The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Majlis Anugerah Cemerlang SMKTDA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by smktdajea1095, 2021-11-29 23:32:05

Buku Program Majlis Anugerah Cemerlang SMKTDA

Buku Program Majlis Anugerah Cemerlang SMKTDA

Keywords: smktda

Disempurnakan oleh :

En Kamarudzaman Bin Abdul Karim
(YDP PIBG)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat pagi dan salam sejahtera
Yang Dihormati. En. Kamarudzaman Bin Abdul Karim, YDP PIBG,
Penolong-penolong Kanan,
Guru Kanan, Guru-guru,
Yang diraikan para penerima hadiah,
Ibu bapa dan murid-murid yang dihormati dan dikasihi sekalian.

Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada pagi ini kita dapat berkumpul bersama-sama bagi
memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid dan guru-guru yang telah berjaya
menunjukkan prestasi yang baik dalam pelbagai aspek iaitu bidang kurikulum, sahsiah mahupun
kokurikulum. Sesungguhnya majlis anugerah kecemerlangan bagi tahun 2020 ini merupakan
kesinambungan tradisi sekolah sejak sekian lama dan memiliki signifikan yang tersendiri kepada
seluruh warga SMK Taman Damansara Aliff. Saya mengambil kesempatan ini mengalu-alukan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan. Saya percaya bahawa sokongan seumpama ini akan
meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan.

Tuan puan dan penerima hadiah yang dira’ikan,
Dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah ialah bagi memupuk pembelajaran. Dengan
perubahan persekitaran pendidikan yang penuh dengan ketidak tentuan, sukar diramal dan
sentiasa terdedah kepada penambahbaikan, proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada
akses pengetahuan semata-mata, bahkan lebih menjurus kepada proses persediaan menghadapi
cabaran yang berbeza pada masa hadapan. Sejajar dengan Misi Nasional dan perakuan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, salah satu teras utamanya ialah menjana modal insan
minda kelas pertama. Maka, SMK Taman Damansara Aliff tidak boleh terkecuali daripada
menyediakan peluang pembelajaran yang berkualiti dan bertaraf dunia supaya pada akhirnya
pelajar yang menerima pendidikan di sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya
saing negara. Sebagai pengetua, saya akan sentiasa memastikan bahawa hala tuju sekolah ini jelas
dan bahawa segala bentuk perancangan dan pelaksanaan program pendidikan yang ada sentiasa
akur dengan keperluan yang disebutkan.

Hadirin dan hadirat,
Guru-guru juga diberi pendedahan yang berterusan untuk melaksanakan perubahan dan
pendekatan baru dalam sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk menggembleng
bakat dan potensi pelajar secara optimum. Saya memberi jaminan bahawa guru sekolah ini
sentiasa komited terhadap usaha membantu dan membimbing pelajar ke arah kesejahteraan
hidup masa kini dan masa akan datang. Semua pelajar di sekolah ini berhak mendapat peluang
pembelajaran yang terbaik dan kami akan mencari jalan supaya perkara ini tercapai sepenuhnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Untuk tempoh yang terdekat ini, pihak sekolah giat merangkakan program bagi meningkatkan lagi
kecemerlangan warga sekolah SMK Taman Damansara Aliff. Saya sentiasa optimis bahawa warga
sekolah dapat berganding bahu dalam memastikan apa-apa jua kemajuan yang dikecapi hendaklah
berteraskan konsep kecemerlangan yang holistik dan seimbang. Kesedaran tentang pencapaian
kecemerlangan hendaknya bersemi dalam sanubari warga sekolah buat selama-lamanya. Doakan
semoga impian besar ini menjadi kenyataan.

Kepada penerima hadiah, sekalung tahniah untuk anda. Teruskan kecemerlangan anda. Nilai
kebendaan hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran. Yang penting, kalian telah diberi pengiktirafan
yang begitu bermakna dalam hidup kalian. Di samping mencongak kejayaan, usah lupakan rakan-
rakan yang tidak menerima hadiah seperti kalian. Bantu mereka, beri dorongan dan inspirasi. Kelak
kalian akan dikenang sebagai insan yang budiman dan berperibadi mulia. Bagi pihak sekolah, saya
mendoakan agar kalian akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri,
keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.

