The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aziyati abdul aziz, 2021-04-18 01:55:32

DASAR SEKOLAH

DASAR SKJJ

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

KEHADIRAN
1. Guru hendaklah berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya sebelum pukul 7.20 pagi dan balik

selepas pukul 2.00 petang kecuali hari Jumaat selepas pukul 12.20 tengah hari. Kehadiran ke sekolah
dan balik hendaklah menggunakan Kad Akses Kehadiran dan direkodkan di dalam Perakam Waktu
kehadiran.
2. Guru yang tidak dapat hadir ke sekolah atau terpaksa datang lewat hendaklah menelefon pihak pentadbir
untuk memberi kenyataan atau sebab yang wajar kepada pihak sekolah selewat-lewatnya Jam 7 pagi.
3. Jadual waktu untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta jadual guru ganti mesti dipatuhi seperti
yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.
5. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang diadakan tepat pada masanya.
6. Guru juga diwajibkan menghadiri sebarang majlis atau acara sekolah sama ada rasmi atau tidak rasmi.

KELUAR WAKTU MENGAJAR
1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali ianya

suatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari KPM, JPN atau PPD dengan syarat mendapat
kebenaran dari pihak pentadbir terlebih dahulu.
2. Guru dikehendaki mencatat atau mengisi kad rekod keluar setelah mendapat kebenaran dari pihak
pentadbir.
3. Guru bertanggungjawab menyediakan kerja bertulis atau tugasan kepada murid-murid sebelum mening
galkan sekolah (kursus, mesyuarat dan sebagainya) melalui guru relief atau Guru Penolong Kanan.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)
1. Guru hendaklah melaksanakan PDP mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Guru mesti

melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan penuh tanggungjawab.
2. Guru hendaklah masuk ke kelas tepat pada masanya.
3. Guru hendaklah merancang PDP yang berkesan sebelum masuk ke kelas tepat pada masanya. Buku/fail

rekod mengajar perlu dibawa setiap kali masuk ke kelas.
4. Guru perlu prihatin dan peka dengan keadaan murid. Guru hendaklah menegur murid yang tidak

menumpukan perhatian atau tidak masuk/lewat ke kelas.
5. Semua butiran dalam buku/fail rekod mengajar hendaklah disempurnakan dengan lengkap dan teliti.

Semua guru hendaklah menyerahkan buku/fail rekod, mengajar pada setiap hari Jumaat untuk ditanda
tangani oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan.
6. Guru tidak boleh duduk sepanjang masa waktu mengajar.
7. Setiap guru mata pelajaran hendaklah memastikan sekurang-kurangnya pencapaian minima 60% lulus
bagi setiap tahun tercapai dan peningkatan markah 5% setiap mata pelajaran daripencapaian tahun
sebelumnya.
8. Guru mata pelajaran hendaklah memastikan Standard Akademik yang ditetapkan oleh Panitia mata
pelajaran masing-masing dilaksanakan dengan berkesan.
9. Guru hendaklah melaksanakan Audit Akademik bagi mengenalpasti pencapaian murid dari
semasa ke semasa dan menentukan program peningkatan/penambahbaikan yang perlu dibuat.

PAKAIAN
1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan.
2. Pakaian berbentuk seluar dan tanpa lengan pendek tidak dibenarkan bagi guru wanita.
3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang yang sesuai.

1

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

PERHIMPUNAN SEKOLAH
1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah tepat pada masanya.
2. Guru dan AKP hendaklah memakai baju korporat sekolah.
3. Guru bertugas dikehendaki memastikan pelajar bersedia tepat pada masanya dan tentatif perhimpunan

berjalan lancar.
4. Semua guru dikehendaki menunjukkan perlakuan yang baik (tidak berbual dan sebagainya)

kerana pada waktu itu tumpuan murid-murid adalah pada guru yang dianggap sebagai role model.

TUGAS
1. Guru yang diberi tugas berkaitan kokurikulum hendaklah melaksanakan tugas tersebut dengan dedikasi,

cekap dan bertanggungjawab.
2. Semua aktiviti luar dari bilik darjah hendaklah dirancang dengan teliti dan mesti mendapat kelulusan dari

Guru Besar sebelum dilaksanakan.
3. Semua pembelian mesti mendapat kelulusan dari Guru Besar.
4. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugasan/arahan misalnya menghadiri mesyuarat, guru

terbabit mesti mematuhi dan tidak boleh mengarahkan orang lain untuk menggantikannya tanpa
pengetahuan Guru Besar.

BILIK GURU
1. Kebersihan dan keselamatan peralatan di dalam bilik guru adalah tanggungjawab semua guru.
2. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru kecuali atas urusan yang tidak dapat

dielakkan.
3. Guru sewajarnya mewujudkan perasaan kekitaan (tidak berpuak-puak) dan sentiasa mengawal tutur kata

supaya tidak menyinggung pihak yang lain.
4. Anak-anak guru dan kakitangan sekolah tidak dibenarkan berada di bilik guru.

BILIK-BILIK KHAS
1. Guru-guru yang menguruskan bilik khas bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan,keselamatan dan

keceriaan bilik tersebut.
2. Murid-murid tidak dibenarkan berada di bilik ini kecuali dengan kehadiran guru.
3. Guru yang menggunakan bilik-bilik ini mesti memastikan bilik tersebut berada dalam keadaan kemas

sebelum meninggalkannya.
4. Bilik-bilik ini adalah kawasan larangan merokok.
5. Murid-murid tidak dibenarkan mengambil dan memulangkan kunci bilik-bilik khas.

2

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

1. Cuti Rehat atau Cuti Penggal

Mengikut Pekeliling KPM, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah menggantikan cuti
rehat, tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada cuti
jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun itu (Perintah Am 50 (a) Bab C) untuk menjalankan tu-
gas selain mengajar.

2. Cuti Sakit

Sijil sakit perlu untuk mendapat cuti sakit. Ketua Jabatan boleh beri cuti sakit apabila seseorang
pegawai itu disahkan tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya oleh pihak
PPK/LP/Panel Doktor. Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima mengikut Perintah
Am Bab C 1(xi).

3. “Time Slip”

Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tujuan meninggalkan sekolah dalam waktu bekerja
hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari.Jika tempoh meninggalkan sekolah melebihi daripada tem-
poh yang ditetapkan pada hari tersebut, guru dan kakitangan dikehendaki mengambil Cuti Rehat
Khas atau Cuti Sakit.

4. Cuti Tanpa Gaji (CTG)

- Mengikut Perintah Am Bab C 1, CTG boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mus-
tahak Perintah Am Bab C 14 (b)Urusan sendiri di dalam Malaysia atau Perintah Am Bab C14
(c)Urusansendiri di luar Malaysia. Kuasa melulus ialah Ketua Jabatan (Pengarah JPN). Jumlah
cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan. Had
maksimum 360 hari. Syarat minimum layak memohon CTG ialah 6 bulan perkhidmatan yang
melayakkan.

- Perintah Am 14 A Bab C menyatakan tiada gaji bagi tempoh tidak hadir bekerja tanpa cuti jika
seseorang pegawai itu tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada
pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidak berhak
mendapat gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu. Cuti Rehat Khas (CRK)
JPA. SARAAN 223/5/4 3 Jld.3 (19) kadarnya 10 hari dalam satu tahun kalendar. Guru Besar boleh
meluluskan CRK kepada PPP yang berkenaan asalkan tidak menganggu atau menggugat PdP di
sekolah.

3

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

4

1. Jenis-jenis Mata Pelajaran PENGURUSAN &
PENTADBIRAN
2. Peruntukan Masa Untuk Setiap Mata Pelajaran
5
3. Panitia Mata Pelajaran
3.1 Panduan dan Peranan.
3.2 Instrumen Pemantauan Panitia.

4. Sistem Kawalan Pengajaran dan Pembelajaran
4.1 Dasar
4.2 Instrumen Pemantauan Dalaman ( Borang A )
4.3 Instrumen Pemantauan Dalaman ( Borang B )

5. Pencerapan
5.1 Dasar.
5.2 Instrumen Pemantauan Dalam Pencerapan.
5.3 Jadual Pencerapan Tahunan.

1. JENIS-JENIS MATA PELAJARAN

1.1 Bahasa Melayu
1.2 Bahasa Inggeris
1.3 Matematik
1.4 Sains
1.5 Pendidikan Islam
1.6 Pendidikan Moral
1.7 Pendidikan Muzik
1.8 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
1.9 Pendidikan Seni Visual
1.10 Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
1.11 Teknologi Multimedia dan Komunikasi (TMK)
1.12 Sejarah
1.13 Bahasa Arab

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

2. PERUNTUKAN MASA KSSR BAGI SEMINGGU

SK

Mata Pelajaran Tahap 1 Tahap 2
4 56
Bahasa Melayu 12 3
Bahasa Inggeris
Matematik 300 300 300 240 240 240
Sains
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 240 240 240 240 240 240
*Tasmik
Pendidikan Muzik 150 150 150 150 150 150
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pendidikan Seni Visual / Kesenian 90 90 90 120 120 120
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Teknologi Multimedia dan Komunikasi (TMK) 180 180 180 180 180 180
Sejarah 60 60 60 60 60 60
30 30 30 30 30 30
Bahasa Arab
Perhimpunan 90 90 90 90 90 90
JUMLAH MINIT
60 60 60 60 60 60

- - - 60 60 60

- - - 60 60 60

- - - 60 60 60

90 90 90 90 90 90

30 30 30 30 30 30

1320 1320 1320 1470 1470 1470

6

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

3. PANITIA MATA PELAJARAN

3.1 PERANAN DAN FUNGSI PANITIA MATA PELAJARAN
Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah oleh Jemaah Nazir

Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, salah satu perkara
yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran
di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah
menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula
sebaliknya. Walau bagaimanapun sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau
tidak, Kementerian Pendidikan difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat
penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah atas dasar atau arahan manakah, panitia
mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.

Oleh yang demikian Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986 bertarikh 13 Mac
1986 telah dikeluarkan dengan tujuan memberitahu pihak sekolah tentang perlunya
penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala antara
pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan
lebih berkesan.

