The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SUKAN SEBAGAI PLATFORM DETIK PERPADUAN RAKYAT MALAYSIAA (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by solehahmokhtar4, 2022-12-08 00:39:10

SUKAN SEBAGAI PLATFORM DETIK PERPADUAN DI MALAYSIA

SUKAN SEBAGAI PLATFORM DETIK PERPADUAN RAKYAT MALAYSIAA (1)

MPU21032

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E-FOLIO

PENSYARAH ENCIK AMIR FARIZ BIN CHE MAN

SUKAN SEBAGAI PLATFORM DETIK
PERPADUAN RAKYAT
MALAYSIA

KUMPULAN
H.U.S.N.A

NORFAZILAH BINTI MUHAMAD
01DKA22F1136

SOLEHAH BINTI MOKHTAR
01DKA22F1131

NURUL ASYIQIN BINTI
NOOR HUSSAIRI
01DKA22F1117

NUR ADANI BINTI NAZZRI
01DKA22F120

DANIA BALQIS BINTI MOHD HATA
01DKA22F1151

NORFAZILAH BINTI MUHAMMAD (01DKA22F1136)

PENGENALAN

Perpaduan atau "solidarity" didefinisikan
sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
dan banggakan tanah air.Malaysia merupakan
sebuah negara yang unik. Hal ini kerana
masyarakat di negara terdiri daripada berbilang
kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina,
India serta rakyat peribumi yang lain dapat
hidup dalam keadaan yang aman dan damai.
Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu
berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara dan pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pihak
kerajaan untuk memupuk perpaduan rakyat.

Pada 13 Mei 1969, telah berlaku peristiwa
hitam iaitu rusuhan kaum yang terbesar
pernah berlaku di Malaysia dan telah
memaksa pihak kerajaan untuk
mengisytiharkan darurat di dalam negara.
Peristiwa ini mengorbankan banyak nyawa
serta melihatkan banyak kemusnahan harta
benda dan memberi peringatan kepada kita
betapa pentingnya untuk mengekalkan dan
mengkukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.

Oleh itu,salah satu kaedah yang dapat meningkatkan semangat perpaduan masyarakat Malaysia
ialah sukan. Hal ini demikian kerana sukan merupakan medium untuk membentuk Perpaduan Kaum
dan integrasi Nasional. Selain itu, kebanyakan rakyat Malaysia amat meminati terhadap sukan. Bola
sepak, badminton, renang, futsal merupakan sukan yang paling popular di negara kita. Oleh itu,
kerana inilah kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan infrastruktur
sukan kepada orang ramai. Kini, padang permainan, dewan badminton, dan kemudahan sukan yang
lain dibina di kawasan tertentu bagi memudahkan rakyat dan atlet untuk bermain.

Aktiviti sukan sangat berharga kerana menjadi medan untuk memupuk disiplin, semangat
bekerjasama dalam satu pasukan selain mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan
peserta. Peserta sukan juga yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam beberapa aktiviti sukan
seperti bola sepak , pertandingan-pertandingan sukan yang pelbaga di sekolah serta perlawanan
besar antara negara-negara dapat mengeratkan lagi persahabatan Lantas, menjadi pemangkin
perpaduan negara.

NURUL ASYIQIN BINTI NOOR HUSSAIR (01DKA22F1117)

KONSEP SUKAN SEBAGAI PLATFORM DETIK PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA

Pada zaman pascakemerdekaan ini, sukan telah menjadi platform menyatupaduan rakyat di

Malaysia ini. Perkara ini boleh dilihat sejak dahula kala lagi iaitu pasukan bola sepak pada tahun 1998

yang mempunyai pemain berbilang kaum seperti melayu cina dan india. Hal seperti ini mampu

menyatupaduakan hubungan perpaduan antara kaum meskipun mereka berbeza warna kulit.