Kepada ahli jawatankuasa majlis anugerah kecemerlangan bagi tahun 2020 SMK Taman Damansara
Aliff. Terima kasih daun keladi. Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan akan dikenang
sampai bila-bila.

Ikan sembilang, sepat dan kelah
Guna bubu biasa di hujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung

Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi
wabaraktuh.

Bismillahirrahmanirrahim,

Yang Berusaha Tuan Suhaimi bin Sanusi, Pengetua SMK
Taman Damansara Aliff, Barisan Guru-guru Penolong
Kanan, Guru-guru kanan, Ahli Jawatankuasa PIBG SMK
Taman Damansara Aliff, ibu bapa, guru-guru dan
murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat
memberi sepatah dua kata dan saya amat berbangga kerana pada tahun ini sekali lagi SMK
Taman Damansara Aliff telah berjaya menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang bagi tahun 2020.

Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang
menjemput saya untuk sama-sama memeriahkan Hari Anugerah Cemerlang ini. Saya mewakili
PIBG sekolah ini mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua guru-guru yang tidak jemu
mendidik anak-anak kami sehingga berjaya seperti hari ini. Gandingan yang baik di antara Ibu
Bapa dan semua guru serta kakitangan sekolah memungkinkan kejayaan anak-anak ini. Semoga
penghargaan ini akan meniup semangat yang lebih kepada murid-murid yang berjaya khasnya
dan kepada semua murid-murid di sekolah ini umumnya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada hari ini, peranan penddidikan telah berubah. Murid-murid bukan sahaja
datang ke sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal
insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Kita juga patut sedar, sistem pendidikan kini
memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa, untuk memenuhi tuntutan zaman.
Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui
proses perubahan seiring dengan peredaran zaman.

Sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan berkualiti di
peringkat antarabangsa perlu digalas oleh semua pihak. Pelbagai program diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai platform
meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak serta menggalakkan
penglibatan komuniti dengan sekolah.

Para hadirin yang saya muliakan,

Hari Anugerah Cemerlang adalah kayu ukur kepada prestasi pencapaian pelajar. Bagi pelajar
yang berjaya meraih anugerah cemerlang, pihak PIBG ingin mengucapkan syabas dan tahniah
dan bagi pelajar yang belum berjaya jangan putus asa kerana dengan usaha yang gigih
akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang suatu hari nanti.

Syabas kepada semua guru-guru dan pelajar yang telah bekerja keras untuk memastikan
kejayaan dan kelancaran Hari Anugerah Cemerlang ini. Para ibu bapa, pelajar dan PIBG yang
telah menyumbang dan memberi sokongan secara langsung mahu pun secara tidak langsung
menjayakan Hari Anugerah Cemerlang diucapkan ribuan terima kasih. Semoga mendapat
keberkatan daripada Allah SWT. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu
pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus
menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan
pelajar.

Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-
program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di
sekolah ini. Saya merasakan para guru akan merasakan bangga jika kita sebagai ibu bapa
sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak kita di sekolah. Kita harus sedar,
kecemerlangan seseorang pelajar ini amat bergantung kepada pendisiplinan mereka dalam
menuntut ilmu.

Akhir kalam, sebelum saya menutup ucapan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak terutama kepada guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama padu demi
melihat kejayaan anak-anak pelajar semua. Oleh itu,saya merasmikan Hari Anugerah SMK
Taman Damansara Aliff bagi Tahun 2020. Saya tinggalkan tuan-puan dengan serangkap pantun
buat renungan semua, semoga menjadi panduan dalam kita berusaha mendidik anak-anak kita
menuju kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Sampan kotak hilir mudik,
Dayung patah galah sebatang;
Ikhtiar tidak datang menggolek,
Akal tidak datang melayang .

Sekian, terima kasih.

