The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU INI MENERANGKAN TATACARA PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI,

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafiezamani Ahmad, 2020-08-04 21:37:39

APLIKASI GOOGLECLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

BUKU INI MENERANGKAN TATACARA PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI,

Keywords: GC

Edisi Pertama 2020
Kolej Komuniti Selandar, Melaka

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa
jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Kolej Komuniti Selandar. Perundingan
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

e-ISBN 978-967-2473-xx-xx Data-Pengkatalogan-dalam penerbitan
Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh:
Kolej Komuniti Selandar, Melaka
Jalan Batang Melaka,
77500 Selandar, Melaka
https://sites.google.com/celt.edu.my/hafiez-elearning/home

Syukur ke hadrat ilahi atas izinNya maka buku ini, Aplikasi Google Classroom di

Kolej Komuniti berjya dihasilkan. Edisi ini akan menerangkan perkara asas tentang
pembelajaran atas talian Google Classroom di Kolej Komuniti. Buku ini juga bertujuan sebagai
rujukan kepada pensyarah mahupun pelajar dalam menggunakan Aplikasi Google Classroom
sebagai platform pembelajaran atas talian.

Buku ini memberi panduan kepada pensyarah dari mula daftar kelas, membuat persediaan
kelas, mereka bentuk kuiz, ujian, amali, memberi rubrik pemarkahan dan sehingga dapat
mengeluarkan markah penilaian pelajar. Di dalam buku ini juga menerangkan bagaimana
pelajar untuk mendaftar kelas, menjawab kuiz dan menghantar tugasan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri, Dr Sharifah Nadiyah Bt Razali yang sentiasa
memberi sokongan sehingga tersiapnya buku ini. Tidak lupa juga Dr Umawathy
Techanamurthy dalam memperkenalkan Google Classroom. Sekalung penghargaan kepada
tenaga pensyarah yang penyalurkan pengetahuan, kemahiran dan kerjasama berterusan
dalam melaksanakan pembelajan Google Classroom. Sebarang komen dan cadan gan adalah
dialu-alukan bagi meningkatkan mutu buku ini pada masa akan datang.

Sekian

Mohd Hafiez Bin Ahmad
Pensyarah Kanan
Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN KEPADA SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS) 3