berlainan agama dan perbezaan persefahaman. Akan tetapi, mereka mampu mencoretkan

kesapaduan sosial antara kaum. Keunikan Malaysia adalah kerana mempunyai masyarakat yang

berbilang etnik. Kepelbagaian ini menjadi unik dan indah kerana setiap etnik mengekalkan adat

resam dan budaya yang diamalkan oleh etnik masing-masing semenjak zaman berzaman. Namun

begitu, menguruskan masyarakat yang pelbagai bukanlah mudah. Oleh yang demikian jika masyrakat

di Malaysia mampu menjadikan sukan sebagai medium penyatupaduan antara kaum ianya

merupakan kejayaan yang besar dalam membentuk keharmonian dalam masyarakat melalui aktiviti

sukan. Pada waktu yang sama, untuk menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan

mengukuhkan semangat kesukanan isu mengenai konflik masyarakat haruslah diketepikan supaya

tidak menjadi penghalang dalam memupuk semangat kesukanan dalam kalagan masyarakat di

Malaysia. Justeru, pelbagai rancangan mengenai sukan boleh dilaksanakan bagi menggalakkan lagi

penglibatan masyarakat melalui sukan. Antara contoh yang boleh diketengahkan ialah Malaysia

telah membuktikan kejayaan mereka dalam pengajuran sukan seperti Hoki Piala Dunia, Sukan

Komanwel, Piala Thomas, South East Asia Games/ Sukan SEA, Sukan Pemotoran Formula 1, Le Tour

de Langkawi dan banyak lagi sukan yang berjaya dianjurkan oleh pasukan Malaysia. Kejayaan

pasukan dalam negara mahupun diperingkat antarabangsa merupakan kesungguhan hasil kerjasama

pelbagai pihak. Dalam pada itu, Pemain dan jurulatih bekerjasama tanpa mengira kaum seterusnya

sukan dapat membentuk sebuah pasukan yang bersatu dan saling berkerjasama untuk mengukir

kejayaan. Justeru, kejayaan ini boleh dilihat melalui permainan hoki yang

mencipta sejarah iaitu Malaysia menjadi juara dalam Kejohan Hoki

dalam Dewan Piala Asia 2022 dengan menewaskan juara

bertahan Iran menerusi penentuan pukulan penalti.

SOLEHAH BINTI MOKHTAR (01DKA22F1131)

JENIS-JENIS SUKAN YANG DIGEMARI OLEH RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA KAUM

Dunia sukan telah berkembang di serata dunia, banyak sukan yang kita jarang dengar semakin
popular di Malaysia. Antara sukan yang digemari oleh rakyat di negara ini ialah bola sepak dan
badminton. Namun, banyak lagi aktiviti sukan yang digemari oleh rakyat di negara ini.

BOLA SEPAK

Bola sepak adalah merupakan sukan yang paling digemari di Negara kita dan juga di dunia. Justeru
itu, tidak hairanlah sukan bola sepak mempunyai ramai peminat sama ada dari golongan kanak-
kanak hinggalah kepada warga emas. Sukan bola sepak juga terdiri daripada pelbagai latar belakang
pemain dari segi perbezaan agama dan bangsa. Sukan bola sepak dimainkan oleh 11 orang bagi
setiap pasukan. Terdapat beberapa posisi yang
digunakan di dalam sukan ini, iaitu penjaga gol,
pemain pertahanan, pemain tengah dan juga
penyerang. Jumlah pemain di setiap posisi adalah
bergantung kepada strategi yang digunakan oleh
setiap pasukan. Contohnya ialah 4-4-2 yang
bermakna empat orang pemain pertahanan,empat
orang pemain tengah dan dua orang penyerang.
Setiap pasukan akan diuruskan oleh seorang pengurus dan juga jurulatih.

Di Malaysia kita mempunyai liga tempatan untuk memeriahkan lagi bolasepak tanah air yang
dikenali liga Super,liga premier 1 dan 2 yang disertai oleh pasukan negeri-negeri dan juga kelab.
Antara piala yang diperkenalkan oleh FAM ialah seperti Piala liga Super dan Primier, piala
Sumbangsih, dan piala FA. Sejarah sistem liga di Negara ini bermula apabila FAM mula
memperkenalkan liga semi Pro pada tahun 1990.

