RPH BIDANG MENGGAMBAR PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 1 DINAMIK SK ST AGNES, KOTA KINABALU SABAH Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kelas Tahun 1 Dinamik Tarikh / Masa 8 Januari 2024 (Khamis) / 08.30-09.30 pagi Bilangan Murid 30 orang ( 12 orang lelaki, 18 orang perempuan) Bidang Menggambar Tema Flora dan fauna / Alam semulajadi Tajuk Unit 1 : Seni Bermula Di Sini Aktiviti / Kegiatan Menghasilkan capan Pengetahuan Sedia Ada - Murid mengetahui rupa flora dan fauna. - Murid pernah melukis. Standard Kandungan 1.1. Bahasa Seni Visual 2.1 Kemahiran Seni Visual Standard Pembelajaran 1.1.1 Mengenal, memahami dan menamakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang menggambar. i) capan 2.1.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya bidang menggambar. i) capan (Bahan, alatan dan teknik) Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid dapat : i) Menyatakan bahasa seni visual yang ada pada karya capan - Menyatakan 5 bahasa seni visual yang ada pada karya capan - Menyatakan 3 daripada 5 bahasa seni visual yang ada pada karya capan. - Menyatakan 1 daripada 5 bahasa seni visual yang ada pada karya capan.
ii) Menyenaraikan dan mengaplikasikan bahasa seni visual pada karya capan melalui penerokaan : i) Media dan teknik capan ii) Proses pengkaryaan
Kriteria Kejayaan Murid boleh : 1. Menyatakan bahasa seni visual yang terdapat pada karya kolaj. 2. Menyenaraikan media dan alatan serta mengaplikasi bahasa seni visual pada karya capan melalui penerokaan: i) Media dan teknik kolaj ii) Proses pengkaryaan Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan Set Induksi ( 5 minit) 1.Bernyanyi sambil menepuk tangan. 1. Guru memainkan lagu Ca Ca Pan. 2. Guru menyuruh murid untuk menepuk detik lagu tersebut sambil menyanyi. 1. Murid menyanyikan lagu Ca Ca Capan sambil menepuk detik lagu tersebut. STRATEGI/ TEKNIK: - Berpusatkan murid - Tematik . SUMBER PENGAJARAN: - Buku teks - YouTube BBM - Komputer riba - Skrin projektor - Audio https://youtu.be/s9FIxdFsI4?feature=shared EMK : - Pendidikan muzik - Pendidikan jasmani - Bahasa melayu
Langkah 1 (20 minit) Bahasa seni visual 1. Guru menerangkan tentang pengertian bahasa seni visual dengan menggunakan paparan slaid. 2. Guru menggunakan satu contoh karya lalu mengaitkan karya tersebut dengan bahasa seni visual. 3. Guru mengadakan soal jawab bersama murid untuk mengukuhkan kefahaman murid. Contoh soalan Guru : Apakah unsur seni yang terdapat pada pelangi? 4. Guru membahagikan murid kepada enam orang satu kumpulan. 5. Guru mengedarkan lembaran kertas yang mengandungi karya menggambar kepada setiap kumpulan. 1. Murid memberikan perhatian semasa guru membuat penerangan tentang bahasa seni visual. 2. Murid menjawab soalan yang disoal oleh guru. Contoh jawapan Murid: unsur seni yang terdapat pada pelangi ialah warna. 3. Murid duduk mengikut kumpulan masingmasing iaitu enam orang satu kumpulan. 4. Setiap kumpulan murid menerima sehelai kertas daripada guru yang mengandungi karya menggambar. STRATEGI/ TEKNIK: - Penerangan - Soal jawab - Pendekatan bersepadu . SUMBER PENGAJARAN: - Buku teks BBM - Slaid - Lembaran kerja EMK : - Sains KEMAHIRAN BERFIKIR - Memahami - Menganalisis - Mengaplikasi pengetahuan NILAI - Menghargai ciptaan tuhan - Hormat-menghormati - Berdisiplin - Bekerjasama
6. Guru memberikan masa selama 5 minit kepada murid untuk menyenaraikan lima bahasa seni visual yang terdapat pada karya menggambar. 7. Guru memantau aktiviti murid. 8. Guru mengambil semula tugas yang telah disiapkan oleh murid. 5. Murid-murid dalam kumpulan masingmasing menyenaraikan bahasa seni visual yang terdapat pada karya menggambar tersebut ke dalam peta buih selama lima minit. 6. Setelah lima minit, murid menghantar tugasan yang diberikan oleh guru.
