The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Faizal Diah, 2021-03-21 21:41:42

buku aturcara Han1s

*

UCAPAN PENGETUA

SMK DUSUN NANDING









BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana atas izinNya, kita dapat sama-sama melancarkan Majlis
Pelancaran HaN1S @ Pembugaran NILAM dan Rak Buku Digital Pusat Sumber AlJahiz serta Rak Maya
DUNA SMK Dusun Nanding. Matlamat utama NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca ialah untuk
membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid. Tinggilah hasrat saya agar
matlamat program NILAM ini dapat menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya semua
murid seterusnya berjaya melahirkan murid yang suka membaca dan mencintai ilmu. Harapan saya
semua murid memahami matlamat program ini dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
*
galakan membaca yang dianjurkan oleh PSS sekolah kita.
Membaca adalah langkah pertama untuk memperoleh ilmu pengetahuan, maklumat dan
kemahiran dalam semua bidang. Sifat suka membaca perlulah menjadi amalan sepanjang hayat.
Membaca juga dapat mendidik diri kita ke arah yang lebih baik dan seimbang dalam aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek . Ilmu yang diperoleh daripada amalan membaca mampu memberikan
nilai tambah dalam diri seterusnya menjadikan seseorang itu lebih berdaya saing dan mampu
mengharungi cabaran dunia globalisasi.
Amatlah tinggi harapan saya agar warga SMK Dusun Nanding terus menongkah arus dengan
jiwa dan semangat juang yang padu dalam menghadapi transformasi pendidikan bersesuaian
dengan moto yang selalu saya ulang…NANDING HEBAT NANDING CEMERLANG. Tingkatkan azam
anda semua agar minat membaca dan mencapai cita-cita. Sebelum mengakhiri ucapan saya,
sekalung TAHNIAH saya ucapkan kepada semua warga DUNA dan ahli jawatan kuasa yang Berjaya
menjalankan program pada pagi ini.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis
Pelancaran HaN1S @ Pembugaran NILAM dan Rak Buku Digital Pusat Sumber AlJahiz serta Rak Maya
DUNA SMK Dusun Nanding. Terima Kasih semua.

UCAPAN YDP PIBG

SMK DUSUN NANDING









Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun diatur pembuka bicara.


BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA

*
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana atas izinNya, kita dapat sama-sama melancarkan Majlis
Pelancaran HaN1S @ Pembugaran NILAM dan Rak Buku Digital Pusat Sumber AlJahiz serta Rak Maya

DUNA SMK Dusun Nanding.
Saya Pn Siti Zubaidah, YDP PIBG SMK Dusun Nanding ingin mengucapkan syabas dan tahniah

atas penganjuran program ini. Kami pihak PIBG dan ibubapa sangat berbesar hati memberikan
sokongan kepada aktiviti-aktiviti galakan membaca anjuran Pusat Sumber Sekolah. Saya sangat
berharap agar semua anak-anak murid SMK Dusun Nanding dapat menjadikan amalan membaca
sebagai satu amalan seharian dan aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PSS.

Semoga Majlis berjalan lancar, saya sudahi dengan Wabillahi taufiq wal hidayah
Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. Sekian Terima Kasih

LATAR BELAKANG HAN1S

HAN1S adalah singkatan daripada Hari Nilam 1 Selangor. HAN1S adalah hasil keputusan daripada

Mesyuarat Gerakan Tabiat Membaca pada tarikh 9 November 2015 bagi mengukuhkan program
NILAM di sekolah-sekolah negeri Selangor Darul Ehsan.



LATAR BELAKANG PROGRAM NILAM

 ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan gabungan atau adunan semua aktiviti
galakan membaca
*
 Mula dilaksana pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia
Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

 Objektif program NILAM ialah menjadikan membaca sebagai satu budaya dalam kalangan murid
sekolah

 Membina tabiat membaca dan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

 Fokus bacaan – buku fiksyen, buku bukan fiksyen dan pelbagai bahan bacaan lain termasuk ba-
han bacaan digital .

 Menulis rumusan .

 NILAM Program ditambah baik telah bermula pada tahun 2017 dan telah berjalan sepenuhnya
mulai 2018. Ini seiring dengan corak perkembangan Pembelajaran Abad ke-21 yang berfokus
kepada pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi dan kreatif, literasi digital, komunikasi
berkesan, koloboratif dan penghasilan kerja bermutu. Bahan bacaan tidak lagi berfokus kepada
buku fizikal tetapi juga bahan bukan buku yang terdiri daripada semua jenis bahan bacaan digital
termasuk bacaan di dalam talian.

JAWATAN KUASA PELAKSANA

Pengerusi : Maheran bt. Abdul Rahman (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : Zahara bt Mohd. Aripin (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi I : Basri b. Tukiran (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi ll : Norhaliza bt Hashim (PK PPKI)


Penyelaras : 1.Surya Hafida bt Bahari (GKMP Bahasa)

2. Fadzilah bt Bakar (GKMP Sains & Matematik)
*
3. Mohd Salim bin Awang (GKMP Bidang Teknik & Vok)

4. Nor Shahrah bt Salleh (GKMP Kemanusiaan)


5. Royati Bt Abd Saha (GPM)



Hos teknikal Live : Norizati bt Hussin

Poster : Chong Sook Fong


Pendaftaran : Dzramrah bt Hashim

Montaj : Roazuwan bin Muhammad

Buku Aturcara : Mohd Faizal bin Mohd Diah

ATURCARA MAJLIS


10.00 pagi: Doa

10.15 pagi : Ucapan YDP PIBG SMK DUSUN NANDING

10.20 pagi : Ucapan Perasmian oleh Pengetua SMK DUSUN NANDING

10.45 pagi : Perkongsian pengalaman oleh Tokoh Nilam Daerah Hulu Langat
11.00 pagi : Resensi Buku Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

11.30 pagi : Montaj Perasmian Majlis.

12.00 tghari : Majlis Bersurai


Link Kehadiran dan kuiz: http://gg.gg/nilamduna1

Rak Maya SMK Dusun Nanding:ps:// Rak Digital SMK Dusun Nanding:
*
https://duna.rakmaya.com/ http://gg.galjahiz












Rekod Bacaan Nilam (iqnilam): Rekod Bacaan Nilam (sekolah):
https://iqnilam.moe.gov.my/ http://gg.gg/rekodnilamDUNA


Click to View FlipBook Version