2 SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS) VS GOOGLE CLASSROOM (GC) 5

3 PENGENALAN KEPADA GOOGLE CLASSROOM 6

4 PANDUAN LATIHAN: KELAS ATAS TALIAN (GOOGLE CLASSROOM) 7 - 35

i. DAFTAR GOOGLE 7

ii. PENDAFTARAN GOOGLE CLASSROOM 9

iii. MENDAFTAR DAN MENAMBAH PELAJAR 10

iv. MENAMBAH PENSYARAH 12

v. MEMBINA TOPIK PENGAJARAN. 13

vi. MENYIMPAN BAHAN DALAM - CLASS DRIVE 16

vii. MEREBENTUK KUIZ ONLINE 18

viii. PELAJAR MENJAWAB KUIZ DAN MENYEMAK KUIZ 22

ix. MEREKA BENTUK TUGASAN DALAM GOOGLE CLASSROOM 24

x. PELAJAR MENGHANTAR TUGASAN 27

xi. AMALI PELAJAR 29

xii. MENUKARKAN KUIZ DARI WORD, EXCEL DAN POWERPOINT 30
KEDALAM GOOGLE CLASSROOM

5 RUJUKAN 36

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 3

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

1. PENGENALAN KEPADA SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
(LMS)

Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang juga dikenal sebagai Sistem Pengurusan Kursus
(CMS) atau Virtual Learning Environment (VLE) adalah aplikasi perisian atau teknologi berasaskan Web
yang digunakan untuk merancang, melaksanakan, dan menilai proses pembelajaran tertentu (Lopes,
2011). Secara umumnya, LMS menyediakan platform atas talian yang membolehkan tenaga pengajar
untuk membuat dan menyampaikan kandungan pembelajaran, memantau penyertaan pelajar dan
menilai prestasi pelajar. Ia mengintegrasikan pelbagai fungsi untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. LMS menjadikan interaksi antara pelajar-pengajar dan pelajar-pelajar lebih mudah.
Kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menggunakan LMS untuk menyokong pendidikan
berkualiti tinggi (Afendi, Mohamed Amin, & Abdul Halim, 2011; Ellis & Calvo, 2007). Ini adalah
disebabkan oleh LMS mampu mengurus dan seterusnya meningkatkan proses pembelajaran (García-
Peñalvo, J., Conde, Alier, & Casany, 2011). Selain itu, banyak aktiviti pedagogi dapat dijalankan secara
atas talian(Norazlina, 2014). Terdapat 5 ciri penting yang perlu ada pada LMS iaitu menyediakan
kandungan kursus, menguruskan kursus, menyampaikan kursus, menguruskan pengguna dan
memantau serta menilai prestasi pelajar (Rujuk gambarajah 1).

Gambarajah 1: Fungsi Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)

Software Testing merupakan badan berkecuali yang membuat analisa terhadap perisian
komputer. Sumber dari laman sesawang Software Testing
(https://www.softwaretestinghelp.com/learning-management-system/) menunjukkan lima (5) LMS
terbaik bagi tahun 2020 ialah Mindflash, Edmodo, Moodle, Blackboard dan Schoology. Namun hanya
EDMODO dan Moodle diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik dan Kolej
Komuniti.

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 4

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

Gambarajah 2: Top 5 Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)

Kronologi penggunaan platform atas talian di Kolej Komuniti bermula pada tahun 2011
dimana, penggunaan CIDOS diperkenalkan. CIDOS merupakan LMS Politeknik dan Kolej Komuniti yang
dibangunkan menggunakan perisian Moodle. Namun begitu, pada tahun 2012, pensyarah Kolej
Komuniti mula diperkenalkan dengan platform EDMODO. Berbanding CIDOS, EDMODO merupakan
perisian percuma. Seterusnya pada tahun 2015, MOOC diperkenalkan namun, kurang mendapat
sambutan dikalangan pensyarah Kolej Komuniti. Dan pada tahun 2018, Google Classroom mula
digunakan oleh pensyarah di Kolej Komuniti bagi menggantikan EDMODO.

Gambarajah 3: Kronologi Penggunaan Online Learning Tools di Kolej Komunti

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 5

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

2. SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS) VS GOOGLE

CLASSROOM (GC)

Berdasarkan dapatan lima (5) LMS terbaik 2020, EDMODO merupakan ditangga kedua. Dan
berdasarkan kronologi penggunaan Online Tools di Kolej Komuniti, EDMODO mula diperkenalkan
pada tahun 2012. Oleh itu, bahagian ini membandingkan perkhidmatan yang disediakan oleh
EDMODO dan Google Classroom. Dari segi pendaftaran akaun, EDMODO membenarkan mana-mana
akaun email digunakan untuk mendaftar. Namun, Google Classroom hanya membenarkan
pendaftaran menggunakan email gmail sahaja. Bagi perkhidmatan makluman kelas, EDMODO
direkabentuk untuk boleh menyatukan beberapa modulyang diambil oleh kelas berkenaan. Oleh itu,
makluman kelas dapat disampaikan dengan lebih effektif. Manakala, Google Classroom direkabentuk
untuk satu modul sahaja. Untuk memberi makluman kepada kelas, pensyarah perlu menghantar
makluman mengikut modul yang terlibat dengan kelas. Namun begitu dari segi perkhidmatan
memaparkan dan berkongsi fail, Google Classroom menyediakan servis yang lebih baik berbanding
EDMODO. Google Classroom juga menyediakan perkhidmatan notifikasi penghantaran tugasan,
namun perkhidmatan ini tidak disediakan oleh EDMODO. Kedua-dua Online Tools menyediakan kuiz,
namun, perkhidmatan untuk memberi markah secara automatic hanya disediakan oleh aplikasi
Google Classroom. Akhir sekali dari sudut antaramuka, Google Classroom menyediakan antaramuka
yang lebih formal, manakala EDMODO menyediakan antaramuka yang lebih menarik, mirip seperti
Facebook. Namun begitu, kedua-duanya hanya merupakan perisian pengurusan yang dapat
membantu pensyarah menguruskan kelas secara atas talian. Pensyarah perlu memilih aplikasi
mengikut kesesuain modul. Jadual 1 menunjukkan rumusan perkhidmatan yang disediakan oelh
Google Classroom dan Edmodo.

