The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penerangan mengenai pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di MARA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdhasbullahnawawi83, 2020-02-27 20:38:26

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Penerangan mengenai pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di MARA

MAJLIS AMANAH RAKYAT

INFOGRAFIK

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan MARA

INFOGRAFIK
PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MARA

BAHAGIAN PENGURUSAN RISIKO DAN INSPEKTORAT MARA
Tingkat 8, Ibu Pejabat MARA
No. 21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-261 32552/ 03-261 32562
Faks: 03-2698 6140
Emel: [email protected]

1

Diterbitkan oleh:

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

No. 21, Jalan MARA

50609 Kuala Lumpur

Tel: 03-261 32552/ 261 32562

Faks: 03-26986140

Website: http://www.mara.gov.my

@ MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini
boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh
semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun sama
ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, penggambaran semula, rakaman
dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada MAJLIS AMANAH
RAKYAT (MARA).

Cetakan Pertama 2018

INFOGRAFIK
PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MARA

Dicetak oleh:
AZ INDAH BINA ENTERPRISE (0025220309-H)
No. 108, Jalan Sultan Abdul Samad, Off Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur

2

Kandungan Muka Surat
5
Kata Aluan Ketua Pengarah MARA 7

Bab 1 Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan 11
Pekerjaan MARA
15
Bab 2 Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
MARA 19

Bab 3 Rujukan Utama Pengurusan Keselamatan dan 23
Kesihatan Pekerjaan di MARA
31
Bab 4 Elemen-elemen Pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 45
55
Bab 5 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan 63
Pekerjaan di MARA 95

Bab 6 Pendaftaran Mesin dan Sijil Perakuan Kelayakan 99
DOSH 117
123
Bab 7 Pelaksanaan HIRARC Di Tempat Kerja 129
137
Bab 8 Pemberitahuan Dan Pelaporan Kemalangan

Bab 9 Kesiapsiagaan dan Tindakan Kecemasan

Bab 10 Audit Pematuhan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994

Bab 11 Pemilihan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE)

Bab 12 Pengurusan Kontraktor Bercirikan Keselamatan
Bab 13 dan Kesihatan Pekerjaan

Pendaftaran Loji Rawatan Kumbahan (LRK)

Bab 14 Pemeriksaan Sistem Pendawaian Elektrik

Bab 15 Penggunaan Papan Tanda Keselamatan dan
Kesihatan

3

4

KATA ALUAN KETUA PENGARAH MARA

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan budaya yang perlu
diamalkan oleh semua warga kerja MARA, pelajar Institusi Pendidikan MARA,
pelanggan dan semua pihak yang berada dalam kawasan premis MARA.
Justeru, buku ini ditampilkan sebagai panduan dan tatacara yang perlu
diamalkan di premis MARA bagi memastikan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang berterusan dapat dilaksanakan.
Panduan ini diterjemahkan dalam bentuk infografik yang lebih mudah, menarik
dan sangat menyeluruh untuk memudahkan semua pihak merujuk butiran dan
mengamalkannya. Justeru, berpandukan garis panduan ini sebarang bentuk
amalan yang tidak selamat dan tidak sihat dapat dielakkan dengan mengambil
kira prosedur dan tatacara yang ditetapkan.
Harapan saya agar semua warga kerja MARA dapat menghayati dan
menjadikan panduan ini sebagai rujukan utama dalam memastikan
persekitaran pekerjaan yang kondusif dan selamat. Teruskan usaha di setiap
peringkat untuk memastikan MARA sebagai sebuah organisasi yang sentiasa
peka dan perihatin kepada aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Selamat Maju Jaya.

Dato’ Azhar bin Abdul Manaf
Ketua Pengarah MARA

5

6



i Pengenalan
Dokumen ini disediakan untuk diguna pakai oleh warga
kerja MARA, pelajar IPMa dan orang awam yang
berurusan dengan Pusat Pentadbiran MARA.

Penyediaan & Pengedaran
Dokumen ini diedarkan kepada Pusat Pentadbiran MARA.
Dokumen ini hendaklah dibaca bersama-sama Manual
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA
di laman sesawang https://maranet.sharepoint.com/

! Perakuan
Dokumen ini adalah betul semasa tarikh ianya
disediakan. Sebarang perubahan, pindaan atau tambah
baik daripada Pihak Berkuasa akan dikemas kini
mengikut keperluan.

