KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
DIPLOMA IN HALAL INDUSTRY
TEOLOGI ISLAM
(ISL 1063)
“KAEDAH MENANGANI PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA”
Disedikan Oleh:
SITI NURAKILAH BINTI NOR SURIYAMI
BMH20-01-016
Disediakan Kepada:
USTAZ MD JAFNI BIN RAMLI
Tarikh Hantar:
27 September 2020
PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
PERKARA_______________________________________________________________MUKA SURAT
1. Penghargaan 3
2. Abstrak 4
3. Definisi Syiah 5-7
4. Kaedah Menangani 8-11
5. Kesimpulan 12
6. Senarai Rujukan 13
2
PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA
PENGHARGAAN
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Pertama sekali, dengan rendah diri ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT
kerana atas limpah kurnia nikmatNya, saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dalam
masa yang ditetapkan. Pelbagai cabaran telah saya tempuh dengan jayanya di dalam proses penyiapan
tugasan ini. Justeru, saya berasa amat terharu dan gembira kerana berkat usaha gigih, saya berjaya
tiba ke penghujung kajian ini.
Saya ingin merakam ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga khususnya kedua
ibu bapa saya. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, mustahil tugasan ini dapat disempurnakan
dengan jayanya. Pengorbanan mereka tidak dapat saya balas melainkan sekadar menghadiahkan
kejayaan saya ini. Berkat doa dari mereka juga mejadi bekalan untuk saya terus maju dalam kihidupan.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah Teologi Islam saya iaitu Ustaz Md Jafni
Bin Ramli kerana telah mengajar saya sepanjang semester ini. Tidak lupa juga
Akhir kata dari saya, sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam tugasan ini. Semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat buat kita
semua dan semoga kita akan lebih maju dalam kehidupan. Sekian. Wallahuaklam.
3
PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA
ABSTRAK
Syiah merupakan satu bentuk fahaman keagamaan yang kian tersebar luas di serata dunia. Fahaman
ini amat bercanggah dari landasan agama serta bercanggah dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
yang kita amalkan sejak sekian lamanya. Fahaman syiah ini terdapat beberapa peringkat yang bermula
atas dasar politik dan kian berkembang hingga memesongkan akidah. Kebanyakan umat islam
khususnya di Malaysia mengalami masalah untuk membezakan pengikut Antara dua fahaman ini dan
menyebabkan ramai yang kian terpengaruh dengan ajaran yang menyimpang ini. Justeru itu, kajian ini
menyingkap tentang sejarah fahaman syiah yang mana jika kita telusurinya, maka kita akan faham
akan perbezaannya dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kajian ini menggunakan beberapa
sumber rujukan serta pandangan dari pakar bidang Islam untuk memastikan sumber yang diperoleh
adalah sahih dan boleh diguna pakai bagi tujuan tugasan ini.
4
PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA
Defininisi Syiah
Syiah ialah salah satu mazhab yang menolak tiga khalifah al-Rasyidin yang awal dan menganggap
Saidina Ali bin Abi Talib sebagai pengganti Nabi Muhammad s.a.w yang sah (Kamus Dewan 2005).
Perkataan Syiah dalam bentuk yang majmuk bermaksud pengikut, penyokong, sekumpulan manusia
yang menunjukkan persetujuan tentangkepercayaan yang mereka terima atau tolak (Seyyed Hossein
Nasr & Oliver Leaman 2001: 119). Walau bagaimanapun, istilah ini telah sinonim dengan maksud para
pengikut Sayidina Ali bin Abi Talib sebagaimana Ibn Khaldun juga telah memberikan definisi Syiah
sebagai satu istilah yang menggambarkan para pengikut Ali, keturunannya dan suatu kelompok.