Jadual 1: Google Classroom vs Edmodo

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 6

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

3. PENGENALAN KEPADA GOOGLE CLASSROOM

Google Classroom (GC) adalah salah satu produk dari Google yang dilancarkan pada tahun
2014 melalui Google Apps for Education (GAFE) sebagai platform untuk menguruskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara kelebihan Google Classroom ialah, ia PERCUMA (namun
menawarkan perkhidamatan yang terhad) dan mudah digunakan. Ia membolehkan tenaga pengajar
menguruskan kelas secara atas talian. Ini dapat menjimatkan penggunaan kertas. Ianya boleh diakses
melalui komputer mahupun smartphone. GC juga membenarkan pengguna menyatukan penggunaan
aplikasi Google yang lain seperti Google Form, Google Drive, Google Documents, Google Slide, You
Tube, dan lain-lain (Abid Azhar & Iqbal, 2018; Ramadhani, Umam, Abdurrahman, & Syazali, 2019).
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh GC ialah:

1. Guru boleh mencipta kelas, menambah guru pembantu dan pelajar.
2. Guru boleh berkongsi sumber dan bahan dengan pelajar melalui aplikasi Google Drive.
3. Guru boleh mencipta tugasan atau kuiz secara atas talian.
4. Pelajar boleh menghantar tugasan atau kuiz dimana sahaja pada bila-bila masa.
5. Guru boleh menggunakan aplikasi Google Meet / Chat untuk berkomunikasi dengan pelajar

yang memerlukan bantuan.
6. Pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan rakan dengan menggunakan aplikasi Google Meet

/ Chat.
7. Guru dan pelajar boleh menggunakan aplikasi Google Docs, Google Sheet, Google Slides dan

Google Form.

Gambarajah 4: Perkhidmatan yang disediakan oleh GC

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 7

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

PANDUAN LATIHAN: KELAS ATAS TALIAN (GOOGLE CLASSROOM)
i. DAFTAR GOOGLE

1. Pergi ke website http://www.google.com
2. Pergi ke log in
3. Masukkan email celt yang telah diberi dan password dan tekan “ sign in”

4. Klik pada google apps scroll tetikus ke bawah dan clik pada claasroom

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 8

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI
5. Klik butang CONTINUE untuk teruskan.

6. Pilih role anda sebagai sebagai guru (I’M A Teacher)

Paparan akan dilihat seperti dibawah

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 9

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

ii. PENDAFTARAN GOOGLE CLASSROOM

1. Klik pada simbol tambah “+” dan pergi kepada “create class”

2. Masukkan nama sesi , kelas , subjek dan makmal dan klik create

3. Google classroom terhasil seperti dibawah.

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 10

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

iii. MENDAFTAR DAN MENAMBAH PELAJAR

1. Pelajar akan diberikan username dan password mengikut kolej masing- dibawah celt JPPKK.

2. Jika tiada pelajar boleh mendaftar sendiri di google.
3. Pelajar akan klik simbol “+” untuk mendaftar masuk kelas yang telah pensyarah daftarkan.

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 11

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI
4. Masukkan class code ke dalam join kelas dan klik join.

5. Jika pelajar sudah daftar untuk menyemak pergi ke tab people dan lihat pada student anda
dapati terdapat pelajar daftar. Kita juga mendaftar pelajar dengan klik tambah pelajar pada
simbol dan masukkan email pelajar.

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 12

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

iv. MENAMBAH PENSYARAH

1. Untuk menambah pensyarah klik sahaja pada simbol add lecturer dan masukkan email
pensyarah dan klik invite

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 13

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

v. MEMBINA TOPIK PENGAJARAN.

1. Pergi pada
a. tab Classwork dan
b. klik create
c. Klik topic
a

b

c

2. Masukkan nama topik dan disini pensyarah boleh membuat perancangan pengajaran
semester mengikut topik pembelajaran.

3. Disini pensyarah boleh meletakkan bahan pengajaran seperti nota, video, kuiz ,tugasan dan
lain lain.

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 14

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

4. Peserta dikehendaki memasukkan bahan pengajaran seperti dibawah:
• Klik > create > topic – untuk memasukkan Topik
• Klik > create > Material –untuk masukkan bahan pengajaran.

