The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roshita.jaffar, 2022-01-25 19:52:47

TRANSFORMASI PENTAKSIRAN

PINTAS2022

PENDIDIKAN SENI VISUAL

MATA PELAJARAN Pendidikan Seni Visual HARI

TOPIK/TEMA Bidang Menggambar - Tajuk Catan TARIKH

TAHUN/TINGKATAN Tahun 4 MASA/TEMPOH 60 minit

STANDARD KANDUNGAN:
1.1 Bahasa Seni Visual
2.1 Kemahiran Seni Visual
STANDARD PEMBELAJARAN:
1.1.1 Mengenal pasti dan membanding beza bahasa seni visual yang ada pada karya dalam Bidang Menggambar

(i) Catan

2.1.1 Mengaplikasikan bahasa seni visual pada karya catan dalam Bidang Menggambar melalui penerokaan:
(i) media dan teknik basah atas basah.
(ii) proses pengkaryaan.

PRAUJIAN Murid diberikan lima soalan kuiz praujian yang berkaitan bahasa seni visual, penerokaan media,
teknik dan proses penghasilan catan.

KUKUH I KUKUH I PENGAYAAN

Murid mengenal pasti dan Murid membuat penerokaan media 1. Murid menjana idea kreatif semasa

OBJEKTIF membanding beza bahasa seni basah, teknik catan dan proses proses pengkaryaan.

SET INDUKSI visual yang terdapat pada: penghasilan karya catan. 2. Murid memilih hal benda (subject

AKTIVITI PdP i. objek buatan manusia matter) sebagai sumber rujukan
(mengikut
ii. objek alam semula jadi untuk berkarya.
urutan- aktiviti
yang menarik iii. karya seni 3. Murid meneroka media dan teknik
dan berkesan
dalam tempoh penghasilan catan mengikut

masa yang kreativiti.
realistik)
Guru menunjukkan beberapa gambar karya seni melalui kad imbasan dan murid diminta mengenal pasti karya

tersebut.

1. Murid secara dalam 1. Murid secara dalam berkumpulan 1. Murid menghasilkan karya catan

berkumpulan mengenal membuat penerokaan dengan secara dalam berkumpulan

pastidan membanding beza bimbingan guru. berdasarkan penerokaan

bahasa seni visual berdasarkan 2. Murid membuat penerokaan perkembangan idea berpandukan

bahan ransangan guru: media basah, teknik catan dan proses pengkaryaan:

i. objek buatan manusia proses penghasilan karya catan. i. hal benda (subject matter)

ii. objek alam semula jadi 3. Murid menganalisis media dan sebagai sumber rujukan.

iii. karya seni teknik yang digunakan. ii. pengolahan komposisi, dan

3. Murid membentangkan hasil 4. Murid membentangkan hasil reka letak.

dapatan dalam kumpulan. dapatan dalam kumpulan. 2. Murid membentangkan hasil

4. Murid menjalankan pascaujian. 5. Murid menjalani pascaujian. penerokaan dalam kumpulan.

3. Murid menjalani pascaujian.

GABUNG JALIN/PENERAPAN

EMK Bahasa Kreativiti dan inovasi Kreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasi Sains dan teknologi Sains dan teknologi
KECERDASAN Kelestarian alam sekitar Kelestarian alam sekitar Kelestarian alam sekitar
PELBAGAI Interpersonal, bahasa, Interpersonal, bahasa, Interpersonal, bahasa,
visual-ruang visual-ruang visual-ruang

KBAT Mengaplikasi, menganalisis Mengaplikasi, menganalisis Menilai, mencipta

PAK-21 Kreativiti, pemikiran kritis, kolaboratif, komunikasi

JENIS Murid diberikan soalan dalam bentuk kuiz, lembaran kerja dan latihan amali berkaitan bahasa seni
PASCAUJIAN visual dan kemahiran seni visual. (Rujuk contoh aktiviti dalam Penerangan Panduan Perancangan
Pengajaran PSV)
PENTAKSIRAN Kaedah Pemerhatian : PdP secara amali seperti penerokaan dan pengkaryaan.
Kaedah Lisan : PdP secara teori seperti soal jawab dan ulasan.

IMPAK/REFLEKSI Murid boleh menguasai Murid boleh menguasai
*Contoh penulisan pengetahuan asas pengetahuan dan kemahiran
CATATAN
*Contoh
Penulisan

MAKLUMAN:
1. Aktiviti pembelajaran ini merupakan contoh sahaja.

2. Guru boleh menggunakan contoh pengajaran semasa PdP dan digalakkan untuk merancang aktiviti
mengikut kesesuaian tahap murid masing-masing.

Dilaksanakan untuk mengesan pengetahuan sedia ada murid terhadap kandungan yang akan dipelajari.

Guru mengemukakan lima soalan lisan kepada murid merangkumi bidang menggambar aktiviti karya
catan bagi kefahaman murid tentang bahasa seni visual, penerokaan media, teknik dan proses
penghasilan.

1. Sila nyatakan bahasa seni visual yang kamu tahu.
2. Adakah bahasa seni visual wujud pada disekeliling kamu?
3. Apakah media yang sesuai untuk menghasilkan karya catan?
4. Senaraikan dua teknik penghasilan catan yang kamu tahu?
5. Berikan dua perbezaan antara lukisan dan catan?