Pencapaian pasukan kebangsaan kita pada masa kini dalam sukan bola sepak kurang membanggakan
jika dibandingkan dengan pencapaian pasukan era 70-an dan 80-an di mana pasukan negara kita
pernah layak ke sukan Olimpik. Pada temasya Sukan SEA yang lepas iaitu di Filipina, Negara kita

cuma mampu meraih pingat gangsa serta cuma berada di
tangga kelima di kalangan Negara ASEAN. Terdapat beberapa
orang tokoh di dalam sukan ini yang cukup disegani seperti
Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani dan juga Santokh
sigh.Malah terdapat di antara pemain-pemain pada era
tersebut yang telah menjadi jurulatih yang di segani di Negara
kita seperti Dollah Salleh dan juga Zainal Abidin Hassan. Dari
sini kita dapat lihat bahawa ahli pasukan bola sepak terdiri
daripada bangsa melayu, cina dan india. Hal ini mampu
mengeratkan hubungan antara kaum sekaligus mewujudkan perpaduan antara pemain-pemain.

BADMINTON

Selain daripada bola sepak, sukan badminton juga adalah merupakan jenis
sukan yang boleh dikategorikan sebagai sukan. Sukan ini dimainkan oleh dua
orang pemain bagi permainan perseorangan dan empat orang bagi
permainan beregu. Pengadil bagi sukan ini pula dinamakan umpire.
Manakala garisan gelanggang akan dijaga oleh empat orang yang di
namakan penjaga garisan. Jumlah mata bagi acara lelaki dan wanita adalah
21 mata. Adakalanya ianya akan dilanjutkan mata iaitu deuce. Terdapat dua
set bagi setiap perlawanan dan ianya akan berlanjutan ke set ketiga jika
kedua-dua belah pihak sama-sama memenangi setiap satu set.

Sukan ini sememangnya telah menjadi pengharum kepada nama negara kita sejak dahulu
lagi.Negara kita telah memenangi beberapa kejohanan yang berprestij di dunia seperti Piala Thomas
dan juga pingat perak di Sukan Olimpik, emas di sukan Asia dan juga
Sukan Sea.

Ada beberapa nama besar di dalam sukan ini.Antaranya ialah adik-beradik
Sidek iaitu Jalani, Misbun, Razif dan Rashid. Selain itu, tokoh badminton
yang ternama di Malaysia ialah Dato Lee Chong Wei Sekarang ini juga
terdapat beberapa orang pemain muda yang sedang meningkat naik
seperti Lee Zii Jia yang berasal daripada Alor Setar, Kedah.

RENANG

Seperti mana olahraga, sukan renang juga terdiri daripada beberapa acara di dalamnya seperti acara
100 meter renang gaya bebas, gaya kuak lentang serta acara
terjun papan anjal ataupun platform. Sukan renang ini boleh
secara individu,kuartet ataupun berpasangan mengikut jenis
acara yang mereka sertai.

Lee Mun Yee, Daniel Bego, Alex Lim, Daniel Bego dan Brian
Nickson Lomas adalah merupakan tokoh di dalam acara renang.
Malaysia juga telah melahirkan ratu renang Negara yang boleh
dikategorikan lagenda iaitu Nurul Huda Bahrain yang pernah memungut lapan. Setiap insan yang
bergelar manusia mesti mempunyai bakat yang tersendiri sama ada dalam bidang akademik
mahupun sukan ataupun sebagainya. Kebanyakkan perenang di Malaysia ini terdiri daripada bangsa
cina namun ada juga bangsa melayu jadi di sini kita ketahui bahawa perbezaan antara agama itu
bukanlah satu penghalang bagi merapatkan hubungan antara pemain.

