The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 713-3-ibrahim, 2022-04-13 01:56:41

MOHAMAD IBRAHIM BIN ZULKEFLI

TUGASAN 1

BMMB 1104 (KESUSASTERAAN
MELAYU)

NAMA: MOHAMAD IBRAHIM BIN ZULKEFLI
ANGKA GILIRAN: 2021252310054
KELAS: F2C
NAMA PENSYARAH: DR ARFAH BINTI AHAMAD

Takrif Kesusasteraan

Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang diampaikan melalui
bahasa.

Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu 1 edisi kedua,
perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu
susastera yang bermaksud huruf ata buku indah.

sas-bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk,
tra-merujuk kepada alat. apabila digabungkan sastera bererti
alat untuk mengajar.

Takrif Kesusasteraan

Awalan su-pula bermaksud baik atau indah.
imbuhan ke- dan -an membawa maksud menyeluruh iaitu,
segala yang tertulis bernilai seni dan estetika serta dengan
maksud memberikan panduan dan pengajaran.

Dalam konteks pendidikan pula kesusasteraan Melayu ialah karya yang
tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan sama ada dalam
bentuk novel, cerpen, sajak, prosa tradisional untuk mengimbangi intelek,
rohani, emosi dan jasmani serta memaparkan nilai kemanusiaan dan citra
masyarakat.

Jenis, Bentuk dan Ciri
Kesusasteraan Melayu

1.Prosa tradisional
Ianya bermaksud serius dan abadi nilainya (Siti
Hajar Abdul Aziz (2011)
Ianya berbeza dengan sastera lama kerana
sastera lama bersifat sementara
Prosa tradisional pada awalnya banyak
menerima pengaruh Hindu dan Buddha

2.Sastera Rakyat (Lisan)

Sastera ialah hasil kreatif yang mengandungi daya ciptaan imginasi pencipta yang
menggambarkan nilai-nilai world view. Masyarakat pula bermaksud kumpulan manusia yang hidup
secara berkelompok dan bersifat primitif. Rakyat pula ialah orang biasa yang hidup kolektif bagi
membentuk satu sistem kekeluargaan yang besar. Mereka hidup dalam kumpulan dan
Sastera lisan, menurut Zaidan et al (2000: 182), adalah ungkapan dari mulut ke mulut seperti
pantun, nyanyian rakyat, dan cerita rakyat.
Antara ciri sastera rakyat

Disebar dan diwariskan secara lisan.
Bersifat tradisional dan lama, iaitu dalam tempoh yang lebih lama daripada dua generasi
wujud dalam variasi yang berbeza-beza serta bersifat anonimi.
Menjadi hak milik semua masyarakat yang menghasilkannya.
Mempunyai bentuk berpola dengan plot yang hampir sama, mempunyai fungsi tertentu
seperti memberi pengajaran serta penulisannya bersifat sederhana, spontan dan kadangkala
agak kasar.

Sastera rakyat terbahagi kepada dua:
Naratif - Mitos, legenda dan cerita rakyat
Bukan naratif- Puisi rakyat

1. MITOS
MITOS MERUPAKAN CERITA YANG DIANGGAP BENAR-BENAR TERJADI DAN
DIANGGAP SUCI OLEH EMPUNYA CERITA DAN MASYARAKAT YANG
MENDUKUNGNYA.
MITOS JUGA MENGISAHKAN KEJADIAN ALAM SEMESTA, MANUSIA, BINATANG,
TUMBUH-TUMBUHAN DAN BENTUK MUKA BUMI'
TOKOH YANG TERLIBAT TERDIRI DARIPADA MAKHLUK HALUS DAN DEWA.
CIRI-CIRI MITOS TERMASUKLAH DIANGGAP BENAR-BENAR TERJADI, ANEH,
KERAMAT, BERLAKU PADA MASA LAMPAU DAN MENINGGALKAN KESAN KEPADA
MASYARAKAT.

ii. legenda

Ciri-ciri legenda ialah komunikasi lisan yang bercorak cerita kisah-kisah tokoh atau pahlawan.
Tidak terikat dengan masa lampau, tetapi teta ada hubung kait dengan masa silam.

1.Antara jenis legenda dalam masyarakat Melayu ialah legenda keagamaan, iaitu cerita mengenai orang
alim dan penyebar agama.

