9 TAHUN
RUZANA BINTI ABD WAHID
Cuti sekolah sudah tiba! Lana dan abang begitu
gembira sekali. Abang sudah mempunyai rancangan
bersama ibunya sepanjang cuti sekolah ini. Abang
seorang yang suka menanam pokok. Oleh itu, ibu dan
abang akan menanam pokok bersama-sama pada
waktu petang.
“Lana dah tak payah buat kerja
sekolah lagi. Hehehe…” Lana
melonjak gembira.
“Lana, walaupun cuti sekolah, pelajaran
tetap penting! Lana perlu memanfaatkan
masa dengan membaca buku dan
membuat aktiviti yang berfaedah,” ujar ibu
sambil menghulurkan beberapa buah buku
cerita baharu.
“Wah, buku cerita baru la! terima kasih, ibu!” Lana
memeluk dan mencium pipi ibu dengan penuh kasih
sayang.
Cuti sekolah ini, baba sibuk dengan kerjanya di pejabat.
Jadi hanya Lana, abang dan ibu sahaja yang tidak ke
mana-mana cuti sekolah ini.
1
Kesemua buku cerita yang ibu belikan sudah habis
dibaca. Lana mula bosan kerana membaca buku
yang sama berulang kali.
“Fuuhhh, bosannya!” Lana mengeluh.
“Lana teman la ibu dan abang menanam pokok di
halaman belakang rumah. Tanam pokok ni seronok
tau!” Ibu memberi cadangan sambil bersiap-siap menuju
ke belakang rumah.
Lana terus menuju ke ibu dan
abang untuk melihat mereka
menanam pokok. Kebiasaannya,
mereka menanam pokok bunga
dan pokok buah-buahan. Lana pun
melihat ibu dan abang menanam
pokok bunga.
“Terdapat 4 langkah yang perlu Lana buat untuk
menanam pokok bunga ini!” ibu memberitahu Lana
bagaimana cara menanam pokok bunga.
2
“Langkah pertama, Lana perlu menggemburkan tanah
dengan menggunakan cangkul tanah.
Langkah kedua, Lana perlu mengambil benih anak
pokok bunga ros dan masuk ke dalam tanah yang
telah digemburkan.
Langkah ketiga, tanam anak pokok bunga tersebut
dengan tanah yang telah dicampur dengan tanah bakar
serta meletakkan sedikit baja bagi pokok tersebut
subur.
Akhir sekali, jirus dengan air. Lana perlu sentiasa
menjirus air ke pokok bunga ini setiap hari supaya ia
mendapat air secukupnya!” Ibu mengajar Lana
menanam pokok bunga ros.
3
“Eeee… lecehnya tanam pokok ni!” Lana mengeluh di
hadapan abang dan ibu.
“Lana tiada kerja yang senang di dunia ini. Jika mahu
dapat hasil tanaman yang subur dan cantik, ia perlu
mengikut teknik yang betul!" ujar ibu sambil
menggembur tanah menggunakan cangkul tanah.
Abang pula, tersenyum melihat Lana sambil
mengangkat anak pokok.
Lana terus tinggalkan halaman
belakang rumahnya dan pergi
ke ruang tamu untuk bermain
dengan kucing kesayangannya
yang diberi nama, Tompok.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta di
halaman rumah. Lana terus berhenti bermain dengan
kucingnya dan cepat-cepat dia belari ke arah baba.
4
"Baba, baba, jom pergi taman permainan!" ajak Lana
beria-ia. “Lana lain kali kita pergi taman permainan
ya. Baba penat la sayang dan waktu pun sudah
senja. Ibu dan abang berada dimana?” soal baba
terhadap Lana sambil lirik anak mata babanya
memandang sekeliling halaman rumah mencari ibu dan
abangnya.
“Ibu dan abang menanam pokok
bunga di halaman belakang
rumah.” Jawab Lana sambil
menunjukkan arah di halaman
belakang rumah .
“Lana pergi la bantu mereka tanam pokok bunga.
Seronok tau tanam pokok ni!” Ujar baba terhadap
Lana sambil senyum. “Tapi tanam pokok melecehkan
la baba” ujar Lana terhadap baba sambil membuat
riak wajah yang tidak suka dengan aktiviti penanaman
pokok.
5
Baba ketawa melihat gelagat Lana. Baba
kemudiannya masuk ke rumah untuk membersihkan
diri selepas pulang daripada kerja. Lana pun masuk
rumah sambil mengeluh.