MASA ACARA
09.50 pagi – 10.00
pagi Persediaan warga maya menyertai pautan

10.00 pagi – 10.15 ● Lagu Negaraku
pagi ● Lagu Negeri Johor
● Lagu Sekolah
10.15 pagi – 10.30 ● Bacaan doa
pagi ● Ucapan alu-aluan (Pengetua)
● Ucapan perasmian (YDP PIBG)
10.30 pagi – 10.45 ANUGERAH 1: KURIKULUM
pagi
 Pelajar Cemerlang
● Panitia Cemerlang

ANUGERAH 2: KOKURIKULUM

GURU:

10.45 pagi – 11.10 ◻ Unit Aktif (Unit Beruniform)
pagi ◻ Unit Aktif (Kelab Persatuan)
◻ Unit Aktif (Sukan Permainan)
◻ Guru Aktif Kokurikulum 2020
◻ Guru Aktif Sukan dan Permainan 2020
◻ Senarai Kenaikan Pangkat Guru
◻ Anugerah Guru Cemerlang (APC)

PELAJAR:

Bintang PAJSK

◻ Bintang Kokurikulum
◻ Aktif Unit Beruniform
◻ Aktif Sukan Permainan
◻ Aktif Kelab Persatuan

ANUGERAH 3: HEM

11.10 pagi – 11.35  Kehadiran Penuh
pagi Sahsiah Unggul 2021
 Sahsiah Unggul 2020
• Tokoh NILAM
• Tokoh Pelajar



11.35 pagi - 11.40 PAPARAN PENYUMBANG
pagi
● Sumbangan pihak luar dalam program Bakul Prihatin
● Sumbangan pihak luar dalam program Motivasi
● Sumbangan pihak luar dalam program Pembukaan Sekolah

11.40 pagi – 11.45 PENGISIAN PENDAFTARAN DAN BORANG PENILAIAN PROGRAM DAN

pagi PANDUAN PENERIMAAN ANUGERAH

12.00 tgh Majlis Tamat

Memberi penghargaan dan pengiktirafan
kepada semua warga sekolah yang berjaya
menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang
kurikulum, sahsiah dan kokurikulum bagi
tahun 2020.

 Mengumpulkan ibubapa, guru dan murid
yang mencapai kecemerlangan.

 Memberi pengiktirafan kepada murid dan
guru yang telah mencapai kecemerlangan.

 Memberi suntikan motivasi kepada murid
dan guru agar terus meningkatkan prestasi
sekolah.

 Mengeratkan silaturahim dan hubungan
baik antara ibubapa dan warga sekolah

Pengerusi
En. Mohd Suhaimi Bin Mohd Sanusi (Pengetua)

YDP PIBG
En Kamarudzaman Bin Abdul Karim

Naib Pengerusi 1
Pn Datin Hjh Ruzita Binti Kimin (PKP)
En Rosman Bin Mohamad (NYDP PIBG)

Naib Pengerusi 2
En Mohd Razak Bin Ahmad ( PK HEM )

Naib Pengerusi 3
Pn Siti Anidza Binti Muhammad (PKKoko)

Penyelaras
Cik Sarahaini Binti Mat Nor (GBK)

Penolong Penyelaras
Cik Norhamidah Binti Suhaimie (GBK)

Setiausaha
Cik Siti Nabila Binti Zakaria (SU PIBG)

Bendahari
Pn Soh Lai Peng (Bendahari PIBG)

PENYELARAS : PENYELARAS :
EN MOHD ZAHIR BIN HUSSIN PN HJH HANNAN BINTI HAMZAH

JEMPUTAN BUKU PROGRAM DAN POSTER
PN RIZADIANA BINTI KADERUN PN MAIZATUL AKMAL BINTI OTHMAN
PN.SURYA ASYKIN BINTI MOHAMED
PN FAUZIAH BINTI SAID .
SISTEM MULTIMEDIA
TEKS UCAPAN YDP DAN PENGETUA CIK ANIS AQILAH BINTI MUHAMMAD
PN NORAISYAH BINTI BAKRI
ZULAINI
PN WAN SYAHIRAH BINTI WAN MOHAMMED EN AMRI BIN ISMAIL
CIK HAZIRA BINTI MOHD ARIS
PENDAFTARAN, PENILAIAN DAN
DOKUMENTASI PROGRAM

CIK SITI NABILAH BINTI ZAKARIA
PN NORHASIKIN BINTI BARDAN

PENYELARAS : PENYELARAS :
PN CHONG LAI YING PN HJH AIDAH BINTI ABDULLAH

PANEL PEMILIHAN ANUGERAH PELAJAR PENGACARA MAJLIS
CEMERLANG CIK SITI NABILAH BINTI ZAKARIA

PN SUGUNA A/P APPALANAYUDU (KOKU) BACAAN DOA
PN AZLIN BINTI ASEH (SPM 2020) USTAZ MOHD SUHAIMI BIN ABDUL

PN ZAIDAH BINTI SAKEH (PEP. DALAMAN) RAHMAN
PN NORHASIKIN BINTI BARDAN DAN
CIK NORZAHIDAH (ANUGERAH HEM FOTOGRAFI
EN MOHD IMRAN BIN ZAKARIA
HADIAH, SIJIL DAN CENDERAHATI
PN NURUL ASHIKIN BINTI MERZUKI