2.Legenda alam ghaib ataupun memorat yang dianggap benar-benar terjadi. Legenda jenis ini berfungsi
untuk meneguhkan kebenaran berkaitan dengan sesuatu kepercayaan.

3. Legenda perseorangan, iaitu berkaitan dengan tokoh-tokoh tertentu yang dianggap segala peristiwa
berkaitan dengan tokoh tersebut benar-benar terjadi. Contoh legenda jenis ini ialah tokoh kepimpinan
berkaitan tokoh Hang Tuah dan Tun Perak, tokoh agama seperti Sheikh Omar Bashyir.

4.Legenda tempat, legenda ini berkaitan dengan cerita mengenai asal usul sesuatu tempat di mana
nama tempat itu berkaitan dengan nama tokoh ataupun binatang Legenda ini berunsur historiografi
seperti cerita ataupun peristiwa yang berkait rapat dengan fakta fakta sejarah tempatan. Contoh
seperti nama tempat Pekan Langgar di Kedah dikatakan diambil sempena pelanggaran Siam ke atas
Kedah.

5.Legenda tokoh, contohnya cerita Mahsuri. Cerita Mahsuri dianggap benar kerana ruang dan masa
berkaitan cerita tersebut dipercayai benar-benar wujud seperti makam Mahsuri yang terdapat di Pulau
Langkawi..

iii. Cerita Rakyat
ianya berbentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar berlaku
Antara jenis cerita rakyat ialah
1.Cerita binatang, ditokohi oleh binatang yang mempunyai gambaran sikap dan tingkah laku seperti manusia.
Tokoh utama kebiasaanya watak utama binatang bersiaz kecil tetapi cerdik manakala watak antagonis ialah
binatang besar tetapi kurang cerdik dan dianggap bodoh. Cerita Sang Kancil menipu Gergasi.
2.Cerita penglipur lara. iaitu cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara seperti Tok Selampit, Awang Belanga
dan Awang Batil. Ciri-ciri cerita lipur lara ialah dituturkan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain
dengan tokok tambah dan ianya menjadi milik masyarakat dam juga berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan
serta citra sistem masyarakat Melayu tradisional. Biasanya diselit dengan puisi tradisional dengan tema
berkaitan peperangan, percintaan dan pengembaraan. Manakala watak utama biasanya manusia biasa dan ada
juga watak dewa dan dewi Cerita banyak mengandung unsur magis dan kesaktian serta latar tempat biasanya di
istana, dunia kayangan dan alam ghaib. contoh cerita lipur lara Hikayat Malim Dewa.
3.Cerita jenaka, iaitu cerita yang dapat menimbulkan rasa geli hati dan gembira kepada pendengar. Ciri-ciri cerita
ini adanya unsur kebetulan dengan situasi sebenar sebagai ragam kehidupan manusia, unsur kelucuan
ditimbulkan melalui jalinan cerita yang disampaikan dan juga. Watak utama mempunyai sifat sifat tertentu seperti
watak bodoh. Antara contoh-contoh karya dalam jenis ini ialah Pak Pandir, Pak Belalang, Pak Kaduk dan Lebai
Malang.
4.Cerita teladan. Cerita jenis ini mempunyai unsur didaktif serta sarat dengan unsur moral dan pendidikan, Sasaran
pendengar biasanya dalam kalangan kanak kanak. Ciri-ciri cerita jenis ini watak terdiri daripada manusia biasa
mengalami suka duka pada awal cerita dan memperoleh kegembiraan akhir cerita. Contoh cerita jenis ini ialah
Bawang Putih Bawang Merah.

Sastera Istana (Tulisan)

Sastera tulisan mula diperkenalkan setelah penerimaan Islam sekitar abad ke-15 dan
berkembang dalam istana.

Sastera hikayat terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan unsur-unsur yang terdapat di
dalamnya, iaitu unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam

Contoh sastera hikayat ialah Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Sen Rama dan Hikayat Raja Pasai.
Sastera undang-undang pula dijadikan sebagai bahan kajian tentang sistem pemerintahan,
sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama.

