PPEEMMMMAABBJJMIMINNUUAAKKAANNDDIIPPMMEERARAALALAADDYYAASSBBIIAAAANN
JJAABBAATTAANN PPEERRDDAAGGAANNGGAANN
DDIIPPLLOOMMAA KKEEWWAANNGGAANN DDAANN PPEERRBBAANNKKAANN ((SSEESSII IIII :: 22002211//22002222))
PPEENNGGHHAAYYAATTAANN EETTIIKKAA DDAANN PPEERRAADDAABBAANN ((MMPPUU 2211003322))
NNAAMMAA PPEENNSSYYAARRAAHH:: EENN.. AABBDDUULL FFAATTTTAAHH BBIINN HHAAMMDDEENN
NAMA AHLI
MATHEW MIENG URANG JATALYA ANAK MINGU ALICIA GALA VERONICA ANAK NGALIH
(31DKB21F2013) (31DKB21F2015) (31DKB21F2012)
(31DKB21F2005)
KANDUNGAN
NO KANDUNGAN MUKA SURAT
4
1 Penghargaan 5
2 Pengenalan 6-11
3 Latar Belakang 13-16
4 Sejarah Sosial Pengaruh Peradaban Dunia Dalam Pembinaan Negara 18-20
Bangsa 22-25
27-31
5 Konsep Negara Dan Bangsa
32
6 Konsep Dan Pembentukan Negara Dan Bangsa Dalam Acuan Malaysia
7 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" Dan Perbahasan
8 Kesimpulan
Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Bersyukur kepada Tuhan
yang maha esa dengan limpah rahmat yang dianugerahkan kepada saya
dan rakan-rakan seperjuangan untuk menyiapkan tugasan e-portfolio ini
dengan jayanya.
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan
penghargaan ini kepada pensyarah kami, En. Abdul Fattah Bin Hamden atas
tunjuk ajar yang diberikan untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Selain itu, saya juga mengucapkan tahniah kepada rakan seperjuangan
Jatalya Anak Mingu, Alica Gala dan Veronica Anak Ngalih atas kerjasama
yang diberikan. Walaupun kami berbilang kaum dan agama, ia tidak
mematahkan sikap kerjasama kita antara sepasukan.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang lain
terutamanya rakan sekelas, DKB1A yang banyak memberikan sedikit ilmu
untuk dikongsikan dan dorongan kepada kami. Sokongan mereka juga amat
penting kepada kami supaya tidak mudah patah semangat walau apa jua
cabaran yang kami hadapi.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sebagai tanda
penghargaan kepada yang terlibat dalam tugasan e-portfolio ini secara
langsung atau tidak langsung. Terima kasih semua yang telah banyak
memberi dorongan dan bimbingan.
Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui
konsep satu bangsa dan satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah
negara yang berdaulat dan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen
perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat dapat
membawa kepada perpecahan.
Identiti, negara dan bangsa adalah tiga perbahasan utama dalam persoalan nasional. Jika dilihat
dalam sejarah, masyarakat Malaysia bukanlah terbentuk semenjak tahun 1967. Latar belakang dan
latar hadapan kepada projek negara-negara Malaysia memainkan peranan penting dalam memberi
makna kepada kepada apa yang dinamakan sebagai Bangsa Malaysia. Negara Malaysia yang berlatar
belakang empat tiang utama iaitu agama, bahasa, budaya dan raja telah memberikan citra utama
kepada identiti kebangsaan. Keempat-empat tiang ini menjadi unsur utama kepada kebudayaan
Melayu. Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan
(Mahayuddin,1998).
Seterusnya, bangsa adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit kesedaran kolektif
bersepadu berteraskan perkongsian etnik, budaya dan sejarah. Bangsa idaman juga sering kali
dikaitkan dengan pertalian darah. Terdapat juga wujud pelbagai pandangan, perspektif dan
sentimen yang membentuk bangsa ialah perasaan kebersamaan atau “Belonging together”.
Walhal demikian, dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah sekumpulan besar manusia yang
mempunyai keterikatan melalui perasaan kekitaan bersama dalam sesebuah negara.