3.1.1 Pengenalan :
Latar belakang kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi

serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai
hubungan rapat dengan kebolehan dan keberkesanan guru yang mengajar. Guru tidak
ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada
matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

Menyedari hakikat ini maka wajarlah bagi guru yang terlibat atau mengajar
sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembeling tenaga mereka dan menyelaras
aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus
mempunyai semangat bekerjasama, saling bantu membantu dan berkongsi fikiran,
pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan keberkesanan
mereka.

Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang
untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan
bersepadu. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama ini, guru yang menganggotainya
juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja
dalam bidang pengajaran bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap
dan tabiat pelajar-pelajar.

3.1.2 Struktur dan Organisasi :
1. Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh

semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.
(Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak
perlu menubuhkan panitia mata pelajaran).
2. Badan ini hendaklah dipimpin dan dikehendaki oleh seorang guru kanan yang
dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar.
3. Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli-ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka mewakili panitia mata pelajaran

7

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung di antara ahli
panitia dengan Guru Besar.

4. Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-per-
jumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu
dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Penolong Kanan, sama ada untuk
mendapat penyelesaian atau untuk makluman.

5. Ketua panitia memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar bagi
membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang ahli-ahli panitia berhubung dengan
keperluan pengajaran dan pembelajaran.

3.1.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran :

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata pelajaran.

1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif
dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap
pembelajaran.

3. Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam)
dalam mata pelajaran berkenaan atau berasaskan kepada prestasi / target yang di-
tunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

4. Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan
kelab akademik.

3.1.4 Peranan Panitia :

Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar
dengan peranannya sebagai badan ikhtisas :

1. Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli
panitia.

2. Menyediakan rancangan mengajar untuk penggal-penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu
tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan.

3. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan
oleh pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan
pelajaran dan tahap kebolehan mereka.

4. Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai
dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di
pusat sumber sekolah.

8

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

5. Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang dise-
diakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan.

6. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap peperik-
saan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun)
dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengaja-
ran dan pembelajaran.

7. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali
sepenggal (4 kali setahun) dan mengadakan perjumpaan secara “adhoc” bila dan
jika perlu.

8. Mengatur perjumpaan secara formal atau tidak formal dengan ahli-ahli panitia un-
tuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan
seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari
penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut.

9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengi-
kuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.

10. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan men-
jalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengaja-
ran dan pembelajaran.

11. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan pani-
tia-panitia di sekolah berhampiran atau sekawasan.

12. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah
memajukan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.

13. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia.

14. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat
menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan.

15. Mencadang keperluan buku kerja bagi mata pelajaran teras dan menyena-
raikannya.

16. Menyenaraikan bahan bantuan mengajar yang diperlukan sebelum sesi
persekolahan bermula.

17. Membuat anggaran perbelanjaan bagi setiap panitia.

3.1.5 Perkara-perkara Profesional Yang Perlu Dibincangkan :

Berikut adalah beberapa perkara profesional yang perlu diberi perhatian oleh panitia
dalam perancangan aktiviti serta dalam mesyuarat-mesyuarat panitia :

1. Program peningkatan minat pelajar dalam mata pelajaran berkenaan.
2. Program peningkatan prestasi pelajar dalam mata pelajaran berkenaan.
3. Program ujian dan penilaian.
4. Program perkembangan staf.
5. Rancangan penambahan alat dan bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran.
6. Rancangan pembinaan modul-modul pengajaran dan pembelajaran.
7. Rancangan pembinaan modul pembelajaran sendiri.
8. Rancangan aktiviti kokurikulum untuk mata pelajaran berkenaan.
9. Kelas bimbingan/kelas tambahan pengayaan.
10. Penyata kewangan.
11. Buku kerja murid.
12. Topik-topik sukar bagi pelajar untuk menguasainya.

9

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

3.1.6 Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran :

3.1.6.1 Terdapat dua strategi mesyuarat panitia iaitu :

(a) Mesyuarat berjadual - jadual telah ditetapkan pada awal

Tahun persekolahan sekurang-

kurangnya empat kali setahun.

(b) Mesyuarat tidak berjadual - pada bila-bila masa yang diperlukan

tidak terhad bilangannya.

3.1.6.2 Mesyuarat ini hendaklah dipengerusikan oleh ketua panitia/pengerusi
panitia dan dihadiri sama oleh ketua bidang/guru kanan/penolong kanan.

3.1.6.3 Setiap mesyuarat mestilah membincangkan hal-hal profesional seperti :
a. membincangkan keputusan peperiksaan akhir tahun sebelumnya atau
ujian-ujian lanan di mana analisis diedarkan kepada semua yang hadir.
b. mengenal pasti punca-punca kelemahan dan menyenaraikannya.
c. merancang strategi peningkatan atau pembaikpulihan kelemahan.
d. menilai pelaksanaan strategi/program yang dijalankan dan membuat
tindak ikut.
e. lain-lain seperti yang telah diterangkan di atas.

10

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

Senarai Semak Panitia Mata Pelajaran

1. Panitia mata pelajaran telah ditubuhkan/Senarai J/Kuasa YA TIDAK
Panitia telah disediakan. ( )( )
( )( )
2. Mesyuarat panitia telah dijalankan. ( )( )

3. Panggilan mesyuarat dibuat secara rasmi oleh setiausaha ( )( )
kepada pihak pentadbiran dan ahli-ahli panitia. ( )( )

4. Fail panitia telah disediakan dan mengandungi :

4.1 Nombor rujukan dan tajuk.

4.2 Rekod kandungan di sebelah dalam kulit hadapan.

5. Fail Utama mengandungi :

5.1 Takwim panitia mata pelajaran ( )( )
5.2 Struktur Organisasi ( )( )
5.3 Biodata dan rumusan maklumat guru ( )( )
5.4 Jadual
- Jadual peribadi guru ( )( )
)
- Jadual penggunaan pusat sumber () ( )
- Jadual penggunaan bilik khas (makmal,bengkel dll) () ( )
- Jadual amali solat () ( )
( )
5.5 Minit mesyuarat - Kurikulum ( )
(
- Panitia )
)
- Laporan perjumpaan kecil )
)
5.6 Head Count )
)
5.7 Program Peningkatan Akademik ( )( )
- Program teras (induk) ( )(
- Program elektif ( )(
- Kertas kerja program ( )(
- Laporan penilaian program ( )(
( )(
5.8 Peperiksaan Awam ( )(
5.9 Peperiksaan Dalaman

5.10 Senarai buku teks, buku rujukan dan ABM

11

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

Senarai Semak Panitia Mata Pelajaran

YA TIDAK

5.11 Jadual Pencerapan ( )( )

- Hasil kerja murid ( )( )
- Pencerapan guru (klinikal) ( )( )
5.12 Kemajuan Staf (Anjuran Panitia, PPD, JPN, dan KPM) ( )( )

- Jadual Kursus ( ) ( )

- Laporan khusus ( )( )
- Bahan edaran ( )( )
5.13 Persatuan Akademik – Program aktiviti persatuan ( )( )
5.14 Anggaran perbelanjaan ( )( )

5.15 Jawatan Kuasa Panitia Kelompok / Zon / Daerah ( )( )

- Minit mesyuarat dan bahan edaran ( )( )
)( )
5.16 Pemantauan Sukatan Pelajaran (

5.17 Pekeliling ( )( )

- Sekolah / PPD / JPN / Lembaga Peperiksaan / Jemaah Nazir
/ Majlis Peperiksaan Malaysia / Kementerian Pelajaran.

5.18 Pelbagai

- Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ( )( )

- Lain-lain ( )( )

6 Fail Sokongan mengandungi :

6.1 Sukatan Pelajaran dan Huraian ( )( )

6.2 Rancangan Pelajaran ( )( )

6.3 Soalan dan skema jawapan ( )( )

6.4 Lain-lain yang berkaitan ( )( )

7 Fail Arkib mengandungi : ( )( )

7.1 Jadual Waktu ( )( )

7.2 Program Akademik ( )( )
7.3 Rumusan Biodata Guru ( )( )
7.4 Pencerapan gerak kerja bertulis ( )( )
7.5 Laporan Perkembangan Staf ( )( )
7.6 Anggaran Perbelanjaan ( )( )

12

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

4. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA KAWALAN LATIHAN / KERJA MURID

4.1 DASAR

4.1.1 Setiap mata pelajaran dibekalkan sebuah buku teks dan sebuah buku kerja yang
bersesuaian yang ditetapkan oleh panitia masing-masing.

4.1.2 Setiap mata pelajaran juga dikawalpandu oleh sukatan pelajaran dan huraian
sukatan pelajaran.

4.1.3 Buku latihan (exercise book) dibenarkan bagi membolehkan murid membuat
latihan-latihan yang sesuai di dalam kelas atau sebagai kerja rumah.

4.1.4 Semua buku teks dan buku kerja yang digunakan perlu habis diajar dan disemak
dengan teliti oleh guru pada jangka masa yang bersesuaian.

4.1.5 Semua latihan yang dibuat dalam buku latihan (exercise book) dan buku kerja
hendaklah disemak setiap kali habis diajar atau secara berkala satu (1) minggu
sekali mengikut kesesuaian. Setelah pemeriksaan dibuat, turunkan tandatangan
beserta tarikh sebenar pemeriksaan dibuat. Guru dilarang sama-sekali melonggok-
kan latihan yang banyak tanpa diperiksa.

4.1.6 Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, sekolah menetapkan sekurang-kurangnya 30
buah karangan dibuat oleh murid-murid Tahun 4, 40 buah karangan dibuat oleh
murid-murid Tahun 5 dan 60 buah karangan dibuat oleh murid-murid Tahun 6 da-
lam masa setahun persekolahan mereka.

4.1.7 Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, penekanan kepada grammar dan latihan
membina ayat harus dijalankan dengan secukupnya yang bersesuaian dengan ke-
hendak sukatan pelajaran setiap darjah.

4.1.8 Ejaan dan karangan bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris harus dibuat
sekurang-kurangnya sekali seminggu.

4.1.9 Kerja rumah yang bersesuaian bagi semua mata pelajaran teras harus diberikan
setiap hari.

4.1.10 Kerja semasa cuti sekolah bagi mata pelajaran teras ditetapkan dua kali setahun
( Cuti Pertengahan Tahun dan Cuti Akhir Tahun ).