Langkah 2 (30 minit) Kemahiran Seni Visual 2.1.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya bidang menggambar. (i) capan (Bahan,alatan dan teknik) 1. Guru menyuruh murid untuk kekal berada dalam kumpulan. 2. Guru membentangkan surat khabar di setiap meja kumpulan bagi tujuan kebersihan. 3. Guru mengedarkan kertas lukisan, warna air, pensel, palet warna dan berus lukisan kepada setiap kumpulan. 4. Guru menunjukkan hasil capan yang telah siap kepada murid-murid untuk memberi gambaran tentang apa yang bakal mereka lakukan. 5. Guru menayangkan video tentang teknik dan proses membuat capan. 6. Guru membimbing murid1. Murid-murid kekal duduk di dalam kumpulan yang sama. 2. Murid menyusun alat dan bahan yang diedarkan oleh guru di tengahtengah meja agar mudah untuk dikongsi bersama. 3. Murid memberi perhatian tentang penerangan guru. 4. Murid menonton video proses penghasilan capan yang ditayangkan oleh guru. 5. Murid menumpukan perhatian dan mengikuti langkah- langkah yang dilakukan oleh guru dalam proses penghasilan capan. ALAT/BAHAN 1. Kertas lukisan 2. Warna air 3. Berus warna 4. Pensel 5. Palet warna - video tentang penghasilan capan melalui youtube. https://youtu.be/AnFgAwR4yfE?featur e=shared TMK : - komputer riba - Paparan video - Skrin Projektor Nilai murni : - kesabaran - ketelitian - Bekerjasama - Kebersihan - Disiplin
murid untuk sama-sama menghasilkan capan mengikut langkah yang ditonton pada video. Langkah: i) bancuhkan beberapa jenis warna air dengan sedikit air pada palet warna. ii) Warnakan tapak tangan menggunakan berus warna dengan warna-warna yang telah dibancuhkan. iii) capkan tangan pada kertas lukisan. iv) Ulang langkah satu hingga tiga menggunakan warna yang berlainan sebanyak dua hingga tiga kali. 7. Guru memberi kebebasan kepada murid untuk mengembangkan idea mereka terhadap capan tapak tangan mereka. 8. Guru memantau dan membimbing murid yang memerlukan bantuan. Langkah murid: i) bancuhkan beberapa jenis warna air dengan sedikit air pada palet warna. ii) Warnakan tapak tangan menggunakan berus warna dengan warna-warna yang telah dibancuhkan. iii) capkan tangan pada kertas lukisan. iv) Ulang langkah satu hingga tiga menggunakan warna yang berlainan sebanyak dua hingga tiga kali. 6. Murid menggunakan kreativiti untuk mengembangkan idea terhadap capan tangan mereka. Langkah-langkah Penghasilan:
Langkah 3 ( 5 minit ) Penutup 1. Guru menyuruh murid untuk mencuci tangan dan membersihkan peralatan serta meja. 2. Guru memberikan motivasi dan pujian terhadap murid kerana telah memberikan kerjasama yang baik semasa pdp. 1. Murid mencuci tangan dan membersihkan alatan dan meja yang digunakan 2. Murid mendengar motivasi daripada guru. Nilai murni : - Bekerjasama - Tanggungjawab Strategi PdP : - Berpusatkan murid - Berpusatkan bahan - Didik Hibur
EMK Keusahawanan,Kreativiti dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Nilai Murni Penilaian PdP Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat capan berdasarkan standard kandungan Refleksi Kekuatan : Kelemahan : Penambahbaikan :
