The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR HANANI BINTI ZAINAL ABIDIN IPG-Pelajar, 2024-02-21 12:39:56

BMMB 1104 PUISI MELAYU TRADISIONAL

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

PENGHASILAN PRODUK BMMB 1104 Disediakan oleh : Nur Hanani binti Zainal Abidin


ISI KANDUNGAN Pengenalan Puisi Melayu Tradisional Pantun Definisi Pantun Pendapat Tokoh Bentuk dan Ciri-ciri Pantun Jenis Pantun Fungsi dan Contoh Pantun Syair Definisi Syair Pendapat Tokoh Bentuk dan Ciri-ciri Syair Jenis-jenis Syair Contoh Syair Fungsi Syair Gurindam Definisi Gurindam Pendapat Tokoh Bentuk dan Ciri-Ciri Gurindam Jenis-jenis Gurindam Contoh Gurindam Fungsi Gurindam Seloka Definisi Seloka Pendapat Tokoh Bentuk dan Ciri-ciri Seloka Jenis-jenis Seloka Contoh Seloka Fungsi Seloka Kesimpulan Rujukan


PENGENALAN PUISI MELAYU TRADISIONAL


Puisi tradisional juga merupakan satu elemen yang penting dan dijadikan sebagai alat komunikasi apabila orang Melayu ingin mengungkapkan pemikiran dan akal budi mereka pada zaman dahulu. Puisi tradisional merupakan hasil kesusasteraan yang ditulis dalam gaya yang tertentu dan tidak mengikuti aturan tatabahasa yang sepatutnya. Puisi Melayu tradisional merupakan hasil ciptaan seni yang sungguh menakjubkan kerana mengandungi unsur-unsur seperti emosi, imaginasi dan budi.


Proses penciptaan puisi Melayu tradisional telah menunjukkan kecerdasan akal dan daya kreativiti orang Melayu dalam menyusun dan menggunakan kata-kata dengan menggunakan bahasa puisi iaitu bahasa yang bernilai sastera. Puisi Melayu tradisional mengandungi gubahan-gubahan bahasa yang terdiri daripada bidalan, pepatah-petitih, peribahasa dan perumpamaan sebagai perkara yang dituturkan untuk menyampaikan pendapat atau buah fikiran yang sabit pada akal dan lekat dalam ingatan. Menurut Harun Mat Piah (1989), terdapat beberapa genre dalam puisi tradisional iaitu pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai dan masnawi. Namun begitu, dalam konteks ini penekanan hanya akan diberikan kepada empat jenis puisi tradisional sahaja iaitu pantun, syair, gurindam dan seloka.


PANTUN


Pantun merupakan satu bentuk puisi lisan Melayu yang dicipta oleh peribumi yang wujud di Nusantara. Penghasilan pantun memerlukan pemilihan kata yang tepat kerana pemilihan kata tersebut akan memberikan makna yang hebat. Pantun juga dihasilkan untuk dijadikan sebagai alat komunikasi bersemuka kerana apabila berdepan dengan masyarakat, pantun yang dilontarkan haruslah bersifat halus, berkias serta bijaksana (seperti yang dinyatakan dalam Samad, 2018). Selain itu, sifat pantun yang spontan secara tidak langsung telah menghasilkan sebuah pantun yang tidak mengguris perasaan si penerima dan pembicara juga tidak akan dianggap sebagai seorang yang biadap. Menerusi pantunlah, pembicara dapat memberi sindiran, kritikan dan teguran secara halus dan tersirat. Walaupun begitu, sindiran, kritikan dan teguran yang disampaikan masih dapat difahami oleh penerima walaupun maksudnya ialah tersirat (seperti yang dinyatakan dalam Samad, 2018).


PENDAPAT TOKOH Menurut Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), pantun merupakan kaedah rangkapan yang tertua dan dimiliki oleh masyarakat Melayu. Sebelum orang Melayu mengetahui tentang surat-menyurat, mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri (Hasnah Awang et., 2022).