9

Singkatan Maksud Singkatan
DOSH
IKM Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
IPMa
JBPM Institut Kemahiran MARA
JKKP
Institut Pendidikan MARA
JKKPIP Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

JKKPP Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
JKKPN Ibu Pejabat
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
KPLB Pusat
KKP Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
KKTM Negeri
KM Kementerian Pembangunan Luar Bandar
KP MARA
KPM Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
MARA
MJII Kolej Kemahiran Tinggi MARA
MRSM Kolej MARA
PBT
PDRM Ketua Pengarah MARA
PM
PMP Kolej Profesional MARA
SDS Majlis Amanah Rakyat
SPAN
ST Malaysian-Japan Industrial Institute
TNB
BPIN Maktab Rendah Sains MARA
SOP Pihak Berkuasa Tempatan
PPE
Polis DiRaja Malaysia

Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)
Pegawai Mengawal Program; Pegawai Mengawal Pusat

Helaian Data Keselamatan (Safety Data Sheet)
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Suruhanjaya Tenaga

Tenaga Nasional Berhad

Bahagian Pengurusan Risiko dan Inspektorat
Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Prosedure)
Kelengkapan perlindungan diri

10



13

i Keperluan Penyediaan Dasar KKP
 Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994, Bahagian IV seksyen 16; dan
 Kewajipan majikan untuk membentuk Dasar KKP
sekiranya mengambil pekerja minimum 5 orang dan
lebih.

Kriteria Dasar KKP
 Pernyataan bertulis dasar berkenaan KKP;
 Ia menyatakan niat, iltizam, objektif dan arah tuju

pengurusan berkenaan KKP;
 Ia menetapkan standard dan tindakan-tindakan

yang mesti dilaksanakan untuk mencapai standard
tersebut;
 Ia mengenalpasti peranan dan tanggungjawab
organisasi serta perkiraan yang perlu dirancang;
 Dikomunikasikan kepada semua warga kerja; dan
 Dipamerkan di tempat yang strategik.

Tempat Strategik merupakan lokasi yang menjadi tumpuan umum
ketika berada di sesuatu tempat. Tempat strategik untuk
mempamerkan Dasar KKP MARA adalah:

1. Lobi utama;
2. Pejabat Pentadbiran, Bilik Guru dan Bilik Pensyarah;
3. Bilik mesyuarat, bilik bincang dan bilik rehat;
4. Kaunter khidmat pelanggan;
5. Laluan utama di asrama;
6. Laluan utama di bangunan akademik;
7. Makmal dan bengkel;
8. Dewan Selera IPMa dan kafeteria IPMa;
9. Pusat Sumber dan perpustakaan;
10. Surau dan masjid; dan
11. Tempat-tempat yang difikirkan perlu.

14



Rujukan Utama Akta Akta Keselamatan dan Kesihatan
Dibaca bersama Pekerjaan 1994 dan Peraturan-
Peraturannya

Akta Kilang dan Jentera 1967 dan
Peraturan-Peraturannya

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan
Peraturan-Peraturannya

Akta Bekalan Elektrik 1990 dan
Peraturan-Peraturannya

Akta Bekalan Gas 1993 dan Peraturan-
Peraturannya

Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan
Peraturan-Peraturannya

Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan
Peraturan-Peraturannya

Akta Petroleum (Langkah-Langkah
Keselamatan) 1984 dan Peraturan-
Peraturannya

Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan
Peraturan-Peraturannya

Undang-Undang Kecil Bangunan
Seragam 1984

Akta dan Peraturan-Peraturan yang
berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan

17

Falsafah Dan Prinsip
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Kerjasama Perundingan
Majikan – Warga Kerja Majikan – Warga Kerja

Peraturan Kendiri

1. Perundingan Majikan-Warga Kerja melibatkan perbincangan
agenda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) melalui
mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP);

2. Kerjasama Majikan—Warga Kerja terjalin semasa mengendalikan
program KKP, penyiasatan kemalangan dan sebarang bentuk
program yang melibatkan perhubungan dua-hala;

3. Peraturan Kendiri melibatkan pelaksanaan program KKP yang
praktikal, menjimatkan kos dan sepraktik yang mungkin
mengurangkan tahap pendedahan dan risiko kepada warga
kerja MARA, pelajar IPMa, pelanggan dan orang yang
berkepentingan di MARA.

