The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAJARAN 10 : AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-05413849, 2021-10-12 23:47:39

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

PELAJARAN 10 : AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 5

BAHAGIAN AKIDAH
PELAJARAN 10:

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

OLEH : USTAZ IMRAN

Objektif Pembelajaran

• Pelajar dapat menyatakan maksud Ahli Sunnah wal Jamaah.
• Pelajar dapat menyenaraikan prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah.
• Pelajar dapat memahami perbezaan aliran yang bertentangan

dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.
• Pelajar dapat menjelaskan kepentingan berpegang dengan

akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Maksud Ahli Sunnah wal Jamaah

Kumpulan majoriti umat Islam yang
memahami dan berpegang pada al Quran
dan as Sunnah menerusi para sahabat dan
tabi’in serta tabi’ tabi’in dalam prinsip akidah,
syariat dan akhlak.

Ahli Sunnah wal Jamaah

Nama lain yang masyhur
bagi Ahli Sunnah wal Jamaah

As Salaf As Sawadul Al Asya’irah Al Maturidiah Ahlul Hadith
as Soleh A’zam

Prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah

Iman ialah kepercayaan Segala perbuatan manusia Meyakini kewujudan
serta keyakinan dalam hati, dicipta oleh Allah SWT, perkara ghaib seperti yang
pengakuan dengan lidah namun manusia diberi
pilihan atau kehendak diwahyukan antaranya
dan beramal dengan seperti persoalan kubur, hari
perbuatan sebagai bukti untuk melakukannya atau
tidak serta dikira baginya akhirat, titian sirat, mizan,
keimanan. malaikat, jin dan
dosa dan pahala. sebagainya.

Meyakini bahawa syurga Syafaat Rasulullah SAW Perutusan para nabi dan
dan neraka telah wujud, adalah dengan izin Allah, rasul adalah harus bagi
sebelum dijadikan makhluk. termasuk syafaat Baginda Allah SWT dan merupakan
Kewujudan syurga dan untuk pelaku dosa besar rahmat kepada manusia.
neraka kekal selamanya. kerana mereka masih dikira

beriman.

Dalil Nakli

Firman Allah SWT dalam surah al An’am Ayat 153:

Maksud :
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (agama Islam) yang
betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah

kamu menurut jalan-jalan (lain dari Islam), kerana jalan-jalan
(yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah SWT.
Dengan yang demikian itulah Allah SWT perintahkan kamu,

supaya kamu bertakwa.

Aliran Bertentangan Dengan Akidah
Ahli Sunnah wal Jamaah

Aliran Bertentangan
Dengan Akidah Ahli
Sunnah wal Jamaah

Syiah Khawarij Mu’tazilah

Aliran Bertentangan Dengan Akidah
Ahli Sunnah wal Jamaah

Syiah

Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin Abi
Talib dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW
dan berkeyakinan bahawa hanya Ahlu Bait sahaja
yang lebih layak memegang jawatan khalifah.

Aliran Bertentangan Dengan Akidah
Ahli Sunnah wal Jamaah

Menyanjung
Saidina Ali secara

keterlaluan.

Meyakini bahawa Mengamalkan
imam-imam adalah taqiyyah, iaitu
menyembunyikan
maksum sesuatu yang boleh
membahayakan
diri atau harta.

Meyakini bahawa Syiah Menambah nama
Al Imamiah Saidina Ali dalam
(Prinsip syahadah selepas
merupakan rukun Utama)
agama dan telah nama Nabi
ditentukan Allah Muhammad SAW.

SWT .

Aliran Bertentangan Dengan Akidah
Ahli Sunnah wal Jamaah

Khawarij

Kumpulan pengikut Saidina Ali bin Abi Talib yang
berpaling tadah kerana tidak berpuas hati
dengan keputusan Majlis Tahkim.

Peristiwa Tahkim

Berlaku pada tanggal 3 Ramadan tahun 37 Hijrah, peristiwa Tahkim adalah penghujung kepada siri-
siri konflik peperangan yang tercetus antara Muslimin bermula sejak pembunuhan Uthman bin 'Affan
RA oleh pemberontak di Madinah.

Lantaran perang Siffin yang tidak berpenghujung setelah berlalu lebih 100 hari peperangan tersebut,
suatu panggilan agar suatu perbincangan harus dijalankan segera terutamanya supaya tidak
menambahkan lagi darah Muslimin yang tumpah ke bumi. Peristiwa Tahkim telah memihak kepada
Mu'awiyah lalu beliaulah yang diangkat menjadi Khalifah atau ketua para Muslimin.

Peristiwa yang kontroversi dan rumit ini mendapat tafsiran yang berbeza-beza daripada pelbagai
aliran dalam Islam. Ia bersejarah dan harus diingati oleh setiap Muslimin, tetapi mengungkit-ungkit
kesalahan dan memburuk-burukkan generasi awal Muslimin ini adalah satu tindakan yang tercela
kerana nama-nama Sahabat yang besar seperti Ali bin Abi Talib, Amru bin al-As, Abdullah bin Umar
dan Mu'awiyah bin Abi Sufyan adalah watak yang menjadi rencah dalam tragedi ini.