Latar Belakang Masyarakat Majmuk
Masyarakat majmuk merupakan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang
mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini
mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukkannya. Masyarakat majmuk dibahagikan mengikut
garis-garis pemisah seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa, dan budaya. Menurut Kamus Dewan
(2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat
dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya
melalui hubungan bersemuka. Contohnya, seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri
daripada bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh, Berawan, Punan, Murut, Orang ulu dan lain-lain.
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum pada abad ke-19 adalah kesan
daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada
awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad
ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar Liberal Inggeris telah
mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri pelbagai
etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola, penempatan, pekerjaan dan pendidikan.
Latar Belakang Kaum Di Malaysia
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Komposisi rakyat majoriti daripada kaum Melayu, Cina
dan India. Di samping itu, terdapat juga kaum orang asli seperti Kadazan, Iban, Bidayuh, Berawan, Orang
Ulu, Dayak dan beberapa kaum lain. Masyarakat majmuk di Malaysia menganut pelbagai agama dan
kepercayaan. Mereka mempunyai adat resam dan pantang larang yang istimewa serta bertutur dalam
pelbagai bahasa. Keunikan masyarakat majmuk Malaysia telah kian lama dikagumi oleh masyarakat dunia.
Oleh hal demikian, marilah kita mengenali serba sedikit berkenaan latar belakang kaum yang ada di
Malaysia.
KKAAUUMM MMEELLAAYYUU
AGAMA KAUM MELAYU
Orang Melayu menganuti agama Islam. Agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia.
Penganut agama Islam diwajibkan solat lima waktu sehari. Pada hari Jumaat, semua penganut
Islam perlu menunaikan solat Jumaat di masjid.
PERAYAAN
· HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri adalah satu perayaan utama yang disambut oleh orang Melayu atau Muslim
di Malaysia. Sebelum menyambut perayaan tersebut, penganut agama Islam perlu berpuasa
selama sebulan atau 30 hari. Penganut agama Islam mula berpuasa pada bulan Ramadan dan
perlu bangun awal pagi untuk sembahyang dan bersahur. Tujuan puasa adalah untuk mendidik
semua Muslimin dan Muslimah sentiasa tabah dan bersyukur atas kelaparan, kehausan dan
keletihan yang dirasai agar sentiasa berkasih sayang kepada orang yang lebih miskin dan tidak
berkemampuan.
·HARI RAYA AIDILADHA
Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan
oleh umat Islam di seluruh Dunia. Ia adalah perayaan terbesar dalam Islam selain 13 bulan
Zulhijrah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijrah, sambutan
diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada 10 atau 11 atau 12 atau 13 siang
Zulhijrah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyik
KAUM CINA
AGAMA KAUM CINA
BUDDHA
Kaum Cina menganuti agama Cina dan Kristian di Malaysia. Bagi penganut Buddha, mereka akan hadir ke
kuil atau tokong untuk bersembahyang. Kebiasaannya mereka akan bersembahyang pada hari pertama
dan hari ke-15 pada kalendar Cina setiap bulan. Penganut Buddha menyambut perayaan Hari Wesak.
KRISTIAN
Bagi kaum Cina yang beragama Kristian, mereka akan pergi ke gereja pada hari Ahad untuk
bersembahyang. Penganut Kristian menyambut Hari Krismas pada 25 Disember dan penganut Kristian
juga berpuasa pada Good Friday. Hari Krismas merupakan perayaan terbesar untuk penganut Kristian.
PERAYAAN
TAHUN BARU CINA
Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina dan ia merupakan perayaan terbesar dan terpenting bagi kaum
Cina. Tahun Baru Cina dianggap penting kerana mementingkan semua ahli keluarga yang belajar atau
bekerja mahupun yang berada di luar negara untuk pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. Pada
Tahun Baru Cina, ibu bapa dan orang yang lebih tua akan memberi Ang Pau kepada anak-anak sebagai
tanda baik agar mereka boleh hidup lebih sihat dan dan bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua
keluarga akan berkumpul bersama dan makan bersama-sama untuk melambangkan bersatu semula atau
perpaduan. Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei.
