Dijalankan pada: 20 MEI 2024 - 29 MEI 2024 Bertempat di Jerai Inn Sg petani, Kedah KURSUS SENI SOLEKAN ASAS - LANJUTAN NOTA SOLEKAN
NOTA KELAS SOLEKAN 1) MUKA PELANGGAN 1.1) Jenis Bentuk Muka Pelanggan a) Bujur Bentuk muka paling ideal di antara semua jenis bentuk muka. a) Bulat Kontour muka berbentuk bulat biasanya pendek, lebar dan pipi penuh. b) Empat segi Kontour muka berbentuk empat segi biasanya lebar dan bersegi di dahi dan dagu. c) Panjang Muka berbentuk panjang biasanya mempunyai kelebaran muka yang sempit dan panjang. d) Pear Muka berbentuk pear biasanya lebar di bahagian rahang dan sempit di dahi. e) Intan Muka berbentuk intan biasanya sempit di bahagian dan dagu.Rangka muka berbentuk heksagon. Rajah 6 : Jenis Bentuk Muka
1.2) Jenis dan Ciri Kulit Muka Pelanggan Jenis kulit Ciri Kulit normal Tekstur halus dan licin Liang roma tidak kelihatan Warna kulit sekata Tiada kecelaan pada kulit dan pengeluaran sebum seimbang Kulit kering Liang roma halus dan tertutup Tekstur kulit halus dan lapisan epidermis nipis. Mudah berkedut Kulit boleh menjadi sensitif dan mempunyai milia dan kapilari pecah Kulit jenis campuran (berminyak di zon T) Biasanya mengandungi dua atau lebih jenis kulit pada muka. Kebanyakan kulit kombinasi ialah jenis berminyak pada kawasan T iaitu dahi, hidung dan dagu dan normal atau kering pada pipi. Kulit berminyak Liang roma terbuka Warna kulit kuning pucat Kulit bersinar kerana berminyak Boleh mengalamai masaah papul,pustul,komedon, liang roma tersumbat, milia dan seborea Jadual 1 : Jenis dan ciri kulit utama 2. APLIKASI SOLEKAN 2.1 JENIS PRODUK ASAS a. Primer (Makeup Base) • Bes mekap dipakai sebelum aplikasi foundation • Bes mekap juga dipanggil make up primer • Selalunya didatangkan dalam 3 warna; hijau, unggu dan coklat cair • Kandungan utamanya adalah samada waxes, polymers, dan silicones. • Penggunaan bes mekap adalah optional Fungsi Dan Kegunaan Bes Mekap • Menyediakan muka pelanggan seperti ‘canvas’ iaitu muka akan menjadi licin, menyamarkan garis penuan, garis halus, kedut, parut, dan menyamaratakan ton kulit muka sebelum solekan dilaksanakan. • Mempunyai keistimewaan dapat mengekalkan solekan di muka dalam masa yang lama (dianggarkan dalam 14 jam) • Muka kurang bercapuk selepas berjam-jam pemakaian bedak asas dan bedak muka.
• Pembayang mata tidak bergumpal dan berkerak (ini kerana kelopak mata kita berminyak) • Warna lipstick akan lebih tahan lama dan kulit bibir tak senang kering/mengelupas b. Perlindung Matahari (Sun Block) Jenis-Jenis Perlindung Matahari • Lotion Lebih sesuai untuk kulit berminyak • Krim Lebih sesuai untuk kulit kering dan normal Fungsi Dan Kegunaan • Melindungi kulit dari sinaran UV c. Ampul Jenis-Jenis Ampul • Whitening ampoule Berkhasiat mencerahkan kulit gelap dan kusam. • Purifying Ampoule Berkhasiat untuk menghapuskan jerawat, kulit berminyak dan kulit sensitif. • Hidrating Ampoule . Berkhasiat merawat kulit kering dan mengelupas. • Firming Ampoule Berkhasiat Menghilangkan kedutan, memperbaharui sel kulit, mengelakkan sel kulit jatuh, menghilangkan garis-garis halus dan mengecil kan muka. • Soothing Ampoule. Berkhasiat melegakan kulit dari masalah akibat persekitaran. • Vitamin C Ampoule Berkhasiat mencerahkan kulit,menegangkan kulit, menaikkan seri wajah, menaikkan tahap keimunan kulit, meransang penghasilan colagen semulajadi badan.
