1 LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI NAMA : FATIH NUR DINIY BIN FAIZUL AZMAN NO PEND : 18DDV21F1041 PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO & FILEM JABATAN : JABATAN REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL TEMPOH L.I : 29 JANUARI 2024 – 14 JUN 2024
2 LAMPIRAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI OLEH FATIH NUR DINIY BIN FAIZUL AZMAN 18DVV21F1041 DI UNIKARYAWAN ENTERPRISE NO 145,TINGKAT 1 JALAN MAWAR, TAMAN PEKAN BARU 08000 SUNGAI PETANI , KEDAH Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada Pensyarah Penilai Di Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan Diploma Pengajian Video & Filem POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN JUN 2024
3 PENGESAHAN PELAJAR “Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya” Tandatangan : Nama Pelajar : FATIH NUR DINIY BIN FAIZUL AZMAN No Pend : 18DDV21F1041 Program : DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM Tarikh : 25 MEI 2024 Disahkan Oleh Tandatangan Nama Penyelia : MUHAMMAD AQIMULLA H Cop Organisasi : Tarikh : 25 MEI 2024 : PENGARAH :
4 SALINAN SURAT TAMAT LI DARI BUKU RJ
5 ABSTRAK Laporan ini menerangkan tentang aktiviti yang saya lakukan sepanjang saya menjalani latihan industri selama enam (6) bulan di Unikaryawan Enterprise. Buku laporan industri ini saya dedikasikan kepada pensyarah yang akan memeriksa keseluruhan buku laporan ini. Kandungan buku laporan ini telah saya siapkan mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Pelbagai sumber rujukan telah saya gunakan untuk menyiapkan buku laporan industri ini bagi tujuan dapat menghasilkan sebuah buku laporan industri yang berkualiti. Selain itu, buku laporan industri ini juga saya dedikasikan kepada para pelajar semester seterusnya yang akan menjalani latihan industri dengan menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan untuk menyiapkan laporan industri kelak. Dalam kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat ketika saya menyiapkan buku laporan ini.
6 ABSTRACT This report describes about the activities I did during my six (6) months of industrial training at Unikaryawan Enterprise. This industry report book I dedicate to the lecturers who will examine the entire report book. The contents of this report book have been prepared by me according to the format prescribed by the polytechnic. I have used various reference sources to prepare this industry report book for the purpose of producing a quality industry report book. Apart from that, this industry report book is also dedicated to the students of the next semester who will undergo industrial training by making this book as a reference material to complete the industry report later. On this occasion I would also like to thank all the parties who have been involved as I have prepared this report book.
7 DEDIKASI Teristimewa buat ibubapa saya Zaiemul Fadhli Bin Mat Desa dan Nuriyati Binti Ahmad yang sentiasa memberi dorongan, adik- beradik saya yang sentiasa menjadi perangsang, pensyarah dan sahabat-sahabat saya yang sentiasa mendoakan kerjayaan saya. Terima kasih yang tidak terhingga atas doa pengorbanan yang diberikan selama ini.
8 PENGHARGAAN “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang” Alhamdulilah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menamatkan latihan industri ini dengan sempurna dan juga tidak ketinggalan dapat saya menyiapkan laporan akhir latihan industri tepat pada waktunya. Selama enam (6) bulan iaitu dari 29 januari hingga 14 jun saya telah menjalani latihan industri di Unikaryawan Enterprise. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia latihan industri dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin atas tunjuk ajar dan nasihat bagi proses menyiapkan laporan akhir ini. Tidak ketinggalan juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurus Unikaryawan Enterprise iaitu Encik Muhammad Aqimullah Bin Yusof kerana sudi mengambil saya dan memberi tunjuk ajar sepanjang enam (6) bulan saya menjalani latihan industri. Terutama Encik Muhammad Aqimullah kerana memberi tugasan, tunjuk ajar dan memberi ilmu pengetahuan yang berguna sepanjang saya menjalani latihan industri di Unikaryawan Enterprise. Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa kerana membimbing saya dalam sepanjang menjalani sesi diploma dan latihan industri ini. Akhir kata, saya ingin meminta maaf jika ada kekurangan dari diri saya sendiri sepanjang menjalani latihan industri ini. Sekian, Terima Kasih.
