The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jawapan Modul Lencana Kecekapan Bercerita

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norhayati Akhuan, 2021-08-30 07:03:29

Jawapan Modul Lencana Kecekapan Bercerita

Jawapan Modul Lencana Kecekapan Bercerita

Keywords: Program Khas,Pandu Puteri Tunas,SK Taman Rasah Jaya,UMi Camelia

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN









30 Ogos 2021

Pukul 3.00 petang

Google meet

SEBELUM UJIAN

• Saya memuat turut Modul Lencana Kecekapan Bercerita
yang diberi oleh pemimpin Program Khas.

• Saya mendengar taklimat daripada Puan tentang Ujian
Lencana Kecekapan Bercerita secara google meet.

• Saya merangka skrip dan menghafal cerita-cerita yang
perlu dihafal untuk ujian ini.

SEMASA UJIAN

• Menukar background google meet dengan poster
pertandingan yang telah diberi oleh pemimpin saya.

• Saya menunggu giliran bercerita dengan penuh debaran
kerana ada ramai yang menyaksikan saya bercerita.

• Saya berasa teruja apabila saya menerima pujian
daripada penguji saya, Puan Norhayati Akhuan.

SELEPAS UJIAN

• Saya mula melengkapkan laporan dan modul Lencana
Kecekapan Bercerita.

• Saya turn-in modul ujian dan rakaman video saya ke
Google Classroom Program Khas Negeri Sembilan.

• Saya amat berterima kasih di atas bimbingan pemimpin
saya Puan Norhayati Akhuan dan berasa amat
gembira dan lega kerana berjaya
melengkapkan Lencana Kecekapan Bercerita ini.

CERITA TOMMY DAN BETTY
Rumah Tommy and Betty bersepah-sepah. Pinggan
mangkuk tidak dicuci. Baju tidak digosok. Permainan
bertaburan di atas lantai. Tommy dan Betty tidak ambil
peduli. Mereka benci mengemas rumah.

Ibu mereka merungut lalu berkata” Kalaulah ada
Brownie, tentu rumah saya kemas”. Tommy bertanya,
siapakah Brownie itu.

Ibunya menerangkan. Brownie itu ialah seekor
pari-pari kecil yang masuk ke dalam rumah secara
senyap sebelum waktu subuh.

Ia mengemas rumah, menggosok baju, membasuh
pinggan dan membuat segala kerja rumah secara rahsia.
“Hebat!! Bagaimana kita ingin mendapatkannya?” kata Betty
kehairanan.

Ibu menyuruh Betty dan Tommy pergi ke hutan bertemu
dengan burung hantu yang bijaksana. Pada waktu malam,
Tommy dan Betty keluar ke hutan. Mereka ingin bertemu
dengan burung hantu yang bijaksana.

Mereka terdengar bunyi burung hantu. Mereka
ternampak burung hantu itu di atas dahan. Mereka memanjat
pokok dan duduk di atas dahan. Burung hantu itu memeluk
mereka dengan sayapnya yang lebar.

Mereka bertanya kepada burung hantu, bagaimana untuk
bertemu dengan Brownie.

Burung hantu berpesan untuk bertemu Brownie, mereka
perlulah mencari sebuah kolam. Apabila berjumpa, mereka
perlulah mengelilingi kolam itu sebanyak tiga kali. Mereka
perlu berkata “Pusingkan saya dan tunjukkan rupa pari-pari.
Saya lihat dalam air rupa.....”

Mereka terlihat bayang-bayang mereka sendiri dan
berasa amat letih. Mereka sangat kecewa kerana tidak
bertemu dengan Brownie yang dicari. Mereka kembali
berjumpa dengan burung hantu di atas pokok.

Tommy dan Betty memberitahu burung hantu bahawa
mereka tidak berjumpa dengan Brownie. Mereka hanya
Nampak wajah mereka sendiri di dalam air.

Burung hantu yang bijaksana itu menerangkan bahawa,
Tommy dan Bettylah Brownie yang mereka cari. Merekalah
pari-pari yang perlu membantu ibu mereka di rumah.

Tommy dan Betty pulang ke rumah sambil berfikir.
Merekalah yang sepatutnya menolong ibu mereka setiap
masa.

