The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atirahamirahafandi, 2021-05-20 10:52:55

BAHASA KEBANGSAAN

BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN

KOD DAN NAMA KURSUS:
MPU21032-PENGHAYATAN ETIKA DAN

PERADABAN

SESI PENGAJIAN:
SEMESTER 1

TAJUK:

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA
KEBANGSAAN

NAMA PENSYARAH:
SITI AISYAH BINTI OTHMAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO.MATRIK

NUR ATIRAH BINTI AFANDI 16DKA20F2024

NURNAJWA BINTI SHAHARUDDIN 16DKA20F2023

KANDUNGAN

❖ Pengenalan :

- Bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan …………………….. 2-3

❖ Pengunaan Bahasa kebangsaan dalam pentadbiran
kerajaan ………………………………………………………… 4

❖ Cabaran dan reaksi penggunaan Bahasa kebangsaan
dalam pentadbiran kerajaan ……………………………. 5

❖ Perkembangan Bahasa kebangsaan dalam bidang
Pendidikan ……………………………………………………. 6

❖ Cabaran dan reaksi pengembangan Bahasa
kebangsaan dalam bidang Pendidikan …………….. 7

❖ Kesimpulan …………………………………………………… 8
❖ Rujukan ………………………………………………………… 9

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

PENGENALAN

-Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, serentak dengan itu,
Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan 1957 telah menetapkan bahawa
bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi
Persekutuan.
-Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara ini dapat
dilihat melalui pendapat Za’ba (Adnan Hj. Nawang, 2003) dalam tulisannya
bertajuk “Bahasa Kebangsaan Malaya Sa-Lepas Merdeka”. Dalam tulisan
tersebut, Za’ba telah memberikan enam sebab mengapa bahasa Melayu dipilih
menjadi bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
-Sebab-sebab tersebut ialah, Tanah Melayu ialah negeri orang Melayu; bahasa
Melayu ialah bahasa tulen negeri ini; bahasa Melayu adalah bahasa
perantaraan negeri ini; bahasa Melayu adalah bahasa yang hidup dan
berkembang mengikut peredaran zaman; bahasa Melayu telah menjadi bahasa
republik Indonesia dan bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah ( Za’ba,
1956).

2

-Walau apapun sebab yang diberikan, pemilihan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan adalah tepat dan bersesuaian sekiranya diteliti melalui
sejarah dan latar belakang penduduk di Tanah Melayu sendiriPerkara 152
Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali
juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai
fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan.
- Namun pada masa yang sama, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas
menggunakan bahasa lain seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan
bahasa Tamil oleh orang India.

3

Penggunaan bahasa kebangsaan dalam pentadbiran kerajaan

-Semua urusan rasmi melibatkan penulisan surat, perbicaraan dalam
mesyuarat, penulisan minit mesyuarat, penyediaan laporan hendaklah
dijalankan dalam bahasa Melayu.
-Kerajaan mengadakan kursus bahasa kebangsaan untuk pegawai dan
kakitangan awam. Kursus ini mula diadakan pada tahun 1960 di bawah anjuran
Bahagian Pelajaran Lanjutan, Kementerian Pelajaran Tanah Melayu.
-Ia dijalankan secara teratur dan mempunyai sukatan pelajarannya yang
tersendiri. Tujuan utamanya adalah untuk memberi pengetahuan bahasa
kebangsaan yang mencukupi kepada pegawai dan kakitangan kerajaan. Ini bagi
membolehkan pentadbiran negara dijalankan dalam bahasa kebangsaan.
-Guru-guru yang mengajar pula terdiri daripada guru-guru yang mengajar
bahasa Melayu sebagai bahasa pertama atau bahasa kedua.
-Pelaksanaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran bukanlah dijalankan
secara sertamerta tetapi kerajaan mengadakan dasar memulakan pelaksanaan
penggunaan bahasa tersebut dengan cara beransuransur. Ia bertujuan untuk
memudahkan penduduk negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum
membiasakan diri mereka dengan penggunaan bahasa kebangsaan.
-Usaha kerajaan untuk terapkan Bahasa melayu dalam pentadbiran mula
menunjukkan hasil apabila pada awal bulan September 1966 kerajaan Selangor
telah memulakan sepenuhnya pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam semua
urusannya dengan jabatan kerajaan dan syarikat perniagaan. Serentak dengan
itu juga arahan dibuat untuk memulangkan balik semua surat dalam bahasa
Inggeris yang dikirimkan kepada kerajaan negeri berserta dengan
terjemahannya . Ia merupakan antara langkah pertama kerajaan dalam usaha
mengembangkan bahasa kebangsaan dalam urusan pentadbiran.

