ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT KANDUNGAN
01 Pengenalan kepada KIKPK 2021
03 Objektif
04 Perutusan, Amanat dan Kata Alu-Aluan
- Ketua Setiausaha KPM
12 - Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
13 - Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia - Sektor
55 Pembangunan Profesionalisme Keguruan
57 - Pengarah BPG
60 Sinopsis Projek
61 Kumpulan KIKPK 2021
63 Jadual Peringkat Saringan
64 Panel Penilai Peringkat Saringan
65 Jadual Peringkat Akhir
Panel Penilai Peringkat Akhir
Atur Cara Majlis Penutup
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Penghargaan
Kikpk 2021
PENGENALAN KEPADA KIKPK 2021
Karnival Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) atau pada peringkat awalnya dikenali
sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK), KPM telah mula dianjurkan pada
tahun 2015. Mulai tahun 2021, KPM akan menganjurkan Karnival KIKPK yang
memberi fokus kepada penjanaan inovasi dan kreativiti secara khusus dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkualiti. Karnival yang diadakan julung kalinya
tahun ini melihat kepada penambahbaikan proses kerja sedia ada dan idea serta
inovasi baharu bidang pedagogi. Hal ini dapat dimanfaatkan bersama malah dapat
memberi nilai tambah kepada disiplin pendidikan hari ini yang semakin mencabar.
Berkonsepkan “knowledgebased” dan “creativity-driven”, Karnival KIKPK dijangka
dapat menghasilkan pendekatan dan inovasi baharu yang memberi nilai tambah
kepada produk atau perkhidmatan pendidikan.
Kikpk 2021 — 1
PENGENALAN KEPADA LOGO KIKPK 2021
Pengertian Logo
Warna hijau mewakili kesegaran, ketenangan serta kesegaran dan tenaga
pembangunan/pertumbuhan semulajadi.
Warna kuning mewakili sifat optimis, bersemangat dan ceria.
Reka bentuk geometrik pelbagai dimensi membawa konsep keterbukaan
kepada kepelbagaian perspektif, sudut pandangan dan dimensi pemikiran
sesuatu keadaan.
Dalam konteks Karnival, logo mewakili keterbukaan kreativiti dan inovasi
kepada sesuatu permasalahan. Penuh semangat, penuh tenaga, penuh optimis
membangun penyelesaian baharu kepada cabaran dan permasalahan hari ini
dan hari esok.
Kikpk 2021 - 2
OBJEKTIF KIKPK 2021
Melahirkan warga KPM yang berfikiran
kreatif dan inovatif dalam menghasilkan
inovasi.
Menggalakkan sistem dan cara kerja baru serta
menjana kecemerlangan organisasi melalui
pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai.
Memupuk kerjasama dalam kalangan warga
KPM dan mengeratkan perhubungan antara
warga KPM di semua peringkat.
Melahirkan warga KPM yang
berfikiran kreatif dan inovatif
dalam menghasilkan inovasi.
Kikpk 2021 - 3
YBHG. DATUK YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada jawatankuasa pelaksana Karnival
Kumpulan Inovatif dan Kreatif Profesionalisme
Keguruan (KIKPK) tahun 2021 kerana memberi
kesempatan kepada saya untuk menyampaikan
amanat berkaitan penganjuran KIKPK 2021 yang
julung kali diadakan pada tahun Ini. Penganjuran Karnival KIKPK kali pertama ini yang
memberi fokus kepada penciptaan dan inovasi dalam pengajaran dan pernbelajaran,
terutama pembelajaran norma baharu dengan tema 'Kreativiti dan Inovasi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Berkualiti" amatlah bertepatan dengan usaha seluruh warga Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), terutama guru-guru di sekolah ketika ini yang berganding bahu
untuk melaksanakan pelbagai kaedah yang kreatif dan inovatif dalam Pengajaran dan
Pembelajaran dari Rumah (PdPR). Dalam konteks ini, pelbagai program yang dirancang
dalam KIKPK ini diharap dapat menonjolkan inisiatif yang kreatif dan inovatif bagi membantu
para guru menjayakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan setiap murid
mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan
masa hadapan yang semakin mencabar dan tidak menentu. Semua murid berhak mendapat
peluang yang sama untuk mengikuti pembelajaran terutama pada situasi kini yang
memerlukan mereka berada di rumah disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda
dunia sejak awal tahun 2020 lalu. Justeru, KPM telah mengambil inisiatif dengan
melaksanakan PdPR sebagai alternatif pembelajaran norma baharu bagi memastikan
pendidikan dapat diteruskan dalam situasi terkini. Pelaksanaan PdPR perlu memenuhi
prinsip asas yang diperlukan bagi memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah
mengatur strategi untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara
optimum dan kreatif. Saya yakin dan percaya melalui pelbagai pendekatan yang
dilaksanakan seperti penganjuran KIKPK 2021 ini, banyak elemen kreativiti dan inovasi dapat
diketengahkan dan dijadikan amalan oleh guru-guru di sekolah. Seterusnya, amalan
Kikpk 2021 - 4
kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru dijangka dapat memupuk dan meningkatkan minat
murid-murid ke arah budaya mereka cipta dan berinovasi.
Saya juga berharap agar platform Karnival KIKPK 2021 ini menjadi sebaik-baik wadah untuk
menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga pendidik di KPM, di mana
ia boleh menjadi salah satu batu loncatan untuk membolehkan sektor pendidikan di Malaysia
mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sebagai sebuah negara yang adil,
saksama dan inklusif menjelang 2030 nanti. Perkara ini sejajar dengan pertumbuhan ekonomi
dunia yang dipacu oleh teknologi pendigitalan yang berteraskan kepada pengurusan yang
efisien dan beretika.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola
kerana berjaya menganjurkan Karnival Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIKPK) Tahun 2021
ini.
Sekian, terima kasih.
DATUK YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF
Kikpk 2021 - 5
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Selamat Sejahtera.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa
berusaha untuk menambah baik penyampaian
perkhidmatan pendidikan sejajar dengan matlamat
kerajaan agar perkhidmatan yang disampaikan
memenuhi kehendak dan harapan pelanggan.
Selaras dengan perubahan persekitaran yang dinamik
serta kehendak pelanggan yang semakin meningkat,
kerajaan telah memperkenalkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada tahun 2009
bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi kerajaan dalam
menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Prinsip asas KIK adalah untuk mengiktiraf
pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi. Selain itu, program ini turut
menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan
dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.
Sehubungan dengan itu, KPM pada tahun ini menganjurkan Karnival Kumpulan Inovatif dan
Kreatif Profesionalisme Keguruan (KIKPK) 2021. Matlamat utama Karnival KIKPK 2021
adalah untuk meningkatkan pembangunan profesionalisme warga KPM secara berterusan
seperti mana yang dihasratkan dalam Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan
(PIPPK).
Karnival KIKPK 2021 berfokuskan kepada penjanaan inovasi dan kreativiti secara khusus
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, menambah baik proses kerja sedia ada, dan
mengetengahkan idea serta inovasi baharu dalam bidang pedagogi. Melalui karnival ini,
pelbagai idea baharu yang kreatif dan inovatif dapat dihasilkan melalui strategi
pengenalpastian dan penyelesaian masalah serta teknik penganalisisan yang berkesan.
Penghasilan idea baharu ini akan dapat diterapkan dengan norma kehidupan dan kebiasaan
baharu yang lebih memerlukan pengajaran dan pernbelajaran berbentuk digital. Perkara ini
penting bagi mendidik dan menyediakan murid dengan pendidikan abad ke-21 dan Revolusi
Industri 4.0 agar mereka dapat berdaya saing pada peringkat antarabangsa.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa
Karnival KIKPK 2021 kerana berjaya menganjurkan karnival ini. Saya juga ingin merakamkan
Kikpk 2021 - 6
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Yayasan Guru Tun
Hussein Onn (YGTHO) atas sumbangan peruntukan dan sokongan yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI ABDOL HAMID
Kikpk 2021 - 7
TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN
MALAYSIA SEKTOR PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Sekalung tahniah kepada Bahagian Profesionalisme Guru
(BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam
penganjuran Kamival Inovatif dan Kreatif Profesionalisme
Guru (KIKPK) Tahun 2021 untu julung kalinya. Pemilihan
tema "Kreativiti dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berkualiti” adalah amat
relevan dan bertepatan dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 yang bermatlamat untuk memupuk kreativiti dan inovasi bagi
membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu bagi menghasilkan generasi
muda cemerlang pada peringkat antarabangsa.
Penganjuran Karnival KIKPK Tahun 2021 ini diharap dapat menjadi penanda aras dan
pelantar bagi menyemarakkan lagi budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga
pendidik di KPM serta dapat meningkatkan daya saing antara organisasi di KPM,
terutamanya di sekolah. Secara tidak langsung, Karnival KIKPK ini juga dapat
meningkatkan pembangunan profesionalisme warga KPM secara berterusan seperti yang
dihasratkan dalam Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK).
