The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hazlina Mansor, 2019-10-07 22:42:56

SMBE2-LAPORAN P2- HAZLINA MANSOR

SMBE2-LAPORAN P2- HAZLINA MANSOR

P2-7













LAPORAN PERANTISAN 2 NPQEL
AMBILAN 2 / 2019

PROGRAM KEHADIRAN AWAL KE SEKOLAH – ‘I-SEE-U=RTC’

HAZLINA BINTI MANSOR
751119-02-5502
SMBE 2

PENSYARAH PENYELIA
PN. NORMALA BINTI IBRAHIM

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2

DISERAHKAN KEPADA
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-
ringkasan yang setiap satunya dinyatakan sumbernya.

30 SEPTEMBER 2019 ________________________
(HAZLINA BINTI MANSOR)

Saya mengesahkan bahawa Projek Perantisan 2 yang bertajuk Kehadiran Awal ke Sekolah: ‘I-
SEE-U=RTC’ telah dilaksanakan di sekolah ini. Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja

peserta NPQEL sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya

dinyatakan sumbernya.

30 SEPTEMBER 2019 __________________
(MAHANI MISRAN)

Cop Pengetua
Sekolah Perantisan 2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, atas limpahan kasih sayang dan rahmatNya maka saya telah berjaya
menyelesaikan tugasan Perantisan 2 dengan jayanya. Rahmat kesihatan yang baik juga telah
memberi saya ruang dan kesempatan menyelesaikan tugasan bertajuk Kehadiran Awal Ke
Sekolah : I-SEE-U=RTC.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh Mahani Misran,
Pengetua SMK Seksyen 27, Shah Alam kerana sudi menerima kehadiran saya menjalani
Perantisan 2 selama 18 hari. Segala budi baik dan ilmu yang dikongsikan akan dijadikan
panduan dalam meneruskan profesion keguruan yang sangat dicintai ini. Ucapan terima kasih
jua untuk semua barisan pentadbir SMK Seksyen 27. Juga tidak dilupakan guru-guru yang
telah membantu saya dalam pelaksanaan program I-SEE-U=RTC ini, terima kasih cikgu.

Terima kasih jua untuk Pn. Normala Ibrahim, Pensyarah Penyelia saya yang sentiasa sabar
dalam memberi tunjuk ajar serta nasihat. Nasihat beliau sangat terkesan kepada saya dalam
meneruskan kursus NPQEL ini dan khususnya dalam mengharungi liku-liku perjalanan
Perantisan 2.

Akhir sekali, terima kasih kepada Dr. Mahazi Si Harun pengurus kelas SMBE

2 serta rakan-rakan sekelas. Tidak lupa juga ucapan terima kasih paling manis untuk keluarga
tercinta.

Sekian, terima kasih.

HAZLINA BINTI MANSOR
SMBE 2 NPQEL 2/2019
30 SEPTEMBER 2019

KANDUNGAN

Perkara Halaman
Pengakuan i
Penghargaan ii
Isi kandungan iii
Senarai Jadual iv
Senarai Rajah v
Senarai Gambar vi
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Senarai Rujukan
Lampiran

BAB 1 – PENGENALAN

LATAR BELAKANG SMK SEK 27 SHAH ALAM

SMK Sek 27 tersergam indah di Jalan Selayang 27/27, Seksyen 27 Shah Alam Selangor. Mula
beroperasi 15 tahun yang lalu dengan kapasiti tenaga pengajar seramai 20 orang sahaja.
Seorang demi seorang Pengetua silih berganti dan kini di bawah pengurusan dan pentadbiran
Pengetua yang ke-lima iaitu Puan Hajah Mahani Binti Misran, 58 tahun.

Dari segi kedudukan, SMK Seksyen 27, Shah Alam terletak di bawah pentadbiran Pejabat
Pelajaran Dearah Petaling Perdana. Sekolah ini mempunyai keluasan kira-kira 14.57 ekar dan
terletak dalam kawasan perindustrian. Terdapat banyak kilang yang berdekatan dengan
sekolah ini . Antara yang paling hampir ialah PROTON, Kilang Sharp dan MetTube . Sekolah
ini juga berdekatan dengan beberapa sekolah lain iaitu SJK Tamil HICOM, SK Seksyen 27 (1),
SMK Alam Megah dan SMK Alam Megah (2). SMK Seksyen 27 juga berhampiran dengan
kawasan perumahan. Lantaran itu, kebanyakan murid yang mendaftarkan diri disini tinggal
berdekatan dengan sekolah. Murid yang paling jauh dari kawasan Saujana Putra. Jarak diantara
SMK Seksyen 27 ke PPD Petaling ialah 10 km. Manakala jarak sekolah ke pusat Bandar Shah
Alam ialah 15 km.

Bilangan pelajar yang bersekolah disini pada tahun 2004 adalah seramai 300 orang sahaja.
Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Pada tahun yang sama, tiada tingkatan tiga
dan lima. Kelas yang dibuka ialah kelas 1 Perdana, 1 Wira, 1 Iswara dan 1 Waja. Manakala
kelas tingkatan dua pula ialah kelas 2 Perdana, 2 Wira dan 2 Iswara. Kelas tingkatan 4 pula
sebanyak 3 kelas iaitu 4 Perdana, 4 Wira dan 4 Iswara. Kesemua tingkatan 4 mengambil aliran
perdagangan dan sastera. Pada tahun 2010, Kelas PPKI telah mula beroperasi dengan jumlah
pelajar 10 orang iaitu 3 kelas dan bertambah menjadi 35 orang ( 5 kelas) pada tahun 2013.
Pembukaan Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Arab (KAA) telah dilaksanakan
sejak tahun 2012 iaitu 1 kelas KRK ( 1 Arif ) dan 1 kelas KAA ( 1 Bestari). Sekarang, nama-
nama kelas juga telah berubah seiring dengan pertambahan bilangan guru dan murid serta
memberi imej baru yang lebih bernilai tambah.

