The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izmalhakim3, 2022-05-10 22:13:20

E-FOLIO PERADABAN-1

E-FOLIO PERADABAN-1

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK : ELEMEN-ELEMEN PERPADUAN DALAM KALANGAN
RAKYAT MALAYSIA

NAMA NOMBOR PENDAFTARAN

ISYRAF FAHMI BIN RAZALI 14DTK21F1049
MUHAMMAD ADAM BIN ASRI 14DTK21F1036
HASYA NASUHA BINTI MD FAIZAL 14DTK21F1034
NUR ATILA BINTI MAZLANI 14DTK21F1020

SESI 2 2021/2022
MD SHUKRI BIN ABD RAHIM

ISI KANDUNGAN

UNIT ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT

1.0 PENGHARGAAN

2.0 PENGENALAN

3.0 DEFINISI ELEMEN-ELEMEN PERPADUAN DALAM
KALANGAN MALAYSIA

4.0 SEJARAH ELEMEN PERPADUAN DALAM
MASYARAKAT MALAYSIA

5.0 CABARAN ELEMEN PERPADUAN DALAM
MASYARAKAT

6.0 KEPENTINGAN ELEMEN PERPADUAN DALAM
MASYARAKAT

7.0 KESAN SEKIRANYA MASALAH PERPADUAN TIDAK DI
ATASI

8.0 KESIMPULAN

9.0 RUJUKAN

1.0 PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh
jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Tuan Md Shukri Bin
Abd Rahim, Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU
21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga
banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung
. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi
sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan
tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada
rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat
kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang
ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami
menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak
mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

2.0 PENGENALAN

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, agama,
budaya dan kedudukan wilayah sentiasa hidup dalam harmoni sebagai satu
bangsa Malaysia yang bersatu dan komitmed untuk membentuk identiti
kebangsaan. Lantaran itu, bagi mewujudkan perpaduan maka proses dinamik
untuk merapatkan hubungan antara kaum dan antara negeri dalam Malaysia
mesti berterusan. Perkara ini bertujuan untuk membentuk satu identiti yang
tersendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Oleh itu,
perkara ini menjadi amanah bagi seluruh rakyat Malaysia untuk memastikan
toleransi antara kaum diamalkan secara maksimum. Demi Malaysia, maka
seluruh rakyat pelbagaikaum mesti meletakkan kepentingan negara mendahului
kepentingan individu atau kaum-kaum tertentu. Hal in demikian, dapat
menjamin kemakmuran dan kerjasama antara kaum sentiasa-berada pada tahap
maksimum. Maka negara merdeka ini akan sentiasa diwarisi kepada generasi
bahar dalam keadaan yang aman, makmur dan membangun.

3.0 DEFINISI ELEMEN-ELEMEN PERPADUAN DALAM KALANGAN
MASYARAKAT MALAYSIA

 Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan bersama di kalangan mereka.

 Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana kepelbagaiannya
yang bukan sahaja berbeza dari segi etnik malahan aspek ekonomi,
kebudayaan dan agama.

 lanya adalah mustahil untuk sesebuah etnik menjadi etnik yang lain,
maka struktur ekonomi budaya dan pemangkin perl dijadikan pemangkin
dalam usaha mencapai perpaduan.

4.0 SEJARAH ELEMEN PERPADUAN DALAM MASYARAKAT
MALAYSIA

Bagi menjamin keharmonian masyarakat majmuk, asasnya terletak pada
kesefahaman antara kaum. Bagi merealisasikan perpaduan dalam masyarakat,
toleransi merupakan elemen utama demi mewujudkan kesejahteraan hidup
bersama. Hidup dalam keadaan aman, bebas dan merdeka. Malaysia merupakan
sebuah negara kecil yang di dalamnya terdapat kepelbagaian kombinasi, baik
dari segi etnik, budaya, bahasa mahupun agama. Kepelbagaian inilah yang
membuatkan Malaysia sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa
sebagai model keharmonian kaum (Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),
1991). Namun begitu, untuk membina sebuah negara bangsa yang bernama
Malaysia, kita sering diuji dengan pelbagai tribulasi yang kadang kala
menggugat jalinan keharmonian antara kaum.

