The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK-converted to pdf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faezanmlonly, 2021-05-22 06:38:46

SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK EFOLIO

SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK-converted to pdf

Edisi : 4 May 2021

Pensyarah

Muhammad Syarifuddin Mohamad Izwan Haikal Muhammad Faezan



Isi kandungan M/S
PENGENALAN……………………………………………………………….. 2
RUSUHAN……………………………………………………………………..
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG …..………………………………… 3-5
KOMPOSISI KAUM DI MALAYSIA……..…………………………....... 6–7
KAUM MELAYU……………………………………………………..…...….
8
KAUM CINA…………………………………………………………..……... 9 - 10
KAUM INDIA………………………………………….………………...……
MIGRASI SISTEMATIK……………………………………………………. 11 - 13
KESIMPULAN………………………………………………………………… 14 - 19
PENUTUP……………………………………………………………………… 20 - 21

22
23 - 24

PENGENALAN 2

Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang
bercirikan pelbagai jenis kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di selurh Malaysia.
Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa utama di Malaysia iaitu
Melayu, Cina dan India.

Walaubagaimanapun ada juga berpendapat bahawa masyarakat majmuk muncul
akibat daripada dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut
keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok
yang pelbagai dalam satu unit politik. Kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak
bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat pada agama, bahasa, budaya,
idea-idea dan cara hidup tersendiri.

Dalam memahami tentang konsep ini, perkara yang akan dibincangkan pertamanya
ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia. Kehadiran pelbagai
kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi melalui proses
perdagangan yang dijalankan. Walaubagimanapun, kehadiran mereka ini tidak dapat
digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu
sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak
British. Oleh itu kita akan megupas tentang kewujudan masyarakat majmuk di Malayia.

RUSUHAN 13 MEI 3

Rusuhan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969 antara kaum Melayu dan Cina selepas
pilihan raya 1969 disebabkan parti-parti pembangkang iaitu Parti Tindakan Rakyat (DAP)dan
gerakan mendapat kemenangan yang memberangsangkan.Walaupun Parti Perikatan masih
boleh membina kerajaan , namun kemenangan merosot berbanding dengan pilihan raya
sebelumnya . Disebabkan itu kempen pilihan raya yang seterusnya menjadi semakin hangat
sehingga perbincangan tertumpu kepada isu-isu perkauman dan peribadi individu tertentu.
Pada 9 Mei 1969,berlakunya peristiwa perarakan jenazah yang dilakukan oleh Parti Buruh
terhadap seorang pemuda Cina dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan
raya.Rentetan peristiwa itu, DAP dan GERAKAN telah mengadakan perarakan besar-besaran
pada 11 dan 12 Mei 1969. UMNO yang rasa tercabar turut mengadakan perarakan atas
kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya tersebut yang diketuai oleh
Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu. Perarakan provokatif dari kedua-dua
pihak seumpama ini didapati membakar semangat setiap kaum sehinggalah membawa
kepada titik hitam dalam sejarah negara. Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan
tentera terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan .Maka berlakulah
peristiwa 13 Mei 1969 yang diberi gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan
gelaran Ops Tenteram. Subuh, 60 penyokong GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela
penduduk Kampung Baru supaya “keluar dari kampong dan balik ke hutan”. 7.30 malam
perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan setelah
mendapat kebenaran polis.

