The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 PENGGUNAAN BAHASA YANG TIDAK SANTUN DI MEDIA SOSIAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 713-3-ibrahim, 2022-04-12 11:19:11

MOHAMAD IBRAHIM BIN ZULKEFLI

TUGASAN 2 PENGGUNAAN BAHASA YANG TIDAK SANTUN DI MEDIA SOSIAL

BMMB 1144 (KESANTUNAN
BERBAHASA)

NAMA: MOHAMAD IBRAHIM BIN ZULKEFLI
KELAS: F 2C

ANGKA GILIRAN: 2021252310054
NAMA PENSYARAH: PUAN HAJAH NORMI BINTI DALI

SOALAN TUGASAN:

Anda dikehendaki membuktikan penggunaan
bahasa kurang santun yang dilontarkan oleh
masyarakat terutamanya di media sosial. Berikan
justifikasi serta cadangkan cara menangani isu
kesantunan berbahasa ini agar masyarakat kita
dikenali sebagai masyarakat yang mempunyai
kesantunan berbahasa dan mempunyai jati diri
yang tinggi.

KESANTUNAN BERBAHASA

Kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang tertib
dan halus, bahasa yang mempunyai nilai hormat kepada seseorang,
mempunyai unsur keteguhan dan persetujuan, mempunyai nilai kerendahan
hati, kesetiaan dan berintegriti ketika berkomunikasi.

Menurut Awang Sariyan (2007) kesantunan ialah penggunaan bahasa
yang baik,sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatankepada pihak yang menjadi teman bicara.
Menurut Asmah Haji Omar (2000) pula, kesantunan ialah kaedah atau
strategiyang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
Menurut Hamka (2002), kesantunan merujuk kepada keelokan adab
danketinggian ilmu seseorang dan bukan terletak pada wajah dan
pakaianseseorang

BSPMBAEAUENNKHDGTTAIAGUIS-ANUBSUNOTDKASIIDITAAAINLK

JUSTIFIKASI

Rajah tersebut menunjukkan ketidak
santunan dalam komunikasi di media
sosial dengan menggunakan kata-kata
kesat ''bodoh'' dan ''babi'' semasa
berkomunikasi . Secara tidak langsung
akan menyinggung perasaan dan
menimbulkan situasi yang tidak selesa
kepada pihak penerima. Penggunaan
kata-kata kesat dan kasar akan
meninggalkan kesan yang negatif
kepada penutur dan pendengar dan
boleh menyebabkan berlakunya
pergaduhan.

Seorang pengguna twitter menggunakan kata sapaan JUSTIFIKASI
yang tidak sopan dengan memanggil pihak
pengangkutan bas RapidKL dengan perkataan ''babi''.
Hal ini jelas bertentangan dengan teori Kesantunan
Asmah (2000) yang menyatakan semasa
berkomunikasi seseorang perlu mengambil kira taraf
dan peranan orang yang bercakap. Dalam situasi

ini pengguna twitter tersebut sepatutnya
menggunakan kata panggilan yang lebih sopan dan
beradab kerana di media sosial ianya dapat dilihat

dan dibaca oleh seluruh masyarakat dan
menggambarkan tingkah laku penggunaa .

Dari segi ujaran dan maklum balas, pengguna akaun
twitter tersebut mengeluarkan kata-kata yang kurang
sopan dan kasar apabila ditegur oleh pihak RapidKL
untuk menggunakan bahasa yang sepatutnya ketika
berinteraksi.

JUSTIFIKASI

Rajah tersebut menunjukkan ketidak
santunan dalam komunikasi di media
sosial dengan menggunakan kata-
kata kesat ''buto''. Selain itu juga
terdapat penggunaan bahasa rojak
dengan mencampur adukkan
perkataan daripada bahasa Inggeris
''i see''. Penggunaan bahasa rojak
merupakan musuh utama dalam
kesantunan berbahasa kerana ianya
akan menyebabkan bahasa Melayu
akan kehilangan identitinya yang
sebenar.

STUDIO SHODWE JUSTIFIKASI
FACILITATOR: RICHARD SANCHEZ
Berdasarkantangkapan skrin berikut menunjukkan
perbualan dua individu dalam aplikasi whatappss
yang menggunakan perkataan dan percakapan
tidak yang tidak santun dan dipengaruhi dialek
negeri Kedah. Contohnya, perkataan ''hang'' ''awat''.
Hal ini disebabkan oleh faktor persekitaran dan
latar belakang masyarakat yang sudah terbiasa
bertutur menggunakan dialek sesebuah
masyarakat itu sendiri. Seterusnya, terdapat juga
kesalahan ejaan yang menggunakan singkataan
ejaan seperti ''bgtw'' yang sepatutnya ditulis dengan
perkataan ''beritahu''. Penggunaan kesalahan
bahasa sebegini dalam media sosial akan
memberikan impak negatif terhadap penggunaan
bahasa Melayu.

