The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEMERDEKAAN SATU NILAI KEBEBASAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 0104syuhaidah, 2022-06-09 11:23:08

KEMERDEKAAN

KEMERDEKAAN SATU NILAI KEBEBASAN

SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA

TEMA:KEMERDEKAAN

KEMERDEKAAN SATU
NILAI KEBEBASAN

KUMPULAN 3

SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA
SEMESTER KEDUA SESI 2021/2022(A212)

KUMPULAN I
TUGASAN BERKUMPULAN
NAMA PENSYARAH: DR.HASLINDA BINTI HASAN

MOHD ASIF HAAFIZ BIN ABD HASAN 284920

NUR HANIS NAZIRAH BINTI SHAROL AZLAN 285324

IFFAH BINTI MOHAMAD TAJUDDIN 285461

NUR AMIRAH BINTI AZMI 285474

NUR SYUHAIDAH BINTI LAMAT 285542

ISI KANDUNGAN 1
1
PENGENALAN 2
TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN 3
KRONOLOGI KEMERDEKAAN 4
KEPENTINGAN KEMERDEKAAN 5
CABARAN MENGEKALKAN KEMERDEKAAN NEGARA 13
LANGKAH MENGEKALKAN KEMERDEKAAN NEGARA 16
KESIMPULAN 24
RUJUKAN
LAMPIRAN

pengenalan

Kemerdekaan bermaksud bebas daripada
cengkaman penjajah. Tiada lagi campur
tangan kuasa asing dalam mentadbir negara
setelah negara diisytiharkan merdeka dan
pemimipin dapat mentadbir negara sendiri.
Kedaulatan negara yang dikecapi pada hari
ini merupakan hasil daripada pengorbanan
perwira-perwira negara yang sanggup
berjuang demi mendapatkan kemerdekaan.

1

tokoh kemerdekaan

1. Tunku Abdul Rahman

Beliau digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan” kerana beliau
merupakan salah satu pejuang kemerdekaan di Tanah Melayu.
Beliau juga telah berjaya menyatupadukan masyarakat yang
berbilang kaum di Tanah Melayu. Beliau dilantik sebagai
ketua Menteri Tanah Melayu Ketika berusia 52 tahun dan
meletakkan jawatannya pada tahun 1970. Beliau telah
meninggal dunia ketika berusia 87 tahun.

2. Tun Dr Ismail Dato Haji Abdul Rahman 2

Beliau merupakan orang
yang banyak membantu dalam
mencapai kemerdekaan dan merupakan orang kanan Tun
Abdul Rahman. Beliau merupakan wakil rombongan
rundingan mengenai kemerdekaan di London. Selepas
kemerdekaan beliau banyak berjasa dalam bidang
perhubungan antarabangsa dan hal ehwal dalam negeri.

3. Tun Sir Henry Lee Hau-Shik

Beliau merupaka
n salah seorang pejuang kemerdekaan Tanah
Melayu. Beliau juga merupakan pengasas MCA dan perancang
yang mengikat parti MCA dan UMNO. Beliau merupakan pejuang
yang berani menentang pihak komunis semasa darurat dan tegas
dalam menuntut kemerdekaan. Beliau dilantik sebagai Mentari
Kewangan selepas kemerdekaan.

4. Tun V T Sambanthan 3



Beliau merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan dari
bangsa india yang lantang menentang penjajahan pijhak
British. Beliau juga merupakan salah seorang wakil pegawai
yang menyertai rombongan rundingan kemerdekaan di London.
Banyak jasa yang disumbangkan oleh beliau terutamanya
dalam menyatupadukan masyarakat dan menyediakan
pelbagai kemudahan demi kesenangan rakyat. Beliau telah
meninggal dunia ketika berusia 60 tahun.