Penganjuran Kamival KIKPK Tahun 2021 ini sudah pasti secara tidak langsung memberi
ruang dan peluang kepada warga pendidik untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman
melalui penghasilan produk inovasi yang boleh dikongsi secara meluas. Kamival KIKPK ini
juga diharap dapat menerapkan amalan kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga
pendidik, terutama para guru untuk menghasilkan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP), khususnya dalam suasana di mana Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) dilaksanakan secara maya di mana guru dan murid berada di rumah atau
pusat komuniti atau di mana-mana lokasi bersesuaian.
Karnival KIKPK Tahun 2021 seperti ini juga memberi penghargaan dan pengiktirafan
kepada pasukan yang bertanding, yang telah menunjukkan komitmen tinggi dan dedikasi
dalam mencetus idea, mereka cipta produk inovasi yang unik dan terkini serta
Kikpk 2021 - 8
melengkapkan pelaporan bagi tujuan pertandingan ini.
Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
peserta Karnival KIKPK Tahun 2021 yang terlibat, jawatankuasa penganjur dan semua pihak
yang telah memberi sokongan dan sumbangan sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung.
Sekian, terima kasih.
YBRS DR AHMAD RAFEE BIN CHE KASSIM
Kikpk 2021 - 9
PENGARAH BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Salam Sejahtera
Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah SWT Tuhan
Sekalian Alam yang telah mengizinkan kita untuk
bersama-sama menjayakan Karnival Inovatif dan Kreatif
Profesionalisme Keguruan (KIKPK) 2021.
Sekalung tahniah dan syabas kepada Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia (KPPM)
Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia (TKPPM), Jawatankuasa Kerja KIKPK 2021, Bahagian Profesionalisme Guru (BPG)
dan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) atas inisiatif dan usaha dalam menganjurkan
KIKPK 2021 ini.
Selari dengan fungsi baharu BPG sebagai Bahagian yang bertanggungjawab untuk
pembangunan profesionalisme guru, penganjuran karnival seperti ini dapat memberi ruang
dan peluang kepada warga pendidik untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman melalui
penghasilan produk yang kreatif, berinovatif dan berkualiti. Penganjuran KIKPK 2021 juga
dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan yang boleh dinikmati oleh
semua murid di Malaysia, di mana para guru berpeluang berkongsi ilmu dan pengalaman
melalui bahan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan berinovatif yang
dipertandingkan dalam karnival ini dan mempraktikkannya dalam pengajaran dan
pembelajaran norma baharu.
BPG sebagai penganjur KIKPK 2021 amat menghargai semua penyertaan yang diterima
daripada warga pendidik KPM. Segala usaha gigih, kerjasama dan semangat esprit de corps
dalam menghasilkan produk atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan
berinovatif yang dipertandingkan dalam karnival ini sudah tentu akan menyemarakkan lagi
usaha KPM untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Tahniah sekali lagi dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
KIKPK 2021 terutama pihak pengurusan tettinggi KPM, Jawatankuasa Kerja KIKPK 2021.
Kikpk 2021 - 10
"KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKUALITI”.
Sekian, terima kasih.
YBRS DR HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD
Kikpk 2021 - 11
SINOPSIS PROJEK
KATEGORI PERTANDINGAN KIKPK 2021
Dua (2) kategori inovasi yang dipertandingkan dalam KIKPK 2021 iaitu:
1. Inovasi Penciptaan suatu produk, perkhidmatan atau proses yang baharu dan
belum pernah dilaksanakan di Malaysia.
2. Inovasi Penambahbaikan sesuatu produk, perkhidmatan atau proses sedia ada
melalui kaedah yang inovatif agar menjadi lebih berkualiti serta berdaya saing
Kikpk 2021 - 12
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI : SK KIROKOT RANAU, SABAH
TAJUK PROJEK: MATH REGION
NAMA KUMPULAN : ATAMA
SINOPSIS:
Maths Region adalah merupakan
satu inovasi yang diinspirasikan
daripada permainan atas talian
yang popular iaitu Mobile
Legends. Ia dihasilkan melalui
perisian Power Point bagi
menghasilkan pengajaran
berbentuk didik hibur bertujuan
untuk membantu murid-murid
Tahap Satu di SK Kirokot Ranau
untuk menguasai kemahiran asas
Matematik iaitu keupayaan murid-
murid untuk melakukan operasi
asas Matematik dan memahami
idea Matematik. Instrumen
pengumpulan data yang
digunakan adalah temubual,
penulisan jurnal dan analisis
dokumen digunakan untuk
menjawab kepada soalan kajian.
Data peningkatan penguasaan
kemahiran asas Matematik dan
tahap minat murid diperolehi
melalui perbandingan keputusan
ujian saringan dan ujian selepas intervensi ini dijalankan di dalam kelas. Pendekatan kajian
secara kualitatif digunakan di dalam kajian ini dengan menggunakan ketiga-tiga instrumen
pengumpulan data bagi mendapatkan triangulasi kesahan data yang tinggi. Hasil daripada
kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan dari segi tahap penguasaan dan tahap minat
murid melalui penggunaan inovasi Maths Region ini.
Kikpk 2021 - 13
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH
Tajuk projek: SMART COMPONENT BOX (ScB)
Nama kumpulan: dimensi
SINOPSIS:
Dalam perkembangan teknologi
elektronik, terdapat banyak jenis
komponen elektronik dalam industri ini.
Ini membawa kepada banyak masalah
dalam pengurusan komponen. Beberapa
masalah yang paling biasa adalah
pembelian berulang, penyimpanan yang
memakan masa, pengurusan bahagian
yang tidak betul dan sebagainya.
Pengurusan komponen telah menjadi isu
biasa dalam organisasi. Banyak masa
dan wang dilaburkan dalam pengurusan
barang-barang ini. Terdapat beberapa
senario, antaranya: 1. Apabila item itu
tersedia, tetapi lokasinya tidak diketahui.
2. Apabila item itu tersedia, tetapi tidak
dapat dicari kerana kesuntukan masa.
Oleh itu, Smart Component Box (ScB)
dicipta bagi membantu pengguna untuk
mengatur dan menguruskan item secara
mesra pengguna dan mengekalkan
pangkalan data semua komponen seperti
nama, lokasi dan jumlah yang tersedia setiap komponen melalui PIC16F1938. Selain itu, kita
juga dapat mengetahui stok komponen kerana ia dapat menunjukkan aliran masuk dan keluar
komponen melalui perisian Visual Basic yang disambungkan melalui RFBee yang juga
bertindak sebagai Bluetooth untuk memindahkan data dari perisian secara wayarles ke ScB.
Akhirnya, laci LED yang berkaitan akan menyala untuk menunjukkan lokasi komponen yang
diperlukan.
Kikpk 2021 - 14
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: Kolej matrikulasi johor
TAJUK PROJEK: sparcleans wipes
NAMA KUMPULAN : sagacious
SINOPSIS:
Sparcleans Wipes, sebuah
produk inovasi yang
selamat dan efektif untuk
menyelesaikan masalah
kekotoran papan putih
yang tidak boleh
dibersihkan dengan
menggunakan pemadam
papan putih biasa. Empat
jenis larutan berbeza telah
diuji untuk mendapatkan
maklumbalas terhadap
keberkesanan larutan.
Larutan yang paling berkesan telah dipilih dan dinamakan sebagai larutan Cleans. Penilaian
fasa pertama diukur menggunakan kaedah pemerhatian. Fasa kedua merupakan fasa
pengujian terhadap keberkesanan penggunaan larutan Cleans bersama sama jenis kain
pengelap yang sesuai. Fasa ketiga pula merupakan fasa penambahbaikan penilaian prototaip
Cleans melalui kaedah built in larutan Cleans bersama kain pengelap di dalam satu bekas
mudah dibawa. Kesemua ujicuba fasa kedua hingga fasa keempat dinilai dengan
menggunakan kaedah temubual, soal selidik serta pemerhatian. Melalui kesemua dapatan
tersebut, jelas menunjukkan bahawa prototaip Sparcleans Wipes dapat meningkatkan tahap
kepuasan pengguna sehingga 70% terhadap kebersihan papan putih di kelas masing-masing.
Prototaip Sparcleans Wipes juga amat berkesan dalam memadamkan kotoran degil di papan
putih sehingga 88.9% berbanding pemadam biasa. Peratus penjimatan kos penyediaan
prototaip Sparcleans Wipes berbanding pembelian aset perolehan papan putih baharu pula
adalah 98.3%. Ini telah membuktikan bahawa penghasilan prototaip Sparcleans Wipes perlu
dikomersialkan bukan sahaja di dalam Kolej Matrikulasi Johor malah perlu disebarluas ke
serata negara agar rentetan masalah berkaitan papan putih dapat diselesaikan.