PN NORFIRQIN BINTI BABA
PN NURAZLIN BINTI MUSKOM

PN ASILAH BINTI RAMLI

KURIKULUM

ANUGERAH CEMERLANG SPM 2020

9A Noor Hedayah binti Tawil

8A NuMr uSyhaazmwamnai dNaAbilliaahs bBininti
JohanMohd Rahim

7A Darshini A/P Vadivelu

5A Rismaini Lubis

ANUGERAH CEMERLANG SPM 2020

5A Muhamad Alias bin Johan

5A Anisah bt Daut

5A Nur Batrisyia Dania binti
Mohd Nizam

5A Hormieela A/P Rakesh

ANUGERAH PANITIA CEMERLANG

Panitia Moral
Pn Azlin Binti Aseh

Panitia Sains
Pn Khairunnisa Binti Kassim
Pn Wan Hanun Akma Binti Wan Abdul Aziz

Panitia Fizik
En Mohd Amin Bin Abd Rahman

Panitia Kimia
Pn Chong Lai Ying

Panitia Biologi
Pn Murni Binti ishak

Panitia Matematik Tambahan
Pn Suguna a/p Appalanayudu

Panitia PSV
En Abdul Rahim Bin Ghani
En Mohd Ariff Bin Mat Sulaiman

KOKURIKULUM

ANUGERAH KOKURIKULUM (GURU)

1. KADET POLIS UNIT BERUNIFORM 3.PERSATUAN PUTERI ISLAM
 ASRIL USMAN  RIZADIANA
 ABDUL RAHIM A GHANI 2. KRS KADERUN
 SURYA ASYKIN  MOHD AMIN ABD  NORAISYAH
RAHMAN MOHD AMIN
MOHAMED  SUHAIMI ABD  NUR HASIKIN
 NURUL ASHIKIN MOHD RAHMAN BARDAN
 NURAISYAH  MUSPIRAH
MAZUKI MOHD BAKRI ABDULLAH
 WAN NOR SYAHIRA WAN  KHAIRUNNISA  MAIZATUL AKMAL
KASSIM OTHMAN
SU  NORAZLIN
 ILI ZARIFAH ZAINUDIN MOSKAM
 NURFIQIN BABA  SUGUNA
A/PPALANAYUDU
 MAISARAH
MUSBAN

KELAB DAN PERSATUAN

1. STEM 2. BAHASA 3. BAHASA 4. PENDIDIKAN 5. KERJAYA
 SURYA /PRS
ASYKIN MELAYU INGGERIS ISLAM  SARAHAINI
MOHAMMED
 MOHD AMIN  NURAISYAH  NUR HASNY  NURAISYAH MAT NOR
ABD RAHMAN MOHD BAKRI JAMIL MOHD AMIN  KHAIRUNNISA

 WAN NOR  ZAIDAH  SUHAIMI KASSIM
SYAHIRA WAN SAKEH ABD

SU RAHMAN

 RIZADIANA
KADERUN

SUKAN DAN PERMAINAN

1. OLAHRAGA 2. BOLA SEPAK 3. BOLA JARING
- NURUL ASHIKIN MOHD -SITI HAWA MD YASIN - MAISARAH MUSBAN
MAZUKI
- ASRIL USMAN - AZLIN ASEH - NURAISYAH MOHD BAKRI
- NOR HASIKIN BARDAN
- CHE KHAIRUNAZMI CHE SOH - RIZADIANA KADERUN

- MOHD IMRAN ZAKARIA - WAN NUR SYAHIRA WAN SU

4. SOFBOL 5. CATUR 6. BADMINTON
- MURNI ISHAK - NORAZLIN MOSKAM - KHAIRUNNISA KASSIM
- MAIZATUL AKMAL OTHMAN - MOHAMAD ARIFF MAT - ABDUL RAHIM A GHANI
- ZAINUDIN ISMAIL SULAIMAN - NURAISYAH MOHD AMIN
- MUSPIRAH ABDULLAH - NURFIQIN BABA - SUGUNA A/P APPALANAYUDU
- ZAIDAH SAKEH

