KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
Karangan
Tudingan
Edisi 2019
Disediakan oleh:
Cikgu Roslan bin Daud
SMK Taman Keramat, Gombak
Mohon didoakan agar manfaat yang saya kongsikan ini buat kedua-dua ibu bapa
saya dan guru-guru saya. Tidak lupa juga, doakan agar murid sekolah saya, SMK
Taman Keramat, khususnya anak didik tahun ini 5 Cerdas dan 5 Ehsan cemerlang
dalam SPM 2019 dan juga dalam kehidupan.
1
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
FOKUS 1 : KEGIATAN-KEGIATAN KEJIRANAN YANG DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jirannya.”
– Hadis sahih riwayat Muslim
(Ayat Rangsangan) Petikan sebaris hadis di atas jelas menunjukkan bahawa agama Islam
amat menekankan kewujudan jiran dalam kehidupan umat-Nya. (Ayat Huraian) Secara
mudahnya, jiran dapat didefinisikan sebagai orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
seseorang. (Ayat Huraian) Menurut pengertian konsep Islam pula, jiran bermaksud 40 buah rumah
setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. (Ayat Huraian) Sungguhpun begitu, hubungan
kejiranan pada zaman moden semakin renggang yang berpunca daripada kesibukan bekerja. (Ayat
Huraian) Tambahan pula, masyarakat era langit terbuka ini bersikap individualistik dan tidak
bercampur gaul dengan masyarakat seperti peribahasa enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. (Ayat Contoh) Buktinya, kajian Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
mendapati bahawa masyarakat di bandar mementingkan diri sendiri dan bersikap hidung tinggi.
(Ayat Kesan) Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah apabila terdapat jiran yang tidak menyapa
walaupun tersenggol bahu. (Ayat Kesan) Mereka juga tidak mahu bercampur dan bersosial dengan
jiran hingga lebih gemar mengamalkan sikap kera sumbang. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah
kegiatan-kegiatan kejiranan yang dapat mengeratkan hubungan?
(Ayat Topik) Satu daripada kegiatan kejiranan yang dapat mengeratkan hubungan ialah
aktiviti gotong-royong. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa kes demam denggi
menunjukkan peningkatan yang mendadak di seluruh negara sejak akhir-akhir ini dengan Selangor
mencatatkan kes paling tinggi pada tahun 2018 kerana kebersihan di kawasan kediaman yang agak
teruk. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, masyarakat boleh menyertai aktiviti membersihkan
kawasan kejiranan seperti menyapu sampah, membersihkan longkang dan mencantas pokok yang
tinggi. (Ayat Contoh) Tidak kurang juga, gotong-royong perdana yang dianjurkan ini
memerlukan pembahagian tugas secara berkumpulan kerana berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. (Ayat Contoh) Bukan itu sahaja, sambil bergotong-royong, jiran akan berbual-bual dan
beramah mesra untuk menimbulkan suasana yang harmoni. (Ayat Kesan) Impaknya, aktiviti
gotong-royong yang dijalankan dapat memudahkan sesuatu tugas selain menjimatkan masa,
tenaga dan kos. (Ayat Kesan) Dari segi keselamatan pula, gotong-royong dapat menyelamatkan
nyawa masyarakat kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. (Ayat Penegasan) Tegasnya,
kegiatan kejiranan yang dapat mengeratkan hubungan ialah aktiviti gotong-royong.
(Ayat Topik) Selain aktiviti gotong-royong, menziarahi jiran juga menjadi satu daripada
aktiviti kejiranan yang dapat mengeratkan hubungan. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian
kerana Islam amat menganjurkan umat-Nya menziarahi orang sakit kerana Rasulluah SAW
pernah bersabda bahawa sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka mereka seolah-olah berada di
kebun di syurga yang dipenuhi buah-buahan yang boleh dipetik bila-bila masa. (Ayat Contoh)
Misalnya, apabila mengetahui terdapat jiran yang terlantar sakit, selaku jiran yang prihatin,
2
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
amalan menziarahi jiran hendaklah dipraktikkan. (Ayat Contoh) Oleh itu, semasa melawat jiran
yang sakit, jiran digalakkan membawa buah tangan seperti makanan atau buah-buahan untuk
diberikan kepadanya. (Ayat Contoh) Semasa melawat juga, kata-kata semangat hendaklah
dinyalakan agar memberikan motivasi kepada jiran yang dilanda musibah agar tidak berputus asa.
(Ayat Kesan) Benarlah kata orang-orang tua, berat mata memandang, berat lagi bahu
memikulnya kerana amalan yang murni ini tidak dapat menanggung kesengsaraan yang
dihadapinya tetapi sekurang-kurangnya jiran dapat memberikan sokongan moral. (Ayat Kesan)
Dalam nada yang sama, jiran yang sakit akan berasa lebih ceria dan bersemangat untuk
meneruskan hidup kerana dirasakan tidak berseorangan dalam mengharungi gelora uji. (Ayat
Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh, satu daripada kegiatan kejiranan yang dapat
mengeratkan hubungan ialah aktiviti gotong-royong.
(Ayat Topik) Di samping itu, aktiviti kejiranan yang dapat mengeratkan hubungan ialah
penganjuran majlis rumah terbuka. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh setiap kaum di negara
ini mempunyai perayaan masing-masing yang perlu dipertahankan zaman-berzaman kerana biar
mati anak, jangan mati adat. (Ayat Contoh) Umpamanya, masyarakat Cina boleh mengundang
jiran berbangsa Melayu dan India untuk menghadiri rumah terbuka pada Tahun Baharu Cina. (Ayat
Contoh) Maka, tuan rumah perlulah menyediakan hidangan yang halal untuk jiran berbangsa
Melayu dan makanan yang bukan berasaskan daging lembu kerana masyarakat India percaya
bahawa lembu ialah haiwan suci. (Ayat Kesan) Implikasinya, jiran dapat mengenali dan
mendalami budaya kaum lain melalui silang budaya seterusnya meningkatkan persefahaman
antara kaum seperti peribahasa seikat bagai sirih, serumpun bagai serai. (Ayat Kesan) Pada masa
yang sama, hubungan perpaduan antara kaum dapat dipererat seperti peribahasa bersatu teguh,
bercerai roboh kerana cara ini dapat memperkuat masyarakat. (Ayat Penegasan) Tuntasnya,
penganjuran majlis rumah terbuka ialah kegiatan kejiranan yang dapat mengeratkan hubungan.
(Ayat Kesimpulan) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa
terdapat seribu satu kegiatan kejiranan yang dapat mengeratkan hubungan. (Ayat Cadangan
Umum) Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah menggembleng tenaga seperti peribahasa
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam memperkukuh hubungan kejiranan yang kian
renggang. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh itu, jawatankuasa penduduk haruslah menganjurkan
aktiviti kejiranan dengan bersungguh-sungguh agar tidak hangat-hangat tahi ayam. (Ayat
Cadangan Khusus) Tidak kurang juga, masyarakat hendaklah melakukan anjakan paradigma
dengan melibatkan diri secara aktif kegiatan kejiranan yang dianjurkan. (Ayat Cadangan Khusus)
Tindakan yang paling mustahak ialah ibu bapa perlulah mendidik anak-anak tentang adab
dengan jiran sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Ayat Harapan) Semoga
dengan adanya usaha yang bersepadu ini, Malaysia akan terus unggul sebagai negara yang
mempunyai masyarakat yang bersatu padu. (Ayat Ramalan) Cuba kita bayangkan, adakah
Malaysia mampu menjadi negara maju pada 2025 jika masyarakat masih telunjuk lurus,
kelengkeng berkait? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera.
3
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
FOKUS 2 : TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA
Malaysia yang kupuja,
Di desa juga di kota,
Mari nikmati semua,
Cuti-cuti Malaysia.
(Ayat Rangsangan) Seperti yang kita sedia maklum, bait-bait lirik lagu di atas merupakan
petikan serangkap lagu ‘Cuti-cuti Malaysia’ yang dinyanyikan oleh penghibur nombor satu tanah
air, Datuk Siti Nurhaliza bersempena dengan kempen pelancongan suatu ketika dahulu. (Ayat
Huraian) Sungguhpun begitu, rakyat Malaysia kini lebih gemar memilih untuk melancong di luar
negara berbanding dengan makan angin di negara sendiri hingga kerajaan mempergiat kempen ini.
(Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana mereka ingin merasai perbezaan budaya,
iklim dan pengalaman hidup di negara orang kerana jauh perjalanan luas pemandangan. (Ayat
Contoh) Contohnya, Malaysia menyasarkan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan
sebanyak 168 bilion menjelang tahun 2020 seperti yang digariskan dalam Pelan Transformasi
Pelancongan Malaysia 2020. (Ayat Kesan) Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha telah
dirangka oleh Kementerian Pelancongan dalam usaha menarik lebih ramai lagi pelancong
domestik atau luar negara untuk menjelajah Malaysia. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah tarikan-
tarikan pelancongan yang ada di negara kita hingga boleh dijadikan produk pelancongan?