https://youtu.be/mdFr2t3LioI

JUSTIFAKISI/SEBAB

Berdasarkan video tersebut yang memaparkan situasi yang berlaku
dalam dewan undangan negeri Melaka di mana berlaku pergaduhan
antara ADUN Pengkalan Batu dengan beberapa orang ADUN yang
lain menggunakan kata-kata yang kesat dan kasar di dalam dewan
dengan perkataan ''babi'' ''kepala bapak kau'' ''bodoh'' dan lain-lain
lagi. Selain itu, terdapat juga penggunaan percampuran bahasa
semasa sidang perbahasan berlangsung dengan menggunakan
bahasa Inggeris. Hal ini amat bertentangan dengan peraturan yang
telah ditetapkan di dalam dewan untuk menggunakan bahasa Melayu
baku sahaja semasa perbahasan. Perkara ini amat bertentangan
dengan prinsip kesantunan berbahasa yang memerlukan penggunaan
bahasa yang santun, bagi pihak ahli politik pula perlu menunjukkan
sikap yang baik dan terpuji kerana ianya dipertontonkan kepada
seluruh masyarakat.

CADANGAN

KERAJAAN

memperhebatkan lagi kempen-kempen yang telah diadakan untuk
menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan kesantunan
berbahasa dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian
kita.Masyarakat pada hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan
kempen-kempen yang diadakan sama ada di platform media sosial.
Contohnya, dengan menjadikan amalan kesantunan berbahasa sebagai
satuu trend di sosial media. Ini kerana masyarakat pada hari ini mudah
terikut dan terpengaruh dengan trend-trend di media sosial. Kerajaan
juga perlu menguatkuasakan undang-undang dengan mengabil tindakan
terhadap penggunaan bahasa yang tidak santun seperti sesetengah
negara-negara lain.

CADANGAN

INSTITUSI PENDIDIKAN

Bagi pihak institusi pendidikan pula, pihak yang bertanggungjawab seperti
jabatan bimbingan dan kaunseling perlu memberi nasihat kepada pelajar
dan melaksanakan program motivasi agar para penuntut sentiasa
mengamalkan nilai-nilai murni dalam perbuatan mahupun percakapan
dalam kehidupan mereka terutamnya apabila berkomunikasi dengan
pensyarah mahupun orang awam yang lain. Pensyarah juga perlu
memainkan peranan dengan sentiasa memberi pendidikan moral kepada
pelajar-pelajar contohnya, sebelum memulakan kelas pensyarah perlu
memberi nasihat dan motivasi mengenai adab-adab yang santun. Apabila
sentiasa diberitahu dan diperingat ianya akan meninggalkan impak yang
mendalam kepada para pelajar.

CADANGAN

Ibu bapa

Menerapkan amalan kesantunan di dalam diri nak-anak sejak dari
kecil lagi. Contohnya, dengan menunjukkan sikap menghormati
orang yang lebih tua di hadapan anak-anak dengan secara semula
jadinya mereka akan mengikuti perbuatan ibu bapa mereka. Ibu
bapa juga harus menasihati anak mereka supaya menghormati
ahli keluarga yang lebih tua seperti datuk dan nenek. Ibu bapa
juga perlu mengajar dan mendidik anak-anak mereka supaya
menggunakan panggilan atau kata sapaan yang betul semasa
berada di rumah atau semasa berkomunikasi dengan ahli keluarga
yang lain. Apabila ianya diterapkan sejak dari kecil ianya akan
menjadi suatu kelaziman dan kebiasaan mengamalkan kesantunan
berbahasa dalam kehidupan kelak.

CADANGAN

Media Massa

Pada zaman yang menuju puncak ini dan serba canggih media massa
merupakan satu perkara yang amat penting kerana semua informasi-informasi
yang berlaku dapat diperolehi dengan mudah, dengan kata lain semua malumat
di hujung jari. Kemudahan yang sdeia ada seperti internet, televisyen dan
banyak lagi memberi kita peluang untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada
masa kini. Oleh yang demikian, dengan memperbanyakkan lagi video atau iklan

ditayangkan melalui media massa akan kepentingan kesantunan berbahasa
kerana apa yang ditayangkan di media massa berupaya untuk mempengaruhi
sikap masyarat. Seperti yang kita ketahui, televisyen menjadi daya tarikan yang
popular dalam kalangan masyarakat di negara kita.Oleh itu,pihak syarikat
televisyen haruslah sentiasa memaparkan kebaikan budi bahasa dan
kepentingan nilai-nilai murni melalui iklan-iklan di televisyen dan memaparkan
program-program kebahasaan dengan lebih banyak lagi seperti bual bicara
dengan tokoh-tokoh kebahasaan dan mengehadkan rancangan daripada luar
negara

RUJUKAN :

1.Asmah Haji Omar.2000. Wacana Perbincangan Perbahasan dan
Perundingan. Dewan Kuala Lumpur: Bahasa dan Pustaka.

2.Awang Sariyan. 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

3.Ding Choo Ming. “Bahasa Penjaga Budaya” dlm. Dewan Bahasa,
hlm. 48-51, Julai, 2005.

4.Khidhir uzair. (2021). kesantunan masyarakat. Academia.edu.
https://www.academia.edu/34520305/kesantunan_masyarakat
Leech, G. 1984. Principles of Pragmatics.

BUDI BAHASA BUDAYA KITA
BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA

TERSIMEKAIAKNASIH


Click to View FlipBook Version