4.1.11 Setiap guru dikehendaki membuat persediaan awal sebelum masuk mengajar.
Guru wajib menyiapkan buku rekod P&P setiap hari sebelum P&P bermula.

4.1.12 Alat Bantu Mengajar digalakkan mengikut kesesuaian pelajaran.
4.1.13 Sudut-sudut mata pelajaran wajib disediakan di setiap kelas oleh guru mata

pelajaran masing-masing dengan kerjasama guru kelas.
4.1.14 Sudut-sudut umum mata pelajaran teras untuk paparan / pameran di luar bilik

darjah perlu disediakan oleh panitia.
4.1.15 Penggunaan alat-alat elektronik seperti TV, radio, VCD, VCR, OHP, Notebook,

LCD, Komputer dan lain-lain adalah amat digalakkan.
4.1.16 Buku kerja tidak boleh digunakan semasa P&P dalam kelas.
4.1.17 Menggalakkan murid mengikuti pembelajaran melalui komputer.

13

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

5. PENCERAPAN

5.1 DASAR

5.1.1 Pengenalan :
Pencerapan dalam bilik darjah merupakan satu proses untuk melihat keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pemaksimuman penggunaan masa pengajaran
dan pembelajaran adalah sangat perlu untuk mencapai matlamat dan sasaran dengan
efektif.
5.1.2 Tujuan :

5.1.2.1 Untuk membantu guru mengajar dan membantu murid belajar.
5.1.2.2 Menggalakkan Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam bilik darjah.
5.1.3 Strategi :
5.1.3.1 Guru Besar mencerap semua Penolong Kanan.
5.1.3.2 Penolong Kanan mencerap Ketua Panitia.
5.1.3.3 Ketua Panitia mencerap guru-guru.
5.1.3.4 Guru Besar / Penolong Kanan juga mencerap guru-guru bila-bila saja

perlu.
* Penolong Kanan termasuk PK 1, PK HEM, PKKK dan PK Petang.
5.1.4 Kekerapan Pencerapan :
Setiap orang guru dicerap sekurang-kurangnya 2 kali setahun dalam
mata pelajaran yang diajarnya.
5.1.5 Rekod Pencerapan :
Instrumen Pemantauan dan Jadual Pencerapan disediakan.

6. SISTEM PENILAIAN

6.1 MATLAMAT

Mewujudkan satu system penilaian yang menjamin mutu bagi mengukur perkembangan
dan kemajuan murid-murid di sekolah ini.

6.2 OBJEKTIF

6.2.1 Menilai setiap mata pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid.

6.2.2 Melihat perkembangan dan kemajuan murid-murid.

6.2.3 Mencari usaha untuk memperbaiki dan memajukan lagi pencapaian murid-murid
dalam setiap mata pelajaran yang diajar.

6.2.4 Menjadi satu rekod untuk simpanan dan rujukan sekolah.

14

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

6.3 Mata pelajaran yang dinilai :

6.3.1 Bahasa Melayu : Empat aspek : Lisan
Bacaan
6.3.2 Bahasa Inggeris : Empat aspek Penulisan
Pemahaman
6.3.3 Matematik : 2 Kertas
: Lisan
Bacaan
Penulisan
Pemahaman

: Kertas 1
(Soalan Objektif)
Kertas 2
(Soalan Subjektif)

6.3.4 Sains : Amali, Pemahaman dan Kemahiran Berfikir
6.3.5 RBT / TMK : Pemahaman, Kemahiran Berfikir dan Kerja Kursus
6.3.6 Pendidikan Islam / : Pemahaman, Kemahiran Berfikir dan Kerja Kursus

Pendidikan Moral : Pemahaman, Kemahiran Berfikir dan Kerja Kursus
6.3.7 Sejarah : Hasil Karya
6.3.8 Pendidikan Seni Visual : Amali dan teori
6.3.9 Pendidikan Muzik : Amali dan teori
6.3.10 Pendidikan Jasman i
: Penglibatan dan Penyertaan
dan Kesihatan
6.3.11 Kokurikulum

6.4 Penggredan :

6.4.1 Mata pelajaran berikut diberi markah dan gred.

6.4.1.1 Bahasa Melayu - Penulisan dan Pemahaman

6.4.1.2 Bahasa Inggeris - Penulisan dan Pemahaman

6.4.1.3 Matematik - Kertas 1 dan Kertas 2

6.4.1.4 Sains / Science - Kertas 1 dan Kertas 2

6.4.1.5 Bahasa Arab

6.4.1.6 Pendidikan Islam

6.4.1.7 Pendidikan Moral

6.4.2 Mata pelajaran berikut diberi gred sahaja.
6.4.2.1 RBT / TMK
6.4.2.2 Pendidikan Seni Visual
6.4.2.3 Pendidikan Muzik
6.4.2.4 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
6.4.2.5 Kokurikulum
6.4.2.6 Bahasa Melayu - Lisan dan Bacaan
6.4.2.7 Bahasa Inggeris - Lisan dan Bacaan

15

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

6.5 Jenis Penilaian : Penilaian Bulanan - Formatif
Penilaian Penggal - Sumatif

6.6 Kekerapan penilaian : 2 kali Penilaian Bulanan
2 kali Penilaian Penggal

6.7 Mata Pelajaran Wajib Lulus :

6.7.1 Bahasa Melayu - Penulisan

6.7.2 Bahasa Melayu - Pemahaman

6.7.3 Bahasa Inggeris - Penulisan

6.7.4 Bahasa Inggeris - Pemahaman

6.7.5 Matematik - Kertas 1 dan Kertas 2

6.7.6 Sains - Kertas 1 dan Kertas 2

6.7 Pengelasan Lulus / Gagal :

Murid-murid yang lulus semua mata pelajaran pada perkara 6.7 dianggap lulus dan
kedudukan mereka dalam kelas didahulukan manakala murid-murid yang gagal mana-mana
satu mata pelajaran atau sebahagian daripada mata pelajaran tersebut dianggap gagal dan
kedudukan mereka dalam kelas dikemudiankan.

6.8 Penentuan Kedudukan :

Berdasarkan jumlah markah yang dicapai tetapi tertakluk kepada perkara 6.7.

6.9 Gred Pencapaian Setiap Mata Pelajaran :

Markah Gred
80 – 100 A Cemerlang
65 – 79 B Potensi Cemerlang
50 – 64 C Lulus
40 – 49 D Potensi Lulus
0 – 39 E Kritikal

( Pencapaian Gred E dianggap gagal )

16

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

17

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

3.0 KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. 0 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan
sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh
membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi
sekolah ke arah kegemilangan.

Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan
masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya
memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan
penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak
perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan.
Ini kerana murid- murid merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara
bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk
membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek
sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu
perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang
lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri
institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik.

2. 0 OBJEKTIF

2.1 Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Hal Ehwal Murid(HEM)

2.2. Menyeragamkan Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid(HEM) Sekolah

2.3 Sebagai dokumen panduan untuk menangani isu-isu pengurusan HEM sekolah

2.4 Sebagai dokumen panduan oleh Guru Besar/ Penolong Kanan HEM dalam

menangani isu-isu disiplin yang dirujuk oleh guru untuk tindakan sekolah.

2.5 Sebagai dokumen bercetak tambahan bagi Pengurusan Disiplin yang sedia ada

terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

2.6 Bagi memenuhi dan menjayakan pengurusan HEM dengan berpegang dengan

moto :

“KEBAJIKAN DIJAGA MURID DISANTUNI”

18

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

3.1 PELAKSANAAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
3.1.1 PENGURUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA HEM

Secara amnya, mesyuarat pengurusan HEM penting untuk mencapai matlamat kebersa-
maan . Oleh itu, setiap mesyuarat HEM perlu memberikan impak yang mampu meng-
gerakkan dan memajukan sekolah terutama dalam merancang membina insaniah murid,
kebajikan murid dan menyantuni murid di SK Jelapang Jaya. Oleh itu, pengurusan
mesysuarat yang bersistem dan memutuskan apa jua keputusan mesyuarat bagi men-
jaga kebajikan murid dengan proses serta dasar yang betul dan pekeliling kewangan
semasa dipatuhi.

3.2 Tatacara Sebelum Mesyuarat
3.2.1 Persediaan Urus Setia (Setiausaha)
❖ Memo dalam pemberitahuan mesyuarat berkaitan :

Tarikh , hari , masa, tempat, pengerusi dan agenda
❖ Minit dan maklum balas sebelum
❖ Perbincangan dan Persediaan slide mesyuarat
❖ Persiapan tempat, alatan keperluan mesyuarat dan senarai kehadiran
❖ Penolong Setiausaha mengambil gambar mesyuarat bagi penyediaan laporan

3.2.2 Persediaan Selepas Mesyuarat (Setiausaha)
❖ Menyediakan minit dan maklum balas
❖ Mengedar minit dan maklum balas
❖ Mengumpul semula maklum balas
❖ Kemaskini fail induk mesyuarat HEM dan fail laporan kewangan dan kertas kerja
❖ Penolong Setiausaha menyediakan laporan bergambar dan kemaskini fail

19

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

4.0 PENGURUSAN AGENDA DAN SISTEM FAIL

BIL MESYUARAT JAWA- AGENDA TETAP PENGURUSAN FAIL NO.
TANKUASA HEM FAIL

1.0 Mesyuarat 1. Agenda minit FAIL MESYUARAT
Jawatankuasa Induk JAWATANKUASA
HEM 1.1 Ucapan PENGURUSAN HEM
Pengerusi

⚫ Ketetapan 1.2 Pengesahan Isi kandungan :
mesyuarat seku- Minit
rang-kurang 4 kali 1.Visi dan Misi KPM/JPN/ FAIL
setahun 1.3 Maklum NO.1
balas/perkara PPD / SEKOLAH
berbangkit
2.Carta Organisasi HEM
1.4 Pembacaan
dasar / pekelil- 3. Surat Lantikan JK
ing/ surat ara-
han 4. Senarai JK HEM

1.5 Laporan 3. Bidang Tugas JK HEM
Kewangan Ban-
tuan Murid 4. Perancangan Tahunan
HEM
1.6 Laporan
Unit-unit 5. Perancangan Strategik
HEM/ Plan Operasi/
1.7 Hal-hal lain Risiko