1. Guru menunjukkan beberapa gambar karya seni melalui
kad imbasan dan murid diminta mengenal pasti karya
catan.

2. Murid mengenal pasti media untuk menghasilkan karya
catan dengan bimbingan guru.

Diorama Lukisan Catan Arca

Pendekatan PdP yang menyokong dan membantu murid agar BA B
mereka dapat menguasai standard kandungan yang ditetapkan.
AA
Murid mendengar penerangan guru berkaitan bahasa seni B
visual iaitu warna dan imbangan:

• Warna primer (A) ialah warna yang tidak dapat
dihasilkan daripada campuran warna lain dan Warna
sekunder (B) ialah warna hasil campuran dua warna
asas.

• Imbangan simetri (Objek rama-rama) ialah
gubahan yang kelihatan sama antara bahagian kiri
dan kanan objek manakala Imbangan tidak simetri
(objek pokok) ialah tidak sama di kedua-dua
bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang
menimbulkan kesan keseimbangan.

Imbangan simetri Imbangan tidak simetri

Pendekatan PdP yang menyokong dan membantu murid agar
mereka dapat menguasai standard kandungan yang ditetapkan.

1. Guru menunjukkan bahan rangsangan seperti Membanding Beza Bahasa Seni Visual
objek buatan manusia, objek alam semula jadi
dan karya seni: Objek Alam Semula Jadi.
• warna - sekunder
2. Murid bersoal jawab dengan guru tentang • ruang - rata
bahasa seni visual yang ada pada objek yang • kontra - jalinan
ditunjukkan: • imbangan - tidak simetri
i. objek buatan manusia
ii. objek alam semula jadi Objek Buatan Manusia
• warna - primer
• ruang - nyata
• kontra - warna
• imbangan - tidak simetri

Pendekatan PdP yang menyokong dan membantu murid agar Imbangan Warna Ruang
mereka dapat menguasai standard kandungan yang ditetapkan. - Tidak - Primer, - Ilusi
simetri tertier
1. Murid melihat contoh karya
catan (gambar burung) yang Bahasa
ditunjukkan oleh guru. Seni
Visual
2. Murid mengenal pasti bahasa
seni visual yang terdapat pada Kontra
karya tersebut. - Warna

3. Murid membentangkan hasil
dapatan dalam kumpulan
menggunakan peta buih.

Murid diberi tugasan dalam kumpulan untuk mewarnakan B AB
AA
lembaran kerja menggunakan cat air mengikut: B
• A untuk warna primer
• B untuk warna sekunder

Murid diberi tugasan dalam kumpulan untuk menunjukkan prinsip imbangan dalam gambar pada lembaran
kerja. Garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut oleh murid.

Contoh:

Pendekatan PdP yang menyokong dan membantu murid agar
mereka dapat menguasai standard kandungan yang ditetapkan.

1. Murid secara dalam kumpulan Cat Poster Cat Air
mengaplikasi pengetahuan bahasa seni Cat Tempera Cat Minyak
visual iaitu warna primer, warna sekunder
dan warna tertier melalui penerokaan
media dengan bimbing guru.

2. Murid meneroka jenis media seperti:
i. cat poster
ii. cat air
iii. cat tempera
iv. cat minyak

Pendekatan PdP yang menyokong dan membantu murid agar
mereka dapat menguasai standard kandungan yang ditetapkan.

1. Murid secara dalam kumpulan mengaplikasi bahasa Contoh Teknik Penghasilan Catan
seni visual melalui penerokaan teknik dan proses
penghasilan karya catan dengan bimbangan guru.

2. Murid menganalisis:
1. Teknik basah atas basah - sapuan warna di atas
permukaan basah atau lembap.

2. Teknik kering atas basah - sapuan warna cat air ke Teknik Basah Atas Basah Teknik Basah Atas Kering
atas permukaan kertas yang telah dibasahkan
terlebih dahulu atau disapu dengan warna yang
cair.

3. Murid membentangkan hasil dapatan dalam kumpulan.

1. Nyatakan perbezaan kamu lihat kesan penggunaan media di bawah:
i. cat poster
ii. cat air
iii. cat tempera
iv. cat minyak

2. Apakah perbandingan antara teknik basah atas basah dengan teknik kering atas basah yang kamu
dapat lihat?

Pendekatan PdP yang dapat mencabar pemikiran, menarik minat dan meningkatkan motivasi
agar potensi dan keupayaan mereka dapat dioptimumkan.

1. Murid secara dalam kumpulan membuat penerokaan hal
benda (subject matter) objek alam semula jadi iaitu daun
sebagai sumber rujukan pengkaryaan.

2. Murid cuba membuat peniruan objek tersebut dari segi
penggunaan warna sekunder dan imbangan tidak simetri.

3. Murid membentangkan hasil penerokaan dalam kumpulan.

Pendekatan PdP yang dapat mencabar pemikiran, menarik minat dan meningkatkan motivasi
agar potensi dan keupayaan mereka dapat dioptimumkan.

1. Murid secara dalam kumpulan membuat penerokaan
hal benda (subject matter) objek buatan manusia iaitu
beg sekolah sebagai sumber rujukan pengkaryaan.

2. Murid cuba membuat peniruan objek tersebut dari segi
penggunaan unsur ruang ilusi dan prinsip kontra warna.

3. Murid membentangkan hasil penerokaan dalam
kumpulan.

1. Murid menceritakan berkaitan bahasa seni visual pada karya catan yang telah dihasilkan?
2. Apakah elemen yang boleh membuatkan karya catan itu lebih menarik?


Click to View FlipBook Version