Genre ini terbahagi kepada dua kumpulan :
Adat Temenggung -Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka
Adat Perpatih - Hanya di amalkan di Negeri Sembilan

sambungan

Sstera yang bersifat sejagat dan pahlawan.

sastera Sastera ini mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul dan ianya
epik terbahagi kepada dua;

pik kebangsaan yang diwakili oleh Hikayat Hang Tuah
Epik berunsur Islam HikayatAmir Hamzah

sastera Karya yang berkisar kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan.
panji Watak utamanya menggunakan gelaran panji
Panji mengalami pelbagai peristiwa untuk mencari kekasihnya.

sastera Berfokus cerita yang menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam
agama menyebarkan agama Islam.

Buktinya dapat dilihat dalam Hikayat Bulan Berbelah yang digunakan al-Sultan Zainal Abidin
III sebagai panduan pemerintahan.

3. Prosa Moden

Menurut Annas Hj Ahmad (1988), hasil karya sastera
selepas tahun 1800 Masihi digolongkan dalam sastera
moden. Pembahagian dari segi masa ini semata-mata
bertujuan untuk memudahkan kita untuk memahami
bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu.
Cerpen, Novel dan Dram juga termasuk dalam prosa
moden.

CERPEN BIASANYA BERKISAR MENGENAI SESUATU NOVEL PULA MERUPAKAN PROSA REKAAN
KEJADIAN ATAU PERISTIWA. CERPEN HANYA YANG PANJANG DAN DI DALAMNYA
MEMBAWA SATU TEMA DAN BEBERAPA
PERSOALAN BAGI MENGHASILKAN KESAN TERKANDUNG SEBAHAGIAN DARIPADA
MENDALAM KEPADA PEMBACA. DARI SEGI SEBUAH KEHIDUPAN. ISTILAH NO BERASAL
PERWATAKAN, CERPEN MEMUSATKAN DARIPADA BAHASA ITALI, IAITU NOVELLA
PERKEMBANGAN WATAK KEPADA BEBERAPA
ORANG TERTENTU SAHAJA DAN WATAK LAIN YANG BERMAKSUDBENDA KECIL YANG
BAHARU. . MENURUT SHAHNON AHMAD
HANYALAH BERTUJUAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN (1972:4), NOVEL MERUPAKAN SATU BENTUK
KEWIBAWAAN WATAK UTAMA. PERTENTANGAN PENTAFSIRAN RENCAM HIDUP MANUSIA
ANTARA WATAK PROTAGONIS DAN ANTAGONIS YANG TERBINA DALAM BENTUK SASTERA
AKAN MENCETUSKAN KONFLIK YANG DIANGGAP CEREKA. NOVEL MERANGKUMI TIGA
FAKTOR UTAMA YANG SALING BERKAIT,
PENTING SEBAGAI UNSUR DRAMATIK. DALAM IAITU PENGALAMAN PERIBADI, REALITI
PENULISAN CERPEN, HANYA TERDAPAT SATU PLOT
SAHAJA DAN PLOT INILAH YANG DIKEMBANGKAN RENCAM HIDUP DAN IMAGINASI.

DENGAN RAPI,.

. DRAMA JUGA TERMASUK DALAM GENRE PROSA MODEN. DRAMA MERUPAKAN KARYA
SASTERA. YANG PENULIS MENYAMPAIKAN MESEJ MELALUI LAKONAN SERTA DIALOG
MENURUT ERWAN JUHARA (2014), DRAMA MERUPAKAN JENIS KARYA SASTERA YANG
DIBANGUNKAN OLEH UNSUR INTRINSIK IAITU SATU KESATUAN YANG MEMBENTUK
KARYA SECARA KESELURUHAN. ANTARA UNSUR-UNSUR YANG MENDUKUNG DRAMA ITU

IALAH SKRIP DRAMA ITU SENDIRI YANG MENJADI PANDUAN KEPADA PENGARAH.
SETELAH SKRIP, PENGARAH MEMEGANG PERANAN PENTING UNTUK MENYELARASKAN

PEMENTASAN DRAMA TERSEBUT. PELAKON ATAUPUN WATAK YANG MEMEGANG
SETIAP PERANAN YANG DITULIS DALAM SKRIP JUGA DIANGGAP PENTING DALAM
UNSUR PEMENTASAN DRAMA. SELAIN ITU, PENTAS ATAUPUN PANGGUNG BAGI TUJUAN

PEMENTASAN JUGA PENTING DALAM SESUATU PEMENTASAN DRAMA ITU.