18



01 Dasar 02 Organisasi

 Dasar KKP MARA  Jawatankuasa KKP
 Peranan Pengerusi JKKP  Setiausaha / Pegawai
 Tanggungjawab Majikan
 Tanggungjawab Warga Kerja Keselamatan dan Kesihatan
 Komunikasi  Sistem pengurusan KKP

03 Perancangan 04 Penilaian

 Prosedur Operasi Piawai (SOP)  Pemantauan dan Prestasi

 Latihan  Penilaian sistem pengurusan

 Audit

05 Penambahbaikan 

 Tindakan pencegahan dan
penambahbaikan

 Peningkatan berterusan

21

22



Nama Jawatankuasa Keselamatan dan Penubuhan Di
Kesihatan Pekerjaan Peringkat

Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan IPMa
Pekerjaan Pusat (JKKPP)
PMN
Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan Negeri (JKKPN) Ibu Pejabat

Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan Ibu Pejabat (JKKPIP)

Aliran Pelaporan Antara JKKP Di MARA

 Isu mengenai KKP perlu dibincangkan di peringkat JKKP masing-
masing.

 Isu dan masalah tersebut tidak dapat diselesaikan hendaklah
dikemukakan di dalam JKKP yang lebih tinggi.

Rujukan:
Surat Pekeliling Keselamatan MARA Bil. 2 Tahun 2017—Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

25

Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Pusat (JKKPP)

Pengerusi Pengetua / Pengarah

Pengerusi Silih Ganti Timb Pengetua / Timb Pengarah

Setiausaha Pegawai Gred 29 dan ke atas

Wakil Majikan Ketua Jabatan
Ketua Program/ Ketua Kursus
Ketua Unit

Wakil Pekerja Wakil KEKAM
Wakil KPPM
Wakil Pelajar, jika berkaitan
Wakil Kontraktor, jika berkaitan

Korum Pengerusi
Setiausaha
½ Wakil Majikan
Seorang bagi setiap kategori perwakilan
pekerja

Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negeri (JKKPN)

Pengerusi Pengarah MARA Negeri

Pengerusi Silih Ganti Pengarah KKTM/ IKM/ MJII
Setiausaha
Wakil Majikan Pegawai Gred 41 dan ke atas

Wakil Pekerja Pengarah/ Timb Pengarah IPMa (IKM,
Korum KKTM, MJII, KM & KPM)
Pengetua/ Timb Pengetua MRSM
PMD

Wakil KEKAM di PMN & IPMa
Wakil KPPM di PMN & IPMa

Pengerusi
Setiausaha
½ Wakil Majikan
1 Wakil KEKAM
1 Wakil KPPM

26

Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Ibu Pejabat (JKKPIP)

Pengerusi TKP (K)
Setiausaha
Wakil Majikan BPIN

Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat
Ketua Unit di Ibu Pejabat
Pengarah MARA Negeri (isu berbangkit)

Wakil Pekerja Presiden/ Wakil KEKAM
Presiden/ Wakil KPPM

Korum Pengerusi
Setiausaha
½ Wakil Majikan
2 Wakil KEKAM
2 Wakil KPPM

i Kekerapan mesyuarat
Minimum sekali dalam tempoh tiga (3) bulan;
Minimum empat (4) kali setahun

Tanggungjawab Di Dalam Pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan MARA

Tanggungjawab Tanggungjawab
Pengurusan MARA Pegawai Mengawal Pusat (PMP)

Tanggungjawab Tanggungjawab
Warga Kerja MARA Pelajar IPMa

Tanggungjawab
Perekabentuk, Pengilang dan Pembekal

27

Tanggungjawab Pengurusan MARA

Mewujud dan meluluskan Dasar Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan MARA;

Memastikan semua warga kerja MARA dan pelajar IPMa
memahami dan menghayati kepentingan KKP;