Mereka bersepakat dalam hal ini bahawa Imamah bukan sesuatu yang boleh diserahkan kepada budi
bicara umat Islam iaitu ia bukan suatu autoriti untuk mereka memilih siapa yang akan menjadi Imam
bahkan merupakan rukun agama Islam. Akan tetapi, tanggungjawab untuk memilih Imam kepada
umat Islam adalah merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w yang mesti melantik seorang Imam,
seseorang yang tidak melakukan kesalahan dan mempunyai akhlak yang sempurna (Ibn Khaldun 1958:
196).
ISTILAH SYIAH YANG DIGUNAKAN DALAM AL-QURAN
Seterusnya, perkataan Syiah ini memang terdapat di dalam Al-Quran dan 12 tempat kesemuanya
merujuk kepada hubungan kemanusiaan sesame mereka.
Antara ayat yang mengandungi kalimah syiah dan maknanya:
“Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya
di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, - seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari
pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang
dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa
berkata: "Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata
(angkaranya) ". (surah al-Qasas: 15)
“Dan sesungguhnya Ibrahim adalah tergolong dari syiahnya (Nuh)” (surah as-Saaffaat: 83)
5
PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA
“Syiah” seperti yang ditunjukkan diatas adalah perkataan khusus yang digunakan oleh Allah di dalam
al-Quran untuk rasul-rasulNya yang bermartabat tinggi beserta pengikut-pengikut mereka.
“Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia
menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-
anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia
dari golongan yang membuat kerosakan”. (surah al-Qasas: 4)
“Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari
sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-
belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam
sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang
menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya”. (surah al-
An’am: 65)
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam
kalangan kaum-kaum yang telah lalu”. (surah al-Hijr: 10)
Sebaliknya, sekiranya seseorang itu menjadi syiah (pengikut) kepada hamba yang saleh, maka itu tidak
salah untuk menjadi syiah. Sebaliknya, jika seseorang itu syiah kepada pemerintah zalim atau orang
yang melakukan kejahatan, maka dia akan mendapat balasan yang sama dengan orang yang dikutinya.
Al-Quran menceritakan bagaimana manusia akan dibangkitkan secara berkumpulan pada hari
kebangkitan dan setiap kumpulan atau golongan akan mempunyai ketuanya (Imam) di hadapannya,
Allah berfirman:
“(Ingatlah) pada hari di mana Kami akan memanggil setiap orang dengan Imamnya” (surah al-Israa’:
71)
6
PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA
ISTILAH SYIAH YANG DIGUNAKAN DALAM HADIS
Selain itu, terdapat juga istilah syiah yang digunakan dalam hadis. Sepanjang sejarah islam “syiah”
telah digunakan untuk pengikut Imam ‘Ali a.s. Ia bukanlah merupakan satu istilah yang dicipta
kemudia.
Orang pertama yang menggunakan istilah ini adalah Rasulullah SAW sendiri. Apabila ayat berikut
diturunkan:
Bagi mereka yang beriman dan alam soleh, sesungguhnya merekalah makhluk terbaik (Quran 98:7)
Rasulullah SAW bersabda kepada Ali: “Ia adalah untuk kamu dan syiahmu”
Baginda menambah: “Aku bersumpah dengan Dia yang memegang nyawaku bahawa lelaki ini (Ali) dan
syiahnya akan mendapat kejayaan pada hari kebangkitan"
Rasulullah SAW bersabda “Wahai Ali! (pada hari pembalasan) kamu dan syiahmu akan dating
menghadap Allah (dalam keadaan) disukai dan menyukai, dan akan dating kepadaNya musuh-
musuhmu dalam keadaan marah dan degil.