6. Memo , Minit Dan
Maklumbalas Mesyuarat
Jawatankuasa Induk
HEM

7. Memo , Minit Dan
Maklumbalas Mesyuarat
JK Pengurusan Kelas

8.Memo , Minit Dan
Maklumbalas Mesyuarat
JK Pengurusan Disiplin
Dan Sahsiah

20

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

9. Memo , Minit Dan
Maklumbalas Mesyuarat
JK Pengurusan Program
3K

10. Memo , Minit Dan
Maklumbalas Mesyuarat
JK Bantuan Peringkat
sekolah

11. Memo , Minit Dan
Maklumbalas Mesyuarat
JK Pengurusan Bimb-
ingan Dan Kaunseling

2.0 Mesyuarat Jawa- 2. Agenda minit

tankuasa Unit-unit 2.1 Ucapan
HEM Pengerusi

2.1 Mesyuarat Jawa- 2.2 Pengesahan
tankuasa Pengurusan Minit
Kelas
2.3 Maklum
2.2 Mesyuarat Pengu- balas/perkara
rusan Disiplin dan sa- berbangkit
hsiah
2.4 Pembacaan
2.3 Mesyuarat Pengu- dasar / pekelil-
rusan Program 3K ing/ surat ara-

2.4 Mesyuarat Pengu- han

rusan Jawatankuasa 2.5 Laporan
Bantuan Peringkat Unit-unit
Sekolah
2.6 Hal-hal lain
2.5 Mesyuarat Pengu-

rusan Bimbingan dan

Kaunseling

21

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

3.0 PENGURUSAN FAIL HAL EHWAL MURID NO.2
3.1 FAIL PEKELILING IKHTISAS/ DASAR KPM/JPN NO.3
3.2 FAIL KERTAS KERJA PROGRAM NO.4
3.3 FAIL LAPORAN TAHUNAN DAN POS MORTEM NO.5
3.4 FAIL LAPORAN BERGAMBAR NO.6
3.5 FAIK SARANA SEKOLAH (PIBG) - PROGRAM BERSAMAMU NO.7
3.6 FAIL PENGURUSAN KEWANGAN BANTUAN MURID NO.8
3.7 FAIL PENGURUSAN SURAT TAWARAN DAN DOKUMEN PERJANJIAN NO.9
3.8 FAIL LAPORAN KEDATANGAN MURID SETIAP BULAN
4.0 PENGURUSAN FAIL PENGURUSAN KELAS NO.10
4.1 FAIL PENGURUSAN KELAS INDUK N0.11
4.2 FAIL APDM DAN DATA N0.12
4.3 FAIL PENGURUSAN PRA SEKOLAH PERDANA/ PENDAFTARAN NO.13
4.4 FAIL PENGURUSAN PRA SEKOLAH KHAS/ PENDAFTARAN NO.14
4.5 FAIL PENGURUSAN TAHUN 6 / PENDAFTARAN TINGKATAN 1 NO.15
4.6 FAIL ADUAN DAN MAKLUM BALAS
5.0 PENGURUSAN FAIL PENGURUSAN DISIPLIN DAN SAHSIAH NO.16
5.1 FAIL DISIPLIN DAN SAHSIAH NO.17
5.2 FAIL SSDM/ KEHADIRAN NO.18
5.3 FAIL BADAN PENGAWAS NO.19
5.4 FAIL KELAB JENAYAH NO.20
5.5 FAIL PROGRAM DISPLIN DAN SAHSIAH
6.0 PENGURUSAN FAIL PENGURUSAN PROGRAM 3K N0.21.
6.1 FAIL PROGRAM 3K 1

➢ KECERIAAN/KEBERSIHAN / TANDAS 22
➢ KESIHATAN/RAWATAN/BILIK ISOLASI

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

➢ KESELAMATAN BANGUNAN /MURID N0.21.
2

N0.21.
3

6.2 FAIL SISTEM KESELAMATAN PENARAFAN SEKOLAH (SKPS) NO.22

6.3 FAIL PENGURUSAN KANTIN NO.23

6.4 FAIL ANTI DENGGI NO.24

7.0 PENGURUSAN FAIL PENGURUSAN JAWATANKUASA BANTUAN PER-
INGKAT SEKOLAH (JBPS)

7.1 FAIL PENGURUSAN RMT/PSS NO.25

7.2 FAIL PENGURUSAN BAP DAN KWAPM NO.26

7.3 FAIL PENGURUSAN EMK NO.27

7.4 FAIL PENGURUSAN TAKAFUL DAN BANTUAN LAIN (NGO/ BAITULMAL NO.28
DAN ZAKAT)

7.5 FAIL BORANG PERMOHONAN BANTUAN KPM NO.29

8.0 PENGURUSAN FAIL PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
(BnK)

8.1 FAIL GURU PENYAYANG NO.30

8.2 FAIL PPDa NO.31

8.3 FAIL PSIKOMETRIK NO.32

8.4 FAIL PROGRAM ORENTASI DAN MOTIVASI MURID NO.33

8.5 FAIL KAUNSELING BERFOKUS DAN MINDA SIHAT NO.34

8.6 FAIL SAMBUTAN HARI LAHIR NO.35

8.7 FAIL ZIARAH CAKNA NO.36

8.8 FAIL LAWATAN NO.37

23

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

5.0 PENGURUSAN FAIL HAL EHWAL MURID

5.1 Fail Unit-unit Hal Ehwal Murid hendaklah diurus secara sistematik berdasarkan
keperluan-keperluan terkini.

5.2 Setiap unit HEM perlu menyediakan fail masing-masing. Isi kandungan setiap fail
adalah seperti berikut :

• Visi dan Misi sekolah
• Surat lantikan sebagai Jawatankuasa Unit HEM
• Carta Organisasi Unit HEM
• Perancangan Tahunan unit HEM
• Perancangan Strategik
• Kertas Kerja Program
• Laporan Program – Bergambar
• Laporan Tahunan dan Post Morterm
• Surat Pekeliling Iktisas
• Lampiran

6.0 PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS

6.1 Membentuk organisasi kelas yang terdir daripada Ketua Kelas. Penolong Ketua
Kelas, Bendahari, AJK kebersihan dan AJK Keceriaan, memastikan AJK kebersihan
mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap
tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan AJK
Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa
kesemasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.
6.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas
a) Pelan Lantai Kelas
b) Senarai Perabot dan alatan. Perabot kelas seperti kerusi meja murid dan meja
guru dan papan hitam diiventorikan
c) Carta Organisasi Kelas
d) Jadual waktu
e) Jadual Tugas
f) Maklumat KPM/JPN/PPD/SEKOLAH

24

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

g) Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah disimpan di tempat
sesuai dan teratur
h) Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
i) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak terus ke pejabat (buku
laporan kerosakan)
j) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

6.3 Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.
⚫ Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua

murid dalam sebarang tindakan yang diambil.

⚫ Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.

⚫ Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

7.0 SISTEM PENDAFTARAN

7.1 Murid Tahun 1 :
• Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan dokumen dan borang maklumat
murid.
• Memberi taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa dan penjaga
• Memasukkan data dan maklumat murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah
sebelum akhir Februari

7.2 Murid baru :
• Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (Status kewarganegaraan
hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu).
• Penyelaras Tahun hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang
APDM) dilengkapkan oleh ibu bapa/ penjaga pada masa itu juga. Jika murid
membawa bersama borang APDM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat
adalah lengkap dan terkini. Kemasikini APDM.
• Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru. Bagi murid asal, guru-guru
hanya mengemaskini data APDM yang telah dibuat dan menyimpan ‘hard copy’
di dalam fail peribadi murid.
• Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang
bentuk biasiswa/ bantuan dan melaporkan kepada Guru Biasiswa/ Guru Bantuan
25

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

Sekolah. Pastikan borang Permohonan Bantuan (Borang PB1 dan dokumen
lain lengkap) di bawa bersama dari sekolah lama.

• Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan
khas dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll)
serta melaporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut.

• Guru Kelas perlu mendapatkan laporan disiplin, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah
(ULBS), Penilaian Kemahiran Amali (PEKA), Penilaian Amali Fardu Ain (PAFA),
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan lain-lain dokumen berkaitan dari
sekolah terdahulu jika dibawa bersama semasa mendaftar. Dokumen tersebut
hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen berkenaan
hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.

7.3 Murid keluar/ bertukar/ berpindah

• PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah yang
dipohon sebelum mengeluarkan Borang Jadual Ketiga (yang telah dilengkapi)
kecuali pertukaran antara negeri/ wilayah dan surat perakuan ibubapa/ penjaga.
(Rujuk SPS)

Masalah pertukaran ke luar negera – Rujuk SPS

• Bagi pertukaran keluar negara, Guru Kelas perlu memastikan semu abuku teks
telah dipulangkan dan senarai judul buku yang dipulangkan diserahkan kepada
Guru SPBT untuk direkod dan tindakan lanjut.

• Pertukaran murid dalam negeri dan luar negeri , buku teks di bawa bersama. Sila
serta salinan borang senarai buku teks yang diterima oleh murid.

• Untuk pertukaran dalam Negara, Guru Kelas merekodkan judul buku yang akan
dibawa ke sekolah baru dan menyerahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan
tindakan lanjut.

• Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk
rujukan pihak sekolah baru kecuali fail sulit akan dihantar ke sekolah baru.

• Jika Murid layak bantuan . Guru Kelas perlu membuat salinan Borang Permo-
honan Bantuan (PB1 Dan dokumen lain lengkap) dimasukan dalam sampul khas
untuk di bawah bersama.

• Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6 sahaja. (murid
bukan warga – rujuk SPS)

• Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan
sijil berhenti sekolah selain yang dinyatakan dalam perkara 8.6 selagi murid itu
berada dalam lingkungan umur pendidikan wajib.