KAUM CINA
HARI CHAP GOH MEI
Hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir. Ia bertarikh pada ke-15 pada bulan 1 dalam
kalendar Cina. Oleh itu, semua orang Cina menyambutnya dengan gembira dan ceria dimana jamuan dan
berkumpul bersama ahli keluarga. Bagi kaum wanita yang belum berkahwin, mereka digalakkan menulis nama
dan nombor telefon pada buah limau mandarin dan dibuang ke sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula
boleh mengutip buah limau mandarin yang hanyut di sungai agar dapat mencari jodoh mereka menerusi buah
limau mandarin tersebut.
KAUM INDIA
AGAMA KAUM INDIA
Kebanyakkan kaum India di Malaysia menganuti agama Hindu, Kristian dan Islam. Terdapat juga komuniti Punjabi
yang beragama Sikh.
· AGAMA HINDU
Agama Hindu merupakan lanjutan dari agama Weda (Brahmisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran
(ARYA). Agama ini dianggarkan mulai wujud antara tahun 1300 S.M. hingga 3102 S.M. dan merupakan agama tertua
di dunia yang ada hingga kini.
· AGAMA SIKH
Kepercayaan utama penganut Sikh ialah keyakinan dalam Waheguru iaitu Tuhan Universal yang digambarkan
menggunakan simbol suci. Sikhmisme menggalakkan meditasi yang berdisplin di bawah nama dan mesej Tuhan untuk
memperoleh keselamatan. Agama ini juga menggambarkan Tuhan melalui konsep yang tidak mengandungi
antropomofisme (pemberian sifat manusia kepada dewa-dewa).
Deepavali atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di
negara kita. Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan dan
mengatasi kejahatan. Dalam kepercayaan Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia
adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abadi.
SEJARAH SOSIAL
PENGARUH PERADABAN
DUNIA DALAM PEMBINAAN
NEGARA BANGSA
Sejarah Sosial Pengaruh Peradaban Dunia Dalam Pembinaan Negara Bangsa
Sejarah -Sejarah Di Alam Melayu.
Dunia melayu atau alam melayu adalah sebuah rantau politik dan ekonomi yang sangat
strategik sejak zaman pra-sejarah lagi. Kedudukan alam melayu yang berada di laluan ekonomi
yang utama iaitu Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan telah membolehkan
hubungan perdagangan antarabangsa yang lebih cekap. Disebabkan kedudukan yang strategik
ini, muncul bandar-bandar pelabuhan sepanjang pesisiran,yang kemudian membentuk
kerajaan-kerajaan kota, sebelum menjadi empayar–empayar yang besar. Kemunculan Kerajaan
Melayu Funan (68-628M), Sriwijaya (600-1100M), Majapahit (1293-1498M) dan Melaka (1400-
1511M), adalah gambaran bagaimana bangsa Melayu menjadi sebuah bangsa yang menguasai
laluan ekonomi Timur-Barat sehingga abad ke-16M.
SSeejjaarraahh SSoossiiaall PPeennggaarruuhh PPeerraaddaabbaann DDuunniiaa DDaallaamm PPeemmbbiinnaaaann NNeeggaarraa BBaannggssaa
Peradaban Peribumi Di Alam Melayu
Gugusan Kepulauan Melayu ini terdedah kepada iklim Tropis/ Hutan Hujan Tropika,
putaran angin bermusim dan arus lautan yang kencang antara pulau, serta
kehidupan alam semula jadi dan lautan yang amat kaya. Di sinilah berkembangnya
satu Rumpun Bangsa Melayu, satu keturunan baka (DNA), satu bahasa, dan satu
ragam budaya. Mereka hidup segar, rukun dan sejahtera, berlandaskan sikap yakin,
tabah dan terbuka antara mereka dan alam semesta. Dengan landasan hidup
sedemikian, mereka melahirkan suatu Tamadun Kepulauan (Archipelagic
Civilisation) yang tersendiri dalam susila Peradaban Melayu yang lahir daripada
pengalaman dan Pandangan Hidup (Worldview) kemanusiaan yang asli.