• Eye care ampoule. Berkhasiat Mengurangkan kedutan sekeliling dan tepi mata dan lingkaran gelap. • Open pore Ampoule Berkhasiat mengecilkan dan merapatkan pori-pori terbuka. • Clarifying Ampoule Berkhasiat menghilangkan parut dan jeragat • Colagen ampoule. Berkhasiat untuk anti penuaan. Fungsi Dan Kegunaan • Ampul bermanfaat untuk memperbaiki kulit dengan mengaktifkan sel-sel, meningkatkan daya tahan, tidak menimbulkan alergik, dan menjaga keseimbangan minyak pada kulit. • Ampul boleh mempertahankan make-up agar tidak mudah luntur atau pudar. d. Kosmetik Penyamar (Concealer) Jenis-Jenis Kosmetik Penyamar • Cecair Lebih sesuai untuk kulit berminyak, kombinasi dan normal • Krim Memberikan kesan yang lebih sempurna pada kulit Lebih sesuai untuk solekan professional Liang roma mudah tersumbat Fungsi Dan Kegunaan • Menyembunyikan kecelaan pada kulit • Mengimbangi warna kulit e. Bedak Asas (Foundation) Jenis-Jenis Bedak Asas:- I. Jenis cecair • Sesuai untuk kebanyakkan jenis kulit • Ade 2 jenis bedak asas jenis cecair iaitu:- - berasaskan minyak (oil-based) sesuai untuk yang berkulit kering - oil-free (bebas minyak) sesuai untuk yang kulit berminyak II. Jenis krim. • Bedak asas jenis krim sesuai untuk aplikasi solekan yang lebih tebal dan untuk menutup cela di muka yang agak ketara.Biasanya solekan untuk
pengantin sesuai menggunakan bedak asas jenis krim. • Bedak asas jenis krim disarankan untuk kulit yang matang/berumur dan untuk kulit yang kering III. Jenis berbatang/stick • Kalis air • Lebih sesuai untuk solekan professional untuk semua jenis kulit • Gunakan bes mekap terlebih dahulu IV. Jenis dwi cara/two way cake. • Bedak asas jenis ini boleh dipakai dengan cara basah atau kering kering • Untuk pakai dengan cara basah, gunakan span yang basah untuk sapu foundation pada muka dan gunakan span yang kering untuk aplikasi bedak asas ni sebagai bedak serbuk. Disebabkan itulah bedak asas ini dipanggil dwi cara kerana ada 2 cara untuk menggunakannnya • Sangat sesuai untuk kulit jenis kombinasi. Kulit kombinasi ni jenis kulit yang berminyak pada T zone (dahi, hidung dan dagu) dan kering dibahagian lain(pipi). Untuk kulit kombinasi, gunakan foundation jenis ni secara kering di kawasan muka yang berminyak dan gunakan dengan span basah pada kawasan muka yang kering Fungsi Dan Kegunaan Bedak Asas • Meratakan dan mengimbangi warna kulit • Membantu solekan melekat pada kulit • Menyembunyikan kecelaan kecil pada kulit 2.2 TEKNIK PEMAKAIAN PRODUK ASAS 2.2.1 TEKNIK PEMAKAIAN PRIMER (Makeup Base) Makeup Base Warna Unggu • Untuk mencerahkan kulit kusam. Base warna unggu akan membuat kulit lebih cerah. Sekiranya pelanggan mempunyai kulit kusam boleh aplikasikan seluruh muka dengan kadar yang berpatutan. • Ia juga boleh membantu menyembunyikan gelap di bawah mata. Teksturnya agak likat sebab mengandungi lebih pelembab jadi ianya sangat sesuai dipakai di bawah mata untuk tutup lebam bawah mata (Bahagian mata akan cepat kering. JIka tidak dilembabkan dengan betul solekan tak akan tahan lama • Jika pelanggan mempunyai kulit yang berminyak tidak sesuai diaplikasikan ke seluruh muka tetapi