Kemakmuran yang dinikmati hari ini merupakan terjemahan daripada
sejarah yang panjang. Perpaduan yang wujud hari ini merupakan sebuah
kebahagiaan yang telah melalui proses interaksi, integrasi dan asimilasi antara
masyarakat pribumi lokal dengan masyarakat bukan pribumi lokal. Proses ini
mengambil masa yang agak panjang dan turut mencatatkan liku-liku zaman
kedukaannya. Permuafakatan politik antara kaum sejak era perjuangan
kemerdekaan dapat digarap sehingga terhasilnya sebuah kemerdekaan pada
tanggal 31 Ogos 1957. Hari kemerdekaan ini merupakan Tarikh keramat bagi
seluruh rakyat Malaysia dan disambut dengan penuh kegemilangan dan
kesyukuran bagi semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama.
Bermula dari situ, Malaysia dibangunkan dari sebuah negara agraria kepada
sebuah negara maju dalam bidang teknologi moden. Daripada perdana menteri
pertama sehingga keempat, pemacuan ke arah pembangunan mampan terhasil
dengan baik dan berjaya. Antara dasar yang yang membantu seperti Dasar
Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar

Industri Berat dan pelbagai lagi dasar yang dipacu ke arah membangunkan
Malaysia dan membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Rasa terima kasih
perlu diberikan kepada bapa kemerdekaan Malaysia dan juga pemimpin
kemudiannya, contohnya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj serta kepada
pengganti-penggantinya seperti Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn
dan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menerajui Malaysia ke arah
kemakmuran dan pembangunan. Generasi baharu mesti diberikan maklumat
yang tepat tentang peranan, sumbangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu
agar mereka dapat memahami dan menghargai jalan rintis yang diterokai oleh
generasi terdahulu. Bagaimana maklumat ini hendak disampaikan kepada
generasi muda? Tidak lain dan tidak bukan ialah dengan mempelajari sejarah
Malaysia itu sendiri berdasarkan konsep ‘sebagaimana ianya terjadi’ (Carr,
1965) Dengan kata lain, sejarah digambarkan secara objektif berdasarkan
kepada fakta sejarah sebenar, tidak memihak atau wujudnya unsur prasangka.
(Gawronski, 1975). Begitu juga dengan pandangan Ibnu Khaldun (1962) yang
menggariskan bahawa sejarah itu sebagai catatan atau maklumat tentang
manusia, masyarakat, tokoh dan tamadun. Sejarah perlu berkisar tentang sifat-
sifat manusia seperti keramahan, kepimpinan dan setiakawan antara satu
golongan dengan golongan yang lain, akhirnya membentuk sebuah negara
bangsa.

Melalui proses sejarah yang dilalui negara, maka hari ini keutuhan
perpaduan rakyat Malaysia sudah teruji. Namun peringatan mesti sentiasa
diberikan agar keutuhan hubungan antara kaum ini sentiasa terpelihara. Di sini
timbul persoalan sejauhmanakah kekuatan dan semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia betul-betul jitu. Sering kali dilihat keutuhan
perpaduan kaum di Malaysia tergugat oleh beberapa insiden yang kadang kala
menimbulkan perasaan tidak puas hati antara kaum. Untuk membicarakan
persoalan berkaitan dengan aspek ini, maka perlulah terlebih dahulu kita Jurnal

Perspektif (2020) Jil. 12 Bil. 2 (48-58) ISSN 1985-496X /eISSN 2462-243550
menyingkap kembali sejarah imigran di Malaysia. Melalui sejarah ini setiap
individu dapat mengetahui asal-usul sesuatu peristiwa itu berlaku seterusnya
boleh berfikir dua kali apabila berbicara soal sensitiviti kaum (Ishak, 2005).

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian etnik yang hidup dalam suasana
muafakat yang jitu. Hal ini menjadikan Malaysia sebagai model masyarakat
majmuk di peringkat antarabangsa. Pribumi asal terdiri daripada bangsa
Melayu, Bumiputera dan masyarakat asal tetapi kedatangan penjajah membawa
masuk kaum imgran ke sini mempelbagaikan etnik masyarakat Malaysia. Lama-
kelamaan bangsa ini berkembang dan selepas berakhirnya era penjajahan ada
yang kembali ke tanah asal tetapi tidak kurang juga yang terus menetap di sini
dan menjadikan Malaysia sebagai tanah air sendiri hingga mereka diterima
orang Melayu dengan penuh lapang dada.

