The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurhanakhalilah Azman, 2020-11-12 08:03:41

Peristiwa Kemerdekaan

Peristiwa Kemerdekaan

Peristiwa
Kemerdekaan

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

DIKARANG OLEH

• MUHAMMAD EDYRUS BIN AIDILFITRI
• IKHWAN BIN HASSAN
• AHMAD BIN LABU

PERISTIWA KEMERDEKAAN

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri
pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan
negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak
1511 hingga tahun 1957.

Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan
disambut secara besar-besaran dengan mengadakan
perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas,
pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang
diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap
tahun.

Pada 31 Ogos 2017 ini, Malaysia akan menyambut
ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-60!

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan
bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana
bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di
udara.

Pada upacara bersejarah ini, wakil Queen Elizabeth
II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah
Perlembagaan kepada Perdana Menteri
menandakan berakhirnya naungan British ke atas
Tanah Melayu, Pengisytiharan Kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh Tunku
Abdul Rahman Putra.

Selesai Pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul
Rahman Putra melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak
tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang
membanjiri Stadium Merdeka.

Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan
azan yang melambangkan Islam sebagai agama
rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan
acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah
Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan,
‘Negaraku’.

Sebanyak seratus satu das tembakan meriam
dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu
telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan
berdaulat.

KRONOLOGI MENCAPAI
KEMERDEKAAN

27 Julai 1955
• Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah

mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan
pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos
1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan
raya tersebut.
1O Ogos 1955
• Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama
dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil
India.
18 Januari – 6 Februari 1956
• Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
• Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan
tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
• Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan
Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka

21 Mac 1956

• Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya
bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956

• Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu
pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling
diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin
Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957

• Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack
diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad
dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu
tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957

• Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman
di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

KESIMPULAN

• Dataran Merdeka penuh dengan sejarah ,di
mana untuk kali pertama bendera tanah melayu
dinaikkan pada 31 ogos 1957. Sambutan
kemerdekaan perlu disambut kerana mengingati
perjuangan para tokoh-tokoh yang sanggup
mengorbankan diri untuk mempertahankan negara
daripada penjajah dan kemerdekaan rakyat jelata.

• Dataran merdeka di jadikan pusat pelancongan
untuk memudah semua orang belajar mengenai
sejarah Malaysia, dan menjadi ikon dimana lahirnya
negaraku Malaysia. Marilah kita mengingati dan
memupuk semangat patriotisma, supaya kita lebih
cintakan negara.

• Diharapkan agar semua warga negara ini akan
sentiasa mematuhi undang-undang , menjaga
maruah negara dan menghargai jasa tokoh yang
telah banyak berjuang bagi mencapai kemerdekaan.

AKTIVITI YANG
DIJALANKAN OLEH KV

SUNGAI PETANI 1

Pertandingan Poster

Pertandingan
Selfie

bertemakan
Merdeka

Pertandingan Poster Mewarna
Pertandingan Sajak


Click to View FlipBook Version