PUISI 2. GURINDAM
TRADISIONAL
Bentuk gurindam adalah terikat, terdiri daripada dua
1. PANTUN baris serangkap yang mengandungi tiga hingga enam
patah perkataan dengan skima rima akhir 'a', 'a'.
Pantun merupakan kaedah rangkapan yang Manakala sukukata gurindam dalam sebaris ialah antara
tertua dan asal kepunyaan masyarakat Melayu. 8 hingga 12 suku kata. Bahasanya bernas dan serius dan
Semenjak orang Melayu belum tahu surat isinya mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran
menyurat pun mereka telah pandai berpantun serta pernyataan perasaan cinta
dan biasa berbalas-balas pantun antara mereka Berasal dari bahasa Tamil 'iradam'. 'kirandam' yang
(Za'abaa, 1978). Pencipataannya terkandung bermaksud puisi secara terbuka. Bagi Za'aba gurindam
dalam dua rangkap, empat rangkap, enam ialah sejenis syair yang melarat yang tetap sukatan atau
rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan rangkapannya Isinya mengandungi fikiran yang bernas
pantun berkait. Dalam apa juga bentuk dengan bahasa yang riang dan suka sebagai nyanyian.
fizikalnya pantun merupakan pengungkapan Manakala Sutan Muhamad Zain menyatakan ianya
yang mengandungi unsur pembayang maksud merupakan sajak yang terjadi dua baris, baris pertama
dan maksud. syarat dan baris kedua akibat.

3.syair

Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan telah
dibawa masuk ke Nusantara bersamasama kedatangan Islam.
Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama
yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.
Menurut Mohd. Yusof Md. Nor (1985), syair dikatakan berasal daripada puisi Arab
iaitu 'sy'ir' tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam
kesusasteraan Arab.
Harun Mat Piah (1989), mengatakan keseluruhan pengkaji sependapat bahawa
istilah syair berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum.
Syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi
Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu

4. Seloka

Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah 'seloka' berasal daripada perkataan Sanskrit
'shloka' yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir.
Seloka dipercayai mula dikenali di alam Melayu semasa perkembangan agama Hindu
di Asia Tenggara. Dipercayai bahawa teks Mahabharata (100,000 rangkap) dan
Ramayana (24.000 rangkap) merupakan naskhah terawal yang tertulis dalam bentuk
seloka.
Seloka merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur
jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.
Isi dan mesej di dalam seloka sarat dengan sindiran yang berguna untuk menjadi
pengajaran dan teladan oleh pendengar atau pembaca.
Sebahagian besar seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris
serangkap seperti pantun seloka namun binaannya lebih mirip kepada bentuk
pantun atau syair.

FUNGSI-FUNGSI KESUSASTERAAN

ME LAYU

Hiburan

• Pendidikan

• Dakwah

• Kritikan sosial

HIBURAN

Hiburan terhaHsIilBdUaRrAi Nkeindahan kata-kata yang Contoh unsur hiburan dalam karya
saastera rakyat iaitu cerita jenaka
diungkapkan, irama atau rentak yang tesusun, Pak Kaduk yang banyak
kemampuan karya sastera untuk membelai menonjolkan unsur hiburan dan
emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan jenaka yang dapat menarik minat
dan sebagainya. banyak pendengar. Cerita ini bukan
Kepentingan fungsi hiburan seperti cerita sahaja menghiburkan malah sarat
penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai dengan mesej dan pengajaran
karya yang diminati dan digilai dalam kehidupan disampaikan.
pada zaman tersebut.

PENDIDIKAN

Ianya berlaku apabila pengalaman-pengalaman pengarang diterjemahkan melaui kisah -
kisah yang ditulis oleh mereka merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik,
sosiologi dan agama.
pengalaman mereka ini dijadikan puisi atau prosa dan dimasukkan unsur-unsur
pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya dan pada ketika ini ianya
diambil iktibar oleh pembaca.
Matlamat kesusasteraan Melayu yang diperkenalkan pada (1957) untuk membolehkan
pelajar menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kebudayaan,
menanam perasaan cinta akan negara dan lain-lain lagi juga merupakan fungsi
pendidikan melalui kesusasteraan.