RPH BIDANG MEMBUAT CORAK & REKAAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2 PERMATA SK ST AGNES, KOTA KINABALU SABAH Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kelas Tahun 2 Permata Tarikh / Masa 4 Mac 2024 (Isnin) / 8.30 pagi - 9.30 pagi Bilangan Murid 30 Orang (16 orang perempuan , 14 orang lelaki) Bidang Membuat corak dan rekaan Tema Flora dan fauna / Alam semulajadi Tajuk Unit 2 : Bersih Pasti Cantik Aktiviti / Kegiatan Lipatan dan guntingan Pengetahuan Sedia Ada Murid mengetahui rupa flora dan fauna Standard Kandungan 1.1. Bahasa Seni Visual 2.2 Kemahiran Seni Visual Standard Pembelajaran 1.1.2 Mengenal dan menerangkan bahasa seni visual dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan berdasarkan: (i) Rupa, warna, kontra dan harmoni yang ada pada lipatan dan guntingan. 2.1.2 : Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual melalui media dan proses untuk menghasilkan karya dalam bidang membuat corak dan rekaan. i) Teknik lipatan dan guntingan Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid dapat : i) Menyatakan enam bahasa seni visual yang ada pada karya lipatan dan guntingan. ii) Menyatakan empat daripada enam bahasa seni visual yang ada pada karya lipatan dan guntingan. iii) Menyatakan dua daripada enam bahasa seni visual yang ada pada karya lipatan dan guntingan.
iv) Mengaplikasikan Bahasa seni visual pada karya membuat lipatan dan guntingan melalui penerokaan: - Media dan teknik lipatan dan guntingan - Proses pengkaryaan
Kriteria Kejayaa n Murid boleh : 1. Menyatakan bahasa seni visual yang terdapat pada karya lipatan dan guntingan. 2. Mengaplikasikan bahasa seni visual pada karya lipatan dan guntingan melalui penerokaan: i) Media dan teknik lipatan dan guntingan ii) Proses pengkaryaan Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan Set Induksi ( 5 minit) 1.Tayangan video YouTube. (gambar dan video tentang flora dan fauna) https://youtu.be/4re5q7j i5cs?si=I9Mwm6RU1IZ Nvkfu 1. Guru menyatakan objektif pembelajaran yang perlu dicapai pada pdp tersebut. 2. Guru mengarahkan murid memberi perhatian terhadap video yang ditayangkan. Setelah itu guru mengemukakan soalan secara lisan Soalan guru : - Apakah yang anda lihat dalam video tersebut? - Senaraikan flora dan fauna yang dapat anda lihat. - Apakah flora dan fauna kegemaran anda? 1.Murid memberi perhatian terhadap tayangan video. dan menjawab soalan yang dikemukakan guru. Jangkaan jawapan daripada murid : - Bunga, tumbuhtumbuhan dan haiwan. - Burung, tupai, lebah, bunga mawar. - Burung, bunga mawar STRATEGI/ TEKNIK: - Menunjukkan tayangan video - Soal jawab . SUMBER PENGAJARAN: - Video YouTube BBM - Komputer riba - Skrin projektor - Paparan video flora dan fauna EMK : - Pengetahuan sedia ada dengan, pendidikan alam sekitar, kreativiti dan inovasi. - Teknologi Maklumat dan Komunkikasi - Sains
Langkah 1 (20 minit) Bahasa seni visual 1.1.2 Mengenal dan menerangkan bahasa seni visual dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan berdasarkan: (i) Rupa, warna, kontra dan harmoni yang ada pada lipatan dan guntingan. 1. Guru mengaitkan flora dan fauna dengan aktiviti penghasilan lipatan dan guntingan 2. Guru menunjukkan contoh-contoh lipatan dan guntingan. Berdasarkan contoh, guru menerangkan pengertian lipatan dan guntingan. 3. Guru menerangkan bahasa seni visual yang diaplikasikan dalam lipatan dan guntingan . - rupa, warna, kontra dan harmoni. 