(Ayat Topik) Satu daripada daya tarikan pelancongan yang terdapat di Malaysia ialah
keindahan alam semula jadi. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa negara kita memiliki
hutan malar hijau, gunung-ganang yang indah, laut yang membiru, sungai yang mengalir jernih
dan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, terdapat
banyak hutan simpan di negara ini seperti Taman Negara Kinabalu di Sabah, Hutan Simpan Royal
Belum di Perak dan Taman Negara Endau-Rompin. (Ayat Contoh) Tidak kurang juga, Hutan
Simpan Belum yang telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal oleh kerajaan negeri Perak
diisytiharkan berusia lebih 130 tahun dan tertua di dunia malah lebih tua daripada usia hutan
Amazon. (Ayat Kesan) Kesannya, keindahan alam semula jadi ini dapat menenangkan fikiran
pelancong kerana bunyi burung yang berkicauan dan udara yang segar di dalam hutan benar-benar
melapangkan minda. (Ayat Kesan) Bagi pengkaji dan penuntut ilmu pula, pengekalan alam semula
jadi dapat menjadi sumber pendidikan dan kajian bagi sesiapa yang dahaga akan ilmu kerana ilmu
itu pelita hati. (Ayat Penegasan) Tegasnya, keindahan alam semula jadi merupakan salah satu
tarikan pelancongan yang terdapat di negara kita.
(Ayat Topik) Selain keindahan alam semula jadi, kebudayaan masyarakat majmuk yang
unik juga menjadi satu daripada tarikan pelancongan di negara kita. (Ayat Huraian) Hal ini
dikatakan demikian kerana Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat
majmuk dan multibudaya sejak zaman penjajahan lagi. (Ayat Contoh) Misalnya, masyarakat Cina
mempunyai pantang larang ketika perayaan yang disambut pada setiap tahun. (Ayat Contoh) Oleh
4
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
itu, semasa Tahun Baharu Cina, mereka dilarang untuk menyapu rumah kerana mereka percaya
bahawa tindakan itu akan membuang ‘ong’ atau nasib yang baik dari rumah mereka. (Ayat Contoh)
Penggunaan warna merah pada baju, sampul duit dan hiasan rumah juga dipercayai dapat
mengundang tuah. (Ayat Kesan) Benarlah kata orang-orang tua, lain padang lain belalang
kerana perbezaan budaya ini akan menjadikan masyarakat lebih hormat-menghormati terhadap
budaya kaum lain. (Ayat Kesan) Dalam nada yang sama, hubungan perpaduan antara kaum
semakin dipererat demi menjayakan gagasan negara kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
(Ayat Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh, satu daripada tarikan pelancongan yang terdapat
di negara kita ialah kebudayaan masyarakat majmuk.
(Ayat Topik) Di samping itu, kepelbagaian makanan tradisi turut menjadi satu daripada
tarikan pelancongan kepada pelancong yang ingin menerokai keunikan Malaysia. (Ayat Huraian)
Hal ini disebabkan oleh Malaysia amat terkenal sebagai syurga makanan dunia kerana terdapat
berbagai-bagai jenis makanan yang disajikan di setiap negeri. (Ayat Contoh) Umpamanya,
kerajaan negeri Kelantan telah menganjurkan Pesta Makanan Tradisional Kelantan yang kini
menjadi acara wajib tahunan dengan menawarkan pelbagai juadah yang menarik dan istimewa
rakyat Kelantan seperti nasi kerabu, laksam, lompat tikam, akok dan cekmek molek. (Ayat Contoh)
Maka, pengunjung atau pelancong berpeluang untuk merasai dan menikmati keenakan makanan
tradisi tersebut. (Ayat Kesan) Implikasinya, kedatangan pelancong ke sesebuah negeri bukan
sahaja memberikan pendapatan kepada penduduk setempat tetapi juga telah membuka peluang
pekerjaan kepada mereka seperti peribahasa sambil menyelam minum air. (Ayat Kesan) Pada
masa yang sama, makanan tinggalan nenek moyang ini terus diwarisi dan kekal zaman-berzaman
seperti peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. (Ayat Penegasan) Tuntasnya,
kepelbagaian makanan tradisi turut menjadi salah satu tarikan pelancongan di negara kita.
(Ayat Kesimpulan) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa
terdapat seribu satu tarikan pelancongan yang ada di Malaysia. (Ayat Cadangan Umum)
Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah menggembleng tenaga seperti peribahasa ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam memajukan sektor pelancongan. (Ayat Cadangan
Khusus) Oleh itu, kerajaan perlulah mempergiat Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan
menyertai festival antarabangsa agar menarik lebih ramai pelancong asing. (Ayat Cadangan
Khusus) Tidak kurang juga, pengusaha pelancongan inap desa pula harus menawarkan pakej
pelancongan yang istimewa seperti harga yang rendah, pemandu pelancong yang berpengalaman
dan suasana tempat penginapan yang selesa. (Ayat Cadangan Khusus) Tindakan yang paling
mustahak ialah masyarakat hendaklah mengamalkan budi bahasa yang tinggi kepada pelancong
sesuai dengan slogan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’. (Ayat Harapan) Semoga dengan adanya usaha
yang bersepadu ini, Malaysia akan terus unggul sebagai destinasi pilihan pelancong yang
terkemuka di rantau ini. (Ayat Ramalan) Cuba kita bayangkan, adakah Malaysia mampu menjadi
destinasi pilihan pelancong sekiranya masyarakat masih tidak menjaga kebersihan seperti
masyarakat Jepun? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera.
5
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
FOKUS 3 : MANFAAT MENABUNG WANG
Menjalar kangkung di pinggir paya,
Tempat dara membasuh baju;
Amalan menabung jadikan budaya,
Masyarakat sejahtera negara maju.
(Ayat Rangsangan) Serangkap pantun di atas jelas menggambarkan kepentingan memupuk
amalan menabung wang dalam kehidupan seseorang. (Ayat Huraian) Bukan itu sahaja, orang
tua-tua pernah mengungkapkan bahawa sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit kerana
menabung wang berdikit-dikit lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa langsung. (Ayat Huraian)
Hakikatnya, amalan yang murni ini semakin terkakis dalam sanubari masyarakat moden. (Ayat
Huraian) Hal ini disebabkan oleh masyarakat kurang kesedaran tentang kepentingan menabung
wang lantaran kempen kesedaran yang diadakan kurang berkesan. (Ayat Huraian) Tambahan
pula, ibu bapa dan guru kurang mendidik anak-anak dan murid tentang pembudayaan menabung
wang sejak kecil. (Ayat Contoh) Buktinya, Jabatan Insolvensi Negara mengatakan bahawa
golongan 25 hingga 34 tahun paling ramai diisytiharkan muflis kerana memegang prinsip biar papa
asalkan bergaya. (Ayat Kesan) Oleh hal yang demikian, tidak menghairankan kita apabila banyak
lintah darat yang cuba memasang jerat dengan menawarkan skim pinjaman dewasa ini. (Ayat
Arah) Persoalannya, apakah manfaat-manfaat menabung wang kepada kehidupan masyarakat?
(Ayat Topik) Satu daripada faedah menabung wang ialah amalan menabung wang dapat
menjamin masa hadapan masyarakat. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana
pujangga Barat, Samuel Johnson ada mengungkapkan bahawa masa depan itu dibeli oleh masa
sekarang. (Ayat Huraian) Ironinya, setiap insan di dunia ini mengimpikan kehidupan yang selesa.
(Ayat Contoh) Sebagai contoh, masyarakat boleh menabung wang melalui Skim Simpanan
Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai tabungan pendidikan. (Ayat Contoh) Lazimnya, tabungan
ini dapat digunakan untuk membayar yuran pengajian yang bukannya sedikit ketika melanjutkan
pelajaran ke menara gading. (Ayat Kesan) Kesannya, pendidikan yang sempurna dan tinggi ini
pasti dapat menjamin masa depan yang cerah. (Ayat Kesan) Pada jangka masa yang panjang,
seseorang yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi akan mendapat kerjaya yang baik
seperti doktor, jurutera, peguam dan usahawan. (Ayat Kesan) Maka, kehidupan mereka akan
menjadi lebih selesa kerana berpegang pada peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. (Ayat Penegasan) Tegasnya, amalan
menabung wang dapat menjamin masa hadapan masyarakat.
(Ayat Topik) Selain menjamin masa hadapan, amalan menabung wang juga dapat
digunakan sewaktu kecemasan. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana nasib
malang yang bakal menimpa seseorang tidak diketahui persis peribahasa malang tidak berbau.
