MAJALAH EDISI PERTAMA
AL ISLAM
HAK ANAK TERHADAP
NAFKAH SELEPAS IBU
BAPA BERCERAI
E MAJALAH
MPU23012
PENGAJIAN ISLAM
NAMA PENSYARAH : PUAN ROHANI BINTI ABDUL RAZAK
NAMA AHLI KUMPULAN :
NAMA 1: NUR SYAFYNIE BINTI ROSLAN (19DPM21F1055)
NAMA 2: NADHIRAH BINTI JOHAN (19DPM21F1060)
NAMA 3: AUNI WAJIHAH BT MOHD SUFIAN (19DPM21F1065)
NAMA 4 : NURIN HAJAR CAMILIA BT MOHD AZIMI
(19DPM21F1080)
NAMA 5 : ALYAA MAISARAH BINTI ABDUL JALIL
(19DPM21F1077)
ISI KANDUNGAN 1.Maksud nafkah 5
2.Nafkah anak 6
3.Hak penjagaan anak 8
4.Tuntutan nafkah anak 9
5.Tuntuan ayah kepada
anak kandung 10
6.Contoh dalil 11
7.Nafkah anak
selepas bercerai 12
8.Hukum ayah tidak
menafkahi anak 13
9.Anak luar nikah 14
10.Isu hak penjagaan anak 15
11.Pelbagai soalan 16
12.Artikel 17
13.Kesimpulan 18
14.Rujukan 19
ANAK ADALAH AMANAH
Abdullah Bin Umar radhiallahu ‘anhuma berkata :
“Didiklah anakmu, kerana sesungguhnya engkau akan dimintai
pertanggungjawaban mengenai Pendidikan dan pengajaran
yang telah engkau berikan kepadanya. Dan dia juga akan
ditanya mengenai kebaikan dirimu kepadanya serta ketaatanya
kepada dirimu”
(Tuhfah Al Mauhud hal.123)
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat
dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW,
sahabat baginda SAW serta orang-orang yang
mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Hak jagaan anak yang masih kecil dinamakan
sebagai hadhanah di dalam Islam. Ianya sabit
melalui hadis Nabi SAW melalui Abdullah bin `Amr
R.Anhuma ketika mana datang seorang wanita
kepada Rasulullah SAW lalu berkata:
َِو َأْيأننرَاَلِدَُتهأَْأ ِنَوََحْيع ُّاَنًقء َِتَبَِوعُِهثْهَدميِِاميَِي َل يْلنُمََهفََْنِقاِسََِقِل َاً يلَءِها:ََ ْااوبإلَِِّل ينهَن َأ َبع َاهُلهيذ َاَه هكطالََوقن ِسَلبيْنمَط َيا َرُسو َل ا هَّلِل ِإ َّن
َو ِح ْج ِري َ ل ُه ِحَواًء
َرُسو ُل ا هَّلِل صلى
Maksudnya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Selepas perceraian berlaku, siapakah
anakku ini, perutku adalah tempatnya, putting yang paling layak untuk mendapat
hak jagaan?
susuku adalah tempat minumnya dan
pangkuanku adalah rumahnya sedangkan Jika pasangan suami isteri bercerai dan
ayahnya telah menceraikanku dan ingin ketika itu anak-anak mereka (lelaki atau
merampasnya dariku. Lalu Rasulullah SAW perempuan) belum mencapai usia
berkata kepadanya: “Engkau lebih berhak mumaiyyiz, ibu adalah lebih berhak
terhadapnya selama engkau belum bernikah”. menjaganya berbanding orang lain kecuali
jika ibu tersebut telah hilang kelayakan/
Riwayat Abu Daud (2276). Dinilai hasan oleh gugur hak sebagai penjaga.
Syeikh Al al-Baani.
Maksud nafkah
Nafkah ialah mengeluarkan
belanja atau sara hidup
kepada mereka yang wajib
ke atas seseorang sama ada
isteri, anak dan orangorang
yang di bawah
tanggungannya.
Ia termasuk keperluan
tempat tinggal,
makanan,pakaian,
pendidikan, keagamaan dan
perubatan.