KRONOLOGI KEMERDEKAAN

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat
bagi seluruh rakyat Tanah Melayu kerana telah
berjaya mencapai sebuah kemerdekaan setelah
dijajah oleh pelbagai kuasa asing. Pencapaian ini
bukanlah sesuatu yang mudah kerana untuk
mendapatkan kemerdekaan pelbagai usaha yang
perlu dilaksanakan. Sebelum Tanah Melayu berjaya
dimerdekakan, terdapat banyak kuasa asing yang
pernah menduduki Tanah Melayu seperti British dan
Jepun. Kemerdekaan Tanah Melayu melibatkan
proses yang Panjang dan melibatkan pelbagai pihak.
Kronologi kemerdekaan Tanah Melayu bermula pada
tahun 1946 hingga tercapainya kemerdekaan iaitu
pada 31 Ogos 1957.

4

Pada 11 Mei 1946, UMNO ditubuhkan dibawah kepimpinan
Dato’ Onn Jaafar atau dahulu dikenali sebagai Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). UMNO telah
ditubuhkan di Istana Besar Johor Bahru. Parti UMNO ini
ditubuhkan adalah untuk menyatupadukan orang-orang
Melayu bagi menentang Malayan Union sekaligus
memelihara hak rakyat tempatan dan menjaga kedaulatan
Raja-Raja Melayu. Rentetan itu, parti Malayan Union
berjaya dilumpuhkan pada 21 Januari 1948 dan seterusnya
Persekutuan Tanah Melayu berjaya ditubuhkan bagi
menggantikan Malayan Union. Menjelang pertengahan
tahun 1948, PKM telah melakukan hura-hara di Tanah
Melayu. Ramai orang Melayu, Cina, dan India telah diseksa
dan dibunuh dengan zalim. Keadaan ini telah menyebabkan
Pihak British terpaksa mengisytiharkan Darurat di seluruh
Tanah Melayu. Setelah itu, PKM telah diharamkan.

5

Pada 27 Februari ,1949 Persatuan Cina Malaysia
(MCA) telah diasaskan oleh Tun Tan Cheng Lock
dan merupakan presiden yang pertama yang
memimpin MCA. Tujuan parti ini ditubuhkan adalah
untuk menyatupadukan masyarakat Cina dan
berkerjasama dengan kaum lain bagi menentang
komunis dan mendapatkan kemerdekaan daripada
pihak British.

Pada tahun 1950, kerajaan British telah memperkenalkan
Rancangan Briggs bagi menyekat pengganas komunis
dengan memutuskan bekalan makanan sekaligus
melumpuhkan tindakan mereka. Rancangan ini telah
diilhamkan oleh Sir Harold Briggs. Setelah menghadapi
pelbagai kesukaran bagi mendapatkan kemerdekaan
kaum Melayu dan kaum lain berpendapat bahawa mereka
memerlukan sebuah parti untuk membebaskan mereka
dari cengkaman kuasa asing.

6

Oleh itu, parti Perikatan iaitu gabungan

UMNO dan MCA telah ditubuhkan pada

tahun 1952. Kedua-dua parti ini telah

bekerjasama dan bertanding dalam

Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala

Lumpur dah hasilnya mereka berjaya

mendapatkan kemenangan. Setelah

kemenangan yang menakjubkan itu, parti

MIC iaitu Kongres India Semalaysia tertarik

untuk menyertai perikatan tersebut.

Rentetan itu, pada 27 Julai 1955 Parti

Perikatan yang terdiri daripada UMNO, Barisan kabinet Persekutuan
MCA dan MIC telah berjaya memenangi 51
Tanah Melayu 1955
kerusi daripada 52 kerusi yang

dipertandingkan dalam Pilihanraya Umum

yang pertama. 7

Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman bersama

wakil-wakilnya telah berangkat ke London untuk

mengadakan rundingan dengan pegawai-pegawai British

bagi memerdekakan Tanah Melayu. Perundingan tersebut

diadakan kira-kira selama tiga minggu iaitu bermula

pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Rombongan Deklarasi

Sehubungan dengan itu, pihak British memberikan ke London

persetujuan iaitu kemerdekaan Tanah Melayu adalah

pada 31 Ogos 1957, dan pemerintahan hendaklah

secara demokrasi serta rakyat British bebas untuk

menjalankan perniagaan di Tanah Melayu.