(Ayat Huraian) Kenyataannya, ada ketikanya, kita akan diuji oleh pelbagai onak dan duri kerana
langit tidak selalunya cerah. (Ayat Contoh) Misalnya, masyarakat perlulah membeli insurans
kereta seperti Etiqa dan Takaful Malaysia. (Ayat Contoh) Oleh itu, sekiranya ditimpa kemalangan,
6
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
bencana alam dan kecurian, perlindungan dapat diberikan oleh insurans yang dibeli. (Ayat Kesan)
Impaknya, masyarakat tidak akan membebankan orang terdekat seperti ahli keluarga dan saudara-
mara untuk meminjam wang kerana berada dalam keadaan tersepit. (Ayat Kesan) Dalam nada
yang sama, masyarakat dapat mengelakkan diri daripada berada dalam kancah hutang yang boleh
menjerat leher. (Ayat Kesan) Tambahan pula, tabungan ini dapat menjadi penyelamat agar tidak
menjadi sudah jatuh ditimpa tangga. (Ayat Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh, satu daripada
manfaat menabung wang ialah masyarakat dapat menggunakannya sewaktu kecemasan.
(Ayat Topik) Di samping itu, membeli harta benda turut menjadi satu daripada manfaat
menabung wang kepada masyarakat. (Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum,
peningkatan kos hidup telah membebankan rakyat khususnya bagi golongan yang hidup kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang. (Ayat Huraian) Oleh itu, kadar inflasi terus meningkat
menyebabkan kewangan mesti dirancang supaya tidak terdengar rungutan tentang
ketidakmampuan membeli harta benda penting seperti rumah. (Ayat Contoh) Umpamanya,
masyarakat boleh menabung wang dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). (Ayat Contoh) Oleh
hal yang demikian, pada tahun 2018, ASB mengagihkan dividen 6.50 sen seunit dan bonus 0.50
sen seunit. (Ayat Kesan) Implikasinya, masyarakat akan lebih bersedia untuk menempuh
kehidupan hari tua seperti peribahasa sediakan payung sebelum hujan. (Ayat Kesan) Pada masa
yang sama, masyarakat dapat membeli aset untuk digunakan pada kehidupan mari muka. (Ayat
Kesan) Tambahan pula, masyarakat boleh menjualnya untuk memperoleh pulangan yang berlipat
kali ganda. (Ayat Penegasan) Tuntasnya, manfaat menabung wang ialah masyarakat dapat
membeli harta benda.
(Ayat Kesimpulan) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa
terdapat seribu satu kepentingan amalan menabung wang kepada masyarakat. (Ayat Cadangan
Umum) Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah menggembleng tenaga seperti peribahasa
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam menyemai amalan menabung wang dalam
sanubari. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh itu, media massa seperti televisyen, radio, akhbar dan
media sosial hendaklah menghebahkan Kempen Mari Menabung Wang secara efektif kerana mata
pena lebih tajam daripada mata pedang. (Ayat Cadangan Khusus) Tidak kurang juga, kerajaan
perlulah menggalakkan masyarakat menabung wang dengan cara memberikan potongan cukai
kepada masyarakat yang menabung wang di bank secara konsisten. (Ayat Cadangan Khusus)
Tindakan yang paling mustahak ialah ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak menabung
wang sejak kecil dengan mendaftarkan anak-anak dalam Kelab Penabung Muda anjuran BSN
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Ayat Harapan) Semoga dengan adanya usaha yang
bersepadu ini, budaya menabung wang dapat merimbun bagai pohon yang subur. (Ayat Ramalan)
Cuba kita bayangkan, adakah Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang mempunyai
kewangan yang stabil jika masyarakat masih mengamalkan sikap besar suap daripada mulut? (Ayat
Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera.
7
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
FOKUS 4 : CARA-CARA SAYA LAKUKAN UNTUK MEMBUKTIKAN PERASAAN CINTA AKAN NEGARA
Perasaan cinta akan negara perlulah disemai dalam diri setiap warganegara, khususnya
golongan remaja.
Huraikan cara-cara yang anda lakukan untuk membuktikan perasaan cinta akan negara.
Cadangan isi penting: Soalan
(a) Saya mendalami sejarah negara dan bangsa selapis
(b) Saya menjaga perpaduan antara kaum
(c) Saya menghormati undang-undang negara
(d) Saya menjaga kebersihan dan barangan awam negara
(e) Saya menjaga nama baik negara
“Jangan menyerah kalah! Teruskan berjuang!”
“Tapi peluru kita hampir habis!”
“Biar putih tulang, jangan putih mata.”
(Ayat Rangsangan) Dialog di atas mungkin dituturkan oleh Leftenan Adnan dan askar
Melayu ketika serangan tentera Jepun di Bukit Candu. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan
demikian kerana peristiwa tersebut amat jelas mencerminkan bahawa semangat patriotik dalam
sanubari sepasukan askar sangat tebal hingga rela mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan
maruah tanah air. (Ayat Huraian) Sungguhpun demikian, semangat patriotik dalam jiwa
masyarakat, khususnya generasi muda yang menjadi tulang belakang negara ini semakin terhakis
kerana kurangnya kesedaran dalam diri. (Ayat Huraian) Tambahan pula, generasi muda kini
tidak suka mempelajari sejarah perkembangan negara bangsa kerana mereka beranggapan bahawa
sejarah lampau tidak perlu dikenang kembali. (Ayat Huraian) Bukan itu sahaja, masyarakat
kurang kesedaran bahawa tugas mempertahankan negara terletak pada bahu semua warganegara,
bukannya pada bahu benteng pertahanan negara sahaja. (Ayat Contoh) Rentetan itu, Kementerian
Pendidikan terpaksa menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus untuk
memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia manakala subjek Sejarah juga telah diajar sejak peringkat
sekolah rendah lagi. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh kerajaan mahu menyemai perasaan
cinta akan negara dalam diri generasi muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Ayat
Kesan) Kesannya, tindakan yang murni ini dapat mendidik generasi muda bertanggungjawab
terhadap negara kerana merekalah yang menjadi sandaran negara persis peribahasa pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. (Ayat Arah) Sebenarnya, terdapat cara-cara yang saya
lakukan untuk membuktikan perasaan cinta akan negara.
(Ayat Topik) Satu daripada cara yang saya lakukan untuk membuktikan perasaan cinta
akan negara ialah saya mendalami sejarah bangsa dan negara. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan
demikian kerana sejarah bangsa dan negara amat penting untuk dipelajari oleh setiap
warganegara yang cinta akan negaranya. (Ayat Huraian) Oleh sebab itu, bapa sejarawan dunia,
8
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
George Santayana pernah menukilkan bahawa orang yang melupakan sejarah pasti akan
mengulanginya kembali. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, saya akan mempelajari subjek Sejarah
dengan bersungguh-sungguh supaya dapat mengetahui pelbagai fakta sejarah bangsa dan negara.
(Ayat Contoh) Selanjutnya, saya akan menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat
bersejarah seperti Gua Tempurung yang merupakan tapak petempatan terawal manusia di negara
kita atau Bandar raya Bersejarah Melaka yang menjadi merakam sejarah penaklukan Melaka pada
tahun 1511. (Ayat Contoh) Saya juga akan mencari maklumat dan latar belakang tokoh
nasionalisme yang telah memerdekakan tanah air daripada penjajahan British seperti Dato’ Onn
Jaafar, Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan melalui penubuhan Parti Perikatan. (Ayat Kesan)
Hakikatnya, dengan mempelajari sejarah lampau, saya dapat mengambil iktibar daripada
peristiwa yang berlaku supaya tidak berulang kembali. (Ayat Kesan) Lantaran itu, saya dapat
meningkatkan pengetahuan tentang sejarah bangsa dan negara, sesuai dengan kata-kata hikmat,
ilmu itu pelita hati. (Ayat Penegasan) Sesungguhnya, cara yang saya lakukan untuk membuktikan
perasaan cinta akan negara ialah saya mendalami sejarah bangsa dan negara.
(Ayat Topik) Di samping itu, cara yang saya lakukan untuk membuktikan perasaan cinta
akan negara ialah saya menjaga perpaduan antara kaum. (Ayat Huraian) Umum mengetahui
bahawa negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa sejak zaman penjajahan
apabila British membawa imigran dari China dan India masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di
lombong bijih timah dan di ladang getah. (Ayat Huraian) Namun begitu, penjajah yang
menghidupkan bara sengketa dengan mengasing-asingkan petempatan mereka. (Ayat Contoh)
Misalnya, saya akan berkawan dengan semua kaum tanpa memilih bulu kerana dalam Al-Quran
ada menyebut bahawa Allah SWT menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar
mereka saling mengenali. (Ayat Contoh) Saya juga mempelajari adat budaya kaum lain seperti
ketika kematian, orang Cina tidak memakai pakaian berwarna merah kerana warna itu
menunjukkan kegembiraan. (Ayat Contoh) Bukan itu sahaja, saya tidak merendah-rendahkan dan
mempersendakan kepercayaan dan agama kaum lain seperti orang India tidak makan daging lembu
kerana mereka percaya bahawa lembu sebagai haiwan suci dan Tuhan mereka. (Ayat Kesan)
Impaknya, saya dapat mengelakkan salah faham dan pergaduhan antara kaum agar sejarah hitam
13 Mei 1969 tidak berulang kembali. (Ayat Kesan) Pada masa yang sama, saya dapat menjamin
keamanan dan keharmonian negara melalui persefahaman kerana bulat air kerana pembetung,
bulat kata kerana muafakat. (Ayat Penegasan) Pendek kata, cara yang saya lakukan untuk
membuktikan perasaan cinta akan negara ialah saya menjaga perpaduan antara kaum.
