The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN MASJID BIL 1 2021 BETUL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kualitippdb, 2022-11-28 03:01:24

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN MASJID BIL 1 2021 BETUL

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN MASJID BIL 1 2021 BETUL

MESYUARAT PEGURUSAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT

MINIT MESYUARAT

PENGURUSAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT

BIL 1 SESI 2022-2025

Tarikh : 14 Oktober 2022 (Jumaat malam Sabtu)

Masa : 9.30 malam

Tempat : Masjid As-Solihin Mukim Keluat

Pengerusi : YBhg Ustaz Mohd Shahrizan bin Mat Ripin

Timbalan Pengerusi, Masjid As-Solihin Mukim Keluat
KEHADIRAN:

KEHADIRAN

1. En Mohd Shahrizan bin Mat Ripin
Timbalan Pengerusi

2. En Zulkifli bin Ismail
Bendahari

3. En Kamaruzaman bin Ibrahim
Ketua Biro Pelajaran, Dakwah dan Multimedia

4. En Azman bin Muhammad
Ketua Biro Ekonomi, Kebajikan dan Hal Ehwal Mukim

5. En Zulkifli bin Yaakob
Pemeriksa Kira-Kira 1

TIDAK HADIR BERSEBAB:

1. En Mohd Salehudin bin Zainuddin
Ketua Biro Pembangunan, Kebersihan dan Keceriaan

2. En Ismail bin Ibrahim
Ketua Biro Pembangunan Belia, Wanita dan Keluarga Solehah

3. En Wan Husin bin Hj Wan Ahmad
Pemeriksa Kira-Kira 2

URUS SETIA
1. En Nasaruddin bin Zakaria - Setiausaha

1

MESYUARAT PEGURUSAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 YBhg. Timbalan Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-
Fatihah dan mengucapkan selamat datang kepada semua ahli mesyuarat.
1.2 Timbalan Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana dapat meluangkan
masa untuk hadir pada mesyuarat kali ini.
1.3 Mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang baharu dilantik semoga
dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah.
1.4 Memaklumkan bahawa pemilihan AJK adalah tertakluk kepada ketetapan
daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
iaitu terdiri daripada 10 jawatan Ahli Jawatankuasa.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

Minit Mesyuarat Khas Kemasukan Penghawa Dingin Masjid Mukim Keluat

Tahun 2022 disahkan tanpa pindaan.

Disahkan oleh: En Kamaruzaman bin Ibrahim
Disokong oleh: Ketua Biro Pelajaran, Dakwah dan Multimedia

En Zulkifli bin Ismail
Bendahari

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DALAM MESYUARAT LEPAS
3.1. –Tiada perkara berbangkit-
Makluman

4. PERBINCANGAN DAN PEMBENTANGAN

4.1. PENGESAHAN AJK MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT SESI 2022-

2025

4.1.1. YBhg Timbalan Pengerusi memaklumkan dan mengesahkan bahawa 10

AJK baharu telah dilantik oleh MAIK dalam tempoh 1 penggal iaitu bagi

Sesi 2022-2025 iaitu:

1. Pengerusi : Tiada lantikan

2. Timb. Pengerusi : Mohd Shahrizan bin Mat Ripin

3. Setiausaha : En Nasaruddin bin Zakaria

4. Bendahari : En Zulkifli bin Ismail

5. Ketua Biro Pelajaran, Dakwah dan Multimedia : En Kamaruzaman

bin Ibrahim

2

MESYUARAT PEGURUSAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT

6. Ketua Biro Pembangunan, Kebersihan dan Keceriaan: En Mohd
Salehudin bin Zainuddin

7. Ketua Biro Ekonomi, Kebajikan dan Hal Ehwal Mukim: En Azman
bin Muhammad

8. Ketua Biro Pembangunan Belia, Wanita dan Keluarga Solehah: En
Ismail bin Ibrahim

9. Pemeriksa Kira-Kira 1: En Zulkifli bin Yaakob
10. Pemeriksa Kira-Kira 2: En Wan Husin bin Hj Wan Ahmad

4.1.2. Timbalan Pengerusi memaklumkan Sijil Pelantikan akan diserahkan
kepada semua AJK.

4.1.3. Mohon laksanakan tugas sebagaimana yang diamanahkan dan sentiasa
memberi komitmen kepada aktiviti yang dirancangkan di masjid.
Makluman

4.2 PEMBENTANGAN PENGURUSAN KEWANGAN MASJID MUKIM KELUAT
4.2.1 En Nasaruddin bin Zakaria (Setiausaha) membentangkan dan
mencadangkan agar pengurusan kewangan Masjid As-Solihin Mukim
Keluat ditambah baik agar prosedur pengurusan kewangan dapat
berjalan mengikut SOP yang ditetapkan.
4.2.2 Antara Prosedur Pengurusan Kewangan di Masjid As-Solihin Mukim
Keluat ialah:

1. Kewangan Masjid ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang
berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan bayaran elauan, biayaan
perkhidmatan dan bekalan bagi masjid ini.