amat sesuai untuk pelanggan yang mempunyai kulit kering. Makeup Base Warna Hijau • Mempunyai tekstur yang paling ringan dan cepat menyerap. • Bes warna hijau sesuai untuk muka yang terkena selaran matahari. Muka Nampak kemerahan dan kulit tidak rata • Sesuai dipakai seluruh muka untuk meneutralkan semula kulit muka sebelum menggunakan bedak asas. • Untuk kulit yang berjerawat merah dan timbul, sapukan di kawasan tersebut lebih sedikit supaya jerawat tidak nampak kemererah-merahan dan kulit lebih sekata. M Makeup Base Warna Beige/Coklat Cair • Bes mekap warna beige ini selalunya di gunakan untuk samarkan noda dan melembabkan kulit. • Bes mekap ini sangat sesuai untuk kulit normal • Boleh menutup parut yang halus, meratakan warna kulit dan membuatkan kulit lebih licin 2.2.2 TEKNIK PEMAKAIAN PELINDUNG MATAHARI (SUN BLOCK)
Sapu cream/lotion sunblock setiap 3-4 jam sekali apabila anda sedang melakukan aktiviti di bawah sinaran UV. Pastikan cream/lotion sunblock mengandungi SPF yang tinggi supaya dapat memberikan perlindungan terbaik bagi kulit wajah . Rajah 1: Teknik aplikasi Pelindung Matahari 2.2.3 TEKNIK PEMAKAIAN AMPUL a) Cuci muka bersih b) Scrub (untuk kulit yang berjerawat, elakkan scrub terlalu kuat) dan cuci hingga bersih c) Pakai Toner d) Sapukan Ampoule (urut-urut hingga meresap ke dalam kulit) Rajah 2: Teknik aplikasi Ampul 2.2.4 TEKNIK PEMAKAIAN KOSMETIK PENYAMAR (Conceale) Kecuali kosmetik penyamar bewarna, kosmetik penyamar hendaklah diaplikasi SELEPAS bedak asas dan bukannya sebelum (jika dilaksanakan sebelum sapuan bedak asas, kosmetik penyamar akan terpadam. Bedak asas sebenarnya telah mencukupi untuk menutup cela di muka). Sapukan kosmetik penyamar jenis krim di bawah mata atau jenis wax pada jerawat/parut dengan menggunakan berus. Blend kosmetik penyamar menggunakan jari untuk mendapatkan hasil yang natural (jari tangan mempunyai haba yang akan memudahkan proses blending) Rajah 3: Teknik aplikasi Kosmetik penyamar 2.2.5 TEKNIK PEMAKAIAN BEDAK ASAS i) Jenis krim. Sapukan perlahan-lahan dengan hujung berus/ pada leher, muka dan keliling mata. Pastikan bedak asas itu rata. ii) Jenis sapuran pekat. Tompok-tompokan di bahagian dagu, pipi dan dahi kemudian ratakan. Pastikan bedak yang tidak berkumpul pada kedutan di muka, keliling rahang, bulu roma, pipi dan garis rambut.