FUNGSI DAN CONTOH PANTUN


SYAIR


Syair merupakan sejenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris ayat yang membawa makna isi dan maksud. Keempat-empat baris syair tersebut pula mempunyai irama yang sama (seperti yang dinyatakan dalam Lattha, 2015). Selain itu, syair juga membawa makna isi yang berhubung kait dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama, dan juga berasaskan sejarah atau dongeng. Syair juga berfungsi sebagai cerita yang digubahkan dalam bentuk rangkap-rangkap (seperti yang dinyatakan dalam Lattha, 2015). SYAIR


PENDAPAT TOKOH Menurut A. Teeuw, syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia ada tetapi namanya telah ditukar (seperti yang dinyatakan dalam Yus, 2012). Syed Naquib al-Attas pula berpendapat bahawa syair telah dicipta sendiri oleh Hamzah Fansuri selepas kedatangan Islam, iaitu pada tahun 6000 Masihi (seperti yang dinyatakan dalam Yus, 2012). Za’ba pula berpendapat bahawa syair sebenarnya berasal daripada perkataan “syir” yang bermaksud perasaan serta pengenalan dan pancaindera yang membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik (seperti yang dinyatakan dalam Yus, 2012).


JENIS-JENIS SYAIR Syair naratif Berbentuk penceritaan seperti : Syair romantis Syair kiasan Syair sejarah Syair non-naratif Berbentuk bukan cerita seperti : Syair agama Syair nasihat


CONTOH SYAIR Syair Romantis : Syair Dandan Setia Syair Agama : Syair Kiamat Dendam Berahi namanya desa, Mendam Perasat raja perkasa, Rakyatnya banyak berketi laksa, Bersuka-suka setiap masa. Bismillah itu permulaan kalam, Dengan nama Allah Khalikul’alam, Dipermulai kitab diperbuat nazam, Supaya ingat mukmin dan Islam.


Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat. Syair dijadikan sebagai hiburan. Misalnya, sering digunakan dalam majlismajlis tertentu dan adat perkahwinan. Syair juga dilagukan atau dinyanyikan untuk mengiringi tarian-tarian tertentu. Kemerduan suara atau kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan meninggalkan kesan yang mendalam. Syair juga digunakan untuk menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu. FUNGSI SYAIR


GURINDAM


GURINDAM Gurindam merupakan sejenis puisi Melayu tradisional yang digubah dalam bentuk bahasa yang indah untuk dinyanyikan sebagai hiburan (seperti yang dinyatakan dalam Rashidi, 2021). Penggunaan bahasa dalam gurindam selalunya padat dan bernas serta isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita bagi tujuan nyanyian, jenaka, senda gurau, kelakar serta sindrom giat yang bermain-main dan sindiran yang menggelikan hati (seperti yang dinyatakan dalam Rashidi, 2021).


PENDAPAT TOKOH Menurut Md Ali Bachik, gurindam merupakan sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama dan isinya berunsur nasihat serta bentuknya seperti bidalan (seperti yang dinyatakan dalam Aizee, 2018). Selain itu, pendeta Za’ba mengatakan bahawa gurindam merupakan satu jenis syair yang melarat dan sukatannya tidak tetap, mengandungi fikiran yang bernas dengan suku sebagai nyanyian dan pengolahan bahasa yang riang (seperti yang dinyatakan dalam Aizee, 2018).


Gurindam serangkap dua baris JENIS-JENIS GURINDAM 1 2 3 Gurindam serangkap empat baris Gurindam bebas


CONTOH GURINDAM Gurindam Dua Belas : fasal kedua Gurindam Jujur Bekerja Barang siapa mengenal yang tersebut, Tahulah ia makna takut. Barang siapa meninggalkan sembahyang, Seperti rumah tiada bertiang. Barang siapa meninggalkan puasa, Tidaklah mendapat dua termasa. Barang siapa meninggalkan zakat, Tiadalah hartanya beroleh zakat. Jika kerja tidak amanah, Rezeki banyak hidup musnah. Jika kerja sambal lewa, Hilang seri hilai ketawa. Jika kerja tidak jujur, Jalan hidup tiada lajur. Jika kerja pentingkan diri, Rugi hidup diri sendiri. Jika kerja mencuri masa, Akhirat nanti kita merasa.