(Ayat Topik) Selain itu, cara yang saya lakukan untuk membuktikan perasaan cinta akan
negara ialah saya menjaga kebersihan dan barangan awam negara. (Ayat Huraian) Seperti yang
kita sedia maklum, kebersihan dan penjagaan barangan awam menjadi tanggungjawab bersama.
(Ayat Huraian) Malangnya, kajian menunjukkan bahawa setiap hari penduduk di Malaysia
menghasilkan lebih 15,000 tan sampah dan jika dikumpulkan, sampah itu boleh memenuhi Menara
Berkembar Petronas dalam masa sembilan hari. (Ayat Contoh) Umpamanya, saya mengamalkan
9
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
kitar semula bagi barangan terpakai seperti tin aluminum dan botol plastik di samping menyokong
Kempen Tak Nak Plastik. (Ayat Contoh) Tambahan pula, saya tidak merosakkan barangan awam
yang disediakan kerajaan seperti tandas awam, pengangkutan awam dan stesen bas. (Ayat Contoh)
Sungguhpun begitu, kejadian menconteng transit aliran massa (MRT) oleh masyarakat yang
mempunyai minda kelas tiga agak menyedihkan kerana kemudahan yang baharu dilancarkan itu
tidak digunakan dengan sebaik-baiknya bagai kera mendapat bunga. (Ayat Kesan) Implikasinya,
saya dapat menjaga imej baik negara untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2025 yang
dihasratkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ketujuh Malaysia. (Ayat Kesan)
Situasi ini juga dapat menjadikan negara ini sebagai negara contoh dalam di seantero dunia,
khususnya kepada negara yang membangun dan negara dunia ketiga. (Ayat Penegasan) Secara
ringkasnya, cara yang saya lakukan untuk membuktikan perasaan cinta akan negara ialah saya
menjaga kebersihan dan barangan awam negara.
(Ayat Kesimpulan) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa
terdapat seribu satu cara yang boleh saya lakukan untuk membuktikan perasaan cinta akan negara.
(Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah menggembleng tenaga
seperti peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menyemai semangat
patriotik dalam sanubari masyarakat. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh itu, media massa seperti
televisyen, radio, akhbar dan media sosial hendaklah menghebahkan Kempen Kibarkan Jalur
Gemilang secara efektif kerana mata pena lebih tajam daripada mata pedang. (Ayat Huraian)
Kendatipun begitu, kempen yang dijalankan ini tidak boleh bermusim dan perlu dilakukan secara
bersungguh-sungguh agar tidak melepaskan batuk di tangga. (Ayat Cadangan Khusus) Tidak
kurang juga, kerajaan haruslah menyediakan dana bagi menerbitkan karya bertemakan patriotik
dengan lebih banyak. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh pada setiap Bulan Kebangsaan,
cerita yang sama seperti Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan Hati Malaya akan diulang tayang
kerana kekurangan karya patriotik. (Ayat Cadangan Khusus) Tindakan yang paling mustahak
ialah ibu bapa perlulah menyemai rasa cinta akan negara sejak kecil dengan membawa anak-anak
menyambut Hari Kebangsaan pada setiap tahun kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
(Ayat Harapan) Semoga dengan adanya usaha yang bersepadu ini, benih patriotik dapat tumbuh
merimbun. (Ayat Ramalan) Cuba kita bayangkan, adakah Malaysia mampu menjadi sebuah
negara yang maju jika masyarakat masih tidak mengamalkan sikap ibarat telur sesangkak, pecah
sebiji pecah semua? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera.
10
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
FOKUS 5 : CIRI-CIRI BANDAR IDAMAN SEKELUARGA DEMI MENINGKATKAN KUALITI HIDUP
Setiap keluarga berhasrat untuk tinggal di sebuah bandar yang boleh meningkatkan kualiti
hidup.
Jelaskan ciri-ciri bandar yang menjadi idaman anda sekeluarga untuk tinggal demi
meningkatkan kualiti hidup.
Soalan
Cadangan isi penting: dua lapis
(a) mementingkan pembangunan mesra dan lestari alam – mengelakkan pencemaran alam
(b) mempunyai pusat rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga – mengurangkan stres
(c) mempunyai sistem keselamatan yang canggih – mengelakkan kejadian jenayah
(d) mempunyai pusat pendidikan yang bertaraf dunia – meningkatkan ilmu pengetahuan
(e) mempunyai jaringan teknologi maklumat yang baik – mengetahui perkembangan luar negara
(Ayat Rangsangan) Sejarawan Islam yang terkemuka, Ibnu Khaldun dalam bukunya
Muqaddimah berpendapat bahawa kehidupan bandar ialah kehidupan bertamadun. (Ayat Huraian)
Oleh itu, dalam buku tersebut beliau telah menggunakan istilah ‘umran’ yang bermakna tanah
yang didiami secara tetap, berkembang dan maju. (Ayat Huraian) Selain itu, terdapat juga istilah
hadarah yang bermaksud hidup di bandar. (Ayat Huraian) Sekiranya lembaran sejarah kehidupan
manusia bertamadun kita singkap, Tamadun Indus telah mendirikan bandar terancang hasil
pertembungan dengan Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir Purba. (Ayat Huraian)
Tambahan pula, penguasaan ilmu geometri dan pembinaan juga amat membantu mereka
mendirikan bandar terancang di Mohenjo-Daro dan di Harappa. (Ayat Contoh) Contohnya,
bangunan dibina berasaskan blok empat segi dan dibahagikan oleh rangkaian jalan raya yang lurus.
(Ayat Huraian) Ironinya, setiap negara atau kawasan di dunia ini mempunyai bandar, termasuklah
Malaysia. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana bandar di negara ini wujud
disebabkan oleh perkembangan ekonomi dan rangkaian pengangkutan dan perhubungan yang
baik. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, Kuala Lumpur berkembang pesat menjadi sebuah bandar
disebabkan lombong bijih timah dan rangkaian kereta api yang menghubungkannya dengan
tempat-tempat lain. (Ayat Huraian) Oleh hal yang demikian, setiap orang ingin tinggal di bandar
impian mereka, termasuklah saya kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. (Ayat Arah)
Sesungguhnya, terdapat berbagai-bagai ciri sebuah bandar yang menjadi idaman saya sekeluarga
untuk tinggal demi kehidupan yang berkualiti.
(Ayat Topik) Satu daripada ciri sebuah bandar yang menjadi idaman saya sekeluarga
untuk tinggal ialah bandar tersebut mestilah mementingkan pembangunan mesra dan lestari alam.
(Ayat Huraian) Hakikatnya, kajian mendapati bahawa sampah yang dihasilkan oleh masyarakat
seluruh Malaysia jika dikumpul dalam masa sembilan hari boleh memenuhi Menara Berkembar
Petronas. (Ayat Huraian) Hal ini boleh menjejaskan kesihatan manusia kerana sampah sarap
seperti plastik dan getak jika dibakar akan mengeluarkan gas beracun, manakala sampah domestik
pula boleh mengundang penyakit seperti kencing tikus dan demam denggi. (Ayat Contoh) Sebagai
11
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
contoh, saya sekeluarga ingin tinggal di bandar yang pesat membangun tetapi masih mengekalkan
ekosistem hutan di tengah-tengah kesibukan kota persis Hutan Simpan Bukit Nanas di Kuala
Lumpur. (Ayat Contoh) Tambahan pula, saya sekeluarga juga mahu tinggal di bandar yang
menggunakan kenderaan tanpa petrol berplumbum atau kenderaan elektrik seperti kereta elektrik
atau kereta api laju, persis di Tokyo. (Ayat Contoh) Tidak dilupakan juga, saya sekeluarga mahu
bandar tersebut menggunakan kuasa daripada tenaga semula jadi termasuklah geoterma dan
hidroelektrik, persis bandar Reyjavik di Iceland. (Ayat Kesan) Impaknya, bandar tersebut dapat
mengelakkan pencemaran alam sekitar hingga menjamin tahap kesihatan saya sekeluarga dan
penduduknya. (Ayat Kesan) Seterusnya, saya sekeluarga dapat hidup dengan sihat kerana dapat
makan angin di sekitar bandar sambil menghirup udara yang segar, dan menikmati pemandangan
sungai yang jernih. (Ayat Penegasan) Pendek kata, bandar yang saya sekeluarga impikan tersebut
mestilah mementingkan pembangunan mesra dan lestari alam.