Foto 1: Pandangan Hadapan SMK Seksyen 27

Daripada tahun 2004 hingga 2005 masih tiada sebarang pengubahsuaian pada bangunan dalam
kawasan sekolah. Sehinggalah awal tahun 2006 terdapat perubahan pada bilik mesyuarat dan
pada ruang dewan terbuka. Di sini juga telah dibina pentas batu dan dinding bagi penghalang
pandangan ke tandas guru lelaki di bahagian bawah. Di sinilah kebanyakan aktiviti sekolah
dijalankan. Pengubahsuaian bilik mesyuarat pula ialah kebanyakan tingkap asal telah
dirobohkan dan dibina dinding. Pengubahsuaian ini bertujuan menghalang pandangan pelajar
yang lalu-lalang dihadapan koperasi untuk membeli makanan pada waktu rehat dan yang paling

utama untuk memberi keselesaan dan fokus kepada guru-guru yang sedang bermesyuarat dan
sebagainya.

Untuk menjaga keselamatan pelajar dan harta sekolah, kebanyakan laluan untuk ke tingkat atas
bangunan telah dibina jeriji besi yang menepati ciri keselamatan.

Bilik bilik khas telah mula diwujudkan bermula pada akhir tahun 2009 seperti Bilik
Dokumentasi, Bilik Sidang Redaksi, Bilik Kokurikulum, Bilik Wuduk, Bilik Jamuan dan Bilik
PBS. Manakala bilik-bilik sedia ada yang lain telah dinaik taraf. Terbaharu, ruang rehat guru
telah disediakan pada awal tahun 2019 ini. Bangunan tandas baru dan berasingan dari bangunan
sekolah telah dibina oleh KPM pada tahun 2011 tetapi tidak digunakan sekarang kerana
masalah air.

Hasil daripada hubungan baik dengan pihak luar, sama ada orang perseorangan mahupun
syarikat pada tahun 2012, arca moto sekolah “ Ke Arah Kecemerlangan” telah dibina atas
sumbangan Prof. Ramlan yang juga merupakan bapa kepada salah seorang daripada pelajar
di SMK Seksyen 27 . Wakaf Proton telah dapat dibina atas sumbangan Proton Holdings dan
tiga buah pondok bacaan hasil sumbangan dari Giant.Persekitaran sekolah juga telah banyak
perubahan bermula akhir tahun 2009. Antaranya adalah pentas dataran Budiman yang telah
diperbesarkan, Dewan Ixora dinaik taraf, Dewan Dahlia dan surau. Pembinaan pagar baharu
di sekeliling sekolah telah berjaya dibina berkat usaha Puan Hajah Mahani Misran dan para
guru dengan bantuan PIBG dan pihak korporat.

Kini, setelah 15 tahun SMK Sek 27 Shah Alam telah banyak berubah. Bilangan murid telah
mencecah 1069 orang dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 79 orang dan AKP seramai 12
orang. Sejak di bawah pentadbiran Puan Hajah Mahani Misran, SMK Sek 27 telah semakin
ligat menempa nama dan melakar kejayaan. Menurut Puan Hajah Mahani Misran, kenangan
manis terindah adalah kejayaan meraih gelaran lonjakan saujana untuk pencapaian SPM 2018.
Pencapaian SPM 2017 adalah 5.51 dan 2018 pula 4.98. Menurut beliau umpama mimpi tatkala
nama SMK Sek 27 Shah Alam diumumkan sebagai sekolah penerima anugerah lonjakan
saujana SPM 2018 itu. Menurut beliau lagi, sebuah kejayaan tidak mustahil dalam genggaman
jika ada tekad dan iltizam serta disusuli kerjasama yang baik daripada semua warga sekolah.

Selain fokus kepada bidang kurikulum, bidang kokurikulum tidak dilupakan. Penglibatan aktif
murid tidak sahaja tertumpu kepada aktiviti peringkat daerah semata-mata tetapi telah
melebarkan sayap ke penyertaan lebih tinggi iaitu kebangsaan dan antarabangsa seperti dalam
bidang robotik.

MAKLUMAT PENGETUA & BARISAN KEPIMPINAN SMK SEK. 27 SHAH ALAM
CARTA ORGANISASI SMK SEKSYEN 27 SHAH ALAM

PENGETUA

KAUNSELOR PIBG

PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID AKADEMIK KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS

UNIT PENGURUSAN HAL UNIT PENGURUSAN UNIT PENGURUSAN UNIT PENGURUSAN
EHWAL MURID KURIKULUM KOKURIKULUM PPKI

S/U HEM S/U KURIKULUM S/U KOKURIKULUM S/U PPKI

1. Selenggaraan Am 1. GKMP 1. Kelab / Permainan/ 1. Kurikulum
2. Aset Kerajaan 2. Peperiksaan Unit. Beruniform 2. Hal Ehwal Murid
3. Sahsiah Pelajar 3. Pusat Sumber Sekolah 3. Kokurikulum
4. Bimbingan & 4. Jadual Waktu 2. Majlis Sukan Sekolah
5. Kecemerlangan Pelajar 3. Kebitaraan ( Niche
Kaunseling 6. PBS
5. Perkhidmatan Pelajar 7. MBMMBI Area) – Kawad Kaki
6. 3K / SPBT 8. KAA 4. Koperasi Sekolah
7. Aduan Pelanggan 9. PdP Alaf 21 5. Sidang Redaksi
8. Penyelaras/ Guru
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Tingkatan
9. Kantin 1. JK Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 14. JK SPSK
10. Biasiswa/ Kebajikan
11. Disiplin 2. JK Kewangan Sekolah 15. JK ebutHarga
12. Badan pengawas
13. Majlis Ketua Tingkatan 3. JK Pembangunan Sumber Manusia 16. Guru Baharu/Praktikum/ Guru Ganti
14. Pekerja Swasta/