2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM
2000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) pada sesuatu masa.
Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari
dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Masjid As-Solihin Masjid
Mukim Keluat Bachok, disertakan resit simpanan dan direkodkan .

3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Masjid As-
Solihin Masjid Mukim Keluat Bachok hendaklah ditandatangani
bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

3

MESYUARAT PEGURUSAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT

4. Perbelanjaan RM 15000.00 (Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu
Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama
oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

5. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 15000.00 (Ringgit Malaysia
Lima Belas Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan
tanpa mendapat kebenaran DAN diputuskan di dalam mesyuarat AJK
Masjid terlebih dahulu.

6. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh
Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik dengan seberapa
segera setelah tamatnya tahun kewangan.

7. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Masjid
bagi setiap tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan
menandatangi penyata kewangan tersebut.

8. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi
mengaudit penyata kewangan MASJID pada bila-bila masa di dalam
tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada
Jawatankuasa Masjid.

9. Urusan derma mingguan (Jumaat)
1. Kira jumlah kutipan DERMA di masjid
2. Catat dipapan kenyataan masjid jumlah wang kutipan mingguan
3. Serah kutipan mingguan kepada bendahari dengan mengisi buku
serahan
4. Bendahari simpan kutipan mingguan ke dalam akaun Masjid
5. Bukti simpanan (Resit)
6. Kutipan diumumkan sebelum Khutbah setiap Jumaat.

10. Urusan lain-lain derma
1. Serah kepada Pengerusi/ Bendahari pungutan derma
2. Bendahari rekod jumlah derma dalam buku serahan
3. Bendahari simpan serahan derma ke dalam akaun Masjid

11. Urusan pembayaran perkhidmatan/ bekalan
1. Bendahari mesti mengisi dan mengeluarkan kertas BAUCER
BAYARAN bagi setiap perkhidmatan dan bekalan.
2. Kuasa meluluskan Baucer bayaran adalah Pengerusi, Bendahari
dan setiausaha

4

MESYUARAT PEGURUSAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT

3. Penerima wang WAJIB menandatangani bagi setiap pembayaran
perkhidmatan/ bekalan

4. Baucer bayaran mesti direkodkan (1 salinan kepada Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari)

4.2.3 Mesyuarat bersetuju dengan ketetapan pengurusan kewangan seperti
yang telah dibentangkan oleh Setiusaha Masjid As-Solohin Mukim Keluat.

4.2.4 Mesyuarat bersetuju bahawa ketetapan Mesyuarat Pengurusan
Jawatankuasa Masjid As-Solihin Mukim Keluat akan dilaksanakan
sebanyak 4 kali setahun dan tidak termasuk mesyuarat khas.

4.3 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM
KELUAT BERAKHIR BULAN SEPTRMBER 2022

4.3.3 En Kamaruzaman bin Ibrahim (Bendahari sesi lepas) membentangkan

Penyata Kewangan Masjid As-Solihin Mukim Keluat bermula Julai

hingga September 2022.

4.3.4 Beliau memaklumkan bahawa Masjid As-Solihin mempunyai 4 tabung

utama iaitu Tabung Masjid, Tabung Badan Khairat Kematian (BKK),

Tabung Aircond, Tabung Van Masjid dan Tabung Kebajikan dan Fidyah.

4.3.5 Penyata Kewangan Masjid As-Solihin Mukim Keluat Julai-September

2022 sebagaimana edaran. Mohon rujuk lampiran 1

4.3.6 Statement Bank Agro sehingga kini, 14 Oktober 2022 sebanyak

RM40600.86 berada dalam akaun Agro Bank Masjid Mukim Keluat

Bachok, No akaun: 2006631000109856

4.3.7 Ringkasa Penyata baki terkini sehingga September 2022 bagi 5 Tabung

Masjid yang berada dalam aliran tunai iaitu di tangan En Kamaruzaman

bin Ibrahim (Bendahari sesi lepas) ialah:

Bil Perkara Jumlah (RM)

1 Tabung Masjid 4205.90

2 Tabung Badan Khairat Kematian (BKK) 1210.00

3 Tabung Aircond 1164.00

4 Tabung Van Masjid 21492.00

5 Tabung Kebajikan dan Fidyah 617.45

Jumlah besar (RM) 28,689.35

5

MESYUARAT PEGURUSAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT

4.3.8 Beliau memaklumkan Jumlah RM28,689.35 sehingga kini berada di
dalam aliran tunai di tangannya atas sebab akaun penandatangan
(Pengerusi) bagi akaun Agro Bank Masjid Mukim Keluat berpindah dan
bertugas di Negeri Perak.

