MODUL AKTIVITI MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK DISEDIAKAN OLEH : ANIS MARHAINI BINTI AHMAD MARZUKI [ PIB22021 ] 3-4 TAHUN
ISI KANDUNGAN 1.PENGENALAN 2. OBJEKTIF 3. KEPENTINGAN 4. PENDEKATAN PEMMBELAJARAN 5. PANDUAN AKTIVITI 6. RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI (RPA) 7. PENUTUP 8. RUJUKAN
Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik. Konsep Pranombor, Nombor Awal, Operasi Nombor, Pengukuran, Masa dan Ruang perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid dan merupakan komponen penting dalam pengajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Asas perkembangan matematik bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkat bergambar (pictorial ) dan simbolik. PENGENALAN
Kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti matematik bermula daripada aktiviti menggunakan bahan konkrit kepada abstrak . Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memegang, meneroka bahan yang berkaitan dengan idea matematik . Menyedari konsep ruang, masa dan menggunakan simbol. Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas , membanding , turutan , menyukat, graf, membilang dan operasi nombor. OBJEKTIF
KEPENTINGAN AWAL MATEMATIK KEPADA KANAK-KANAK Matematik awal memegang peranan yang sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Berikut adalah beberapa kepentingan matematik awal bagi kanak-kanak: Pembangunan Kemahiran Asas Matematik awal membantu kanak-kanak memahami konsep-konsep asas seperti pengiraan, nombor, bentuk, ruang, dan pengukuran. Ini adalah kemahiran asas yang penting untuk kehidupan seharian. Kemahiran Berfikir Matematik melibatkan proses berfikir kritis, analitikal, dan kreatif. Dengan mendedahkan kanak-kanak kepada matematik awal, mereka dapat mengasah kemahiran berfikir mereka sejak dari peringkat awal perkembangan. Kemahiran ProblemSolving Matematik mendorong kanak-kanak untuk mencari penyelesaian untuk masalah. Ini membina kemahiran problem-solving yang penting dalam kehidupan harian dan dalam pelbagai disiplin. Pembangunan Kemandirian Memahami dan menggunakan matematik memberikan kanak-kanak kepercayaan diri dalam menyelesaikan masalah, yang pada gilirannya membantu mereka menjadi lebih mandiri.
Objektif aktiviti : Memadankan jenis warna dengan betul . Memasukkan manik ke dalam tali dengan tersusun Membolehkan kanak-kanak mengecam pelbagai warna LET’S ARRANGE THE COLOURS Bahan / Alatan : Kertas A4 Pen marker bewarna Manik bewarna ( Biru, kuning, hijau, merah jambu , oren ) Tali Cara pelaksanaan : Guru menyediakan bahan dan membuat beberapa dot warna pada kertas A4 Guru memberikan beberapa bilangan manik kepada kanak-kanak beserta seutas tali Guru meminta kanak-kanak memasukkan manik tersebut pada tali yang disediakan mengikut susunan warna pada kertas A4
Kebaikan aktiviti kepada kognitif kanak-kanak : Meningkatkan Keupayaan Berfikir Abstrak dimana kanakkanak diajak untuk memahami konsep abstrak seperti jumlah yang tidak dapat dilihat secara fizikal melalui penggunaan permainan dan bahan pembelajaran yang bersifat konkrit. Membina Keterampilan Logik: Matematik melibatkan penggunaan logik dan deduksi. Aktiviti matematik awal membantu kanak-kanak memahami hubungan sebabakibat, pola, dan logik matematik yang mendasari, yang merupakan asas kepada pemikiran logik yang lebih kompleks. Pendekatan pembelajaran Bertema : Aktiviti ini mengunakan pendekatan pembelajaran bertema kerana dapat memberikan ruang bagi anakanak untuk mengekspresikan kreativitas mereka melalui berbagai aktivitas dan proyek yang terkait dengan tema. Mereka dapat berimajinasi, membuat karya seni, menulis cerita, dan sebagainya yang terinspirasi oleh tema tersebut.
Objektif aktiviti : Menyusun syiling mengikut urutan dari nilaiyang kecil ke nilai yang besar Menyusun saiz syiling dari saiz kecil ke saiz besar Mengenal perbezaan nilai duit syiling COINS SPIRIT Bahan / Alatan : (1) duit syiling 5 sen 10 sen 20 sen 50 sen Cara pelaksanaan : Guru memberikan beberapa keping duit syiling yang berlainan nilainya kepada kanak-kanak Guru meminta kanak-kanak untuk menyusun syiling tersebut mengikut dari nilai yang kecil ke nilai yang besar Kemudian, guru meminta kanak-kanak untuk menyusun saiz syiling dari saiz kecil ke saiz yang besar .
Pendekatan pembelajaran : Pendekatan Berdasarkan Perkembangan: Memahami tingkat perkembangan anak usia dini adalah kunci dalam merancang pembelajaran yang efektif. Membuat kegiatan yang sesuai dengan tingkat perkembangan kognitif dan emosional mereka memastikan bahwa pembelajaran matematika mereka menjadi lebih bermakna dan berhasil. Kebaikan aktiviti kepada kognitif kanak-kanak: Peningkatan Kemampuan Berpikir Logis: Banyak aktivitas awal melibatkan pemikiran logis, seperti mengikuti urutan cerita atau menyelesaikan permainan dengan aturan tertentu. Ini membantu anak-anak mengembangkan kemampuan berpikir kritis dan analitis.