Sejarah Sosial Pengaruh Peradaban Dunia Dalam Pembinaan Negara Bangsa
Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini tidaklah
ketara namun pengaruh corak masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang
luas terhadap rakyat Tanah Melayu ketika itu dan mungkin tidak mendalam.
Kedatangan orang Eropah ke alam melayu telah bermula selepas tumbuhnya
peradaban Islam di rantau ini, tetapi masyarakat kolonial tidak tumbuh serentak di
Alam Melayu ini. Pemerintahan British, penyebaran agama Kristian di Tanah Melayu
tidak begitu ketara.
Peradaban dari India dan Cina yang ada di Malaysia juga tiada perubahan yang ketara
secara keseluruhannya. Sebagai contoh, adat resam dan tabiat pemakaian bahasa
ibunda masih dikekalkan. Terdapat di dalam kalangan bangsa India dan Cina juga
memeluk Islam, namun Bahasa dan kebudayaan asal masih diamalkan dalam
kehidupan mereka.
SSeejjaarraahh SSoossiiaall PPeennggaarruuhh PPeerraaddaabbaann DDuunniiaa DDaallaamm PPeemmbbiinnaaaann NNeeggaarraa BBaannggssaa
Perkembangan Peradaban Terbesar Di Asia (India, Cina dan Timur Tengah) Terhadap
Malaysia.
Kedatangan orang India dari negara India dan Cina dari negara China di Tanah Melayu
dahulu adalah salah satu kesan daripada penjajah di Malaysia yang telah membawa
masuk pekerja asing dari luar untuk memenuhi keperluan tenaga dalam menjalankan
kegiatan ekonomi. Inilah merupakan peradaban mereka yang di bawa masuk dari
negara asal mereka.
"Era dunia tanpa sempadan” telah memungkinkan berlaku interaksi dan jaringan
peradaban merentasi benua dan sempadan negara menerusi perkembangan teknologi
maklumat dan informasi dan penggunaan media sosial. Mempengaruhi aspek
kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi dan sosial budaya termasuklah
perkembangan bidang ilmu dan permikiran.
KKOONNSSEEPP NNEEGGAARRAA DDAANN BBAANNGGSSAA
konsep negara dan bangsa
Konsep negara dan bangsa menjadi perhatian terutama setelah Perdana Menteri
ke-4 ,Tun Mahathir Muhamad mengemukakannya pada tahun 1991. Takrif negara dan
bangsa menurut Kamus Dewan ialah, frasa negara merujuk kepada suatu kumpulan
masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan , mempunyai kedaulatan politik dan
juga jentera pemerintahan manakala frasa bangsa, merujuk kepada suatu kumpulan
manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti budaya,
fahaman, agama dan Bahasa tersendiri. Konsep negara dan bangsa dilihat sebagai
satu bangsa dengan satu identiti tersendiri. Konsep negara dan bangsa juga menjurus
kepada sebuah negara yang mempunyai tanah air, rakyat, kemerdekaan, kedaulatan,
sempadan, perlembagaan dan perundangan yang adil. Rakyatnya hidup bersatu padu
tanpa wujud sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya,wilayah dan
sebagainya yang boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan antara kaum.
konsep negara dan bangsa
Negara merujuk kepada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan
adanya kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang
merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh
negara-negara lain. Manakala rakyat pula memiliki taraf kewarganegaraan yang sah
menurut undang-undang. Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara kerana
rakyatlah yang mengatur urus tadbir negara. Kewujudan rakyat juga akan
membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara. Antara ciri-ciri utama
pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk, sempadan, kerajaan dan
kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan oleh
sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan yang sah dan diiktraf oleh
pihak luar.
konsep negara dan bangsa
Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu dan
seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa
biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa
dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat. Kumpulan manusia yang
membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan darah dan keturunan,
bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah. Selain faktor-faktor tersebut,
elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah
bangsa.Maka dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah hubungan erat yang wujud
melaui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam
sesebuah negara.