Jenis-jenis nafkah
adalah seperti yang
berikut:
(a) nafkah isteri –
semasa perkahwinan
(b) nafkah idah
(c) nafkah anak
NAFKAH ANAK
Nafkah bagi seorang kanak-kanak
adalah semua perkara asas diperlukan
yang wajib disediakan pleh bapa mereka
itu iaitu orang yang dipertanggungjawab
mengikut syarak agama islam walaupun
setelah bercerai. Seorang bapa wajib
menyara serta menganggung nafkah
anak-anaknya kerana mereka masih
belum berupaya mencari nafkah sendiri
ataupun tidak mampu untuk mencari
nafkahnya kerana masih kecil. Ia adalah
perintah ALLAh swt.
Nafkah anak merangkumi :
• Tempat tinggal yang selamat
untuk anak-anaknya
• Pakaian, minum makan dan
perubatan
• Perbelanjaan pelajaran
mengikut kemampuan dan taraf
kehidupan si ayah.
“Ya tuhan, jagalah anak-anakku di saat penjagaanku tak sampai
kepadanya. Peluklah anak-anakku di saat tanganku tak mampu
memeluknya. Usaplah air matanya disaat tanganku tak dapat
mengusapnya.”
Dari segi bahasa
Dari segi bahasa hadanah membawa maksud rusuk, dada atau isi badan ianya
kerana pada kebiasaannya penjaga atau pengasuh meletakkan anak jagaan
mereka di sisi tubuh mereka.
Dari segi syarak
Iaitu pula hadanah membawa maksud menjaga atau menguruskan urusan anak
yang belum mampu menguruskan dirinya serta melindungi anak-anak daripada
sebarang bahaya dan membinasakan. Ada juga sebahagian ulama’ mengatakan
hadanah membawa maksud pemeliharaan dan Pendidikan terhadap anak-anak.
Ada juga beberapa istilah yang sering digunakan bagi hadanah seperti kafalah.
Dua perkataan ini membawa maksud yang sama.
TUNTUTAN
NAFKAH ANAK
Dalam ajaran islam yang suci dan mulia ini, kita
telah di didik untuk menjalankan tanggungjawab
kita dengan sebaiknya dan janganlah kita
mengabaikannya walaupun sedikit. Apatah lagi
tanggungjawab kita kepada anak-anak kita yang
masih mempelajari erti dunia. Kasih sayang kita
terhadap anak amatlah berharga dan tidak ada
apa yang bisa menggantikannya. Walaupun ibu
dan bapa telah berpisah tanggungjawab mereka
wajib dilaksanakan. Tanggungjawab seorang
ayah selepas bercerai dengan pasangannya
mestilah memberi nafkah kepada anaknya. Akan tetapi, pada zaman moden kini, sejumlah besar kes
tuntutan nafkah anak telah meningkat sebanyak berpuluh-puluh ribu kes. Kes-kes tersebut dikumpulkan
dari serata negeri yang ada di Malaysia, alangkah malangnya nasib si anak apabila ayah kandungnya
mengabaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak. Tugas seorang ayah mestilah mencari
hasil pendapatan untuk membantu anak dan bekas isterinya dalam menjalankan kehidupan mereka dalam
situasi ekonomi yang sedang goyah dan tidak stabil ini. Jika tidak kesian si bekas isteri, kesianlah kepada
anak yang dikandungnya. Ini sudah dijelaskan dalam hadis Nabi S.A.W
Yang bermaksud:
“Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (nafkah)
yang diberikan itu adalah sedekah.”
Dan terdapat juga Firman dari Allah S.W.T:
“Kalau mereka itu (bekas isterimu) menyusukan anakmu maka berilah upah mereka.”
(Surah At-Talak : 6)
Kecuaian dan kelalaian seorang ayah tetap ada akibat yang akan ditanggungnya di dunia antaranya ialah
apabila si ayah tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada anak maka tindakan
yang akan dikenakan oleh pihak mahkamah ialah berdasarkan syariat islam dan ianya tindakan yang
setimpal untuk sifatnya yang tidak bertanggungjawab. Bekas isteri boleh mengfailkan tuntutan nafkah anak
di mahkamah syariah.
Tuntutan ini dibuat apabila bekas suami ataupun
ayah kepada anak kandung pasangan tersebut:
1. Tidak menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang bapa
yang wajib memberi nafkah kepada anak
mengikut syarat-syarat yang telah
dinyatakan dalam perbiracaan mahkamah.
2. Enggan ataupun cuai mengadakan
peruntukan nafkah dengan munasabah
bagi anak
3. Pasangan tersebut telah bercerai
dan anak berada di bawah jagaan bekas
isteri tersebut.
4. Melepaskan tanggungjawab dengan
meletakkan anak dibawah jagaan orang
lain.