26

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

8.1 PENGUATKUASAAN PERATURAN SEKOLAH

HARI Pra Perdana/ Khas TAHAP 1 TAHAP 2
ISNIN Pra Perdana/ Khas Perdana Perdana
SELASA 8.00 pagi hingga 12.00 7.30 pagi hingga 1.30 7.30 pagi hingga 1.30
KHAMIS tengah hari petang petang
Pra Perdana/ Khas PPKI PPKI
8.00 pagi hingga 12.00 7.30 pagi hingga 12.30 7.30 pagi hingga 1.00
tengah hari tengah hari petang
Perdana Perdana
7.30 pagi hingga 1.00 7.30 pagi hingga 1.30
petang petang
PPKI PPKI
7.30 pagi hingga 12.30 7.30 pagi hingga 12.30
Tengah hari Tengah hari

JUMAAT 8.00 pagi hingga 12.00 7.30 pagi hingga 12.00 7.30 pagi hingga 12.00
tengah hari tengah hari tengah hari

WAKTU PERSEKOLAHAN :

1. Loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.20 pagi. Pintu besar akan
ditutup sepenuhnya pada 8.30 pagi.

2. Semua pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah diminta mengikut
SOP Pembudayaan Norma Baharu , menulis buku pelawat dan mengambil
pas pelawat di pondok pengawal keselamatan dan seterusnya mendapat
kebenaran daripada pihak pentadbir untuk segala urusan.

3. Penjaga murid Prasekolah dan yang masuk di atas urusan menjemput anak
balik MESTI
Mengikut SOP Pembudayaan Norma Baharu.

4. Waktu balik tengah hari, loceng dibunyikan mengikut ketetapan.

9.0 PENGUATKUASAAN PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH

9.1 Ponteng Sekolah

• Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan
tidak membawa surat daripada ibu bapa/ penjaga atau surat sakit pada
keesokan harinya.

• Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam JKM Online dan menyatakan
sebab tidak hadir.

• Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:
(Rujuk Jadual )

• Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam
borang Rekod Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada
ibubapa/penjaga (dalam fail kelas) hanya salinan, asal perlu di fail pejabat.

• Semua surat Amaran 1, 2, 3 dan surat buang sekolah mesti diisi dalam 3

27

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

salinan dan ditandatangani oleh Guru Besar.
• Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke

dalam fail Rekod Salah Laku dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail
kelas guru Kelas.

• Catatan hendaklah dibuat dalam Senarai nama Murid yang disediakan di
dalam fail putih untuk surat-surat seperti berikut: AP: Amaran Pertama AK:
Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah

9.2 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah
dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi:

• Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada
ibu bapa/ penjaga masing-masing.

• Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada
ibu bapa/ penjaga masing-masing dan berjumpa dengan Guru Besar/
GPKHEM terlebih dahulu.

• Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama-sama ibu bapa/
penjaga dan berjumpa dengan Guru Besar. Murid hanya dibenarkan masuk ke
kelas setelah Guru Besar berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu
bapa atau penjaga melalui surat aku janji. Murid hanya boleh dibenarkan
bersekolah semula setelah mendapat kebenaran Guru Besar.

9.3 Kawalan Disiplin Murid

• SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah
memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.

• Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati
seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.

• Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang
berat kepada Guru Disiplin atau GPK HEM.

• Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan
oleh KPM serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid
tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.

• Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh
menimbulkan prasangka kepada murid.

• Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada murid-
murid.

9.4 Kawalan/ Tanggungjawab Guru

• Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu
usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka
sebagai seorang individu. (Amalan Budaya Penyayang).

• Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering
menimbulkan masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap
mereka bagi mendapatkan kerjasama.

28

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

• Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid- murid
tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri.

• Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan
murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.

• Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas
dan melaporkan kepada pentadbir sekolah untuk diambil tindakan selanjutnya.

• Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu
tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-
sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya.

9.5 Dasar Umum Disiplin

• Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke
sekolah pada setiap hari. Peraturan sekolah perlu difahami dan dipatuhi.

• Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu
perhimpunan.

• Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi
penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan- tindakan
disiplin yang dikuatkuasakan.

• Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga
disampaikan kepada murid-murid dari semasa ke semasa. Ketua Murid atau
pengawas atau murid lain yang dilatih bagi membaca atau memberi
ucapan berkaitan peraturan sekolah setiap pagi atau waktu rehat.

9.6 Pemeriksaan Mengejut (Sport Check)

• Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid
semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.

• Guru disiplin/ guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran
dengan bantuan pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan
disaksikan oleh murid berkenaan.

• Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod
oleh guru berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku. Barang Rampasan
hendaklah disimpan di dalam almari berkunci di bilik GPK HEM.

• Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM.

• Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik
oleh ibu bapa/ penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan
menandatangani surat perjanjian.

• Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan
setelah diputuskan dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.

• Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-
murid.

29

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

9.7 Kaedah Mengatasi Masalah Disiplin

• Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:

- Semua guru

- Bilik-bilik khas

- Papan kenyataan disiplin sekolah

• Kes-kes disiplin kesalahan ringan hendaklah ditangani oleh semua
guru secara berhemat dengan kadar segera sebelum ianya menjadi
kes kesalahan disiplin yang lebih berat.

• Guru mata pelajaran/ guru kelas hendaklah:

- Merekod kesalahan murid dan melaporkan kepada guru disiplin
sekolah

- Guru Disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya
membawa ke mesyuarat disiplin mengikut keperluan.

• Paparkan senarai nama murid di papan kenyataan HEM:
Kedatangan penuh - 2 kali setahun (Program Saya Sayang Saya)

- Sijil Sifar Ponteng - Kelas yang berjaya mengekalkan peratus
kehadiran tertinggi (melebihi 95%) akan diberikan ganjaran setiap
bulan.

- Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan ganjaran
setiap 6 bulan sekali (2 Fasa)

• Pergerakan murid

- Murid perlu masuk dan keluar kelas mengikut anak panah pergerakan
yang telah ditetapkan (Arah masuk dan Keluar).

- Semua murid dikehendaki beratur dalam satu barisan lurus semasa
bergerak ke kelas atau ke bilik-bilik khas.

- Guru mata pelajaran dikehendaki mengambil murid dari kelas untuk
dibawa ke bilik-bilik khas bagi memastikan disiplin murid terkawal.

- Semua murid hendaklah bergerak mengikut arahan laluan yang telah
ditetapkan melalui tanda arah ke bilik khas, ke tandas, ke pejabat, ke
kantin dan waktu balik.

- Guru matapelajaran hendaklah memastikan murid yang pergi ke tandas
mestilah seorang demi seorang dan membawa kad kebenaran keluar
kelas bersamanya.

• Penetapan Kawasan Semasa Waktu Rehat Biasa

- Semua murid perlu beratur ke kantin dengan penjarakan 1 meter

- Semua murid perlu duduk di meja dengan jarak yang sesuai

- Semua murid hendaklah berada di kantin dan dipantau oleh guru bertugas
pada waktu rehat

- Murid tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan sekolah

- Tandas yang boleh digunakan pada waktu rehat iaitu tandas di blok A dan B.

30

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

- Pembelian barangan di kedai buku juga hendaklah mengikut laluan yang
telah ditetapkan

• Penetapan Kawasan Semasa Waktu Rehat Norma Baharu
Semua murid hendaklah makan dan minum di kelas masing-masing
Semua murid perlu membuang sampah ke dalam tong sampah yang

disediakan

• Kawalan Waktu Pulang Sekolah

- Murid dikehendaki beratur di luar kelas masing-masing setelah loceng
balik berbunyi.

- Murid bertugas hendaklah membersihkan kelas 5 minit sebelum loceng
balik berbunyi.

- Guru bertugas memantau pergerakan murid agar sentiasa berada di
dalam keadaan terkawal

- Murid yang menunggu ibu bapa hendaklah DUDUK di bangku yang
disediakan di tempat menunggu sehingga ibu bapa mereka datang.

- Murid dilarang bermain, berkeliaran, berada di dalam bangunan sekolah
dan keluar dari kawasan sekolah sementara menunggu ibu bapa datang.

- Murid dilarang keluar dari kawasan sekolah semasa menunggu ibu bapa
datang.

• Penandaan Kawasan-Kawasan Di Sekolah

- Kawasan larangan dilalui murid di sekolah ditandakan dengan papan
tanda (dilarang kecuali dengan kebenaran guru)

- Kawasan yang dibenarkan lalu oleh murid adalah kawasan kelas dan
tandas.

- Papan-papan tanda peringatan diletakkan di tempat-tempat strategik dan
di sudut-sudut tertentu sebagai peringatan kepada semua pihak

- Label kawasan makan mengikut tahun di kantin dan tempat makan khas
untuk RMT.

- Kata-kata peringatan dilekatkan di sepanjang laluan murid seperti di
koridor, dewan terbuka, tangga dan tiang-tiang sebagai peringatan
kepada murid.

9.8 Pengurusan Perhimpunan

• Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Isnin setiap minggu.
Masa perhimpunan ialah 30 minit dan hendaklah dimasukkan di dalam
jadual waktu induk dan kelas.

• Perhimpunan akan diuruskan oleh penyelaras perhimpunan, guru
bertugas dan pengawas sekolah.

31

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

• Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat
atau sakit.

• Murid hendaklah beratur mengikut kelas secara dalam satu barisan
lurus dengan keadaan lelaki di sebelah kiri sementara perempuan di
kanan.

10.0 BANTUAN MURID/ KEBAJIKAN

• Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk Borang
Permohonan Persekolahan Murid KPM - Borang PB 1.

• Semua murid layak mengisi dan memohon.

• Kelayakan bantuan akan ditentukan oleh JK Bantuan Peringkat
Sekolah (JBPS) berdasarkan borang PB1 yang lengkap ber-
sama dokumen lain. JBPS akan menyemak semua borang
permohonan yang lengkap dan tidak lengkap.

• Borang PB1 murid yang layak dan diluluskan dalam JBPS akan
disahkan oleh Guru Besar.

• Semua borang di atas hendaklah diasingkan oleh JBPS bagi
menetukan kelayakan murid mengikut kategori berikut:

• layak BAP

• layak KWAPM

• layak RMT

• Layak EMK

• Senarai murid layak mengikut kategori perlu diasingkan.

• Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
• Penyelaras RMT sekolah hendaklah memastikan RMT ada

disediakan bermula daripada hari pertama persekolahandan dan
sepanjang hari persekolahan.

• Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAPM)

• Penyeras KWAPM perlu pastikan sistem APB dikemaskini dan
disahkan secara online mengikut surat arahan Kewangan KPM.

• Penyelaras BAP dan KWAMP sekolah hendaklah memastikan
senarai nama murid layak menerima KWAMP melengkapkan
borang bantuan dan maklumat yang dikehendaki.

