The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chuan_82, 2021-12-08 00:39:59

BUKU PANDUAN PENUBUHAN SLB VER 2.0

BUKU PANDUAN PENUBUHAN SLB VER 2.0

BUKU PANDUAN
TATACARA PENUBUHAN

DAN PENGOPERASIAN
BADAN KEPIMPINAN
PELAJAR / ‘STUDENT

LEADERS BOARD (SLB)

SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Kemaskini: November 2018

ISI KANDUNGAN
BUKU PANDUAN PENUBUHAN ’STUDENT LEADERS BOARD’ (SLB)

Bil. Kandungan Muka Surat
1. Penubuhan 2
2. Pelaksanaan 3

3 Carta Alir Penubuhan dan Pelaksanaan 4

3. Lampiran 5
Lampiran 1 - Permohonan penubuhan

Lampiran 2 - Surat kelulusan penubuhan 6

Lampiran 3 - Perlembagaan SLB 7

Lampiran 4 - Senarai Ahli Jawatankuasa SLB 15

Lampiran 5 - Aktiviti Utama Persatuan 16

Lampiran 6 - Pengesahan dan Pendaftaran 17

Lampiran 7 - Pelantikan Guru Penasihat 18

Lampiran 8 - Senarai Tugas Guru Penasihat 19

Lampiran 9 - Penerimaan Lantikan Guru Penasihat 20

Lampiran 10 - Penurunan kuasa Ahli Jawatankuasa Persatuan 21

Lampiran 11 - Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa 22

Lampiran 12 - Pemberitahuan Penglibatan Pelajar 23

Lampiran 13 - Pemberitahuan ketidakhadiran pelajar 24

Lampiran 14 - Takwim tahunan persatuan 25

Lampiran 15 - Contoh Kertas Cadangan Projek 26

Lampiran 16 - Contoh Laporan Tahunan 27

Lampiran 17 - Contoh Laporan Aktiviti Mingguan SLB 28

Lampiran 18 - Contoh Borang Profil SLB 29
Lampiran 19 – Contoh Borang Senarai Semak 30

1

1 Penubuhan

1.1 Mesyuarat penaja.

1.2 Surat permohonan penubuhan dari Jawatankuasa Penaja
Persatuan melalui Guru Pemimpin/Penasihat SLB kepada
Pengetua/Guru Besar. ( Rujuk Lampiran 1 )

1.3 Surat Kelulusan Penubuhan SLB dari Pengetua/Guru Besar
kepada Jawatankuasa Penaja Persatuan melalui Guru
Pemimpin/Penasihat. ( Rujuk Lampiran 2 )

1.4 Surat permohonan pengesahan penubuhan dan pendaftaran
SLB dari Setiausaha SLB melalui Guru Penasihat/Pemimpin
kepada Pengetua/Guru Besar. ( Rujuk Lampiran 3 )

1.5 Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan SLB (Rujuk Lampiran
4)

1.6 Senarai Ahli Jawatankuasa SLB ( Rujuk Lampiran 5)

1.7 Senarai Aktiviti Utama SLB ( Rujuk Lampiran 6 )

1.8 Surat pengesahan penubuhan dan pendaftaran SLB dari
Pengetua/Guru Besar kepada Setiausaha SLB melalui Guru
Penasihat/Pemimpin. ( Rujuk Lampiran 7 )

1.9 Surat Perlantikan dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru
Pemimpin/Penasihat SLB. ( Rujuk Lampiran 8 )

1.10 Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat.
(Rujuk Lampiran 9 )

1.11 Surat penerimaan perlantikan sebagai Guru
Penasihat/Pemimpin SLB. ( Rujuk Lampiran 10 )

1.12 Surat Penurunan Kuasa daripada Pengetua/Guru Besar kepada
Ahli Jawatankuasa SLB melalui Guru Penasihat/Pemimpin. (
Rujuk Lampiran 11 )

1.13 Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan .(Rujuk
Lampiran 12 )

2

2 Pelaksanaan

2.1 Surat pemberitahuan sekolah kepada ibubapa/penjaga
berkaitan penglibatan anak/jagaannya dalam SLB. ( Rujuk
Lampiran 15 )

2.2 Surat permohonan menubuhkan/pendaftaran SLB kepada
agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. ( Rujuk
Lampiran 16)

2.3 Surat pemberitahuan kepada ibu bapa/penjaga ketidakhadiran
murid dalam aktiviti SLB. ( Rujuk Lampiran 17 )

2.4 Menyediakan Takwim Tahunan SLB. ( Rujuk Lampiran 15 )
a. Majlis Penerimaan Perlantikan/Watikah Jawatankuasa
setiap ahli SLB.
b. Mesyuarat Jawatankuasa SLB bagi kali 1, 2,....
c. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
d. Mesyuarat Jawatankuasa Projek
e. Mesyuarat Agung, Pemilihan Ahli Jawatankuasa,
Perancangan Aktiviti Tahunan.
f. Penilaian.
g. Pelaporan, Dokumentasi.