Perlu diingatkan bahwa Rasulullah SAW tidak pernah untuk memecah-belahkan kaum Muslimin
kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Baginda memerintahkan semua untuk mengikut Imam Ali as
sebagai wakilnya pada masa hayatnya, dan sebagai pewaris dan khalifah selepasnya. Malangnya
mereka yang mengikut suruhan Rasulullah ini hanya sedikit dan dikenali sebagai “syiah Ali”. Mereka
dikenakan pelbagai jenis bentuk penindasan dan kezakiman, dan menderita semenjak hari Nabi
Muhammad SAW wafat. Sekiranya semua kaun muslimin patuh kepada suruhan Rasulullah, sudah
pasti tidak akan wujud banyak kumpulan dan pelbagai mazhab dalam islam sebagaimana sekarang. Di
dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
“ Selepas dariku perpecahan dan kekacauan akan muncul di kalangan kamu, apabila situasi ini berlaku,
pergilah cari Ali kerana beliau boleh memisahkan di Antara kebenaran dari kepalsuan”
Mengenai ayat quran di atas, beberapa ulama Ahlussunah meriwayatkan sebuah hadis daripada Imam
Ja’far al-Sadiq as. Imam keenam syiah daripada keluarga Rasulullah(ahlulbait), bahawa:
“Kamilah tali Allah yang dimaksudkan oleh firman Allah: Dan berpegang teguhlah, kamu semuanya,
kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.
7
PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA
KAEDAH MENANGANINYA DENGAN TERPERINCI DALAM KALANGAN PELAJAR
1. IMAN ASAS KUALITI INSAN
Iman mempunyai kaitan yang padu dengan kualiti insan. Ia adalah asas atau permulaan bagi setiap
tindakan manusia yang akan menghasilkan kesempurnaan seseorang yang benar-benar bersyahadah
dengan keimanannya. Oleh kerana itulah al-Quran tidak memisahkan antara iman dan amal seseorang
itu. Firman Allah swt,
Yang Bermaksud, “Sesungguhnya orang- orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang
percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi,
serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-
orang yang benar (pengakuan imannya)”
Melalui konsep iman tunggak kekuatan, seseorang muslim akan menjadi teguh berupaya
melaksanakan titah perintah Allah, meninggalkan segala larangan, mampu menghindari kejahilan dan
penyelewengan.
Melalui iman juga manusia akan terselamat daripada sebarang ancaman sama ada yang datang dari
luar mahupun hawa nafsu yang muncul dari dalam diri. Mereka tidak akan tunduk kepada ancaman-
ancaman tersebut kerana telah dibentengi oleh iman yang teguh. Beriman kepada Allah dengan
sebenar-benarnya akan memberi kepuasan dan kebersihan hati dan fikiran. Ia akan melahirkan sifat
taqwa dan dapat memandu seseorang itu menjalani kehidupan ini dengan mengikut jalan yang lurus,
Firman Allah swt,
Yang bermaksud, “…Dan (ingatlah!) sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah memudahkan
baginya segala urusan”
Dengan iman, seseorang itu akan dapat mengenal dan membezakan antara yang benar dengan yang
salah dan tidak mudah terpengaruh serta terikut ajaran penyelewengan yang disampaikan kepada
mereka.
8
PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA
2. MELANGKAPKAN DIRI DENGAN KEFAHAMAN ISLAM PADA SEMUA PERINGKAT UMUR.
Dunia menjadi medan ujian khususnya bagi generasi muda dan baharu pada masa kini. Justeru,
pengukuhan keimanan perlu bermula dari kecil lagi supaya tidak terpengaruh dengan pemikiran yang
merosakkan seperti liberal dan secular. Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai medan ujian di
sepanjang kehidupan manusia bermula usia mencapai akil baligh.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda: "Bekerjalah kamu dengan taat kepada Allah
dan jauhilah hidup kamu daripada melakukan maksiat kepada Allah. Hendaklah kamu mengajar
anakmu sejak kecil untuk mentaati perintah Allah, larang mereka daripada melihat perkara yang tidak
baik. Apabila kamu melakukan sedemikian, kamu sedang menjaga diri kamu dan dirinya daripada
dihumban ke dalam neraka."
Mendidik anak-anak mengenali agama adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu
bapa supaya sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah SWT. Malah untuk mengukuhkan keimanan
anak-anak yang sedang membesar, ibu bapa mestilah didik anak-anak ini mencintai Rasulullah SAW
dan keluarga Baginda.
