The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rosdiana Mohd, 2021-08-22 08:13:06

Sejarah Tahun 4 - Tun Perak Bendahara Terbilang_Classical

SEJARAH



Assalamualaikum wbt. Setinggi-

tinggi ucapan kesyukuran

dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT

kerana diberikan peluang untuk

menyiapkan Tugasan Folio Sejarah

: Tun Perak Bendahara Terbilang.




Sepertimana yang diketahui, Tun

Perak merupakan Bendahara

Terbilang dalam Kesultanan

Melayu Melaka. Tugasan ini

disiapkan bermula proses

menerima tajuk, menentukan

kaedah kajian, mengumpul bahan,

menulis tugasan ke dalam folio

sehingga proses penghantaran

tugas.




Tiga fokus utama saya bentangkan

di dalam folio sejarah ini.

1. Riwayat Hidup Tun Perak

2. Peranan Tun Perak

3. Kebijaksanaan Tun Perak







3

Kita akan dapat mempelajari:










1. Mengetahui tentang
riwayat hidup

Tun Perak.












2. Menganalisis

peranan Tun Perak.













3. Menghuraikan
kebijaksanaan

Tun Perak
















4

5

BIODATA TUN PERAK



Nama : Tun Perak

Nama Bapa : Bendahara Seri Wak
Raja Tun Perpatih Serdang

Jawatan : Bendahara Melaka

Gelaran : Bendahara Paduka Raja
Adik-beradik : 1) Tun Kudu

2) Tun Perpatih Putih

Pengalaman : 1) Penghulu Klang

2) Penghulu Bendahari
Melaka

3) Bendahara Melaka










6

 Tonggak utama pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka.




 Berasal daripada keluarga

pembesar.



 Dilantik dan dianugerahi

gelaran Bendahara Paduka Raja

oleh Sultan Muzaffar Shah kerana
kebijaksanaannya.




 Berkhidmat kepada
4 orang sultan iaitu

1. Sultan Muzaffar Shah

2. Sultan Mansur Shah
3. Sultan Alauddin Riayat Shah

4. Sultan Mahmud Shah.




















7

Tahun 1445

 Tun Perak merupakan salah
seorang pembesar yang

berperanan penting dalam

usaha memperluaskan kuasa

Kerajaan Melaka.

 Tun Perak berjaya

menghalang serangan Siam.

 Pada ketika itu beliau adalah

Penghulu Klang.

 Strategi beliau ialah

mengarahkan pengikutnya

membawa keluarga masing-
masing berpindah ke

Melaka.


 Tujuannya untuk menaikkan
semangat tenteranya untuk

mempertahankan Melaka.

















8

1. Ketua Pembesar



 Menjalankan tugas sultan

apabila sultan gering atau ke

luar negara.
 Menjalankan tugas-tugas

pentadbiran atas arahanSultan

Melaka.
 Memastikan pelaksanaan

undang-undang negeri Melaka

dipatuhi.














































9

2. Penasihat Sultan



 Menasihati sultan dalam hal

ehwal pemerintahan.

 Menasihati sultan supaya
memerintah kerajaan

mengikut ajaran Islam.
























































10

3. Ketua Diplomat



 Menguruskan hubungan

diplomatik dengan kerajaan lain

seperti China dan Siam.
 Menyambut kedatangan utusan

dari negara luar seperti Pasai dan

China ke Melaka.
 Menghantar rombongan

persahabatan ke Siam.















































11

4. Panglima Tentera




 Tun Perak membantu Sultan

Mansur Shah meluaskan empayar
Kesultanan Melayu Melaka.

 Tun Perak berjaya mengalahkan

Pahang yang ketika itu berada di
bawah penguasaan Siam.

 Tun Perak membantu Sultan Pasai

yang menghadapi perang saudara.















































12

 Tun Perak berjaya mewujudkan
kerjasama yang erat antara sultan

dengan pembesar dalam

pentadbiran. Kerjasama ini
berjaya meluaskan empayar

Melaka meliputi Tanah Melayu,

pantai timur Sumatera dan
Kepulauan Riau – Lingga.











































13

 Tun Perak mengarahkan supaya

jamung di pasang pada setiap pokok

bakau di sepanjang pantai. Tentera Siam
membatalkan hasrat untuk menyerang

Melaka. Mereka menyangka ramai

tentera Melaka telah bersiap sedia di
sepanjang pantai tersebut.











14

 Tun Perak berjaya mengekalkan

keamanan dan menjamin
keselamatan Melaka daripada

ancaman luar. Tun Perak

menulis surat kepada Raja Siam
untuk menjalinkan hubungan

persahabatan. Raja Siam

menyambut baik hasrat tersebut.