3

3 Carta Alir Penubuhan dan Pelaksanaan

Lantikan penasihat Taklimat daripada JPN
(Jawatankuasa ke PPD
Pengurusan)
Taklimat daripada PPD
Buat ke Sekolah
pendaftaran
pertubuhan Sekolah mula
menubuhkan SLB

Bina jawatankuasa SLB

Pendaftaran SLB

Perancangan aktiviti
SLB

Pelaksanaan aktiviti
SLB

Pelaporan aktiviti SLB

4

Lampiran 1

Contoh Surat Permohonan Penubuhan ‘STUDENT LEADERS BOARD’

Jawatankuasa Penaja Student Leaders Board, Rujukan Tuan:
Sekolah Menengah Kebangsaan ____________,
Jalan Tengah, 81010 Kulai Rujukan Kami: SMKBP/07/P/2016(1)

Tarikh: 12 Mac 2016

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan _____________,
Jalan Tengah
81010 Kulai.

Melalui:
Guru Penyelaras/Pemimpin Jawatankuasa Penaja SLB.

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Student Leaders Board (SLB)

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, RAMLI BIN PUTIH berdasarkan Peraturan

(4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan
Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan ‘STUDENT
LEADERS BOARD’ SMK _______________, JOHOR BAHRU mulai 1 hb.Januari , 2016.

3. Bersama-sama ini disertakan :

1.2 Draf Perlembagaan.
1.3 Draf Aktiviti Asas.
1.4 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan
diucapkan terima kasih

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………..
( HALIZA BIN AHMAD )
Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Penaja Student Leaders Board,
Sekolah Menengah Kebangsaan _____________.

s.k. 1. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Menengah Kebangsaan __________________.

5

Lampiran 2

Contoh Surat Kelulusan Penubuhan ‘STUDENT LEADERS BOARD’

Jawatankuasa Penaja Student Leaders Board, Rujukan Tuan:
Sekolah Menengah Kebangsaan _____________,
Jalan Tengah, 81010 Kulai Rujukan Kami: SMKBP/07/P/2016(1)

Tarikh: 12 April 2016

Haliza bin Ahmad,
Setiausaha Jawatankuasa Penaja Student Leaders Board,
Sekolah Menengah Kebangsaan ________________,
Jalan Tengah
81010 Johor Bahru.

Melalui:
Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja SLB.

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Student Leaders Board Sekolah Menengah Kebangsaan
_________________

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan SMKBP/07/P/2001(1)
bertarikh 12 Mac 2016.

2. Merujuk surat tuan SMKBBU/7/P/2001(20) bertarikh 12 Disember 2015 dinyatakan bahawa
dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti
yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196,
sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan Student Leaders Board,
Sekolah Menengah Kebangsaan ____________ adalah DILULUSKAN berkuat kuasa mulai
18 hb. April 2016.

3. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bukan bermaksud Student Leaders
Board Sekolah Menengah Kebangsaan ___________ sudah boleh bergerak sebagai
sebuah persatuan yang sah dan berdaftar.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
( FATIMAH BTE ABDULLAH )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan _____________,

6

Lampiran 3

STUDENT LEADERS BOARD (SLB)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN _____________

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) SLB

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Student Leaders Board yang selepas ini
disebut sebagai ”organisasi” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan: Student Leaders Board
Sekolah Menengah Kebangsaan ___________,

b. Alamat: _________________________________________

________________________________________________________________

PERATURAN 2 MATLAMAT

• Mewujudkan satu kumpulan pemimpin muda di peringkat sekolah-sekolah negeri Johor
yang akan membentuk satu legasi (legacy) dan tradisi baru dalam melahirkan generasi
pemimpin masa hadapan negeri Johor yang dinamik, inovatif dan kreatif.

• Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan di kalangan para pelajar-pelajar cemerlang
negeri Johor menerusi pendedahan dan latihan-latihan kepimpinan berhubung
kemahiran-kemahiran global seperti komunikasi, hubungan antarabangsa dan
diplomatik.

• Mewujudkan satu elemen penandaarasan (benchmarking) bagi pelajar-pelajar sekolah
berkaitan supaya menjadi pemimpin terbilang negeri Johor kelak.

• Membuka ruang untuk para pelajar cemerlang negeri Johor untuk meluaskan
pengalaman dan cara berfikiran dengan tugas-tugas yang bakal dipertanggungjawabkan
ke atas ahli-ahli badan berkenaan.

• Melahirkan bakal pemimpin yang berdaya saing (kompetitif) dan tahan lasak (resilient)
dalam menghadapi cabaran globalisasi.

• Menghasilkan individu-individu yang mempunyai ciri-ciri ‘Glokal’ yakni berfikiran secara
‘global’ namun mengekalkan dan mengukuhkan budaya dan ciri-ciri ‘lokal’.

• Melahirkan bakal pemimpin yang memiliki semangat patriotisme dan kecintaan kepada
Negeri Johor yang tinggi dan tidak berbelah bahagi.