Keselamatan

4. JK Keperluan & Kemudahan Asas 17 JK VLE Frog

5. JK Data Sekolah 18. JK MMI

6. JK Kelab Guru & Kakitangan 19. JK Amalan 5S

7. JK Surau Al Mustaqim 20. JK Galeri 27

8. JK Peny Tingkatan & Guru Ting 21. JK Dokumentasi Sekolah

9. JK Pemantauan Sekolah 22. JK Perancangan Strategik

10. JK Pemuafakatan Sekolah 23. JK Bencana Alam

11. JK Kebitaraan (Niche Area) 24. JK Jalinan & Jaringan

12. JK PIBG 25. JK MBMMBI

13. JK SKPM

ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA

Rajah 1: Carta Organisasi SMK Seksyen 27, Shah Alam

Foto 2: Pn. Hajah Mahani Misran, Pengetua SMK Sek. 27

Puan Hajah Mahani Misran ialah anak jati negeri Selangor. Telah berkecimpung dalam dunia
pendidikan melebihi 30 tahun. Perkhidmatan masih berbaki dua tahun dijadikan peluang untuk
terus menabur bakti kepada anak-anak murid yang disayanginya. Panggilan Bonda begitu
mesra dilafazkan oleh beliau setiap kali berbicara dengan murid-muridnya. Malah murid-murid
sendiri tidak kekok memanggilnya dengan panggilan keramat itu. Saya sendiri sering melihat
ketibaan beliau saban pagi disambut oleh anak-anak pengawas di lobi pentabiran dengan
girangnya malah pernah kelihatan beliau meletakkan tapak tangan di dahi seorang murid yang
menyambut kehadirannya dan itu bukti betapa beliau sangat mengambil berat akan kebajikan
anak-anak muridnya. Cuma lensa kamera saya tidak sempat merakam detik-detik itu. Sejarah
perkhidmatan Puan Hajah Mahani Misran begitu menarik. Bermula dengan penempatan
pertama nun jauh ke Bumi Kenyalang lalu berubah angin ke Negeri Di Bawah Bayu sebelum
kembali ke Semenanjung Malaysia. Sehingga ke hari ini, beliau telah berkhidmat menabur budi
di sembilan buah sekolah. Beliau juga adalah graduan kursus NPQEL tahun 2008-2009 di IAB
Kampus Utara. Bermula sebagai guru akademik biasa dan berubah ke barisan pentadbiran
pada tahun 1997 dengan jawatan Penyelia Petang. Lalu menjawat jawatan Penolong Kanan
Pentadbiran pada tahun 2000 hingga 2015 sebelum di lantik sebagai Pengetua pada 13.7.2015.
SMK Seksyen 27 adalah sekolah pertama beliau berkhidmat sebagai Pengetua.

Kali pertama berjumpa dengan Puan Hajah Mahani Misran, saya dapat merasakan aura positif
beliau. Keramahan beliau menerima kunjungan saya walaupun belum tiba tarikh saya melapor
diri kerana ketika itu adalah cuti sekolah lagi telah memberikan gambaran positif seorang ketua
yang bijak dan professional. Hasrat kedatangan saya untuk melihat lalauan ke sekolah telah
bertukar menjadi pertemuan pertama yang diisi dengan sembang santai tapi padat dengan
pengisian nasihat demi nasihat untuk bekalan jika ditakdirkan bertugas sebagai Pengetua kelak.

Lulusan Universiti Sains Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa ini mempunyai hobi
membaca buku-buku berunsur motivasi dan pengurusan serta pentadbiran sekolah. Jadi, tidak
hairanlah setiap butir bicaranya sarat dengan ilmu dan panduan yang boleh dijadikan teladan.
Pengalaman yang lama dalam dunia pendidikan merupakan satu bonus kepada beliau membeli
jiwa guru agar sama-sama berjuang untuk kejayaan murid dan sekolah. Sejujurnya, rugilah
bagi mereka yang tidak menggunakan peluang berguru dengan Puan Mahani Misran selagi
beliau masih berada dalam perkhidmatan pendidikan ini.

Puan Mahani Misran tidak bekerja berseorangan. Beliau dibantu oleh barisan pentadbir yang
sangat berdedikasi. Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Hafizah Abdul Samad yang juga lulusan
NPQEL baru sahaja bertugas di SMK Seksyen 27 pada akhir Mei 2019. Beliau sebelum ini
adalah Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Sek 18 Shah Alam. Seorang yang sangat
keibuan dan proaktif. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Pengetua dan saya juga mengakuinya.
Sebagai seorang guru Bahasa Arab yang mengajar tingkatan 5, beliau dapat mengajar kelas
peperiksaan dengan sangat baik malah kerja-kerja pengurusan kurikulum juga tidak kurang
hebatnya. Pengurusan Kurikulum telah meletakkan 29 KPI yang perlu dipenuhi sepanjang
2019 ini. Setakat September 2019, KPI yang telah berjaya dilaksanakan adalah 13 perkara .
Baki dalam proses pelaksanaan. Di bawah pengurusan PK Pentadbiran baharu, Pn Hafizah Abd
Samad, Pengurusan Kurikulum menurut Pengetua berada dalam landasan yang betul dan
berjalan lancar. Pengetua sangat mengkagumi keupayaan PKP beliau yang dinyatakan sebagai
seorang PK yang bertenaga dan multitask. Perkara ini jelas terbukti di mana saya sendiri dapat
melihat keupayaan Pn Hafizah dalam mengendalikan bidang kurikulum walau pun baharu 4
bulan menjawat jawatan PK ini. Pn Hafizah dapat memberi penerangan beserta eviden tentang
program peningkatan akademik SMK S27 kepada saya. Keupayaan Pn Hafizah dalam
coaching and mentoring wajar diteladani oleh semua pentadbir baharu agar tugas yang
diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Penolong Kanan HEM pula diterajui oleh Puan Hajah Nik Aziah Wan Kadir. Baru sahaja
memegang jawatan ini pada awal tahun 2019. Masih baharu dengan bidang tugas HEM tetapi
mempunyai karisma tesendiri. Maklumat HEM banyak diperoleh daripada Pengetua sendiri
dan dari KU Disiplin, En. Isra Wichit kerana PK HEM cuti haji dan mula bertugas semula pada
11/9/19. Unit HEM mempunyai moto mereka sendiri iaitu JUARA. JUARA bermaksud jelas
matlamat; usaha; amanah; redha & syukur dan akur. Unit HEM telah menggariskan 27 bidang
dengan lebih daripada 50 KPI untuk dipenuhi pada tahun 2019. Bidang HEM adalah terkawal
di bawah pengurusan KU Disiplin, KU SPBT, KU Kebajikan, KU 3K dan guru-guru
Kaunseling. Semua unit di bawah HEM bergerak secara terurus walaupun tanpa kehadiran PK
HEM itu sendiri. Selain itu, dengan mandat SPI Bil 10/2001 semua guru adalah guru disiplin
memudahkan lagi pengurusan HEM di sekolah ini.

Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Jusmaiwati Jusoh telah tiga tahun bertugas di sini. KPI Unit
Kokurikulum bagi tahun 2019 tercatat 31 perkara. PK kokurikulum meletakkan target yang
tinggi untuk pencapaian Unit Kokurikulum di mana sekurang-kurannya 15 aktiviti penglibatan
di peringkat antarabangsa. PK Kokurikulum ini sangat berwawasan dan sentiasa mencari
peluang untuk penglibatan tersebut. Beliau juga sentiasa memantau setiap program
kokurikulum yang dijalankan oleh guru sebagai bukti beliau sentiasa menyemak buku laporan
aktiviti kokurikulum. Bukti penglibatan peringkat antarabangsa bagi tahun ini adalah di
Surabaya, Indonesia pada awal Ogos telah disertai oleh guru dan murid. Penyertaan
antarabangsa lain adalah dalam bidang robotik.

Selain itu, SMK Seksyen 27 juga mempunyai aliran Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI). Aliran PPKI diterajui oleh Pn. Nik Azmawati Nik Awang selaku PK PPKI. Guru PPKI
seramai 11 orang dan 3 pembantu murid. Murid PPKI (75 orang) yang istimewa ini mempunyai
pelbagai isu pembelajaran tetapi dapat diurus dengan baik oleh beliau. Sebagai contoh, pada
hari ke tiga saya berada di sekolah ini, saya telah dijemput menjadi juri pertandingan memasak
sempena sambutan bulan kemerdekaan khas untuk murid PPKI. Pertandingan bertemakan
pisang telah disediakan oleh murid secara berkumpulan. Di sini, saya dapat melihat keupayaan

PK PPKI dan para guru menerapkan sikap berdikari dan bekerjasama dalam kalangan anak-
anak istimewa ini. Sesungguhnya, setiap guru harus memupuk kemahiran berunding dengan
anak-anak agar hasrat yang ingin disampaikan dapat difahami dan diterima dengan baik.

Selain itu, Pengetua turut dibantu oleh barisan pentadbir pertengahan iaitu GKMP. Seramai
empat orang GKMP menjadi antara tulang belakang Pengetua dalam menggerakkan bidang
kurikulum. Tiga GKMP yang telah senior di barisan pentadbiran banyak membantu dalam
menggerakkan program akademik sekolah. Ditambah dengan kehadiran GKMP muda iaitu
GKMP Sains dan Matematik mengukuhkan lagi barisan pentadbir pertengahan ini. Hal ini
demikian kerana, guru muda lebih mahir dalam penggunaan ICT dan membantu GKMP yang
lain dalam isu ICT ini serta ditambah pula dengan idea-idea segar. Gandingan kerja kuat empat
GKMP nyata telah membuahkan kejayaan dalam SPM 2018 dan dijangka sejarah kejayaan
SPM 2018 mampu berulang lagi untuk 2019 ini berkat kerjasama padu yang tidak pernah luak.

Serumpun bak serai dan seikat lidi pasti teguh. Perumpaan ini sangat molek dikaitkan dengan
pengurusan Puan Hajah Mahani Misran dan para pentadbirnya. Seia sekata membawa kejayaan
kepada SMK Seksyen 27. Semoga sekolah ini terus cemerlang pada masa akan datang.

VISI DAN MISI SMK SEKSYEN 27

Visi SMK Seksyen 27 adalah Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi SMK Seksyen 27 adalah melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

TEMPOH KEBERADAAN DI PERANTISAN 2

Tanggal 19 Ogos 2019, saya melapor diri secara rasmi. Keberadaan selama 18 hari di SMK
Seksyen 27 sangat bermakna. Pelbagai suka duka dilalui demi mendapatkan secebis ilmu. Di
tambah dengan cuaca berjerebu lalu diumumkan Cuti Bencana pula pada 18/9/19, 19/9/2019
dan 20/9/19. Walau pun Cuti Bencana saya tetap hadir ke SMK Seksyen 27 pada 18 dan
19/9/19. Perancangan aktiviti pada 18/9/19 telah diubah kepada 24/9/19 kerana Cuti Bencana.

BAB 2

REFLEKSI KEPIMPINAN

AMALAN PEMIMPIN SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Setiap seorang pemimpin perlu mempunyai beberapa amalan tertentu dalam meletakkan
sesebuah sekolah pada tahap pencapaian yang boleh dibanggakan. Menurut Alvin Toffler ‘ The
illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write , but those who cannot
learn, unlearn and relearn’. Justeru, sekolah yang bagus adalah didorong oleh guru, pemimpin
pertengahan dan sudah semestinya pengetua sekolah yang bersungguh-sungguh dalam
membawa perubahan kepada pembelajaran murid-murid. Persoalannya, dalam abad ke-21
yang sangat mencabar serta dibanjiri kemajuan sains dan teknologi ini bagaimanakah seorang
pengetua itu dapat bertindak untuk menerajui sebuah sekolah hingga berjaya dengan gilang
gemilangnya.