(Ayat Topik) Selain bercirikan pembangunan mesra dan lestari alam, saya sekeluarga juga
ingin tinggal di bandar yang mempunyai pusat rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga. (Ayat
Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, kehidupan di bandar penuh dengan tekanan sama ada
akibat pekerjaan, masalah peribadi mahupun persekitaran kerana bumi mana yang tidak ditimpa
hujan, laut mana yang tidak bergelora. (Ayat Huraian) Realitinya, kajian menunjukkan bahawa
penyumbang kadar stres yang paling utama warga kota ialah kesesakan lalu lintas dan tekanan
kerja. (Ayat Huraian) Hal ini memerlukan penduduk bandar mencari sumber hiburan yang boleh
menenangkan tekanan yang dihadapi. (Ayat Contoh) Misalnya, saya sekeluarga mengimpikan
bandar yang mempunyai taman tema seperti Disneyland Hong Kong untuk menghabiskan masa
bersama-sama keluarga. (Ayat Contoh) Saya sekeluarga juga mahu bandar yang mempunyai
taman rekreasi yang indah seperti yang terdapat di Nong Noch, Pattaya, Thailand. (Ayat Contoh)
Hal ini dikatakan demikian kerana selain menyajikan panorama yang indah, saya sekeluarga
juga berpeluang untuk menikmati persembahan kebudayaan seperti tarian tradisional Thailand dan
seni mempertahankan diri muay thai. (Ayat Kesan) Natijahnya, saya sekeluarga dapat
meningkatkan kualiti kebahagian dalam diri kerana dapat meredakan tekanan yang dialami. (Ayat
Kesan) Seterusnya, kehidupan saya sekeluarga akan menjadi lebih ceria kerana bahagia itu perlu
dicipta. (Ayat Penegasan) Secara tuntasnya, saya sekeluarga mengimpikan bandar yang
bercirikan pusat rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga.
(Ayat Topik) Di samping itu, saya sekeluarga juga mahu tinggal di bandar yang
mempunyai sistem keselamatan yang canggih. (Ayat Huraian) Kita sedia maklum bahawa
masalah jenayah kian menjadi-jadi dan tidak mengenal mangsa walaupun kerajaan telah
mengambil pelbagai pendekatan untuk mengurangkan indeks jenayah. (Ayat Huraian) Hal ini
berpunca daripada kos hidup di bandar yang terus meningkat hingga menekan golongan yang
hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. (Ayat Huraian) Hakikatnya,
kekurangan pemantauan oleh pihak berkuasa seperti rondaan polis di kawasan hitam terus menjadi
punca jenayah terus berlaku. (Ayat Contoh) Umpamanya, saya sekeluarga mahu tinggal di bandar
yang mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV) di merata-rata tempat seperti di London
12
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
yang mempunyai lebih 500 ribu CCTV. (Ayat Contoh) Saya sekeluarga juga mahu tinggal di
bandar yang mempunyai alat pengesan bencana alam seperti di Tokyo yang mampu mengesan
gempa bumi dan tsunami. (Ayat Contoh) Seterusnya, saya sekeluarga ingin tinggal di bandar
seperti di Singapura yang mempunyai pengimbas canggih di lapangan terbang untuk mengelakkan
sindiket jenayah seperti dadah dan senjata api. (Ayat Kesan) Implikasinya, saya sekeluarga akan
dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tentera tanpa rasa takut. (Ayat Kesan) Seterusnya, saya
sekeluarga boleh menyelamatkan diri jika diberikan amaran awal kerana mencegah lebih baik
daripada mengubati. (Ayat Penegasan) Jelaslah bahawa saya sekeluarga mengimpikan bandar
yang bercirikan keselamatan yang canggih.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu ciri bandar idaman saya
sekeluarga untuk tinggal demi kehidupan yang lebih berkualiti. (Ayat Cadangan Umum)
Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah berganding bahu ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni dalam memikul obligasi untuk mewujudkan bandar yang selamat, maju dan hijau.
(Ayat Cadangan Khusus) Oleh hal yang demikian, kerajaan perlulah menyediakan infrastruktur
kelas pertama di setiap bandar demi memberikan keselesaan kepada rakyat. (Ayat Cadangan
Khusus) Pihak berkuasa seperti polis dan tentera pula hendaklah menjamin keselamatan rakyat
dengan menggerakkan operasi dan menggunakan teknologi canggih dalam membasmi jenayah.
(Ayat Cadangan Khusus) Tindakan yang paling utama ialah masyarakat perlulah menjaga
kebersihan alam sekitar seperti tandas awam, taman rekreasi dan alam semula jadi supaya dapat
melahirkan masyarakat berminda kelas pertama. (Ayat Harapan) Semoga dengan usaha sederap
ini bagai lagu dengan irama, bandar-bandar di negara ini dapat diiktiraf sebagai bandar yang paling
bersih, selamat dan maju oleh pihak luar negara. (Ayat Huraian) Seharusnya, kita perlu
menjadikan Vienna, Austria sebagai kayu ukur kerana bandar itu diiktiraf sebagai bandar paling
unggul di dunia untuk hidup berkualiti. (Ungkapan Menarik) Akhir kata, tepuk tanya tanya selera
kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanakan akan menjadi angan-angan
Mat Jenin.
13
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
FOKUS 6 : RENCANA ‘PERANAN MASYARAKAT DALAM MENARIK KEHADIRAN PELANCONG’
Anda ingin menulis sebuah rencana untuk dimuatkan dalam majalah pelancongan tempatan.
Tajuk rencana anda ialah ‘Peranan masyarakat dalam menarik kehadiran pelancong’.
Tulis rencana anda selengkapnya.
Cadangan isi penting: Soalan
selapis
(a) Masyarakat memilih destinasi pelancongan dalam negara
(b) Masyarakat menjaga kebersihan negara
(c) Masyarakat melibatkan diri dalam industri pelancongan negara
(d) Masyarakat mempamerkan kebudayaan bangsa
(e) Masyarakat menghebahkan tarikan pelancongan setempat
Peranan masyarakat dalam menarik kehadiran pelancong
Oleh: Fatihah Humaira binti Mohd Sofi
Tasik Biru airnya tenang,
Tempat dara bertemu teruna;
Kempen pelancongan hebat dicanang,
Malaysiaku indah masyhur sebuana.
(Ayat Rangsangan) Sungguhpun kerajaan telah mengadakan Tahun Melawat Malaysia
sejak tahun 1990 lagi, namun negara kita masih tidak mampu mencabar kedudukan Thailand
sebagai negara Asia Tenggara yang paling ramai dikunjungi pelancong. (Ayat Huraian) Umum
mengetahui bahawa pelbagai cabaran perlulah dihadapi oleh segenap pihak untuk menjadikan
Malaysia sebagai destinasi makan angin yang paling tersohor. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan
oleh tarikan yang terdapat di negara ini tidak disebarluaskan dengan lebih agresif ke luar negara
lantaran usaha yang dilakukan melepaskan batuk di tangga. (Ayat Huraian) Tambahan pula,
sikap masyarakat yang masih berminda kelas ketiga kerana tidak menjaga infrastruktur seperti
menconteng MRT dan tandas turut menjadi halangan. (Ayat Huraian) Bukan itu sahaja, masalah
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran sungai dan jerebu yang melanda negara baru-baru ini
menjejaskan sektor pelancongan. (Ayat Contoh) Rentetan itu, pada tahun 2019, Tun Dr. Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Ketujuh telah merasmikan pelancaran Kempen Tahun
Melawat Malaysia 2020. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh kerajaan mahu menarik lebih
ramai pelancong berkunjung ke tempat-tempat menarik di seluruh pelosok negara. (Ayat Kesan)
Kesannya, Malaysia mampu mengekalkan kedudukan sebagai negara paling ramai dilawati oleh
pelancong Muslim selama tiga tahun berturut-turut. (Ayat Arah) Sebenarnya, terdapat pelbagai
peranan masyarakat dalam menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
(Ayat Topik) Satu daripada peranan masyarakat dalam menarik kehadiran pelancong ke
Malaysia ialah masyarakat hendaklah memilih destinasi pelancongan dalam negara. (Ayat
14
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
Huraian) Hakikatnya, tinjauan yang dilakukan oleh Tinjauan Pengembaraan Global pada tahun
2015 mendapati bahawa 73 peratus rakyat Malaysia melancong ke luar negara dengan memilih
Singapura, Thailand, Indonesia dan Hong Kong sebagai destinasi utama. (Ayat Huraian) Hal ini
menunjukkan bahawa pelancong domestik lebih gemar memilih destinasi luar negara sebagai
tempat berlibur. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, masyarakat hendaklah memberikan sokongan
kepada kempen pelancongan seperti Tahun Melawat Malaysia, Cuti-cuti Malaysia dan Zoom
Malaysia. (Ayat Contoh) Tambahan pula, keindahan alam semula jadi di negara ini tidak kurang
hebatnya seperti gugusan pulau di Sabah yang menerima jolokan sebagai ‘Maldives Malaysia’
seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. (Ayat Contoh) Tidak dilupakan juga, Hutan Simpan
Royal Belum yang diiktiraf sebagai hutan tertua di dunia menyimpan khazanah alam yang
mengujakan untuk diterokai. (Ayat Kesan) Impaknya, sokongan masyarakat terhadap kempen
pelancongan ini sudah pasti mengukuhkan kepercayaan pelancong untuk berkunjung ke negara
kita. (Ayat Kesan) Seterusnya, Keluaran Dalam Negara Kasar di samping nilai mata wang Ringgit
Malaysia juga dapat diperkukuh kerana wang tidak dialirkan ke luar negara sesuai dengan
peribahasa sambil menyelam minum air. (Ayat Penegasan) Sesungguhnya, satu daripada peranan
masyarakat dalam menarik kehadiran pelancong ke Malaysia ialah masyarakat hendaklah memilih
destinasi pelancongan dalam negara.