• Jawatankuasa KWAMP sekolah hendaklah menetapkan tarikh
penerimaan wang KWAMP setelah pihak sekolah mendapat
peruntukan kewangan BAP dan KWAMP.

• Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

32

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

• Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi
selewat-lewatnya pada hari pertama sesi baru persekolahan.

• Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks
(Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17 Mac 2008).

• Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh
murid dibalut kemas dan ditulis nama.

• Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir
tahun dalam keadaan berbalut kemas mengikut tarikh yang
ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak
memulangkannya.

• Murid “Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku
SPBT.

• Lain-lain Bantuan/ Kebajikan Murid

• Guru kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan APDM:
o Bilangan murid Yatim/ Yatim Piatu di dalam kelas
o Bilangan murid yang berpendapatan rendah (miskin)
o Bilangan murid OKU

• Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang
dipohon oleh murid dan merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan
ke dalam APDM seperti:
o Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
o Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
o Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
o Bantuan Pakaian Seragam
o Bantuan zakat
o Sumbangan/ Derma Kebajikan

• Guru kelas hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya
ada di kalangan muridnya yang mendapat kemalangan/ kematian atau
bencana dalam keluarga.

• Derma kilat akan dibuat oleh Jawatankuasa Bantuan Peringkat
Sekolah dan menyerahkan sumbangan/ derma kepada murid berkenaan
sekiranya berlaku kematian/ bencana seperti kematian saudara terdekat
(ibubapa) atau diri sendiri.

11.0 PELAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM KESIHATAN, KESELAMATAN
DAN KEBERSIHAN (3K)

• Memastikan Pembudayaan Norma Baharu di patuhi oleh semua
warga sekolah dan pelawat yang hadir ke sekolah.

• Memastikan Norma Baharu ELAKKAN 3S (SESAK , SEMPIT ,

33

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

SEMBANG DEKAT) dan AMALKAN 3W (WASH-CUCI TANGAN
SELALU, WEAR -PAKAI PELITUP MUKA, WARN-AMARAN -
JAGA JARAK, ETIKA BATUK BERSIN, LAKUKAN DISINFEKSI ,
DUDUK RUMAH DAN DAPATKAN RAWATAN JIKA BERGEJALA)

⚫ Kesihatan/ Rawatan
• Rekod Kesihatan Murid/ e-RKM

- Guru kelas tahun 4 hingga 6 mestilah memastikan

setiap muridnya mempunyai Buku Rekod

Kesihatan(BKM) kecuali murid tahun 1, 2 dan 3 kerana

menggunakan e-RKM dan memastikan juga

dokumen di atas ditandatangani persetujuan

kebenaran pemeriksaan oleh ibubapa.

- BKM ini hendaklah dijaga dan diurus dengan baik
kerana penggunaannya sehingga ke sekolah
menengah

- Jika guru kelas mendapati muridnya tidak mempunyai
atau kehilangan BKM, murid boleh mendapatkannya
daripada pihak sekolah.

- BKM wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini
diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat atau
suntikan imunisasi diberikan kepada murid oleh
pegawai kesihatan

- BKM wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar
sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid
berkenaan.

• Kad Pergigian Murid

- Guru kelas mestilah memastikan setiap muridnya
mempunyai Kad Pergigian yang dibekalkan oleh KKM
telah ditandatangani dan mendapat kebenaran
ibubapa menjalankan pemeriksaan gigi terhadap
anak/ anak jagaannya

- Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai
kesihatan yang bertugas semasa pemeriksaan
dijalankan oleh KKM di sekolah

• Pemeriksaan Kesihatan oleh KKM

- Jawatankuasa 3K(kesihatan) sekolah hendaklah
bermesyuarat dan menetapkan tarikh pemeriksaan
kesihatan kepada murid oleh KKM

- Jawatankuasa 3K(kesihatan) sekolah hendaklah
menyediakan tempat yang bersih dan kondusif yang
sesuai untuk pihak KKM membuat pemeriksaan
kesihatan (klinik sekolah)

• Surat Rawatan Murid

34

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

- Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat
sekolah

- Surat rawatan ini hendaklah ditandatangai oleh
pentadbir sekolah

- Surat ini digunakan oleh murid untuk mendapatkan
khidmat rawatan di hospital-hospital atau klinik-klinik
kerajaan

• Murid Sakit
- Semua guru mestilah prihatin terhadap tahap keadaan
kesihatan murid di dalam kelasnya pada hari tersebut.

- Murid yang kurang sihat dan minta izin untuk pulang,
hendaklah diuruskan oleh guru bertugas atau guru
kelas supaya menghubungi ibubapa/ penjaga untuk
menjemputnya di sekolah

- Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan
yang serius, guru bertugas hendaklah menghubungi
ibu bapa/ penjaga dan menghantar murid berkenaan
ke klinik atau hospital berdekatan samada menaiki
kenderaan sendiri atau menghubungi ambulans.

- Guru bertugas hendaklah merekodkan butiran murid
yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan
Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid di pejabat.

- Semua guru tidak dibenarkan menghantar murid
pulang ke rumah kecuali dengan kebenaran Guru
Besar

⚫ Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

• Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan
murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas,
kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan
sekolah.

• Guru kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif
untuk menghias kelas mereka agar kelihatan kemas
dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudahkan dan
membantu dalam proses Pembelajaran dan
Pengajaran.

• Guru mata pelajaran pertama dan terakhir hendaklah
memastikan murid membersihkan kelas 5 minit
sebelum waktu pertama bermula dan waktu akhir
persekolahan tamat.

• Jawantankuasa 3K(keceriaan) sekolah hendaklah
menyediakan borang markah dan kad penghargaan
bagi Pertandingan Keceriaan Kelas setiap minggu.

• Guru bertugas mingguan hendaklah membuat
penilaian dan memberi markah keceriaan kepada

35

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

setiap kelas semasa minggu bertugas

• Guru bertugas minggu lepas hendaklah memastikan
Keputusan Keceriaan Kelas dan penyampaian hadiah
dibuat pada setiap hari Isnin perhimpunan rasmi
sekolah minggu berikutnya

• Kelas yang mendapat markah terendah dan kurang
daripada 70%, akan dikenakan membuat kerja-kerja
kebajikan seperti mengutip sampah, menyiram pokok,
mencabut rumput dan sebagainya.

⚫ Pengurusan Kantin Sekolah

• Jawatankuasa 3K bersama penyelaras 3K(kantin)
bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha
kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,
penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.

• Penyelaras 3K(Kantin) memastikan pengusaha kantin
mengisi Buku Laporan Pemeriksaan Kendiri yang
dibekalkan oleh JPN.

• Jawatankuasa 3K(Kantin) perlu membuat laporan
kepada PKHEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes
keracunan makanan di kantin sekolah.

• Pihak pentadbir sekolah perlu melaporkan kes
keracunan makanan kepada PPD/ JPN dengan kadar
segera sebaik sahaja menerima aduan daripada
murid.

• Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan
murid-murid supaya mengamalkan pemakanan yang
seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli
makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.

• Guru bertugas hendaklah berada di kantin bersama-
sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin
murid semasa waktu rehat.

• Murid tidak dibenarkan membeli makanan/ minuman di
luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas.

⚫ Keselamatan Sekolah

• Semua sekolah wajib melaksanakan Pogram 3K
(Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)

• Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya
sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari jam
7.00 pagi hingga tamat sesi persekolahan

• Semua murid warganegara Malaysia memiliki insurans
perlindungan Takaful TPSM kemalangan dan
digalakkan membeli Skim Insurans Takaful bagi murid

36

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

bukan warganegara.

• Setiap aktiviti yang dilaksanakan di luar kawasan
sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah, PPD, JPN dan ibubapa/ penjaga murid.
Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar
sekolah perlu diiringi oleh guru dengan nisbah 10
orang murid dan seorang guru pengiring (10:1).
Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau
lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan maka
guru pengiringya hendaklah seorang guru perempuan.

• Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib
diberi keutamaan oleh semua pihak terutama semasa
sebelum dan semasa selepas sesuatu program/ aktiviti
dilaksanakan.

⚫ Latihan Kecemasan Kebakaran (Fire Drill)

• Jawatankuasa 3K(Keselamatan) sekolah hendaklah
memastikan Latihan kebakaran dibuatkan sebanyak 2
kali setahun.

• Jawatankuasa 3K(Keselamatan) sekolah hendaklah
memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi
dan berfungsi.

• Jawatankuasa 3K(Keselamatan) sekolah hendaklah
memberikan taklimat ringkas kepada murid-murid
sebelum latihan kebakaran dijalankan. Latihan juga
hendaklah dibuat pada bila-bila masa yang sesuai
tanpa pengetahuan murid-murid.

• Semasa Latihan Kebakaran dijalankan :

- Guru-guru hendaklah memastikan semua murid
meninggalkan kelas/ bilik khas dengan segera dengan
secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan.
Murid-murid OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru
dan PPM.

- Guru-guru hendaklah memastikan suis lampu, kipas
atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas
dimatikan fungsinya sebelum keluar.

- Guru kelas hendaklah mengambil mengira bilangan
murid kelas masing-masing dengan segera dan
menyemak Kehadiran dalam sistem APDM. Mana-
mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan
kepada Pentadbir/ JK 3K(Kebakaran) sekolah dengan
segera.

⚫ Polisi Keselamatan Sekolah

• Pihak sekolah hendaklah mengamalkan tiga polisi
utama dalam aspek keselamatan sekolah iaitu :

37

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

- Polisi Keselamatan Pergi dan Balik Sekolah

- Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual

- Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum
• Semua guru bertanggungjawab memastikan polisi-

polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi
mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada warga
sekolah.

⚫ Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat

• Semua guru hendaklah memastikan kenderaan
diletakkan di kotak pakir yang telah disediakan khas
dan tidak menggangu laluan masuk.

• Guru-guru diingatkan agar berhati-hati semasa
memandu kenderaan di dalam kawasan sekolah
untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

• Kenderaan ibubapa/ penjaga dibenarkan masuk di
dalam kawasan sekolah watuk hantar dan ambil
murid dari sekolah.

• Murid-murid yang membawa basikal hendaklah
menuntun basikal apabila berada di dalam kawasan
sekolah. (tidak dibenarkan menunggang basikal dalam
kawasan sekolah)

• Ibu bapa/ penjaga, pelawat atau orang awam yang
ingin berurusan di pejabat sekolah, perlu melapor diri
dipondok jaga dan meletak kenderaan mengikut ara-
han jaga yang bertugas.