KONSEP DAN
PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA DALAM ACUAN
MALAYSIA
konsep dan pembentukan negara bangsa dalam acuan malaysia
Negara Malaysia terbentuk sebagai suatu entiti politik, mula wujud pada 16 September 1963, ditubuhkan dengan
menyatukan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada masa itu dengan Singapura, Borneo Utara
(sekarang dinamakan Sabah) dan Sarawak.
Persekutuan yang baharu ini dinamakan Malaysia dan ia terus berada dalam Komanwel sebagai sebuah negara
merdeka. Kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara sangat terikat dengan kestabilan politik dan pengurusan
sumber manusia dan aslinya.
Malahan kekuatan Malaysia terletak kepada kemampuannya membina mekanisme mengurus masyarakat
pelbagai budaya yang boleh menjadi divisive kepada keharmonian dan kestabilan.
Di Malaysia, perpaduan merupakan elemen yang amat penting dalam menzahirkan landskap kestabilan politik dan
seterusnya menjadi prasyarat utama dalam mewujudkan kesejahteraan hubungan yang harmonis dalam kalangan
masya-rakat pelbagai kaum.
Sejarah telah mencatatkan peristiwa permuafakatan politik dalam kalangan barisan pemimpin pelbagai kaum di
ambang kemer-dekaan bersatu dan berpadu hati dalam merencanakan tarikh keramat 31 Ogos, 1957; di mana
kedaulatan tanah air dari belenggu penjajahan dari pihak British ke tangan kita kembali.
konsep dan pembentukan negara bangsa dalam acuan malaysia
Sejak merdeka, usaha murni telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengekalkan keharmonian dan tolak ansur
dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ia penting sebagai landasan negara memacu perkembangan ekonomi,
pemantapan rancangan pembangunan sosiobudaya serta mewujudkan kestabilan politik di negara ini.
Dalam hal ini, Malaysia mempunyai beberapa acuan untuk mengurus isu perpaduan negara dan integrasi nasional.
Acuan ini telah diguna pakai untuk menyusun atur, merancang dan melaksanakan pembangunan dan pemerintahan
di Malaysia.
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, agama dan bahasa. Pengurusan perhubungan kaum yang
harmoni di antara rakyat pelbagai budaya telah menjadi perkiraan asas dalam negara ini semenjak mencapai
kemerdekaan dalam tahun 1957.
Acuan pertama yang terbina daripada kemahuan bersama rakyat mahu memerdekakan negara daripada penjajah
Inggeris ialah permuafakatan politik dengan terbinanya Parti Perikatan Umno-MCA-MIC pada 1954 dan semangat
permuafakatan kaum diteruskan oleh BN yang ditunjangi parti Umno.
Setelah rusuhan kaum dalam tahun 1969 terjadi, perpaduan negara adalah di antara matlamat utama dalam
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru 1974-1994, Dasar Pembangunan Negara 1994-2024 dan pembentukan negara
industri, demokratik dan progresif melalui Wawasan 2020.
konsep dan pembentukan negara bangsa dalam acuan malaysia
Dasar-dasar pembangunan negara ini telah meletakkan batu asas acuan Malaysia yang kedua di mana
pembangunan ekonomi negara diikat dengan falsafah pembangunan ekonomi yang mesti diikat dengan
pengagihan di antara kaum, miskin-kaya, desa-bandar dan wilayah. Dengan terbina ikatan di antara rakyat
pelbagai budaya ini, diharapkan kestabilan sosiopolitik dan pembangunan ekonomi di negara ini akan terjamin
dan dapat berjalan secara berterusan.
Pembangunan negara yang sentiasa mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat hingga ke hari ini
semenjak tahun 1990-an, telah memodenkan negara sehingga struktur masyarakat agraria telah mengalami
perubahan ke arah budaya hidup kelas menengah yang mengutamakan konsumerisme dan kualiti hidup.