(Ayat Topik) Selain memilih destinasi pelancongan dalam negara, masyarakat juga
haruslah menjaga kebersihan untuk menarik kehadiran pelancong ke Malaysia. (Ayat Huraian)
Seperti yang kita sedia maklum, kebersihan adalah antara aspek penting yang menyebabkan
pelancong berminat untuk berwisata ke sesebuah negara. (Ayat Huraian) Realitinya, menurut
kajian oleh Universiti Yale, Jepun ialah negara yang tersenarai sebagai negara yang mempunyai
udara terbersih selepas Australia, Kanada dan Amerika Syarikat. (Ayat Huraian) Hal ini
disebabkan oleh sikap masyarakatnya yang membawa beg plastik ke mana-mana dan membuang
sampah ke dalam tong sampah yang disediakan walaupun jumlahnya agak sedikit. (Ayat Contoh)
Misalnya, masyarakat hendaklah membuang sampah seperti plastik, tin aluminium dan botol ke
dalam tong sampah yang disediakan. (Ayat Contoh) Masyarakat juga perlulah menjaga kebersihan
tandas kerana hadis ada menyebut bahawa kebersihan separuh daripada iman. (Ayat Contoh) Hal
ini dikatakan demikian kerana pujian seharusnya diberikan kepada pengurusan tandas awam
Rantau Abang hingga dinobatkan sebagai tandas awam terbaik kategori ASEAN Public Toilet
Standard baru-baru ini. (Ayat Kesan) Natijahnya, penjagaan kebersihan dapat menaikkan imej
negara di persada antarabangsa. (Ayat Kesan) Seterusnya, penyakit berbahaya seperti wabak
demam denggi, kencing tikus dan taun dapat dihindari kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati. (Ayat Penegasan) Secara tuntasnya, masyarakat juga haruslah menjaga kebersihan
untuk menarik kehadiran pelancong ke Malaysia.
(Ayat Topik) Di samping itu, masyarakat juga sewajarnya melibatkan diri dalam industri
pelancongan negara bagi menarik kehadiran pelancong. (Ayat Huraian) Kita sedia maklum
bahawa sektor pelancongan menawarkan pelbagai jenis pekerjaan kepada masyarakat setempat,
dari pekerja tidak mahir, separuh mahir dan mahir. (Ayat Huraian) Hal ini berpunca daripada
15
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
bidang pelancongan meliputi rangkaian perkhidmatan, termasuklah perhotelan, makanan, kraf
tangan dan pengangkutan. (Ayat Huraian) Hakikatnya, Malaysia masih mengalami kekurangan
pekerja dalam bidang pelancongan walaupun dayung sudah di tangan, perahu sudah di air lantaran
bersikap terlalu memilih pekerjaan. (Ayat Contoh) Umpamanya, masyarakat yang kaya dengan
ilmu sejarah kawasan setempat seperti Pulau Langkawi boleh menjadi pemandu pelancong. (Ayat
Contoh) Masyarakat juga boleh menceritakan lagenda Mahsuri yang termasyhur dengan
sumpahan tujuh keturunan dan darah putih kerana difitnah. (Ayat Contoh) Seterusnya, masyarakat
boleh mengetengahkan keunikan setempat dengan membawa pelancong ke Dataran Lang, Geo
Park Langkawi dan Pulau Tasik Dayang Bunting kerana setiap tempat mempunyai keistimewaan
masing-masing. (Ayat Kesan) Implikasinya, pelancong dapat menerokai keindahan dan keunikan
kawasan setempat dengan lebih mendalam. (Ayat Kesan) Seterusnya, pelancong dapat
memperkaya pengetahuan mereka sesuai dengan peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan.
(Ayat Penegasan) Jelaslah bahawa masyarakat juga sewajarnya melibatkan diri dalam industri
pelancongan negara bagi menarik kehadiran pelancong.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu peranan masyarakat bagi
menarik kehadiran pelancong untuk bertandang ke negara ini. (Ayat Cadangan Umum)
Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah berganding bahu ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni dalam memikul obligasi untuk menarik kedatangan pelancong. (Ayat Cadangan
Khusus) Oleh hal yang demikian, kerajaan perlulah menyediakan infrastruktur kelas pertama di
setiap destinasi pelancongan negara demi memberikan keselesaan kepada pelancong. (Ayat
Cadangan Khusus) Pihak berkuasa seperti polis dan tentera pula hendaklah menjamin
keselamatan pelancong dengan menggerakkan operasi dan menggunakan teknologi canggih
khususnya di kawasan perairan seperti di Sabah kerana sering menjadi ancaman lanun. (Ayat
Cadangan Khusus) Tindakan yang paling utama ialah media massa seperti televisyen, radio,
akhbar dan laman sosial haruslah menghebahkan kempen pelancongan seperti Tahun Melawat
Malaysia 2020 dengan lebih agresif kerana mata pena lebih tajam daripada mata pedang. (Ayat
Harapan) Semoga dengan usaha sederap ini bagai lagu dengan irama, Malaysia terus diiktiraf
sebagai destinasi pilihan pelancong, bukan sahaja pelancong Islam tetapi juga pelancong bukan
Islam. (Ayat Huraian) Seharusnya, rakyat Malaysia perlu berbangga kerana mempunyai
keindahan alam sekitar, kepelbagaian budaya warisan dan keamanan hingga boleh menjadi tarikan
kepada pelancong. (Ungkapan Menarik) Akhir kata, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa
kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanakan akan menjadi angan-angan Mat Jenin.
16
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
FOKUS 7 : KEMASUKAN PELABUR ASING BERGANTUNG PADA KEKUATAN SESEBUAH NEGARA
Kemasukan pelabur asing giat ke sesebuah negara di rantau ini bergantung pada kekuatan
sesebuah negara.
Berikan komen anda. Soalan
selapis
Cadangan isi penting:
(a) Keamanan politik
(b) Kestabilan ekonomi
(c) Kemajuan infrastruktur
(d) Galakan kerajaan
(e) Sumber manusia
Ombak memecah di tepi beting,
Mencari siput si anak dara;
Pelaburan asing amatlah penting,
Negara maju masyarakat sejahtera.
(Ayat Rangsangan) Hakikatnya, kemasukan pelabur asing ke sesebuah negara tidak dapat
dinafikan kepentingannya kerana dapat membangunkan negara tersebut. (Ayat Huraian) Umum
mengetahui bahawa pelbagai cabaran perlulah dihadapi oleh segenap pihak untuk menarik
kehadiran pelabur asing ke negara Malaysia. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh kekuatan
yang terdapat di negara ini tidak disebarluaskan dengan lebih agresif ke luar negara lantaran usaha
yang dilakukan melepaskan batuk di tangga. (Ayat Huraian) Tambahan pula, persepsi negatif
pelabur asing terhadap kemampuan negara turut menjadi kekangan dalam menarik kehadiran
pelabur asing. (Ayat Huraian) Bukan itu sahaja, kerenah birokrasi dengan melengah-lengkahkan
proses sesuatu prosedur turut menyebabkan pelabur asing tidak berminat untuk menanam modal
di negara ini. (Ayat Contoh) Rentetan itu, semenjak tahun 1998, kerajaan telah membenarkan
pemilikan ekuiti sebanyak 100 peratus kepada pelabur asing dalam bidang pembuatan tanpa
sebarang syarat. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh kerajaan mahu menarik lebih ramai
pelabur asing untuk menanam modal dalam pelbagai bidang. (Ayat Kesan) Kesannya, Lembaga
Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mendapati bahawa negara masih menjadi pilihan
pelabur asing dengan peningkatan pembelian saham di Bursa Saham Malaysia. (Ayat Arah)
Sebenarnya, terdapat pelbagai kekuatan sesebuah negara hingga menarik kemasukan pelabur
asing ke sesebuah negara di rantau ini.