Mengadakan kajian semula pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan bagi penambahbaikan secara berterusan;
Memastikan sumber-sumber yang diperlukan adalah mencukupi;

Tanggungjawab Pegawai Mengawal Pusat (PMP)

Membantu pihak pengurusan MARA dalam menyelia dan
memastikan persekitaran tempat kerja selamat dan sihat;

Memastikan pelaksanaan pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di bawah tanggungjawabnya;
Menyedia, menyelia dan menyelenggara PPE yang sesuai untuk
kegunaan warga kerja dan pelajar IPMa;

Memastikan segala peralatan dalam keadaan yang selamat
digunakan serta mengikut Prosedur Kerja Selamat;

Memastikan segala peralatan dalam keadaan yang selamat
digunakan serta mengikut Prosedur Kerja Selamat;
Menyediakan maklumat yang diperlukan bagi membantu
melaksanakan langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti
merangka program KKP, kempen, seminar dan sebagainya;

28

Tanggungjawab Warga Kerja MARA dan Pelajar
IPMa

Memberi perhatian yang munasabah kepada keadaan di
sekelilingnya bagi mengelakkan kecederaan kepada dirinya atau
orang lain semasa menjalankan tugas;
Memahami dan memenuhi peruntukan undang-undang dalam
melaksanakan tugasan;

Menggunakan PPE yang telah disediakan oleh pihak Pusat
Pentadbiran MARA mengikut kesesuaian semasa melaksanakan
tugasan;
Melaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan berkaitan kemalangan, insiden dan perbuatan tidak
selamat di tempat kerja;
Mematuhi prosedur dan arahan KKP yang disediakan;

Mengambil bahagian di dalam aktiviti keselamatan dan kesihatan
pekerjaan;

Tanggungjawab Perekabentuk, Pengilang dan
Pembekal

Mematuhi arahan dan garis panduan KKP berdasarkan jenis kerja
yang akan dilaksanakan di Pusat Pentadbiran MARA;

Melaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan berkaitan kemalangan, insiden dan perbuatan tidak
selamat di tempat kerja;

29

Tanggungjawab Perekabentuk, Pengilang dan
Pembekal
Memberi latihan pematuhan KKP kepada pekerja yang terlibat di
dalam kontrak perolehan;
Membekal dan memastikan warga kerja dan pekerja kontraktor
memakai kelengkapan perlindungan diri yang sesuai;
Memberi latihan hands-on yang bersesuaian kepada warga kerja
MARA yang terlibat;

30



i Objektif prosedur ini adalah untuk memastikan semua
jentera seperti Pengandung Tekanan Tak Berapi, Mesin
Angkat dan Dandang telah lulus dalam pemeriksaan dan
memperolehi Sijil Perakuan Kelayakan daripada DOSH.

Keperluan Asas Pendaftaran dan Sijil Perakuan Kelayakan Mesin
(CF) Daripada DOSH

Keperluan Asas Kategori Jentera
Kelulusan Rekabentuk
1. Dandang stim
Kebenaran Memasang 2. Pengandung tekanan tak berapi
Pendaftaran dan Sijil 3. Mesin angkat
Perakuan Kelayakan
Mesin 1. Jentera am

1. Dandang stim
2. Pengandung tekanan tak berapi
3. Mesin angkat
4. Lif penumpang
5. Eskalator

Peringatan:
Pendaftaran mesin ini hendaklah dilaksanakan melalui web
http://mykkp.dosh.gov.my/

33

Jenis-Jenis Sijil Perakuan Kelayakan Mesin

 Perakuan Mesin Dandang

PMD  Pendaftaran WAJIB bagi semua jenis dandang
(boiler) dan pengandung tekanan berapi.

 Jenis-jenis mesin yang memerlukan memiliki sijil

perakuan kelayakan (CF) yang sah adalah:

Alat penyucihama Dandang stim elektrik Dandang stim tiub air
(autoclave)
(electrical steam (water tube steam

boiler) boiler)

Dandang stim tiub api Heat Recovery Steam Dandang air panas
(fire tube steam boiler) (hot water boiler)
Generator
(HRSG)

Thermal oil heater

 Perakuan Mesin Angkat

PMA  Pendaftaran WAJIB bagi semua jenis mesin angkat,
kecuali mesin angkat manual.