Sehubungan dengan itu, beberapa amalan baik seperti kejujuran dan integriti; keupayaan
meyakini dan mengupayakan orang lain; berkomunikasi, bekerjasama dan sentiasa
berhubungan; aura positif; keyakinan; komitmen dan kesungguhan; kesediaan untuk belajar,
tinggalkan pemikiran lama dan kukuhkan pengetahuan; keusahawanan, kreatif dan inovatif;
naluri intuitif dan kebolehan untuk memberi inspirasi.

Daripada 10 amalan ini, ada beberapa amalan yang dipraktikkan oleh pemimpin SMK Seksyen
27. Amalan pertama adalah kejujuran dan integrity. Memang sukar untuk menilai seseorang
itu jujur atau tidak tetapi ia boleh kelihatan dalam setiap tingkah laku dan kerja buat. Ketelusan
dalam memberi pandangan dan tidak mempunyai unsur kepentingan peribadi adalah kriteria
yang boleh dijadi kayu pengukur akan kejujuran seseorang. Pengetua SMK Seksyen 27 tidak
mengamalkan sikap menyenaraihitamkan para gurunya walau pun guru itu pernah melakukan
kesilapan. Bagi Pengetua semua orang ada melakukan kesilapan dan mereka yang membuat
kesilapan tidak harus terus dihukum sebaliknya diberi ruang dan peluang untuk membaiki
kelemahan dan kesilapan diri.

Amalan seterusnya adalah keupayaan meyakini dan mengupayakan orang lain. Pengetua SMK
Seksyen 27 pantas dalam mengenal pasti keupayaan guru dan anak-anak muridnya. Jadi, beliau
telah mengupayakan para gurunya dalam merebut peluang mengambil bahagian dalam
pelbagai pertandingan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. Pendekatan turun padang
Pengetua sangat disegani oleh guru-guru. Contoh paling mudah, saban pagi Pengetua berada
di pagar sekolah mengalu-alukan kehadiran anak-anak muridnya seawal jam 7.00 pagi. Tepat
jam 7.20 pagi beliau sudah berada di Dataran Budiman untuk melihat perhimpunan pagi. Jadi,
para guru tiada alasan untuk lewat bertugas dan berada di Dataran Budiman setiap pagi kerana
Pengetua boleh melakukannya.

Amalan paling menarik yang dipraktikkan oleh Pengetua adalah pendekatan kasih sayang
dalam menyantuni anak-anak muridnya. Beliau membahasakan dirinya sebagai “BONDA”.
Perkara ini telah mendekatkan beliau dengan anak-anak murid. Ada sebilangan kecil anak-anak
murid yang kekurangan kasih sayang di rumah akan mendapat kasih sayang di sekolah daripada
Pengetua sendiri. Sekurang-kurangnya mereka tidak mencari kasih sayang dengan orang yang
tidak sepatutnya. Pada tahun 2017, seorang murid tingkatan 5 bernama Haziq telah berjaya

dibaiki sahsiahnya dengan pendekatan kasih sayang ini. Menurut Pengetua pada asalnya Haziq
bermasalah disiplin tetapi telah berjaya berubah malah lulus SPM setelah pendekatan ini
digunakan kepadanya. Pengetua telah berjaya mempraktikkan ciri intuitif dan kebolehan
memberi inspirasi kepada warga sekolah dengan konsep kasih sayang ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AMALAN PEMIMPIN SMK SEKSYEN 27 SHAH
ALAM

Cadangan pertama adalah membaiki cara penyampaian integriti Pengetua agar jelas dan
difahami oleh semua guru. Apabila semua guru jelas bahawa Pengetua mempunyai integriti
dalam setiap kerja buatnya, maka proses mewujudkan iklim sekolah yang baik adalah lebih
lancar.

Cadangan ke dua adalah, amalan pendekatan kasih sayang wajar diperluaskan dalam kalangan
guru juga. Seorang guru yang baik dapat menunjukkan kasih sayang dalam pelbagai bentuk
seperti tingkah laku dan tutur kata yang memberi rasa selesa kepada murid. Ungkapan yang
boleh mengecilkan hati murid patut dielakkan walau pun ketika sedang marah.

Cadangan ke tiga, menjadikan setiap aktiviti sekolah sebagai perkara yang wajib dihadiri oleh
semua guru. Bukan hanya dihadiri oleh guru yang berkaitan sahaja. Kehadiran semua guru
adalah komitmen kepada tanda bekerjasama sebagai sebuah kumpulan. Walau pun aktiviti
tidak berkaitan secara langsung tetapi keberadaan dalam aktiviti itu tanda permuafakatan yang
baik. Pengetua harus memainkan peranan dalam memastikan kehadiran semua guru dalam
setiap aktiviti dengan sentiasa mewar-warkan akan kepentingan bekerjasama dalam sebuah
pasukan.

REFLEKSI MEMIMPIN INTERVENSI

Peringkat “PLAN” dimulakan dengan membuat analisis SWOT. Analisis ini terhasil daripada
data yang terkandung dalam pelan strategik sekolah, buku pengurusan sekolah dan juga
pemerhatian saya sendiri. Kemudian diteruskan dengan TOWS Matrik pula. Isu telah mula
dapat dikenalpasti. Terdapat beberapa strategi dan pemilihan startegi dibuat untuk memilih
strategi yang sesuai berdasarkan kos kewangan, masa dan kemudahan yang sedia ada.

Setelah itu, Untuk mengesan punca sebenar kepada isu saya menggunakan Tulang Ikan
Ishikawa dan juga borang soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 55 orang
murid yang sering tidak hadir dalam tempoh Mei-Julai 2019. Setelah menganalisis borang soal
selidik ini, 87% murid yang bermasalah hadir lewat ini disebabkan oleh sikap diri mereka
sendiri. Sikap yang tidak mementingkan masa, tidak bijak menguruskan masa serta tiada
kesedaran akan kepentingan datang awal menyebabkan mereka sering lewat. Manakala 25%
lagi adalah masalah keluarga seperti ibu bapa yang lewat menghantar anak ke sekolah.

