The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adlinanis06, 2021-11-01 08:45:56

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI F3

kajian lapangan geo tingkatan 3

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 ALOR SETAR,

KEDAH DARUL AMAN

KAJIAN TENTANG GUNA TANAH DI TAMAN TUNKU SARINA
JITRA KEDAH

NAMA : ANIS ADLINA BINTI AHMAD TARMIZI
NO IC : 060116-02-0412
TINGKATAN : 3 SAKINAH
NAMA GURU : ARHAMNI BINTI ROBIAN
TARIKH HANTAR : 31 OKTOBER 2021

1

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Tajuk kajian 1
2 Senarai kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Pendahuluan 4
5 Objektif kajian 5
6 Kawasan kajian 6-7
7 Kaedah kajian 8
8 Dapatan kajian
9
a) Melukis peta lakar taburan guna tanah kawasan kajian 10
b) Mentafsir peta lakar taburan guna tanah kawasan
11
kajian
c) Mengenalpasti jenis guna tanah dan faktor yang 12
13
mempengaruhi 14
d) Kesan guna tanah 15-16
e) Cadangan usaha untuk mengatasi kesan guna tanah 17
9 Rumusan
10 Lampiran
11 Rujukan

2

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Zaiton binti Ismail selaku
pengetua Maktab Mahmud Alor Setar kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk
menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan
ini. Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Arhamni binti Robian atas
segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak
menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini. Ribuan
terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Ahmad Tarmizi bin
Mansor dan Sakinah binti Othman yang telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan
kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan
maklumat maklumat tentang kajian guna tanah yang saya kaji. Saya juga ingin menyampaikan
penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya kerana telah memberi saya banyak
pendapat dan idea.

3

PENDAHULUAN

Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan 3
(PT3). Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab Mahmud Alor Setar.

Saya telah memilih tajuk kajian guna tanah petempatan di kawasan tempat tinggal saya.

Tujuan saya memilih kawasan Taman Tunku Sarina ini adalah kerana kawasan ini merupakan
kawasan tempat tinggal saya. Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi saya menjalankan
kajian ini.

Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain telah
dimanfaat dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kajian tentang
guna tanah ini.

Saya telah menemu ramah dan soal selidik sekurang-kurangnya seramai 3 orang responden
yang terpilih untuk mendapatkan maklumat terkini tentang latar belakang kawasan kajian
dengan tepat disamping mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal pasti dan
menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji.

Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah
tersebut daripada responden.

Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kerjasama yang diberi
telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan kajian tentang guna
tanah di kawasan saya ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah direkod.

4

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui
aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang kawasan kajian.
(b) Melukis dan mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian.
(c) Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor
yang mempengaruhi guna tanah berkenaan.
(d) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar di
kawasan kajian.
(e) Memberi cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna
tanah tersebut.

5

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Taman Tunku Sarina Jitra Kedah.

Daerah Kubang Pasu mempunyai 20 buah mukim. Salah sebuah mukim yang terdapat di
Kubang Pasu ialah Jitra.

Jitra ialah salah sebuah mukim yang terkenal dan menjadi tumpuan penduduk. Jitra juga
merupakan mukim terbesar di Kubang Pasu dan terletaknya pusat pentadbiran daerah.
Kawasan Jitra adalah sebuah kawasan petempatan.

Secara keseluruhannya, guna tanah di Jitra adalah lebih kepada pembangunan petempatan.
Bandar ini kini sedang pesat membangun dengan kemunculan banyak taman perumahan
baharu. Kawasan petempatan sangat penting untuk tempat perlindungan manusia.

Disebabkan Jitra merupakan kawasan petempatan, kawasan ini juga dilengkapi dengan
kemudahan seperti ekonomi & sosial. Antara contoh petempatan yang dibangunkan di kawasan
ini ialah Taman Tunku Sarina, Taman Gemilang dan Taman Tunku Intan Safinaz.

Kawasan kajian ini pada asalnya ialah kawasan yang dipenuhi dengan hutan. Pada masa
sekarang, kawasan ini dibangunkan menjadi kawasan petempatan.