9 KANDUNGAN SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT Judul 1 Pengesahan Pelajar 3 Penghargaan 9 Senarai Kandungan 10 Senarai Jadual 12 Senarai Rajah 13 BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 Pendahuluan 15 1.2 Objektif Latihan Industri 15 1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 1.4 Kepentingan Latihan Industri 16 BAB 2 LATAR BELAKANG LATIHAN INDUSTRI 2.1 Pengenalan Organisasi 17 2.2 Profil Syarikat 18 2.3 Halatuju Organisasi 19 2.4 Carta Organisasi 21 BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 3.1 Pengenalan 28
10 3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 29 BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 4.1 Pengenalan 36 4.2 Peralatan Yang Digunakan 37 4.3 Proses Kerja Yang Dilakukan 41 BAB 5 KESIMPULAN 48 BAB 6 KOMEN DAN CADANGAN 6.1 Pengenalan 50 6.2 Cadangan Kepada Pihak Politeknik 51 6.3 Cadangan Kepada Pihak Syarikat 52 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN 53
11 SENARAI JADUAL TAJUK MUKA SURAT Senarai Carta Organisasi Syarikat 21 Jadual Pengoperasian Syarikat 23
12 TAJUK SENARAI RAJAH MUKA SURAT Surat Tamat LI 5 Logo Syarikat 16 Carta Organisasi 20 Gambar Organisasi 21 Gambar Lokasi 22 Anugerah 24 Anugerah 25 Anugerah 26 Kerja Kerja Pengeditan 36 Kamera 37 Lensa Kamera 38 Tripod 39 Adobe Lightroom 40
13 SENARAI RAJAH TAJUK MUKA SURAT Mengimport Gambar 41 Menyusun Gambar 41 Mengedit Gambar 42 Meletak Preset 42 Mengejas Color 43 Menggontrol Contrast & Exposure 43 Proses Outdoor Studio 44 Proses Kamera dan Lense Viltrox 44 Proses Ligthing 45 Proses Menyiapkan Konsep Raya 45 Konsep Hari Raya Selesai 46
14 BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pengenalan latihan industri 1.1.1 Pendahuluan Latihan industri merupakan syarat wajib yang telah ditetapkan oleh seluruh Politeknik di Malaysia, pelajar yang mengambil latihan industri adalah untuk melayakkan pelajar untuk menerima diploma dari pihak MQA. Ini kerana sebelum memulakan latihan industri, para pelajar bebas untuk memilih tempat atau syarikat yang mereka inginkan untuk membuat latihan industri. Melalui latihan industri inilah, para pelajar akan mendapat tunjuk ajar atau pengetahuan khas mengenai sesuatu pekerjaan yang berkaitan dengan bidang yang mereka pelajari semasa di Politeknik. Tujuan utama latihan industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar dan jauh berbeza dari pembelajaran. Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pelajar alami semasa berada di Politeknik. Oleh yang demikian, pelajar boleh mempraktikkan teori yang dipelajari setelah kembali ke Politeknik dan semasa memasuki alam pekerjaan nanti. Pelajar juga dapat membina keyakinan diri pelajar untuk masyarakat luar sekiranya tamat latihan nanti. Setelah tamat latihan industri, setiap pelajar wajib menyediakan laporan rasmi yang menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tugas-tugas yang telah pelajar lakukan dalam tempoh lima bulan di Latihan industri. 1.1.2 Objektif latihan industri Latihan industri ini dilakukan adalah bagi mencapai matlamat dan objektif latihannya. Objektif ini secara ringkasnya bermatlamat untuk meningkatkan lagi keberkesanan sesuatu bidang yang diceburi oleh pelajar. Secara amnya, objektif latihan industri ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar yang bakal ditempuhi oleh mereka dan membolehkan para pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya serta menanamkan semangat kerja-kerja secara berpasukan dan mengamalkan cara berkomunikasi secara baik dan berkesan. Disamping itu, para pelajar akan mendapat pengalaman yang sangat berguna semasa membuat latihan ini dan memberi mereka lebih keazaman untuk lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai kerjaya yang mereka impikan. Hal ini secara