7

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai SLB dengan lebih terpimpin dalam menimba
Kepimpinan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.2 Ahli-ahli SLB akan berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam
aktiviti yang diikuti terutamanya melalui latihan-latihan kepimpinan yang
diikutinya.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Keahlian adalah dibuka kepada semua murid dari tingkatan satu hingga lima
yang dikenalpasti mempunyai ciri-ciri atau potensi kepimpinan yang sangat
tinggi.

4.2 Keutamaan harus diberikan kepada pelajar-pelajar berikut:

i. Pelajar tingkatan tiga dan empat yang dikenal pasti oleh pihak sekolah
bakal menganggotai AJK tertinggi badan pengawas atau mengetuai mana-
mana persatuan, kelab dan pasukan beruniform sekolah;

ii. Fasih berbahasa Inggeris;

iii. Mempunyai tahap pencapaian akademik yang cemerlang (pengecualian
boleh dipertimbangkan mengikut budi bicara pihak sekolah);

iv. Berkemahiran dan bijak berkomunikasi, berpidato, berdebat/berbahas
serta berupaya memberi syarahan dan ucapan umum dengan baik;

v. Mempunyai tahap kematangan pemikiran yang tinggi;

vi. Bergiat aktif dalam pelbagai bidang ko-kurikulum dan/atau sukan;

vii. Mempunyai nilai ketrampilan diri dan ketampanan sosial yang baik;

viii. Mempunyai minat dan kepekaan terhadap isu-isu semasa dan global.

ix. Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah dan
pengetahuan am mengenai negeri Johor.

4.2 Sekiranya pelajar-pelajar yang dicalonkan masih belum mempunyai ciri-ciri yang
disebutkan di atas (tetapi mempunyai potensi kepimpinan yang tinggi), maka
adalah menjadi tanggung jawab pihak sekolah untuk membantu dan memimpin
pelajar-pelajar ini ke arah mencapai ciri-ciri berkenaan dengan membudayakan
aktiviti-aktiviti yang akan dapat memupuk ciri-ciri kepimpinan unggul yang
dinyatakan di atas.

4.3 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4.4 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan
organisasi ini.
8

PERATURAN 5 GURU PENYELARAS

5.1 Guru Penyelaras adalah Guru Bimbingan dan Kaunseling Murid/ Kaunselor
Sekolah.

5.2 Berurusan terus dengan Pengetua sekolah.

5.3 Bekerjasama dengan Pegawai dari PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

5.4 Diberi mandat untuk menyelaras dan memastikan semua aktiviti SLB yang telah
dirancang dilaksana oleh ahli SLB.

5.5 Memantau program dan aktiviti SLB.

5.6 Memberi khidmat nasihat dan rundingan kepada projek yang dilaksanakan oleh
ahli SLB

5.7 Diberi kuasa untuk membatalkan sebarang aktiviti sekolah apabila difikirkan
perlu.

5.8 Berperanan memilih guru-guru penasihat SLB (terutama guru Bahasa Inggeris)
yang akan berfungsi sebagai:

5.8.1 Mengadakan sesi temuduga bagi memilih calon yang menepati kriteria
yang ditetapkan.
5.8.2 Menguruskan pemarkahan penilaian kokurikulum.
5.8.3 Membantu guru Penyelaras SLB dalam pengurusan SLB peringkat
sekolah.
5.8.4 Merancang aktiviti tahunan SLB dan menjalankan program atau aktiviti
SLB.
5.8.5 Sentiasa bersama dengan ahli-ahli SLB semasa aktiviti dijalankan.
5.8.6 Memberi latihan dan bimbingan peningkatan kepimpinan kepada ahli SLB
secara berterusan.

5.9 Guru Penyelaras dan guru-guru Penasihat adalah satu pasukan yang akan
bersama-sama memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu
aktiviti SLB.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA
6.1 Sebuah jawatankuasa akan diwujudkan untuk menyelaraskan perjalanan SLB.

6.2 Jawatankuasa SLB akan dilantik pada Mesyuarat Agung Tahunan atau jika perlu,
mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian.

6.4 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab, layak dicalonkan sebagai ahli
jawatankuasa.

6.5 Jawatankuasa akan terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa SLB berikut:
9

(i) Presiden
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan aktiviti SLB.

(ii) Timbalan Presiden
- Membantu Presiden terhadap perjalanan aktiviti SLB.
- Memangku tanggungjawab Presiden dengan ketidakhadiran beliau.

(iii) Setiausaha
- Menyediakan surat perlantikan ahli jawatankuasa SLB yang ditandatangani
dan disahkan oleh Pengetua sekolah.
- Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat.
- Menyediakan laporan aktiviti Badan Pemimpin Muda Sekolah. Menyediakan
senarai keahlian Badan dan merekodkan kehadiran ahli.

(iv) Naib Setiausaha
Membantu setiausaha menjalankan tugas pentadbiran SLB.

(v) Bendahari
Menguruskan hal-hal kewangan SLB serta menyediakan Laporan Kewangan
untuk tujuan pembentangan.