Kikpk 2021 - 15
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: kolej matrikulasi kejuruteraan johor
Tajuk projek: bi-directional room occupant
sensor
NAMA KUMPULAN : the engenius
SINOPSIS:
The Engenius telah menyahut cabaran
KKM dalam mengekang penularan virus
COVID-19 dalam kalangan warga kolej
dan pelajar matrikulasi khususnya di One-
Stop Center (OSC) yang merupakan
infrastruktur dan pusat penyampaian
perkhidmatan terpenting kepada para
pelajar. OSC membekalkan khidmat
pengurusan pelajar, perpustakaan,
pengurusan peperiksaan, khidmat fotokopi
dan cetakan. Pihak kolej telah
menetapkan syarat agar hanya 15 orang
pelajar sahaja dibenarkan memasuki OSC
pada satu-satu masa. Justeru, kumpulan
kami telah mencipta satu produk inovasi
yang dinamakan Bi-directional Room
Occupant Sensor (BROS)™. BROS telah
dibina berkonsepkan Revolusi Industri 4.0
(IR 4.0) yang menggesa peralihan
daripada teknologi manual kepada teknologi automasi. BROS merupakan alat automasi yang
berasaskan peranti Arduino, programming dan komponen elektronik asas dan murah. BROS
juga berupaya untuk mengira dan memaparkan status bilangan penghuni dalam OSC pada
panel penyata. Seandainya bilangan penghuni semasa melebihi 15 orang, penggera amaran
dan status di panel akan berubah menandakan OSC sedang penuh. Tanpa memerlukan
kendalian manual, BROS bukan sahaja dapat menggalakkan amalan penjarakan sosial dalam
kalangan pengunjung OSC, ia juga sekaligus mampu meningkatkan kecekapan operasi
dengan penjimatan kos dan sumber manusia yang optimum, serta mutu perkhidmatan OSC.
Kikpk 2021 - 16
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: INSTITUT AMINUDDIN BAKI
CAWANGAN SABAH
TAJUK PROJEK: SISTEM PERPUSTAKAAN IAB CAWANGAN
SABAH
NAMA KUMPULAN : POUNSIKOU
SINOPSIS:
Sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan organisasi yang
mendukung PPPM dalam mencapai anjakan ke-7. Aspirasi negara seharusnya mampu
memberi contoh kepada pemimpin sekolah dalam menjadikan perpustakaan IAB sebuah
perpustakaan berkolaborasi dengan ICT. Sehubungan dengan itu, satu sistem perpustakaan
yang dikenali sebagai Sistem Perpustakaan IAB Cawangan Sabah telah dibangunkan oleh
pasukan KIK Pounsikou IAB Cawangan Sabah. Memandangkan IAB Cawangan Sabah belum
memiliki Sistem Sirkulasi khusus yang membolehkan akses di mana-mana dan pada bila-bila
masa maka, penciptaan Sistem Perpustakaan IAB Cawangan Sabah ini adalah sangat
bermakna, tambahan sistem ini menekankan kepada eBook yang hanya berkaitan
Educational Leadership and Management (ELM) membezakan dengan sistem yang lain.
Kikpk 2021 - 17
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: kolej matrikulasi MELAKA
Tajuk projek: CLAPS (CHARLES’S LAW APPARATUS
SET)
SINOPSIS:
Kumpulan IMPACTEERS telah mengambil inisiatif dengan
merekacipta satu alat yang ringkas, kompak, jimat, mesra pengguna
dan berinovasi dikenali sebagai CLApS, iaitu Charles’s Law
Apparatus Set yang menyasarkan peratus ralat dikurangkan kepada
5.00%, kos peralatan dikurangkan sebanyak 40% dan masa
pengendalian dikurangkan kepada 50% di dalam eksperimen
menentusahkan Hukum Charles. Hukum Charles ini diajar di dalam
Topik Keadaan Jirim di bawah subtopik Hukum Gas bagi subjek Kimia
Semester 1 Program Sains Matrikulasi. Semasa menjalankan
eksperimen ini dengan menggunakan alat radas konvensional yang
sedia ada, didapati ia sukar dikendalikan dan menghasilkan bacaan
yang tidak konsisten. Struktur binaannya terdiri daripada beberapa unit
radas yang berasingan menyebabkannya memerlukan ruang yang
banyak untuk disimpan. Ia juga mudah
rosak dan pecah menyebabkan
berlakunya pembaziran sumber serta
meningkatkan kos peralatan. Masalah ini
menyumbang kepada peratus ralat yang
agak tinggi apabila pelajar memplotkan
graf untuk untuk menentusahkan Hukum
Charles. Analisis dapatan kajian yang
yang telah dibuat membuktikan peratus ralat hasil eksperimen telah berkurang kepada cuma
0.36%. Selain itu, kos peralatan juga telah dapat dikurangkan sebanyak 67.6% dan masa
pengendalian eksperimen telah dapat disingkatkan sebanyak 53.1%. Penggunaan CLApS
dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat menghasilkan lepasan Program Matrikulasi
yang berpengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam bidang STEM secara
langsung melalui penerapan kemahiran manipulatif dan saintifik.
Kikpk 2021 - 18
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
TAJUK PROJEK: ADV 4.0 DEVICE FOR FREE MOTION
PHYSICS
NAMA KUMPULAN : SKY EXPLORER
SINOPSIS:
Free Fall adalah salah satu amalan Fizik yang terdapat dalam
Spesifikasi Kurikulum Matrikulasi. Ketepatan keputusan ujian sering
dipersoal kerana keputusan ujian yang tidak konsisten. Ini
disebabkan oleh pemasangan litar yang sangat rumit, sangat sensitif
dan mudah rosak. Pelajar terpaksa berkongsi menggunakan alat
yang ada kerana bilangan yang sangat terhad. Peralatan yang rosak
tidak dapat diperbaiki kerana memerlukan kos yang sangat tinggi.
Oleh itu, kumpulan Sky Explorer mengambil inisiatif untuk
menyelesaikan masalah dengan menghasilkan Peranti ADV 4.0
untuk melaksanakan eksperimen Free Fall Motion. Produk ini dapat
menghasilkan eksperimen yang lebih tepat, pantas dengan kos yang
sangat rendah. Penyataan masalah projek ini adalah kerosakan yang
berlebihan dan kos pembelian yang tinggi mengakibatkan sejumlah
alat semakin berkurangan. Oleh itu, tidak
semua pelajar dapat menjalankan
eksperimen dengan jayanya. Objektif
utama projek ini adalah; 1) Penggunaan
alat dapat dipermudah dan diringkaskan
2) 100% pelajar boleh memasang litar
dan radas sendiri serta berpeluang
mempelajari pemasangan radas secara
"hands on" 3) 100% keputusan eksperimen adalah konsisten dan relevan 4) Kos pembelian
peralatan ujian dapat dikurangkan sekurang-kurangnya 30%. Tujuan alat ADV 4.0 sebenarnya
lebih kepada untuk mengatasi krisis kerosakan atau kekurangan peralatan di makmal.
Anggaran penjimatan boleh mencecah RM1.3 juta dengan purata 50 set bagi setip kolej di 15
Matrikulasi di seluruh Malaysia. Produk ADV 4.0 ini juga telah pun didaftarkan di MyIPO.
Kikpk 2021 - 19
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: kolej matrikulasi pahang
Tajuk projek: aplikasi kpc
NAMA KUMPULAN : KIRCHHOFF PRACTICE CREATOR
(KPC)
SINOPSIS:
Aplikasi KPC dibangunkan
menggunakan perisian percuma
yang dibina melalui laman
sesawang 'MIT App Inventor'.
Aplikasi ini adalah satu perisian
litar yang boleh diakses melalui
telefon pintar yang menjurus
kepada pembinaan litar yang
berasaskan hukum Kirchhoff.
Pensyarah boleh menggunakan
aplikasi KPC melalui telefon bimbit
dan membina litar Kirchhoff
lengkap dengan arah dan nilai
untuk perintang dan arus semasa
melaksanakan sesi PdP secara
dalam talian. Pensyarah boleh
membuat tangkap layer
(screenshot) paparan gambarajah
litar tersebut dan menghantar
paparan tersebut ke kumpulan
Telegram atau Whatapps kelas.
Melalui itu, pelajar akan diminta
untuk membina persamaan
berdasarkan gambarajah litar yang
diberikan. Pelajar juga boleh
membina litar sendiri semasa sesi
ulangkaji kendiri dan cuba
menyelesaikannya sendiri serta merujuk kepada pensyarah untuk semakan dan khidmat
nasihat.