iii) Jenis cecair. Letakan dengan berus untuk solekan. Kemudian ratakan dengan span/beauty blender/berus untuk menambahkan kesan yang lebih kemas dan berseri. iv) Jenis kek dan blok. Sapukan dengan span yang dilembapkan dengan air. 2.3 JENIS-JENIS PEMBETULAN SOLEKAN 2.3.1 Bayangan (Shading) dan Menyerlahkan (Highlight) Teknik shading adalah yang yang paling sukar untuk dikuasai. kesilapan teknik shading akan membuatkan wajah kelihatan tidak menarik. Untuk menjayakan teknik shading adalah dengan cara menggelapkan dan mencerahkan sesetengah bahagian muka dengan menambahkan bedak asas yang berlainan tona. Pastikan anda blend semua sapuan tersebut dengan sebaiknya. Sebelum melakukan solekan, anda perlu mengenalpasti jenis bentuk muka anda terlebih dahulu kerana bahagian yang perlu disapukan bedak asas gelap dan cerah adalah berbeza mengikut bentuk wajah seperti di bawah :- Muka Bujur Muka Panjang Muka Bulat Muka Hati Muka Intan Muka Segiempat
Muka Bentuk Buah Pir Atau Segitiga Rajah 5: Teknik aplikasi shading & highlight 2. APLKASI WARNA SOLEKAN 2.1 KONSEP WARNA SOLEKAN: Roda warna merupakan carta yang mengandungi susunan pelbagai warna iaitu warna panas dan warna sejuk. Ini menentukan kombinasi warna yang sesuai sewaktu menyolek. Roda warna boleh digunakan sebagai panduan semasa menyolek. • Warna Primer Bagi mendapatkan warna yang menarik dan sesuai dengan kulit pelanggan,jurusolek perlu mahir menggunakan warna agar kombinasi warna yang digunakan kelihatan harmoni. Terdapat tiga warna utama iaitu warna primer, sekunder dan tertier. • Warna Sekunder warna yang dihasilkan daripada campuran dua warna primer dalam kuantiti yang sama seperti: Kuning + Merah= Oren Merah + Biru = Ungu Kuning + Biru = Hijau Rajah 6 : Roda Warna • Warna Tertier Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6 warna. • Kombinasi Warna
Rajah 7 : Kombinasi Warna ➢ Warna Panas & Warna Sejuk • Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, dan kuning jingga. • Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya • Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan ➢ Warna Sejuk • Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu. • Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi • Warna kontra Warna kontra atau color-block merupakan gabungan warna-warna terang pada pakaian seperti rajah dibawah:- Rajah 8 : Roda Warna (Warna kontra)
2.2 TEKNIK MENCIPTA WARNA YANG UNIK PADA SOLEKAN 1) Pemilihan Warna Solekan untuk Kulit Cerah - Penggunaan warna terang untuk kelihatan moden dan ceria. - Penggunaan warna pastel untuk kelihatan lembut, manis dan segar. - Penggunaan warna gelap untuk kelihatan elegan. Warna ini sesuai untuk digunakan untuk solekan wajah pada waktu malam. - Penggunaan warna pink dan hijau memberikan kesan klasik. 2) Pemilihan Warna Solekan untuk Kulit Kuning Langsat - Elak menggunakan warna pastel kerana warna ini akan membuatkan wajah kamu kelihatan kotor atau comot. Kombinasi warna pastel dan warna kuning adalah padanan warna yang tidak serasi. - Elak menggunakan warna terang kerana jenis warna ini akan memberi kesan terlalu kontra pada wajah. Kamu mungkin akan kelihatan seperti badut! - Pilihlah warna hijau tua, ungu, biru, pink dan seumpamanya untuk kelihatan menarik untuk solekan pada siang hari. - Pilihlah warna gelap yang mewah untuk kelihatan elegan pada waktu malam. - Pilihlah warna emas atau copper untuk kelihatan eksotik. 3) Pemilihan Warna Solekan Untuk Kulit Sawo Matang - Elak menggunakan warna pastel terutama yang berjenis ‘matte’ kerana warna ini akan membuatkan wajah kamu kelihat kotor atau comot. - Pilihlah warna-warna yang mengandungi pengilat (shimmer) untuk kesan berkilau dan kelihatan eksotik. - Pilihlah warna gelap dengan kesan shimmer pada waktu malam untuk kelihatan hebat. 2.3 PENGGUNAAN PENSEL KENING/SERBUK Pensel kening terdapat dalam bentuk pensel, cecair dan kompak. Ia boleh didapati dalam berbagai-bagai warna yang sesuai untuk warna kulit serta peringkat umur. Bulu kening yang elok bentuknya boleh juga diwarnakannya Fungsi Dan Kegunaan • Membentuk bulu kening • Mencantikkan dan menyerlahkan mata • Sesuai untuk semua jenis kulit