 Setiap mesin angkat (hoisting machine) yang

menggunakan kuasa power driven seperti elektrik,

diesel, pneumatik dan sebagainya perlu memiliki

sijil perakuan kelayakan (CF) yang sah untuk

digunakan.

Mesin angkat Lif penumpang Eskalator
(hoisting machine) (elevator) (escalator)

Lif barang Gondola Kren kontena
(goods elevator)

Mast climbing working Amusement park ride
platform

34

 Perakuan Mesin Tekanan

PMT  Pendaftaran WAJIB bagi semua pengandung
tekanan tak berapi atau bejana tekanan tak berapi.

 Jenis-jenis mesin yang memerlukan memiliki sijil

perakuan kelayakan (CF) yang sah adalah:

Penyucihama Bekas udara Penukar haba
(sterilizer) (air container) (heat exchanger)

Pengandung tekanan Tangki simpanan LPG
(pressure vessel) (LPG storage tank)

Contoh Mesin Yang Memerlukan
Pendaftaran dan Sijil Perakuan Kelayakan

Penyucihama Tangki Simpanan LPG
(Sterilizer)

Floor Lift Suspended Platform

35

Pengandung Tekanan Bekas Udara
(Air Compressor) (Air Receiver)

Crane Over Head Crane

Elevator Escalator

36

Scissor Work Platform Waste Heat Recovery Boiler

Contoh Perakuan Kelayakan Contoh Perakuan Kelayakan

MESIN ANGKAT PENGANDUNG TEKANAN TAK BERAPI

37

38

Senarai Jenis Jentera Yang Diberikan Pengecualian Perakuan
Kelayakan Bagi PMT

2 atau lebih kebuk yang mempunyai tekanan rekabentuk dalaman
atau luaran

<15 lb/in2 bagi setiap kebuk <15 lb/in2 perbezaan tekanan
antara setiap kebuk
Diameter dalaman, lebar, tinggi
atau pepenjuru keratan rentas Rekabentuk dalaman atau luaran
<15 lb/in2
< 6 in

Suhu rekabentuk Tekanan rekabentuk
< 99°C < 300 lb/in2

Komponen suatu pakej Penukar haba plat atau penukar

pendingin bagi suatu bangunan haba pilin

Komponen paip atau aksesori yang berfungsi untuk mencampurkan,
mengasingkan, menusuk, mengagihkan atau mengawal aliran medium

dalam komponen paip atau aksesori

Komponen suatu peranti mekanikal berputar atau bersalingan yang
fungsinya adalah untuk menyokong operasi peranti mekanikal

Rujukan:
Perintah Kilang dan Jentera (Pengecualian Perakuan Kelayakan Bagi
Bejana Tekanan Tak Berapi) 2017

39

Senarai Jenis Jentera PMT yang diberikan pengecualian sijil perakuan
kelayakan melibatkan pengecualian peruntukan:
1. Seksyen 19, Akta Kilang dan Jentera 1967— Perakuan

Kelayakan;
2. Peraturan-Peraturan (Dandang Stim dan Pengandung Tekanan

Tak Berapi) Kilang dan Jentera 1970;
3. Senarai Peraturan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan

(Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang
dan Jentera 1970 sebagaimana di bawah:
a. Peraturan 10 Machinery requiring Certificate of Fitness;
b. Peraturan 11 Sale or hire of machinery;
c. Peraturan 12 Current certificate;
d. Peraturan 17(b) In respect of any unfired pressure vessel,

that the preparations as for steam boilers and contained in
sub-paragraphs (i), (iv), (vi), (vii) and (viii) of paragraph 17
(a) of this regulation are complied with so far as is
appropriate;
e. Peraturan 19 Supplementary inspection—Steam boilers
and unfired pressure vessel;
f. Peraturan 25 Issue of certificate of fitness;
g. Peraturan 28 Machinery operated without certificate; dan
h. Peraturan 35 Fees—unfired pressure vessel.

