SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA
MELAYU
PEMBINAAN E-PORTFOLIO
NAMA PELAJAR: Siti Noralkis Binti Shamsol.
ANGKA GILIRAN: 2021022310105.
NO. KAD PENGENALAN: 030920130412
KUMPULAN/ UNIT: PPRBMM1-4
KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB 1074
NAMA PENSYARAH: Puan Ainah Binti Julhee.
TARIKH HANTAR: 26.11.2021.
PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH:
Perkembangan tulisan Bahasa Melayu.
Keempat-empat buah batu bersurat pada abad ketujuh
menggunakan tulisan Palava ( sejenis tulisan India Selatan Purba bagi
penyebaran agama Hindu ).
Tulisan Palava Merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di kawasan
Kepulauan Melayu. Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan
untuk menulis dalam bahasa Sanskrit dan ianya terdiri daripada 46 abjad
.Ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu
pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di
kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk
mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis.
Dijumpai di:
(a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka,
bersamaan dengan 683 M (Masihi).
(b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka,
bersamaan dengan 684 M.
(c) Batu Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka,
bersamaan dengan 686 M.
(d) Batu Bersurat Karang Brahi (Hulu Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka,
bersamaan dengan 692 M.
Tulisan Kawi.
Tulisan kawi ialah sistem tulisan Pada awalnya,tulisan kawi asalnya Orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas
terawal di Kepulauan Melayu. Sistem adalah daripada huruf Vangki kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-
tulisan ini telah wujud sejak kurun ke- kepingan logam dan pada batu bersurat.Aksara
8 M. Tulisan kawi ini digunakan untuk (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Kawi adalah sebuah huruf yang digubah dari
Pallava yang berasal dari Coromandel,
menulis dalam bahasa kawi yang huruf India Selatan. Tiap hurufnya
digunakan oleh orang Jawa bertutur India. Huruf Kawi ini lenyap pada merepresentasikan sebuah suku kata dengan
ketika itu.Kemudian,tulisan ini dibawa tahun 1400 M seiring dengan vokal yang dapat diubah dengan penggunaan
masuk ke kawasan-kawasan lain di runtuhnya kemaharajaan yang tanda baca. Aksara ditulis tanpa ruang kosong.
menggunakan huruf itu iaitu Aksara Kawi memiliki sekitar 47 huruf, namun
sekitar Asia Tenggara dan mulai Majapahit yang kemudiannya
berkembang menjadi sistem-sistem terdapat sejumlah huruf yang bentuk dan
digantikan oleh Huruf Jawa (Carakan) penggunaannya tidak dikenal pasti karena hanya
tulisan baharu. yang dikembangkan daripada huruf
sedikit contoh yang ditemukan dalam
kawi oleh Kekhalifahan Demak. mempraktikan sistem bertulis Kawi.Aksara Kawi
memiliki bentuk subskrip huruf yang digunakan
untuk menulis tumpukan konsonan, sama dengan
pasangan dalam aksara Bali. Namun beberapa
inskripsi Aksara Kawi tidak menggunakan
pasangan dalam penulisannya
TULISAN JAWI Sistem tulisan yang menggunakan abjad
Arab dan enam abjad tambahan yang
dicipta oleh orang Melayu sendiri.
Ditulis dari kanan ke kiri dan tidak
mempunyai huruf besar dan huruf kecil.
Bentuk huruf-hurufnya akan berubah
apabila ditulis secara tunggal atau berantai
atau bersambung.
Dalam Daftar Ejaan Melayu oleh Za’ba,
jumlah huruf yang terdapat dalam sistem
ejaan Jawi ialah 33 huruf
Sistem Tulisan Za'ba.
-Sistem Ejaan Za’ba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi Bahasa Melayu
yang disusun oleh orang berbangsa Melayu pada tahun 1933 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua
dan telah tersiar dalam Sistem Ejaan Melayu Jawi – Rumi 1949.
- Dihasilkan di SITC ( Maktab Perguruan Sultan Idris ) dan juga merupakan sistem ejaan rumi yang
terkenal sebelum kewujudan Sistem Ejaan Baharu. Sistem ejaan in juga telah disusun dan
diperkemas dalam jangka masa beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku
pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal I (
1926 ), Pelita Bahasa Melayu Penggal I ( 1941 ) dan Daftar Ejaan Melayu ( Jawi – Rumi ) ( 1949 )
dengan judul “Petua – petua Ejaan Rumi” yang kesemuanya dikarang sendiri oleh Za’ba.
- Dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia, sekolah – sekolah dan institusi
pengajian tinggi sehingga tahun 50 – an sebelum digantikan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa
Malaysia pada 16 Ogos 1972. Pada masa itu,Ejaan Fajar Asia juga turut digunakan. Sistem ejaan
berkenaan juga telah digunakan sebagai ‘Ejaan Sekolah’ yang sebenar. Dalam sistem ejaan ini
dikatakan mempunyai pengaruh transliterasi huruf Arab ke huruf Rumi dan telah menyebabkan
banyak kelemahan yang dapat dikesan serta tidak tetap atau konsisten yang menganggu
pengguna Bahasa melayu.
Kesimpulan.
Setiap jenis tulisan ini mempunyai keistimewaan masing-masing.Sebagai contohnya tulisan
kawi,tulisan Kawi ini ditulis di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan
logam dan pada batu bersurat.Aksara Kawi adalah sebuah huruf yang digubah dari huruf
India Selatan.Aksara Kawi memiliki sekitar 47 huruf, namun terdapat sejumlah huruf yang
bentuk dan penggunaannya tidak dikenal pasti karena hanya sedikit contoh yang ditemukan
dalam mempraktikan sistem bertulis Kawi.Selain itu,tulisan Pallava.Tulisan ini dapat dijumpai
di Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan
683 M (Masihi). Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka,
bersamaan dengan 684 M. Batu Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka), bertarikh 608 Tahun
Saka, bersamaan dengan 686 M. Batu Bersurat Karang Brahi (Hulu Jambi), bertarikh 614
Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.Selain daripada itu juga,tulisan Jawi.Bentuk huruf-
hurufnya akan berubah apabila ditulis secara tunggal atau berantai atau bersambung.
Perkembangan Bahasa Melayu Zaman
Memelihara Pramerdeka. Mengkaji dan
tulisan jawi. mempelajari bahasa
Peranan
Menstandardkan Pakatan melayu agar
ejaan dan Belajar- pengetahuan bahasa
perkataan Mengajar melayu lebih mudah
disebarkan kepada
orang ramai.
Mengembangkan
pengetahuan melalui
ceramah dan
penyelidikan.
Menganjurkan bengkel- Menerbitkan hasil
bengkel penulisan serta penyelidikan warga akademik
kursus penterjemahan.
dalam bentuk buku,jurnal
dan sebagainya
Peranan Pejabat
Karang-mengarang.
Bertujuan untuk menghasilkan Membuka peluang kepada warga
penerbitan ilmiah dalam akademik menyebarluaskan
bahasa Melayu dan Inggeris kepakaran mereka dalam bidang
serta memperbanyakkan diceburi dan ia dapat
bahan rujukan kepada semua mengimarahkan budaya penulisan
golongan. dalam kalangan universiti.
Perkembangan Bahasa Melayu Zaman Pramerdeka.
-Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan bahasa Melayu pramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman
yang memperjuangkan taraf atau status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka
bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957. Persatuan ini terdiri daripada
penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah ditubuhkan di Singapura. Persatuan
itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis
dan pengarang-pengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap
kegiatan politik dan kreativiti mereka.
Memperluas dan
mempertinggikan mutu
sastera Melayu;
Mengadakan Tujuan Membantu
pembaharuan penubuhan sasterawan
dalam sastera
ASAS 50 dalam
menajukan cita-
cita dan
kewangan
Melindungi hak-hak dan
kepentingan para penulis
dan para pengarang
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.
-Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji dan
memperbaiki pendidikan bagi orang Melayu.
-Dipengerusikan oleh L.J Barnes.
-Jawatankuasa ini gagal mencadangkan penambahbaikan kepada
sekolah Melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan
secara keseluruhan.
-Laporan Barnes beri satu cadangan radikal iaitu menghapuskan
sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda sebagai
bahasa pengantar.
Cadangan Laporan Barnes.