4

Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej MARA. Semua orang melayu berkumpul di
rumah MB Selangor di Kampung Baru. Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku rusuhan di
Setapak dimana orang melayu dari Gombak telah diserang ketika perjalanan ke
Kampung Baru. Rusuhan ini dan kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi, Kampung
Pandan dan Kampung Datuk Keramat. 6.30 petang lebih kurang 500 orang
berhimpun di rumah Dato Harun Idris. Sesetengahnya bertombak dan berkeris. Dato
Harun berdiri diatas bas merayu supaya bertenang tetapi mereka menjerit “tidak
boleh tahan lagi tok.” Hampir 300 org melayu keluar menuju ke Jalan TAR manakala
yang lain sempat ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan. Pertempuran bersenjata
antara orang melayu dan bukan melayu berlaku. Perusuh Cina telah mengepung dan
menyerang orang melayu di Panggung Rex, Federal dan Capitol. Pasukan Regimen
Renjer yang kemudiannya digantikan polis dan tentera mengawal keadaan dan
mengisytiharkan perintah berkurung. Keluarga-keluarga yang ketakutan
mendapatkan perlindungan di kawasan yang dipatrol oleh pihak tentera. Operasi
mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa. Peristiwa ini telah membuka
mata banyak pihak terutama pemimpin-pemimpin negara mulai sedar dan meneliti
isu perpaduan dengan lebih serius disebabkan keganasan yang berlaku
meninggalkan kesan yang mengerikan. Justeru, para pemimpin mula memikirkan agar
rusuhan seumpama ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi.

5

Seterusnya tindak balas serta-merta yang diambil bagi memberhentikan keganasan ialah
penangkapan tokoh-tokoh yang menyokong rusuhan ini mengenakan perintah
berkurung, mengawal berita-berita radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar-
akhbar dan mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik sekaligus
mengharamkan kempen pilihan raya. Beberapa tindakan lain yang menyeluruh diambil
bagi memberhentikan keganasan iaitu pengisytiharan darurat, pembentukan Majlis
Gerakan Negara(MAGERAN) pada 17 Mei 1969, penubuhan Jabatan Perpaduan
Negara(JPN) dan Majlis Muhibbah Negra(MMN) sekaligus penubuhan Majlis Perundingan
Negara(MAPEN) pada 29 Januari 1970. Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula
apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan
kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang
panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima
puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh
Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu
dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti
penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi
kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina
dan India sebagai komponen utamanya.

6

SEJARAH DAN LATAR
BELAKANG

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG 7

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap
kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan
Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang
tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah. Dengan adanya kepelbagaian kaum, maka wujudlah kepelbagaian adat resam, budaya, bahasa,
agama dan sebagainya.

Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang
mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini
mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-
garis pemisah seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dewan (2005),
masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan atur
dan cara-cara tertentu.

Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90%
penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan
India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal
Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut
cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.

8

KOMPOSISI KAUM DI MALAYSIA

KAUM MELAYU 9

Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek
moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk
Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat
Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan
beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku
ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang smuanya boleh menjamin keselesaan
mereka.

Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera,
Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu
berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan bandar2
baru seprti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak; Kuala Lumpur, Port
Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
Bandar-bandar baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di
bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing.

Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Kaum Melayu 10
dahulunya tinggal di perkampungan..Pada mulanya kaum Melayu menganut agama
buddha.Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu
telah menganut agama Islam. Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu
telah mengamalkan syariat yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi.

11

Kaum cina

Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum 12
Cina merangkumi dua puluh lima peratus populasi. Kebanyakkan keturunan

kaum Cina hari ini berasal dripada pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19.

Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini

yang berbicara dialek Cina berbeza adala Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang,

Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang

tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor.

Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas
pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876,
pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas
penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan masyarakat Cina berasal
dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yang datang dari daerah Amoy, Sen-Yu,
Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain-lain.

Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal
seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan
perkembangan aktiviti perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870,
bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 orang dan di Larut Perak pada
tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.

Bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling besar dari setahun 13
kesetahun berbanding dengan bangsa lain. Pihak British menggalakkan

kemasukan buruhCina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalanya pada tahun
1877, The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan perlindungan orang
Cina telah ditubuhkan untuk melindungi orang Cina.

Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang
boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah
Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri daripada peniaga dan
pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan
peladang dengan membuka ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam
di Johor. Orang Hakka ramai yamg menjadi pelombong sementara orang Hailam pula ramai yang membuka
kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar.