Daripada Saidina Ali Abi Talib, Rasulullah SAW bersabda: "Didiklah anak kamu pada tiga bahagian
utama. Pertama, didiklah dia supaya mencintai nabi kamu. Kedua, didik mereka untuk mencintai
keluarga Rasulullah dan ketiga, didiklah anak kamu dengan Al-Quran." (Riwayat at-Tabarani)
Ibu bapa juga digalakkan mendidik anak-anak membaca al-Quran kerana suaranya yang lunak dan
dapat meluangkan lebih masa bersama. Malah, anak-anak lebih mudah menerima didikan daripada
ibu bapa yang mentarbiah dengan penuh keikhlasan.
Sesungguhnya sesiapa yang hidup dengan al-Quran, individu itu akan berada di bawah naungan Arasy
Allah SWT bersama nabi dan golongan manusia lain yang mendapat keuntungan besar kerana
dinaungi oleh Allah SWT.
Kesimpulannya, sebagai ibu bapa mereka mestilah mendalami lebih dalam tentang ajaran islam
sebelum kealam perkahwinan agar apabila meraka sudah mendapat zuriat mereka tidak kekok untuk
mengajar dan mendidik anak-anak mereka mengenai ajaran islam yang sempurna.
9
PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA
3. PELIHARA SOLAT.
Apabila umurnya mencecah tujuh tahun ajak mereka beribadat kepada Allah SWT, iaitu mengajar
untuk solat. Begitu juga dibenarkan untuk memukul dengan tujuan untuk mendidik jika meninggalkan
solat apabila usianya mencapai 10 tahun.
Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu
bertanya apakah perkara yang paling disukai oleh Allah SWT di dalam Islam? Nabi SAW bersabda:
اوال َّص اَلةُ ِع اما ُد ال ِدي ِن،ُ او ام ْن تا ار اك ال َّص اَلةا فا اَل ِدي ان لاه،ال َّص اَلةُ ِل او ْق ِت اها
Maksudnya: “Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama
baginya dan solat itu merupakan tiang agama”. [Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab]
Hadis di atas jelas mengakatakan bahawa solat adalah tiang agama dan perkara yang paling disukai
oleh Allah. Sebagai hamba Allah kita mestilah pelihara solat agar kita tidak mudah terikut dengan
ajaran yang sesat seperti ajaran syiah. Dengan solat ini jugalah yang akan meningkatkan keimanan
dalam diri kita. Jadi kita sebagai hamba Allah kita mestilah sentiasa melakukan perkara yang disuruh
dan disukai oleh Allah dan meninggalkan perkara yang disuruh dan tidak disukai oleh Allah.
(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang
mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang
menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas
hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (Surah
AtTaubah. Ayat 112).
Justeru, untuk mengukuhkan keimanan dalam diri anak-anak, tanamkan rasa khusyuk, takwa dan sifat
kehambaan kepada Allah SWT sejak mereka kecil lagi. Rasa khusyuk ini dapat dibentuk ketika mereka
memberi sepenuh perhatian kepada ibadat solat.
Sentuhlah jiwa mereka dengan rasa sesalan dan kehambaan ketika membaca al-Quran dan sering
mengingatkan mereka bahawa orang mukmin berjaya bukan yang memiliki harta dan kemewahan
atau kecantikan rupa paras, tetapi yang sentiasa khusyuk ketika mendirikan solatnya.
Kesimpulannya, solat adalah satu kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepada semua umat islam
yang cukup sifatnya, yang waras akalnya, yang sudah mencapai akil baligh dan yang merkeda. Sebagai
umat islam kita mestilah jauhkan diri kita dari perkara yang mungkar contohnya mengikut ajaran yang
sesat seperti syiah agar hidup dikasihi dan dirahmati oleh Allah SWT.
10
PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA
4. BIJAK BERGAUL DENGAN ORANG SEKELILING.
Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin ‘Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin
Abu Musa dari bapaknya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang
bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti
penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual
minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang
atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”. (HR Bukhari No: 1959) Status: Hadis
Sahih.