-Menubuhkan sekolah Sekolah-sekolah Melayu,Cina Pengajaran agama
dwibahasa dimana bahasa
pengantar ialah bahasa Melayu dan Tamil ditukarkan secara menggantikan pengajaran jawi
dan bahasa Inggeris. beransur-ansur kepada sekoalh di sekolah.Ini bertujuan untuk
kebangsaan. mengurangkan bebananibu
bapa yang terpaksa
menghantar anak-anak mereka
ke kelas agama pada waktu
petang kerana pengajaran
agama tidak diajar pada waktu
persekolahan.
Laporan Fenn Wu 1951
Diketuai oleh Dr. Fenn, dari Berfokuskan kepada Ditubuhkan untuk mengkaji
Setiausaha Kerja Bersekutu sekolah-sekolah Cina. semula Laporan Barnes
Negara Cina, serta Dr. Wu serta melayan kehendak
masyarakat Cina yang
dari Pertubuhan Bangsa- menganggap laporan
Bangsa Bersatu. tersebut bertujuan
menghapuskan bahasa dan
Beberapa cadangan yang budaya orang Cina.
dibuat, kemudiannya
menjadi asas kepada
Ordinan Pelajaran (1952)
Sistem pendidikan Diperkenalkan ekoran
hendaklah disalurkan ketidakpuasan hati di
kalangan masyarakat Cina.
kepada matlamat
membentuk identiti
kebangsaan dan sekolah
Satu laporan sebuah jawatankuasa yang
telah ditubuhkan oleh kerajaan British di
Tanah Melayu / Malaya untuk mengkaji
Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).
Sekolah Kebangsaan Ordinan Sekolah vernakular iaitu
sebagai corak sistem Pelajaran Sekolah Cina dan Sekolah
persekolahan 1952. Tamil tidak diterima
kebangsaan . sebagai sistem
persekolahan
kebangsaan .
Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil cuma
diajar sebagai Bahasa Bahasa Melayu tersebar
ketiga. dan banyak digunakan di
kalangan ahli
masyarakat Tanah
Contoh : Bahasa Melayu telah Melayu.
ditetapkan untuk digunakan
semasa proses pengajaran dan
pemudahcaraan di sekolah atau
institut.
Bahasa Melayu mestilah
dipelajari di semua sekolah dan
dijadikan satu syarat
pertolongan yang diberi oleh
kerajaan di semua sekolah
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
dijadikan satu Perkara- dan bahasa
pelajaran yang Inggeris
mustahak untuk perkara hendaklah
mendapatkan sijil Laporan Razak diwajibkan di
rendah dan sijil sekolah
pelajaran menengah jenis
kebangsaan kebangsaan
Bahasa Melayu dijadikan
bahasa Kebangsaan dan
menjadi bahasa pengantar
utama
-Penyata Razak merupakan hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955
yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak bin Hussein. Pada 14hb April, 1956 jawatankuasa
ini telah menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.
-Laporan Razak 1956 mengatakan hasrat untuk menubuhkan satu peraturan pelajaran kebangsaan dan tujuannya
adalah untuk menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
Butir-butir
piagam
Kongres bahasa hendaklah diadakan Kongres seterusnya hendaklah diadakan Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang
seterusnya dengan tujuan untuk bila-bila masa jika perlu oleh sebuah menjadi kerabat kongres hendaklah mentaati
keputusan muktamad yang diambil kongres;
menyeralaraskan sebarang usaha badan pertubuhan atau beberapa pertubuhan
persuratan Melayu di Persekutuan Tanah persuratan menjadi satu; dan pertubuhan pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres
Melayu, Singapura dan Borneo Utara; dan persuratan yang mengusulkan kongres itu hendaklah berusaha melaksanakan keputusan-
kerabat kongres hendaklah mengambil dengan sendirinya menjadi Panitia Kongres
keputusan yang diambil kongres untuk
keputusan muktamad yang sama atas yang akan menyediakan tempat dan memajukan bahasa dan persuratan Melayu;
sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persiapan kongres serta memanggil
persuratan Melayu dan akan membela hak pertubuhan-pertubuhan lain ke kongres sebarang keputusan kongres hendaklah
dianggap sah oleh kerabat kongres; segala
pengarang, sasterawan dan ahli bahasa tersebut. keputusan kongres akan diambil mengikut undi
Melayu. yang terbanyak; dan tiap-tiap pertubuhan hanya
mempunyai satu undi sahaja.
-Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM) merupakan suatu majlis yang menghimpunkan ahli-ahli kongres yang
terdiri dari para penulis, peminat sastera, pencinta bahasa dan budaya Melayu serta para cendekiawan Melayu yang
mewakili badan bahasa dan persuratan Melayu dari seluruh negara Malaysia.
- Kongres ini juga akan mengeluarkan keputusan-keputusan yang mendapat persetujuan dari ahli-ahli kongres
menerusi cabutan undian, dimana keputusan-keputusan yang dicapai merupakan hasrat sebenar ahli kongres dalam
mengembalikan hak-hak keutamaan bahasa dan persuratan Melayu sebagai agenda utama pemartaban bahasa rasmi
di Malaysia.
-Setakat ini kira-kira 9 sidang kongres telah dilaksanakan di pelbagai tempat iaitu:
-Berikut adalah sorotan ketetapan yang dipersetujui sepanjang sejarah pemantapan bahasa Melayu di Persekutuan
Tanah Melayu yang dibuat oleh kongres. Pelbagai ketetapan demi ketetapan dalam memperkukuhkan nilai bahasa dan
persuratan Melayu telah dicanang oleh kongres namun, perubahan setimpal dilihat agak sukar direalisasikan atas
pelbagai faktor yang menyebabkan pendaulatan bahasa dan persuratan Melayu di bumi Malaysia acap kali gagal
terlaksana.
--Pada Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk bahasa
Melayu. Perjuangan ASAS 50 mempertahankan bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan
memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember
1954.
Perkembangan Bahasa Melayu Zaman Pasca merdeka.
-Era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah
dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.
-Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah Perkara 152 -Walau apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh
ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang Perlembagaan sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas
daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh
diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. Dengan Malaysia Parlimen, naskhah yang sahih:
syarat bahawa: Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak
dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya
Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis
menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain daripada Parlimen; dan
Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan
maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa- kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan,
apa bahasa lain; dan hendaklah dalam Bahasa Inggeris.
Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak
Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan -Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama tempoh
sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas
Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan
pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh
Persekutuan. Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkahmah
Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah
dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Dengan syarat
-Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi kedua-dua
tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa
dan selepas daripada itu sehingga selainnya yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau
diperuntukkan oleh Parlimen, Bahasa Inggeris
direkodkan dalam Bahasa Inggeris.
boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis
Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri,
dan bagi segala maksud rasmi yang lain.
-Selepas mencapai kemerdekaan, banyak usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Oleh
itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu menyebabkan Laporan
Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta
Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan
serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
-Pada zaman ini asas perjuangan badan ini mengutamakan bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta
perkembangan bahasa ini yang diperjuangkan melalui saluran politik. Kewujudan bahasa Melayu pada era ini
memfokuskan kepada perjuangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik. -
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View,
Singapura memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
-Pada 22 Jun 1956 ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah air begitu rancak dilaung-laungkan, Dewan
Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru,
Johor (Penubuhan Balai Pustaka, 2008). Di situlah Dewan Bahasa dan Pustaka menyusun langkah pertama, iaitu
mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara merdeka. Setahun setelah
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan apabila Bahasa Melayu diisytiharkan dalam perlembagaan
yang baru sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara selepas merdeka, maka Dewan Bahasa dan Pustaka
pun berhijrah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bangunan bekas Wad Hospital Tangling, Jalan Young, Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka kemudiannya telah bertukar taraf daripada sebuah Jabatan Kerajaan menjadi Badan
Berkanun melalui Akta Parlimen (tahun 1959) yang memberikan autonomi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa sastera yang
lebih mantap.
Memajukan dan Matlamat Mencetak atau
memperkayakan Dewan menerbitkan atau
membantu usaha
bahasa Bahasa dan percetakan atau penerbitan
kebangsaan. Pustaka buku-buku, risalah-risalah
dan lain-lain bentuk
Memajukan bakat persuratan dalam bahasa
kesusasteraan kebangsaan dan bahasa
terutama dalam
lain
bahasa kebangsaan
Menyamakan ejaan
dan bunyi sebutan
dan menggubal
istilah-istilah yang
sesuai dalam
bahasa
kebangsaan.
-Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak
tahun 1957. Pada tahun 1973, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan. Pada tahun
1980, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah
menengah. Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun
1982. Di institusi pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek: pertama,
Bahasa Melayu sebagai mata kursus, kedua, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; dan akhirnya Bahasa Melayu
sebagai satu pengajian dari segi sejarah, analisis linguistik, dan aspek budaya.
-Penggunaan bahasa Melayu di universiti merupakan lanjutan daripada pelaksanaan yang telah dilakukan pada peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah. Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan memasuki universiti pada
tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam bahasa Melayu pada tahun 1980. Proses peralihan ini selesai pada
tahun 1983 apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan
sastera pada tahun pertama diajar dalam bahasa Melayu. Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991, penggunaan bahasa
Melayu dalam pendidikan ă baik pada peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti ă terlaksana dengan
lancar.
kesimpulan.
Di dalam topik ini,terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan Pasca Merdeka dan
Pra Merdeka dapat dikenalpasti antaranya ialah berkaitan dengan Laporan Barnes,Laporan
Fenn Wu,Ordinan Pelajaran dan Laporan Razak.Laporan-laporan tersebut telah
memberikan perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita.Selain itu,Bahasa Melayu
digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab
perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar
tunggal dalam latihan perguruan. Pada tahun 1980, bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah.
Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam
Atas pada tahun 1982.
Kepesatan teknologi Bidang pendidikan. Pentadbiran kerajaan.
maklumat dan -pengejaran dan -Urusan Rasmi Dalam Negara
komunikasi. -Urusan Rasmi Antarabangsa.
pembelajaran Bahasa
Matematik,sains Melayu -Pengiklanan kekosongan
dan teknologi jawatan dalam perkhidmatan
dalam Bahasa -Penjenamaan Bahasa
Inggeris. Melayu. awam.
-Maklumbalas Aduan di
-Bahasa dalam Akta akhbar dan isu media massa.
Pendidikan Tinggi
Swasta.
Cabaran- Ekonomi Negara.
cabaran -Bahasa Melayu
Bahasa dalam urusan
Melayu. Perniagaan.
-Bahasa Melayu
Kedwibahasaan. dalam peluang
kerjaya.
Cabaran dan masa depan Bahasa Melayu.
-Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak bahasa. Kedwibahasaan atau
bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti penutur bahasa asli. Penggunanya menggunakannya sebagai bahasa
komunikasi, yakni menggunakan satu bahasa rasmi untuk berkomunikasi, dan bahasa ibunda untuk hubungan lain.
-Kedwibahasaan yang sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua bahasa oleh penutur. Kedwibahasaan sepenuhnya
jarang berlaku kerana jarang sekali seseorang individu dapat menguasai lebih dari satu bahasa dengan baik. Terdapat
negara yang mempunyai dua bahasa atau lebih (bilingual atau multilingual) sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan.
-Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik, agama, bangsa, kaum dan lain-lain.
Hubungan budaya dengan budaya asing biasanya berlaku di bandar-bandar besar dan pusat perdagangan yang
mempunyai pelbagai ragam manusia dan budaya. Penjajahan juga membawa masuk unsur budaya baru dan bangsa asing
yang menggunakan dan memaksa rakyat pribumi menggunakan bahasa mereka dalam sistem pemerintahan, khususnya
pendidikan dan ekonomi misalnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu.
-Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana untuk berkomunikasi dan berinteraksi
untuk urusan jual-beli. Penerokaan dunia baru juga memerlukan individu memahami dunia yang dilawati untuk
memahami budaya bangsa merentasi pelbagai negara. Pengembangan agama oleh mubaligh Kristian dan Islam
membawa masuk bahasa asing ke alam Melayu, iaitu Bahasa Inggeris, Belanda, Portugis, dan Arab. Dasar pendidikan
sesebuah negara mencerminkan masyarakat yang lahir misalnya Malaysia yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara akan melahirkan penutur dwibahasa. Dasar bahasa negara juga
melahirkan penutur dwibahasa.
-Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod atau pertukaran kod yang dikenali
sebagai code switching. Berlakunya penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh
perubahan tajuk atau pertukaran siapa yang disapa. Fenomena ini begitu meluas dalam kalangan penutur di Malaysia.