Taman Tunku Sarina mempunyai jumlah penduduk yang sangat ramai. Hampir kesemua
penduduk boleh dikatakan adalah daripada kaum Melayu dan hanya sebilangan kecil sahaja
penduduk kaum lain yang menetap di sini.

Taman Tunku Sarina mempunyai keluasan yang sangat besar. Hingga sekarang, masih ada
beberapa lorong yang baru dibina untuk menampung lebih ramai penduduk.Terdapat banyak
lorong yang ada di dalam taman ini. Antaranya ialah jalan Airis, Azzalea, Myra, Allysa, Camelia,
Karyna, Atira, Lydia, Sara, Tania, Adilla, Amira, Sofea, Eriena, Julia, Lyana, Sarina, Diana dan
Lengkok Tunku Sarina. Setiap lorong ini juga terbahagi kpd beberapa jalan.

Keadaan bentuk muka bumi tanah pamah merupakan adalah satu faktor utama guna tanah
petempatan di kawasan ini. Kawasan tanah pamah yang sangat luas memudahkan kegiatan

6

pembinaan petempatan-petempatan yang baharu. Kawasan ini juga mempunyai sebuah tasik
buatan iaitu Tasik Darulaman sebagai salah satu tarikan untuk menetap di sini. Terdapat juga
sebuah bukit untuk aktiviti memanjat bukit dan riadah.
Kebanyakan penduduk di kawasan ini terdiri daripada golongan dewasa. Sebahagian besar
mereka bekerja di sekitar kawasan ini sahaja. Ini adalah salah satu faktor perkembangan
ekonomi di kawasan ini kerana wujudnya pelbagai perkhidmatan seperti hotel dan kedai
serbaneka serta pertambahan peluang pekerjaan. Contohnya, mereka bekerja sebagai polis,
bomba, pelayan hotel dan doktor.
Penduduk kanak kanak juga ramai di kawasan ini. Ini mendorong kepada pembinaan sekolah
di kawasan ini iaitu Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Darulaman Heights.

7

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah kajian berikut:
1. Pemerhatian
Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti petempatan yang
dibina, bentuk muka bumi, dan lain lain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang
dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat dapatan kajian
nanti. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian.
Pemerhatian dibuat terhadap jenis guna tanah Taman Tunku Sarina.
2. Rujukan
Kaedah rujukan ialah cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan maklumat
yang terdapat dalam peta, dan rujukan peta. Bahan bahan bacaan yang dibaca ialah buku
teks dan buku rujukan. Orang sumber seperti ibu bapa dan jiran saya juga digunakan
untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan kajian. Merujuk dan mencari
maklumat di internet seperti Google. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian
dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan kajian lapangan. Rujukan daripada
orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali latar belakang
kawasan kajian secara lebih terperinci.

8

DAPATAN KAJIAN

PETA LAKAR

9

TAFSIRAN PETA LAKAR
Peta lakar kawasan Taman Tunku Sarina ini telah saya lukis berpandukan peta google map.

Kawasan ini mempunyai beratus buah rumah. Kebanyakan rumah di sini ialah rumah teres dan
rumah semi-D. Ada juga rumah banglo dan flat.

Simbol berwarna ungu itu ialah rumah-rumah kedai. Ia sering menjadi tumpuan penduduk
kawasan untuk membeli barang di sana. Blok-blok perniagaan di sini terletak berhampiran jalan
raya dan dikelilingi kawasan perumahan. Jalan raya di kawasan ini juga sangat sibuk kerana
banyak kereta menggunakan jalan ini terutamanya pada waktu pagi untuk ke tempat kerja
masing-masing. Terdapat juga masjid yang luas dan besar untuk penduduk beragama islam
mendirikan solat berjemaah setiap hari.

Di samping itu, kawasan berwarna biru ialah Taman Tasik Darulaman yang merupakan satu
daya tarikan terbesar di sini untuk beriadah. Di sebelahnya pula ialah taman tema air Fantasia
Aqua Park yang menjadi tumpuan kedua penduduk dan orang luar. Kawasan Taman Tunku
Sarina ini juga lengkap dengan sebuah padang golf yang sangat luas iaitu Darulaman Golf &
Country Club Jitra.