Suruhanjaya Reid yang dipengerusikan oleh Lord 8
Reid telah ditubuhkan sebagai persiapan
kemerdekaan. Tujuan Suruhanjaya Reid ditubuhkan
adalah untuk menggubal Pelembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.

Pada 20 Februari 1956 Tunku Abdul Rahman telah Bendera Union Jack
mengadakan pertemuan secara besar-besaran di diturunkan
Padang Pahlawan Bandar Hilir, Melaka untuk
mengumumkan tarikh kemerdekaan. Saat yang 9
dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Tanah Melayu
telah pun tiba apabila bendera kerajaan British iaitu
Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan
bendera Persekutuan Tanah Melayu pada jam 12
tengah malam 31 Ogos 1957.

Kemerdekaan ini telah diisytiharkan oleh Tunku
Abdul Rahman dan disambut dengan laungan
‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur. Dengan kemerdekaan
tersebut, maka berakhirlah penjajahan kuasa
asing terhadap Persekutuan Tanah Melayu.

KEPENTINGAN KEMERDEKAAN

1. Menentukan kedaulatan sesebuah negara

Kedaulatan adalah kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang
bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran
negara. Oleh sebab itu kedaulatan negara amat penting dalam menubuhkan
negara yang aman dan maju. Hal ini demikian kerana semua pentadbiran yang ada
di dalam negara tersebut hanya akan di laksanakan oleh rakyat di dalam negara
itu sendiri tanpa dicampuri kuasa luar. Hal ini boleh dilihat dimana zaman sebelum
merdeka di Tanah Melayu semua pentadbiran dikuasai oleh British walaupun ada
rakyat Melayu yang bekerja tetapi mereka tidak mempunyai kuasa atas semua
negara itu. Apabila negara ditadbir oleh kuasa luar negara itu tidak mempunyai
keunikan mereka dan rakyat mereka terpaksa akur kepada kuasa luar dari
pentadbir negara mereka sendiri. Oleh itu selepas Tanah Melayu mendapat
kemerdekaan mereka dapat mendadbir negara mereka dan mendaulatkan
pentadbir mereka seterusnya mewujudkan kedaulatan di negara sendiri. Kedaulatan
sesebuah negara juga penting untuk membangunkan ekonomi sesebuah negara,
mewujudkan kesejahteraan sosial serta menjalinkan hubungan negara luar.

10

2. Mengekalkan perpaduan rakyat 11

Perpaduan berma
ksud semua semua rakyat di dalam negara tidak
mengira kaum saling bekerjasama antara satu sama lain, berganding
bahu untuk mewujudkan negara yang makmur dan damai. Oleh sebab
itu kemerdekaan sangat penting dalam mengekalkan perpaduan rakyat
sesebuah negara kerana tanpa kemerdekaan setiap rakyat tidak dapat
bersatu dan membangunkan negara mereka. Sebagai contoh ketika
zaman British di Tanah Melayu orang India, China dan Melayu tidak di
galakkan berkomunikasi oleh orang British kerana Orang British tidak
mahu ketiga-tiga masyarakat itu bergabung untuk menjatuhkan British.

Walaubagaimanapun setelah berlaku beberapa peristiwa

masyarakat India, China dan Melayu bergabung juga untuk

mendapatkan hak dan keadilan mereka sebagai rakyat

Tanah Melayu. Oleh sebab itu, Tanah Melayu memperoleh

kemerdekaan dengan cara berunding dan bukan dengan cara

kekerasan seperti berperang. Disebabkan hal itu terjadi

masyarakat di Tanah Melayu telah dapat mengekalkan

perpaduan rakyat mereka sehingga kini.

3. Mewujudkan kestabilan politik

Politik sentiasa dikaitkan dengan kerajaan kerana ia merupakan
proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan.
Setelah negara itu aman daripada penjajah, mereka boleh
mewujudkan sistem politik mengikut undang-undang yang terdapat
di negara mereka tanpa perlu dikongkong oleh negara asing yang
sentiasa meletakkan kuasa politik sepenuhnya ditangan mereka.