Kikpk 2021 - 20
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: KOLEJ vokasional perdagangan
TAJUK PROJEK: TOP Assistant (Table of Period)
e-bbm berdasarkan pembelajaran teradun
NAMA KUMPULAN : d’excellent
SINOPSIS:
TOP Assistant (Table of Period):
E-BBM berdasarkan pembelajaran
teradun merupakan inovasi yang
berdasarkan sistem garis masa
dalam menentukan tarikh starting
period, closing period dan closing
date bagi kursus Sistem
Perakaunan Berkomputer bagi
pelajar-pelajar program Diploma
Perakaunan di Kolej Vokasional
seluruh Malaysia. Data
keberkesanan inovasi ini diukur
menggunakan kaedah analisis
deskriptif berdasarkan data ujian
pra, pos dan ujian T. Sampel inovasi
terdiri daripada 127 orang pelajar di
11 buah Kolej Vokasional di
Malaysia.
Kikpk 2021 - 21
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: kolej vokasional sultan abdul samad,
banting
Tajuk projek: KIT PEMBELAJARAN EASY BASIC
PROGRAMMaBLE LOGIC CONTROLLER
NAMA KUMPULAN : easy b plc
SINOPSIS:
Penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM) banyak memberi sumbangan
dalam meningkatkan pemahaman
kepada pelajar dan kualiti PdPc
dikalangan guru dan pelajar. Oleh
itu, satu BBM Programmable Logic
Controller (PLC) bagi Teknologi
Elektrik KVSAS dibangunkan bagi
pemudahcaraan dalam pengajaran
dan pembelajaran. BBM yang
dinamakan sebagai kit Easy B-PLC,
dihasilkan seperti beg peralatan bagi
memudahkan untuk dibawa dan
mudah alih apabila digunakan.
Pemasangan litar pendawaian di
dalam beg peralatan tersebut telah
diuji bagi memastikan dan
mengesahkan bahawa kit Easy B-
PLC dalam keadaan selamat digunakan. Kit ini mempunyai dua kaedah penggunaannya iaitu
kaedah menggunakan software Siemen Logo dan kaedah secara penyambungan kabel.
Selain itu, pengajaran dan pembelajaran dalam pengatucaraan PLC boleh dilaksanakan
secara berfokus apabila menggunakan kit Easy B-PLC. Berdasarkan fizikalnya, kit Easy
B-PLC sangat praktikal digunakan dalam PdPc program Teknologi Elektrik terutama dalam
kursus Sistem Kawalan. Ia juga amat berkesan sebagai kit latih tubi bagi peserta-peserta
pertandingan kemahiran. Secara keseluruhannya, Kit Easy B-PLC yang dibangunkan secara
berinovasi dapat membantu guru mengajar pengaturcaraan PLC dengan menjimatkan masa
dalam mencapai objektif pengajaran dan membolehkan guru mengajar dengan berkesan,
proaktif dan inovatif.
Kikpk 2021 - 22
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: KOLEJ vokasional sulatan abdul samad
TAJUK PROJEK: STARTER KIT FOR BASIC CAKE
DECORATION
NAMA KUMPULAN : bakers4star
SINOPSIS:
Kumpulan Bakers4star terdiri daripada pensyarah
dalam program Bakeri dan Pastri di Kolej
Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting. Kami
telah menjalankan satu projek inovasi bertajuk
Starter Kit for Basic Cake Decoration (SBCD) di
bawah kategori penciptaan produk. Keadaan
semasa pandemik COVID-19 yang melanda seluruh
dunia dan negara kita pada masa ini telah
menyebabkan pelbagai perubahan sesi pengajaran
dan Pemudahcaraan (PdPC) seperti secara atas
talian atau melalui rakaman video bagi mematuhi
SOP semasa norma baharu.
Walau bagaimanapun, latihan amali secara fizikal
bersama pelajar dalam proses PdPC program
Bakeri dan Pastri agak sukar untuk dijalankan
secara atas talian. Oleh itu, kami telah memilih
untuk menghasilkan satu kit dekorasi kek yang
boleh memudahkan pelajar melakukan latihan asas
di rumah dan membantu pensyarah dalam proses
PdPC dalam situasi pandemik ini. Kit tersebut
mengandungi komponen utama iaitu template
plastik dekorasi asas untuk kek dan alatan dekorasi
kek seperti Nozzle, Piping bag, pewarna dan
acetate sheet, manakala manual penggunaan kit
boleh diakses melalui QR Code.
Kikpk 2021 - 23
Hasilnya, pelajar yang telah menerima kit ini dapat menjalankan latihan asas dengan mudah
dan dapat menunjukkan hasil dekorasi yang diperlukan sepanjang tempoh PdPC dalam
talian. Kit asas dekorasi ini terbukti efisien bagi membantu kelangsungan PdPC dalam norma
baharu terutamanya bagi kemahiran asas dekorasi kek yang sangat penting dalam bidang
pastri. Oleh itu, ianya berpotensi untuk diperkenalkan dan digunakan dalam program Bakeri
dan Pastri di semua kolej vokasional dan Institusi Kemahiran di Malaysia.
Kikpk 2021 - 24
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: kolej matrikulasi pulau pinang
Tajuk projek: aplikasi fame
NAMA KUMPULAN: team phyfa
SINOPSIS:
Projek Aplikasi FAME
merupakan produk inovasi
Kumpulan Team PhyFA
dalam menangani masalah
penggunaan masa yg lama
dan pertindihan data analisis
pelajar yang berlaku di unit
Fizik. Permasalahan yang
wujud ini mempengaruhi
prestasi perkhidmatan dan
persediaan pengajaran
pensyarah di unit Fizik.
Permasalahan pengurusan
data analisis ini wujud apabila
templat analisis markah
Peperiksaan Semester
Program Matrikulasi (PSPM),
markah Penilaian Berterusan (PB) , markah Ujian Penilaian Sumatif (UPS), markah dari
Program Kecemerlangan Akademik (PKA), data Kehadiran, data Intervensi Pelajar dan data
Entrance-Exit Course Learning Outcomes (CLO) dianalisis menggunakan templat yang
berasingan walaupun terdapat data yang digunakan adalah sama. Aplikasi FAME merupakan
satu produk inovasi yang menyediakan satu platform di mana kesemua data boleh disimpan
dalam format yang selaras dengan keperluan semasa data analisis. Produk ini juga mesra
pengguna supaya mudah digunakan dan mempunyai kebolehcapaian yang meluas dalam
kalangan pensyarah.
Kikpk 2021 - 25
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: KOLEJ vokasional dato’ undang haji
muhamad sharip
TAJUK PROJEK: DP-Roller
NAMA KUMPULAN : lead
SINOPSIS:
Drafting Paper Roller atau nama komersial produk kami DP-Roller ialah satu produk atau alat
yang dicipta khas untuk menyimpan kertas mendraf pola bagi mengatasi masalah tiada ruang
dan alat penyimpanan khas bagi kertas mendraf yang menyebabkan kertas mudah rosak,
renyuk, koyak, berselerak dan masalah pembaziran kerana diambil secara berlebihan. DP-
Roller mempunyai ciri-ciri atau kelebihan seperti mudah digunakan, senang dikendalikan,
penjimatan ruang penyimpanan, kepelbagaian fungsi, reka bentuk yang baru, menjimatkan
masa dan kos penghasilannya yang rendah.
Kikpk 2021 - 26
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Tajuk projek: SMART-OPIC
NAMA KUMPULAN : OPIC
SINOPSIS:
Smart-One Page Instructional
Coaching (SMART-OPIC) adalah satu
produk inovasi kategori penciptaan
bagi tujuan pelaksanaan, perekodan
dan pemantauan bimbingan dalam
pengajaran dan pembelajaran secara
secara dalam talian. SMART-OPIC
dibangunkan kerana beberapa isu iaitu
kesukaran memahamkan peserta
kursus cara melaksanakan
instructional coaching dengan
berkesan, kurang kefahaman dan
kemahiran melaksanakan instructional
coaching dalam kalangan pemimpin
sekolah untuk penambahbaikan PdP
guru dan tiada kaedah berkesan untuk
memantau guru telah dibimbing
setelah selesai pencerapan. Smart-
OPIC terhasil dengan menggunakan
kaedah Design Thinking yang
menghasilkan cara mudah dan cepat mengaplikasi instructional coaching secara sistematik
iaitu bermula dengan Kenal Pasti Isu (Realiti semasa, Matlamat, Strategi Pengajaran), Belajar
(Perkongsian amalan terbaik dari pelbagai sumber), Penambahbaikan (Pencerapan semula,
Tindakan susulan, Kemajuan). Smart pula bermaksud kesemua maklumat yang perlu
dimasukkan dalam borang OPIC secara dalam talian melalui platform Google Classroom dan
dipaparkan dalam dashboard bagi memudahkan pemantauan pemimpin sekolah dan
pensyarah IAB dalam melaksanakan penambahbaikan latihan. SMART-OPIC telah
dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun telah menunjukkan outcome dalam
penjimatan masa 66.7 peratus pensyarah yang mengajar instructional coaching, penjimatan
masa 76.7 peratus proses bimbingan dan penambahbaikan PdP guru, 100 peratus penjimatan
Kikpk 2021 - 27
kos iaitu kos bahan cetak semasa mengajar dan kos penyediaan fail pencerapan, bimbingan
dan pemantauan.