Tragedi 13 Mei 1969 mencatat sejarah hitam pertumpahan darah dalam
kalangan rakyat Malaysia. Perkara ini membuka mata pelbagai pihak tentang
kepentingan untuk menjaga sensitivity dalam masyarakat majmuk (Kia Soong,
2007). Hasilnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan (Kertas
Putih Kerajaan, 1969). Kemudian pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara
ditubuhkan di bawah pentadbiran MAGERAN bagi menangani isu-isu berkaitan
dan membantu kerajaan membina semula perpaduan masyarakat. Jabatan ini
dipertanggungjawabkan untuk memupuk dan memelihara perpaduan antara
kaum dan kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dikenali
dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Perbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk terus memastikan perpaduan
negara terpelihara dan ini dapat dilihat dengan pembentukan parti Barisan
Nasional, pengenalan pelbagai dasar negara seperti Rukun Negara dan
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta pemupukan perpaduan dalam
kurikulum pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Negara (INTAN, 1991).

5.0 CABARAN ELEMEN PERPADUAN DALAM MASYARAKAT

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan
dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun
disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan perkauman
yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Negara Malaysia mengecapi
kemerdekaan hasil usaha kesemua rakyat pada ketika itu, tapa mengira bangsa,
agama dan warna kulit untuk hidup harmoni bersama-sama. Namun, hari ini
kita sering melihat siaran berita di televisyen dan video-video perkongsian di
laman sosial yang menggugat perpaduan kaum yang telah terbina sejak dahulu
lagi. Pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku di mana
kekurangan sifat toleransi merupakan nilai yang penting bagi mencari
kemajmukan dalam kalangan masyarakat hari ini. Oleh itu, mari kita huraikan
cabaran-cabaran yang timbul dalam mengekalkan perpaduan kaum.

Cabaran pertama adalah dari segi politik negara. Perbezaan parti politik
di Malaysia yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum.
Dunia politik sememangnya penh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai
individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza. Hasilnya,
mash terdapat pemimpin yang kurang bijak dengan mengharapkan sentimen
perkauman dapat memancing perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin
melindungi kepentingan diri sendiri, Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke
arah kemajuan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara
maju yang lain, ahli politik perlu bersikap terbuka dan matang. Politik
sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan
bai mana-mana pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik
merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara
ini. Sekiranya rakyat dan para pemimpin negara dapat mengatasi cabaran ini,
pasti perpaduan kaum antara masyarakat dalam negara akan menjadi lebih erat.

Di samping itu, dominisasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang
ekonomi juga telah mewujudkan jurang ekonomi antara perkauman. Cabaran ini
telah pun timbul sejak zaman penjajahan British lagi dimana kaum Melayu
menjadi petani dan nelayan, kaum India diletakkan di ladang getah dan kaum
Cina bekerja sebagai pedagang dan melakukan perlombongan. Setelah
kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan di mana setiap kaum mendapat
peluang pendidikan dan mampu berjaya sekiranya berusaha dengan betul.
Namun begitu, akibat dasar penjajah dahulu, kesannya mash dapat dilihat
sampailah sekarang dimana sektor perniagaan mash didominisasi oleh kaum
Cina dan kebanyakan orang India mash tinggal di ladang. Rentetan senario in
telah menyebabkan interaksi sosial di antara mereka terbatas. Kesannya,
perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di
antara sesama kaum dan menyukarkan proses perpaduan.

Cabaran seterusnya adalah dari segi sosial golongan muda dimana sistem
pendidikan yang diasing kan mengikut kaum telah wujud dan meninggalkan
kesan yang kurang baik. Pengenalan system sekolah vernakular yang mengikut
kaum telah menjadikan hubungan masyarakat semakin renggang. Mutakhir ini,
mash ramai rakyat yang merupakan warganegara Malaysia tidak fasih untuk
bertutur dalam bahasa kebangsaan iaiatu Bahasa Melayu. Bahasa merupakan
elemen utama untuk berkomunikasi di antara satu sama lain, sekiranya kita
tidak fasih untuk berbahasa, bagaimana untuk kita berkomunikasi dan
memahami individu lain yang berbeza pendapat dengan kita. Jika masyarakat
majmuk melibatkan dir dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan
berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan, persefahaman
dan toleransi antara satu sama lain. Pada hemat saya, mewujudkan satu sahaja
aliran dalam sistem pendidikan negara serta penekanan tehadap penggunaan
bahasa kebangsaan dapat menyelesaikan masalah perpaduan kaum yang

semakin membelenggu masyarakat hari ini. Persis kata mutiara, melentur buluh
biarlah dari rebungnya.