Perubahan sosial ini telah berjaya melentur perkiraan kaum dan agama sebagai asas perhu-bungan sosial di
antara individu dari pelbagai kaum hingga lahir masyarakat yang stabil, makmur dan harmoni.
konsep dan pembentukan negara bangsa dalam acuan malaysia
Justeru, modeniti dan pembangunan di Malaysia telah berjaya menghakis sentimen primordial yang sering
dikaitkan dengan etnisiti dan agama. Kesan modeniti dan pembangunan dalam melentur sifat divisive dan emotif
pada etnisiti dan agama ini diperkukuhkan lagi dengan acuan tadbir urus kerajaan Malaysia yang berjaya
merasional-legalkan kehendak perkauman dan agama ini dalam bentuk pentadbiran negara hingga kepentingan
yang nampak berbeza diurus dengan baik dan dinikmati bersama oleh masyarakat pelbagai budaya di negara ini.
Matlamat perpaduan negara yang diingini dan cabaran pembangunan masa kini menghendaki institusi rukun
tetangga, khususnya diperkasakan lagi bagi memastikan institusi ini sentiasa berupaya untuk menangani
masalah sosial dan setiap perubahan dalam masyarakat ini agar dapat diurus dengan baik dalam proses
pembingkaian negara dan bangsa Malaysia.
Pemahaman dan penghayatan terhadap Prinsip Rukun Negara akan membantu dalam merealisasikan
kesinambungan dan kemakmuran proses untuk kita bernegara. Negara kita Tanggungjawab Kita!
kkeeppeellbbaaggaaiiaann iiddeeaa ""bbaannggssaa iiddaammaann"" ddaann ppeerrbbaahhaassaann
Konsep Bangsa Idaman
1. Bangsa Idaman Sebelum Merdeka
Bangsa idaman, sebelum Merdeka adalah pergerakan nasionalisme dimana mereka merancang untuk berjuang
mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman yang diinginkan mereka sendiri, yang bermaksud sifat dan wajah
bangsa Malaysia yang mereka inginkan sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing. Contohnya,
di kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur bangsa idaman pertama adalah Melayu Raya anjuran
kelompok strategik kiri Melayu yang kedua adalah negara Islam anjuran kelompok strategik berorientasi Islam dan yang
terakhir adalah masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society nation). Kelompok strategi tiga rangkai etnik
diterima kolonial. Pemerintah kolonial memilih, menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui CLC 1949 (Communities Liaison
Committee 1949).
2. Bangsa idaman selepas merdeka
Selepas merdeka, keinginan kolektif untuk mempunyai suatu “identiti nasional sepunya” atau sebuah bangsa. Idea dan
pendapat mengenai identiti nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman atau lebih dikenali
sebagai wajah baru Malaysia yang mereka inginkan. Antara Bangsa Idaman utama pasca iaitu Merdeka 1957 dimana ia adalah
konsep “Malaysian Malaysia” anjuran kelompok strategik daripada singapura awal tahun 1960 dan daripada Malaysia pada
tahun 1990. Bangsa Idaman pegangan pemerintah, masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society nation).
kkeeppeellbbaaggaaiiaann iiddeeaa ""bbaannggssaa iiddaammaann"" ddaann ppeerrbbaahhaassaann
3. Bangsa idaman selepas dasar ekonomi baru
Bangsa Idaman selepas DEB adalah Bangsa Malaysia, Wawasan 2020 bangsa Idaman anjuran Kerajaan (Mahathir)
yang dipromosi secara besar-besaran, seterusnya Gagasan 1 Malaysia Bangsa Idaman anjuran kerajaan dan
dipromosi secara besar-besaran di seluruh negara. Terdapat juga di Sabah iaitu Sabah untuk Sabahan bangsa idaman
anjuran kelompok strategi internet hub di luar negeri. Terakhir adalah di Sarawak iaitu Sarawak untuk Sarawakian
bangsa idaman anjuran beberapa kelompok strategik pribumi.