Tambahan lagi SMART-OPIC turut memberi kesan terhadap peningkatan pengoperasian
SKPMg2 Standard 4 iaitu meningkat dari 88.6 peratus kepada 90.28 peratus. Penjimatan
masa dan kos telah memberi impak peningkatan produktiviti pensyarah IAB dan pemimpin
sekolah. Impak luar jangka SMART-OPIC dengan peningkatan keputusan SPM SMK Bentong
yang dari segi GPS selama dua tahun berturut-turut. SMART-OPIC turut telah direplikasi
dalam penulisan buku dan artikel jurnal penyelidikan Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) Bil 21/2020. SMART-OPIC turut mempunyai potensi
yang besar untuk dikembangkan ke 10,225 sekolah seluruh Malaysia iaitu kepada 40900
pemimpin sekolah, 412284 guru, 11794 jurulatih dalam bandar dan 8656 jurulatih luar bandar
serta SISC+ jurulatih utama seramai 1120 melalui kursus dalam talian dan pembangunan e-
modul.
Kikpk 2021 - 28
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: PENCIPTAAN
INSTITUSI: KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR
Tajuk projek: AKUR-L
NAMA KUMPULAN : TRI-NEUTRINO
SINOPSIS:
AKUR-L direka untuk meningkatkan kemahiran saintifik pelajar dalam menjalankan amali yang
melibatkan pengukuran menggunakan pembaris meter. Alat ini merupakan BBM berbentuk
produk yang menggunakan bahan PLA filament melalui teknologi 3D printing. Alat ini praktikal
dan sesuai digunakan bagi menjalankan amali Fizik sama ada di sekolah, matrikulasi dan
pra-universiti. Kelebihan alat ini ialah ringan, kos yang murah, mudah disimpan, mudah alih,
tiada lagi dipasaran dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
Kikpk 2021 - 29
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: penambahbaikan
INSTITUSI: kolej matrikulasi selangor
Tajuk projek: spiderteach.com
NAMA KUMPULAN : sapphire
SINOPSIS:
Kumpulan Sapphire Kolej
Matrikulasi Selangor telah
menghasilkan projek
spiderteach.com berikutan hasil
penilaian masalah iaitu bahan
bantuan PdP yang terhad
dikalangan pensyarah KMS.
Spiderteach.com menyediakan
pelantar kepada tenaga pengajar
untuk menyimpan dan berkongsi
sumber pendidikan dengan lebih
tersusun. Ia merupakan satu
website pengumpulan sumber
bahan dan inovasi PdP secara
cloud-source bagi memastikan
bahan yang dihasilkan oleh para
pendidik dapat dikongsikan
dengan lebih berkesan. Melalui
pelantar ini, sumber bahan dapat
dikelaskan mengikut peringkat
umur, kurikulum dan jenis bahan
samada aktiviti, nota, latihan dan
lain-lain. Terdapat butang fungsi
search dan filter bagi memudahkan pendidik lain mencari dan menapis bahan yang mereka
inginkan. Antara lain, spiderteach.com mesra penggunaan telefon pintar, mempunyai ciri muat
turun dan muat naik bahan dengan mudah juga terdapat butang kongsi, komen dan rating
bahan pendidikan yang ada. Paling utama, pengguna yang mendaftar akaun di
spiderteach.com mempunya dashboard persendirian yang menjadi profil sumbangan pendidik
dalam penghasilan bahan pendidikan.
Kikpk 2021 - 30
Hasilnya, pendidik kini dapat
membuat carian bahan bantuan
PdP yang bersesuaian dengan
lebih cepat dengan penjimatan
masa sebanyak 75% dan
penjimatan kos percetakan
kertas sebanyak 100% kerana
semua bahan adalah berbentuk
digital. Ini sekaligus dapat
memperkasakan teknologi hijau
kerana pembangunan dan pengaplikasian produk yang memelihara alam sekitar. Disamping
itu, para pendidik dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dan menjadikan proses PdP
menjadi lebih menarik, efektif dan berkesan. Tambahan, produktiviti pendidik dapat
ditingkatkan sebanyak 71%.
Hasil soal selidik yang dijalankan menunjukkan 97.4% pengguna berpuas hati dengan laman
web spiderteach.com. Pengguna spiderteach.com yang berdaftar akan dan memuatnaik
bahan boleh memilih samada bahan mereka adalah percuma ataupun berbayar sekaligus
pendidik dapat menjana pendapatan sampingan. Profil ini boleh digunakan semasa proses
kenaikan pangkat kerana mudah untuk pendokumentasian semua hasil kerja pendidik.
Sebagai kesimpulan, inovasi ini membantu usaha sistem pendidikan untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara juga
membantu merealisasikan Misi KPM untuk melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti.
Sehingga kini lebih 800 bahan pendidikan telah dimuatnaik oleh para pengguna dan menarik
lebih daripada 80 ribu pelayar daripada pelbagai negara. Ini menunjukkan spiderteach.com
telah bersedia untuk berfungsi sebagai salah satu rujukan utama bahan-bahan pengajaran
yang terbaik kepada para pendidik. Spiderteach.com juga telah mendaftarkan video
promosinya menerusi MyIPO di bawah akta hakcipta 1987. Malah, pelan replikasi telah
diperluas melalui pengenalan Duta Spiderteach di semua kolej Matrikulasi seluruh Malaysia,
melalui media sosial serta influencer daripada bidang pendidikan bagi memastikan semua
warga pendidik di Malaysia boleh mendapatkan akses kepada platform spiderteach.com.
Peluang tahap pengkomersialan ke peringkat antarabangsa adalah sangat tinggi kerana
sumber bahan pendidikan yang dihasilkan kebanyakannya adalah bersifat universal.
Spiderteach.com juga bercadang untuk mendapatkan geran Inisiatif Pendigitalan yang
ditawarkan oleh MDEC untuk menambahbaik fungsi dan kapasiti laman web ini.
Kikpk 2021 - 31
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: penambahbaikan
INSTITUSI: ipgk pendidikan islam, selanor
Tajuk projek: 5comp4all
NAMA KUMPULAN : s-quad lestari jsk
SINOPSIS:
Kawasan kampus IPGKPI
ditanami dengan pokok
buah-buahan, sayur-
sayuran dan herba.
Laporan daripada pihak
pengurusan menunjukkan
tanah di persekitaran
kampus bermasalah kerana
kesuburan tanah tidak
dapat dikekalkan dan
tumbesaran tumbuhan
terbantut. Fenomena ini menyebabkan gangguan kepada ekosistem mikrob yang berfaedah
seterusnya meningkatkan jumlah serangga perosak. Sehubungan itu, kumpulan S-Quad
Lestari JSK mencari kaedah lestari yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut akibat
daripada keadaan tanah yang tidak subur. Kumpulan kami telah menghasilkan baja organik
yang dinamakan 5Comp4ALL menerusi Buku Resepi tanpa Kimia Sintetik (R-KiS), sebagai
menggantikan penggunaan baja kimia sebagaimana dijelaskan penyediaannya dalam flipped
book R-KiS dan QR Code. Tujuan penghasilan 5Comp4ALL adalah untuk menghijaukan bumi
kampus sebagaimana dalam perancangan strategik, memberi pendedahan terutamanya
kepada yang mengambil matapelajaran pendidikan alam sekitar LASS3013 tentang kitaran
Metodologi 7 Langkah IPG Lestari dan mengoptimumkan penggunaan baja organik menerusi
amalan 5R bagi menggantikan baja kimia.
5Comp4ALL adalah hasil daripada pengomposan protein, kutikel, hampas, sisa dapur (pori-
pori), dan sisa taman (The Wooden Box in the Garden). Manakala kerangka penghasilan
5Comp4ALL yang mengintegrasikan 4 model iaitu PDCA, Methologi 7 Langkah IPG Lestari,
5R, dan Design Thinking. 5Comp4ALL telah diuji cuba dan dipantau secara berkala.
Penggunaan 5Comp4ALL tidak melibatkan kos pembuatan berupaya menjimatkan
perbelanjaan membeli baja kimia serta menghasilkan hasil tanaman yang sihat, saiz buah
lebih besar dan subur.
Kikpk 2021 - 32
Berdasarkan soal selidik
kepada 63 orang peserta
LDP warga IPGKPI
menunjukkan sikap yang
sangat positif (min=4.80,
SP=0.63) terhadap
pelaksanaan 5Comp4ALL
bagi mengatasi masalah
penggunaan baja kimia.
Mereka menyedari bahawa
projek ini membekalkan pengetahuan tentang pengomposan menggunakan bahan sisa yang
dijana setiap hari di setiap rumah seterusnya menyokong aktiviti pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar. Hasil pelaksanaan 5Comp4ALL ini memberi impak luar jangka.