5. Bila selesai meletakkan material pengajaran anda boleh klik topik dan pilik topik 1

6. Setelah selesai anda boleh klik pada post dan pilih save draft untuk dipaparkan masa akan
datang.

1 4
2

3

5

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 15

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI
Hasil paparan adalah seperti berikut.

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 16

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

vi. MENYIMPAN BAHAN DALAM - CLASS DRIVE

1. Klik class Drive folder dimana ia akan membawa kita kepada google drive Google classroom.
Dimana disini kita boleh meletakkan semua nota, video, kuiz, tugasan atau amali yang akan
diberikan pada pelajar.

2. Kita boleh drag dan drop semua nota kita. Di dalam folder ini. Masukkan semua bahan
dalam google drive google classroom.

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 17

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

3. Masukkan nota dalam material klik pada topik 1.1
a. klik pada material > klik simbil 3 titik dan klik >edit

a
a

b. Klik pada add> klik google drive
c. pilih nota kita dalam google drive
b

c

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 18

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI 1

vii. MEREBENTUK KUIZ ONLINE

1. Klik pada tab Classwork
2. klik pada create
3. klik pada Quiz Assignment

2

3

4. Masukkannama title kuiz
5. Taipkan instruction – apa yang pelajar perlu buat
6. klik pada blank quiz

4
5

6

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 19

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI 10
7. Masukkan nama kuiz
8. Masukkan soalan 1

8
9

9. buat pilihan samada jawapan dalam bentuk

10. Ini adalah multiple answer . masukkan jawapan a,b,c,d dan

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 20

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI 12
11. kemudian masukkan markah points 14
12. kemudian pilih jawapan bagi soalan ini.

13

13. Klik done bila sudah selesai.
14. Untuk tambah soalan seterusnya klik
15. Atau klik soalan untuk satu soalan setiap seksyen

15

16. Sudah selesai klik Send 16
17

17. klik pada tab send via link
18. klik pada Shorten URL – untuk memendekkan link

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 21

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI
19. Copy link dan anda boleh send pelajar melalui whatsapp atau telegram atau email.
18
19 20

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 22

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

viii. PELAJAR MENJAWAB KUIZ DAN MENYEMAK KUIZ

1. Untuk menghatar kuiz kepada pelajar pensyarah hendaklah klik assign pada kuiz
Apabila pensyarah telah assign maka kuiz 1 akan menukar warna dan

1
2. Pelajar akan mendapat info dari google classroom tentang kuiz 1

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 23

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI
1. Pelajar akan mendapat kuiz yang dibeikan
maka setelah pelajar menjawab soalan
pensyarah akan mendapat response dari setiap
pelajar.

2. Pensyarah dapat membuat rumusan dan memberi markah kepada pelajar
3. Pensyarah boleh juga clik pada view response secara

a. Summary
b. Question
c. Individual
4. Pensyarah juga boleh convert markah keeseluruhan pelajar dengan klik pada >VIEW
RESPONSE IN SHEETS

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 24

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

ix. MEREKA BENTUK TUGASAN DALAM GOOGLE CLASSROOM

Tugasan yang di akan diberikan kepada pelajar melalui google classroom adalah dengan cara upload

dokumen yang sedia ada kepada google drive classroom atau membuat baru pada google classroom

dengan menggunakan apps yang sedia ada seperti google slide, google sheet atau google doc dan

lain-lain. a
1. Untuk mengupload file

dokumen sedia ada :

a. Masukkan Google

Classroom

b. Klik pada tab – Classwork

c. Klik pada Class Drive Folder

klik new d
d. klik file upload e
e. Pilih fail tugasan untuk diupload
f. Kemudian untuk memudahkan untuk edit dalam google

klik kanan pada dokumen dan klik Open With Google Doc
g. Kemudian klik File - Save as Google Docs
h. Fail dokumen lama boleh hapus atau simpan kedalam

folder lain untuk lebih kemaskini.

gh

h

2. Disini anda dapat dalam folder classroom terdapat file tugasan dalam bentuk Google Doc.
Anda boleh edit lebih mudah dalam google doc secara online.