(vi) Penolong Bendahari
Membantu bendahari menguruskan hal-hal kewangan SLB.

(vii) Pegawai Perhubungan Awam.
- Menyebarluaskan maklumat serta mempromosikan aktiviti-aktiviti SLB
menerusi pelbagai media.
- Berhubung dengan sekolah-sekolah lain atau di luar negara bagi aktiviti-
aktiviti peringkat antarabangsa.

(viii) Ahli-ahli Jawatankuasa
- Bekerjasama dengan Jawatankuasa Tertinggi SLB dalam menjayakan

program SLB.
- Ahli jawatankuasa yang ingin meletakkan jawatan hendaklah menghantar

surat perletakan jawatan dengan alasan yang kukuh kepada Guru Penasihat.

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penyelaras dari
masa ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab
yang diberi.

7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
10

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penyelaras dari
masa ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penyelaras dari
masa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dn
tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penyelaras dari
masa ke semasa.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan SLB.

7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.

7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.

7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penyelaras
dari masa ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penyelaras
dari masa ke semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.

7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

11

7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penyelaras
dari masa ke semasa

7.8 Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan
dan bertangungjawab keatasnya.

7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN 8 KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui dana luar yang ditaja oleh
agensi yang telah dikenalpasti bersesuaian.

8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti
tersebut.

8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SLB,
sekiranya mendapat kebenaran Pengetua.

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun.

9.2 Perjumpaan perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali ataupun
mengikut keperluan semasa. Kehadiran dan penglibatan ahli perlu mencapai
85% ke atas.

9.3 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penyelaras dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

10.3 Menyelaras aktiviti-aktiviti antarabangsa sekolah termasuk menyediakan
perkara-perkara berikut:

i. senarai jawatankuasa petugas (di kalangan pelajar);
ii. taklimat berkenaan sekolah;
iii. buku program bagi lawatan dari atau ke luar negara;
iv. melayan para tetamu luar negara yang berkunjung ke sekolah;
v. menyediakan cenderahati untuk tetamu (dengan bantuan pihak sekolah);

12

vi. menyediakan hidangan juadah untuk tetamu (dengan bantuan pihak
sekolah)

vii. program persembahan (sekiranya perlu);
viii. memastikan kebersihan dan keceriaan sekolah adalah dalam keadaan

baik;
ix. laporan lawatan yang lengkap (perlu dikemukakan ke Pengarah Jabatan

Pelajaran Johor - u.p. Pegawai Perhubungan Antarabangsa)

10.4 Membangun dan mengendalikan website bahasa Inggeris sekolah (dengan
bantuan guru-guru ICT/ Webmaster dan bahasa Inggeris).

10.5 Wajib merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti yang dicadangkan di
dalam Modul Pelaksanaan SLB.

10.6 Membantu pihak sekolah menyelaras apa jua bentuk aktiviti yang akan dapat
meningkatkan tahap dan potensi kepimpinan pelajar berkenaan dan warga
sekolah yang lain.

10.7 Mengamalkan budaya kepimpinan yang cemerlang agar dapat dicontohi oleh
rakan-rakan pelajar yang lain.

10.8 Mengamalkan budaya pemikiran inovatif dan kreatif dan sentiasa memberikan
idea serta cadangan yang akan dapat memanfaatkan warga sekolah terutama
sekali di kalangan rakan-rakan pelajar.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penyelaras secara bertulis dan keputusan Guru
Penyelaras adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penyelaras atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penyelaras dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan SLB jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

PERATURAN 15 PEMARKAHAN DAN PENILAIAN
15.1 Ahli SLB layak mendapat markah untuk penilaian PAJSK.
15.2 Markah kokurikulum akan diberi berdasarkan penglibatan pelajar di dalam aktiviti
yang diuruskan oleh SLB.
15.3 Markah penglibatan di peringkat antarabangsa (maksimum 20 markah) akan
diberikan kepada setiap ahli yang terlibat dalam aktiviti antarabangsa yang
dijalankan oleh SLB, di dalam atau di luar negara.
15.4 Markah ini akan diberikan di bahagian penglibatan.

PERATURAN 16 HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli SLB perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti program dan projek yang
dirangka dengan penuh minat dan komitmen.

14

Lampiran 4

STUDENT LEADERS BOARD (SLB)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN _____________

NO. PENDAFTARAN ( )

SENARAI AHLI JAWATANKUASA STUDENT LEADERS BOARD

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan

Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,

Tambahan Mo. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini

dikemukakan Senarai Ahli Jawatankuasa SLB Sekolah Menengah Kebangsaan ____________
yang selepas ini disebut sebagai ”organisasi” sahaja.