Objektif aktiviti : Menyusun straw mengikut ketinggiandari pendek ke panjang Memahami konsep pendek dan panjang Boleh menyusun mengikut urutan LET’S ARRANGE THE STRAWS Bahan / Alatan : Straw Gunting Cara melaksanakan : Guru menyediakan beberapa batang straw Kemudian menguntingkan kepada beberapa ukuran panjang yang berbeza Kemudian, meminta kanak-kanak untuk menyusun straw tersebut dari ukuran pendek ke ukuran panjang .
Pendekatan pembelajaran kolaboratif : Mendorong anak-anak untuk bekerja sama dalam menyelesaikan masalah matematika atau melakukan eksplorasi matematika bersama dapat memperkuat pemahaman mereka tentang konsep-konsep matematika, sambil mengembangkan keterampilan sosial dan komunikasi. Kebaikan aktiviti kepada kognitif kanakkanak : Peningkatan Kemampuan Sosial dan Emosional: Banyak aktivitas awal dilakukan secara bersama-sama dengan orang lain, baik itu orang tua, guru, atau teman sebaya. Ini membantu anak-anak belajar berbagi, bekerja sama, mengelola emosi, dan berinteraksi secara sosial.
Objektif aktiviti : Mengenal jenis-jenis warna Dapat mengelaskan warna dengan betul Memahami konsep persamaan dan pengelasan COLOUR CLASSIFICATION Bahan / Alatan : Kertas A4 Bebola bewarna Pen marker bewarna Cara pelaksanaan : Guru membuat beberapa petak warna di atas kertas A4 Guru memberikan beberapa biji bebola yang berlainan warna kepada kanakkanak Guru meminta kanak-kanak untuk mengelaskan bebola warna tersebut mengikut petak warna yang sama
Pendekatan pembelajaran bermain : Bermain adalah cara alami bagi anak-anak untuk belajar. Permainan matematika yang dirancang secara kreatif dapat membantu anak-anak memperoleh pemahaman tentang konsep-konsep matematika, seperti jumlah, pola, ukuran, dan ruang, tanpa merasa seperti mereka sedang belajar. Kebaikan aktiviti kepada kognitif kanak-kanak : Mengembangkan Keterampilan Kognitif: Berbagai jenis permainan dapat membantu dalam pengembangan keterampilan kognitif seperti pemecahan masalah, kreativitas, logika, dan penalaran. Mengurangi Tekanan Belajar: Pendekatan belajar sambil bermain dapat membantu mengurangi tekanan belajar yang mungkin dirasakan oleh anak-anak, sehingga meningkatkan motivasi mereka untuk belajar.
LET’S SORT THE ICE CREAM STICKS Bahan/ Alatan : Kertas A4 Batang ais krim ( kecik & besar ) Pen marker hitam Objektif aktiviti : Memahami konsep seriasi ( susunan / urutan ) Menyusun mengikut kedudukan yang betul Membezakan dari segi ketinggian dan saiz Cara pelaksanaan : Guru memberikan beberapa batang ais krim yang berbeza saiz ( besar& kecil). Guru menunjukkan gambar rajah sebagai panduan . Guru meminta kanak-kanak untuk menyusun batang ais krim mengikut gambar rajah yang diberikan .
Kebaikan aktiviti kepada kognitif kanak-kanak : Pengembangan Kemahiran Visual: Melalui aktiviti mengecam warna, kanak-kanak belajar untuk memahami perbedaan visual antara warna-warna yang berlainan . Ini membantu memperkukuhkan kemampuan mereka dalam membezakan warna dan meningkatkan keterampilan kemahiran visual mereka. Pendekatan pembelajaran Bermain : Pendekatan Bermain: Bermain adalah cara alami bagi anak-anak untuk belajar. Permainan matematika yang dirancang secara kreatif dapat membantu anak-anak memperoleh pemahaman tentang konsepkonsep matematika, seperti jumlah, pola, ukuran, dan ruang, tanpa merasa seperti mereka sedang belajar.
Berdasarkan modul pengajaran yang digunakan oleh guru didalam subjek matematik awal ini, kanak-kanak seawal usia prasekolah sebenarnya amat tertarik dengan pembelajaran matematik. Guru haruslah memainkan peranan yang dapat menarik perhatian kanak-kanak supaya rasa minat itu tidak pudar apabila melangkah ke alam persekolahan dan akhirnya keperingkat yang lebih tinggi lagi. Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju kearah sebuah Negara maju yang berteraskan Sains dan Teknologi. Pelajarpelajar kita perlu mempunyai kefahaman yang kuat terhadap konsep-konsep matematik asas yang akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi . Bagi menjamin masa depan Negara , kita perlu menkaji semula dan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dalam mengajar kanak-kanak asas pemikiran tentang metematik dari peringkat awal persekolahan. Pembelajaran matematik bukan saja diperluaskan disekolah malah ianya bermula diprasekolah lagi. Ini kerana pembelajaran yang berkesan dari usia kanak-kanak lagi akan membentuk satu asas pembelajaran yang kukuh yang dapat membantu mereka untuk meneruskan pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi lagi. PENUTUP
RUJUKAN