40

Senarai Jenis Jentera Yang Diberikan Pengecualian Perakuan
Kelayakan Bagi PMA

Rig penggerek (boring Rig gerudi (drilling rig); Win (winch) bagi
rig) kenderaan tunda

Mesin cerucuk (piling machine) yang dipasang di atas roda berantai
sahaja

Perata dok Manipulator Menara laluan
(dock leveller) (manipulator) (gangway tower)

Penghantar tegak Pengangkat hujung (tail lift)
(vertical conveyor)

Sistem Simpanan dan Dapatan Semula Automatik—SSDSA (Automated
Storage and Retrieval System—ASRS)

Pengangkat kekera (monkey hoist) bagi beban angkat maksimum 80
kilogram dan ketinggian angkat maksimum 9 meter sahaja

Pengangkat udara atau pnumatik (air or pneumatic hoist) bagi beban
kerja selamat 500 kilogram sahaja

Melibatkan pengecualian peruntukan:

1. Seksyen 19(1), Akta Kilang dan Jentera 1967

Tiada seorang pun boleh mengendalikan atau menyebabkan atau
membenarkan supaya dikendalikan apa-apa jentera yang
berkenaan dengannya suatu perakuan kelayakan ditetapkan
melainkan jika ada berkuatkuasa berhubung dengan
pengendalian jentera itu suatu perakuan kelayakan yang sah
yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

2. Peraturan 10, Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Perakuan
Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970—
Machinery requiring Certificate of Fitness

41

Syarat Pengecualian:

1. Pemilik mesin angkat hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis
daripada DOSH sebelum memasang sebarang jenis mesin
angkat. Mesin angkat jenis win (winch) di kenderaan tunda dan
Pengangkat hujung (tail lift) adalah mendapat pengecualian
sepenuhnya;

2. Tanggungjawab pemilik mesin angkat adalah:
i. Menjalankan pengenalpastian hazad, pentaksiran risiko
dan kawalan risiko bagi mesin angkat tersebut;
ii. Memastikan prosedur kerja selamat bagi mesin angkat
disediakan sebagai garis panduan kepada pekerja;
iii. Menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan berulang
ke atas mesin angkat itu mengikut arahan pengilang untuk
memastikan bahawa mesin angkat tersebut adalah
selamat untuk dikendalikan tanpa menyebabkan apa-apa
risiko kepada keselamatan dan kesihatan;
iv. Memastikan setiap orang yang terlibat dalam pemasangan,
pengendalian dan penyelenggaraan mesin angkat terlatih
secukupnya;
v. Menjalankan penyeliaan yang berkesan untuk memastikan
semua pekerja mematuhi prosedur kerja selamat yang
disediakan sebagaimana di subperenggan (ii);
vi. Menyimpan dan menyenggara semua rekod berkaitan
hubungan dengan subperenggan (i) hingga (v) untuk
diperiksa oleh pegawai keselamatan dan kesihatan
pekerjaan; dan

3. Semua alat ganti mesin angkat hendaklah mematuhi spesifikasi
pengilang.

42

Carta Alir Pendaftaran dan Sijil Perakuan Kelayakan (CF) Mesin

Kelulusan
Pembelian Aset Oleh
Perbendaharaan Malaysia

KELULUSAN Permohonan Kelulusan Mesin KUMPULAN
REKABENTUK DOSH DOKUMEN 1

@
KELULUSAN
BAIK PULIH

Surat Kelulusan DOSH

Proses Perolehan Alatan Oleh
MARA

JKJ 105 Permohonan Penetapan Tarikh KUMPULAN
@ Pemeriksaan Dan Ujian Mesin DOKUMEN 2

JKJ 127 Oleh DOSH

Pendaftaran & Sijil Perakuan
Kelayakan Mesin Selesai

Rujuk kepada myKKP dan Manual Pengurusan KKP MARA
43

44



i Objektif prosedur ini adalah untuk menjelaskan langkah-
langkah pelaksanaan aktiviti Pengenalpastian Hazad,
Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) bagi
setiap aktiviti yang dilaksanakan di Pusat Pentadbiran
MARA.