1. Presiden Halim bin Hasbullah
2. Naib Presiden (No.Kad Pengenalan: 000621-01-5126)
3. Setiausaha Abdul bin Atan
4. Penolong Setiausaha (No.Kad Pengenalan: 000311-01-5112)
5. Bendahari Haliza bin Ahmad
6. Penolong Bendahari (No.Kad Pengenalan: 001128-01-5653)
7. Ahli Jawatankuasa Lim Swee Meng
(No.Kad Pengenalan: 001205-01-5453)
Kassim bin Suratman
(No.Kad Pengenalan: 001121-01-5221)
Latif bin Karya
(No.Kad Pengenalan: 000927-01-5524)
7.1 Ban Ah Lek
(No.Kad Pengenalan: 001221-01-5655)
7.2 Shamugam a/l Arumugam
(No.Kad Pengenalan: 000229-01-5157)
7.3 Ariffin bin Zaini
(No.Kad Pengenalan: 000908-01-6534)
7.4 Kamalariffin bin Ali
(no.Kad Pengenalan: 000609-01-7165)
7.5 Jamal bin Pandak
(No. Kad Pengenalan: 000411-01-7245)

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas adalah
mematuhi Subseksyen 6.1.1 dalam Artikel Enam dan perlantikan mereka
mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam artikel yang sama seperti dalam Undang-
Undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan.

...................................... .....................................
(HALIM BIN HASBULLAH) (HALIZA BIN AHMAD)
Presiden SLB Setiausaha SLB
Tarikh: ......................... Tarikh: ...........................

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas dan
perlantikan mereka adalah mengikut Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan
(Perlembagaan) SLB
.................................
(RAMLI BIN PUTIH)
Guru Penyelaras SLB
Tarikh: .................................

15

Lampiran 5

STUDENT LEADERS BOARD (SLB)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ____________

NO. PENDAFTARAN ( )

SENARAI AKTIVITI UTAMA SLB

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan

Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,

Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini

dikemukakan Senarai Aktiviti Utama SLB Sekolah Menengah Kebangsaan ______________
yang selepas ini disebut sebagai ”organisasi” sahaja.

1. Modul 1: Latihan Kepimpinan 1.1 Protokol dan Etiket (contoh)
1.2 ___________________________
1.3 ___________________________
1.4 ___________________________
1.5 ___________________________
1.6 ___________________________
1.7 ___________________________
1.8 ___________________________
1.9 ___________________________
1.10 ___________________________
1.11 ___________________________

2. Modul 2: Projek Bertema 2.1 Kesedaran Alam Sekitar (Contoh)
2.2 ___________________________
2.3 ___________________________
2.4 ___________________________
2.5 ___________________________
2.6 ___________________________

3. Modul 3: Projek Pilihan 3.1 ___________________________
3.2 ___________________________
3.3 Bengkel Sokongan Akademik SPM

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa aktiviti dan program yang disenaraikan di atas
adalah aktiviti dan program sebenar yang akan dianjur dan dikelolakan oleh
organisasi ini.

.................................... .....................................
(HALIM BIN HASBULLAH) (HALIZA BIN AHMAD)
Pengerusi SLB Setiausaha SLB
Tarikh: ......................... Tarikh: ...........................

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Aktiviti Utama di atas adalah
sesuai dengan tujuan dan matlamat penubuhan SLB.

.................................
(RAMLI BIN PUTIH)
Guru Penyelaras SLB
Tarikh: .......................

*Ubahsuai mengikut Modul SLB Terkini

16

Lampiran 6

Contoh Surat Pengesahah Penubuhan Dan Pendaftaran SLB

Sekolah Menengah Kebangsaan _________, Rujukan Tuan: SMKRTU/07/P/2016(2)
Jalan Tengah,
81300 Kulai. Rujukan Kami: JEA1048/PKS/05/2016(6)

Tarikh: 25 Mac 2016

Haliza bin Ahmad,
Setiausaha Student Leaders Board,
Sekolah Menengah Kebangsaan ____________,
Jalan Tengah
81123 Kulai.

Tuan,

Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran SLB Sekolah Menengah
Kebangsaan ______________

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan SMKRTU/07/P/2016(2)
bertarikh 20 Febuari 2016.

2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan
semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi
merealisasikan penubuhan Student Leaders Board (SLB) ini.

3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4
dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh
21hb. Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran
SLB dengan No. Pendaftaran 18/2016/SMKRTU. Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai
tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini dibubarkan.

4. Dengan pengesahan ini SLB sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang
sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini dengan diterajui oleh Ahli
Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan dan Peraturan-
Peraturan Persatuan dan melaksanakan Aktiviti Utama yang dikemukakan kepada saya.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………..
( FATIMAH BTE ABDULLAH )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan _______________.

17

Lampiran 7

Contoh Surat Perlantikan Guru Pemimpin/Penasihat SLB

Sekolah Menegah Kebangsaan ___________, Rujukan Tuan:
Jalan Tengah, Rujukan Kami: JEA1048/PKS/05/2016(7)
81300 Johor Bahru. Tarikh: 27 Febuari 2016

Encik Ramli bin Putih,
Sekolah Menengah Kebangsaan ___________,
Jalan Tengah
81300 Johor.