15 tidak langsung dapat menguji kecekapan pelajar dalam mempratikkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar semasa di Politeknik. Objektif yang digariskan ini dapat memastikan setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang menjalani Latihan industri memberi kesan positif kepada pelajar agar boleh digunakan pada masa hadapan. Secara kesimpulannya, objektif dan Latihan industri memainkan peranan yang penting bagi melahirkan pelajar yang memahami bidang tugasnya dan kerjaya yang bakal ditempuhi apabila tamat pengajian nanti. Bagi pelajar segala tindakan diambil oleh pihak pengurusan Latihan Industri amat positif dan memberi kesan yang baik pada masa hadapan. 1.1.3 Objektif laporan latihan industri Menerangkan secara terperinci melalui penglibatan pelajar terhadap syarikat Unikaryawan Enterprise iaitu tentang latar belakang syarikat yang terlibat dari segi sejarah awal penubuhan, struktur organisasi, operasi, perkhidmatan dan banyak lagi secara umumnya. Analisa terhadap aliran proses perkhidmatan dan komitmen staff akan dinilai untuk melihat kekuatan dan kelemahan organisasi. 1.1.4 Kepentingan latihan industri Tujuan utama latihan industri adalah untuk pendedahan dan memperkenalkan kepada pelajar tentang pelbagai aspek amalan dalam bidang Video dan Filem dan peranannya dalam masyarakat tempatan atau kepada dunia. Ia juga bertujuan untuk memberikan sedikit sebanyak pengalaman kerja untuk pelajaran supaya pelajar tidak akan terkejut dengan alam pekerjaan selepas tamat pengajian nanti. 1.2 Latar Belakang Organisasi 1.2.1 Pengenalan kepada Organisasi
16 BAB 2: LATAR BELAKANG SYARIKAT 2.1 Pengenalan Organisasi ( Unikaryawan Enterprise ) Rajah 1 Logo Syarikat Unikaryawan production mula ditubuhkan pada tahun 2015 yang menyediakan kursus photografi dan videografi untuk pelbagai majlis.Unikaryawan production mempunyai 6 orang ahli yang terlatih. Alamat : Unikaryawan Enterprise,No 145,Tingkat 1 Jalan Mawar 2,Taman Pekan Baru,08000 Sungai petani,Kedah. No.Tel : +60 17-677 4330 / 04-4249481 Emel : [email protected].
17 2.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI NAMA SYARIKAT : UNIKARYAWAN ENTERPRISE PENGARAH SYARIKAT : MUHAMMAD AQIMULLAH ALAMAT SYARIKAT : NO.145,TINGKAT 1 JALAN MAWAR 2 TAMAN PEKAN BARU 08000 SUNGAI PETANI , KEDAH . NO TELEFON : +60 17-677 4330 / 04-4249481 (OFFICE) EMAIL : [email protected] TAHUN DIMULAKAN : 2015 SEHINGGA KINI PERNIAGAAN JENIS PERNIAGAAN : FOTOGRAFI STATUS PERNIAGAAN : ENTERPRISE TARAF PERNIAGAAN : 100% BUMIPUTERA BIL KAKITANGAN : 6 ORANG
18 2.3 HALATUJU ORGANISASI Syarikat ini mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Disamping visi dan misi tersebut, syarikat ini juga berhasrat untuk membantu masyarakat masyarakat di Semenanjung Malaysia dengan memberi perkhidmatan yang disediakan oleh pelanggan. i. Objektif Kajian Kami menggunakan nilai keseniaan , pengeditan terbaik yang berkesan dan kerja keras untuk menyampaikan hasil pengeditan dan jalan cerita yang terbaik . ii. Visi Syarikat • Kami menghargai kakitangan kami dan mewujudkan persekitaran kerja yang menyeronokkan yang membolehkan pencapaian peribadi yang membawa kepada kedudukan yang setia dan produktif. • Kami berusaha untuk memenuhi dan melampaui jangkaan pelanggan kami untuk memupuk perkongsian jangka panjang. • Kami memperlakukan sub-dagangan dan pembekal kami berhubung dengan membangunkan pendekatan pasukan di mana pengalaman diterapkan dengan semangat berdedikasi.