• Ibu bapa / pelawat wajib mematuhi Pembudayaan
Norma Baharu dengan mematuhi SOP yang ditetap-
kan. Memakai pelitup muka dan mengambil suhu ba-
dan.

⚫ Pondok Kawalan Keselamatan

• Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir
sekolah sekiranya mendapati tiada pengawal
keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.

• Pintu pagar sekolah hendaklah sentiasa ditutup dan
mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan
pihak sekoah mestilah menandatangani Buku Rekod
Pelawat dan Mendapatkan Pas Pelawat terlebih
dahulu.

• Pelawat hanya dibenarkan berurusan di pejabat
sekolah sahaja.

38

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

12.0 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

⚫ Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling mestilah memberikan
perkhidmatan kaunseling dan bimbingan seperti berikut:

- Sesi kaunseling Individu

- Sesi kaunseling Kelompok

- Lawatan Khas guru kaunseling ke rumah
(Program Ziarah Cakna)

- Kem Jati diri/ motivasi/ kursus

- Guru Penyayang/ PPDa

• Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling mestilah
memberikan tumpuan kepada empat fokus utama
iaitu:

- Pembangunan sahsiah diri murid

- Peningkatan disiplin diri murid

- Pendidikan kerjaya murid

- Psikososial dan kesejahteraan mental
murid

• Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut
etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat
murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan
kepada pihak yang berkenaan sahaja.

• JK Bnk boleh membantu murid-murid dengan memberi
bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau
kelompok.

• JK Bnk harus membimbing murid bermasalah khususnya
dan murid yang memerlukan bantuan amnya.

• JK Bnk mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat
kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran
ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah
diberi amaran, sesi kaunseling perlu dilakukan selama
enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM
setiap bulan.

• Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada
GBK tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling
ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.

• JK Bnk hendaklah menjalankan ujian psikometrik kepada
murid tahun 6 pada setiap tahun dan menghantar
laporannya mengikut tarikh yang ditetapkan kepada PPD.

• JK Bnk hendaklah bekerjasama merancang dan
memastikan Aktiviti/ Program berkenaan dengan anti
dadah dan rokok dijalankan bersama Jawatankuasa
B&K(PPDa) sekolah yang dilantik.
39

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

13.0 PROSEDUR PENGURUSAN KEHADIRAN MURID ATAS TALIAN MELALUI
SISTEM APDM
Peraturan Am Pengurusan Kehadiran Murid adalah dokumen yang sangat penting dan rasmi
serta akan diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah. Hanya guru kelas dan mereka yang
bertanggungjawab boleh menggunakan Jadual Kedatangan Murid.

13.1 PERATURAN AM YANG PERLU DIPATUHI.
⚫ Kehadiran Murid Online hendaklah ditanda/ disi oleh guru kelas
setiap hari sebelum jam 9.00 pagi.
⚫ Guru mata pelajaran pertama hendaklah menyenaraikan
nama murid yang tidak hadir dan dihantar kepada telegram
Pengurusan Kelas SKJJ.
⚫ Guru kelas akan merujuk telegram Pengurusan Kelas SKJJ
untuk mengisi kehadiran setiap hari.

⚫ Murid yang tidak hadir hendaklah dinyatakan sebab
ketidakhadirannya.

13.2 KETIDAK HADIRAN MURID
⚫ Murid yang gagal menyatakan sebab ketidakhadirannya
akan dianggap ponteng sekolah.
⚫ Guru Kelas hendaklah menyediakan surat-surat amaran
kepada ibu bapa/ penjaga murid dalam 3 salinan. Surat
kosong disediakan di rak dalam di pejabat sekolah.
⚫ Serah surat yang telah dilengkapkan kepada GPK
HEM/Guru Besar untuk dihantar secara pos kepada
penjaga.

13.3 SURAT PEKELILING PROSEDUR – KETIDAK HADIRAN MURID

Merujuk perkara di atas, tuan/ puan diminta mengenal pasti sebab-sebab mengapa murid
tidak hadir atau enggan hadir ke sekolah. Ada kalanya murid-murid tidak hadir tanpa
pengetahuan ibu bapa/ penjaga. Justeru itu pihak sekolah bertanggungjawab untuk
menghubungi mereka secara bertulis dan/ atau melalui telefon (catatkan panggilan tersebut
ke dalam buku Tele ponteng). Langkah-langkah yang perlu untuk menangani masalah ini :

⚫ Menghubungi ibu bapa/penjaga murid melalui telefon dengan
kadar segera terutamanya murid yang terlibat dengan
peperiksaan UPSR. Rekodkan panggilan ini dalam buku Tele
ponteng di pejabat sekolah.

⚫ Sekiranya murid ini tidak dapat dihubungi dengan telefon, sila
maklumkan kepada GPK HEM Dan GPK Pentadbiran untuk
tindakan selanjutnya terutamanya yang melibatkan kelas
peperiksaan.

40

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

⚫ Memastikan semua murid yang tidak hadir memberikan surat
doktor atau surat ibubapa / penjaga dengan tandatangan yang
sah untuk tempoh masa murid tidak hadir. Murid yang tidak
hadir selama tiga hari berturut-turut tanpa surat doktor
dikehendaki membawa ibu bapa/ penjaga datang berjumpa
dengan Guru Besar (kecuali ada bukti-bukti yang nyata,
ketidakhadiran murid itu dengan sebab-sebab munasabah
yang kuat).

⚫ Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga
untuk murid yang tidak datang ke sekolah semula tiga (3) hari
berturut-turut atau sepuluh (10) hari tidak berturut tanpa surat.

⚫ Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar BERDAFTAR
(catatkan “BERDAFTAR” pada sampul surat) jika murid belum
datang atau belum menghubungi sekolah 7 hari selepas Surat
Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar
juga sekiranya murid telah ditandai (P) sebanyak 20 hari
bukan secara berturut- turut.

⚫ Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui
“BERDAFTAR AKUAN PENERIMA” sekiranya tiada apa-apa
komunikasi 7 hari selepas Surat Amaran Kedua. Surat
tersebut juga hendaklah dihantar untuk murid yang telah
ditandai (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.

⚫ Selepas tempoh dua minggu dari tarikh penghantaran Surat
Amaran Terakhir iaitu tidak hadir 30 hari secara berturut atau
60 hari secara tidak berturut, murid boleh dibuang sekolah.
Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa penjaga murid telah
dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar.
Murid tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukinya
kepada Guru Besar

41

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

⚫ Prosedur penghantaran surat-surat adalah seperti berikut :-

Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala/ Tidak
berterusan
Amaran I 3 hari berturut-turut 10 hari
Amaran II 7 hari selepas surat Amaran I
Amaran III 7 hari selepas surat Amaran II 10 hari selepas Surat Amaran I
Buang Sekolah 14 hari selepas surat Amaran III 20 hari selepas Surat Amaran II
Jumlah
Keseluruhan 20 hari selepas Surat Amaran III

31 hari 60 hari

⚫ Surat-surat berkenaan boleh didapati di pejabat. Isikan borang
berkenaan dan pastikan penghantarannya.

⚫ Semua tindakan yang diambil hendaklah dicatat di ruang
berkenaan pada tarikh surat arahan dihantar dengan catatan
AP (Amaran Pertama), AK (Amaran Kedua), AT (Amaran
Terakhir) dan BS (Buang Sekolah) dalam buku Jadual
Kedatangan Murid untuk rujukan seterusnya.

⚫ Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/ penjaga dan
surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan
baik di dalam fail yang dibekalkan kepada guru kelas pada
awal sesi akademik.

42

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

43

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

1. PERANAN JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH
.1 Menentukan dan menyelaraskan segala Dasar Kokurikulum supaya selari dengan da-
sar
yang ditetapkan oleh PPD/JPN/KPM dan Akta Pelajaran Negara.
1.2 Menyampaikan maklumat terkini mengenai program/aktiviti kokurikulum kepada
guru-guru dan murid.

2. DASAR KOKURIKULUM SEKOLAH

2.1 MESYUARAT
2.1.1 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah minimum 4 kali

setahun.
2.1.2 Menetapkan jadual mesyuarat JK Kokurikulum setahun.
2.1.3 Menetapkan sistem fail/ format dokumen JK Kokurikulum Sekolah.
2.1.4 Setiap unit mesti mengadakan Mesyuarat Agung selewat-lewatnya akhir bulan

Februari setiap tahun.

2.2 PENGLIBATAN MURID
2.2.1 Semua murid Tahap 2 mesti terlibat dengan 3 bidang kokurikulum iaitu:

i. Unit Beruniform
ii. Unit Persatuan dan Kelab
iii. Unit Permainan
2.2.2 Semua murid diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah. Setiap murid akan
diberikan sekurang-kurangnya satu pilihan utama mereka.
2.2.3 Setiap murid diwajibkan hadir pada setiap kali kegiatan dijalankan berdasarkan
jadual yang telah diberikan.
2.2.4 Setiap hari Rabu adalah hari pemakaian pakaian seragam dan setiap murid wajib
memakainya.
2.2.5 Satu waktu perhimpunan pada setiap hari Isnin pada minggu ketiga setiap bulan
adalah Waktu Perhimpunan Kokurikulum.
2.2.6 Penyertaan murid dalam aktiviti pelbagai peringkat adalah diharuskan untuk
Membolehkan setiap murid memenuhi kriteria penilaian.
2.2.7 Murid Tahap 2 wajib hadir dan menjalankan aktiviti kokurikulum 2 jam seminggu
bagi setiap unit. Murid-murid yang ingin dikecualikan, perlulah mendapat surat
pengesahan daripada doktor. Pengecualian hanya melibatkan aktiviti Permainan
sahaja.
2.2.8 Murid yang tidak hadir aktiviti kokurikulum selama 3 kali berturut-turut tanpa sebab
akan dianggap ponteng dan diberi amaran. Sekiranya murid masih gagal
menghadirikan diri akan diberi amaran bersurat dan ketidakhadiran 50% setahun
dianggap tidak aktif dan tiada kegiatan kokurikulum akan dicatatkan dalam sijil
berhenti sekolah.