Tuan,

Perlantikan Sebagai Guru Penasihat/Pemimpin SLB

Berhubung perkara diatas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya
oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan
bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru Pemimpin
SLB, Sekolah Menengah Kebangsaan ______________ berkuatkuasa mulai 1 hb. Mac 2016
hingga 31hb. Mac 2020.

2. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan.

3.Semoga dengan pelantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk
meninggikan prestasi perkhidmatan pendidikan dan SLB.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

……………………………….
( FATIMAH BTE ABDULLAH )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan ______________,
Jalan Tengah Johor Bahru

s.k. 1. Guru Penolong Kanan HEM
2. Fail Peribadi
3. Fail SLB

18

Lampiran 8

Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat Persatuan

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.

2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan dan dipatuhi.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam

Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Student Leaders Board.
8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
10. Mendaftarkan SLB kepada Pengetua atau Badan Induk.
11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.

12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri
dan kebangsaan dengan baik.

13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .

14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangani Buku /Borang Kehadiran Ahli.

16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .
17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

19

Lampiran 9

Contoh Surat Penerimaan Lantikan Daripada Guru Penasihat/Pemimpin

Ramli bin Putih, Rujukan Tuan:JEA1048/PKS/05/2016(7)
Sekolah Menengah Kebangsaan _________, Rujukan Kami:
81300 Johor Bahru. Tarikh: 28 Febuari 2016

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan _______________,
81300 Johor Bahru.

Tuan,

Perlantikan Sebagai Guru Penasihat Student Leaders Board Sekolah Menengah
Kebangsaan _____________________

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuki perkara di atas berasaskan surat tuan
JEA1048/PKS/05/2016(7) bertarikh 27 Januari 2016 yang berkaitan.

2. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
kepercayaan dan keyakinan tuan melantik saya sebagai Guru Pemimpin/Penasihat SLB
Sekolah Menengah Kebangsaan ___________________ berkuatkuasa mulai 27 Febuari 2016.

3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut sebagai
sebahagian daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya, dan berikrar akan
menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk menunai dan melaksanakannya.

4. Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas,
kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh dikenakan tindakan
mengikut Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam
Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………....
( RAMLI BIN PUTIH )

s.k. 1. Guru Penolong Kanan HEM

20

Lampiran 10

Contoh Surat Penurunan Kuasa Pengetua/Guru Besar Kepada Ahli Jawatankuasa
Persatuan Melalui Guru Penasihat/Pemimpin SLB

SMK ____________, Rujukan Tuan :
Jalan Tengah,
81300 Johor Bahru. Rujukan Kami : JEA1048/PKS/05/2016(8)

Tarikh: 30 Febuari 2016

Johari bin Mat,
Tingkatan Empat Sains 1,
Sekolah Menengah Kebangsaan _____________,

Melalui dan salinan:

Guru Penyelaras SLB,
Sekolah Menengah Kebangsaan __________.

Saudara,

Surat Penurunan Kuasa Kepada Jawatankuasa Persatuan

Berhubung perkara tersebut diatas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada
saya sepertimana dalam Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41l Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb. Mei 1998, saudara telah
dilantik sebagai Presiden SLB (No.Pendaftaran 18/2016/SMKRTU), berkuatkuasa mulai 30
April 2016.

2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan
yang perlu dilaksanakan oleh saudara.

3. Semoga dengan perlantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab untuk
meninggikan prestasi SLB sekolah ini.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………..................
( FATIMAH BTE ABDULLAH )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan ______________.

s.k. 1. Guru Penolong Kanan HEM
2. Fail SLB
3. Guru Penyelaras SLB

21

Lampiran 11

Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan

1. Pengerusi

1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.
1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang

diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan

tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.
1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa

ke semasa

2. Naib Pengerusi

2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa

ke semasa.

3. Setiausaha

3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.
3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru

Pemimpin.
3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa

ke semasa.

4. Penolong Setiausaha

4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
4.2 Berkerjasama dengan setiausaha.
4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa

ke semasa.

5. Bendahari

5.1 Mengutip wang derma daripada ahli.
5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.
5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Pemimpin.
5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.

6. Ahli Jawatankuasa

6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.

7. Pemeriksa Kira-Kira

7.1 Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir
tahun.

7.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

22

Lampiran 12

Contoh Surat Pemberitahuan Kepada Ibu Bapa/Penjaga, Penglibatan Anaknya
Dalam SLB SMK ___________

Sekolah Menengah Kebangsaan ___________, Rujukan Tuan:
Jalan Tengah,
81130 Kulai. Rujukan Kami:JEA1048/PKS/05/2016(10)

Tarikh: 5 November 2016

Encik Putih bin Sulaiman,
No. 21, Jalan Anggerik 12,
Bandar Putri
81130 Kulai.