19 iii.Misi Syarikat Untuk membangunkan kualiti yang tertinggi dan piawaian perkhidmatan yang terbaik bagi kepentingan pelanggan. iv.Polisi Kualiti Kami berusaha sepenuhnya untuk memberikan kepuasan pelanggan melalui Kualiti dan penambahbaikan selanjutnya dalam semua proses pembinaan untuk memenuhi keperluan pelanggan melalui: a) Komitmen : Untuk memenuhi keperluan dan spesifikasi. b) Kerja Pasukan : Memastikan semua pekerja mampu bekerja dalam sepasukan c) Komunikasi : Untuk memastikan perkaitan, keberkesanan, kesesuaian komunikasi bersama pekerja dan pelanggan
20 SENIOR FOREMAN ( AZROLLIZAM ) SENIOR FOREMAN ( HAMID ) SENIOR FOREMAN ( HAFIZ ) 2.4 Carta Organisasi Rajah 2 Carta Organisasi TRAINEE ( DANIEL ) TRAINEE ( FATIH ) TRAINEE ( AMEER ) SENIOR ( RUBY ) DIRECTOR (AQIMULLAH)
21 Rajah 3 Gambar Organisasi Kini Rajah 4 Gambar Organisasi Tahun 2015
22 2.4.1 Lokasi Unikaryawn Enterprise terletak di No 145, Tingkat 1 Jalan Mawar 2, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah. Lokasinya dianggap begitu strategik kerana berhampiran jalan utama, kemudahan parker kenderaan dan terdapat pelbagai kemudahan perkhidmatan selain untuk pelanggan dan pekerja seperti kedai runcit, restoran dan lain lain. Rajah 5 Gambar Lokasi Organisasi Namun demikian, syarikat ini mempunyai hubungan dengan syarikat yang lain seperti syarikat fotografi , foto album , dan kedai kamera untuk memastikan syarikat ini dapat beroperasi dengan lancar dengan menggunakan perkhidmatan syarikat yang lain.
23 Waktu Beroperasi :- • Isnin : 10:00am – 7:00pm • Selasa : 10:00am – 7:00pm • Rabu : 10:00am – 7:00pm • Khamis : 10:00am – 7:00pm • Jumaat : 10:00am – 7:00pm • Sabtu : 10:00am – 7:00pm • Ahad : Cuti / Tidak Beroperasi • Cuti Umum : Cuti / Tidak Beroperasi
24 2.4.2 Anugerah Daripada Pihak MPSPK
25 2.4.3 Anugerah Daripada Pihak Bakitas
26 2.4.4 Anugerah Daripada Pihak Pendekar
27 BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN 3.1 PENGENALAN Setiap pelajar yang menjalani latihan industri ini akan dipertanggungjawabkan untuk mengisi dan merekodkan setiap aktiviti yang dilakukan di dalam buku laporan harian yang telah disediakan khas oleh pihak Politeknik. Buku ini pula hendaklah ditandatangani oleh penyelia yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan maklumbalas terhadap catatan pelajar. Tindakan ini bertujuan bagi mengesahkan setiap apa yang dilakukan oleh pelajar yang terlibat adalah benar dan betul mengikut kesesuaian tugasan yang diberikan. Kerja-kerja menandatangani buku ini dibuat pada setiap dua minggu. Catatan yang dilakukan oleh pelajar dalam buku ini merangkumi ke semua kerjakerja yang dilakukan dan ditugaskan ke atas pelajar. Selain itu juga, setiap penerangan mengenai tugas 24 atau maklumat yang diterangkan atau diberitahu boleh dicatatkan untuk kegunaan pada masa hadapan sebagai panduan pelajar. Latihan Industri boleh dijalankan di Jabatan Kerajaan ataupun firma swasta supaya pelajar dapat merasai suasana kerja yang sebenar. Pelajar juga didedahkan dengan cabaran dan masalah yang akan dilalui sepanjang menjalani Latihan Industri. Sepanjang menjalani Latihan Industri di Unikaryawan Enterprise, saya telah ditempatkan di dalam bahagian kerja-kerja pengeditan gambar dan video sebagai pelatih dalam memenuhi keperluan di dalam bahagian. Tugas utama saya sebagai pembantu editor dan pembantu juru gambar untuk melakukan kerja dan sebagainya.