KAUM INDIA 14

Kedatangan orang india secara migrasi beramai-ramai ke Malaysia hanya bermula
pada pertengahan abad ke 19, disebabkan oleh campur tangan british dan juga
kejayaan Britain mengukuhkan kjuasa mereka dia Malaysia.Walaupun orang india sudah
datang ke Malaya sebelum itu, mereka hanya datang sebagai duta kepada tamadun-
tamadun besar atau kumpulan pedagang yang menjual barangan yang sukar didapati
ketika itu. Berbeza dengan nenek moyang mereka, komuniti India yang hadir ke
Malaysia adalah disebabkan tawaran untuk bekerja sebagai buruh di kawasan
perladangan ataupun mana-mana projek kerajaan ketika itu. Kedatangan mereka ke
Malaysia juga buka sesuatu yang berlaku spontan.

Orang Eropah ketika itu menggunakan pengaruh politik mereka membawa pekerja-
pekerja ini ke Malaysia melalui kendalian ejen dan pekerja yang dilantik di India.
Pneghijrahan beramai-ramai masyarakat India ke Malaysia dipacu ole system kasta yang
menekan mereka, perlindasam terhadap wanita India dan juga tekanan oleh msyarakat
kelas pertengahan dan tinggi, memaksa mereka lari ke Malaysia.

Pengaruh kaum India ke atas Tanah Melayu boleh dikesan seawal abad pertama 15
mengikut rekod kajian para pengkaji sejarah. Kaum India telah mula aktif di nusantara ini
sebagai pedagang dari India yang berdagang barang-barang berharga pada masa itu
seperti fabrik, besi, rempah-ratus, emas dan sebagainya. Kaum India juga merupakan
antara golongan yang paling dihormati pada masa itu, kerana berperanan sebagai
pengukir arca yang mahir dan berperanan dalam urusan diplomasi dan ilmu laut. Tidak
boleh dinafikan pada suatu masa dahulu, kapal-kapal maritim India pernah berlabuh di
perairan ini secara megah. Kebanyakkan pedagang-pedagang India telah berkahwin
dengan penduduk sini dan telah memulakan penempatan di sini. Ditambah pula, dengan
Penaklukkan Rajendra Chola ke atas Kedah Tua (Kadaram), Empayar Sriwijaya dan yang
lain pada abad ke-11 yang menyaksikan peninggalan kesan yang boleh dilihat sehingga
kini seperti Batu Nandi, Batu Bersurat Sungai Mas, Patung Avalokiteswara, kebanyakkan
candi-candi dan peninggalan arkeologi sejarah. Kaum India telah sejak itu, memainkan
peranan yang cukup luas dalam perkembangan nusantara ini sebelum kemasukan kuasa
jajahan asing. Tambahan pula semasa era kesultanan Melayu Melaka dan penaklukkan
kuasa portugis seterusnya kuasa belanda, lebih ramai kedatangan masyarakat India yang
hadir sebagai pedagang dan menetap di sini. Kewujudan kuil ‘Sri Poyatha Moorthy’ yang
merupakan kuil yang dibina pada masa itu adalah bukti nyata. Juga tidak dilupa
penemuan ukiran hindu di Sungai Udang, Melaka dan penemuan ‘Makaram’ yang
menjadi kemegahan.

Pada zaman kolonial British, Penghijrahan orang India ke Tanah Melayu secara 16
beramai bermula pada pertengahan abad ke-19. Migrasi ini berlaku disebabkan
oleh campur tangan British di India dan penaklukan British ke atas Tanah Melayu.
Sebelum penjajahan British, orang India datang ke Tanah Melayu sebagai
pedagang barangan yang sukar didapati di Tanah Melayu. Orang India dibawa
ke Tanah Melayu sebagai buruh di kawasan perladangan. Orang Eropah juga
menggunakan pengaruh politik mereka membawa masuk buruh India ke Tanah
Melayu melalui ejen yang dilantik di India. Penindasan terhadap wanita India,
peminggiran mengikut kasta membebankan mereka serta tekanan daripada
masyarakat India kelas pertengahan dan tinggi menyebabkan migrasi masyarakat
India secara beramai. Keaddan ekonomi juga memberikan tekanan kepada
orang India untuk migrasi ke Tanah Melayu.