Seterusnya, terdapat satu tempat khas iaitu loji kumbahan untuk merawat air untuk disalurkan
ke seluruh taman. Sistem ini dapat melancarkan aliran air ke seluruh rumah di kawasan ini.
Akhir sekali, pokok-pokok hijau dalam peta lakar tersebut ialah kawasan hutan dan bukit yang
masih belum diusahakan.

10

FAKTOR GUNA TANAH PETEMPATAN YANG UTAMA DI KAWASAN KAJIAN

1. Bentuk muka bumi

Pembinaan rumah di kawasan tanah pamah mempunyai risiko yang rendah dan sangat
sesuai untuk pembinaan petempatan. Ia juga memerlukan kos pembinaan yang rendah
berbanding kos pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi. Kosnya rendah kerana
mudah untuk membina dan penghantaran barangan pembinaan juga mudah.

2. Infrastruktur

Kemudahan sedia ada di suatu kawasan juga mempengaruhi pembangunan guna tanah
kediaman untuk melakukan aktiviti seharian. Contohnya, jalan raya, lampu isyarat, jaringan
kemudahan telekomunikasi lampu jalan, dan lain lain.

Kemudahan asas seperti kemudahan elektrik dan air juga mempengaruhi faktor guna tanah
petempatan. Faktor lain termasuklah kemudahan pendidikan, peluang pekerjaan, kesihatan,
keselamatan, dan banyak lagi.

3. Keselamatan
Faktor keselamatan juga merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian di mana
terdapat pondok keselamatan dibina di setiap lorong taman. Kawasan kejiranan yang
banyak juga lebih menjamin keselamatan penduduk. Aktiviti rondaan juga kerap dijalankan
setiap hujung minggu.

4. Peluang pekerjaan
Perkembangan sektor ekonomi seperti perkhidmatan dan perindustrian juga mewujudkan
peluang pekerjaan dan menggalakkan orang menetap di kawasan ini. Contohnya,
pembinaan taman tema air Fantasia Aquapark di kawasan kajian ini. Ramai pekerja yang
bekerja di situ perlu berpindah dan menetap di kawasan ini untuk memudahkan ke tempat
kerja.

11

KESAN GUNA TANAH KAWASAN KAJIAN TERHADAP ALAM SEKITAR

1. Peningkatan suhu
- Dikenali sebagai fenomena pulau haba
- Disebabkan pembebasan gas karbon monoksida oleh kenderaan bermotor.
- Hampir setiap rumah mempunyai dan menggunakan kenderaan bermotor seperti
kereta dan motosikal setiap hari
- Penurapan jalan raya dan bahan binaan yang terdiri daripada simen dan konkrit
mempunyai daya serap haba yang tinggi

2. Tanah runtuh
- Penebangan hutan untuk membina kawasan perumahan
- Mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada hujan
- Tanah runtuh berlaku apabila hujan turun bertindak sebagai pemberat dan
penghakis tanah

3. Pencemaran alam
- Pencemaran air akan berlaku di tasik akibat pembuangan sisa perumahan oleh
penduduk taman.
- Pencemaran bunyi akan berlaku apabila aktiviti pembinaan dijalankan dan bunyi
kenderaan bermotor lalu lintas setiap hari
- Pencemaran bau akan berlaku jika sisa kumbahan dan sampah sarap yang tidak
terurus

12

CADANGAN DAN USAHA UNTUK MENGATASI KESAN GUNA TANAH
1. Mengurangkan kesesakan lalu lintas
- Menggunakan pengangkutan awam
- Menggalakkan berkongsi kereta (car pool)
- Melebarkan jalan raya
- Menggunakan lampu isyarat dan round about
2. Membuat landskap taman
- Menyejukkan suhu bumi
- Meningkatkan kadar oksigen untuk manusia bernafas
- Mengindahkan persekitaran
- Akar pokok akan mencengkam tanah untuk elak berlakunya tanah runtuh
3. Meningkatkan tahap kebersihan taman
- Tempat khas untuk kitar semula disediakan di setiap lorong perumahan
- Kawasan khas untuk memproses sisa makanan menjadi baja tumbuhan
- Menetapkan jadual berkala untuk mengutip sampah sarap dari setiap rumah
- Mengadakan aktiviti gotong-royong setiap bulan