1. Murid memberi perhatian kepada penerangan guru semasa PdP dijalankan 2. Murid memberi respon/maklum balas terhadap soalan yang diberikan oleh guru. Jangkaan jawapan daripada murid: Murid : menggunakan warna yang pelbagai, warna yang terang menjadi kontra, rupa karya lipatan dan guntingan adalah rupa organik. STRATEGI/ TEKNIK: - Menunjukkan contoh karya lipatan dan guntingan. - Penerangan - Soal jawab . SUMBER PENGAJARAN: - Gambar contoh karya lipatan dan guntingan. BBM - Memaparkan contoh karya lipatan dan guntingan. EMK : - Pengetahuan sedia ada dengan, pendidikan alam sekitar, kreativiti dan inovasi. - Pendidikan Moral - Sains KEMAHIRAN BERFIKIR - Memahami - Menganalisis - Mengaplikasi pengetahuan NILAI - Menghargai ciptaan tuhan
4. Guru bersoal jawab bersama murid bagi melihat tahap pemahaman murid terhadap bahasa seni yang terdapat pada karya lipatan dan guntingan. - Guru memberikan contoh karya lipatan dan guntingan. - Bertanya pada murid apakah bahasa seni visual yang diaplikasikan pada karya lipatan dan guntingan tersebut. Soalan guru. : Guru : Murid-murid, berdasarkan pemahaman kamu tentang bahasa seni yang telah cikgu terangkan sebentar tadi, apakah bahasa seni yang diaplikasikan dalam karya lipatan dan guntingan ini?
Langkah 2 ( 30 minit ) Kemahiran Seni Visual 2.1.2 : Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual melalui media dan proses untuk menghasilkan karya dalam bidang membuat corak dan rekaan. i) Teknik lipatan dan guntingan. ii) alat dan bahan. 1. Guru menerangkan tentang media, teknik dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya lipatan dan guntingan. 2. Guru menunjukkan apa yang perlu murid-murid laksanakan serta menerangkan proses dan langkah- langkah dalam penghasilan karya lipatan dan guntingan menggunakan video youtube. https://youtu.be/zJ1t5zE_gO8?feat ure=shared 3. Guru berbincang tentang media, teknik dan proses yang digunakan untuk menghasilkan karya lipatan dan guntingan untuk memastikan bahawa murid benar- benar memahami. 1. Murid memberi perhatian semasa guru memberikan penerangan dan arahan aktiviti. 2. Murid memerhati dan melihat media, teknik dan proses dalam penghasilan lipatan dan guntingan. 3. Murid membuat perbincangan secara berkumpulan dan menghasilkan lakaran berdasarkan tajuk yang diberi : ALAT/BAHAN i) Kertas warna ii) Kertas lukisan iii) Warna pensel iv) Gunting v) Gam - video tentang penghasilan lipatan dan guntingan melalui youtube. https://youtu.be/zJ1t5zE_gO8? feature=shared PAK-21 : Kemahiran berkomunikasi, Pemikiran kreatif TMK : - komputer riba - Skrin Projektor
4. Guru membahagikan murid kepada 3 orang satu kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan seperti : - Membuat lakaran berdasarkan tajuk yang diberi. - membahagikan tugas dan peranan masing-masing. - memilih jenis bunga sebagai sumber rujukan. - Membuat lakaran. - membahagikan tugas berdasarkan prosesproses dalam penghasilan lipatan dan guntingan. Nilai murni : - kesabaran - ketelitian - Bekerjasama - Menghargai alam sekitar Pendekatan: Berpusatkan murid dan bahan. Langkah 3 Penutup ( 5 minit ) 1. Guru mengemukakan beberapa soalan tentang tajuk dan aktiviti hari ini bagi melihat tahap kefahaman murid. 2.Guru membuat kesimpulan tentang aktiviti membuat lipatan dan guntingan secara menyeluruh 1. Murid menjawab soalansoalan yang dikemukakan guru secara lisan. Nilai murni : - Ketaatan - Baik hati - Bekerjasama Strategi PdP : - Kemahiran kontekstual - Didik Hibur Pendekatan pdp: Berpusatkan murid.