Misalnya pelajar Melayu berbahasa Inggeris dengan kawan berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula ke dalam
Bahasa Melayu apabila bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa Inggeris.
-Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing. Ini berlaku apabila seseorang menukarkan kod apabila
berbicara secara berganti-ganti untuk satu tajuk yang sama dalam percakapan mereka.
- Fenomena percampuran kod menggambarkan keadaan bahasa sebenar dalam tempoh pemerolehan bahasa kanak-kanak.
Namun begitu, dengan berlakunya peredaran masa dan penambahan perbendaharaan kata, ciri ini mungkin luput apabila
kanak-kanak berupaya menggunakan kata dalam bahasa kedua untuk menyampaikan maksud.
-Pemindahan bahasa juga berlaku akibat kedwibahasaan. Ini berlaku apabila terdapat penggunaan unsur-unsur bahasa
pertama dalam bahasa kedua. Terdapat dua jenis pemindahan bahasa, iaitu pemindahan negatif atau gangguan dan kedua,
pemindahan positif. Pemindahan negatif melibatkan pola bahasa natif yang menyebabkan kesilapan dalam bahasa sasaran.
Pemindahan positif pula melibatkan pemindahan yang memudahkan pembelajaran dan berlaku dalam kedua-dua bahasa natif
dan bahasa sasaran yang mempunyai unsur persamaan.
-Kita juga dapat melihat bentuk pengasimilasian bahasa berlaku dalam kedwibahasaan. Proses ini melibatkan penerimaan
bahasa secara beransur-ansur oleh generasi kedua sehingga akhirnya tidak menggunakan bahasa ibunda mereka. Kesan lain
ialah kelahiran bahasa pijin dan bahasa kreol. Bahasa pijin memperlihatkan unsur kedua-dua bahasa bercampur sehingga
melahirkan bahasa baru, namun tidak boleh diklasifikasikan sebagai bahasa asal. Bahasa kreol pula ialah bahasa pijin yang
menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama masyarakat penuturnya akibat pertembungan dua bahasa.
Rumusan.
Kesimpulannya,sistem pendidikan pada masa kini merupakan cerminan daripada beberapa
laporan yang wujud pada masa lalu. Sebagai contohnya, laporan Barnes,Lapaoran Fenn Wu,
Ordinan Pelajaran dan Laporan Razak.Selain itu, perkembangan sistem tulisan. Dengan adanya
sistem tulisan, manusia dapat menyebarkan ilmu dengan lebih mudah dan tepat. Antara peranan
Pertubuhan Bahasa Melayu PraMerdeka yang memperjuangkan bahasa Melayu ialah
menstandardkan ejaan dan perkataan, mengkaji dan mempelajari bahasa melayu agar
pengetahuan bahasa melayu lebih mudah disebarkan kepada orang ramai dan menstandardkan
ejaan dan perkataan. Peranan tersebut telah membantu dalam meningkatkan mutu Bahasa Melayu
pada masa kini. Oleh itu,sistem pendidikan pada masa kini lebih maju dan berkualiti berbanding
sistem pendidikan pada masa dahulu.
Rujukan.
Abdul Hamid, F. @., & Abdul Latif, F. (2014). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi: Analisis Mengenai
Teori kang Kyoung Seok. Journal of Al-Tamaddun, 9(2), 1-15. https://doi.org/10.22452/jat.vol9no2.1
Bahasa melayu kuno : Suatu pengenalan. (n.d.). Academia.edu - Share research.
https://www.academia.edu/40864838/BAHASA_MELAYU_KUNO_SUATU_PENGENALAN
(n.d.). Welcome to UMP Institutional Repository - UMP Institutional Repository.
https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/3330/1/Prof_Jalil_seminar_jawi.pdf
Adam, S. D. (2014). Cabaran Dan Reaksi Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Pentadbiran
Dan Pendidikan Di Malaysia, 1957–1966. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 134, 305-315.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.04.253
(n.d.). UM Students' Repository. https://studentsrepo.um.edu.my/666/3/BAB2.pdf
Masa depan Dan cabaran Bahasa melayu. (n.d.). Academia.edu - Share research.
https://www.academia.edu/27775170/MASA_DEPAN_DAN_CABARAN_BAHASA_MELAYU