13

RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, saya dapat rumuskan bahawa terdapat beberapa
kebaikan dan keburukan kesan daripada guna tanah di kawasan kajian saya. Antara kebaikan
kesan guna tanah yang saya dapati adalah perkembangan ekonomi di kawasan petempatan ini
dapat membuka pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Selain itu, kewujudan
pasaraya dan rumah kedai sangat membantu penduduk untuk membeli keperluan harian dan
dapur. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan kepesatan ekonomi peniaga yang
berniaga dalam sektor ekonomi kawasan ini. Seterusnya kelebihan guna tanah kawasan ini
untuk petempatan juga dapat mewujudkan pusat pusat pendidikan kepada kanak kanak dan
remaja. Kedudukan sekolah yang strategik dan selamat menarik perhatian ibu bapa untuk
menghantar anak anak mereka untuk bersekolah di situ selain dapat memudahkan urusan
mereka setiap pagi.

Terdapat juga keburukan guna tanah petempatan di kawasan ini. Antaranya ialah berlaku
pencemaran alam seperti pencemaran bunyi, bau dan udara. Pencemaran perlu dikawal agar
tidak memberikan impak negatif kepada masyarakat. Selain itu, perluasan kawasan petempatan
memerlukan kepada penebangan hutan yang luas. Hidupan flora dan fauna sangat terkesan
dengan aktiviti penebangan hutan secara meluas ini. Jadi, pihak berwajib perlulah memantau
kegiatan ini agar dapat dikawal dan masalah dapat diselesaikan.

Selain daripada kesan kesan guna tanah, saya juga dapat mempelajari cara cara untuk
membuat kajian secara sistematik di mana saya mengaplikasikan teknik kajian yang betul.
Seterusnya, saya juga dapat mempelajari cara cara melukis peta lakar dan mentafsir peta yang
menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian saya. Saya juga dapat mengenalpasti jenis
guna tanah dan faktor yang mempengaruhi guna tanah di kawasan ini.

Secara keseluruhannya, saya dapat belajar banyak perkara baru selain daripada dapat
menyiapkan tugasan ini.

14

LAMPIRAN

15

16

RUJUKAN

● https://www.google.com/search?q=darulaman+golf&oq=&aqs=chrome.0.69i59i450l4j35i
39i362l4...4.3370047j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8

● https://www.google.com/search?gs_ssp=eJzj4tVP1zc0TDM0MssqqswxYLRSNagwNjBJ
MrVMMTM0MU6zME0ytjKoMExLMzC2ME8yTjE3MEk0NfMSTEvMK0kszkxUSCwsTSxI
LMoGAN8qFWE&q=fantasia+aquapark&oq=&aqs=chrome.2.69i59i450l2j46i39i175i199i
275i362j69i59i450j35i39i362l4...5.3410855j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8

● https://www.google.com/search?q=darulaman+park&oq=&aqs=chrome.2.46i39i175i199i
362j69i59i450l3j35i39i362l4...5.3433757j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8

● https://www.google.com/search?q=pasaraya+wan+wan&oq=&aqs=chrome.3.69i59i450j4
6i39i175i199i275i362j69i59i450l2j35i39i362l4...5.3445529j0j15&sourceid=chrome&ie=U
TF-8

● https://ms.wikipedia.org/wiki/Jitra

● https://www.google.com/search?q=taman+tunku+sarina&sxsrf=AOaemvJZ9RpzWref4uL
T4NNnFljJ-6qalg%3A1635757369602&ei=Oa1_YeqqJN2P4-EPwrOJoA0&oq=TA&gs_lc
p=Cgdnd3Mtd2l6EAEYADIECCMQJzIECCMQJzIECCMQJzIECAAQQzIECC4QQzIECA
AQQzIKCC4QxwEQrwEQQzIKCC4QxwEQrwEQQzIKCC4QxwEQrwEQQzIECAAQQzo
LCAAQgAQQsQMQgwE6CAgAEIAEELEDOgUIABCABDoLCC4QgAQQxwEQrwFKBAh
BGABQzAhY2RdgyyFoAXACeACAAWqIAY4CkgEDMi4xmAEAoAEBwAEB&sclient=gw
s-wiz

17


Click to View FlipBook Version