2.4 PENGGUNAAN PEMBAYANG MATA Kosmetik ini boleh didapati dalam bentuk serbuk, stick dan krim. ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Tetapi bagi yang berkulit matang, anda disarankan untuk menggunakan pembayang mata jenis krim kerana warnanya lebih rata dan kelihatan lembut. Pembayang mata ini dapat menyerikan dan mencantikkan mata anda. Perkara – perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih pembayang mata:- - Warna kulit. - Warna mata. - Warna rambut. - Masa. - Majlis. - Warna Pakaian. 2.5 PENGGUNAAN CELAK MATA Kecantikan bulu mata dapat dijelaskan lagi dengan melukiskan satu garisan halus celak mata berwarna lebih tua daripada warna pembayang mata atau dengan melukiskan dengan garisan. Warna hitam, rapat pada pangkal bulu mata. Mata akan kelihatan lebih besar, panjang atau lebih terserlah, bergantung pada warna celak yang digunakan dan tempat dilukiskan. Sekiranya perlu memakai bulu mata palsu lekatkanlah diatas garisan celak, kemudian sapukan lagi celak diatasnya, diikuti pula dengan mascara. Fungsi Dan Kegunaan • Menyerlahkan mata • Memberikan bentuk lebih jelas dan nyata pada mata • Menjadikan mata kelihatan lebih besar • Sesuai untuk semua jenis kulit 2.6 PENGGUNAAN MASCARA • Tujuan memakai mascara ialah untuk menjadikan bulu mata kelihatan lebat dan panjang supaya mata kelihatan lebih menarik. • Maskara yang kalis air mengandungi alkohol. Jenis ini boleh memedihkan mata jika terkena mata dan mesti dibersihkan dengan betul. • Bagi orang yang memakai kanta lekap atau mempunyai mata yang sensitif, pakailah mascara jenis ‘hipo-alergik’ • Warna maskara yang digunakan hendaklah mengikut fesyen serta warna mata dan bulu mata. • Bulu mata akan kelihatan lebih tebal dan jelas • Sesuai untuk semua jenis kulit 2.7 PENGGUNAAN PEMERAH PIPI (Blusher) • Untuk menyerikan wajah. • Untuk menyembunyikan warna kulit muka yang pucat. • Memberikan warna yang kelihatan lebih sihat pada kulit muka
2.8 PENGGUNAAN PENGARIS BIBIR (Lip Liner) • Digunakan agar gincu tak keluar dari permukaan bibir • Penggaris bibir adalah pilihan. • Jika memilih untuk menggunakannya, mesti digunakan sebelum mengenakan lipstik. • Jangan gunakan penggaris bibir yang lebih gelap daripada warna lipstik kerana jika warna lipstik pudar dan penggaris bibir tidak pudar, bibir kelihatan mempunyai garis bibir saja. Maka, gunakan penggaris bibir yang sesuai atau berwarna neutral. 2.9 PENGGUNAAN GINCU BIBIR (Lipstick) • Memberi harmoni kepada mata, pipi dan muka sambil menyerikannya. • Mewarnakan bibir • Melindungi dan melembapkan bibir • Gunakan warna lembut untuk bibir tebal • Warna terang serta berkilat untuk bibir nipis atau tidak sekata bentuknya. 2.10 PENGGUNAAN PENGILAT BIBIR (LIP GLOSS) • Lip gloss adalah salah satu trik make-up untuk membuat bibir terlihat lebih penuh, lebih seksi, segar dan berkilau • Untuk membuat tampilan bibir menjadi sempurna, gunakanlah lip gloss setelah menggunakan lipstik. Gabungan lipstik dan lip gloss akan membuat bibir merekah sempurna, • Hindari Penggunaan Lip Gloss di Sekitar Sudut Bibir • Bila menggunakan lip gloss setelah penggunaan lipstik, hindari pemakaiannya di sekitar sudut bibir supaya warna tidak bercanggah. Terapkan lip gloss seminimal mungkin hanya untuk mengilaukan bibir. 2.11 PENGGUNAAN BULU MATA PALSU • Bulu mata palsu dapat membantu mereka yang memiliki bulu mata nipis atau pendek. • Dapat menyerlahkan serta memberi kecantikkan solekan dibahagian mata • Memakai bulu mata palsu dan celak mata dengan betul boleh membuat mata kelihatan semakin cantik ,menyerlah dan lebih menonjol.