Pihak kerajaan negara itu juga boleh mengatur sistem politik berdasarkan
negara mereka sendiri dengan adil, tiada berat sebelah atau terlebih kuasa
di mana-mana pihak yang berasal dari negara luar. Hal ini menyebabkan
rakyat berasa lega kerana tiada kuasa asing yang mencampuri sistem politik
mereka dan ia dapat mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik amat
penting kerana ia merupakan aset utama yang boleh mengukuhkan semula
ekonomi di sesebuah negara serta memperkembangkan ekonomi serta
memberikan kesejahteraan kepada rakyat

12

4. Mengekalkan keamanan sesebuah negara

Kemerdekaan bermaksud beb
as dari cengkaman negara asing,
oleh sebab itu kemerdekaan boleh mewujudkan keamanan
sesebuah negara. Hal ini kerana sekiranya ada orang asing yang
menguasai negara itu rakyat di negara itu tidak aman dan
mendapat layanan yang tidak adil.

Perkara ini boleh dilihat pada zaman British menguasai Tanah
Melayu, pada zaman itu rakyat Melayu ditindas kuat oleh British
hingga kehidupan rakyat Melayu berada dalam keadaan yang
susah dan tidak mempunyai makanan yang cukup tidak diberi
peluang untuk maju.

13

Apabila Tanah Melayu mendapat kemerdekaan setelah itu tanah
Melayu menjadi aman dan hidup dalam keadaan yang selamat
dan selesa. Keamanan sesebuah negara amat penting dalam
mewujudkan kehidupan yang selesa dan selamat kepada rakyat,
kerana jika negara itu tidak aman maka terjadinya peperangan,
rusuhan dan pergaduhan antara kaum atau negara-negara luar.

Perkara ini boleh menyebabkan kematian dan mewujudkan
keadaan yang tidak selamat bagi rakyat negara itu untuk
hidup serta kanak-kanak akan terdedah dengan keadaan itu
menyebabkan emosi mereka terganggu dan mencetuskan
trauma bagi sesetengah kanak-kanak.

14

5. Mempercepatkan kemajuan ekonomi



Setelah negara itu merdeka iaitu bebas dari genggaman kuasa
asing, negara itu dapat mentadbir negara mereka sendiri tanpa
dicampuri kuasa asing. Mereka dapat membangunkan negara
mereka mengikut persetujuan negara mereka dan pentadbiran
mereka hanya dikuasai rakyat mereka sendiri.

Hal ini boleh memajukan ekonomi dengan memberi rakyat di
negara itu peluang untuk menunjukkan kebolehan, kemahiran
serta kebijaksanaan mereka untuk membangunkan negara
mereka sendiri

15

Pada zaman British menguasai tanah Melayu
British tidak membangunkan Tanah Melayu
sepenuhnya mereka hanya mengambil
kesempatan di Tanah Melayu dengan
menyuruh orang Melayu bekerja untuk mereka
dan mengambil barang berharga lalu di
bawa ke tempat mereka seperti bijih timah,
perak, emas dan sebagainya. Oleh itu apabila
Tanah Melayu merdeka mereka dapat
memajukan ekonomi mereka dengan cara
yang betol hingga sekarang.

16

cabaran mengekalkan kemerdekaan negara 17

Mengekalkan kemerdekaan sebuah negara adalah satu perkara yang
sukar bagi setiap negara. Hal ini di sebabkan beberapa faktor yang
diantaranya adalah memupuk semangat patriotisme dalam diri setiap
rakyat. Seperti mana yang kita ketahui semangat patriotisme ataupun
semangat cinta akan negara adalah suatu yang penting dalam
mengekalkan kemerdekaan negara kerana ianya akan mempengaruhi
kedaulatan negara sekiranya rakyat tidak memiliki sikap tersebut.