Aliran Bertentangan Dengan Akidah
Ahli Sunnah wal Jamaah

Menyatakan Saidina Wajib keluar
Ali melakukan dosa menentang
pemimpin/khalifah
besar serta kufur yang tidak adil.
kerana bersetuju

dengan Majlis
tahkim.

Jawatan Khawarij Beriktikad bahawa
khalifah/imam pelaku maksiat dikira
diserahkan kepada (Prinsip berdosa besar dan
rakyat untuk dipilih. Utama)
kafir.

Aliran Bertentangan Dengan Akidah
Ahli Sunnah wal Jamaah

Mu’tazilah

Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil bin Ata’ setelah berlaku
perbezaan pendapat antara beliau dengan guru beliau
Hasan al Basri tentang kedudukan pelaku dosa besar

Aliran Bertentangan Dengan Akidah
Ahli Sunnah wal Jamaah

Mu’tazilah (Prinsip utama)

At-Tauhid : Al-’Adlu : Al-Wa’du wal Al-Manzilah Baina Al-Amru bil Ma’ruf
Menafikan sifat wa’id: Manzilatain : wa An Nahyu anil
ma’ani pada zat Meyakini manusia
bertanggungjawab Meyakini bahawa Meyakini bahawa Munkar :
Allah SWT. Allah SWT wajib pelaku dosa besar
sepenuhnya atas memberikan berada pada satu Meyakini bahawa
perbuatan mereka balasan baik kedudukan antara menyeru kebaikan
kepada orang
sama ada baik yang taat dan mukmin dengan dan mencegah
atau buruk tanpa ancaman besar kafir dan mereka keburukan adalah
ditentukan oleh kepada pelaku wajib dalam apa
maksiat. kekal dalam
Allah SWT. neraka. jua keadaan.

Pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah dan aliran
yang bertentangan tentang beberapa isu

Isu-isu Perdebatan

Adakah Melihat Allah Pelaku dosa Qada’ dan Kedudukan
al Quran SWT besar Qadar Iman
makhluk?

Pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah dan aliran
yang bertentangan tentang beberapa isu

Isu Pertama :
Adakah Al Quran Makhluk?

Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Lain

Meyakini bahawa al Muktazilah : Mengatakan
Quran merupakan kalam bahawa al Quran adalah

Allah SWT yang bersifat makhluk yang bersifat
Qadim (sedia ada). hadis (baru).

Pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah dan aliran
yang bertentangan tentang beberapa isu

Isu Kedua :

Melihat Allah SWT?

Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Lain

Meyakini bahawa semua Muktazilah : Mengatakan
orang beriman dapat bahawa adalah mustahil
makhluk boleh melihat Allah
melihat Allah SWT pada hari SWT kerana Allah SWT tidak
akhirat kelak.
menyerupai makhluk.

Pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah dan aliran
yang bertentangan tentang beberapa isu

Isu Ketiga :

Pelaku dosa besar?

Aliran Lain

Ahli Sunnah Wal Jamaah Khawarij : Pelaku dosa besar
dianggap kafir.

Pelaku dosa besar tetap dikira sebagai

mukmin bukan kafir dan dihukum fasik Muktazilah : Pelaku dosa besar berada
jika tidak bertaubat.
pada satu kedudukan antara mukmin

dengan kafir dan mereka kekal di

dalam neraka.

Pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah dan aliran
yang bertentangan tentang beberapa isu

Isu keempat :
Qada’ dan Qadar?

Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Lain

Meyakini bahawa setiap perkara

baik dan buruk datang daripada Muktazilah : Meyakini bahawa
Allah SWT dan Allah SWT setiap perkara baik atau buruk
datangnya daripada manusia
mengurniakan manusia akal untuk semata-mata.
berfikir dengan berikhtiar untuk

memlih antara baik dengan buruk.

Pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah dan aliran
yang bertentangan tentang beberapa isu

Isu kelima:
Kedudukan iman?

Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Lain

Mempercayai bahawa iman boleh Khawarij & Muktazilah :
bertambah dan berkurang Iman tidak boleh bertambah dan
berkurang. Iman ada apabila
bergantung pada amalan soleh dan melakukan kebaikan dan iman hilang
maksiat yang dilakukan. apabila melakukan kemungkaran.

Kepentingan Berpegang Dengan Akidah Ahli
Sunnah wal Jamaah

Memelihara Menjaga Elak umat Islam
kesucian keamanan terjebak ajaran

agama Islam negara sesat

Menjadi asas Membersihkan
penerimaan akidah
sesuatu amalan
daripada
kekeliruan

Mendapat Kepentingan Menghindarkan
kerehaan Allah Akidah daripada
ASWJ fahaman
SWT melampau

Aktiviti Penilaian (PBD)

Googleclassroom
Jawab soalan yang diberikan menggunakan googleform

Buku Teks
Jawab soalan di muka surat 88,
Soalan nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 8.

Jawab di dalam buku latihan

Sekian
terima kasih


Click to View FlipBook Version