ANUGERAH KOKURIKULUM (GURU)

C. ANUGERAH GURU AKTIF KOKURIKULUM
2020

1. SUGUNA A/P APPALANAYUDU
2. ASRIL USMAN

3. ABDUL RAHIM A GHANI
4. SARAHAINI MAT NOR
5. NORHASIKIN BARDAN

D. ANUGERAH GURU AKTIF SUKAN DAN
PERMAINAN 2020

1. CHE KHAIRUNAZMI CHE SOH
2. MOHD IMRAN ZAKARIA

3. NURUL ASHIKIN MOHD MAZUKI
4. MURNI ISHAK

5. MAISARAH MUSBAN

KENAIKAN PANGKAT 2020

DG 38
1.PN FAUZIAH MOHD SAID

DG 44
1.EN IMRAN BIN ZAKARIA
2.EN AMIN BT ABD RAHMAN
3.PN HAWA BT MD YASIN

4.PN SOH PEA LING
5.PN NURAISYAH BT MOHD AMIN

DG 48
1.USTAZ SUHAIMI BIN ABD RAHMAN
2.PN SURYA ASYKIN BT MOHAMED

3.PN MURNI BT ISHAK
4.PN ZAIDAH BT SAKEH
5.EN ZAINUDIN BIN ISMAIL
6.PN SUGUNA A/P APPALANAYUDU
7.CIK NUR HASNY BT JAMIL

DG 52
1.PN HJH AIDAH BT ABDULLAH

2.PN CHONG LAI YING

DG 54
1.PN SITI ANIDZA BT MUHAMAD

2.PN RUZITA BT KIMIN

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
APC (2020)

1.PN HJH AIDAH BT ABDULLAH
2.PN FAUZIAH B MD SAID
3.PN NURAISYAH BT BAKRI

4.EN MOHD IMRAN BIN ZAKARIA

ANUGERAH KOKURIKULUM (PELAJAR)

A. ANUGERAH BINTANG PAJSK 2020
1. HANIM AZRIN BINTI MD HANAFEE, 3 KREATIF (4 INTEGRITI)
2. NUR BATRISYIA DANIA BINTI MOHD AIRUL NIZAM, 5 INTELEK
3. NURFARHANA BINTI NAEM, 3 INOVATIF (4 INOVATIF)

B. ANUGERAH BINTANG KOKURIKULUM 2020
1. NAYLI ADRIANA LIM, 4 KREATIF (5 KREATIF)

C. ANUGERAH AKTIF UNIT BERUNIFORM 2020
1. NURALYA NATASHA BINTI MOHD SAHHA,4 INOVATIF (5 INOVATIF)
2. AYU SITI NABILAH SUKAJI , INTEGRITI (5 INTEGRITI)

D. ANUGERAH AKTIF SUKAN DAN PERMAINAN 2020
1. NUR IRDINA UMAIRA BINTI ANAFIAH, 3 INOVATIF(4 INOVATIF)
2. VJTAASHVIN A/L VETHIAH, 4 INTEGRITI (5 INTEGRITI)
3. RADEN MUHAMMAD NAZIM SHAH BIN JOHARI, 3 INOVATIF
(4 INOVATIF)

E. ANUGERAH AKTIF KELAB DAN PERSATUAN
1. UZLYA EMYRA BINTI EZWAIRI HASIFF, 4 KREATIF (5 KREATIF)

HEM

ANUGERAH HEM

KEHADIRAN PENUH 2020

KELAS NAMA PELAJAR

1 INOVATIF AHMAD DANISH BIN ZAIDE
QAIZA ADAM LUHAT
1 INTELEK
MUHAMMAD AMIR IDHAM BIN MOHD
1 KARISMA AMIRUDDIN
2 INOVATIF MUHAMMAD IZZ SALAHUDDIN BIN ZUVRI
2 INTEGRITI NUR SYAMIMI BINTI SAIFUL RIZAN
2 INTELEK
MUHAMMAD IZZ AIMAN BIN ZUVRI
3 INTELEK
QURRATUL AIN BT SODIKIM
4 INOVATIF
4 INTEGRITI ALIA ZULAIKHA BINTI SHAMSURI
5 INOVATIF DARIS FARIHA BINTI YUSLIZAN
5 INTEGRITI IZZNUR AISYAH BINTI MOHD IZHAR
IRWAN SHAH BIN NORDIN JAFFAR