Berdasarkan kajian lain yang dijalankan ke atas 93 orang yang terdiri 36 pelajar IPGKPI, 41
pensyarah IPGKPI dan 16 ahli masyarakat mendapati bahawa pembinaan kompos
5Comp4ALL yang diusahakan oleh kumpulan S-Quad Lestari JSK berupaya meningkatkan
kesejahteraan masyarakat melalui aktiviti sosial (min=4.70, SP=1.16), aktiviti alam sekitar
(min=4.48 , SP=1.17) dan aktiviti ekonomi (min = 4.38, SP=1.11).
5Comp4ALL telah berjaya mendapat pengiktirafan dari komuniti setempat, kebangsaan dan
antarabangsa iaitu: Eats Shoots Roots (Edible Garden), Eco-Institutes Malaysia (Silver
Award), Hak cipta terpelihara LY2020003170, Geran Alam Sekitar Ford - Sime Darby, Geran
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Perakuan dari kerajaan Amerika Syarikat melalui WWF
Malaysia, Green Council Pulau Pinang, Tajaan Herbal Garden daripada Landskap Malaysia
(NGO), Tajaan Jabatan Lanskap Negara, Surat Khabar STAR - Organic Campus, Surat
Khabar STAR - A Green Journey on Campus dan Johan Inovasi kategori Lestari IPGM.
Kami juga telah berjaya membangunkan Website IPG Lestari IPGKPI dan facebook Lestari
IPGKPI sebagai platform berkongsi maklumat dan mempromosi 5Comp4ALL, melaksanakan
Kempen Lestari bagi memberi kesedaran dan pembinaan kompos kepada warga IPGKPI dan
komuniti, menjalankan kursus/ bengkel/ latihan penyediaan dan penggunaan 5Comp4ALL
kepada pensyarah, pelajar dan masyarakat tempatan melalui program LDP, bertindak
sebagai juru runding bantu kepada sekolah dan pesara penjawat awam, melibatkan pihak
NGO dan pihak antarabangsa dan menyediakan platform sembang@WWF.
Kikpk 2021 - 33
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: penambahbaikan
INSTITUSI: sk Putrajaya presint 11(1)
Tajuk projek: conv wheel kits
NAMA KUMPULAN : lambda
SINOPSIS:
Projek ConV Wheel Kit ini dapat
membantu murid dalam proses
menukar unit melibatkan pecahan
kepada Perpuluhan, Peratus, Masa
dan Waktu, Panjang, Jisim dan
Isipadu Cecair dengan lebih jelas dan
bermakna. Walaubagaimanapun,
murid-murid akan didedahkan dahulu
dengan konsep asas cara menukar
unit iaitu melalui kaedah darab tambah
atau pemansuhan kerana bahan ini
dicipta hasil jawapan akhir kepada
kaedah menukar unit. Contohnya, ½
tukar kepada perpuluhan, caranya
ialah satu bahagi dengan dua sama
dengan sifar perpuluhan lima. Oleh
yang demikian, ConV Wheel Kit ini
hanya memaparkan jawapan sifar
perpuluhan lima sahaja bagi
membantu murid-murid mengenalpasti
jawapan yang betul daripada nilai
pecahan yang ditukar kepada unit-unit tertentu. Secara tidak langsung, bahan ini dapat
membantu murid untuk mengingat daripada cara asas konsep pertukaran unit kepada nilai
sebenar hasil pertukaran unit. ConV Wheel Kit ini juga boleh digunakan sebagai pengajaran
penuh, set induksi, kerja berkumpulan atau penilaian dan pentaksiran mengikut kesesuaian
PdPc. ConV Wheel Kit dihasilkan dalam bentuk kad roda yang terdiri daripada tiga lapisan.
Lapisan paling besar mengandungi nilai-nilai hasil pertukaran unit dalam
Kikpk 2021 - 34
perpuluhan, peratus, masa dan
waktu, panjang, jisim dan
isipadu cecair. Contohnya;
0.125, 125%, 3 jam dan 125ml
@ g. Lapisan kedua terdiri
daripada 10 nilai pecahan iaitu
12 , 13 , 14 , 15 , 25 , 35 , 34 ,
23 , 18 dan 110. Lapisan atas
sekali adalah rumus perkaitan
unit melibatkan masa dan
waktu, panjang, jisim dan
isipadu cecair. Sebagai bonus,
kit ini juga mengandungi kad
soalan dan satu set papan
permainan sebagai latihan
pengukuhan. Secara
keseluruhannya dalam satu box
mengandungi sebuah ConV Wheel Kit, satu papan permainan berserta buah dadu dan
penanda dan satu set kad soalan melibatkan pertukaran unit bagi operasi asas tambah, tolak,
darab dan bahagi tajuk-tajuk yang terlibat. ConV Wheel Kit juga menggunakan kod warna
bagi setiap nilai pecahan dan hasil nilai pertukaran unit. Contohnya, bagi nilai pecahan 1/3
berwarna kuning dan nilai-nilainya adalah 20 minit@saat, 8 jam dan 4 bulan.
Projek ini menjalani proses uji cuba di kalangan murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4 hingga
Tahun 6. Kemudian, perbincangan maklum balas penggunaan bahan projek ini akan dibuat
penambahbaikan sebelum digunakan secara menyeluruh kepada semua guru Matematik
Tahap 2. Di antara kebaikan dan manfaat ConV Wheel Kit ini ialah ianya dapat menarik minat
murid terhadap matematik dan dapat menjimatkan masa guru untuk meneroka bahan yang
lain di samping murid akan berasa seronok dan mendapat pembelajaran lebih bermakna.
Selain itu, ConV Wheel Kit juga dapat mengembangkan kemahiran matematik, mengurangkan
pergantungan penggunaan buku teks serta lembaran kerja dan boleh dijadikan sebagai suatu
aktiviti rekreasi matematik. Kaedah hands-on ini juga dapat membantu pembelajaran konsep
matematik secara visual dan konkrit kerana murid-murid menggunakan pelbagai deria seperti
menyentuh, melihat, memusingkan kad, berkomunikasi dan menaakul. Secara tidak langsung,
ianya dapat dijadikan sebagai satu latihan pengukuhan dan ulangkaji apabila murid-murid
berminat untuk bermain secara berulang kali selepas merasakan keseronokannya.
Penggunaan ConV Wheel Kit ini juga dapat memberi impak yang tinggi pada murid-murid
Tahap 2 apabila mereka juga menunjukkan peningkatan dari segi minat dan pencapaian
Kikpk 2021 - 35
matematik di dalam kelas hasil daripada pemerhatian dan temubual bersama murid-murid
secara online dan bersemuka melalui perkongsian maklumat daripada guru-guru Matematik
yang lain. Murid sangat teruja dengan aktiviti yang dijalankan melalui bahan projek ini kerana
ianya sangat menyeronokkan dan agak mencabar untuk menggalakkan mereka membuat
latihan kerja rumah yang diberikan. Bahan projek ini juga telah dibuat penyeragaman
peringkat dalaman dan luaran di sekolah-sekolah Putrajaya melalui media sosial seperti
facebook, youtube, telegram atau whatsap. Hasil daripada maklumbalas penyeragaman ini
menunjukkan impak positif yang baik kerana ConV Wheel Kit adalah mesra pengguna, mudah
diperolehi dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja oleh semua guru matematik di seluruh
Malaysia. Selain itu, penggunaan bahan ini juga dapat menggalakkan aktiviti PdPc abad 21
yang menyeronokkan. Ibu bapa juga digalakkan memperolehi set ConV Wheel Kit ini supaya
dapat dijadikan sebagai satu permainan keluarga di rumah di samping dapat mengisi masa
lapang dan mengeratkan ukhuwah antara anak-anak dan ibu bapa. ConV Wheel Kit ini bukan
sahaja menyeronokkan tetapi ianya juga boleh dikatakan amat mencabar bagi guru dan murid
walaupun ianya hanyalah nilai pecahan dan papan permainan sahaja kerana murid-murid
perlu peka dan berfikir secara kreatif dalam menukar unit mengikut kaedah asas dan
penggunaan bahan ini. Kesabaran dan ketelitian amat penting sepanjang proses pelaksanaan
bahan projek ini. Selain itu, kekangan masa juga merupakan salah satu faktor terciptanya
ConV Wheel Kit ini terutamanya bagi murid-murid Tahap 2 di samping dapat memastikan
murid-murid berminat, aktif dan mengalami kelainan dalam PdPc.
PdPc matematik menggunakan bahan projek ConV Wheel Kit di Sekolah Kebangsaan Presint
11(1) ini mendapat sokongan penuh dan kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir dan
semua guru terutama sekali ahli Panitia Matematik. Secara tidak langsung bahan projek ini
dapat meningkatkan motivasi guru untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan PdPc
yang lebih seronok dan bermakna.