Terdapat dalil yang sesuai untuk situasi yangTuntutan ini
dibuat apabila bekas suami ataupun ayah kepada anak
kandung
Dalam ayat yang lain Allah S.W.T menerangkan:
“Janganlah seseorang itu menderita kesengsaraan kerana anaknya
dan seorang bapa kerana anaknya dan waris pun berkewajiban
demikian.”
Hal ini demikian kerana seorang ayah telah melakukan hal yang sebegitu terhadap
anaknya. Ibarat memberi kesengsaraan kepada anak dan bekas isterinya yang
menjalani kehidupan tanpa bimbingan seorang lelaki disisi. Jangan mengambil
ringan tentang hal seperti ini, tuntutan nafkah anak yang dilakukan oleh bekas isteri
adalah cara yang terbaik untuk memberi pengajaran kepada orang yang tidak
bertanggungjawab.
Nafkah anak selepas bercerai
Nafkah anak ialah suatu nafkah wajib ke
atas seseorang bagi menanggung nafkah
anaknya, sama ada anak itu berada dalam
jagaannya atau dalam jagaan orang lain.
Nafkah anak ini termasuklah makanan,
pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan
perubatan sekadar mencukupi mengikut
kemampuannya.
Hukum ayah tidak menafkahi anak
Secara izharnya , hukum sesorang suami atau bapa ialah wajib melindungi sebuah
keluarganya sendiri dengan memberi segala keperluan mengikut kemampuannya
.Ini berdasarkan kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud “Hendaklah orang yang
mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang disempitkan
rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya .
Allah tidak memikulkan beban seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan
kepadanya.Allah kelak memberikan kelapangan sesudah kesempitan”.
Selain itu , ada hadis yang diriwayatkan daripada Jabir R.A, Rasullullah SAW
bersabda maksudnya :mulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki berikanlah
kepada ahli keluargamu .Jika masih berbaki berikanlah kepada saudara mara
terdekat mu dan jika masih berbaki bagi kepada mereka dan seterusnya . Dalam
konteks ini jelas menunjukkan tanggunjawab suami wajib dalam memberi nafkah
walaupun suami atau bapa jatuh miskin.
Oleh itu, jika didapati bapa yang tidak menafkahi anaknya , hukumnya ialah dosa.
Kerana anak- anak sememang layak mendapat nafkah daripada ayahnya sendiri
kerana anak - anak belum semampunya mencari wang sakunya sendiri demi
meneruskan kehidupan dan membiayai sekolahnya. Jika ditelesuri , sebagai
seorang anak yang tidak dinafkahi bapanya seharusnya mengajukan tuntutan ke
makhamah agar kewajipan tersebut dapat diberikan oleh ayah .
Anak luar nikah ialah anak yang
dilahirkan sebelum berlakunya
perkahwinan yang sah antara lelaki
dan perempuan. Misalnya, jika lelaki
dan perempuan berdua-duaan dalam
sesuatu tempat lalu melakukan zina
yang membolehkan seseorang
perempuan itu mengandung maka
anak yang dilahirkan itu adalah anak
luar nikah kerana tidak mempunyai
ikatan perkahwinan yang sah di sisi
Islam. Oleh yang demikian, seorang
ibu yang melahirkan anak perempuan
yang bukan daripada benih yang sah
dan kemudiannya hendak berkahwin
apabila sudah meningkat dewasa,
diwajibkan ke atas dirinya untuk
mengambil wali hakim kerana hilang
kelayakan wali nasab untuk
mengahwinkannya.
Isu hak penjagaan anak
Isu hak penjagaan anak sering menjadi buah mulut masyarakat kerana melibatkan orang
ketiga dalam masalah tersebut seperti ahli keluarga sebelah ibu dan bapa, ia juga
memberi kesan kepada pemikiran anak tersebut sama ada fizikal mahupun mental.
Menurut, hukum syarak dan undang-undang Islam Malaysia telah memperuntukkan
berkenaan garis panduan hak jagaan anak dengan jelas. Merujuk Seksyen 82 (1) Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, individu paling layak mendapat
hak penjagaan anak ialah ibu kandung sendiri selepas berlakunya perpisahan selagi
ibunya tidak hilang kelayakan sebagai penjaga. Ibu bapa juga haruslah memikirkan
perasaan anak supaya mereka dapat membesar dengan cara yang terbaik walaupun sudah
berpisah. Mereka mestilah menurunkan ego masing-masing untuk memberi perhatian
sepenuhnya kepada anak, memberi kasih sayang yang secukupnya. Islam juga telah
menggalakkan pasangan yang berpisah untuk berterusan berhubungan baik dan tidak
melupakan kebaikan bekas pasangan walaupun rumah tangga sudah berkecai. Sikap
matang dan profesional perlulah ada dalam diri masing-masing untuk menguruskan anak
agar mereka membesar dalam keadaan yang baik dan positif.