28 3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri I. Melaporkan diri di firma Unikaryawan Enterprise II. Sesi suai kenal bersama pekerja III. Sesi mengenalpasti Standard Of Camera semasa bekerja IV. Sesi mengenalpasti jenis-jenis peralatan kegunaan semasa bekerja Minggu 1 (29 JANUARI 2024 – 3 FEBRUARI 2024) I. Membuat video promosi album perkahwinan II. Mengikuti penggambaran pengantin III. Mengedit album kawin IV. Belajar cara komunikasi dengan pengantin Minggu 2 (4 FEBRUARI 2024 – 10 FEBRUARI 2024) I. Mengikuti penggambaran perkahwinan II. Mengambil gambar di sebalik tabir III. Belajar kemahiran yang di ajar oleh En Aqim Minggu 3 ( 11 FEBRUARI 2024 – 17 FEBRUARI 2024 )
29 I. Mengikuti penggambaran perkahwinan di Negeri Sembilan II. Belajar cara mengambil posisi perkahwinan Minggu 4 (18 FEBRUARI 2024 – 24 FEBRUARI 2024) I. Mengikuti penggambaran perkahwinan di Perai II. Menjadi pembantu kepada En.Aqim III. Belajar mengenal pasti posisi lighting Minggu ke 5 (25 FEBRUARI 2024 – 2 MAC 2024) I. Mengikuti penggambaran perkahwinan di PDRM II. Mencari barang prop dan cat untuk persediaan konsep Hari Raya III. Belajar mengambil gambar formal posisi polis Minggu ke 6 (3 MAC 2024 – 9 MAC 2024)
30 Mengikuti penggambaran luar di Taman Mutiara secara keseorangan saya tanpa SV dan menyiapakan konsep raya . Minggu ke 7 (10 MAC 2024 -16 MAC 2024) I. Konsep raya siap II. Mempromosikan konsep raya dalam media sosial Minggu ke 8 (17 MAC 2024 – 23 MAC 2024) I. Melakukan penggambaran raya di studio II. Sepanjang bulan puasa Minggu ke 9 (24 MAC 2024 – 30 MAC 2024)
31 I. Melakukan penggambaran raya pada minggu pertama Hari Raya . Minggu ke 10 (31 MAC 2024 – 6 APRIL 2024) I. Melakukan penggambaran raya pada minggu kedua Hari Raya . Minggu ke 11 (7 APRIL 2024 – 13 APRIL 2024) I. Melakukan penggambaran raya pada minggu ketiga Hari Raya Minggu ke 12 (14 APRIL 2024 – 20 APRIL 2024)
32 I. Mengedit gambar raya pada minggu hari raya keempat Minggu ke 13 (21 APRIL 2024 – 27 APRIL 2024) I. Melakukan penggambaran raya pada minggu kelima Hari Raya Minggu ke 14 (28 APRIL 2024 – 4 MEI 2024) I. Mengedit gambar raya pada minggu hari raya keenam Minggu ke 15 (5 MEI 2024- 11 MEI 2024)
33 Minggu ke 16 (12 MEI 2024 – 18 MEI 2024) I. Menjalankan penggambaran minggu terakhir hari raya Minggu ke 17 (19 MEI 2024 – 25 MEI 2024) I. Semasa penggambaran perkahwinan kedua dua majlis ini saya melakukan penggambaran tanpa bantuan penyelia. Penggambaran ini adalah untuk task kali ke 5 saya dalam penggambaran perkahwinan. I. Semasa penggambaran perkahwinan kedua dua majlis ini saya melakukan penggambaran tanpa bantuan penyelia. Penggambaran ini adalah untuk task kali ke 6 saya dalam penggambaran perkahwinan . Perkahwinan itu berlangsung di Sg Lalang Minggu ke 18 (26 MEI 2024 – 1 JUN 2024)
34 I. Mengikuti penyelia melakukan penggambaran pernikahan yang diadakan di masjid kem askar sungai petani . Seterusnya, saya juga melakukan penggambaran seisi outdoor di sekitar rumah penggantin tersebut yang terletak di Jalan Kolam Air , Sungai petani. Minggu ke 19 (2 JUN 2024 – 8 JUN 2024) I. Mengikuti penyelia untuk melakukan penggambaran akad nikah yang diadakan di masjid kem askar sungai petani . Seterusnya, saya juga melakukan penggambaran seisi outdoor di sekitar rumah penggantin tersebut yang terletak di Jalan Pahlawan , Sungai petani. Minggu ke 20 (9 JUN 2024 – 14 JUN 2024)