Apakah Hazad (Hazard)
Hazad bermaksud sesuatu punca atau sesuatu keadaan
yang mempunyai potensi yang boleh mendatangkan
mudarat dalam bentuk kecederaan atau kesan kesihatan
yang buruk kepada manusia, kerosakan harta, kerosakan
alam sekitar atau gabungan daripada mana-mana
mudarat tersebut.

Apakah HIRARC?
Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko

(Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control)

Elemen Pertama: Pengenalpastian hazad
(Hazard Identification)

Elemen Kedua: Penaksiran Risiko
(Risk Assessment)

Elemen Ketiga: Kawalan Risiko
(Risk Control)

47

Carta Alir Pelaksanaan Pengenalpastian Hazad, Penaksiran
Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) di Tempat Kerja

Dokumen berkaitan Mengelaskan Pengenalan atau
disediakan Aktiviti pengubahsuaian peralatan,
prosedur baru atau proses
baru

Kerjasama di antara PMP Konsultasi Penilaian semua
dengan warga kerja MARA dokumen berkaitan
@ pelajar IPMa

Melaksanakan lawatan
Mengenalpasti pemeriksaan ke atas
Mengenalpasti
hazad di tempat Hazad kawasan tempat kerja yang
kerja ditentukan

Risiko dinilai berdasarkan Penaksiran Laporan dan
Risiko statistik
kepada data kemalangan kemalangan
terdahulu terdahulu.

Setiap risiko dikawal Menyediakan Membangunkan Pelan
dengan Pelan Tindakan Kawalan &
menggunakan Borang HIRARC
Hierarki Kawalan Tindakan

Pelan Tindakan Kawalan Pelaksanaan Semakan terhadap
dilaksanakan sehingga Pelan tahap
hazad BOLEH TERIMA keberkesanan
Tindakan dilaksanakan

Risiko = Kemungkinan x Keterukan

Rujuk kepada Manual Pengurusan KKP MARA

48

Langkah Pertama: Pengenalpastian Hazad
Jenis-jenis Hazad

Hazad elektrik
Mengakibatkan renjatan elektrik dan kebakaran akibat
lebihan bebanan serta percikan (arching)
Contoh: Punca elektrik terdedah.

Hazad mekanikal
Melibatkan kuasa mekanikal yang terdapat pada
mesin.
Contoh: Operasi memotong, menggerusi dsb.

Hazad kimia
Memberikan kesan disebabkan sifat fizik dan kimia
serta tindakbalas kimianya.
Contoh: Asid bateri dan pelarut.

Hazad sinaran
Sinaran mengion—mengakibatkan pengionan atom.
Contoh: sinar-x, sinaran gamma

Hazad biologi
Melibatkan benda hidup.
Contoh: bakteria, nyamuk, ular, kucing, burung dsb.

Hazad fizikal
Melibatkan konsep pengabadian tenaga.
Contoh: objek yang jatuh, tergelincir, pelanggaran,
tekanan objek

49

Langkah Kedua: Penaksiran Risiko
Jadual Matriks Kemungkinan

Kemungkinan Keterangan Kadar
4
Paling Hazard/ Kejadian yang paling mungkin
Mungkin berlaku;
(Very Likely) Boleh berlaku dengan kerap

Mungkin Mungkin boleh berlaku dan bukannya luar 3
(Likely) biasa
Boleh berlaku kadang-kadang

Tidak Belum diketahui berlaku selepas beberapa 2
Mungkin tahun;
(Unlikely) Boleh berlaku tetapi jarang

Sangat Tidak Boleh dikatakan mustahil dan tidak pernah 1
Mungkin berlaku;
(Highly Boleh berlaku tetapi mungkin tidak akan
Unlikely) berlaku

Keterukan Jadual Matriks Keterukan Kadar
4
Kematian Keterangan
3
Kecederaan Sekurang-kuranya satu (1) kematian, 2
Serius kerosakan harta benda sekiranya hazard
(Major berlaku;
Injuries) Kematian berlaku setelah lebih enam (6)
bulan berlaku kemalangan.
Kecederaan
Ringan Kecederaan yang menyebabkan hilang
(Minor upaya kekal;
Injuries) Diberikan Sijil Cuti Sakit selama empat (4)
hari dan lebih.