4

Cabaran dan reaksi penggunaan bahasa kebangsaan dalam
pentadbiran kerajaan

-Perlembagaan telah membuat peruntukan yang telah menyamatarafkan
kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah pasti akan
menimbulkan kesukaran terhadap usaha mengembangkan dan
memperluaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi yang tunggal bagi negara ini.
-Melalui peruntukan ini jelas bahawa bahasa kebangsaan akan disaingi hebat
oleh bahasa Inggeris yang masih mendapat kedudukan yang tinggi. Ini
disebabkan terdapatnya golongan yang tidak berkeyakinan terhadap
kemampuan bahasa Melayu untuk menggantikan peranan bahasa Inggeris
sehingga menimbulkan kesulitan dalam melaksanakan bahasa kebangsaan.
-Jelaslah kesulitan yang dihadapi bukanlah dari segi bahasa mahupun
pelaksanaannya tetapi disebabkan oleh golongan tertentu yang tidak mahir
dalam bahasa berkenaan.
-Terdapat golongan juga berpendapat bahawa bahasa Melayu masih
kekurangan istilah dan perkataanperkataan untuk melambangkan dan
memperkatakan berbagai-bagai perkara, benda dan kejadian yang terdapat
dalam kebudayaan moden seperti dalam bidang ilmu pengetahuan yang dapat
diperkatakan dalam bahasa Inggeris.
-Pegawai-pegawai pentadbiran kerajaan turut enggan menggunakan bahasa
kebangsaan dalam urusan surat-menyurat dengan alasan ketiadaan kerani
Melayu. Keadaan ini menimbulkan reaksi yang dapat dilihat melalui kritikan-
kritikan yang ditulis dalam media cetak pada masa itu.
-

5

Perkembangan bahasa kebangsaan dalam bidang
Pendidikan

-Pendidikan merupakan satu alat yang berpengaruh dan berkesan
dalam usaha perkembangan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu
-Selepas negara mendapat kemerdekaan telah mengesyorkan agar
semua sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama
termasuklah sekolah Cina dan sekolah Tamil.

- Bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu pula dijadikan bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Sementara
itu, sebahagian besar daripada mata pelajaran utama seperti sejarah,
geografi dan sastera akan ditumpukan kepada hal-ehwal Tanah
Melayu.
-Berhubung pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
orang Melayu mendesak kerajaan supaya melaksanakan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah dan
menyegerakan penubuhan sekolah menengah Melayu.
-Penggunaan Bahasa melayu juga turut digunakan dalam
peperiksaan dan di dalam Latihan perguruan. Tujuan penggunaan
bahasa Melayu dalam latihan perguruan bukan hanya terhad sebagai
mata pelajaran yang wajib dipelajari tetapi dalam masa yang sama
bertujuan untuk menyediakan guru-guru yang mahir dan cekap
mengajarkan mata pelajaran bahasa Melayu di samping mahir
mengajar dalam bahasa tersebut.