Pada masa kini terdapat banyak pengaruh luar yang menyebabkan
rakyat kita terutama anak-anak muda terpengaruh dengan gaya
hidup dari negara luar dari pelbagai aspek seperti pemakaian dan
pemikiran. Individu pada masa kini juga tidak pernah merasai
bagaimana untuk mendapatkan kemerdekaan sehingga
menyebabkan mereka tidak terlalu menghargai pengorbanan
orang-orang pada zaman penjajahan.

Hal ini berbeza dengan mana orang yang
hidup pada zaman penjajahan pasti akan
merasa syukur atas pengorbanan yang
telah dilakukan oleh pejuang-pejuang
negara sehingga menyebabkan ramai yang
telah menjadi korban dalam mendapatkan
kemerdekaan.

Oleh itu, mereka dapat memupuk
semangat patriotisme dalam diri masing-
masing. Di samping itu, anak-anak muda
pada masa kini pula akan merasakan
kesenangan dari perjuangan orang-orang
terdahulu sehingga menyebabkan mereka
kurang semangat dalam mempertahankan
kemerdekaan kerana telah terbiasa
menjalani hidup yang selesa.

18

Selain itu, memupuk semangat perpaduan antara rakyat juga merupakan
salah satu cabaran dalam mengekalkan kemerdekaan negara.
Sebagaimana kita tahu negara kita Malaysia adalah salah sebuah negara
yang berbilang kaum seperti melayu, cina dan india. Oleh itu, terdapat
ramai yang diantara kaum yang berada di Malaysia memiliki sikap
perkauman yang kuat sehingga menyebabkan terdapat banyak diantara
mereka saling menjatuhkan dalam pelbagai aspek yang antaranya
adalah dalam aspek perniagaan.

Mereka juga saling menggunakan pelbagai cara yang
tidak baik dalam menjatuhkan seseorang dan sering
berlaku persaingan yang tidak sihat dalam pelbagai
perkara. Sikap perkauman yang yang terdapat di
Malaysia ini hanya akan menyebabkan jurang diantara
kaum semakin besar.

19

Hal ini akan sangat mendatangkan kesan yang buruk
pada negara kerana ianya akan menyebabkan negara
kita dipandang rendah oleh negara luar dan ianya
secara tidak langsung membuka peluang kepada
negara-negara luar menjatuhkan negara kita.

Disamping itu, negara kita tidak hanya dapat
ancaman dari luar tetapi ancaman dari dalam
negara kita sendiri juga akan menjatuhkan negara
secara tidak langsung. Justeru, semangat
perkauman ini hanya akan merosakkan imej negara
di persada dunia.

20

Seterusnya, adalah kefahaman dan kepatuhan rakyat Malaysia kepada rukun
negara yang merupakan panduan dalam memastikan kedaulatan sesebuah
negara. Rukun negara Malaysia yang telah di isytiharkan pada tanggal 31
Ogos 1980 oleh Yang di-Pertuan Agong ke empat, Al marhum Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah sempena kemerdekaan negara yang ke-13. Rukun negara ini
merupakan salah satu cara agar setiap rakyat yang berbilang kaum dapat
bersatu dalam mengekalkan kedaulatan negara.

Namun pada masa kini rakyat Malaysia kurang mendalami isi yang
tersurat dan tersirat dari prinsip rukun negara yang telah menyebabkan
banyak masalah dihadapi dalam negara sendiri seperti berlakunya kes
antara kaum di Malaysia. Oleh itu, penghayatan rukun negara dalam
diri setiap individu merupakan sesuatu perkara yang penting dalam
mempertahankan kemerdekaan negara. Selain itu, isu seperti tidak
menghormati Jalur Gemilang juga merupakan salah satu sebab yang
berkaitan dengan kurangnya penghayatan prinsip rukun negara.

21

Di samping itu, memelihara dan memulihara
tempat-tempat bersejarah juga semakin kurang
yang dimana tempat-tempat seperti ini
merupakan salah satu tanda adakah rakyat masih
memiliki sikap patriotisme. Monumen-monumen
bersejarah ini merupakan salah satu tanda
peringatan kepada pengorbanan orang-orang
terdahulu dalam mencapai kemerdekaan.