Kikpk 2021 - 36
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: penambahbaikan
INSTITUSI: kolej matrikulasi pulau pinang
Tajuk projek: phybot
NAMA KUMPULAN : vectorious
SINOPSIS:
Projek PhyBot merupakan cetusan idea yang terhasil daripada
masalah yang dihadapi oleh pelajar dan pensyarah dalam
menghadapi kelas secara atas talian. Kelas atas talian wujud pada
era pandemik Covid-19 ini telah mendorong pensyarah Kolej
Matrikulasi Pulau Pinang untuk membantu pelajar dalam
pembelajaran yang lebih tersusun dan bersistematik. Para pelajar
menghadapi cabaran yang pelbagai semasa kelas atas talian
dilaksanakan seperti masalah capaian internet, penggunaan
peranti yang terhad dan masalah capaian bahan-bahan
pembelajaran. Hal ini kerana mereka tidak bersemuka dengan
pensyarah dan pensyarah biasanya memberi bahan-bahan melalui
pelabagai aplikasi yang sedia ada. Maka terhasilah PhyBot dimana
ianya adalah aplikasi Telegram BOT yang memusatkan semua
bahan-bahan pembelajaran pada satu aplikasi yang lebih
sistematik, capaian yang lebih mudah, cepat dan cekap serta
tanpa membebankan ruang simpanan peranti pelajar. Projek
PhyBot ini juga berpotensi untuk digunakan dalam setiap unit bagi
setiap subjek. Penggunaan secara menyeluruh ini dijangka dapat
memberi manfaat kepada pelajar dan juga pensyarah. Dengan
menyeragamkan sistem pemerolehan bahan-bahan pembelajaran
kepada pelajar, secara tidak lansung ini dapat meningkatkan kualiti
penyampaian ilmu secara lebih kondusif. Oleh itu, strategi
pemusatan bahan secara digital ini adalah amat digalakkan
sebagai satu kreativiti dan inovasi pensyarah agar semua pelajar
dapat mengakses maklumat dan bahan tanpa ketinggalan.
Kikpk 2021 - 37
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: penambahbaikan
INSTITUSI: pejabat pendidikan daerah keramat
TAJUK PROJEK: ez-id (easy information data)
NAMA KUMPULAN : keramat smart
SINOPSIS:
Ez-ID (Easy Information Data)
merupakan satu inovasi dalam
bidang penyampaian
perkhidmatan kategori
penambahbaikan sistem
pengurusan data untuk semua
warga PPD Keramat merujuk
dan mendapatkan data
dengan cepat pada bila-bila
masa dan di mana-mana
sahaja. Inovasi ini
dilaksanakan untuk
memantapkan proses kerja ke
arah budaya kerja cemerlang
serta penambahbaikan kerja
berterusan Kaizen yang
merupakan salah satu nilai
yang dipegang oleh PPD
Keramat. Model Design
Thinking diguna pakai dalam
pembinaan sistem ini. Sistem Ez-ID ini mempamerkan data pelbagai sektor menggunakan
bahasa pengaturcaraan PHP (Hypertext Preprocessor) dan pangkalan data MySQL serta
dilancarkan menggunakan server. Log masuk sistem ini dikawal secara terperingkat mengikut
empat tahap keperluan pengguna dalam mengakses data. Dengan sistem log masuk
terperingkat, sistem ini turut dapat diakses oleh para pelanggan dan pemegang taruh. Dalam
pada itu, satu subinovasi dan maklumat lain diintegrasikan dalam sistem utama agar sistem
Ez-ID dapat berfungsi dengan lebih komprehensif dan menjadi one stop center PPD Keramat.
Sistem ini sangat memudahkan para pengguna sistem dan pembekal data dan secara
langsung proses kerja akan menjadi komprehensif dan menjadi one stop center PPD Keramat
Kikpk 2021 - 38
Sistem ini sangat memudahkan para pengguna sistem dan pembekal data dan secara
langsung proses kerja akan menjadi lebih singkat dan ini akan menjadikan kerja lebih efisien.
Oleh itu, sistem ini sangat berpotensi untuk disebar luas dan diguna pakai oleh pelbagai pihak
termasuk sekolah, PPD lain, JPN dan KPM.
Kikpk 2021 - 39
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: penambahbaikan
INSTITUSI: kolej matrikulasi pulau pinang
Tajuk projek: edoc.pb/mtp
NAMA KUMPULAN : tep-lock
SINOPSIS:
Projek eDoc.PB/MTP adalah satu projek
oleh ahli kumpulan TEP-LOCK yang
terdiri daripada 9 orang pensyarah Unit
Fizik di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
(KMNS) dan dibimbing oleh seorang
fasilitator iaitu Pn Amal Hayati Binti
Jamali, pensyarah Unit Kimia KMNS.
Kumpulan ini telah memilih penghasilan
projek dalam kategori Inovasi
Penyampaian Perkhidmatan iaitu
menghasilkan borang softcopy bertujuan
memudahkan pengurusan dan
penyelenggaraan (penyimpanan) maklum
balas tugasan pelajar. Borang Penilaian
Berterusan/ Maklum Balas Tugasan
Pelajar (PB/MTP) yang diguna pakai oleh
semua pensyarah di kolej matrikulasi
secara asasnya menggunakan format
yang sama cuma berbeza bilangan
tugasan pelajar mengikut subjek.
Projek ini dipilih berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh para pensyarah KMNS
khususnya bagi subjek Fizik dalam menguruskan borang PB/MTP. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) secara umumnya, memberikan maklum balas terhadap setiap
tugasan pelajar adalah penting. Borang ini digunakan sebagai medium bagi menyatakan
maklum balas atas hasil tugasan pelajar mengikut rubrik yang telah ditetapkan. Pada asalnya,
pensyarah perlu mengisi borang PB/MTP dan perlu menyerahkannya kepada setiap pelajar
selepas proses penilaian semua tugasan selesai. Pelajar perlu menyemak dan
menandatangani, seterusnya menyerahkan semula kepada pensyarah untuk dibuat salinan.
Lantaran itu, projek eDoc.PB/MTP adalah satu inovasi yang bertepatan dengan dunia digital
Kikpk 2021 - 40
sekarang, semuanya dihujung jari.
Berhadapan dengan masalah
peruntukkan masa yang panjang dan
kos operasi yang tinggi, maka
terhasillah satu inovasi yang mengunci
segala permasalahan ini. Penggunaan
softcopy borang dalam format Microsoft
Excel dan ditukar ke bentuk PDF
seterusnya dikongsi ke pelantar
pembelajaran digital, Google Classroom
amat memudahkan proses pengurusan
pemberian dan penerimaan borang PB/
MTP. Penggunaan eDoc.PB/MTP juga
menjadikan proses kerja lebih
sistematik dan optima.
Proses sebarluas projek eDoc.PB/MTP
telah dimulakan sejak pertengahan
tahun 2019 dan masih diteruskan
sehingga kini sama ada di dalam KMNS
mahupun ke institusi luar. Pada
awalnya, penerimaan terhadap projek
ini adalah tidak menggalakkan dan amat
mendukacitakan. Namun, sejak dunia
dilanda pandemik Covid-19, segalanya
berubah. Kepesatan pembelajaran
secara digital menyebabkan ianya
mendapat sambutan yang luar biasa.
Sehingga kini, terdapat 5 buah unit
akademik KMNS yang telah mereplikasi borang PB/MTP yang diinovasikan oleh kumpulan
TEP-LOCK. Selain itu, terdapat juga unit akademik KMNS yang mengolah borang softcopy ini
mengikut kesesuaian nature subjek yang diajar.
Kumpulan TEP-LOCK mensasarkan untuk menambahbaik projek eDoc.PB/MTP yang sedia
ada kepada penggunaan pengekodan yang lebih terkini dan lebih mudah untuk menjadikan
projek ini lebih mesra pengguna serta 100% secara atas talian. Besar harapan kumpulan TEP
-LOCK agar projek ini dapat memberi faedah dan impak yang bermanfaat kerana ianya bukan
sahaja dapat mengoptimumkan penggunaan masa, malah turut menyumbang kepada
penjimatan kos pengurusan.
Kikpk 2021 - 41
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: penambahbaikan
INSTITUSI: kolej VOKASIONAL SUNGAI BULOH
Tajuk projek: SCIPOLY
NAMA KUMPULAN : CREATIVE TEACHERS
SINOPSIS:
Idea inovasi ini datang daripada sebuah permainan yang
terkenal sehingga sekarang iaitu Monopoly. Pada peringkat
awal, permainan itu telah diolah dan disesuaikan dengan
memasukkan elemen pembelajaran Sains merangkumi
silibus diperingkat sijil kolej vokasional iaitu Sains tahun 1
dan tahun 2.Sci-Poly adalah
produk inovasi yang
memastikan pembelajaran
Sains menjadi sangat menarik
dan interaktif serta mampu
untuk mebantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam
matapelajaran Sains. Berteraskan kepada permainan yang
memberi fokus kepada penumpuan pelajar terhadap pembelajaran
disamping berseronok ketika di dalam kelas. Di masa akan
datang, Sci-Poly akan dilengkapi dengan elemen teknologi seperti
Augmented Reality, hiburan media, web 2.0 , QR code dan
sebagainya untuk bersaing dengan produk pembelajaran yang
ada di luar.