DAKWAH

Dakwah bermaksudmendorong manusia untuk berbuat kebajikam
dan mencegah mereka dari perbuatan mungkar, agar mereka
mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Di dalam kesusasteraan elemen dakwah digunakan untuk
menyampaikan pesan suci Tuhan kepada manusia melalui medium
atau saranan yang difahami sebagai objek dakwah (Mad’u).
Melalui kesusasteraan dapat menyembunyikan dan menyampaikan
pesan-pesan yang hendak dikomunikasikan kepada khalayak
pembacanya, melalui aneka bentuk dan ragam
estetika, metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang ada dalam
kehidupan.

KRITIKAN SOSIAL

Sastera merupakan sesuatu yang berlaku dan terjadi dalan realiti
kehidupan manusia. Hal ini menjadikan sastera seperti cerita-cerita lisan
digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau sindiran
terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-
cerita jenaka seperti cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan
berkuasa (raja) yang bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa dengan
mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata. Juga melalui cerita Pak
Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang yang
tamak, kedekut, gilakan kuasa dan orang-orang yang sering mengambil
kesempatan atas diri orang yang lemah semata-mata untuk kepentingan
nafsu dan kekayaan diri sendiri.

MANIFESTASI
AKAL BUDI
DALAM PUISI

TRADISIONAL

AKAL BUDI MENCERMINKAN PERBUATAN, PEMIKIRAN DAN
SIKAP SESEORANG MANUSIA
YANG MENDOKONG KEBIJAKSANAAN, KEHALUSAN JIWA
SERTA KEINDAHAN.

PANTUN

PANTUN

Kusangka nanas di tengah
padang,

Rupanya pandan yang berduri,
Kusangka panas hingga ke
petang,

Rupanya hujan di tengah hari...

tPiPkmbepkkeeaPekneoimbtnneahedkaaiingknrioakhdsaymahikndauranaasaegpabnkgtrnndiapteguaaaaigantaakaypnasianaknhankenkpnadk.nalHinatayaPagnkaaiumantennejnuiktnaymnhaaaulyeganaginbtasdbinhinakynanuaygmiuiabgpythadransaeaaakuninesgmrningpgmtaamugaiatbmyambiekel-eamariorlkipnpartanunlieaatiaemhtgpadmakahimakraadpkhsabandnliaeeutekanyienimrnpatnatwaniuoeendiba.sathlanr.aeeukaK
tdHtmskhrakkiiataukananaadpanlekran,anaegkauktrnhnspisbasudaadueuaralpkapsaudjalthaaii,kankstcamdnkdaauabykwayaanekaeaeiarnanmzakrirnyiakabtj.nukgap.ailenuideiJne,uddtakibaagbrtehaiaaouksnapk,pana,lhgengabeam,bnaakaathetIgegaaenmaiirmmgkincbptahtpaieueeatebajaa,wuuanrrnenntkkgllghaaaraayaya.beamhklaaraukindsaatjmnpauauepcgyolg.enrkaa.akaankgamsonnjianttakgiandi