FUTSAL

Futsal ialah salah satu daripada sukan versi bolasepak yang diiktiraf oleh FIFA (Federal International
of Football Association). Perkataan Futsal berasal daripada Portugis (futebol de Salao) dan Sepanyol
(futbol sala) yang mana kedua-duanya membawa maksud hall football.

Futsal dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi lima
orang pemain, termasuk penjaga gol. Setiap pasukan boleh
mempunyai sebilangan pemain gantian. Gelanggang futsal
dibatasi dengan garisan dan jaring. Peraturan FIFA telah menarik
minat orang ramai kepada permainan futsal ini. Kebanyakkan
negara mempromosikan sukan futsal ini sebagai sukan tidak formal yang membentuk pasukan lima-
sebelah.

NUR ADANI BINTI NAZZRI (01DKA22F1120)

KAEDAH DAN LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM MENYUBURKAN
INTEGRASI DAN PERPADUAN DI MALAYSIA.

Dasar pendidikan kebangsaan dan perpaduan negara

Pendidikan menjadi tunjang utama kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa
sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan
pembentukan warganegara dan rakyat yang bersatu padu . Sememangnya telah dicatatkan dalam
falsafah pendidikan kebangsaan bahawa “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek ,rohani, emosi ,dan jasmani.Usaha ini dapat melahirkan lebih ramai rakyat
Malaysia yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi serta boleh memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran negara“.

Dengan ini,dasar ini dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
berintegrasi seperti yang tertakhluk di dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan
kurikulum yang bersepadu serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan
oleh pihak kerajaan sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulun bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk
akedemik kepada pelajar,bahkan ia juga adalah untuk mengasah pelajar dalam membentuk sahsiah
diri, keperibadian dan lain lagi dalam memupuk perpaduan kaum. Moral yang diperkenalkan dapat
mengukuhkan lagi pegangan agama , menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkah laku yang
sopan,hal ini membolehkan mereka saling menghormati antara satu sama lain.

Penubuhan kelab rukun negara di sekolah

Yang amat berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi selaku perdana menteri ketika itu
telah menyarankan supaya kelab rukun negara perlu ditubuhkan di setiap sekolah.Perasmian Hari
perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang. Beliau telah menyeru supaya seluruh rakyat
Malaysia sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip rukun negara yang menjamin perpaduan
dan kemakmuran negara.Maka dengan kewujudan rukun negara ini kita dapat memberikan
pengetahuan, pemahaman ,serta penghayatan kepada golongan-golongan pelajar agar semangat
perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi.

NUR ADANI BINTI NAZZRI (01DKA22F1120)

USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DIPERINGKAT MASYARAKAT SETEMPAT

Hari keluarga dan sukan rakyat

Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat ,pelbagai acara dijalankan melibatkan semua
peserta ,program ini bukan sahaja dapat memberikan hubungan yang erat malah ia juga dapat
menimbulkan suasana yang meriah dan ia juga dapat mengurangkan tekanan dan bebanan kerja.
Malah program ini juga dapat membina persefahaman ,keteguhan ,perpaduan dan perasaan kasih
sayang dalam kalangan warga masyarakat .

Acara kebudayaan dan kesenian

Pelbagai acara berbentuk kebudayan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan
tradisi,boria,dikir barat,persembahan kebudayaan bagi setiap kaum di Malaysia.Hal ini bukan sahaja
dapat menghiburkan, bahkan ia juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang sesebuah
budaya bagi kaum tertentu dengan menyaksikan persembahan tersebut .

Aktiviti riadah

Kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai program
yang dianjurkan oleh pihak kerajaan bagi mengukuhkan lagi perpaduan kaum.Tamsilnya program
dibawah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia dan lain-lain lagi. Antara aktiviti yang boleh
dijalankan adalah seperti larian merdeka. Setiap masyarakat akan berinteraksi dengan peserta-
peserta lain dari pelbagai kaum dan lapis masyarakat. Disini kita dapat menimbulkan perasaan kasih
sayang dan membuatkan generasi akan datang akan lebih memahami dengan lebih mendalam erti
perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat.