Bagaimana pengiraan menetapkan Bagaimana jika bekas suami saya
nafkah anak ? tidak mematuhi Perintah Nafkah
Anak tersebut. Apa tindakan yang
Tiada fomula spesifik dalam saya boleh lakukan ke atas bekas
menentukan nafkah anak suami?
berdasarkan oleh mahkamah .
Namun bagi mengekalkan i.) Memfailkan pemohonan tunggakan
tanggunjawab bapa tersebut nafkah
,makhamah telah menetapkan ii.) Membuat aduan kepada mahkamah
jumlah nafkah yang harus diberi bahawa bekas suami telah menghina
tersebut mengikut keperluan asas makhamah kerana enggan mematuhi
anak iaitu tempat tinggal , makanan, perintah Makhamah. Oleh itu
pakaian , perubatan dan pelajaran . makhamah secara langsung
Tambahan lagi , mahkamah akan mengenakan hukuman kepada orang
melihat dari segi aspek taraf tersebut.
kehidupan dan kemampuan si bapa iii.) Memohon kepada mahkamah
dan anak tersebut. untuk menguatkuasakan perintah
nafkah tersebut.
Cara pembayaran nafkah anak
yang boleh dilaksanakan.
Cara pembayaran nafkah anak boleh
dilakukan secara pembayaran terus
oleh bapa melalui potongan gaji dan
penahanan pendapatan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, cara yang paling baik untuk menyelasikan masalah hak anak-
anak ini ialah antara perundingan antara suami isteri ataupun dikenali rapat
ibu bapa. Oleh itu ibu bapa haruslah bertanggungjawab dalam memberi
nafkah kepada anak walaupun sudah bercerai. Hal ini kerana, nafkah daripada
seorang bapa adalah wajib kepada anak-anakanya walaupun masih tidak
serumah. Tambahan pula, jika nafkah tidak diberi kepada anak maka
berdosalah bagi seorang bapa. Sebagai contoh, bapa haruslah menjaga
kebajikan serta keperluan anak seperti makanan, minuman dan perubatan
supaya hak anak terjaga dan terjamin daripada melakukan perkara yang tidak
sepatutnya. Malah, dari sudut pandangan islam, anak mempunyai hak untuk
menerima nafkah demi kesinambungan kehidupan yang lebih baik. Umumnya,
kebanyakkan ulama megambil pandangan tanggungjawab memberi nafkah
dan penyelenggaraan kanak-kanak adalah tanggungjawab bapa semata-mata.
firman Allah SWT yang bermaksud
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun
genap,iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan
kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu
menurut cara yang sepatutnya.Tidaklah diberatkan seseorang melainkan
menurut kemampuannya “
(Surah Al-baqarah ,ayat 233).
RUJUKAN
➢ http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/
component/content/article/21-
joomla/components/201-anak-tidak-sah-
taraf?Itemid=951
➢ https://hellodoktor.com/kesihatan-
mental/hubungan-yang-sihat/hak-penjagaan-
anak-selepas-bercerai/
➢ https://www.peguamsyarie.com.my/hak-
jagaan-anak/
➢ https://www.jbg.gov.my/images/doc/risalah/
hadanah.pdf
➢ http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/
pustaka-media/hak-selepas-penceraian
➢ https://bincangmuslimah.com/keluarga/huku
m-ayah-yang-tidak-menafkahi-anak-dalam-
islam-30902/
NURIN HAJAR NADHIRAH BINTI
CAMILIA BINTI JOHAN
MOHD AZIMI
19DPM21F1080 19DPM21F1060
ALYAA MAISARAH
BINTI ABDUL JALIL
19DPM21F1077
AUNI WAJIHAH BINTI
MOHD SUFIAN
19DPM21F1065
NUR SYAFYNIE BINTI ROSLAN
19DPM21F1055
Diterbitkan oleh :
POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Lebuhraya Tun Razak, Pekan,26700, Pahang.