Tuan,

Penerimaan Ahli Student Leaders Board (SLB) SMK ______________

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, Putera bin Putih pelajar Tingkatan 1A2,
telah diterima menjadi ahli SLB Sekolah Menengah Kebangsaan ______________, dan
dikehendaki menjalani latihan/perjumpaan mengikut ketentuan yang akan dimaklumkan

2. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak
tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

………………………………..
( FATIMAH BTE ABDULLAH )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan ____________.

s.k. 1. Guru Penolong Kanan HEM
2. Fail SLB
3. Guru Penyelaras SLB

23

Lampiran 13

Contoh Surat Pemberitahuan Kepada Ibu Bapa/Penjaga, Ketidakhadiran Anaknya Dalam
SLB SMK __________

Sekolah Menengah Kebangsaan __________, Rujukan Tuan:
Jalan Tengah,
81130 Kulai. Rujukan Kami:JEA1048/PKS/05/2016(10)

Tarikh: 5 November 2016

Encik Putih bin Sulaiman,
No. 21, Jalan Anggerik 12,
Bandar Putri
81130 Kulai.

Tuan,

Ketidakhadiran Ahli SLB Sekolah Menengah Kebangsaan _______________

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, Putera bin Putih pelajar Tingkatan 1A2,
seorang ahli SLB Sekolah Menengah Kebangsaan ___________, telah tidak hadir semasa
latihan/perjumpaan pada setiap hari Sabtu jam 8.00 hingga 11.00 pagi sepertimana tarikh-
tarikh berikut:

Tarikh: 10 Januari, 17 Januari, 8 Februari 2016

2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah memohon kerjasama pihak tuan
untuk mempastikan bahawa ketiidakhadiran anak tuan pada tarikh tersebut adalah dalam
pengetahuan tuan. Pihak kami sangat berbangga jika pihak tuan dapat berjumpa Guru
Penyelaras SLB (En. Ramli bin Putih) untuk mendapat makluman selanjutnya.

3. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak
tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………….
( FATIMAH BTE ABDULLAH )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan ___________.

s.k. 1. Guru Penolong Kanan HEM
2. Fail SLB
3. Guru Penyelaras SLB

24

Lampiran 14

Contoh Takwim Tahunan SLB

Bulan Minggu/ Aktiviti Catatan/
Januari Tarikh Tindakan
Februari Minggu 1 Pendaftaran Kelab/Persatuan Pengetua/GuruBesar/
Mac Minggu 2 Pendaftaran Ahli GPK KOKO/Guru
April Minggu 3 Suai Kenal Antara Ahli SLB Penasihat
Mei Minggu 4 Watikah Pelantikan
Jun
Julai Minggu 1 Perancangan Projek 1
Ogos Minggu 2 Penyusunan Organisasi (Mesyuarat AJK)
Sept Minggu 3 Modul 1 SLB
Okotber Minggu 4 Tanggungjawab Ahli
Nov
Minggu 1 Perancangan Inisiatif SLB 1
Minggu 2 Modul 1 SLB
Minggu 3 Pelaksanaan Projek 1
Minggu 4 Peraturan dan Undang-Undang

Minggu 1 Perancangan Projek 2
Minggu 2 Pelaksanaan Inisiatif SLB 1
Minggu 3 Modul 2 SLB
Minggu 4 Pelaksanaan Projek 2

Minggu 1 Perancangan Projek 3
Minggu 2 Perancangan Inisiatif 2
Minggu 3 Modul 2 SLB
Minggu 4 Pelaksanaan Inisiatif 2

Minggu 1 Modul 2 SLB
Minggu 2 Pelaksanaan Projek 3
Minggu 3 Modul 2 SLB
Minggu 4 Modul 2 SLB

Minggu 1 Modul 3 SLB
Minggu 2 Modul 3 SLB
Minggu 3 Perancangan Projek 4
Minggu 4 Modul 3 SLB

Minggu 1 Pelaksanaan Projek 4
Minggu 2 Modul 4 SLB
Minggu 3 Modul 4 SLB
Minggu 4 Modul 4 SLB

Minggu 1 MESYUARAT AGUNG
Minggu 2 Ceramah Berfokus
Minggu 3 Ceramah Berfokus
Minggu 4 Modul 1 SLB

Minggu 1 Ceramah Berfokus
Minggu 2
Minggu 3 Modul 4 SLB
Minggu 4
Ceramah Berfokus
Minggu 1 Pertandingan ………….
Minggu 2
Pengurusan Lawatan 1
Lawatan 1

25

Lampiran 15

Contoh Kertas Cadangan Projek SLB
Sekolah Menengah Kebangsaan ____________.

1. Nama Projek : …………………………………………………………………
2. Ketua Guru Penasihat : …………………………………………………………
3. Guru Penasihat : ……………………………………………………………
4. Pengerusi Projek : ……………………………………………………………..
5. Naib Pengerusi Projek : ……………………………………………………….
6. Setiausaha Projek : …………………………………………………………….
7. Naib Setiausaha : ………………………………………………………………..
8. Bendahari Projek : ……………………………………………………………...
9. AJK Projek : ……………………………………………………………………

……………………………………………………………………
……………………………………………………………………
……………………………………………………………………
10. Bilangan peserta projek : Lelaki ………….. Perempuan ………………………
11. Tarikh Projek : ………………… hingga ………………………..
12. Tempat Projek : ……………………………………………………………….
13. Matlamat Projek : ……………………………………………………………
14. Objektif Projek : ……………………………………………………………..
15. Kewangan Projek : …………………………………………………………..
16. Anggaran Perbelanjaan : …………………………………………………….
17. Pengangkutan : ………………………………………………………………

18. Program/jadual atur cara projek : Rujuk lampiran

Tarikh Masa Aktiviti Tindakan

Disediakan oleh, Tarikh : ………………

…………………………….
( BAN AH LEK )
Tandatangan Pengerusi Projek.