EMK Keusahawanan,Kreativiti dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Nilai Murni Penilaian PdP Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat lipatan dan guntingan berdasarkan standard kandungan Refleksi Kekuatan : Kelemahan : Penambahbaikan :
RPH BIDANG MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 1 CEMERLANG SK ST AGNES, KOTA KINABALU SABAH Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kelas Tahun 1 Cemerlang Tarikh / Masa 6 Mac 2024 (Rabu) / 08.30-09.30 pagi Bilangan Murid 35 orang. ( 15 orang lelaki, 15 orang perempuan) Bidang Membentuk dan membuat binaan Tema Flora dan fauna / Alam semulajadi Tajuk Unit 3 : La La La Bonekaku Bernyanyi Aktiviti / Kegiatan Menghasilkan boneka Pengetahuan Sedia Ada - Murid mengetahui rupa flora dan fauna. - Murid pernah melihat boneka. Standard Kandungan 1.1. Bahasa Seni Visual 2.2 Kemahiran Seni Visual Standard Pembelajaran 1.1.3 Mengenal,memahami dan menamakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang membentuk dan membuat binaan : i) Boneka 2.1.3 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya bidang membentuk dan membuat binaan : i) Boneka (Bahan, alatan dan teknik) Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan bahasa seni visual yang ada pada karya boneka. - Menyatakan lima bahasa seni visual yang ada pada karya boneka. - Menyatakan tiga daripada lima bahasa seni
visual yang ada pada karya boneka. - Menyatakan satu daripada lima bahasa seni visual yang ada pada karya boneka. 2. Mengaplikasikan Bahasa seni visual pada karya membuat boneka melalui penerokaan : - Media dan teknik boneka - Proses pengkaryaan
Kriteria Kejayaan Murid boleh : 1. Menyatakan bahasa seni visual yang terdapat pada karya boneka. 2. Mengaplikasikan bahasa seni visual pada karya boneka melalui penerokaan: i) Media dan teknik ii) Proses pengkaryaan Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan Set Induksi ( 5 minit) 1. Aktiviti nyanyian 1.Guru mengarahkan murid untuk berdiri serta mencari tempat yang luas untuk membuat pergerakan sambil menyanyi lagu la la la bonekaku bernyanyi bersama-sama. 1.Murid mencari ruang masingmasing agar memudahkan pergerakan mereka lalu menyanyikan lagu la la la bonekaku bernyanyi. STRATEGI/ TEKNIK: - Tematik - Didik hibur . SUMBER PENGAJARAN: - Audio - Buku teks BBM - Komputer riba - Skrin projektor - Speaker - Lirik lagu EMK : - Pendidikan Muzik - Pendidikan Jasmani - Bahasa Melayu
Langkah 1 (20 minit) Bahasa seni visual 1.1.3 mengenal, memahami dan menamakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang membentuk dan membuat binaan. 1. Guru memberi pendedahan tentang beruang dengan menayangkan video. https://youtube.com/shorts/HdJo3v hhmhc?feature=shared 2. Guru menunjukkan contohcontoh boneka haiwan menggunakan slaid. 1. Murid memberi perhatian kepada penerangan guru semasa PdP dijalankan. 2. Murid memberi respon atau maklum balas terhadap soalan yang diberikan oleh guru 3. Murid membentuk kumpulan masingmasing seramai lima orang sekumpulan. 4. Murid memberi perhatian tentang soalan kuiz yang dikemukakan oleh guru. 5. Murid berfikir dan bertindak dengan pantas mengangkat kad berwarna untuk menjawab soalan agar dapat memperoleh mata. STRATEGI/ TEKNIK: - Belajar sambil bermain. - Berpusatkan murid . SUMBER PENGAJARAN: - Gambar BBM - slaid - Kad berwarna EMK : - Nilai Murni KEMAHIRAN BERFIKIR - Memahami - Menganalisis - Mengaplikasi pengetahuan NILAI - bekerjasama - Menghormati
3. Guru mendedahkan cara bahasa seni visual diaplikasikan pada karya boneka . - Guru mengambil satu contoh karya boneka dan menyatakan bahasa seni visual yang terdapat pada boneka tersebut. Contohnya : warna, rupa, garisan, harmoni, imbangan. 4. Guru bersoal jawab bersama murid bagi melihat tahap pemahaman murid terhadap bahasa seni yang terdapat pada karya boneka. - mengambil satu contoh karya boneka lalu memilih salah satu orang murid untuk menjawab. Guru : berdasarkan karya boneka ini, apakah bahasa seni visual yang telah diaplikasikan dalam karya ini ? Guru: Apakah jenis boneka yang kamu tahu? 6. Kumpulan murid yang menang mendapat ganjaran.