2.12 JENIS-JENIS BERUS SOLEKAN
3. KEMASAN SOLEKAN SIANG DAN SOLEKAN MAJLIS ISTIMEWA 3.1 ASPEK KEMASAN AKHIR PADA SOLEKAN 3.1.1 TUJUAN Setelah selesai solekan, kemasan akhir perlu dibuat bagi memastikan solekan dalam keadaan sempurna mengikut kehendak pelanggan dengan hasil yang maksima. 3.1.2 TEKNIK KEMASAN AKHIR • Periksa dan tambahkan kekemasan pada bahagian :- ➢ Mata dan kening ➢ Pipi ➢ Bawah mata ➢ Bibir 3.1.3 PRODUK KEMASAN AKHIR Produk kemasan akhir dengan menggunakan semburan air untuk memberikan hasil solekan tahan lama dan berseri. MAKEUP FINISHING SPRAY
3.2 TEKNIK PENGURUSAN MASA Bahagian Peruntukkan Masa Pemakaian bedak :- • Primer (Base) • Bedak Asas (foundation) • Penyamar (concealer) • Shading and coutouring • Bedak Tabur (Loose powder) • 20 minit Bahagian Mata :- • Kening (eyebrow) • Pembayang Mata (eyeshadow) • Celak Mata (eyeliner) • Mascara • Bulu Mata Palsu (eyelash fake) • 20 minit Bahagian Pipi :- • Pemerah pipi • 5 minit Bahagian Mulut :- • Pengaris Bibir (Lip Liner) • Gincu (Lipstick) • Pengilat Bibir (Lipgloss) • 10 minit Kemasan Akhir • 5 minit
EYES CLIENT’S CONSULTATION CARD Name : ____________________________________ Email : ____________________________________ No Phone : ________________________________ Address : __________________________________ Birthday : __________________________________ CONTRAINDICATION Do you have any contraindication as below ? ( please tick any boxes ) Condition Yes No Rashes Allergies Wounds Others SKIN CONDITION What type of your skin condition ? ( please tick any boxes ) Condition Yes No Oily Dry Combination Others FACE SHAPE ( oval/ round / long / square / heart / diamond ) ____________________________________ SKIN TONE ( pale white skin / white skin / light brown skin / brown skin / dark brown skin / pigmented dark brown to black skin ) ______________________________________________________ I, the undersigned, have read and fully understood the *terms and conditions of signing this card. SIGNATURE BY CLIENT : ______________________ DATE OF SIGNATURE : ________________________ Give the right to take photographs or videos of me in connection with the purpose described grant permission to use my image or likeness in a photograph video or other electronic means for advertising or promotional purposes such as but not limited to their website and social media accounts. The undersigned have read and fully understood the terms and conditions of signing this social media photo release waiver. FACE ______________________________________________________________________________________________________________CHEEKS ______________________________________________________________________________________________________________LIPS _________________________________________________________________________________________________________MAKE-UP ARTISTRY TYPE OF MAKE-UFACE-PAINTING / FAS_________PAYMENT METHODS (pany boxes ) Items Cash Credit Card Online banking