4. Bangsa idaman Era Malaysia baru
Bangsa idaman Era Malaysia baru bermula pada Mei 2018 sehingga Ogos 2019 iaitu selama 15 bulan.Berlaku
persaingan hebat diantara beberapa bangsa idaman dimana Tun Dr Mahathir ingin mengekalkan bangsa idaman
“masyarakat majmuk pimpinan melayu” sebagai payung untuk Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia. Manakala PPBM,
UMNO dan PAS masih ingin mengekalkan bangsa idaman ini walaupun terdapat antara ahli dua kelompok parti berbeza
pendapat. Disini juga terdapat kehadiran DAP sebagai komponen strategik utama dalam kerajaan terdapat unsur-
unsur konsep Bangsa Idaman Malaysian Malaysia direalisasikan.
kkeeppeellbbaaggaaiiaann iiddeeaa ""bbaannggssaa iiddaammaann"" ddaann ppeerrbbaahhaassaann
Kepelbagaian Idea Bangsa Idaman
1.
Pada tahun 1996, Shamsul AB melalui konsep nation of intent berpendirian bahawa sebuah negara bangsa adalah 'project work in
progress' dan sentiasa berlaku 'contestation' bangsa dalam negara itu hingga wujud negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di
Malaysia. Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka. Antaranya adalah konsep Melayu
Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam dan konsep masyarakat
majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu. Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British
pada ketika itu.Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga
kemerdekaan.
Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identiti
nasional sepunya. Impian ini antaranya telah melahirkan konsep "Malaysian Malaysia" yang popular Ketika tahun 1960 yang
diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew Ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu dan akhir 1990 pada era
pemerintahan Mahathir Mohamed. Pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan
2020 dan Gagasan 1 Malaysia.
kkeeppeellbbaaggaaiiaann iiddeeaa ""bbaannggssaa iiddaammaann"" ddaann ppeerrbbaahhaassaann
Selain daripada itu, di borneo wujud konsep seperti Sabah for Sabahan dan Sarawak for Sarawakian. Walau bagaimanapun menurut
Samsul, konsep-konsep yang wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet dengan bantuan social media dan tidaklah
popular dalam konteks yang lebih umum. Shamsul menegaskan bahawa, pembangunan bangsa pasca PRU14 tidak banyak mengalami
perubahan. Kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah
yang diangkat oleh parti politik seperti Bersatu, UMNO dan PAS.
Menurut beliau dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia Baharu ini,penekanan banyak diberikan kepada
hubungan antara kaum atau “inter-ethnic” tetapi meminggirkan perkara penting hubungan dalam kaum atau “intra-ethnic”.
Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini adalah sesuatu yang perlu diraikan. Namun menurut Shamsul, kita
sering melihat perbezaan-perbezaan ini dalam keadaan yang negatif, bukannya positif. Perbezaan menjadi sesuatu yang perlu dilawan
bukannya disyukuri.
Cabaran Mewujudkan Bangsa Idaman
Pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi dalam membentuk sebuah bangsa idaman seperti pluralisme, liberalisme dan
kepelbagaian budaya. Pertama iaitu pluralisme iaitu sifat kepelbagaian yang terbentuk daripada proses kepelbagaian penduduk
dan biasanya terbina daripada hasil perjajahan pada zaman dahulu. Dasar ini memenuhi konsep kolonialisme bagi menghalang
penyatuan masyarakat pada masa itu. Hal ini menyebabkan wujudnya masalah dalaman yang rumit kepada negara yang dijajah
apabila dimerdekakan. Ini secara keseluruhan menjadi ancaman kepada pembinaan bangsa idaman.
kkeeppeellbbaaggaaiiaann iiddeeaa ""bbaannggssaa iiddaammaann"" ddaann ppeerrbbaahhaassaann
Seterunya adalah liberalisme iaitu bermaksud kesederhanaan atau keterbukaan. Dimana keterbukaan tanpa had dan
memanipulasi keadaan sedemikian akan menjerumuskan kepada penipuan dan menimbulkan pekara-pekara yang akan menggugat
kemakmuran dan menyebabkan perkembangan negara akan terjejas. Oleh hal itu, masyarakat perlu mempersiapkan mental dan
fizikal mereka daripada keadaan yang diluar jangkaan supaya sikap liberalisme dapat dielakkan serta mengukuhkan semangat
patriotisme diri mereka demi kepentingan bangsa dan negara.