6

Cabaran dan reaksi pengembangan bahasa kebangsaan
dalam bidang Pendidikan

-Usaha pengembangan bahasa kebangsaan dalam bidang pendidikan
berhadapan dengan persaingan yang hebat daripada bahasa Inggeris. Ini
kerana walaupun sudah mendapat kemerdekaan tetapi sistem sekolah
menengah dan universiti di negara ini masih meletakkan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris sama taraf kedudukannya.

-Cabaran yang wujud dalam menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah menengah Melayu ialah masalah kekurangan
guru dan buku-buku teks. Sebagai sebuah negara yang sedang dalam
pembinaan kerana baru mendapat kemerdekaan, kekurangan guru-guru yang
mahir dan cekap dalam mengajar bahasa Melayu dijadikan alasan kukuh untuk
memperlambatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah.

-Rentetan daripada sikap kerajaan yang dianggap cuba melengahkan
penubuhan sekolah Melayu sebagaimana yang dijanjikan dalam Penyata
Pelajaran Razak menyebabkan guru-guru Melayu merasa bimbang
kemungkinan kerajaan akan tunduk kepada tuntutan dan tekanan daripada
kaum Cina dan kaum India. Disebabkan itu dalam mesyuarat agung
perwakilannya yang berlangsung pada 27 hingga 29 Disember 1957,telah
menggesa guru-guru Melayu supaya keluar dari UMNO sekiranya menjelang 1
Februari 1958, Kementerian Pelajaran masih gagal mengadakan darjah
menengah Melayu

-Tentangan daripada masyarakat Cina. Mereka dengan sewenang-wenangnya
melemparkan tuduhan bahawa penyata pelajaran ini merupakan salah satu
usaha kerajaan untuk memusnahkan dan menghalang perkembangan
pelajaran dan kebudayaan Cina.

-Terdapat juga segelintir orang Cina yang berusaha untuk mengekalkan Kuo-Yu
sebagai bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan (Cina).

7

Kesimpulan

-Secara kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa penetapan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu pada tahun 1957 dianggap sebagai satu kejayaan
membanggakan dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu di
negara ini.
-Selaras dengan itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha
mengembangkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang
pentadbiran dan pendidikan. Di samping itu, walaupun terdapat
pelbagai isu, reaksi dan cabaran daripada pihak-pihak yang kurang
berpuas hati khususnya orang bukan Melayu terhadap bahasa
kebangsaan, namun melalui langkah-langkah yang dilaksanakan,
kerajaan telah berjaya mengatasinya.
- Hasilnya, bahasa kebangsaan bukan sahaja semakin kukuh
kedudukannya dalam bidang pentadbiran kerajaan tetapi juga telah
mula mendapat pengiktirafan dalam bidang pendidikan tinggi.

8

RUJUKAN

Abdullah Hassan. 1987. Isu-isu perancangan bahasa: pengintelektualan bahasa Malaysia,
Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ahmat Adam. 1994. Isu bahasa dan pembentukan bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Awang Sariyan. 1996. ``Bahasa Melayu di Malaysia: suatu tinjauan tentang perkembangan
dan masalahnya,” dalam

Asraf, Manifesto budaya, pupus bahasa pupuslah bangsa, Kuala Lumpur: Persatuan
Linguistik Malaysia.

Federation of Malaya, The Education Act, 1961, Kuala Lumpur, 1961.

http//:sejarahmalaysia.pnm.my.