35 BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 4.1 Pengenalan Laporan teknikal adalah bahagian laporan yang meliputi kerja-kerja yang dilakukan sepanjang tempoh latihan industri. Laporan teknikal ini menerangkan tentang kerjakerja teknikal yang dibuat atau dilihat oleh pelajar selama 20 minggu. Selama 20 minggu saya telah ditempatkan di Unikaryawan Enterprise di bawah bahagian penyuntingan . Pengalaman yang saya perolehi semasa menjalani latihan industri ini adalah amat menarik kerana sebelum ini saya hanya mempelajari teori semasa kuliah. Namun ianya amat berbaloi kerana dapat melihat sendiri segala kerja penggambaran dan pengeditan yang pernah dipelajari. Oleh itu, saya dapat membandingkan dengan apa yang telah saya pelajari. Ilmu yang diselangi dengan pengalaman dapat membantu saya lebih memahami dan mencintai ilmu penggambaran dan pengeditan yang telah saya ceburi ini. Semasa latihan saya didedahkan dengan tugas-tugas sebagai pembantu Senior Photography . Pendedahan ini amat penting kerana mengajarkan akan tugas sebenar sebagai seorang Photographer. Setiap hari saya akan menjalani proses penggambaran. Di samping itu, saya juga didedahkan teknik-teknik penyuntingan gambar.
36 Saya juga seringkali diberikan tugas untuk mengira menjalani kerja-kerja pengeditan gambar. Antara contoh contoh yang dilakukan adalah membuat pengeditan gambar pada malam hari raya . Kerja kerja ini dilakukan dengan menggunakan komputer dengan menggunakan software Adobe Lightroom . Rajah 6 Kerja kerja pengeditan gambar 4.2 Jenis peralatan yang digunakan Dalam melakasanakan sesuatu tugas, terdapat banyak peralatan yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja itu disiapkan. Malah pada zaman yang serba moden dan canggih ini, semua pejabat memiliki peralatan-peralatan mereka yang tersendiri untuk memudahkan sesuatu kerja.
37 4.2.1 Camera Rajah 7 camera Kamera adalah peranti utama dalam peralatan fotografi. Kamera berfungsi dengan menangkap cahaya dari persekitaran sekeliling dan menukarkannya kepada isyarat elektronik yang disimpan pada media storan seperti kad memori. Terdapat pelbagai jenis kamera yang tersedia, daripada kamera poket atau point-and-shoot kepada kamera profesional seperti DSLR (Digital Single Lens Reflex) atau kamera tanpa cermin. Kamera juga mempunyai ciri seperti mod penangkapan, tetapan ISO, kelajuan pengatup, dan apertur, yang boleh dilaraskan untuk menghasilkan imej yang diingini. Dilengkapi dengan pelbagai kanta dan aksesori lain, seperti penapis, tripod dan denyar, untuk meningkatkan kualiti dan fleksibiliti rakaman. Kini, kamera juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti sambungan wayarles dan keupayaan untuk merakam video resolusi tinggi
38 4.2.2 Lensa Kamera Rajah 8 Lensa Kamera Kanta memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti imej yang dihasilkan. Dalam kamera, kanta digunakan untuk mengumpul cahaya dan memfokuskan cahaya pada sensor atau filem kamera. Kanta terdiri daripada beberapa elemen optik yang dipasang bersama untuk menghasilkan imej yang tajam dan jelas. Lensa juga berfungsi untuk mengawal depth of field iaitu sejauh mana ketajaman kawasan di hadapan dan di belakang subjek dalam imej Terdapat pelbagai jenis kanta yang ada, antaranya kanta sudut lebar, kanta telefoto, kanta standard. kanta makro, dan kanta zum
39 Tripod Rajah 9 Tripod Tripod digunakan untuk memastikan kamera stabil semasa mengambil gambar. Tripod membantu mengurangkan getaran yang disebabkan oleh goncangan tangan, menghasilkan imej yang lebih tajam dan stabil. Terdapat beberapa jenis tripod yang tersedia, termasuk tripod yang diperbuat daripada bahan yang berbeza dan dalam saiz yang berbeza. Tripod juga boleh dilengkapi dengan kepala tripod yang membolehkan kamera diputar dan dilaraskan dalam sudut, seperti tripod kepala bola dan tripod kepala pan-tilt.