(Ayat Topik) Satu daripada kekuatan sesebuah negara hingga menarik kemasukan pelabur
asing ke sesebuah negara di rantau ini ialah keamanan politik. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan
demikian kerana ketiadaan rusuhan, peperangan dan persengketaan menjadi sebab penting dalam
mewujudkan keyakinan pelabur asing untuk melabur saham di sesebuah negara. (Ayat Huraian)
Oleh sebab itu, suasana yang aman dan damai sentiasa menjadi gagasan para pemimpin yang
17
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
menerajui tampuk kepemimpinan negara supaya kejernihan politik dapat diwujudkan. (Ayat
Huraian) Tambahan pula, pengekalan pemimpin yang berkaliber juga menjadi kayu ukur
suasana politik yang stabil. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, Singapura terus mengekalkan
kedudukan pertama manakala Malaysia di tangga kedua dalam kalangan negara serantau kerana
keyakinan pelabur asing. (Ayat Contoh) Selanjutnya, dalam jangka lima dekad ini, Singapura dan
Malaysia tidak ada sebarang rusuhan kaum dan peperangan yang boleh merencatkan kemasukan
pelabur asing. (Ayat Kesan) Impaknya, dengan kestabilan politik sesebuah negara, pelabur asing
dapat mengukuhkan keyakinan untuk terus menanam modal hingga memastikan pulangan yang
lumayan. (Ayat Kesan) Lantaran itu, pelaburan asing ini dapat membuka peluang pekerjaan
kepada rakyat tempatan agar tidak terus hidup dalam keadaan daif seperti peribahasa kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang. (Ayat Penegasan) Sesungguhnya, satu daripada kekuatan
sesebuah negara hingga menarik kemasukan pelabur asing ke sesebuah negara di rantau ini ialah
keamanan politik.
(Ayat Topik) Selain keamanan politik, kestabilan ekonomi juga menjadi kekuatan sesebuah
negara hingga menarik kemasukan pelabur asing ke sesebuah negara di rantau ini. (Ayat Huraian)
Seperti yang kita sedia maklum, tukaran mata wang yang tinggi dapat memberikan keuntungan
kepada pelabur asing. (Ayat Huraian) Realitinya, krisis kewangan yang tidak berlaku seperti
tahun 1997 di seluruh dunia menjadikan pelabur asing berani menanam modal hingga
menguntungkan sesebuah negara. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh kadar eksport akan
meningkat dari tahun ke tahun hingga menambahkan Keluaran Dalam Negara Kasar. (Ayat
Contoh) Misalnya, Singapura terus menjadi pilihan pelabur asing di rantau ini kerana mata wang
Dolar Singapura lebih stabil berbanding dengan mata wang Ringgit Malaysia, Peso Filipina dan
Bath Thailand. (Ayat Contoh) Singapura juga diiktiraf sebagai negara Asean paling kurang korupsi
dan negara ketujuh di dunia yang kurang masalah makan suap hingga meningkatkan keyakinan
pelabur asing. (Ayat Kesan) Natijahnya, kestabilan ekonomi ini dapat memberikan pulangan yang
lumayan dan berganda kepada pelabur asing. (Ayat Kesan) Seterusnya, keuntungan ini juga dapat
dinikmati oleh kerajaan dalam bentuk duti import sesuai dengan peribahasa sambil menyelam
minum air. (Ayat Penegasan) Secara tuntasnya, kestabilan ekonomi juga menjadi kekuatan
sesebuah negara hingga menarik kemasukan pelabur asing ke sesebuah negara di rantau ini.
(Ayat Topik) Di samping itu, kemajuan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan juga
menjadi tarikan kemasukan pelabur asing ke sesebuah negara di rantau ini. (Ayat Huraian) Kita
sedia maklum bahawa sistem pengangkutan dan perhubungan yang lengkap seperti lapangan
terbang, jalan raya, bekalan air serta elektrik dan pelabuhan dapat menghantar produk dari satu
tempat ke satu tempat yang lain. (Ayat Huraian) Hal ini juga termasuklah jaringan telekomunikasi
yang canggih seperti faksimile, telefon dan Internet. (Ayat Huraian) Hakikatnya, kebanyakan
negara membangun di rantau ini masih tidak mempunyai fasiliti yang mencukupi untuk digunakan
oleh pelabur asing. (Ayat Contoh) Umpamanya, Pelabuhan Singapura diisytiharkan sebagai
pelabuhan paling besar dan sibuk dalam kalangan negara di Asia Tenggara kerana mempunyai
18
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
pelbagai kemudahan. (Ayat Contoh) Ironinya, kemampuan Singapura sebagai pusat pengelola
kargo minyak hampir 50 peratus minyak mentah dunia transit menarik pelabur asing untuk
menanam modal di negara republik itu. Implikasinya, prasarana yang lengkap dan canggih ini
dapat memudahkan urusan perdagangan dan pelaburan asing di sesebuah negara. (Ayat Kesan)
Seterusnya, masa operasi, kos pengeluaran dan tenaga pelabur asing dapat dijimatkan sesuai
dengan peribahasa berkayuh sambil bertimba. (Ayat Penegasan) Jelaslah bahawa kemajuan
infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan juga menjadi tarikan kemasukan pelabur asing ke
sesebuah negara di rantau ini.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kekuatan sesebuah negara
yang mampu menjadi faktor tarikan pelabur asing ke sesebuah negara di rantau ini. (Ayat
Cadangan Umum) Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah berganding bahu ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni dalam memikul obligasi untuk menarik kemasukan pelabur asing
ke rantau ini. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh hal yang demikian, kerajaan perlulah mengadakan
kerjasama dengan negara serantau seperti membuat pertukaran kepakaran. (Ayat Cadangan
Khusus) Pihak berkuasa seperti polis dan tentera pula hendaklah menjamin keselamatan negara
dengan menggerakkan operasi di kawasan perairan seperti di Sabah kerana sering menjadi
ancaman lanun. (Ayat Cadangan Khusus) Tindakan yang paling utama ialah rakyat hendaklah
meningkatkan kemahiran dan potensi diri dengan menguasai ilmu demi menjadi pekerja yang
mahir dan berketerampilan. (Ayat Harapan) Semoga dengan usaha sederap ini bagai lagu dengan
irama, hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2025 akan menjadi realiti. (Ayat
Huraian) Seharusnya, syarikat tempatan perlu lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa
supaya boleh memancing perhatian pelabur asing. (Ungkapan Menarik) Akhir kata, tepuk tanya
tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanakan akan menjadi
angan-angan Mat Jenin.
19
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
FOKUS 8 : USAHA-USAHA DALAM MENGEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional seperti wau, gasing dan congkak perlulah dikekalkan sebagai warisan
kebudayaan masyarakat.
Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan dalam mengekalkan permainan tradisional.
Cadangan isi penting: Soalan
(a) Pihak kerajaan menganjurkan festival permainan tradisional selapis
(b) Pihak sekolah mengadakan aktiviti permainan tradisional
(c) Ibu bapa menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional
(d) Masyarakat yang berkemahiran mengajar generasi muda tentang permainan tradisonal
(e) Media massa menghebahkan permainan tradisional
Burung merbah terbang melayang,
Hinggap mari di tengah laman;
Permainan tradisional tinggalan moyang,
Kekal lestari zaman-berzaman.
(Ayat Rangsangan) Hakikatnya, permainan tradisional merupakan tinggalan nenek
moyang yang diharapkan kekal zaman-berzaman. (Ayat Huraian) Malangnya, disangka panas
sampai petang, rupanya hujan di tengah hari kerana permainan ini semakin dipinggirkan,
khususnya oleh golongan muda. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh lambakan permainan
moden yang lebih canggih dan menarik bak cendawan tumbuh selepas hujan seperti PUBG,
Mobile Legend dan Angry Birds kerana menggunakan teknologi tinggi dan dirasakan lebih
mencabar mental. (Ayat Huraian) Tambahan pula, persepsi negatif masyarakat terhadap
permainan tradisional sebagai kolot dan ketinggalan zaman menjadikan warisan turun-temurun ini
semakin dilupakan. (Ayat Huraian) Bukan itu sahaja, kurangnya penyebaran dan pengamalannya
oleh generasi tua yang berkemahiran menjadikan permainan ini ibarat hidup segan mati tak mahu.