Selain daripada itu, kepelbagaian budaya juga menjadi cabaran untuk mewujudkan bangsa idaman. Kepelbagaian budaya
adalah pembentukan masyarakat majmuk didalam proses perkembangan sesebuah negara yang mewujudkan dilema baru
kepada penduduk di negara ini. Menurut Ibn Khladun dimana tentang teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah
dijajah yang akan menganggap kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang maju dan agung dan patut ditiru
oleh suatu bangsa yang maju dan agung.Oleh itu,nilai budaya Malaysia hendaklah menjadi asas kepada kemajuan bangsa dan
negara. Dalam sebuah bangsa rakyat bebas berkongsi lambing, identiti, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi asas
dan matlamat sesebuah pembinaan bangsa idaman.
Kesimpulannya, setiap masyarakat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan bangsa
idaman yang menepati matlamat dan menjadikan perpaduan negara yang stabil. Masyarakat hendaklah
memupukkan nilai-nilai yang baik dalam diri mereka begitu juga golongan pemimpin negara hendaklah menunjukkan
contoh yang baik dan mejalankan tugas dengan amanah dan taat agar perpaduan dan kemajuan negara dapat
dicapai dengan mudah.
KESIMPULAN
Dalam setiap perbincangan ini , dapat kita lihat perkaitan antara kepelbagaian idea bangsa idaman dan
perbahasan. Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah Negara melalui
konsep satu bangsa satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah Negara yang
berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan,
agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya.
Masyarakat harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata mata dalam mewujudkan
perpaduan kaum. Jangan kita bersikap evasive mahupun “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing
masing “kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing masing
dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.
Selain itu juga kita sebagai masyarakat hendaklah memupuk nilai nilai murni dalam kehidupan seharian kita. Kita
perlulah sentiasa menghormati antara satu sama lain. Sikap toleransi perlu dimiliki setiap masyarakat agar
keharmonian dan ‘ bangsa idaman’ dapat diteruskan dan membawa banyak impak positif ke Negara dan bangsa.
Sikap ini juga perlu dipupuk dan diperkenalkan kepada remaja dan masyarakat pada masa kini supaya ‘bangsa
idaman’ dapat dikekalkan. Hal ini senang dicapai apabila semua masyarakat berganding bahu menyemai nilai-nilai
murni.
Sumber Rujukan
1.https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=https://anyflip.com/dwwop/cbij/basic&ved=2ahUKEwiM9MOKjKr3AhXszDgGHVVWCnYQFnoECD0QAQ&usg=AOvVa
w1UUciUvT0ntXlsTn1rYdND
2.https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://anyflip.com/ajine/pqlo/basic&ved=2ahUKEwiyuZ7xi6r3AhUEzjgGHY37C-
MQFnoECAoQAQ&usg=AOvVaw3WeofhquCLC-RUN5-ZJnqT
3.https://news.uthm.edu.my/ms/2018/02/pembinaan-acuan-negara-bangsa/
4.https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-download.php?id=72369
5.https://amandaleonard89.blogspot.com/2021/04/mpu21032penghayatan-etika-dan-peradaban.html
6.https://kumpulan7penghayatanetikadanperadaban.blogspot.com/
7.https://ms.wikipedia.org/wiki/Negara_bangsa
8.https://pembinaanperadabanmajmukdimalaysia.blogspot.com/
9.https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/download/504/346/1035
10.https://blogpembinaanperadabandimalaysia.blogspot.com/2021/05/?m=1
11.https://www.studocu.com/my/document/universiti-malaysia-sabah/penghayatan-etika/topik-5-pembinaan-peradaban-majmuk-di-
malaysia/25377801
12.https://id.scribd.com/presentation/510821335/Pembinaan-Peradaban-Majmuk-Di-Malaysia