5. Guru mengadakan kuiz secara berkumpulan. Setiap kumpulan murid dibahagikan kepada 5 orang satu kumpulan. - Guru memberikan sekeping kad berwarna yang berbeza-beza kepada setiap kumpulan. - Kad tersebut adalah mewakili nama kumpulan mereka. - Guru akan memaparkan satu karya boneka, dan menyoal murid-murid tentang bahasa seni visual yang terdapat pada boneka tersebut. - Guru memberi bintang kepada kumpulan yang berjaya menjawab. - Kumpulan yang paling banyak memperoleh bintang akan mendapat ganjaran.
Langkah 2 Kemahiran Seni Visual (30 minit) 2.1.3 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya bidang membentuk dan membuat binaan. i) Boneka - Bahan, alatan dan teknik. 1. Guru menunjukkan gambar boneka yang akan dihasilkan. - Boneka beruang 2. Guru menerangkan alat dan bahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan boneka beruang. 3. Guru menunjukkan demonstrasi cara menghasilkan boneka beruang melalui video YouTube. 4. Guru menyuruh murid untuk menyediakan alat dan bahan yang telah mereka bawa daripada rumah. 1. Murid memberi perhatian semasa guru memberikan penerangan dan arahan aktiviti. 2. Murid membentuk kumpulan secara berpasangan. 3. Murid menyediakan alat dan bahan yang telah dibawa dari rumah. 4. Murid mengambil kertas yang mempunyai lakaran bahagian- bahagian pada beruang yang diedarkan oleh guru. 5. Murid menghasilkan boneka secara berpasangan. ALAT/BAHAN 1. Lakaran bahagian-bahagian beruang 2. Cawan kertas 3. Gunting 4. Gam air 5. Pensel 6. Mata - video tentang penghasilan boneka beruang melalui youtube. https://youtu.be/0cijsKCdC yc?feature=shared PAK-21 : Kemahiran berkomunikasi, Pemikiran Kreatif TMK : - komputer riba - Paparan slaid power point - Skrin Projektor Nilai murni : - kesabaran - ketelitian - Bekerjasama - Kebersihan
5. Guru mengedarkan kertas yang terdapat lakaran bahagianbahagian beruang. 6. Guru menyuruh murid untuk menghasilkan boneka beruang secara berpasangan. 7. Guru memantau keadaan murid semasa menjalankan aktiviti. Langkah-langkah Penghasilan: Langkah 3 Penutup ( 5 minit ) 1. Guru memberikan motivasi kepada murid- murid. Guru : Tahniah murid-murid, kerana anda semua telah menghasilkan boneka dengan memuaskan. Dalam pelajaran akan datang, cikgu akan mengajar topik yang lebih menarik iaitu aktiviti renjisan. 1. Murid mendengar kata-kata motivasi daripada guru. Nilai murni : - Ketaatan - Baik hati - Bekerjasama
2. Guru menyuruh murid untuk mempamerkan hasil boneka mereka di sudut pameran seni visual dalam bilik darjah. 2. Murid-murid menyimpan boneka yang telah dihasilkan di sudut pameran seni visual dalam bilik darjah. Strategi PdP : - Berpusatkan murid - Didik Hibur
EMK Keusahawanan,Kreativiti dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Nilai Murni Penilaian PdP Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat boneka berdasarkan standard kandungan Refleksi Kekuatan : Kelemahan : Penambahbaikan :