6.0 KEPENTINGAN ELEMEN PERPADUAN DALAM MASYARAKAT

1. Merapatkan hubungan persahabatan antara kaum
2. Menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
3. Memupuk semangat patriotik antara kaum
4. Mewujudkan sikap bekerjasama dan saling menyayangi dalam
masyarakat berbilang kaum
5. Membentuk masyarakat yang harmoni

7.0 KESAN SEKIRANYA MASALAH PERPADUAN TIDAK DI ATASI

1. Kelembapan ekonomi akan berlaku
2. Visi negara tidak akan dapat dicapai
3. Sukan Malaysia tidak akan maju
4. Pendidikan sukar diseragamkan
5. Keamanan Malaysia tidak dapat dikekalkan
6. Tidak mencapai wawasan yang akan datang
7.Ketidakstabilan politik negara
8.Keselamatan negara akan terancam
9.Wujudnya sikap memengtingkan diri sendiri di dalam masyarakat

8.0 KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan, rakyat Malaysia mempunyai hak untuk hidup secara aman dan
harmoni walaupun penduduk negara ini berbilang kaum, agama dan budaya. Bagi menjamin
perpaduan dan keharmonian negara, setiap rakyat perlu saling memahami antara satu dengan
lain. Seterusnya mengambil langkah-langkah positif dan mengamalkan dasar-dasar yang
membina semangat perpaduan. Perkara ini dapat dicapai dengan pelaksanaan satu ideologi
nasional iaitu Rukun Negara yang mengandungi unsur-unsur keamanan, kesetiaan kepada
raja dan negara, kepatuhan kepada perlembagaan dan aspek-aspek kesopanan serta tatasusila
(Zulhilmi & Rohani, 2003). Lantaran itu, perkara ini amat penting kepada negara kerana
dalam keadaan ekonomi negara yang sedang membangun, masalah pertikaian dan perbalahan
antara kaum akan mengakibatkan kegawatan ekonomi negara. Keadaan ini tidak sihat bagi
sebuah negara membangun seperti Malaysia. Sekiranya dibiarkan berlarutan akan
mengakibatkan kelembapan ekonomi dan menggugat kestabilan politik. Pelabur asing akan
beralih arah ke negara yang lebih selamat untuk melabur. Kalau ianya dibiarkan berlarutan
Malaysia akan memasuki fasa negara gagal. Oleh itu, ambillah iktibar dari sejarah keruntuhan
sesebuah negara bangsa supaya kita tidak terjerumus ke lembah yang sama. Ingatlah sejarah
itu umpama roda, kalau dibiarkan, keruntuhan itu pastinya akan berulang.

9.0 RUJUKAN

1.https://www.researchgate.net/publication/351934381_Sejarah_Elemen_Pe
rpaduan_Rakyat_History_of_the_Elements_of_People's_Unity/link/60b09c
faa6fdcc647ee3621e/download

2.https://images.app.goo.gl/oEWdZx7RaypSJREB9

3.https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/download/4921/2928
/

4.https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.faceboo
k.com%2F116667740460867%2Fphotos%2Fa.118637893597185%2F14381
4934412814%2F%3Ftype%3D3&psig=AOvVaw2hGtjjhb-
Fjt64LD2pxy6R&ust=1652295548586000&source=images&cd=vfe&ved=0
CAwQjRxqFwoTCLDLodvO1fcCFQAAAAAdAAAAABAD

5.https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fkocamiss.blog
spot.com%2F2021%2F08%2Fkepentingan-perpaduan-dalam-
kalangan.html&psig=AOvVaw1bvPg1BU-6tizG4KoV3-
3Y&ust=1652294499135000&source=images&cd=vfe&ved=0CAwQjRxqF
woTCOC_0trS1fcCFQAAAAAdAAAAABAD

6.https://www.utusanborneo.com.my/2020/01/29/perpaduan-elemen-
penting-kekal-keharmonian


Click to View FlipBook Version