Zirafah &
Kambing
Ditulis oleh: Norazilah Abdullah
Tugasan 1
Nama:
Norazilah Binti Abdullah
No. Matrik: 273570
Nama Pensyarah:
Dr. Zamimah Binti Osman
Pada suatu hari ketika zirafah sedang
berjalan-jalan di hutan dia terdengar
perbualan antara dua ekor burung iaitu
burung kenari dan burung murai.
"Wah, tingginya zirafah!" kata Kenari
kepada Murai yang terpegun melihat
ketinggian Zirafah sambil berkata "Betul tu
Kenari. Aku rasa Zirafah la haiwan paling
tinggi di hutan ini." Zirafah yang
mendengar pujian itu sangat bangga
dengan dirinya.
Ketika Zirafah sedang mencari makanan
yang hendak di makan, dia terjumpa
dengan kambing yang sedang mendongak
melihat daun pokok rambutan yang tinggi.
"Hoi kambing! Apa kau lihat di atas tu?"
kata Zirafah. Kambing berkata "Aku
teringin nak rasa daun rambutan di atas tu
tapi aku ni rendah jadi aku tidak dapat
memakannya" dengan nada yang sedih.
Zirafah yang mendengar keluhan
Kambing ketawa terbahak-bahak
kepadanya "Hahahaha kasihan kau ye
kambing tak dapat merasa daun rambutan
yang sedap ni" sambil mengunyah daun
rambutan itu dihadapan kambing.
Kambing berkata "Kau tolong la ambilkan
daun rambutan itu untuk aku Zirafah. Aku
dapat rasa sekali ni seumur hidup pon
jadilah." Zirafah ketawa lagi mendengar
Kambing merayu kepadanya begitu.
Dengan rasa yang sombong Zirafah berkata
"Tidak mahu aku menolong kau. Kau kan
rendah jadi kau makan sahaja apa yang ada
di bawah tu. Makanan yang tinggi dan lazat
ini hanya untuk aku yang tinggi ni."
Kambing yang mendengar kata-kata
Zirafah rasa sangat terhina dan sedih.
"Sampai hati kau ye Zirafah berkata sebegitu
kepada aku" kata Kambing sambil menangis.
Zirafah tidak terkesan dengan tangisan
kambing berlalu pergi dengan bangga.
Semenjak itu Zirafah semakin bangga
dengan ketinggiannya. Dia dapat melihat
semua haiwan dari atas, dia boleh makan
apa sahaja yang dia mahu pokok rendah
atau tinggi.
Sedang dia minum air di pinggir sungai,
dia melihat pantulan dirinya di dalam air
dan memuji kecantikkannya sendiri "Aku
lah haiwan paling tinggi. Tiada siapa yang
boleh kalahkan aku".
Setelah hilang dahaganya, dia berjalan
lalu terlanggar sebatang dahan pokok
dan terjatuh "Aduhh, sakitnyaa!".
Kambing yang kebetulan lalu disitu
melihat apa yang terjadi dan
mentertawakan Zirafah "Hahaha padan
muka kau Zirafah. Kau tu tinggi-tinggi
tapi kaki kecil sebab itu lah badan kau
mudah jatuh".
Zirafah yang mendengar kata-kata
Kambing sangat marah.
Zirafah segera bangun dan berlalu pergi.
Melihat kakinya yang kecil, dia berasa
marah. Dia harus cari cara bagaimana untuk
mendapatkan kaki yang lebih besar, gagah,
dan tidak mudah jatuh.
Dia teringat gajah mempunyai kaki yang
besar. Zirafah pon segera berjumpa Gajah
dan bertanya "Wahai gajah tolonglah aku."
Gajah pon bertanya "kau nak aku tolong
apa?". Zirafah pon berkata
"Tolong aku untuk dapatkan kaki yang besar
dan gagah seperti kau".
Mendengar kata-kata Zirafah, Gajah tahu
dia tidak dapat menolongnya. "Aku tidak
tahu caranya Zirafah. Aku minta maaf"
kata Gajah. Zirafah bertambah sedih dan
berkata
"Kau saja tidak mahu tolong aku kan
gajah. Kau sebenarnya cemburu dengan
ketinggian aku." "Bukan begitu Zirafah.