Penyertaan dalam kokurikulum

Semua pelajar diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan unit
beruniform. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam
perkhemaham,persembahan,pertandingan akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berbeza
dan beragam. Hal ini membolehkan mereka dapat menyerasikan dengan kehidupan yang berbilang
kaum.Dengan itu kita dapat melahirkan pelajar dan mengajar pelajar untuk berinteraksi secara sihat
serta mematuhi peraturan dan disiplin yang tertentu. Penglibatan pelajar yang aktif dalam
kokurikulum ini membawa pelbagai keuntungan pada masa depan mereka. Hal ini kerana
kokurikulum ini merupakan usaha yang paling berkesan dalam membentuk dan membina kehidupan
masyarakat yang berdisiplin ,bersatu padu dan berintegrasi.

DANIA BALQIS BINTI MOHD HATA (01DKA22F1151)

BUKTI SUKAN MENJADI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA

Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara
kaum.Sukan adalah antara unsur yang dilihat sebagai medium penyatuan pelbagai etnik yang paling
berkesan di Malaysia.Hal ini kerana rakyat Malaysia secara umumnya amat sinonim dengan
semangat kesukanan yang tinggi dalam masyarakat.Contohnya, sewaktu kejohanan Sukan Olimpik
Tokyo yang berlangsung pada bulan Julai lalu, sokongan yang diberikan kepada pelumba basikal trek
negara, Azizulhasni Awang yang meraih pingat perak dalam acara keirin disambut meriah oleh
seluruh rakyat walaupun tidak melihatnya secara langsung.Kejayaan ini tentunya menyuntik elemen
integrasi antara rakyat apabila masing-masing memberi sokongan di bawah bendera yang sama dan
mengenepikan perbezaan etnik. .Di samping itu juga sukan dapat mengikis segala jenis gejala sosial
yang kurang diingini dalam pembangunan negara seterusnya menyumbang ke arah perpaduan
negara.Pepatah mengatakan ‘badan sihat otak cerdas’ merujuk kepada sukan yang mampu
melahirkan generasi cergas yang mana bukan sahaja dari segi jasmani dan rohani malah menjadi
asbab pengukuhan kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat untuk memastikan
perpaduan terus utuh dalam kepelbagaian kelompok etnik di Malaysia.Misalnya, perpaduan di
antara para atlet yang menyertai sesuatu pertandingan sukan di mana mereka secara langsungnya
akan berkumpul terlebih dahulu di kem latihan untuk mempersiapkan diri mereka seperti makan,
tempat tidur, berehat dan berlatih bersama-sama dengan atlet yang lain. Sifat persefahaman yang
erat serta bertolak ansur dapat dilahirkan melalui pergaulan dan interaksi antara para atlet dari
pelbagai kaum.Impaknya, para atlet akan bertungkus lumus untuk bersatu hati dan saling membantu
antara satu sama lain untuk menjayakan misi Negara iaitu membawa pulang pingat dan seterusnya
mengangkat martabat Malaysia ke mercu yang lebih tinggi.Sukan bukan sahaja mampu melahirkan
perpaduan dalam kalangan atlet malah mendorong rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk
bersatu padu menyokong para atlet dalam sukan yang dipertandingkan di stadium mahupun
gelanggang sukan. Akhir sekali, sukan menjadi wadah penting dalam mewujudkan integrasi
masyarakat yang berbilang kaum di Negara ini tidak kira apa jua sukan sama ada bola
sepak,badminton ataupun olahraga.

NORFAZILAH BINTI MUHAMAD (01DKA22F1136)

KEPENTINGAN SUKAN SEBAGAI PLATFORM DETIK PERPADUAN

Meningkatkan Imej Negara

Keharmonian dan keamanan dalam kalangan rakyat yang bersatu padu juga dapat membantu dalam
meningkatkan imej negara di mata dunia. Umum mengetahui bahawa Malaysia sebagai negara yang
ke-9 paling aman di dunia berdasarkan keharmonian kehidupan rakyat dan kestabilan politik yang
telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB).