NURHOLIJA
AZMATH MUHSINA BINTI ABDUL SALAM

NURUL AZIZATUL ADAWIYAH BINTI A'ZIZI

VANEESRI A/P MOHAN

MICHAEL TAN YU HENG

CHE HANIS DARFINA ELLYANA BINTI CHE
HAMID
WONG EN CHEE
AMIRRUL FAHMI BIN YACOB

ANUGERAH HEM

ANUGERAH SAHSIAH UNGGUL 2021

TINGKATAN NAMA PELAJAR KELAS
5 1. MUHAMMAD NABIL IKMAL BIN 5 KARISMA
YASMIN 5 INTEGRITI

2. QISTINA BINTI MOHD AZARAH 4 INOVATIF
4 1. SEOW YEE XUAN

2. NURFARHANA BINTI NAEM 4 INOVATIF

3 1. AHMAD BADRUL NAIM BIN 3 INTEGRITI

NAEM 3 INTELEK

2. NUR SYARAH HAZIQAH BINTI

HANIF

2 1. BATRISYA BALQIS BIN 2 INTEGRITI

KHAIRUL ZAMALIS 2 INTEGRITI

2. SYARRA IRSYSSHA BINTI

NORDIN

1 1. MOHAMMAD DANIAL HAZRIQ 1 KARISMA

BIN ABDULLAH 1 KARISMA

2. NUR AIREEN NATASYA BINTI

HISHAMMUDIN

ANUGERAH SAHSIAH UNGGUL 2020

SAHSIAH UNGGUL NUR SYAZWANI NABILA BINTI MOHD
2020 RAHIM

ANUGERAH HEM

ANUGERAH NILAM

TOKOH NOOR HEDAYAH 1. PROGRAM NILAM
NILAM BINTI TAWIL PERINGKAT DAERAH
2020
2. TOKOH NILAM
PERINGKAT
SEKOLAH

TINGKATAN NAMA BIL BUKU

1 KRITIS DARWINA FARIESYA BINTI 113
ISKANDAR
2 INOVATIF SEOW ZHENG YE 18

3 KARISMA NURUL HUSNA BINTI MOHD 59
4 INOVATIF ROZI 188
LEONG XIN YI

5 INTELEK MUHAMMAD ARIF HAKIMI BIN 115
MOHD SALMIN

ANUGERAH HEM

ANUGERAH TOKOH PELAJAR PENCAPAIAN DI SEKOLAH
1. KETUA PENGAWAS 2020
TOKOH NOOR HEDAYAH 2. 9A SPM 2020
PELAJAR BINTI TAWIL 3. TOKOH NILAM PERINGKAT

SEKOLAH

PENGLIBATAN LUAR
1. NILAM PERINGKAT DAERAH
2. KONGRES BELIA 2019
3. INNOVATION DESIGN

EXPLORATION IN
ARITHEMETICS & SCIENS
(IDEAS)
4. LEADERS IN ACTIONS 2019
5. PROGRAM DERMAGA 2019
6. PERTANDINGAN SYARAHAN
7. PERTANDINGAN BICARA
BERIRAMA PEIRINGKAT
DAERAH
8. PERKHEMAHAN IHYA’
RAMADAN PERINGKAT
NEGERI JOHOR
9. KANGROO MATH
COMPETITION 2018
10. PERTANDINGAN CORAL
SPEAKING PERINGKAT
DAERAH
11. PERKHEMAHAN PBSM
PERINGKAT DAERAH
12. ALL ABOUT YOUTH-
YAYASAN PETRONAS
PERINGKAT DAERAH

NAMA PENYUMBANG BAKUL PRIHATIN

PROGRAM MOTIVASI
PEMBUKAAN SEKOLAH

SMK TAMAN DAMANSARA ALIFF,
JALAN PERSIARAN ALIFF HARMONI UTAMA,

81200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM .
Talian Pejabat : 07-2366288
Email : [email protected]


Click to View FlipBook Version