https://pdf.sciencedirectassets.com/277811/1-s2.0-S1877042814X00303/1-s2.0-
S1877042814031632/main.pdf?X-Amz-Security-
Token=IQoJb3JpZ2luX2VjEN7%2F%2F%2F%2F%2F%2F%2F%2F%2F%2FwEaCXVzLWVhc3QtMSJGMEQCIFIx
oWnFve5dkOT8sXc3gUfRCGQVx41%2BVVz385%2F1t39rAiBUTu%2F61LtMDdmXDaA4n2KTmPm%2FlV0Q
q6%2FDO3%2B3f%2BHzAyq0Awh3EAMaDDA1OTAwMzU0Njg2NSIMyGLTeHnT4e%2B1oOzqKpED2gi9oY
mH1XwbRkVUcVWY9GRhwUYYCTTKTnX5mXDsstRR4n5bUgY0NOFxfGs9Ey8ro%2FKGsgTEATngTY8J3BAwe
b7rzhE2DEPuUExp0qcqW33IoWanuRWBmDbzJLqZIFpLb%2BxRPllL%2Bpfnzt1wp2watHVOCCg8uy3ats84
mJF%2Bx3XNa9niVpfav40%2Bjc1XRr0Y1NA9U2QgZ%2FLPRZWxQTd1CciUvbf7VHzLPrxAON7FULfWem%2
Bmq7e3S83Q0R6OM0jg%2BqQGKAggaSfOHjkmm9ap03J85nl47fzUjmhpnKyt2oQEfc9yeU39tTih0TcbqpuY
SBt7gC%2BW6weFbBKjoiIIWZI1uY8YeHQQLrUuOSlFO5rTW%2Brz9zGpt%2F2gKVJazVLOPk7Apa6zZw32CP
19qAWOwTcw3E419SlOrQgn08CXCkjkC8WuetQJBRW0RPKj9j3fYxnFPGqxnp1xP7u2VS7EPCDlq9PPByDHK
ax%2FxHXPn3fzziQ8cufstpVe00DGZCX2jvKxYPzTPRT61GNeywW60Q0wprWUhQY67AEsnP3FzFZZsnIXM49
1Q%2FDtjGIOM%2FwXY3w9iudfm1poCm9yQ6PX8LeC9LyrYrJLVx9gkxU12Y1odNbbnHf%2B7kxdvZwdkgYA
24Fu6paKLhCidioXfxf47vpYXmcbGeqk5O1PeDxNBNrAIpQDP9DlZqEU2ACorDhNbyvWFAHeRviXi6%2Fhh%
2BDQhBuEXeP8GQ0cXjk1GuIsteG3nllg2%2FqffhG0boahSaFYljqwbPkb9x0yOqiGvWCls54wWZSzVrYAhTSh
U8jI%2BKrXrk5cypaIluI%2BiByZZr8Lym6j7ZNhX%2BM20I%2B5nar1BKNkMqyL0w%3D%3D&X-Amz-
Algorithm=AWS4-HMAC-SHA256&X-Amz-Date=20210519T145433Z&X-Amz-SignedHeaders=host&X-Amz-
Expires=300&X-Amz-Credential=ASIAQ3PHCVTY63MYUMXG%2F20210519%2Fus-east-
1%2Fs3%2Faws4_request&X-Amz-
Signature=35fb63d1b0e160752f0c60c65578fd7dc94a61eed70d25c383a2ee46decbf8fb&hash=94d53710
41d0bb09fa22027f78d61cc9fb2a56e993009b7bdbf24c855e4e0deb&host=68042c943591013ac2b2430a8
9b270f6af2c76d8dfd086a07176afe7c76c2c61&pii=S1877042814031632&tid=spdf-f4b7ed91-de97-4177-
b04b-79583cd52735&sid=eb7e13ce2b9745447829c914be57afc39a02gxrqb&type=client

9

https://images.app.goo.gl/ZfrW4KFHwRf6deBW9
https://images.app.goo.gl/iRSZKZ5ufsaDbinQ9
https://images.app.goo.gl/X6g4FVcMtjCnhXzh7
https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Flamanktsubra.blogspot.com%2F2012%2F12%2Fb
ahasa-dan-agama-
rasmi.html&psig=AOvVaw2BykO49_wdknijZiRCXjgk&ust=1621586313611000&source=images&cd=vfe&v
ed=2ahUKEwj2zOry7dfwAhXrsksFHWCjA5AQr4kDegUIARCXAg

10


Click to View FlipBook Version