Lana mencari Tompok sambil memanggil namanya di
sekitar rumah untuk memberi makan kepadanya tetapi
Tompok tidak muncul. Tidak lama kemudian, Lana
ternampak Tompok berada di luar rumahnya. Tompok
ingin menangkap rama-rama yang hinggap di pokok bunga
hasil tanaman ibu dan abang.
“Wah cantiknya bunga ini!” Ujar Lana sambil
membuat riak muka teruja. Lalu, lantas Lana
memanggil ibu dan abang ke halaman rumah untuk
memberitahu pokok bunga yang ditanam oleh
mereka menghasilkan bunga yang cantik.
6
“Ibu, abang, lihat pokok ini sudah menghasilkan bunga
yang cantik!” Lana memanggil ibu dan adik untuk
melihat bunga tersebut.
Ibu dan abang terus berlari ke arah Lana. "Ibu, ibu
apa nama bunga ini ibu?" soal Lana sambil menarik
tangan ibu untuk melihat bunga tersebut dengan
lebih dekat lagi.
Ibu dan abang tersenyum melihat gelagat Lana yang
teruja dan tidak tahu apa-apa berkaitan dengan
nama bunga. “Nama bunga ini adalah bunga ros
sayang” ibu memberitahu nama bunga sambil
tersenyum gembira melihat Lana.
“ohh... bunga ros namanya. Nanti
Lana nak tanam pokok bunga
ni la supaya rumah kita dipenuhi
dengan bunga ros yang cantik
ini!” ujar Lana terhadap ibu dan
abang.
7
“Boleh sayang, tapi Lana kena jaga betul-betul pokok
ni kerana pokok ini sangat sensitif supaya ia dapat
menghasilkan bunga yang mekar seperti ini!” ujar ibu
terhadap Lana sambil tersenyum memandang abang.
“Tanam pokok bunga ini, kena banyak bersabar dan
perlu menjaganya dengan teknik yang betul serta
tidak boleh mengeluh!” ujar abang kepada Lana.
“Hrmm.... baiklah ibu, abang” Lana menjawab sambil
akur dengan kata-kata dari ibu dan abang. “Nanti kita
tanam pokok bersama-sama ya sayang!” ujar ibu
kepada Lana sambil mengusap rambut Lana. “Baik lah
ibu!” ujar Lana terhadap ibu sambil senyum.
8
Lalu Lana masuk ke dalam rumah sambil membawa
Tompok. Ini kali pertama pokok itu menghasilkan
bunga yang mekar. Ia juga merupakan hasil tanaman
ibu dan abang. Lana sangat teruja melihat hasil
tanaman ibu dan abang.
Pada keesokan harinya, Lana pun mengikut ibu dan
abang menanam pokok di halaman belakang rumah
mereka. Ibu dan abang bersedia untuk membantu
Lana menanam pokok bunga ros.
“Lana mari sini dekat dengan ibu supaya kamu dapat
lihat bagaimana penanaman pokok bunga ini dilakukan”
ibu memanggil Lana. “Baiklah ibu!” lantang Lana
menjawab sambil bersemangat untuk menanam
pokok bunga ros.
9
“Yeah, lepas ni Lana dah tak bosan lagi! sekarang
ni Lana nak cuba menanam pokok bunga itu pula
supaya rumah kita dipenuhi dengan bunga yang
mekar dan menjadikan pemandangan yang cantik!”
Lana terus pergi ke tempat lain untuk menjirus air
ke pokok bunga yang ditanam oleh mereka supaya
pokok tersebut subur dan menghasilkan bunga
yang cantik. Ibu dan abang tersenyum melihat Lana
teruja dan bersemangat untuk menjaga pokok
bunga yang ditanam oleh mereka.
10
SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan aktiviti seorang kanak-kanak
perempuan yang bernama Lana semasa cuti sekolah. Lana
seorang yang tidak suka menanam pokok bunga tetapi ibu dan
abangnya suka menanam pokok bunga. Babanya pula, sibuk
bekerja dan tiada masa untuk bersama-sama dengan
keluarganya. Pada mulanya, Lana seorang yang suka membaca
buku dan bermain dengan kucing kesayangannya yang diberi
nama Tompok. Lana mengatakan aktiviti penanaman pokok
ialah aktiviti yang melecehkan. Pada suatu hari, Lana
ternampak Tompok ingin menangkap rama-rama yang hinggap
di pokok bunga ibu. Lana teruja melihat bunga ros yang mekar
itu kerana cantik dan menyebabkan dia mahu menanam pokok
bunga. Lana juga, menjadikan aktiviti penanaman pokok bunga
sebagai hobinya.