Dengan adanya tempat seperti ini rakyat
kita akan lebih menghargai perjuangan
orang-orang terdahulu dalam mencapai
kemerdekaan. Hal ini secara tidak langsung
akan menguatkan lagi semangat cinta akan
negara dalam diri setiap rakyat.

22

Namun banyak tempat bersejarah yang terlupakan kerana tidak dijaga
dengan baik dan menyebabkan ianya menjadi sebuah tempat yang
terlupakan sehingga mempengaruhi semangat patriotisme rakyat kita
dalam mempertahankan kemerdekaan negara. Justeru, kita sebagai
rakyat dan pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan bahawa
tempat-tempat yang bersejarah ini sentiasa dalam keadaan yang baik
agar ianya boleh menjadi sebagai salah satu pemicu kepada semangat
patriotisme setiap individu dalam negara.

23

Dalam pada itu, negara kita sangat kurang memberi pendedahan kepada
rakyat dalam memupuk semangat cinta akan negara agar dapat
mengekalkan kemerdekaan. Seperti mana yang kita ketahui pada masa kini
kempen-kempen kesedaran yang dijalankan pihak bertanggungjawab sangat
kurang dan tidak lagi menarik perhatian rakyat terutama dalam kalangan
anak muda.

Dengan kurangnya kempen-kempen kesedaran ini rakyat Malaysia
secara tidak langsung akan menjadi alpa terhadap pengorbanan dan
perjuangan dalam mencapai kemerdekaan. Hal ini akan menggugat
kedaulatan negara sehingga mengancam negara dari dalam dan luar.
Oleh itu, kempen-kempen ini adalah penting dalam memicu rakyat
untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita Malaysia.

24

langkah mengekalkan kemerdekaan negara

1. Memupuk Semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi

Langkah-langkah mengekalkan kemerdekaan Malaysia ialah memupuk
semangat patriotik sejak bangku seko
lah lagi. Hal ini dikatakan demikian
kerana, semangat patriotik dalam diri para pelajar akan menjadi sebati kerana
ia diajar sejak kecil untuk mencintai negara. Tambahan pula, semangat patriotik
ialah perasaan cinta akan negara yang wajib dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Langkah-langkah mengekalkan kemerdekaan Malaysia ialah memupuk
semangat patriotik sejak bangku sekolah lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana,
semangat patriotik dalam diri para pelajar akan menjadi sebati kerana ia diajar
sejak kecil untuk mencintai negara. Tambahan pula, semangat patriotik ialah
perasaan cinta akan negara yang wajib dimiliki oleh rakyat Malaysia.

25

Oleh itu, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti
untuk memupuk semangat cintakan negara dalam diri pelajar.
Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan sambutan
Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nyanyian lagu Negara Ku
dan melafazkan rukun negara setiap pagi semasa perhimpunan
sekolah. Pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai
pertandingan seperti pertandingan mewarna dan melukis Jalur
Gemilang, pertandingan nyanyian dan menulis syair, pantun
atau karangan mengenai kemerdekaan.

Sekiranya, semangat patriotik ini terus dipupuk dalam diri 26
para pelajar maka pada masa hadapan semangat patriotik
ini tidak akan luntur dalam diri mereka apabila mereka
dewasa. Oleh itu, kita dapat melahirkan masyarakat
Malaysia yang sentiasa cinta akan negara dan sentiasa
patuh serta taat kepada negara Malaysia.

2. Memupuk semangat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan
masyarakat

Sifat ini sangat penting yang perlu wujud dalam diri rakyat Malaysia kerana ia
dapat mewujudkan keharmonian dan keamanan negara. Malaysia mempunyai
pelbagai bangsa, kaum dan agama. Sebagai contoh, kaum Melayu, India, Cina
dan agama Islam, Kristian dan Buddha.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk memupuk semangat
perpaduan ini. Masyarakat boleh mengadakan gotong-royong
membersihkan kawasan perumahan setiap hujung minggu untuk
melibatkan semua penduduk perumahan tanpa mengira kaum
dan agama. Tambahan pula, masyarakat boleh mengadakan
sambutan kemerdekaan dan mengadakan pelbagai
pertandingan di kawasan perumahan masing-masing atau di
tempat umum seperti di taman atau pantai.