(Ayat Contoh) Contohnya, terdapat pelbagai permainan tradisional yang kian hari kian ditelan
zaman seperti wau, congkak, gasing dan sepak raga. (Ayat Huraian) Rentetan itu, usaha yang
bersepadu perlulah digerakkan demi menyelamatkan warisan ini. (Ayat Kesan) Kesannya,
tinggalan leluhur yang tidak ternilai ini akan terus mekar lestari dan dikenali oleh generasi muda.
(Ayat Arah) Sebenarnya, terdapat pelbagai usaha yang perlu dilakukan dalam mengekalkan
permainan tradisional agar terus hidup dalam kepesatan dunia moden yang meminggirkan
tradisional dan adat budaya.
(Ayat Topik) Satu daripada usaha yang perlu dilakukan dalam mengekalkan permainan
tradisional ialah pihak kerajaan hendaklah menganjurkan festival permainan tradisional. (Ayat
Huraian) Hakikatnya, masyarakat kini amat gemar akan hiburan kerana bersifat menghiburkan
hati. (Ayat Huraian) Hal ini menunjukkan bahawa penganjuran festival yang santai tetapi penuh
informasi dapat menarik minat masyarakat untuk turun padang dan mendekati permainan
20
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
tradisional. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, kerajaan hendaklah menganjurkan festival permainan
tradisional dengan menghimpunkan pelbagai permainan yang kian dilupai dari serata negeri seperti
dilakukan oleh pihak Muzim Negara pada waktu cuti sekolah. (Ayat Contoh) Tambahan pula,
festival ini dapat dijayakan dengan mengundang golongan yang mempunyai kemahiran seperti
permainan gasing untuk menunjuk ajar penghasilan dan cara permainan kepada generasi muda
yang masih tidak sedar akan kepentingannya. (Ayat Contoh) Tidak dilupakan juga, pengunjung
yang hadir perlu diberikan peluang untuk bermain permainan tersebut supaya dapat merasai
keseronokannya. (Ayat Kesan) Impaknya, masyarakat dapat membuka mata untuk mengenali dan
mempelajari permainan tradisional yang semakin dipinggirkan ini. (Ayat Kesan) Seterusnya,
mereka dapat menurunkan ilmu tersebut kepada generasi akan datang agar tidak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas. (Ayat Penegasan) Sesungguhnya, satu daripada usaha yang perlu dilakukan
dalam mengekalkan permainan tradisional ialah pihak kerajaan hendaklah menganjurkan festival
permainan tradisional.
(Ayat Topik) Selain penganjuran festival permainan tradisional, pihak sekolah juga
haruslah mengadakan aktiviti permainan tradisional. (Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia
maklum, pembelajaran boleh berlaku bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga di luar kelas melalui
aktiviti kokurikulum. (Ayat Huraian) Realitinya, pembelajaran secara aktif melalui pengalaman
sendiri terbukti memberikan kesan yang lebih besar kepada perkembangan ilmu murid agar boleh
digunakan dalam kehidupan seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui pembelajaran abad ke-21. (Ayat Contoh) Misalnya, pihak sekolah melalui Kelab
Kebudayaan boleh menjalankan permainan tradisional dan pertandingan pada setiap perjumpaan
seperti congkak. (Ayat Contoh) Ahli kelab juga perlulah mengajar murid tentang peraturan
permainan seperti congkak agar mereka tahu tentang tatacara dan kepentingannya. (Ayat Contoh)
Hal ini dikatakan demikian kerana permainan congkak bukan sahaja dapat menguji kecekapan
murid dalam mengira buah untuk meneruskan permainan tetapi juga merancang strategi untuk
memenangi perlawanan. (Ayat Kesan) Natijahnya, aktiviti yang dianjurkan ini dapat
meningkatkan pengetahuan murid terhadap permainan tradisional hingga boleh diaplikasikan
dalam kehidupan kerana ilmu itu pelita hati. (Ayat Kesan) Seterusnya, penglibatan murid secara
aktif dapat mengekalkan permainan tradisional agar terus lestari walaupun arus kemodenan kuat
membadai. (Ayat Penegasan) Secara tuntasnya, pihak sekolah juga haruslah mengadakan aktiviti
permainan tradisional untuk mengekalkan permainan tradisional.
(Ayat Topik) Di samping itu, masyarakat yang berkemahiran perlulah mengajar generasi
muda tentang permainan tradisonal untuk mengekalkannya. (Ayat Huraian) Kita sedia maklum
bahawa warisan budaya yang kian sirna ini disebabkan oleh kurangnya golongan profesional
dalam menyebarluaskan permainan tradisional. (Ayat Huraian) Hal ini berpunca daripada minat
masyarakat moden terhadap permainan nenek moyang ini kian hilang dari hari ke hari kerana tidak
dimasyarakatkan. (Ayat Contoh) Umpamanya, masyarakat yang berkemahiran boleh mengadakan
bengkel permainan tradisional kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajarinya. (Ayat
Contoh) Mereka juga boleh menceritakan sejarah dan asal usul permainan tradisional seperti wau
21
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
yang dikatakan berasal dari China kerana coraknya yang mempunyai persamaan dengan kesenian
dari negara itu. (Ayat Contoh) Seterusnya, masyarakat yang berkemahiran boleh menunjukkan
cara permainan tradisional seperti wau di padang kerana permainan ini memerlukan angin yang
kuat dan kawasan lapang. (Ayat Kesan) Implikasinya, masyarakat yang cetek tentang permainan
tradisional dapat mempelajarinya daripada pakar dan golongan profesional yang menjadi tulang
belakang agar warisan ini terus hidup. (Ayat Kesan) Seterusnya, masyarakat yang telah
mengetahuinya dapat menurunkan ilmu tersebut kepada generasi akan datang. (Ayat Penegasan)
Jelaslah bahawa masyarakat yang berkemahiran perlulah mengajar generasi muda tentang
permainan tradisonal untuk mengekalkannya.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu usaha untuk mengekalkan
permainan tradisional dalam badai globalisasi kini. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan
itu, semua pihak perlulah berganding bahu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam
memikul obligasi untuk melestarikan warisan tinggalan nenek moyang ini. (Ayat Huraian)
Sesungguhnya, kehadiran permainan moden dalam dunia yang kian berubah ini tidak dapat
ditolak sebaliknya perlu sama-sama dijaga seperti peribahasa yang lama dikelek, yang baharu
didukung. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional ini turut
mampu memupuk semangat kerjasama dalam kalangan anggota untuk memperoleh kemenangan
persis peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. (Ayat Huraian) Selain itu, warisan ini
dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah khususnya buat golongan remaja yang lebih
gemar melepak, berlumpa haram dan melayari Internet. (Ayat Harapan) Semoga dengan usaha
sederap ini bagai lagu dengan irama, hasrat Malaysia untuk mengekalkan permainan tradisional di
negara ini akan menjadi realiti. (Ayat Huraian) Seharusnya, permainan tradisional perlu lebih
berdaya saing dengan permainan video dengan menjadikannya lebih moden. (Ungkapan Menarik)
Akhir kata, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang
direncanakan akan menjadi angan-angan Mat Jenin.
22
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
EKSTRA 1 EKSTRA 2
Kepentingan mengukuhkan semangat Peranan ibu bapa mengukuhkan semangat
Kejiranan kejiranan
Rangka karangan Rangka karangan
Pendahuluan : Pendahuluan :
____________________________________________ ____________________________________________
____________________________________________ ____________________________________________
____________________________________________ ____________________________________________
____________________________________________ ____________________________________________
____________________________________________ ____________________________________________
____________________________________________ ____________________________________________
Isi penting : Isi penting :
(a) ________________________________________ (a) ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
(b) ________________________________________ (b) ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
(c) ________________________________________ (c) ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
(d) ________________________________________ (d) ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
(e) ________________________________________ (e) ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
Kesimpulan : Kesimpulan :
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
23
KARANGAN TUDINGAN (Edisi 2019) HAK CIPTA : CIKGU ROSLAN DAUD
EKSTRA 3 EKSTRA 4
Kepentingan memajukan sektor Usaha pelbagai pihak dalam memajukan
pelancongan negara sektor pelancongan
Rangka karangan Rangka karangan
Pendahuluan : Pendahuluan :
____________________________________________ ____________________________________________
____________________________________________ ____________________________________________
____________________________________________ ____________________________________________
____________________________________________ ____________________________________________
____________________________________________ ____________________________________________
____________________________________________ ____________________________________________
Isi penting : Isi penting :
(f) ________________________________________ (f) ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
(g) ________________________________________ (g) ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
(h) ________________________________________ (h) ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
(i) ________________________________________ (i) ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
(j) ________________________________________ (j) ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
________________________________________ ________________________________________
Kesimpulan : Kesimpulan :
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
___________________________________________ ___________________________________________
24