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 25

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI
Untuk meletakkan tugasan dalam google classroom langkah-langkahnya ialah :

a. Pergi semula kedalam google classroom
b. Klik Create
c. Masukkan nama tugasan pada Title dan Instructions – arahan melaksanakan tugasan.
d. Klik google drive dimana kita menyimpan tugasan
b

c

d

e. Pilih file dan
f. Klik add

e

e
g. Klik make a copy for each student .
h. Masukkan markah
i. Pilih masa – klik due pilih tarikh bila tarikh akhir pelajar perlu hantar tugasan

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 26

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

l

h

i

j
g

k

j. Pilih topik – Topik 1 Pengenalan PLC
k. Klik Rubric jika ada
l. Klik assign pilih save draft untuk simpan atau pilih assign untuk terus hantar

3. Arahan yang sama boleh dilakukan untuk memberi markah untuk amali kepada pelajar.
Selamat mencuba….

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 27

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

x. PELAJAR MENGHANTAR TUGASAN

1. Pelajar akan mendapat notifikasi daripada google classroom. Untuk akses tugasan Cuma klik
tugasan.
1

2. Jika tidak boleh akses pelajar Cuma boleh memohon kepada pensyarah untuk akses ( jika
pelajar bukan dari celt.akaun.

3. Yugasan akan dipaparkan dengan google doc dan pelajar dikehendaki menyiapkan dan jika
sudah siap klik turn in. atau hand in
3

3

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 28

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI
4. pensyarah akan mendapat notifikasi jika pelajar sudah hantar
4

5. Pensyarah boleh memberi markah untuk setiap tugasan yang telah dihantar klik pada
tugasan pelajar pada Grade

6

6. Jika tugasan tidak memuaskan pensyarah boleh menghatar kembali kepada pelajar klik pada
return
7

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 29

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

xi. AMALI PELAJAR

1. Memasukkan amali pelajar dengan upload helaian amali dan assign pada pelajar
2. Arahan kepada pelajar sama seperti menghantar tugasan.

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 30

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

xii. MENUKARKAN KUIZ DARI WORD, EXCEL DAN POWERPOINT KE
DALAM GOOGLE CLASSROOM

1. Buka google classroom dan klik Class Drive Folder
1

2. Upload kuiz anda ke google drive classroom.
2

3. Klik kanan pada kuiz Word – open with – Google Docs 3
3

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 31

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI
4. Hasil word akan dibuka kepada google doc - save as Google Docs

5

6

5. Anda akan mendapati ada satu file google doc dalam folder
6. Ulang langkah 3 pada kuiz dalam excel dan klik kanan Open With – Google Sheet

dan save as kepada Google Sheet

66

7. Ulang langkah 3 pada kuiz dalam power point dan klik kanan Open With – Google Slide
dan save as kepada Google Sheet

77

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 32

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

8. Asingkan kuiz file office yang lama kepada folder lain.

9. sekarang kita akan membuat kuiz dengan menggunakan google form caranya ialah:

a. klik New icon + a
b. klik pada more

c. klik pada google form

bc

10. Sekarang kita akan menambah addsons iaitu apps untuk menukar aplikasi kepada google
form.
a. Klik pada symbol titik 3 (more)
b. Klik add-ons
a c. Cari - form Builder
d. Klik Install – dan klik continue – pilih akaun google - klik allow

c

b
d

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 33

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI
11. Klik pada add-ons – klik pada Form Builder - klik Start

7

7

12. pilih dokumen kuiz kita yang hendak gunakan contoh dari google doc –
a. klik Google Doc
b. pilih file KUIZ 1 – klik Select

C
b

a
bC

13. Scroll ke bawah dan anda dapati terdapat soalan yang akan diimport kedalam google form.

14. pastikan anda pilih (tick) betul pada setiap soalan dan
15. Klik import.