27

Oleh itu, kita dapat mengekalkan perpaduan dan memupuk
semangat perpaduan dalam diri masyarakat tanpa mengira
kaum dan agama. Jika hubungan ini dapat dikekalkan maka
masyarakat akan sanggup berkorban demi negara kerana rasa
saying dan cinta terhadap negara Malaysia tanpa memandang
perbezaan antara kaum dan agama.

28

3. Memahami dan mematuhi rukun dan perlembagaan negara

Rukun dan perlembagaan negara amat penting kepada negara Malaysia.
Seperti yang kita tahu rukun negara sudah menjadi kewajipan untuk rakyat
Malaysia mengingatinya. Akan tetapi, pada masa kini rakyat Malaysia kurang
memahami dan mematuhi rukun dan perlembagaan negara. Pihak sekolah
boleh mengambil tindakan dengan menekan subjek tertentu seperti subjek
Pengajian Am, dan subjek Sejarah kepada para pelajar. Subjek ini banyak
menceritakan tentang rukun negara dan perlembagaan Malaysia.

Para pelajar boleh memahami kepentingan rukun negara dan Perlembagaan
Malaysia dengan lebih mendalam. Oleh itu, Malaysia dapat melahirkan
masyakat yang lebih berdisiplin dan taat kepada negara. Masyarakat juga
akan lebih mematuhi undang-undang negara kerana memahami
Perlembagaan Malaysia. Malaysia akan menjadi lebih aman dan selamat
tanpa sebarang kekacauan dan ancaman keselamatan.

29

4. Memelihara dan memulihara tempat bersejarah di Malaysia 30

Tempat-tempat bersejarah di Malaysia sangat penting kerana ia menjadi
tempat untuk rakyat Malaysia mengingati dan mempelajari sejarah perjuangan
kemerdekaan Malaysia. Jika tempat-tempat bersejarah ini tidak dijaga dan
dipelihara maka sejarah yang tercipta di tempat tersebut akan terkubur begitu
saja tanpa diingati oleh rakyat Malaysia. Pihak kerajaan perlu mengambil
tindakan untuk memelihara dan memulihara tempat bersejarah di Malaysia

Contoh tempat bersejarah di Malaysia ialah Kota A
Famosa dan Tugu Negara. Tambahan pula, pihak
tertentu boleh membuat kajian dan menyelidik semula
ciri-ciri dan kualiti bangun bersejarah itu untuk
memastikan ia sentiasa teguh. Oleh itu, rakyat
Malaysia boleh mempelajari lebih lagi tentang sejarah
di Malaysia dengan melawat tempat-tempat
bersejarah tersebut untuk meningkatkan rasa cinta
akan negara dalam diri mereka.

5. Menjalankan kempen sejarah besar-besaran

Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen yang berkaitan
dengan Malaysia kepada masyarakat untuk memberi
kesedaran kepada mereka. Sebagai contoh, Kempen Kibar
Jalur Gemilang dan Kempen Merdeka ‘Demi Negara’. Kempen
ini diadakan untun menyemarakkan semangat perpaduan dan
cinta akan negara dalam kalangan masyarakat.

Pihak media juga boleh memainkan peranan mereka dengan
mengiklankan di televisyen atau radio untuk memberi
kesedaran dan pengetahuan kepada rakyat Malaysia. Sebagai
contoh, menayangkan cerita pendek atau lagu-lagu
kemerdekaan untuk menyokong kempen yang diadakan oleh
pihak kerajaan. Oleh itu, rakyat akan lebih mencintai negara
dan sanggup berkorban apa sahaja untuk negara tercinta.

31


Click to View FlipBook Version