40 4.3 Proses kerja yang dilakukan Berikut adalah kandungan latihan yang telah saya pelajari sepanjang latihan industri ini. Terlalu banyak kerja kerja penggambaran dan pengeditan yang telah dilakakukan sepanjang tempoh itu. Antaranya, melaksanakan mengedit gambar perkahwinan , mengedit gambar hari raya dan mengikuti penggambaran. Oleh itu, didalam kandungan kerja kerja ini,saya ditugaskan untuk membantu En Aqim untuk melaksanakan kerja kerja penggambaran dan pengeditan tersebut . Selain itu , kami juga menyiapkan prop-prop untuk konsep raya . 4.3.1 Membuka software Adobe Lightroom Adobe Lightroom ini bekerja mulai dari mengarsipkan, mengedit dan menyempurnakan, dan mempresentasikan foto-foto digital, baik sebagai produk cetakan diatas kertas, file digital JPEG atau PDF, mahupun online. Rajah 10 Adobe Lightroom
41 4.3.2 Mengimport gambar Mengimport gambar – gambar raya dari sd card ke dalam folder komputer . seterusnya susun ke dalam folder Rajah 11 Import gambar dalam Adobe Lightroom Rajah 12 Menyusun Gambar
42 4.3.3 Mengedit Gambar Mengedit gambar yang sudah di import dari sd card kamera .Mengedit gambar mengambil masa 3 jam , untuk mengedit semua . Seterusnya menggunakan preset yang disediakan oleh syarikat . Rajah 13 Meletakkan preset Rajah 14 Mengedit gambar
43 Rajah 15 Mengejas color Rajah 16 menggontrol contrast dan exposure
44 4.3.4 Mengambil gambar di luar studio Mengambil gambar pelanggan di luar studio menggunakan kamera yang disediakan di Unikaryawan Enterprise . Kamera yang digunakan adalah Canon RP dan juga Canon R8 . Selain itu , syarikat ini juga menggunakan lense Viltrox 85 mm Rajah 17 kamera dan lense viltrox Rajah 18 Diri saya
45 4.3.5 Mengambil gambar dalam studio Selain mengambil gambar di luar studio . Kami juga membuat perkhidmatan di dalam studio contohnya ketika menyambut hari raya . Sepanjang Hari Raya , kami membuka tempahan untuk para pelanggan ingin mendapatkan perkhimatan penggambaran . Selain menggunakan kamera kami juga menggunakan lighting semasa penggambaran dalam studio supaya lebih cerah dan cantik . Selain itu kami juga menyiapkan prop-prop untuk menyiapkan konsep raya. Rajah 19 Lighting Rajah 20 Proses menyiapkan konsep raya .
46 Rajah 21 Konsep raya siap
47 BAB 5 KESIMPULAN Kesimpulannya, program latihan industri ini merupakan satu program yang banyak memberi manfaat serta pendedahan dan pengenalan kepada pelajar tentang pelbagai aspek dalam bidang sinematografi dan peranan pelatih dalam sesuatu kerja. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah menetapkan semua pelajar Politeknik untuk menjalani latihan industri sebagai syarat sebelum menerima sijil diploma. Selain itu, ia juga dapat mengimbangkan pengetahuan serta menambahkan ilmu pengetahuan setiap pelatih sebagai seorang pelajar video dan filem yang bukan sahaja berkemampuan dari segi amali yang praktikal dapat ditonjolkan. Ia adalah suasana yang berbeza di mana pelajar perlu lebih berdisiplin, tanggungjawab, amanah dan professional dalam segala hal. Semasa menjalani latihan industri ini, pelajar-pelajar telah didedahkan kepada suasana pekerjaan sebenar di mana mereka telah ditempatkan bersama-sama mereka yang telah lama berkecimpung di dalam bidang video dan filem. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi pengalaman yang amat berharga kepada mereka. Pengalaman yang diperoleh ini amat berguna kepada pelajar agar dapat bersedia menempuhi alam pekerjaan sebenar walaupun tempoh yang diberikan semasa latihan adalah singkat. Apa yang penting sebenarnya adalah ilmu yang diberikan oleh pengurus semasa pelajar menjalani latihan industri ditempat beliau. Oleh yang demikian, setiap pelajar dapat menggunakan kemahiran teori dan amali untuk digabungkan bersesuaian dengan keadaan sebenar. Dengan ini, tidak dinafikan segala ilmu pengetahuan semasa latihan ini akan digunakan semasa menempuh alam pekerjaan. Di dalam tempoh tersebut juga mungkin terdapat kerja yang dianggap
48 remeh dan sering melakukan pekerjaan yang sama oleh pelajar tetapi ia mempunyai kepentingan yang tersendiri yang mungkin pelajar akan menyedari kepentingannya apabila mereka memasuki alam pekerjaan sebenar. Di samping kemahiran kerja, pelajar juga dapat berkomunikasi dengan lebih ramai lagi masyarakat dalam bidang pekerjaan sama ada dengan golongan atasan mahupun bawahan kerana setiap individu mempunyai kepentingan tersendiri di dalam sesebuah organisasi.