___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ EYEBROW ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ EYES ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ HIGHLIGHTER ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ____ ____ ____ ____ ____ UP : LIFESTYLE MAKE-UP / BRIDAL MAKE-UP / BEAUTY MAKE-UP / PHOTOGRAPHIC MAKE-UP / SHION MAKE-UP / BEAUTY AIR BRUSH MAKE-UP / AVANT GARDE MAKE-UP / PERIOD MAKE-UP / BODY PAINTING ___________________________________________________________________ please tick PAYMENT RECORD (please tick any boxes ) Items Quotation Invoice Receipt SIGNATURE BY MAKE-UP ARTIST SIGN : ……………………. Name Date No Phone
EYES CLIENT’S FEEDBACK & CHECKLIST Please take a moment to fill up to serve you better ! Name : ____________________________________ No Phone : _________________________________ 1. HOME CARE ADVICE Do you have any home care products as below ? ( please tick any boxes ) Items Make-Up Remover Facial Cleanser Moisturiser Facial Mask 2. AFTER CARE ADVICE (Advice to ensure lasting effect recommended according to make-up requirement ) Items Mini Fan Face Mist / Face Blotters Tissue Powder Puff Finishing powder 3. OVERALL OF YOUR SATISFACTION ? Items Very Satisfied Pretty Satisfied Satisfied Not Satisfied Service Price Finishing Result 4. HOW WE CAN IMPROVE OUR SERVICE ? ____________________________________ SIGNATURE BY CLIENT : ______________________ DATE OF SIGNATURE : ________________________ CUSTOMER SATISFACTIONS SURVERY PREPARED BY NAM_______________________Reminder to Make-Up Artist : Finishing result of bridal makeup evaluated accordinClient consultation records updated according to coClient’s records manually or electronically completeClient consultation records documented in accordanClient’s record compiled according to customer servBelow18yearsofageTYPE OF MAKE-UFACE-PAINTING / FASH________UPDATE MAKE-UP1. CLIENT CONSU(please tick any boxes wdone ) Description Tools & Products Usmascara / fake lashes / latex ) Contra-action ( etc :unknown allergy ) Remedial-action ( etmake-up / drink water cool place / medicine )2. PROMOTIONALboxes if you have given Items Product Catalogue Flyers Gift Voucher Business Card Product Sample K
ME OF MAKE-UP ARTIST _____________________________ DATE : ………………………………………………. ng to company’s make-up SOP. ompany’s make-up SOP. ed according to company’s make-up SOP. nce with documentation procedure. vice policy. ebuthaveacquiredtheconsentofmyparentsandguardianswhoseUP : LIFESTYLE MAKE-UP / BRIDAL MAKE-UP / BEAUTY MAKE-UP / PHOTOGRAPHIC MAKE-UP / HION MAKE-UP / BEAUTY AIR BRUSH MAKE-UP / AVANT GARDE MAKE-UP / PERIOD MAKE-UP / BODY PAINTING ____________________________________________________________________ P ACTIVITY RECORD ULTATION RECORD which consultation has been sed ( etc : / prosthetic rashes / tc : remove / stay in ) L ITEMS ( please tick any any items ) UPKEEP MAKE-UP WORKSTATION 3. WORK STATION & HYGIENE Activities Workstation cleaned and sanitized Make-up tools cleaned and sterilized Make-up products and tools kept in storage area Waste materials disposed ( sharp waste / general waste ) 4. NEXT APPOINTMENT ( List details of next appointment with client ) Items Details Call time & Date Start Event Touch-Up Stay Back KINDLY FILL UP BY MAKE-UP ARTIST ONLY