Jadual 1: Punca Murid Hadir Lewat ke Sekolah

Faktor Lewat Bilangan Murid Peratus
1. Diri sendiri 48 87%
2. Rakan sebaya 10 18%
3. Keluarga 14 25%
4. Guru dan sekolah 2 4%
5. Persekitaran 3 5

Setelah berjaya mengenal pasti isu dan puncanya, maka saya telah mula merangka intervensi
yang sesuai. Bermulalah peringkat “DO”. Saya memaklumkan kepada Pengetua semua dapatan

awal daripada SWOT, TOWS Matrik, Tulang Ikan Ishikawa dan borang soal selidik. Saya

meminta pandangan Pengetua dan dengan izinnya saya memulakan kerja-kerja seterusnya.

Taklimat kepada KU Disiplin, guru-guru disiplin dan semua kaunselor telah dijalankan. Saya

memaklumkan kepada mereka intervensi yang hendak dilaksanakan. Pembentangan kertas

kerja dibuat. Penggunaan borang OPPM diperkenalkan kepada mereka. Perbincangan dalam

bentuk sumbang saran sangat membantu dalam memurnikan lagi aktiviti yang dirancang. Isu
murid hadir lewat ini akhirnya dizahirkan dengan Program Kehadiran Awal Ke Sekolah “I-
SEE-U=RTC”.

Foto 3: Banner Pemakluman Program Intervensi Yang di Pamerkan di Hadapan Sekolah

Maksud tajuk program ini adalah “I” merujuk kepada guru; “SEE” merujuk kepada guru yang
ingin melihat; “U” merujuk kepada anak murid. Keseluruhan bermaksud guru ingin melihat
anak murid hadir awal. Tiga aktiviti dirangka dan telah berjaya dilaksanakan. R(reward) dalam
tajaan sarapan pagi kepada mereka yang berjaya hadir sebelum 7.20 pagi secara percuma serta
di beri sijil penghargaan. T (talk) adalah ceramah motivasi dan C (campaign) kempen datang
awal dengan cara menyebarkan risalah kepada orang ramai serta mendapat kerjasama restoran
berhampiran sekolah.

Aktiviti R ada dua iaitu Sarapan Kasih dan pemberian Sijil Penghargaan. Dalam tempoh 12/9-
26/9 seramai 9 murid yang bermasalah hadir lewat telah berjaya hadir awal. Data ini diambil
daripada program Sarapan Kasih. Murid yang mengambil sarapan ini akan menanda kehadiran
dan masa mereka mengambil makanan. Murid-murid ini diberi Sijil Penghargaan sebagai
reward atas perubahan sikap yang baik.

Aktiviti T pula telah dijalankan pada 11/9. Ceramah telah disampaikan oleh En Mad Adenan
Yaacob dari PROTON. Seramai 55 murid yang terlibat dikumpulkan di surau sekolah untuk

aktiviti ini. Selesai ceramah mereka diminta menjawab borang maklum balas. Dapatan
daripada borang maklum balas meyatakan murid tidak menggemari aktiviti ceramah dan
meminta aktiviti lain yang lebih sesuai.

Aktiviti ke tiga adalah C iaitu kempen. Kempen datang awal pada asalnya 18/9 ditunda ke 23/9
kerana masalah jerebu dan murid dicutikan atas Cuti Bencana. Kempen disampaikan kepada
ibu bapa, pemandu bas dan van sekolah serta kepada pengusaha restoran di sekitar sekolah.

Kemudian, proses “CHECK” bermula setelah aktiviti dijalanka. Saya dan guru-guru berkaitan
menjalankan pemantauan secara berterusan. Setiap pagi Ustazah Siti Noraini akan memantau
keadaan di kantin. Manakala Puan Noraini Kamil akan memantau kehadiran murid lewat di
pagar sekolah. Saya sendiri mengambil data kehadiran murid lewat untuk memantau
keberkesanan program ini.

Akhir sekali, “ACTION” dilaksanakan setelah menilai keberkesanan program. Terdapat
kejayaan apabila 9 daripada 55 murid telah berubah sikap dari lewat kepada awal. Walau pun
bilangan kecil tetapi ada perubahan positif iaitu 16% sahaja. Justeru, penilaian program dibuat.
Antara penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah tindakan berterusan untuk mengingatkan
murid-murid hadir awal ke sekolah perlu dilakukan seperti makluman tentang perkara ini setiap
hari dalam perhimpunan pagi serta mengingatkan murid akan kerugian hadir lewat ke sekolah.
Aktiviti di bawah program ini perlu diteruskan pada masa akan datang dengan penambahbaikan
yang difikirkan sesuai.