4.3.9 Timbalan Pengerusi memohon En Kamaruzaman bin Ibrahim supaya
memasukkan kembali sejumlah wang RM28,689.35 ke akaun Agro
Bank Masjid Mukim Keluat Bachok, No akaun: 2006631000109856
dengan kadar SEGERA.

4.3.10 En Kamaruzaman bin Ibrahim memaklumkan kepada AJK Mesyuarat
beliau akan mengambil tindakan segera selewat-lewatnya pada 20
Oktober 2022 bagi menyelesaikan isu ini.
Tindakan: En Kamaruzaman bin Ibrahim

4.3.11 Penyata Kewangan Masjid As-Solihin Mukim Keluat bermula Julai
hingga September 2022 DISAHKAN.
Makluman

4.4 PEMBENTANGAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN (BKK)
4.4.3 En Kamaruzaman bin Ibrahim memaklumkan bahawa sehingga 14
September 2022 sebanyak 167 (RM5010.00) orang telah menjadi ahli.
4.4.4 Jumlah ahli yang telah meninggal dunia ialah seramai 5 orang
(RM3000.00) manakala ahli yag masuk hospital ialah seramai 8 orang
(RM800.00).
4.4.5 Baki terkini pada 14 September 2022 ialah sebanyak RM1210.00
4.4.6 Mesyuarat mengambil ketetapan, mana-mana penduduk masih lagi
boleh menyertai BKK ini bagi tahun semasa sebanyak RM30/ keluarga
berdasarkan syarat-syarat yang telah diputuskan dalam Syarat menjadi
ahli BKK.

4.5 PENGURUSAN PEMASANGAN AIRCOND MASJID
4.5.3 Timbalan Pengerusi memaklumkan aircond di masjid akan dipasang
dalam masa terdekat dengan kos pemasangannya ialah lebih kurang
RM2000.00/ Sebiji.
4.5.4 Anggaran kos pemasangan ialah RM2000.00/ Sebiji dengan anggaran
sebanyak RM8000.00 bagi 4 biji aircond.

6

MESYUARAT PEGURUSAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT

4.5.5 Makluman juga pada 31 Julai 2022 Masjid As-Solihin Mukim Keluat telah
menempah 4 biji aircond dengan Kemudi Timur, Bandar Baharu Jelawat
dengan harga RM5300.00/Unit. Bayaran deposit ialah sebanyak
RM6500.00

4.5.6 Baki lagi ialah RM14700.00 telah dijelaskan pada 7 Oktober 2022

4.6 PENYERAHAN TUGAS BENDAHARI SECARA FORMAL
4.6.1 Penyata Kewangan Masjid As-Solihin Mukim Keluat bermula Julai hingga
September 2022 disahkan.
4.6.2 Penyerahan tugas Bendahari sesi lepas En Kamaruzaman bin Ibrahim
kepada En Zulkifli bin Ismail (Bendahari sesi 2022-2025) ditangguhkan
sehingga isu ini dapat diselesaikan sebagaimana para 4.3.9 dan 4.3.10
dapat diselesaikan.
Tindakan: En Zulkifli bin Ismail
(Bendahari)

5. HAL-HAL LAIN
5.1. En Zulkifli bin Ismail (Bendahari) mencadangkan agar 15 buah kipas
dinding dapat dipasang diruangan luar masjid bagi keselesaan makmum.
5.2. Mesyuarat bersetuju agar 15 buah kipas dinding dipasang di 15 tiang
masjid.
Tindakan:En Mohd Salehudin bin Zainuddin
(Ketua Biro Pembangunan, Kebersihan dan
Keceriaan)

5.3. Mesyuarat bersetuju untuk membeli van jenazah atas nama Masjid As-
Solihin Masjid Mukim Keluat di atas peruntukan dan sumbangan Pengerusi
Persatuan Perihatin Masyarakat Bachok 86, Jalan Barat, Kampung
Nakhoda Samaah, 16300 Bachok, Kelantan.
Tindakan: En Azman bin Muhammad
Ketua Biro Ekonomi, Kebajikan dan Hal Ehwal
Mukim