RPH BIDANG KRAF TRADISIONAL PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5 PERDANA SK ST AGNES, KOTA KINABALU SABAH Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kelas Tahun 5 Perdana Tarikh / Masa 5 Mac 2024 (Selasa) / 08.30-09.30 pagi Bilangan Murid 25 orang (15 orang perempuan, 10 orang lelaki) Bidang Kraf Tradisional Tema Flora dan fauna / Alam semulajadi Tajuk Unit 5 : Pasu Mini Aktiviti / Kegiatan Menghasilkan Kraf Tradisional Pengetahuan Sedia Ada - Murid mengetahui rupa flora dan fauna. - Murid pernah melihat pasu. Standard Kandungan 1.1. Bahasa Seni Visual 2.2 Kemahiran Seni Visual Standard Pembelajaran 1.1.4 Menginterpretasi bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang mengenal kraf tradisional : ii) Tembikar bentuk, rupa, imbangan dan penegasan 2.1.6 Meneroka penghasilan tembikar dalam bidang mengenal kraf tradisional dari aspek : i) Bahasa Seni Visual ii) Pelbagai media iii) Teknik dan proses (picitan, kepingan, lingkaran dan atau acuan) Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid dapat : i) Menyatakan 6 bahasa seni visual yang ada pada karya kraf tradisional. ii) Menyatakan 4 daripada 6 bahasa seni visual yang ada pada karya kraf tradisional. iii) Menyatakan 2 daripada 6 bahasa seni visual yang ada pada karya kraf tradisional.
iv) Mengaplikasikan Bahasa seni visual pada karya membuat kraf tradisional melalui penerokaan : i) Media dan teknik kolaj ii) Proses pengkaryaan
Kriteria Kejayaan Murid boleh : 1. Menyatakan bahasa seni visual yang terdapat pada karya kraf tradisional. 2. Mengaplikasikan bahasa seni visual pada karya kraf tradisional melalui penerokaan: i) Media dan teknik membuat tembikar ii) Proses pengkaryaan membuat tembikar Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan Set Induksi ( 5 minit) 1. Aktiviti teka-teki 1.Guru menerangkan standard pembelajaran yang perlu dicapai pada pdp tersebut. 2. Guru memberikan soalan teka-teki yang berkaitan dengan tajuk yang bakal dipelajari pada hari tersebut kepada muridmurid. 3. Guru memainkan muzik dan apabila muzik diberhentikan bermaksud masa untuk berfikir tentang jawapan teka teki telah tamat. 1.Murid mendengar dengan teliti tentang teka-teki yang diberi. 2. Murid meneka jawapan soalan teka-teki sepanjang muzik dimainkan. 3. Murid menjawab soalan teka- teki apabila muzik telah diberhentikan. - Murid yang menjawab soalan paling cepat dan tepat adalah pemenang. STRATEGI/ TEKNIK: - Berpusatkan murid. - Soal jawab . SUMBER PENGAJARAN: - Audio BBM - Komputer riba - Muzik EMK : - Pengetahuan sedia ada dengan, pendidikan alam sekitar, kreativiti dan inovasi. - Sejarah - Pendidikan Muzik - Teknologi Maklumat dan komunikasi
Soalan guru : “Sakitnya kaki bila tergeliat, Berhati-hati ketika berlarian, Diperbuat daripada tanah liat, Menjadi peralatan kehidupan harian. (Jawapan : tembikar)
Langkah 1 (20 minit) Bahasa seni visual 1.1.4 Menginterpretasi bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang mengenal kraf tradisional : ii) Tembikar bentuk,rupa, imbangan dan penegasan 1. Guru menunjukkan tembikar berbentuk 3 dimensi dan bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang terdapat pada kraf tradisional tersebut. 2. Guru menggunakan slaid untuk menayangkan beberapa jenis tembikar yang ada serta fungsinya. - Guru menayangkan video tentang proses penghasilan tembikar. 1. Murid memberi perhatian kepada penerangan guru semasa PdP dijalankan. 