Berdasarkan hadis di atas jelas menunjukkan bahawa kita perlulah bijak bergaul dengan sesiapa yang
datang dalam hidup kita, samada kehadirannya membawa manfaat atau sebaliknya. Selain itu juga
orang sekeliling ini yang akan mempengaruhi diri kita. Jika dia sering membuat kebaikan dan
mengerjakan solat maka kita juga akan terikut dengan sikapnya itu. Bukan sahaja mereka, bahkan kita
juga mempengaruhi orang sekeliling kita. Jadi, sangat penting untuk kita sentiasa berada bersama
orang-orang yang sentiasa menuju ke jalan Allah SWT.
Selain itu, kita juga perlu tahu tentang latar belakang keluarga rakan-rakan kita kerana
berkemungkinan orang yang berkawan dengan kita itu ada yang mengikut ajaran sesat ini. Ianya
sangatlah bahaya jika kita tidak mengambil tahu tentang hal itu. Besar kemungkinan merekan akan
menghasut kita dengan cara yang halus agar mengikut jejak langkah mereka ke jalan yang sesat itu.
11
PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA
5. Membuat laporan kepada pihak berwajib
Penularan ajaran sesat ini kadangkala ada dalam masyarakat kita tanpa kita sedari. Mereka
beroperasi secara senyap dan licik sehingga kadangkala tidak disedari oleh kita. Jika tahu pon
masyarakat sekadar bercakap-cakap tanpa berbuat sesuatu untuk membendung. Golongan remaja
merupakan golongan yang mudah terpengaruh memandangkan mereka masih goyah dan tidak tetap
pendirian. Mereka juga masih mencari identiti diri dengan meniru norma masyarakat sekeliling.
Supuya ajaran ini tidak mempengaruhi anak anak muda kita yang bakal meneraju negara kita satu
hari nanti kita perlu mengambil inisiatif segera dengan melaporkan perkara yang kita rasa pelik
menular dalam masyarakat kita ini. Golongan sesat ini selalunya beroperasi di rumah-rumah yang
disewa khas atau bangunan yang disewa atau dibina dengan menamakan usat tahfiz atau ajaran
islam sebenar bagi mengaburi mata masyarakat. Ada juga yang beroperasi di dalam gua-gua. Mereka
berwirid tanpa mengira kehidupan dunia kononnya bagi menyuci diri. Yang nyata sekali ada
golongan yg menganggap sesuatu yang baik dilakukan itu bidaah. Justeru itu ajaran-ajaran yang
terpesong perlulah diperbaiki segera supaya masyarakat kita tidak terpesong akidahnya dan yang
paling ditakuti memesongkan ramai masyarakat sekeliling.
12
PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA
KESIMPULAN
Jelaslah bahawa fahaman syiah ini adalah ajaran yang sesat lagi menyesatkan. Sebagai orang
islam kita mestilah menjaga akidah dan iman agar kita tidak mudah terpesong dengan perkara yang
tidak sepatutnya ini. Ajaran sesat boleh memesongkan akidah umat islam, justeru masalah ini perlu
diambil berat oleh masyarakat sekeliling bagi menanganinya agar dapat dibendung dan diberhentikan
dengan kadar segera.
13
PENGARUH AJARAN SYIAH KE ATAS PENDUDUK DI MALAYSIA
RUJUKAN
1. Al-Quran
2. https://www.slideshare.net/fauzi0071/1-bme-2-natasha-halimatun
3. https://www.researchgate.net/publication/316283933_TAHAP_PENGETAHUAN_BELIA_MEN
GENAI_GERAKAN_SYIAH_MELALUI_PENDIDIKAN_DI_SELANGOR
4. http://www.muftins.gov.my/v1/en/2019/04/19/persediaan-untuk-menangani-ajaran-
menyeleweng-sesat/
5. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2017/11/348873/perkukuh-iman-anak-sejak-
awal-usia
6. https://people.utm.my/ajmain/2017/12/12/bersahabat-dengan-penjual-minyak-wangi-
bukan-pembakar-besi/
14