49 BAB 6 DAPATAN DAN CADANGAN 6.1 PENGENALAN Setelah menjalani Latihan Industri selama 20 minggu, pelbagai perkara yang berguna diperolehi oleh pelajar seperti pengetahuan dan pengalaman yang tinggi nilainya dalam arus pendidikan dan pekerjaan sekarang. Di samping itu, terdapat banyak kelemahan-kelemahan semasa menjalani tugas yang perlu diperbaiki segera. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah ini agar kelemahan-kelemahan tersebut tidak berlarutan kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada masa akan datang. Segala perubahan kepada kebaikan pada masa akan datang menguntungkan semua pihak yang terlibat. Antara pihak yang terlibat adalah pihak politeknik, pihak firma dan pelajar itu sendiri serta skop latihan. Komen dan cadangan merupakan kebebasan yang diberikan kepada setiap pelajar untuk mengeluarkan sebarang cadangan, pendapat dan komen tentang apa-apa masaalah dan lain-lain pekara yang berkaitan semasa menjalani latihan industri. Ini kerana setiap cadangan dan saranan yang dikemukakan akan diambil perhatian dan diatasi untuk membaiki program latihan pada masa akan datang. Setiap pekara yang dicadangkan dan disarankan merupakan input yang baik untuk tindakan pihak yang terbabit. Setiap komen dan cadangan yang diberikan adalah bertujuan untuk memberikan idea yang baru untuk membentuk kemajuan bersama, ia sama sekali
50 bukan untuk bertujuan untuk mengaibkan mana- mana pihak yang terlibat sepanjang menjalani latihan industri. Di sini saya berbesar hati dengan pihak Politeknik kerana telah membantu pelajar dengan menyediakan buku garis panduan yang telah menyentuh secara terperinci mengenai penulisan Laporan Industri yang lengkap. Di sini saya ingin memberikan cadangan dan komen kepada pihak Syarikat dan pihak Politeknik. 6.2 CADANGAN KEPADA PIHAK POLITEKNIK Memberikan pendedahan yang luas dengan menyertakan Skop Latihan Industri setiap jurusan secara terperinci semasa menghantar borang permohonan Latihan Industri, untuk perhatian pihak syarikat sama ada swasta mahupun kerajaan. Ini membolehkan pihak terbabit memahami serta mengetahui bahawa pelajar tersebut sesuai atau tidak menjalani latihan di tempat mereka. Ada sesetengah syarikat mengambil pelajar untuk menjalani Latihan Industri yang tidak sesuai dengan jurusan yang diambil. Oleh itu, saya memberi cadangan agar pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin , memberi kelonggaran untuk pelajar memilih tempat Latihan Industri mereka sendiri. Sekiranya tempat itu tidak sesuai, mereka boleh menukar tempat yang lain dengan mengikut syarat yang ditentukan. Hal ini kerana, terdapat beberapa kes yang melibatkan ketidaksesuaian tempat menjalani latihan. Saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik menitik beratkan lawatan dari pihak penyelaras ke tempat–tempat pelajar menjalani Latihan Industri seperti yang telah dijanjikan di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan masa, tarikh, dan waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan pelajar. Ini kerana kerana bukan sahaja pelajar yang tertunggu-tunggu tetapi penyelaras serta kakitangan di syarikat tersebut juga ternanti-nanti kunjungan pihak pensyarah Politeknik.