The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izzat Saad, 2021-08-09 07:14:29

Kuih Bakul Limau Mandarin

KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN

Keywords: Kuih Bakul Limau Mandarin,Kuih,Limau,Mandarin

Kuih Bakul
Limau
Mandarin

ISI 01 SINOPSIS dan NILAI
KANDUNGA
N 02 TEMA dan PERSOALAN
03 WATAK dan

PERWATAKAN

04 PLOT
05 GAYA BAHASA
06 PENGAJARAN
07 LATAR MASA, TEMPAT dan

MASYARAKAT

SINOPSIS

Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan
telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu
tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan
terhadap anak perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina
dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah
kematian anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini
bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat
keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca
kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun
Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya,
mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.

NILAI

 Nilai keikhlasan
 Nilai keberanian
 Nilai kasih sayang

Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin.

TEMABuktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng
berkumpul semula sebagai sebuah keluarga
setelah mereka melupakan konflik yang
melanda mereka.

PERSOALAN
i. Kepercayaan pada perkara khurafat
Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng
membawa malang kepada keluarga dan perniagaannya.
ii. Keegoan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng
kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala
kesedihannya.
iii. Keberanian menyuarakan pendapat
Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang
perkara sebenar yang berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.
iv. Keinsafan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng

WATAK DAN PERWATAKAN

Sim Pau Sudin Lim Pooi

 Suami kepada Sim Pau

 Isteri kepada Lim Pooi  Penduduk kampung  Bapa kepada Lim Foong dan Lim

 Ibu kepada Lim  Ikhlas Meng
 Berbadan kurus, bermata kuyu dan
Foong dan Lim Meng

 Memiliki keberanian mukanya cengkung.

menyatakan kebenaran  Mempunyai sikap suka berdendam

 Memiliki kesabaran  Ego

 Mudah terasa/Sensitif  Peniaga tamak

Lim Meng  Pemarah

Lim Fong

 Anak sulong dari dua  Anak bongsu dari dua

adik beradik adik beradik
 Anak kesayangan Lim  Bertanggungjawab

Pooi  Suka mengalah
 Suka berjudi  Pemaaf
 Mati lemas

i. Permulaan/Eksposisi PLOT

Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya. Berita

kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng

sebagai anaknya.

ii. Perkembangan
Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap
Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka
berlaku. Sim Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari
kesalahannya lalu memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim
Pooi meminta maaf kepada Lim Meng.

iii. Klimaks
Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia masih
ragu-ragu akan penerimaan bapanya.

iv. Peleraian
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya, Lim
Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian, mereka
membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira.

GAYA BAHASA

 Simile
 Peribahasa
 Metafora
 Personifikasi
 Sinkof/Sinkope
 Simpulan Bahasa
 Bahasa

Perbualan

PENGAJARAN

● i. Kita tidak boleh berprasangka buruk
terhadap seseorang tanpa usul periksa.

● Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk
terhadap Lim Meng yang menurutnya
menjadi penyebab kematian Lim Foong.

● ii. Kita mestilah bersikap jujur.
● Lim Meng bersikap jujur apabila

memberitahu Lim Pooi tentang kecurian
wang di kedai yang dilakukan oleh Lim
Foong.
● iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang
tidak bermoral.
● Contoh : Lim Foong berjudi yang
menyebabkan dia dikejar oleh orang yang
menagih hutang.

LATAR

Latar Masa
i. Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
ii. Sehari sebelum Tahun Baru Cina
iii. Tiga hari

Latar Tempat
i. Dapur
ii. Kedai
iii. Stor di belakang kedai

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang berdendam.
2. Masyarakat yang menginsafi kesalahan.
3. Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.


Click to View FlipBook Version