5.4. En Mohd Shahrizan bin Mat Ripin (Timbalan Pengerusi) mencadangkan
agar sebuah Khemah 20’ X 20’ dibeli untuk kegunaan masjid. Mesyuarat
bersetuju sebulat suara
Tindakan: En Mohd Shahrizan bin Mat Ripin
(Timbalan Pengerusi)

7

MESYUARAT PEGURUSAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT

5.5. Mesyuarat bersetuju agar En Mohd Shahrizan bin Mat Ripin (Timbalan
Pengerusi) mengumumkan kutipan Jumaat sebelum membaca Khutbah
setiap minggu.
Tindakan: En Mohd Shahrizan bin Mat Ripin
(Timbalan Pengerusi)

5.6. En Zulkifli bin Yaakob (Pemeriksa Kira-Kira 1) mencadangkan agar mencari
inisiatif berkaitan masalah pagar yang tiada saliran air yang mengakibatkan
crack (Retak).

5.7. Masalah pencahayaan dibelakang masjid yang gelap. Dicadangkan agar
diletakkan lampu auto sensor bagi mengatasi masalah ini.
Tindakan:En Mohd Salehudin bin Zainuddin
(Ketua Biro Pembangunan, Kebersihan dan
Keceriaan)

5.8. Isu pemasangan meter TNB oleh Kontaraktor TNB bukan pada tapak meter
yang disediakan oleh pihak masjid. Tempat tapak meter baharu yang
disediakan oleh pihak masjid adalah telah DILULUKAN oleh pihak TNB. Ini
mengakibatkan Distribution Board (DB) yang sediakan tidak digunakan di
mana tujuan pemasangan ini adalah bagi tujuan pemasangan aircond.

5.9. Timbalan Pengerusi memohon agar En Zulkifli bin Yaakob (Pemeriksa Kira-
Kira) 1 menyelesaikan isu ini dengan membawa isu ini ke pengetahuan
pihak TNB.

Tindakan: En Zulkifli bin Yaakob
(Pemeriksa Kira-Kira) 1

5.10. En Nasaruddin bin Zakaria (Setiausaha) memaklumkan bahawa satu
permohonan penyelenggaraan kecil (Cat Pagar) telah dipanjangkan ke
Pengurus Projek MAIK pada 10 Oktober 2022.

5.11. Timbalan Pengerusi memaklumkan agar setiap penyelenggaraan yang
dilaksanakan di masjid mestilah terlebih dahulu dibentangkan kos dan
anggaran yang diperlukan di dalam mesyuarat khas sebelum dilaksanakan.
Makluman

8

MESYUARAT PEGURUSAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT

6. PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Timbalan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
mesyuarat dan berharap semua ahli mesyuarat komited dalam
meningkatkan prestasi dan kecemerlangan Masjid As-Solihin Mukim
Keluat.

6.2 Laksanakan kerja kerana Allah agar kita semua diberi pahala.
6.3 Mesyuarat diakhiri dengan Surah Al-Asr dan ditangguhkan pada jam 11.30

malam

Disediakan Oleh:
Minit Mesyuarat
Pengurusan Masjid As-Solihin Mukim Keluat
Bil 1 Sesi 2022-2025

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………. ………………………….
Nasaruddin bin Zakaria Mohd Shahrizan bin Mat Ripin
Setiausahan Timbalan Pengerusi
Masjid As-Solihin Mukim Keluat Masjid As-Solihin Mukim Keluat
Bachok Kelantan Bachok Kelantan

9

MAKLUM BALAS

PENGURUSAN MASJID A

BIL 1 SES

Tarikh : 14 Oktober 2022 (Jumaat malam Sabtu)

Masa : 9.30 malam

Tempat : Masjid As-Solihin Mukim Keluat

Pengerusi : YBhg Ustaz Mohd Shahrizan bin Mat Ripin

Timbalan Pengerusi, Masjid As-Solihin Mukim Keluat

MUKA PARA PERKARA
SURAT

6 4.3.9 Timbalan Pengerusi memohon En
Kamaruzaman bin Ibrahim supaya memasukkan
kembali sejumlah wang RM28689.35 ke akaun
Agro Bank Masjid Mukim Keluat Bachok, No
akaun: 2006631000109856 dengan kadar
SEGERA.