Migrasi orang India ke Tanah Melayu bermula sejak 1786 sebagai pembantu
rumah dan pekerja peladang. Jawatan ini ditawarkan dengan pembukaan
pejabat koloni British di Pulau Pinang. Jumlah migrasi semakin meningkat selepas
pembukaan Singapura pada tahun 1819. British bertindak untuk mengambil
banduan India sebagai buruh ke Tanah Melayu disebabkan oleh bekalan pekerja
yang tidak mencukupi dan permintaan yang tinggi melalui projek-projek yang
diusahakan oleh para peladang dan kerajaan pada ketika itu seperti pembinaan
landasan keretapi, jalan raya dan pertanian. Peladang-peladang Eropah lebih
suka jmengambil buruh India kerana mereka rajin, mudah dilatih, murah dan
senang dikawal serta senang dieksploitasi.

17

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, kehadiran masyarakat imigran terutama
orang India dan Cina telah mewujudkan struktur masyarakat baru di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak. Kewujudan kaum imigran ini bukan sahaja mengubah wajah masyarakat Tanah
Melayu tetapi juga telah menyumbang kepada banyak aspek sosial dan ekonomi. Kerajaan
telah menjalankan stratregi penyusunan semula masyarakat untuk selesaikan masalah
kedudukan yang tidak seimbang dari segi penguasaan ekonomi. Kerajaan telah menjalankan
pelbagai usaha dan strategi untuk memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia agar
bergiat aktif dalam sektor ekonomi. Pembangunan dalam sektor pendidikan negara adalah
semakin pesat apabila banyak sekolah dibina. Pada tahun 1996, Penyata Razak telah digubal
sebagai salah satu langkah penting untuk mengubal dasar pendidikan negara. Pengubalan
dasar ini telah meningkatkan status sekolah-sekolah tamil, di ladang apabila sekolah mereka
dinaik taraf kepada sekolah jenis kebangsaan tamil. Hasil daripada kandungan Penyata
kandungan Razak, Bahasa Tamil telah dibenarkan memasuki mata pelajaran peringkat sekolah
rendah dan menengah. Dari segi ekonomi, wujudnya dasar pecah dan perintah yang telah
diketuai oleh orang Inggeris.

Antara sebab wujudnya dasar pecah dan perintah ialah bagi memisahkan 18
kaum-kaum, mengekalkan penduduk pribumi di kampung untuk menjalankan
aktiviti pertanian. Pelaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah
mengeruhkan perpaduan masayarakat di Tanah Melayu. Hal ini telah
menyebabkan wujudnya pengelasan kaum dari segi pekerjaan dan sistem
pelajaran di anatara Melayu, Cina dan India. Perkara ini telah mengundang
kepada peristiwa hitam pada 13 Mei 1969, rusuhan kaum yang menyebabkan
banyak nyawa terkorban. Ekoran daripada peristiwa tersebut, kerajaan telah
merangka satu dasar bersepadu iaitu dasar ekonomi baru (DEB) yang telah
diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato
Hussein bagi mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan mewujudkan
peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan untuk semua kaum serta
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat bagi mengimbangkan
sosioekonomi.

19

KAUM INDIA

MIGRASI SISTEMATIK 20

 Kemasukan pekerja India ke Malaysia sebenarnya sudah bermula sejak tahun 1786,
dengan pembantu rumah dan pekerja lading menjadi taweran.

 Pada penhujunng abad ke 18, dianggarkan beribu-ribu orang India yang digelarkan
sebagai ‘kuli’ berada di Pulau Pinang. Angka itu semakin meningkat selepas
pembukaan Singapura pada tahun 1819.