44

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

2.2.9 Kad kehadiran (Buku PAJSK) setiap murid yang menjalankan aktiviti ditandatangani
oleh guru-guru penasihat setiap unit. Setiap murid mesti mempunyai kad kehadiran
kokurikulum (Buku PAJSK).

2.2.10Pemilihan/penglibatan murid dalam setiap aktiviti kokurikulum mesti mendapat
kebenaran ibu/bapa/penjaga. Borang keahlian dengan kebenaran ibu bapa /penjaga
akan diedarkan semasa murid mendaftar pada tahun 3 dan murid yang baru
mendaftar masuk sekolah.

2.2.11Murid yang terpilih mewakili sekolah mesti mendapat kebenaran ibu bapa/ penjaga
dengan mengisi borang kebenaran tanggungan yang disediakan oleh pihak sekolah.

2.2.12 Semua peraturan sekolah mesti dipatuhi apabila murid-murid hadir ke sekolah un-
tuk menjalani aktiviti kokurikulum.

2.3 PEMAKAIAN UNIFORM
2.3.1 Semua murid Tahap 2, dikehendaki memakai Uniform Unit Beruniform yang

lengkap atau sekurang-kurangnya memakai t-shirt Unit Beruniform pada setiap hari
Rabu mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2007 dan digalakkan memakai
uniform Unit Beruniform pada hari aktiviti kokurikulum Unit Beruniform dijalankan.
2.3.2 Semua guru digalakkan memakai uniform lengkap seperti fasa 2.3.1 kerana guru
merupakan contoh dan role model kepada murid. Guru Besar dan Penolong-
Penolong Kanan juga digalakkan memakai uniform pada hari Rabu.

2.4 AKTIVITI KOKURIKULUM
2.4.1 Setiap murid wajib mewakili setiap satu bidang unit kokurikulum yang dipilih oleh

sekolah dan wajib hadir pada setiap perjumpaan kokurikulum dijalankan selama 2
jam setiap minggu.
2.4.2 Murid tidak dibenarkan menukar aktiviti yang telah dipilih/tentukan pada Tahun 4.
Murid diwajibkan mengikut setiap unit kokurikulum yang dipilih/tentukan sehingga
Tahun 6. Keahlian Badan Unit Beruniform adalah tetap dan tertakluk Badan Induk
Daerah/ Negeri. Dalam aktiviti sukan/permainan atau Persatuan /Kelab. Murid
dibenarkan membuat pertukaran. Pertukaran itu akan diluluskan mengikut keadaan
setelah mendapat kebenaran Penyelaras atau dari Penolong Kanan Kokurikulum.
2.4.3 Setiap murid mesti mematuhi peraturan, arahan dan displin semasa aktiviti
Kokurikulum dijalankan.
2.4.4 Setiap guru bertanggungjawab ke atas keselamatan murid-murid di bawah
pengawasannya semasa menjalankan aktiviti dan memastikan setiap unit
kokurikulum bergerak aktif mengikut program yang dirancang.
2.4.5 Setiap guru perlu mengadakan kertas kerja/ mengisi borang tuntutan ke atas setiap
perbelanjaan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum tertakluk kepada
kemampuan kewangan sekolah.
2.4.6 Setiap guru hendaklah menyediakan laporan/ pencapaian setiap aktiviti yang
dijalankan selewat-lewatnya seminggu selepas aktiviti/program.

2.5 PERKHEMAHAN/LAWATAN/MOTIVASI
2.5.1 Penyelaras/ Guru Penasihat hendaklah membuat kertas kerja program dan

berbincang dengan PK Kokurikulum/PK HEM tentang perbelanjaan program.
2.5.2 Guru Besar akan menentukan peruntukan kewangan yang digunakan iaitu Bantuan

Kerajaan Kokurikulum atau SUWA Kokurikulum dan lain-lain.

45

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

2.5.3 Senarai nama, jantina, nombor surat beranak/kad pengenalan, alamat rumah,
nombor telefon peserta program hendaklah lengkap.

2.5.4 Surat Kebenaran Ibu bapa atau Akuan Tanggungan mestilah diberikan kepada
peserta dan dikumpulkan semula sebelum atau selewatnya pada hari pertama
perkhemahan/lawatan/motivasi.

2.5.5 Buat taklimat peraturan perkhemahan/lawatan/motivasi kepada semua peserta
sehari Sebelum atau pada hari pendaftaran.

2.5.6 Semasa perkhemahan/lawatan/motivasi sentiasa disemak/dipantau bilangan
peserta program. Pastikan bilangan peserta sama dengan rekod pendaftaran
peserta.

2.5.7 Pastikan tapak perkhemahan dalam keadaan bersih dan selamat.
2.5.8 Lawatan/perkhemahan/motivasi di luar kawasan sekolah perlu meminta kebenaran

PPD/JPN sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) minggu sebelum tarikh
pelaksanaan untuk dalam Ipoh/Perak manakala sekurang-kurangnya dalam tempoh
lima (5) minggu sebelum tarikh pelaksanaan untuk lokasi di luar Ipoh/Perak.

2.6 PENGLIBATAN NGO
2.6.1 Pelajar boleh menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh NGO yang diluluskan oleh

PPD/JPN/KPM adalah mengikut prosedur 2.2.8.
2.6.2 Penyertaan murid dalam pertandingan anjuran NGO TANPA KEBENARAN

PPD/JPN/KPM adalah di atas tanggungjawab dan perbelanjaan ibu bapa/ penjaga
murid sendiri. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan dan
keselamatan murid semasa pertandingan. Murid tidak dibenarkan mengambil cuti
tanpa rekod, rekod kedatangan ditulis “0” tidak hadir oleh guru kelas. Surat
kebenaran sekolah kepada ibu bapa tidak boleh dikeluarkan.

2.7 TENAGA PENGAJAR
2.7.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan

gelaran Guru Penasihat dan dilantik oleh pihak sekolah.
2.7.2 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melakukan perancangan,

pelaksanaan, penilaian dan penambahbaikan.
2.7.3 Semua guru melibatkan diri dalam Unit Beruniform, Persatuan dan Kelab,

Permainan dan Pasukan Sekolah.
2.7.4 Kehadiran guru dalam setiap aktiviti kokurikulum adalah wajiib dan hadir 10 minit

lebih awal sebelum aktiviti bermula.
2.7.5 Untuk mendapat pelepasan bertugas, guru-guru dikehendaki memaklumkan dan

mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Guru Besar atau PKKK.
2.7.6 Ketidakhadiran tanpa kebenaran terlebih dahulu perlu dijelaskan secara bersurat.

Sekiranya tiada penjelasan diterima maka Surat Tunjuk Sebab akan dikeluarkan.
2.7.7 Mencatat kehadiran murid-murid dan aktiviti yang dijalankan.
2.7.8 Memastikan disiplin dan keselamatan murid-murid terkawal serta mengambil

tindakan segera sekiranya berlaku sebarang kecederaan dan melaporkan kepada
pihak pentadbir.
2.7.9 Memantau peralatan yang digunakan dan menyimpannya semula selepas
digunakan.
2.7.10 Memastikan semua tingkap, kipas lampu dan pintu bilik darjah ditutup selepas
selesai menjalankan aktiviti kokurikulum.

46

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

3. DASAR WAKTU AKTIVITI & PENJADUALAN KEGIATAN

3.1 Peruntukkan waktu untuk aktiviti kokurikulum dan sukan adalah mengikut ketetapan

Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut :-

- Unit Beruniform : 60 – 120 minit seminggu

- Kelab / Persatuan : 60 – 120 minit seminggu

- Kelab Sukan/Permainan : 60 – 120 minit seminggu

- Kelab 1Murid 1Sukan : 60 minit seminggu

- Perhimpunan Bulanan : 30 minit sebulan

3.2 Hari Rabu setiap minggu telah ditetapkan sebagai hari pelaksanaan aktiviti Koku-
rikulum dan 1M1S. Penetapan aktiviti adalah mengikut jadual masa seperti beri-
kut : -
- 2.00 – 2.15 pm : Perhimpunan/Taklimat
- 2.15 - 4.15 pm : Perjumpaan Unit Beruniform/Kelab & Persatuan
- 4.15 - 5.15 pm : 1M1S

3.3 Kegiatan kokurikulum dan sukan akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut.
- Cuaca (hujan lebat atau ribut petir)
- Permohonan / makluman daripada Sekolah Agama Rakyat
- Masalah Wabak Penyakit & Keselamatan
- Acara rasmi yang berlangsung di sekolah
- Atas arahan Guru Besar / PPD / JPN/ KPM

4 DASAR PENYERTAAN PERTANDINGAN DAN KEGIATAN LUAR
4.1 Setiap murid seharusnya mengaktifkan diri untuk menyertai pasukan sekolah bagi
menyertai mana-mana pertandingan dan kegiatan luar.

4.2 Pihak sekolah akan berusaha untuk mencungkil dan memperkembangkan bakat
murid ke tahap yang lebih tinggi melalui:-
- Latihan yang bersistematik
- Kelengkapan yang sempurna
- Pertandingan dalaman
- Penyertaan yang aktif

4.3 Pihak sekolah akan memaksimumkan penyertaan murid dalam pertandingan dan
kegiatan luar mengikut bidang seperti berikut :-
- Unit Beruniform
- Kelab Dan Persatuan
- Ko-akademik
- Sukan & Permainan - Kejohanan MSS Zon, MSS Daerah, MSSN, MSSM dan
Antarabangsa

4.4 Pihak sekolah akan sentiasa memastikan kebajikan dan keselamatan murid dijaga
sewaktu mewakili sekolah dalam sebarang aktiviti kokurikulum dan sukan.

47

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

5 DASAR PENILAIAN
5.1 Penyertaan murid dalam ketiga-tiga bidang wajib diberi penilaian berdasarkan
Kriteria Penilaian Kokurikulum Dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.2 Kriteria penilaian adalah berdasarkan kepada 4 elemen seperti yang ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia : -
- Kehadiran
- Jawatan Disandang
- Penyertaan
- Pencapaian
5.3 Rekod penilaian hendaklah disimpan di dalam fail kelab dan persatuan dan sentiasa
dikemaskini.
5.4 Keputusan Penilaian Kokurikulum akan dicatatkan pada slip keputusan kokurikulum
dan slip keputusan sukan pada akhir tahun.

48

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

49


Click to View FlipBook Version