 Tun Perak merupakan seorang
pembesar yang berpegang teguh

kepada ajaran Islam. Tun Perak

menggalakkan ulama ke Melaka dan

menasihati sultan. Tun Perak juga
menasihati sultan supaya

memerintah kerajaan mengikut

ajaran Islam.







15

5. Mempertahankan

Kesultanan Melayu Melaka










 Kebijaksanaan Tun Perak terbukti
apabila beliau mempertahankan

Kesultanan Melayu Melaka dalam

peristiwa anaknya Tun Besar dibunuh

oleh Raja Muhammad. Tun Perak
melarang pengikutnya menuntut bela,

sebaliknya meminta mereka supaya

setia kepada Sultan Melaka.








































16

Peristiwa Siam ingin menyerang
Melaka, baginda mengarahkan semua

rakyat berjuang menentang Siam.








Sebagai Penghulu Klang, membawa
pengikutnya berjuang mempertahankan

Melaka. Hasilnya Siam kalah.








Sultan Muzaffar Shah melantiknya

menjadi Penghulu Bendahari Melaka
kerana bijak mematahkan serangan Siam.










Sultan Muzaffar Shah

melantiknya menjadi Penghulu

Bendahara setelah Tun Ali
meletakkan jawatan.







17

Serangan Kedua Siam





Siam ingin membalas dendam atas

kekalahan mereka dengan menyerang

Melaka sekali lagi.







Beliau mengetuainya. Beliau menyuruh

seorang pemuda gila-gila untuk
melanggar dan menterbalikkan

sampan kepunyaan askar Siam.









Sementara itu, beliau menyuruh
pengikutnya mengikat jamung di

sepanjang pantai Melaka.








Pada waktu malam, ia telah

mengelirukan askar Siam dan berundur
kerana menyangka askar Melaka lebih

ramai dan tidak mampu dikalahkan.









18

Terdapat 3 kaedah utama yang saya
gunakan :




1. Pengunaan Internet - Saya melayari
internet untuk mendapatkan

maklumat yang lebih banyak.

















2. Buku Teks - Saya juga menjadikan

buku teks Sejarah sebagai rujukan.



















3. Temu bual - Saya menjadikan ibu

bapa sebagai rujukan.










19

Saya merasa amat bersyukur kerana

dapat menyiapkan tugasan Folio

Sejarah : Tun Perak Bendahara

Terbilang dalam tempoh yang

ditetapkan.



Kekuatan dalam menyiapkan

tugasan ini adalah saya mendapat

sokongan, dorongan dan bantuan

daripada kedua ibu bapa. Juga

memperoleh sumber rujukan yang

mencukupi untuk dimasukkan ke

dalam tugasan ini. Saya juga

mempunyai komputer, mesin

pencetak dan talian internet yang

stabil yang memudahkan tugasan

disiapkan.



Pengajaran daripada tugasan ini

adalah lebih mengambil berat

tentang kepentingan belajar Sejarah

serta mengambil iktibar daripada

sifat-sifat keperibadian dan

kepimpinan Tun Perak.







20

1. Dr. Sivarajan a/l Ponniah,

Ahmad Hishanuddin bin Ramli,

Noor Syazana binti Taib - Buku

Teks Sejarah Tahun 4 Sekolah

Kebangsaan : Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP) Kuala Lumpur

(2019).




2. http://cikgusejarahsekolah.blogs

pot.com/2015/02/tun-perak-

bendahara-terbilang.html




3. https://www.youtube.com/watch

?v=eimIMh_deKc




4. https://sejkssrt4t6u1011.wordpre

ss.com/2017/08/22/unit-10-tun-

perak-bendahara-terbilang/




5. https://m-

update.com/2019/01/15/tun-

perak/






21

Syukur alhamdulillah, akhirnya saya

berjaya menyiapkan tugasan Folio Sejarah
yang bertajuk Tun Perak Bendahara

Terbilang dalam tempoh masa yang

ditetapkan.



Saya Muhamad Haziq Akmal Bin Rizal dari

kelas 4 Linux ingin merakamkan ucapan
ribuan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat dalam membantu saya

menjayakan dan menyiapkan tugasan ini.



Pertamanya saya ingin mengucapkan

terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang

sentiasa menyokong dengan memberikan
kata-kata semangat serta sanggup

meluangkan masa dan tenaga dalam

memberikan idea dan cara mendapatkan
maklumat bagi menyiapkan tugasan ini.




Seterusnya ucapan terima kasih juga

kepada guru Sejarah saya, Cikgu Rosmini
binti Abdul Kadir di atas segala tunjuk ajar

dan bimbingan yang telah diberikan dalam

merancang dan menyiapkan tugasan ini.








22

23


Click to View FlipBook Version