 Walaupun jumlah pekerja semakin tinggi, bakalan pekerja sentiasa tidak mencukupi,
jadi British membuka peluang kepada banduan-banduan dari penjara dia India
untuk bekerja dalam sector pengangkutan orang british di Malaysia. Bagaimanapun,
langkah ini mendaapat tentangnan orang Britain yang menjadi pegawai di
Malaysia.

 Bagi menyelesaikan masalah penempatan banduan yang telah pun selmat hadir ke
Malaysia, kerajaan British memindahkan mereka ke Pulau Andaman pada tahun
1873.

21

 Ini menyebabkan masalah kekurangan jumlah pekerja yang diperlukan
British kembali timbul, selepas permintwaan menjadi tinggi ekoran projek-
projek yang diusahakan peladang-peladang dan kerajaan Malaysia
ketika itu.

 Kerajaan British mensasarkan agar Malaysia menjadi pusat penanaman
utam mereka bagi tujuan ekspot pertanian. Rempah mula ditanam pada
tahun 1830, tebu pada tahun 1840, kopi pada tahun 1870 dan pokok
getah pada tahun 1890. Projek pembinaan jalan raya dan jalan kereta
api dimulakan dengan pinjaman daripada kerajaan pusat Britain
sebanyak 500 ribu pound.

 Bgamanapun, berikutan teknologi yang ada ketika itu kebanyakan kerja
memerlukan hasil tangn buruh kasar dan jumlah pekerja yang ada sntiasa
tidak meancukupi.

KESIMPULAN 22

Sebagai ulasannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila
kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di
Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di
Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang
kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang
berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara tidak sengaja. Pada
awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun pada
pertengahana abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-
ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris di Tanah Melayu.

23

PENUTUP

Berdasarkan tugasan yang saya dan ahli kumpulan saya pilih iaitu sejarah
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia ,terdapat beberapa harapan
dan cadangan berdasarkan tajuk tersebut .antara harapan yang kami
harapkan ialah semua kaum di Malaysia dapat mengekalkan keharmonian
yang sedia ada sejak dahulu lagi antara semua kaum yang ada di dalam
nrgara kita iaitu Malaysia.ini akan menyebabkan negara kita dapat
mengekalkan keamanan yang kita inginkan .

Selain itu , harapan yang kedua ialah homat menghormati antara kaum dan
bangsa yang ada di dalam negara kita iaitu Malaysia .ini akan meningkatkan
lagi jati diri dan kualiti di dalam hidup seseorang yang mengamalkan sikap
hormat menghormati antara kaum yang ada.ini juga boleh menjadikan kaum
Dan bangsa kita dipandang tinggi oleh bangsa dan kalu lain yang ada di
Malaysia.seterusnya harapan yang terakhir ialah semua bangsa yang ada di
dalam Malaysia dapat Bersatu dalam menyelesaikan masalah serta dapat
bersatu dalam memajukan ekonomi negara kita iaitu Malaysia di tahap yang
terbaik .oleh itu semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia haruslah
Bersatu padu untuk mencapai apa yang kita inginkan

24

Cadangan yang dapat saya war-warkan tentang masyarakat majmuk di Malaysia
untuk mengeratkan hubunngan silaturahim sesama kaum ialah dengan masyarakat
hemdaklah dibentuk dan ditanam sengan sifat keharmonian dalam diri supaya tidak
malu untuk bertegur sapa dengan kaum-kaum yang lain. Ini membuatkan
masyarakat di Malaysia memhami antara satu sama lain justeru, mampu
mempelajari tenatng adat dan budaya kaum-kaum yang lain. Ini akan
menguukuhkan perpaduan antara kaum dan dapat mengelakkan berlakunya
perselisihan faham yang akan mencetuskan pergaduhan sesama sendiri.

25

Disediakan oleh

Muhammad Faezan Bin A Ariff - 16DET20F1029
Mohamad Izwan Haikal bin Ismail - !6DET20F1034
Muhammad Syarifuddin bin sukri – 16DET20F1033

Program
MPU21032

Kelas
DET2B


Click to View FlipBook Version