Hal ini membuktikan bahawa sukan sebagai
platform perpaduan kaum dapat
meningkatkan nama Malaysia sebaris dengan
kedudukan negara-negara maju di dunia
kerana negara yang aman. Denison Jayasooria
telah menekankan bahawa perpaduan
nasional merupakan "tema utama dalam
pembinaan negara terutamanya setelah
negara merdeka. Selain itu, sukan sebagai
platform detik perpaduan kaum ini dapat
meningkatkan kestabilan politik di malaysia
sejurus itu dapat juga meningkatkan pelaburan asing yang disebabkan oleh kestabilan politik di
Malaysia. Pelabur asing ini berminat untuk melabur di negara kita kerana mereka melihat bahawa
Malaysia merupakan negara yang aman dan selamat tanpa ada pergolakan politik seperti negara-
negara lain. Hal ini kerana negara yang aman dan damai adalah aspek yang penting dalam proses
pelaburan bagi mengelakkan kerugian. Hal ini juga turut memberi impak positif kepada negara
kerana pelabur-pelabur yang datang dari luar negara menunjukkan bahawa negara Malaysia sudah

dikenali kehebatannya di serata dunia.

Di samping itu, seperti yang Kita tahu
bahawa Faiz Subri telah mengharumkan
Nama negara dan meningkatkan imej negara
dengan jaringan yang telah dia lakukannya.
Ketika itulah pemain bola sepak negara yang
pertama memenangi Anugerah FIFA Puskas
2016. Kejayaan ini juga dari hasil kerjasama
oleh pasukannya yang berlainan bangsa dan
kaum untung memenangi perlawan tersebut
Oleh itu Kita mestilah mengekalkan sikap
perpaduan kaum bagi mengekalkan
keamanan dan meningkatkan imej negara ke
serata dunia.

NORFAZILAH BINTI MUHAMAD (01DKA22F1136)

Keharmonian Dalam Masyarakat

Penerimaan antara satu sama lain tanpa wujudnya prasangka buruk atau rasa sangsi dalam kalangan
rakyat menjadi faktor wujudnya keharmonian di negara.

Baru- baru ini telah wujudnya Sejarah
hitam daripada peristiwa 1 Oktober 2022
iaitu seramai 182 dilaporkan terkorban
termasuk dua anggota polis di Stadium
Kanjuruhan selepas penyokong Arema
mengamuk pasukan mereka kalah dan
masuk ke dalam padang untuk membuat
kekacauan. Hal ini disebabkan tidak
mewujudkan semangat perpaduan kaum
Antara satu sama lain dalam dunia sukan.
Dari peristiwa ini banyak memberi
pengajaran dan mengajar kita bahawa
pentingnya hidup dalam keadaan aman dan damai. Oleh itu, keharmonian dalam masyarakat dari
segi mengeratkan perpaduan dapat mengelakkan perselisihan faham dan juga peperangan kerana
wujudnya rasa toleransi dan rasa hormat sesama mereka. Setiap anggota masyarakat perlu berfikir
bukan hanya untuk kaum masing-masing, sebaliknya pemikiran mereka ke arah kesejahteraan dan
kemajuan bersama dalam dunia sukan mahupun ekonomi. Ramai berpendapat bahawa perasaan
hormat antara satu sama lain perlu dipupuk agar nilai-nilai murni dalam gagasan ini dapat
membentuk perpaduan kaum yang kukuh pada masa kini dan akan datang. Menghayati nilai murni
merupakan satu dasar yang penting bagi memberi keseimbangan pembangunan sukan,ekonomi dan
sosial, dan amat penting untuk masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Aktiviti-aktiviti seharian
seperti bersukan dapat dijalankan di negara kita kerana mereka saling mempercayai dan saling
memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, kepentingan mewujudkan masyarakat berbilang kaum
dalam dunia sukan amatlah kita menitik beratkan agar tidak berlaku peristiwa yang meragut nyawa.