Disahkan oleh,

…………………………..
( RAMLI BIN PUTIH )
Tandatangan Guru Penyelaras SLB

Sekolah ……………………………………….
Tahun …………………………………………..

26

Lampiran 16

Contoh Laporan Tahunan

Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah ………………………………

Berikut dikemukakan Laporan Tahunan SLB Sekolah Menengah Kebangsaan ______________
untuk perhatian tuan.

Bahagian A 1. ……………………………………………..
1. Guru Penasihat 2. ……………………………………………..

2. Jawatankuasa ………………………………………………...
Presiden
Naib Presiden ………………………………………………...
Setiausaha
Penolong Setiausaha ………………………………………………...
Bendahari
Penolong Bendahari ………………………………………………...
Ahli Jawatankuasa
………………………………………………...
Juruaudit
…………………………………………………

1……………………………………………….
2. ………………………………………………
3………………………………………………..
4………………………………………………..
5………………………………………………..
6………………………………………………..
7………………………………………………..

1………………………………………………..
2. ………………………………………………

3. Hari / Masa Perjumpaan

Hari ……………………. Bil Perjumpaan ………………………………
Masa …………………… Tempat ………………………………………..

4. Kegiatan / Aktiviti yang telah dilaksanakan

Tarikh Aktiviti

4.1.

4.2.

4.3.

5. Kegiatan / Aktiviti yang tidak dapat dijalankan dalam tahun semasa

5.1……………………… …………………………………………………

6. Laporan Kewangan Persatuan

(Lihat lampiran Penyata Kewangan Tahunan)

Saya mengaku dan mengesahkan bahawa laporan dan maklumat yang diberikan adalah benar

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………. ………………………………
( HALIZA BIN AHMAD ) ( RAMLI BIN PUTIH )
Setiausaha. Guru Penyelaras SLB

27

Lampiran 17

Contoh Laporan Aktiviti Mingguan SLB

Guru Penasihat Bertugas

1…………………………………………………..
2…………………………………………………..

Setiausaha ……………………………………………………
Tarikh / Hari
Minggu ……………………………………………………
Tempat
Jumlah Kehadiran ……………………………………………………
Laporan Kegiatan
……………………………………………………
Hal-Hal Lain
……………………………………………………

……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………

……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………

Yang benar, …………………………….
( RAMLI BIN PUTIH )
…………………………… Guru Penyelaras SLB
( HALIZA BIN AHMAD ) SMK ______________.
Setiausaha SLB
SMK ___________.
.

28

Lampiran 18

Contoh Borang Profil Ahli SLB

PROFIL AHLI STUDENT LEADERS BOARD 2016 GAMBAR
SMK __________________

NAMA

ALAMAT

KELAS 1.
NO I/C 1.
TARIKH LAHIR 2.
NO TEL. 3.
JAWATAN DI SLB

JAWATAN LAIN

29

Lampiran 19

Contoh Senarai Semak SLB
Nama Sekolah : SMK ………………

BORANG SENARAI SEMAK SLB

NAMA GURU PENYELARAS : …………………………………………………

NAMA GURU PENASIHAT : 1) ……………………………………………….
2) ………………………………………………

TARIKH :- ADA/TIADA CATATAN
BIL PERKARA
1.0 PERLEMBAGAAN
1.1 MATLAMAT / OBJEKTIF
1.2 DISIPLIN & KESELAMATAN(PERATURAN)
1.3 RANCANGAN TAHUNAN
1.4 KEMUDAHAN / PERALATAN
1.5 TENAGA PENGAJAR LUAR
1.6 CARTA ORGANASASI

2.0 KEHADIRAN / KEAHLIAN
2.1 BIODATA AHLI
2.2 JUMLAH AHLI
2.3 BILANGAN AHLI (AM)
2.4 BIL AHLI MENGIKUT ETNIK : M/C/I/L

SENARAI NAMA AHLI DAN KEHADIRAN

3.0 MINIT MESYUARAT / LAPORAN
3.1 MINIT MESYUARAT MINGGUAN
3.2 LAPORAN AKTIVITI
3.3 LAPORAN TAHUNAN
3.4 T.T S/U DAN GURU PENASIHAT

4.0 PENYATAAN AKAUN
4.1 REKOD KEWANGAN
4.2 PERBELANJAAN / BAKI / RESIT
4.3 T.T BENDAHARI & GURU PENASIHAT
4.4 CATATAN JURUAUDIT

ULASAN PENILAI :
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

30


Click to View FlipBook Version