Ada la tu sebabnya kenapa kaki kau kecil
begitu. Pasti ada kelebihannya" Gajah
berkata kepada Zirafah.
Zirafah berlalu pergi dengan rasa sedih
mengenangkan dia mempunyai kaki
yang kecil dan memarahi kakinya "Ish,
kenapa lah kau ni kecil. Malu aku
dengan Kambing tadi. Sakit hati aku
mendengar Kambing gelakkan aku"
omel Zirafah sendiri.
Zirafah terjumpa sebuah pokok yang
kelihatan lazat dan memakan daunnya.
Setelah kenyang, ketika Zirafah ingin
pulang dia tersedar dia sudah berjalan
jauh dan tidak tahu dimana jalan untuk
pulang.
Dia berasa takut dan berjalan kesana
kemari namun dia masih berada di tempat
yang sama akhirnya.
Hari semakin gelap namun Zirafah masih
tidak tahu di mana jalan pulangnya.
Zirafah semakin takut. Dia sudah penat
berjalan tiba tiba dia ternampak Kambing.
Zirafah sangat gembira dan menjerit
memanggil Kambing "Kambing! Kau buat
apa disini? Nasib baik kau ada, dah lama
aku mencari jalan pulang tapi aku lupa.
Tolongla aku Kambing."
Kambing pon berkata "Aku memang
tinggal disini. Aku sudah biasa di tempat
ini."
Zirafah berkata "Kalau begitu kau tolong la
tunjukkan jalan untuk aku pulang. Tolong la
aku Kambing. Kau hantar aku sampai pokok
rambutan tinggi haritu je. Kalau kau tolong
aku, aku janji aku tolong kau ambil daun
pokok rambutan tinggi yang kau teringin
makan haritu."
Kambing pon bersetuju membantu Zirafah.
"Baiklah, aku tolong kau" kata Kambing.
Zirafah pon berjalan bersama Kambing.
Sampai sahaja di pokok rambutan
tersebut, Zirafah berjalan ingin
meninggalkan Kambing. Kambing berkata
"Eh tolong la ambilkan daun rambutan
yang tinggi ini untuk aku rasa. Kau nak
kemana?" Zirafah dengan berlagak
berkata "Tidak mahu aku tolong ambilkan
untuk kau. Kau ambil la sendiri."
Kambing sangat marah. "Kau kan dah
janji tadi" kata Kambing. Zirafah
tersenyum sambil berkata
"Aku tipu sahaja la hahahah siapa suruh
kau percaya. Kan aku dah cakap kau tu
rendah kena sedar diri. Kau kena
makan makanan yang rendah je."
Sedang mereka bergaduh tiba-tiba
terdengar bunyi Singa yang sedang
mendengus. Kambing dan Zirafah sangat
terkejut dan terus berlari selaju yang
mungkin. Singa yang kelaparan mengejar
mereka untuk dibaham.
Kambing terus berlari dan masuk ke
dalam gua. Zirafah yang melihat kambing
menyorok di dalam gua juga berlari
menuju ke arah gua tersebut.
Malangnya ketinggiannya menghalang dia
untuk menyorok di dalam gua tersebut. Di
saat itu dia sedar ketinggian yang dia
banggakan akhirnya menyusahkan dirinya
sendiri. Dia sangat kesal.
Singa pon menerkam Zirafah dan memakan
dagingnya dengan lahap sekali. Kambing
yang melihat dari dalam gua bersyukur
kerana dirinya yang kecil dan rendah
membolehkan dia masuk ke dalam gua
tersebut menyelamatkan diri.
Zirafah &
Kambing
Buku cerita ini merupakan
buku cerita kanak-kanak
yang mempunyai banyak
pengajaran. Sikap Zirafah
yang sombong akhirnya
memakan dirinya sendiri.
Kambing yang baik hati
akhirnya terselamat. Apakah
yang berlaku dalam kisah ini?
Marilah kita baca bersama-
sama.