Kikpk 2021 - 42
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: penambahbaikan
INSTITUSI: KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETAni
TAJUK PROJEK: KIUB EMOJI PERASAAN (KEP)
NAMA KUMPULAN : KVSP2 COUNSELING
SINOPSIS:
Kiub Emoji Perasaan (KEP) ini dihasilkan untuk membantu klien yang tidak mahu
memberikan kerjasama sewaktu sesi kaunseling. Klien yang enggan
memberikan kerjasama ini adalah klien yang resistant. Resistant
merujuk kepada klien yang tidak mahu menerima perubahan
(Gladding, 2000). Selain itu KEP ini juga memudahkan
kaunselor merefleksikan perasaan kepada klien sewaktu sesi
kaunseling dijalankan. Kemahiran merefleksi perasaan ialah
penyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap
yang dinyatakan oleh klien. Tujuan kaunselor melakukan refleksi
perasaan adalah untuk memberi tumpuan kepada klien mengenai perasaan atau sikap
yang sedang dialami oleh klien. Selain itu, ia juga meningkatkan segala tanda-tanda perasaan
yang ada pada diri klien
dan akhir sekali memberi
ruang untuk klien
mengeluarkan perasaan
dengan cara yang baik
dan memberi kelegaan
kepadanya. Idea dan
kreativiti inovasi ini
menggunakan sumber daripada “Interviewing Strategies for Helpers : A Guide to
Assessment, Treatment and Evaluation†yang dihasilkan oleh L.S. Cormier dan W.H.
Cormier (1979). Kiub ini berkonsepkan senarai perkataan-perkataan afektif yang selalu
digunakan dan diterjemahkan melalui konsep 5 tema perasaan/afektif dengan 5 warna
berbeza yang menggambarkan kegembiraan, kesedihan, ketakutan, ketidakpastian dan
kemarahan. Di bawah setiap tema konsep ini mempunyai 12 sub perkataan-perkataan afektif
yang selalu digunakan. 10 kiub dihasilkan yang mempunyai 60 perkataan afektif beserta emoji
dan ekspresi wajah yang dikonstrukkan daripada lima tema perasaan. Inovasi ini membantu
kaunselor mengenali dan boleh merefleksikan perasaan klien dengan berkesan. Keadaan ini
membantu klien untuk merasai yang ia difahami dan diterima oleh kaunselor dan seterusnya
ingin membuat perubahan.
Kikpk 2021 - 43
Pengkaji menggunakan dua kaedah kajian iaitu eksperimen dan tinjauan secara soal selidik.
Kajian eksperimen bertujuan untuk mendapatkan tempoh masa klien memulakan perbualan
manakala kajian tinjauan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan penggunaan KEP.
Dapatan kajian mendapati masa yang diambil bagi kumpulan yang tidak menggunakan KEP
(kawalan) adalah pada purata 15 minit 18.4 saat manakala kumpulan yang menggunakan
KEP (rawatan) adalah selama 4 minit 42.06 saat. Klien merasakan KEP dapat membantu
mereka memulakan perbualan (min 4.96). Selain itu klien merasakan KEP ini juga membantu
mereka kenal pasti perasaan dengan lebih tepat (min 4.98) dan merasakan kaunselor dapat
merefleksikan perasaan mereka dengan lebih berkesan (min 4.98) serta merasakan kaunselor
dapat menzahirkan rasa empati terhadap mereka (min 4.98). Inovasi KEP ini akan
dikomersialkan supaya semua kaunselor seluruh Malaysia samada di kolej vokasional,
sekolah, sektor awam atau swasta dapat menggunakan KEP sebagai alat bantu di dalam
proses menolong/sesi kaunseling.
Kikpk 2021 - 44
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: penambahbaikan
INSTITUSI: IPGK TUN ABDUL RAZAK
Tajuk projek: Alat Berfikir Cemerlang (ABC)
NAMA KUMPULAN : saf2
SINOPSIS:
Proses inovasi ini dilaksanakan,
seluruh dunia sedang mengalami
masalah Pandemik COVID19,
dan pada masa tersebut mula
menguatkuasakan Perintah Ka-
walan Pergerakan (PKP) bermula
18 Mac. Oleh itu, inovasi kami
bukan sahaja mencipta alat-alat
berfikir untuk mengatasi masalah
tentang kemahiran berfikir aras
tinggi yang rendah tetapi mengintegrasikan pembelajaran dengan menggunakan modul
melalui laman web.
Masalah yang dihadapi ialah
kemahiran berfikir aras tinggi
pelajar rendah. Antara puncanya
ialah alat berfikir kurang
menjana pemikiran KBAT, tidak
ada unsur 4K dalam KBATdan
guru kurang pengetahuan
tentang KBAT. Selain itu,
penghasilkan soalan oleh guru
kurang KBAT dan aktiviti
pembelajaran yang dilaksanakan
tidak KBAT. Untuk mengatasi masalah tentang kemahiran berfikir aras tinggi pelajar yang
rendah ini, kumpulan kami mencadangkan untuk menghasilkan Alat-alat Berfikir untuk
digunakan dalam proses pembelajaran berlaku. Alat-alat berfikir ini dinamakan Alat Berfikir
Cemerlang atau dikenali sebagai ABC yang mengandungi tujuh jenis alat berfikir.
Kikpk 2021 - 45
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: penambahbaikan
INSTITUSI: KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD
TAJUK PROJEK: EASY FOR MEET
NAMA KUMPULAN : BPP KVSAS
SINOPSIS:
Projek inovasi ini merupakan pembangunan sistem web berdasarkan sistem pengendalian
perekodan keseluruhan proses mesyuarat yang dijalankan dalam mesyuarat rasmi. Ianya
merupakan satu sistem yang direka bentuk untuk menghasilkan memo, senarai edaran, minit
mesyuarat, senarai kehadiran mesyuarat dan borang maklum balas secara dalam dan luar
talian. Oleh itu, penggunaan sistem ini dapat menghasilkan sistem dokumentasi mesyuarat
dengan lebih mudah, cepat dan efisien. Hasil inovasi ini dinamakan Easy For Meeting atau
ringkasnya EasyForMeet. Penghasilan inovasi ini dapat meningkatkan kecekapan pengajaran
dan pembelajaran alaf 21 dalam norma baharu khususnya bagi Kursus BPP2012 Persediaan
Mesyuarat dan BPP2022 Pengurusan Mesyuarat bagi Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Kikpk 2021 - 46
KUMPULAN KIKPK 2021
KATEGORI: penambahbaikan
INSTITUSI: pejabat pendidikan daerah sentul
Tajuk projek: ppds data information centre
NAMA KUMPULAN : dinamik
SINOPSIS:
Projek PPDS DIC ini merupakan
satu inovasi penambahbaikan
bagi mengatasi masalah data
dan maklumat sedia ada yang
berselerak mengikut sektor dan
diurus oleh ramai pihak mengikut
fungsi serta tidak bersepadu.
Sebelum wujudnya PPDS DIC
pegawai yang berurusan dengan
sekolah, JPN/KPM atau yang
mahu melaksanakan bimbingan
perlu mendapatkan maklumat
daripada pelbagai sumber data seperti meminta daripada pemegang data, mencari dalam
Whatsapp Group, telegram yang pernah dikongsi, data studio atau terus kepada Profil PPD,
sistem APDM, SSDM, e-operasi, SKPMg2 dan lain-lain untuk mendapatkan data. Hal ini
menyebabkan pegawai terpaksa mengambil masa yang lama untuk mencari, bertanya dan
membuat analisis sendiri. Perkara ini menjadi lebih sukar apabila pegawai itu seorang yang
baharu berkhidmat di PPD yang belum tahu tentang kaedah dan belum mengenali fungsi
tugas semua pegawai di PPD.
Penghasilan PPDS DIC ini telah berjaya menjimatkan masa pencarian maklumat dan
memudahkan kebolehcapaian data secara berkesan kerana telah dilengkapi dengan fungsi
analisis dan penapisan data. Perolehan data dengan cepat dan berkesan ini secara tidak
langsung meningkatkan keyakinan pegawai dalam penyampaian perkhidmatan kepada warga
dalaman mahupun pelanggan. Kewujudan PPDS DIC ini juga secara keseluruhan telah ICT
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan anjakan ke-8 iaitu usaha menjadikan PPD
sebagai role model yang diupayakan. Dalam Program Transformasi Daerah (DTP) keperluan
data driven decision making adalah amat dititik beratkan. Pelaksanaan Dialog Prestasi yang
berfokus berasaskan data memerlukan sokongan satu pusat data sehenti yang bersifat
dinamik, mudah dicapai dan sentiasa dikemaskini. Sehubungan dengan itu, penghasilan
Kikpk 2021 - 47