2. Murid memberi respon/maklum balas terhadap soalan yang diberikan oleh guru. Jangkaan jawapan: i) Murid : bahasa seni visual yang ada pada tembikar ialah bentuk, imbangan dan garisan. STRATEGI/ TEKNIK: - Menunjukkan contoh karya kraf tradisional tembikar. - Penerangan - Soal jawab . SUMBER PENGAJARAN: - Slaid, youtube dan buku teks. BBM - Video dan gambar EMK : - Sejarah - Nilai Murni KEMAHIRAN BERFIKIR - Memahami - Menganalisis - Mengaplikasi pengetahuan NILAI - Menghargai seni kraftangan. - Menjaga seni warisan PAK-21 - Kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis
3. Guru mengemukakan soalan-soalan ringkas tentang slaid yang ditayangkan. - apakah bahasa seni visual yang terdapat pada tembikar itu? - Apakah alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan tembikar? - Apakah kegunaan tembikar? ii) Murid :alat dan bahan yang digunakan ialah damar, tanah liat, dawai pemotong, pinggan,papan gelek. iii) Murid: Kegunaan tembikar ialah untuk upacara keagamaan, peralatan memasak atau untuk pengebumian.
Langkah 2 Kemahiran Seni Visual (30 minit) 2.1.6 Meneroka penghasilan tembikar dalam bidang mengenal kraf tradisional dari aspek : i) Bahasa Seni Visual ii) Pelbagai media iii) Teknik dan proses (picitan,kepingan, lingkaran dan atau acuan) 1. Guru menerangkan tentang media, teknik dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan tembikar berdasarkan buku teks pendidikan seni visual tahun 5. 1. Murid memberi perhatian terhadap penerangan guru. ALAT/BAHAN 1. Plastisin 2. Garfu 3. Pisau pemotong 4. Lidi 5. Penggelek 6. Berus lukisan 7. Warna cat poster 8. Gelas 9. Warna spray - video tentang penghasilan pasu mini melalui youtube. https://youtu.be/X573ymQMcz0?f eature=shared TMK : - komputer riba - Skrin Projektor Nilai murni : - kesabaran - ketelitian - Bekerjasama
2. Guru menayangkan video penghasilan “pasu mini” yang akan muridmurid hasilkan. https://youtu.be/X573ymQMcz0? feature=shared 3. Guru membahagikan murid kepada kumpulan-kumpulan yang kecil iaitu 4 orang dalam satu kumpulan. 4. Guru memantau aktiviti murid serta memberi bimbingan jika perlu. 2. Murid memberi perhatian semasa guru menayangkan proses dan teknik yang digunakan dalam penghasilan “pasu mini”. 3. Murid membentuk kumpulan dan berbincang mengenai pasu mini yang hendak dihasilkan. - Merujuk buku teks - Tentukan teknik - Menyediakan alat dan bahan. - Membuat lakaran pasu mini. - Menentukan warna. - Menentukan bentuk dan saiz. - Menghasilkan pasu mini. Langkah-langkah Penghasilan:
Langkah 3 Penutup ( 5 minit ) 1. Guru membuat kesimpulan tentang aktiviti membuat pasu mini secara menyeluruh 2. Guru menyuruh murid untuk letakkan pasu mini yang telah dihasilkan ke sudut pameran dalam kelas. 1. Murid memberi perhatian tentang kesimpulan tentang pembelajaran hari ini yang disampaikan oleh guru. 2. Murid menyimpan hasil karya mereka di sudut pameran pada kelas sebagai hiasan. Nilai murni : - Ketaatan - Baik hati - Bekerjasama - Menghargai Strategi PdP : - Didik Hibur - Berpusatkan murid
EMK Keusahawanan,Kreativiti dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Nilai Murni Penilaian PdP Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat pasu mini berdasarkan standard kandungan Refleksi Kekuatan : Kelemahan : Penambahbaikan :