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 34

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI

16. Maka soalan kuiz akan terpapar

17. Jika soalan tidak seperi yang dihasilkan anada Cuma perlu edit kembali di google doc. a

18. Untuk menjadikan google form ini ada kuiz anda C
a. klik pada Setting

b. klik tab – Quizzes

c. klik On – make this a quiz C b

d. klik Save

cC

19. maka anda boleh berikan markah setiap soalan Cd
a. klik pada Answer key
b. klik jawapan betul
c. berikan markah pada points

cC

bC
aC

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 35

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI
20. Setelah siap membuat jawapan anda boleh klik preview untuk melihat hasil kuiz

C
16

21. Jika semua soalan siap , untuk a
menghantar kepada pelajar anda
a. boleh klik send b
b. klik pada link c
c. dan klik shorten URl dan
d. klik copy d
e.
f. kemudian anda boleh
paste pada group
telegram atau whatsapp
pelahjar atau boleh
dipamerkan dalam google classroom.
Paste dalam group whatsapp kelas.

22. Untuk kuiz dalam Google Spreesheet dan Google Slide langkah-langkahnya adalah sama.

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 36

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DI KOLEJ KOMUNITI
5. RUJUKAN
Abid Azhar, K., & Iqbal, N. (2018). Effectiveness of Google Classroom: Teachers’ Perceptions.

Prizren Social Science Journal, 2(2), 52–66.
Afendi, H., Mohamed Amin, E., & Abdul Halim, S. (2011). Learning Management Systems in

Malaysian Higher Education Institutions.
Ellis, R. A., & Calvo, R. A. (2007). Minimum indicators to assure quality of LMS-supported

blended learning. Educational Technology and Society, 10, 60–70.
García-Peñalvo, J., F., Conde, M. Á., Alier, M., & Casany, M. J. (2011). Opening learning

management systems to personal learning environments. Journal of Universal Computer
Science, 17(9), 1222–1240.
Norazlina, A. (2014). Kesan Penyesuaian Pembelajaran Berdasarkan Gaya Pembelajaran
Terhadap Pembentukan Pengetahuan Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia.
Ramadhani, R., Umam, R., Abdurrahman, A., & Syazali, M. (2019). The effect of flipped-
problem based learning model integrated with LMS-google classroom for senior high
school students. Journal for the Education of Gifted Young Scientists, 7(2), 137–158.

MOHD HAFIEZ AHMAD | DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI 37

Google Classroom (GC) merupakan platform untuk menguruskan proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia membolehkan tenaga pengajar menguruskan kelas secara atas talian. Ini
dapat menjimatkan penggunaan kertas. Ianya boleh diakses melalui komputer mahupun
smartphone. GC juga membenarkan pengguna menyatukan penggunaan aplikasi Google yang
lain seperti Google Form, Google Drive, Google Documents, Google Slide, You Tube, dan lain-
lain. Buku ini membincangkan aplikasi Google Classroom di Kolej Komuniti. Dimulai dengan
topik Pengenalan kepada Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS), diikuti dengan topik Sistem
Pengurusan Pembelajaran (LMS) vs. Google Classroom (GC). Seterusnya, pembaca akan
diperkenalan dengan Google Classroom (GC) sebelum diberi panduan untuk menggunakan
Google Classroom (GC).

Buku ini dihasilkan bersama oleh En Mohd Hafiez bin Ahmad dan Dr. Sharifah Nadiyah binti
Razali. En Mohd Hafiez bin Ahmad merupakan Pegawai e-learning di Kolej Komuniti Bukit
Beruang, Melaka. Beliau berpengalaman luas dalam menggunakan Online Tools dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Manakala Dr. Sharifah Nadiyah binti Razali merupakan Ketua
Unit Penyelidikan dan Inovasi di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Kajian PhD beliau menjurus
kepada e-learning. Beliau juga mempunya pengalaman dalam menggunakan beberapa
platform e-learning seperti Edmodo dan Moodle.

MOHD HAFIEZ AHMAD
Pensyarah Kanan
Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka
Degree in Electrical Engineering (Industrial Control)
Master In Electrical Engineering (Electric Power)

019-6661488
[email protected]

DR. SHARIFAH NADIYAH RAZALI
Pensyarah Kanan

Kolej Komuniti Selandar, Melaka
Dengree in Information Technologi (Computer Industry)

Master in Computer Science
PhD. In Information and Communication Technology
019-6662488
[email protected]

e-ISBN: 978-967-2473-X-X


Click to View FlipBook Version