FUNGSI GURINDAM Gurindam digunakan untuk menyampaikan pendidikan, pengajaran dan menunjukkan jalan hidup yang sempurna. Unsur-unsur pendidikan yang diberikan ialah iman dan moral yang baik. Gurindam berfungsi sebagai dokumentasi masyarakat yang dapat memancarkan kreativiti dan estetika berdasarkan dayaintelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka. Gurindam berperanan sebagai media komunikasi antara ahli masyarakat, terutama dalam majlis-majlis formal.


SELOKA


SELOKA Seloka merupakan puisi tradisional yang mempunyai corak karangan berangkap atau bahasa berirama. Selain itu, seloka juga merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang memiliki unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran (Hasnah Awang et al., 2022). Sungguhpun begitu, isi dan kandungannya sarat dengan sindiran yang berguna untuk dijadikan sebagai pengajaran dan teladan oleh para pendengar atau pembaca (Hasnah Awang et al., 2022).


PENDAPAT TOKOH Menurut Za’ba (1976), seloka merupakan karangan berangkap yang mengandungi pertentangan bunyi hujung atau rima yang tidak tetap (Hasnah Awang et al., 2022).


JENIS-JENIS SELOKA Seloka sindiran Seloka mengejek Seloka menempelak Seloka nasihat Seloka pengajaran Seloka khayal Seloka gurau senda


CONTOH SELOKA Seloka Pak Pandir Seloka Si Luncai Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Mendengar guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak pandir juga menanggung. Sikap Si Luncai, biakan, biarkan Ada rumah tidak dijaga, Ada anak tidak dilatih, Ada ternakan tidak dibela Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tidak selidik Ada beajar kepalang ajar, Ada mengaji tiada mengkaji, Ada mata tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan, biarkan ! Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.


Pantun, syair, gurindam dan seloka merupakan Puisi Melayu Tradisional. Setiap Puisi Melayu Tradisional memiliki makna, jenis, bentuk dan ciri-ciri serta fungsi dan contoh yang unik dan tersendiri. Setiap Puisi Melayu Tradisional merupakan karangan yang berangkap dan mempunyai keterikatan yang sama. Puisi Melayu Tradisional juga mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan sebagai alat untuk mendidik, menghibur, menasihati serta memberi pengajaran dalam kehidupan masyarakat Melayu. Puisi Melayu Tradisional juga kaya dengan nilai murni dan nilai tersebut boleh diterapkan dalam diri semua masyarakat terutamanya generasi muda. Oleh itu, kita perlulah sentiasa mencontohi amalan yang terkandung di dalam Puisi Melayu Tradisional kerana biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati. KESIMPULAN


RUJUKAN Aizee. (2018, Ogos 2). Gurindam. Scribd. https://www.scribd.com/document/385253 555/1-GURINDAM Azimah, N. (2013, Oktober 16). Jenis dan fungsi Pantun. Scribd. https://www.scribd. https://www.scribd.com/document/176622400/Bentuk-Dan-Jenis-Pantun Azman, R., Nazri., Shamsudin, A.B., Abdul, R.H., Hasnah, A. (2022). Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu (edisi pertama). Pustaka Al-Ehsan. Indirawati, Z., Nasir, H., & Zahir, A. (2006). Prosiding persidangan antarabangsa pengajian melayu. Eprints. Um. https://eprints.um.edu.my/8715/1/All.pdf Lattha. (2015, April 5). Syair. Slideshare. https://www.slideshare.net/hemalattha5/ syair46657345 Lorna, N. (2018, Mac 22). Ciri ciri Pantun. Scribd. https:/www.scribd.com/document/374574649/Ciri-Ciri-Pantun


RUJUKAN Shafiqah, A. (2013, Julai 7). Definisi seloka. Scribd.https://www.scribd.com/doc /152150815/DefinisiSeloka#:~:text=Menurut%20Kamus%20edisi%20ke, ditulis %20lebih%20ari%20 epat% 20baris Wanie, R. (2021, Oktober 11). Gurindam “Taat Setia Raja & Rakyat”. Scribd.https:// www.scribd.com/document/531730860/Gurindam Yus. (2012, Mac 4). Apa itu Syair. Scribd. https://www.scribd.com/doc/83781777/ Apa-itu-syair .


Click to View FlipBook Version