keseluruhan bagi melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran.
14 RUJUKAN: Ellyza Karim. (2019). Reka Bentuk Pembelajaran dalam Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Jurnal Refleksi Kepimpinan, 2. https://www.academia.edu/42016585/Reka_bentuk_pembelajaran_dalam_kapasiti_p edagogi_pembelajaran_bermakna_di_IPG_Kampus_Pendidikan_Teknik Joanne McEachen, Michael Fullan, & Joanne Quinn. (2018). NPDL Global Report. Deep Learning Series, 5, 63. http://npdl.global/wp-content/%0Auploads/2016/12/npdlglobal- report-2016.pdf%0Ahttp://npdl.global/wp-content/ uploads/2016/12/npdlglobal-report-2016.pdf Zarina Abdul Rashid. (2016). Tahap Kesediaan Guru dalam Aspek Pengetahuan dan Keperluan Latihan Berfokuskan Aplikasi KBAT [Universiti Tun Hussein Onn Malaysia]. http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9086/1/Zarina_Abdul_Rashid.pdf Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Pendidikan Islam: Dokumen Standard Kurikulumvdan Pentaksiran Tingkatan 2. Kementerian Pendidikan Malaysia
15