NURUL ASYIQIN BINTI NOOR HUSSAIRI (01DKA22F1117)

TOKOH – TOKOH SUKAN DI MALAYSIA

1. Dato’ Lee Chong Wei

Lee Chong Wei adalah pemain badminton profesional Malaysia yang terpuji
persembahan dalam permainan selama bertahun-tahun telah dianugerah gelaran
'Dato' dan status seorang wira negara. Sepanjang kerjayanya, beliau telah
memenangi beberapa pingat emas, termasuk Sukan Komanwel 2006 di Melbourne
dan Sukan Komanwel 2010 di Delhi.Walaupun
,Dato Lee Chong Wei berbeza bangsa tetapi
mampu menjadi salah seorang bintang dalam
sukan yang terkenal di dalam dan luar negara.
Perpaduan antara rakyat di Malaysia dapat
dipupuk dengan penyatupaduan masyarakat di
sukan Olimpik pada tahun 2008 dan pada tahun
2012 .

2. Dato Pandalela Rinong Anak Pamg

Pandelela dilahirkan di Kupuo Jugan, sebuah perkampungan Bidayuh di Bau, Sarawak. Pandelela
adalah kaum Bidayuh, berasal Bumiputera kepada negeri Malaysia Sarawak. Pada usia tujuh beliau
telah dipilih sebagai seorang penyelam negeri dan meneruskan latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil di
Kuala Lumpur. Pada Kejohanan Akuatik Dunia 2009, beliau memenangi pingat gangsa dalam 10 m
platform seirama wanita dengan Mun Yee Leong dan diletakkan kelima dalam platform 10 m
Wanita. Beliau menjadi atlet pertama Malaysia perempuan untuk memenangi pingat Olimpik, dan
atlet Malaysia pertama yang memenangi pingat Olimpik dalam sukan selain badminton dengan
memenangi pingat gangsa dalam platform 10 m Wanita di Sukan Olimpik 2012 di London. Pada 2016
Sukan Olimpik Rio, beliaudan Cheong Jun Hoong memenangi pingat perak dalam platform seirama
10 m, menjadi pasukan wanita Malaysia pertama untuk memenangi pingat perak di Sukan Olimpik.
Walaupun dari keturunan BIidayuh tetapi beliau mampu menyerlahkan kemampuan dirinya sebagai
seorang penerjun platform. Beliau juga telah menjadi
kebanggaan kepada kaum BIdayuh teapi beliau juga
telah menjadi kebanggan rakyat di Semenanjung
Malaysia dan juga Sabah Sarawak.

NURUL ASYIQIN BINTI NOOR HUSSAIRI (01DKA22F1117)

3. Dato Azizulhasni Awang

Dato' Muhammad Azizulhasni bin Awang (lahir 5 Januari 1988) ialah seorang pelumba basikal
trek profesional Malaysia.Azizul Hasni terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di
Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan
Trek Asia pada April 2008. Beliau merupakan pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan
Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau diberi jolokan Azizul the pocketrocketman kerana
tubuh badannya yang kecil. Azizul merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di
Dunia bagi acara Keirin. Beliau merupakan seorang yang peramah .Jadi sifat itu telah menjadikan
rakyat di Malaysia suka akan perwatakan beliau yang tidak sombong apabila meraih kemenangan
.Selain itu , Dato Azizul Hasni Awang telah mengeratkan
perpaduan atara kaum di Malaysia memalui sorakan
Malasyia boleh yang dilaungkan di sukan – sukan
terkemuka dalam sukan berbasikal.

4. Mokhtar Dahari

Mokhtar Dahari ialah pemain bola sepak persatuan kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan salah
seorang pemain terbaik di Asia pada dekad 1970-an dan terkenal sebagai pemain bola sepak terbaik
di Malaysia pada masa itu, seorang legenda dalam arena bola sepak negara. Semasa tahun 1970-an,
beliau mewakili Malaysia sekaligus menjadi pasukan terhandal dan menewaskan Korea Selatan dan
Jepun.