Keesokan harinya, Tommy dan Betty bangun awal pagi.
Mereka mengemas rumah, menyapu sampah, mengelap lantai
dan membantu ibu mereka menyediakan sarapan.

Setiap hari mereka berbuat begitu. Akhirnya mereka
menjadi rajin dan bertanggungjawab seperti Brownie.

Sejak mula ditubuhkan, pergerakan Brownie
terus berkembang. Bilangan ahlinya telah
meningkat daripada cuma beberapa orang kepada
ratusan dan ribuan ahli. Akhirnya pergerakan
Brownie telah berjaya menarik beratus ribu ahli
di seluruh dunia.

Pek Brownie yang pertama di Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1920 di Kuala Lumpur.
Pada mulanya segala aktiviti dan dasar
pergerakan itu adalah sama seperti pergerakan
Brownie di England. Nama Brownie kekal
digunakan kepada kanak-kanak perempuan yang
berusia 7-11 tahun dalam Pergerakan Pandu
Puteri Malaysia pada masa itu, sehinggalah pada
tahun 1984 apabila ditukarkan kepada
nama baru, Tunas Puteri.

Setelah lebih dua dekad, nama Tunas Puteri
akhirnya telah ditukarkan kepada Pandu Puteri
Tunas pada tahun 2006. Ia mengambil kira semua
ahli tua dan muda, baru dan lama serta lebih selaras
dengan semua peringkat Pandu Puteri.

Sebagai satu bahagian daripada
Pergerakan Pandu Puteri, nama Pandu Puteri Tunas
adalah amat sesuai dengan keperluan tempatan. Di
samping itu, tunas-tunas muda itu, diharapkan akan
membesar dan memberi sumbangan yang berguna
kepada pergerakan ini. Segala amalan dan aktiviti
yang dijalankan dalam bahagian Pandu Puteri Tunas
ini dapat melengkapkan ahli-ahli muda ini apabila
mereka memasuki peringkat yang lebih tinggi seperti
Bahagian Pandu Puteri Remaja, Renjer dan
seterusnya menjadi pemimpin dalam Pergerakan
Pandu Puteri.

Ceritakan apa-apa sahaja tentag pengalaman kamu
dalam Pandu Puteri.

CONTOH:
Pengalaman menyertai Pertandingan Kemahiran
Pandu Puteri anjuran Persatuan Pandu Puteri

Malaysia Daerah Seremban 2.

ATAU

Pengalaman menyertai The 18th Girl Scout
International e-Camp.

ATAU

Pengalama melengkapkan

Modul Lencana Kecekapan Lagu-lagu

Semasa saya menerima tugasan baharu untuk
Ujian Lencana Kecekapan saya yang ketiga ini,
saya rasa agak susah kerana saya tidak suka
bercerita. Namun begitu, dengan bimbingan dan
tunjuk ajar daripada pemimpin-pemimpin Program
Khas Negeri Sembilan dan pemimpin sekolah saya,
Puan Norhayati Akhuan, akhirnya saya berjaya
juga melaksanakan ujian ini

Daripada Lencana Kecekapan Bercerita ini,
saya mengetahui tentang Cerita Brownie dan
bagaimana Brownie bertukar nama menjadi Pandu
Puteri Tunas. Saya juga mampu bercerita tentang
pengalaman saya dalam acara Pandu Puteri yang
saya telah sertai dengan yakin.

Kini, saya telah boleh bercerita walaupun
saya masih perlu perbaiki gaya bercerita saya.
Kesimpulannya, jangan mudah berputus asa.
Sentiasalah mencuba kerana seorang ahli pandu
puteri Tunas adalah seorang yang berani dan
sentiasa bersedia menghadapi cabaran.

Saya amat berterima kasih kepada pemimpin
yang banyak meluangkan masa tidak kira siang
atau malam demi memastikan kami dapat
melengkapkan dan lulus Ujian Lencana Kecekapan
Bercerita ini. Terima kasih Puan Norhayati dan
semua pemimpin Program Khas yang membantu
saya dan rakan-rakan tanpa kenal erti lelah.




Click to View FlipBook Version