Kekuatan intervensi yng saya laksanakan ini adalah mendapat sokongan penuh daripada
Pengetua dan barisan pentadbir SMK Seksyen 27. 55 murid yang menjadi responden memberi
kerjasama sepanjang aktiviti di jalankan. Bermula daripada sesi menjawab borang soal selidik
lagi mereka telah memberi kerjasama malah teruja dengan program yang dijalankan. Raut
wajah mereka sama sekali tidak menunjukkan rasa curiga malah bersedia menjawab soalan
saya dengan jujur. Jelas, mereka ingin dibantu. Prasarana sekolah yang baik dengan memiliki
banyak bilik khas memudahkan saya untuk menjalankan aktiviti tanpa mengganggu proses
PdPc. Buktinya, proses menjawab borang soal selidik dijalankan di Dewan Dahlia; ceramah
motivasi di surau dan perasmian program pula di Dataran Budiman. Pihak PIBG juga tidak
menolak permohonan saya apabila saya menghubungi Dato’ Seri Dr. Sharizan Hj Samdin
untuk merasmikan serta membiayai kos program. Malah Dato’ Seri sangat gembira apabila
ada program untuk membantu anak-anak murid SMK Seksyen 27 yang menghadapi isu dalam
kehadiran lewat ini. Malah Dato’ Seri sendiri mengakui bahawa gejala hadir lewat ini kurang
sihat dan akan menjejaskan prestasi akademik mereka yang terlibat. Pihak luar juga memberi
kerjasama contohnya pihak PROTON memberi pelepasan kepda En Mad Adenan Yaacob
untuk datang memberi ceramah kepada murid pada hari bekerja. Ini mebuktikan pihak korporat
turut terlibat dalam kerja-kerja kebajikan membantu murid sekolah. Pihak Arbi Resourses Ent.
iaitu pihak pengusaha kantin SMK Seksyen 27 juga memberi kerjasama yang amat baik apabila
saya memaklumkan hasrat sekolah untuk mengadakan aktiviti memberi sarapan percuma
sebagai galakan dan imbuhan kepada murid bermasalah hadir lewat ke sekolah. Satu perjanjian
ringkas antara pihak kantin dan sekolah telah berjaya dimeterikan untuk tempoh dua bulan.
Pengusaha restoran makanan Restoran Mak Aji yang terletak berhampiran sekolah juga tidak
menolak permintaan saya apabila meminta izin untuk meletakkan risalah kempen datang awal
di restorannya. Beliau malah berjanji akan meminta anak-anak murid beredar ke dalam
kawasan sekolah apabila sudah pukul 7.20 pagi pada setiap hari persekolahan.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam pelaksanaan intervensi saya ini. Data kehadiran
murid dalam sistem imbasan tidak dapat membantu dengan tepat kehadiran murid lewat ini
kerana mereka yang lewat selepas jam 8.00 pagi tidak membuat imbasan kehadiran. Data
kelewatan mereka hanya tercatat dalam buku log pengawal keselamatan. Malah data kelewatan
mereka juga tiada dalam buku log pengawas sekolah. Pihak pengawas sekolah hanya
mengambil kehadiran murid lewat sehingga jam 8.00 pagi sahaja dan selepas itu mereka
bergegas ke kelas masing-masing. Saya memproses sendiri maklumat kehadiran lewat dalam
buku log pengawas dan buku log pengawal keselamatan. Akhirnya, data kelewatan untuk 55
orang murid yang sentiasa kerap tidak hadir diperoleh.

Fokus guru dan murid lebih kepada peperiksaan kerana kehadiran saya ke sekolah ini ketika
murid tingkatan 5 sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM, murid tingkatan 4 sedang
menduduki peperiksaan akhir tahun dan murid PT3 sedang fokus kepada ujian mendengar dan
bertutur PT3. Justeru, penglibatan guru dalam program ini saya minimumkan hanya kepada
guru-guru disiplin dan kaunselor sahaja.

Tempoh masa yang terhad menyebabkan proses pemerhatian keberkesanan program kurang
mencukupi. Ditambah pula dengan 3 hari Cuti Bencana akibat jerebu.

Penceramah yang kurang berkesan dalam penyampaian maklumat kepada murid. Hasrat
memanggil penceramah dari pihak luar adalah agar beliau dapat mengaitkan kepentingan
berdisiplin dan menepati waktu ketika di bangku sekolah dengan kepentingan dua aspek itu
apabila telah bekerja kelak. Walaupun kurang berkesan tetapi beliau telah menyebut juga
perkaitan disiplin dan menepati masa berdasarkan beberapa contoh yang dinyatakan

Setelah menyedari kelemahan intervensi ini, di mana saya perlu meneliti data dengan lebih
terperinci. Skop sasaran responden perlu dikecilkan lagi seperti hanya fokus kepada sesuatu
tingkatan sahaja atau gender tertentu sahaja.

Saya patut mengupayakan guru yang menguruskan unit disiplin dengan lebih baik dan jelas
agar guru-guru ini faham akan fungsi mereka sebagai guru yang berada di bawah Unit Disiplin.
Tiada tindakan susulan dalam isu kehadiran lewat menyebabkan bilangan lewat setiap hari
adalah ramai.

Murid lebih fokus kepada aktiviti yang disampaikan oleh golongan muda yang memahami jiwa
mereka. Penceramah perlu daripada golongan yang sejiwa dengan mereka agar penerimaan
kepada mesej yang disampaikan lebih berimpak tinggi.

Sebagai bakal pemimpin, saya perlu lebih jelas dalam pelaksanaan sesuatu program agar
hasilnya lebih berimpak tinggi. Saya juga perlu bersikap lebih tegas dalam menyampaikan
maklumat kepada guru serta perlu lebih mahir dalam memberi coaching and mentoring agar
guru-guru saya lebih cemerlang dan berdaya saing.

BAB 3

RUMUSAN

Gaya kepimpinan merupakan pendekatan dan cara bertindak seseorang pemimpin untuk
mempengaruhi pengikutnya mencapai malamat oragnisasi (Newstan & Davis, 1993). Mohd
Najib Ghafar & Tamyis Arbah, 2008 menyatakan bahawa pendekatan yang digunakan oleh
pemimpin sering dikaitkan dengan cara penggunaan kuasa yang diamalkan oleh seseorang
pemimpin dalam menetapkan hala tuju organisasi, merancang dan melaksanakan strategi dan
memotivasikan warga sekolah yang dipimpinnya.

Menurut Stoner & Wankel, 1989 seseorang pemimpin sekolah dapat memainkan peranannya
dengan lebih berkesan sekiranya dia mengamalkan gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan
situasi dan persekitaran yang terdapat dalam organisasinya. Hal ini demikian kerana gaya
kepimpinan dapat mempengaruhi tindakan yang diambil.