4.3.10 En Kamaruzaman bin Ibrahim memaklumkan
kepada AJK Mesyuarat beliau akan mengambil
tindakan segera selewat-lewatnya pada 20
Oktober 2022 bagi menyelesaikan isu ini.

4 4.6.2 Penyerahan tugas Bendahari sesi lepas En
Kamaruzaman bin Ibrahim kepada En Zulkifli bin
Ismail (Bendahari sesi 2022-2025)
ditangguhkan sehingga isu ini dapat
diselesaikan sebagaimana para 4.3.9 dan 4.3.10
dapat diselesaikan.

7 5.1 En Zulkifli bin Ismail (Bendahari) mencadangkan
agar 15 buah kipas dinding dapat dipasang
diruangan luar masjid bagi keselesaan
makmum.

5.2 Mesyuarat bersetuju agar 15 buah kipas dinding
dipasang di 15 tiang masjid.

MESYUARAT PEGURUSAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT

S MINIT MESYUARAT
AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT
SI 2022-2025

TINDAKAN MAKLUM BALAS

En Kamaruzaman En Kamaruzaman bin Ibrahim TELAH
bin Ibrahim transfer sejumlah wang RM26689.35 ke
akaun Masjid Mukim Keluat Bachok pada
19.10.2022 jam 7.30 mlm

En Zulkifli bin Ismail
(Bendahari)

En. Mohd Salehudin
bin Zainuddin
(Ketua Biro
Pembangunan,
Kebersihan dan
Keceriaan)

10

MUKA PARA PERKARA
SURAT

7 5.3 Mesyuarat bersetuju untuk membeli van jenazah
atas nama Masjid As-Solihin Masjid Mukim
Keluat di atas peruntukan dan sumbangan
Pengerusi Persatuan Perihatin Masyarakat
Bachok 86, Jalan Barat, Kampung Nakhoda
Samaah, 16300 Bachok, Kelantan.

7 5.4 En Mohd Shahrizan bin Mat Ripin (Timbalan

Pengerusi) mencadangkan agar sebuah
Khemah 20’ X 20’ dibeli untuk kegunaan masjid.

Mesyuarat bersetuju sebulat suara

8 5.5 Mesyuarat bersetuju agar En Mohd Shahrizan
bin Mat Ripin (Timbalan Pengerusi)
mengumumkan kutipan Jumaat sebelum
membaca Khutbah setiap minggu.

MESYUARAT PEGURUSAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT

TINDAKAN MAKLUM BALAS

En Azman bin Tindakan tersebut telah diambil apabila

Muhammad pada 24.11.2022 jam 5.00 ptg. Beberapa

Ketua Biro Ekonomi, orang AJK termasuk Imam muda telah

Kebajikan dan Hal bersetuju untuk membeli sebuah van

Ehwal Mukim KIA/PREGEO FPGDH55 no Plate:

DBD7241 Tahun 2007 dengan Harga

RM17K dan Van tersebut dalam proses

tukar nama atas nama Masjid As-Solihin

Mukim Keluat Bachok.

En Mohd Shahrizan
bin Mat Ripin
(Timbalan
Pengerusi)

En Mohd Shahrizan
bin Mat Ripin
(Timbalan
Pengerusi)

11

MUKA PARA PERKARA
SURAT

8 5.7 Masalah pencahayaan dibelakang masjid yang
gelap. Dicadangkan agar diletakkan lampu auto
sensor bagi mengatasi masalah ini.

8 5.9 Isu pemasangan meter TNB oleh Kontaraktor
TNB bukan pada tapak meter yang disediakan
oleh pihak masjid. Tempat tapak meter baharu
yang disediakan oleh pihak masjid adalah telah
DILULUKAN oleh pihak TNB. Ini mengakibatkan
Distribution Board (DB) yang sediakan tidak
digunakan di mana tujuan pemasangan ini
adalah bagi tujuan pemasangan aircond.

Timbalan Pengerusi memohon agar En Zulkifli
bin Yaakob (Pemeriksa Kira-Kira) 1
menyelesaikan isu ini dengan membawa isu ini
ke pengetahuan pihak TNB.

Disediakan oleh:
URUS SETIA MESYUARAT

TINDAKAN MESYUARAT PEGURUSAN MASJID AS-SOLIHIN MUKIM KELUAT

En Mohd Salehudin MAKLUM BALAS
bin Zainuddin
(Ketua Biro
Pembangunan,
Kebersihan dan
Keceriaan)

En Zulkifli bin
Yaakob (Pemeriksa
Kira-Kira) 1

Tarikh: 28 November 2022
12


Click to View FlipBook Version