SELOKA PAK
PANDIR

ddaSowmmaiekrPklskainataheeieuelAtemanpalnnbsmalcapkreguuategueumkaemiephptakaamslurlnuaueaaniarplykbtyuteinanntyuhnaaanuinnanad,atbbnyndsstegnd",inigaaeiiatlMsnrghiairmhjrmpnesgbiuigbuaadegsiepgaeknauulljunuungeaaranadnnapdtspgnahniiggfsemtviugaklrkeuaakmpdiidreradiseayntaeiiupnaeretrauanangr-haaisreapnigptntygiseasnrkatdisukusegakiubakgGeeba,urrnmanp"aarpidaeihtamtAdlgragnaaealiiumpakwliabnareanrslbttugiaaetaptynisepkiemidiibaniikiagrudakkrms"kiaigkasrskkMaaakjedaauieaeanraknkprmleidigkbrubaantatgnhbuiaauiaaaamnpk"ddtdagestbr,idikabkebadidrisgm"kMmkiesaneinvulaaBakaaauseenrgintpkuatdnunmnktnalayeanapaeudemggntdarrtnyrnacifgsukyuai.degjuraurhikuatiatKkadnietunkaaihynasndektsadkrdnmn-aaatageluaaasyyaeatnnhkantutssaaa‘mtnngaaaeeekenblndg"kisnnarkbargatugcieayealagiehanngakalrlnnanautkrkaalaulnioidddnaunaakdnAnhndgrigaagrnarysmmnaaikigaprpinipkattynukhamakeaaiiie,jadkagamhkaansstakatans.aiadknooleitdeliraaBkmal’laernmrma..amikutadnhnamltaheaekanbeage.ikmdenltmgetkjSnna"iuabingn.arimpyrkglmkiguDayusteaakafb.deeawaebteyaapSullianrsanaaouePtijlhengkuabyyalnkdadupaeagkaaakrakpidegkpsneaaknthiiierPaiahhncignpytitdbkannutaiiiiudankaiheaniirkfsabunyeaappkhbdiikluplgarninhaaeakaitajraaikyalatdhaiapnhnaaanhn

SYAIR

SYAIR-Karya Hamzah Fansuri

Inilah gerangan suatu madah,
Mengarangkan syair terlalu indah.
Membetulkan jalan tempat berpindah.
Di sanalah I'tikaf di perbetul sesudah




Wahai muda, kenali dirimu,
lalah perahu tamsil tubuhmu,
Tiadalah berapa lama hidupmu,

Ke ahirat jua kekal diammu

saybaAmsadkemepDinuAdtemaaangukambillaeahsamidpnllemapdlaeebtpeeaarnnusebrbnrnucdraikaeyhitdipnpeita-daigtutlesnieaaahrelkrikbuljbampmkaaaihhupeimklnteieaandailnktnnaihua.smaeygaghySndpeebnaiaedrueyndeniluharreaaairaiknjiaadtnlinaheenghkgguyurriiahapa,taas.bunipkrernKme,dieabkakpinptinatugiaeaatdemyntkeatlrnubatueliedoayenksaisllriaemearliaigraaapnmkipila,
rhbuat.
madbieiaimSkapdiuamianesmdseajerhaigtaianuunnaeuAunnlmgbtrnaplliaulieaishuabesysernklnhaaunkfapiyrintynidSyketaaatagaiWairtrua,tmirktndkTdirikaegpaaekahkgnsienpnenienaurrgkghasahhbameieketadtehhdnaj.mejualuaiaapadmphenljyumaitpanpaepdnaergeenraikrrderamdgtniibnedaausbedammannmeotilhipniuiaahlaeAdulyinkdyhjkilauurlauakauisng.npanlhigaagndi

GURINDAM
2 BARIS

GURINDAM 2 BARIS:

"Jikalau engkau belajar kitab
Maka haruslah patuhi adab''

Apa yang ingin disampaikan oleh penulis ialah jika kita hendak
mempelajari kitab suci, maka hendaklah kita mempelajarinya sesuai
dengan peraturan-peraturannya serta adab yang terkandung dalam
pembelajaran sesebuah kitab tersebut iaitu mengamalkan apa yang

dipelajari. Penulis mementingkan adab kerana sejajar dengan
masyarakat Melayu yang mementingkan adab bersama guru dan
kitab kerana keberkatan ilmu hadir daripada disiplin kita dalam

belajar dan menurut Islam juga adab lebih penting berbanding
dengan ilmu.

RUJUKAN

AWANG SARIYAN. (2007) SANTUN BERBAHASA.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
AZMAN RAHMAT, MOHD NAZRI ZAINUDDIN,
(2022), SHAMSUDDIN ABU BAKAR, ABDUL RANI
HASSAN DAN HASNAH AWANG, PENGENALAN
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU.
PUSTAKA AL-EHSAN.

SITI HAJAR ABDUL AZIZ (2011). BAHASA MELAYU I
EDISI KEDUA.OXFORD FAJAR SDN BHD.
AHMAD SANUSI (2012) GURINDAM NASIHAT
HTTP://WWW.AHMAD-SANUSI-
HUSAIN.COM/2012/02/GURINDAM-NASIHAT.HTML

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version