Model Kepimpinan Mengikut Situasi bermula dengan anggapan keadaan yang berbeza
memerlukan cara memimpin yang berbeza. Sehubungan dengan itu, pemimpin haruslah mudah
berubah untuk memilih gaya yang sesuai dengan situasi yanag wujud. Hersey & Blanchard
(1977) menyatakan bahawa pemimpin yang berkesan telah mengamalkan gaya kepimpinan
situasi mengikut tahap perkembangan pengikut. Semakin matang tahap perkembangan
pengikut maka semakin tinggi darjah kecekapan dan kompetensinya. Blanchard (2001) telah
menyatakan empat gaya kepimpinan yang boleh dipadankan dengan empat tahap
perkembangan subordinat seperti jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Gaya Kepimpinan Berkesan Berdasarkan Tahap Perkembangan Subordinat

TAHAP GAYA KEPIMPINAN ULASAN
BERKESAN
PERKEMBANGAN Beri arahan dengan jelas
Gaya Mengarah kerana guru belum
SUBORDINAT (DIRECTING) berpengalaman
Gaya Membimbing Cetuskan idea agar guru
GURU BAHARU (COACHING) guna pengalaman untuk pilih
pendekatan lebih baik
Kompetensi masih rendah Gaya Menyokong
(SUPPORTING) Beri sokongan kepada guru
Komitmen masih tinggi agar penglibatan dan
Gaya Mengupaya sumbangan mereka lebih
GURU PERMULAAN ADA (DELEGATING) bermakna

PENGALAMAN & Buat delegasi tugas kerana
guru mampu melakasanakan
MASUK ZON SELESA tugasan tanpa perlu
diarahkan
Kompetensi mula meningkat

Komitmen mula menurun

GURU

BERPENGALAMAN

DALAM ZON SELESA

Komptensi semakin tinggi

Komitmen semakin

menurun/rendah

GURU

BERPENGALAMAN

YANG KOMITED

Kompetensi tinggi

Komitmen tinggi

Secara keseluruhannya, amalan kepimpinan di SMK Seksyen 27 yang dipraktikkan oleh
Pengetua adalah gaya kepimpinan demokratik. Beliau menumpukan perhatian kepada semua
aspek sama ada kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan pengurusan pejabat. Dalam pada
itu juga, gaya kepimpinan beliau akan berubah mengikut situasi dan masa agar tindakan yang
diambil adalah lebih berkesan dan praktikal.

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, seseorang pemimpin yang baik seharusnya bijak
membuat perubahan gaya kepimpinan mengikut firasatnya berdasarkan situasi dan masa tanpa
terlalu terikut kepada mana-mana model kepimpinan kerana mengikut Naratif Baharu Amalan
Pendidikan bagi Sub Naratif 3 Kepimpinan Pendidikan (Pengurusan) sebarang
penambahbaikan adalah berasaskan sekolah atau dengan kata lain autonomi kepada sekolah
semakin banyak diberikan. Justeru, seorang Pengetua boleh membuat dan bertindak mengikut
iklim sekolah masing-masing tetapi tidak mengabaikan SPI yang sedang berkuatkuasa serta
arahan-arahan rasmi semasa daripada pihak KPM.

BAB 4

PENUTUP

Perantisan dua (P2) walau hanya enam minggu dengan tempoh keberadaan di sekolah P2 hanya
18 hari sahaja namun telah meninggalkan kesan dan memberi pengalaman yang sangat
bermakna kepada saya.

Faedah P2 antaranya adalah membolehkan saya melihat situasi sebenar seorang pemimpin
sekolah. Perkara utama yang perlu ada apabila memikul tanggungjawab sebagai pemimpin
sekolah adalah rasa sabar dan keupayaan untuk mengemudi organisasi dengan betul serta
kebijaksanaan membuat keputusan dalam memimpin perubahan.

Seterusnya, P2 memberi ruang dan peluang dalam mengaplikasikan teori pembelajaran yang
dipelajari ketika berada di Fasa1 dan Fasa 2 NPQEL. Di samping itu juga, 10 kompetensi yang
digilap dapat diterjemahkana dalam program intervensi yang dijalankan. Dalam satu situasi
ada beberapa kompetensi bergerak serentak.

Saya seorang yang sukar untuk meminta bantuan atau sumbangan daripada pihak yang tidak
dikenali. Namun, setelah mengikuti program J&J ketika Fasa 2 yang lalu, sedikit sebanyak
kesukaran itu saya cuba atasi. Ketika P2 pula saya berusaha membina J&J dengan beberapa
pihak dan ia menjadi kenyataan apabila saya telah berjaya berinteraksi dengan tiga pihak luar
iaitu PROTON, Arbi Resourses Ent dan Retoran Mak Aji Seksyen 27. Walaupun nilai J&J itu
kecil tetapi saya telah berjaya membuktikan kemampuan saya membina J&J tersebut dengan
berbekalkan kemahiran perundingan yang saya miliki. Nyata di sini, jika tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat hasilnya.

Sebuah organisasi yang cemerlang menggembleng sumber dalaman dengan optima. Setiap
individu yang berada dalam organisasi itu mempunyai peranan masing-masing. Hal ini sangat
jelas saya perhatikan ketika saya melaksanakan intervensi di SMK Seksyen 27, Shah Alam.
Saya memerlukan bantuan bermula daripada pondok kawalan keselamatan hinggalah ke
bahagian kantin sekolah yang terletak di belakang sekolah. Bantuan daripada pihak kawalan
keselamatan sekolah dan pihak pengurusan kantin sekolah turut memberi kesan kepada
kejayaan intervensi yang saya laksanakan. Jelasnya, sebuah sekolah yang cemerlang bukan
hanya kerana ada guru yang rajin malah juga melibatkan peranan pihak lain. Justeru, Pengetua
yang baik harus bijak memimpin perubahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dengan mengadun semua sumber yang ada dalam organisasinya untuk membina sebuah
kecemerlangan.

SENARAI RUJUKAN
James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah. (2019). Kepimpinan Instruktional: Satu Panduan
Praktikal. Kuala Lumpur. PTS Akademia.

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version