Kecederaan tanpa hilang upaya kekal dan
bukan kecederaan kekal;
Diberikan Sijil Cuti Sakit kurang daripada
empat (4) hari

Sedikit Sahaja Sedikit lelasan, lebam, luka, kecederaan 1
(First Aid) jenis rawatan kecemasan

50

Jadual Matriks Risiko
Risiko = Kemungkinan x Keterukan

KEMUNGKINAN 1 KETERUKAN 4
4 4 23 16
3 3 8 12 12
2 2 69 8
1 1 46 4
23

Rendah Sederhana Tinggi

Nilai Risiko Perihalan Tindakan
9-12 Tinggi
Memerlukan tindakan segera.
Didokumenkan di dalam Laporan
HIRARC beserta tarikh siap.

6-8 Sederhana Pendekatan terancang dan mengguna
pakai langkah sementara jika perlu

1-4 Rendah Risko yang dikategorikan BOLEH
TERIMA

 Risiko yang hadir bersama-sama hazard hendaklah dinilai
dengan menggunakan matriks risiko .

 Nilai risiko relatif boleh digunakan untuk memberikan
keutamaan kepada tindakan yang perlu diambil untuk
menguruskan hazard di tempat kerja secara efektif.

 Rujuk Manual Pengurusan KKP MARA.

51

Langkah Ketiga: Kawalan Risiko

Hierarki Kawalan Pemantauan HIRARC

Pemilihan kawalan hendaklah  Pemeriksaan Fizikal
dilaksanakan mengikut keutamaan  Pengujian sistem
bermula penyingkiran dan diakhiri  Penilaian pendedahan
dengan PPE.  Laporan Insiden
 Laporan perubatan
 Aduan & maklum balas

* PPE = Kelengkapan Perlindungan Diri / Personal Protective
Equipment

Langkah Keempat: Kemaskini HIRARC

Dokumentasi yang berkaitan dengan peralatan, prosedur atau proses
yang telah ditaksirkan mesti dikemas kini untuk memasukkan:
 Kawalan yang dikenal pasti; dan
 Satu kaedah untuk mengekalkan kawalan.

Penilaian Risiko KKP ini hendaklah diisi dalam Borang HIRARC .

52

Langkah Kelima: Kajian Penilaian Risiko
Proses hendaklah dibangunkan untuk menilai keberkesanan kawalan
dalam mencapai tahap yang boleh diterima risiko. Proses ini boleh
ditentukan dengan kawasan yang menjalankan penilaian.

Proses itu perlu dikaji semula secara berkala sehingga tahap risiko
yang boleh diterima dicapai.

Apabila tahap risiko yang boleh diterima dicapai, penilaian risiko hanya
boleh dikaji semula apabila:
 Terdapat perubahan proses kerja yang ketara;
 Laporan risiko dan kejadian yang dihasilkan; atau
 Tempoh laporan terakhir telah tamat iaitu tiga tahun

Penyimpanan Dokumen:
Minimum tiga (3) tahun atau sehingga ia dikaji semula.

Nota:
Borang HIRARC boleh dirujuk di dalam Manual Pengurusan KKP
MARA. Ditandakan sebagai Lampiran 22.

53

54



i Objektif prosedur ini adalah untuk menjelaskan langkah-
langkah untuk memberitahu, menyiasat dan melaporkan
insiden, kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan
pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat
kerja.

Diguna pakai semasa menyediakan laporan dan
menjalankan penyiasatan insiden, kemalangan, kejadian
berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan
yang berlaku di Pusat Pentadbiran MARA.

Tidak terpakai bagi pelaporan kematian, kecederaan atau
keadaan seseorang warga kerja MARA atau pelajar IPMa
yang berlaku semasa menjalani rawatan di hospital atau
pembedahan yang dilaksanakan oleh doktor perubatan
atau doktor gigi.

Kemalangan bermaksud suatu kejadian yang berbangkit daripada atau
berkaitan dengan kerja yang mengakibatkan kecederaan maut atau
kecederaan tidak maut;

Kecederaan maut bermaksud kecederaan yang membawa kepada
kematian serta merta atau kematian dalam tempoh satu tahun dari
tarikh kemalangan;

57


Click to View FlipBook Version