Beliau diberikan jolokan "Supermokh"] kerana kehebatannya
di atas padang, kekuatan dan keupayaannya menjaringkan gol
sepanjang kerjayanya. Antara detik indah Mokhtar ialah apabila
beliau berjabat tangan dengan Diego Maradona sebelum
perlawanan persahabatan antara Selangor FA dan Boca Juniors.
Moto terkenal beliau ialah "Hidup dan Matiku hanyalah untuk
Selangor!" dan "Jika anda malu untuk berpegang pada warna
anda, lebih baik anda mencari bendera lain!"

Melaui moto ini beliau menyatakan bahawa rakyat Malaysia haruslah bersatu padu dalam bidang
sukan serta menyokong apa sahaja sukan apabila bertanding di mana – mana sahaja pertandingan
.Perkara ini akan menunjukkan semangat kesukanan rakyat Malaysia untuk menyokong atlet negara.
Selain itu, rakyat Malaysia juga harulah berganding bahu dalam menaikkan nama Malaysia di
persada negara melalui sukan agar Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang sukan yang sedang
meningkat naik di persada dunia.

NORFAZILAH BINTI MUHAMAD (01DKA22F1136)
KESIMPULAN
Tuntasnya, umum mengetahui bahawa banyak usaha yang boleh dijalankan untuk memastikan
perpaduan antara kaum kekal utuh. Oleh itu, salah satunya adalah sukan yang berupaya
mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Sukan
adalah amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga anggota badan kita
selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Masyarakat hari ini sudah mempunyai minda
yang terbuka dan luas pengetahuan untuk menerima dan menghormati kaum atau bangsa lain serta
hidup dengan aman dan harmoni di bawah satu bendera. Selain itu, melalui sukan, rakyat Malaysia
dapat menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara
dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Seperti lirik lagu yang
diporpularkan oleh penyanyi Adibah Noor, ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat.
Kita semua sebenarnya mempunyai banyak perbezaan tetapi Jika disatukan dalam prinsip dan nilai
kemanusiaan yang baik, sudah pastinya perpaduan dapat dilahirkan dan dikekalkan. Oleh itu sukan
mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju yang lain. Malah, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, Dasar "Sukan Alat Perpaduan" dan juga Wawasan 2020 bagi menembusi halangan dan
cabaran pada masa hadapan. Rakyat yang hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersatu padu
merupakan alat yang paling penting dalam negara bagi menjamin kemerdekaan negara. Persis
mutiara kata, bersatu teguh bercerai roboh.

NEGARA MALAYSIA MAJU JAYA

RUJUKAN

 https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/10/rusuhan-bola-sepak-indonesia-kedua-
terburuk-dunia/

 https://www.academia.edu/36191761/Cabaran_Dan_Langkah_langkah_Pihak_Kerajaan_Dal
am_Mewujudkan_Perpaduan_Kaum_Serta_Kepentingan_Pengekalan_Perpaduan_Di_Malay
sia_Komunikasi_dan_Penyiaran_Islam_e_Folio_

 https://anyflip.com/bpfaa/oree/basic

JADUAL TUGASAN

NO. NAMA PELAJAR NO. MATRIX TUGASAN
1 NORFAZILAH BINTI MUHAMAD 01DKA22F1136 PENGENALAN,
KEPENTINGAN DAN
2 NURUL ASYIQIN BINTI NOOR HUSSAIRI 01DKA22F1117 KESIMPULAN
3 SOLEHAH BINTI MOKHTAR 01DKA22F1131 KONSEP SUKAN DAN
4 NUR ADANI BINTI NAZZRI 01DKA22F1120 TOKOH-TOKOKH DI
5 DANIA BALQIS BINTI MOHD HATA 01DKA22F1151 MALAYSIA
JENIS-JENIS SUKAN
KAEDAH, USAHA DAN
LANGKAH

BUKTI SUKAN

LAPORAN PLAGIARISM














Click to View FlipBook Version